Upload
aiman-muhamad
View
43
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
big
Citation preview
LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2
LAPORAN EKSPO KEUSAHAWANAN
LAPORAN SEBELUM HARI EKSPO KEUSAHAWANAN
Pada semester ini, semua pelajar PISMP Semester 6 dikehendaki bekerjasama
menganjurkan satu Ekspo Keusahawanan bersempena projek mega di bawah subjek
Kokurikulum Persatuan (WAJ 3131) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA)
dan dengan ini satu Jawatankuasa Induk telah pun ditubuhkan di kalangan ketua dan
penolong kelas untuk PISMP semester 6. Segala perancangan dan strategi telah pun
dibincangkan dalam beberapa mesyuarat yang telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah
dari Jabatan Gerko sebagai pensyarah pembimbing. Tambahan segala perbincangan yang
diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut membuatkan program yang bakal dijalankan
akan bergerak dengan licin dan tiada masalah.
Bagi kelas Pendidikan Pemulihan 2 iaitu merangkak sebagai kelas saya,
ditugaskan pada hari sebelum kejadian, kelas Pemulihan 2 ditugas dan diwajibkan
melaksanakan satu sistem pembayaran dalam perniagaan oleh kerana projek pada kali ini
bersifat ekspo keusahawanan yang melibatkan banyak perniagaan barangan dan
makanan. Jadi setelah berbincang dan kami telah memutuskan untuk melaksanakan
sistem pembayaran secara kupon di mana kami dikehendaki mencipta satu kupon yang
tidak boleh diciplak dan ditiru oleh orang lain yang bakal digunakan pada hari ekspo nanti.
Segala pembahagian tugas daripada penciptaan kupon sehinggalah pembahagian kupon
kepada setiap kelas dan jabatan-jabatan yang ada di IPDA di bawah tanggungjawab kelas
Pemulihan 2 dan Pemulihan 1. Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya, pada mulanya
pelajar-pelajar IPDA kelihatan berat hati untuk membeli kupon yang berharga RM 5.00 itu
tetapi walau bagaimanapun perjalanan proses bergerak dengan lancar dan baik setelah
budi bicara digunakan dalam menyelesaikan perkara ini.
Tambahan pula, saya juga turut berterima kasih kepada semua kelas dan
terutamanya kelas PISMP Sejarah yang ditugaskan untuk menjadi AJK Persiapan Tempat.
Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya, kelas Sejarah banyak membantu kelas yang lain
1
LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2
dalam menyediakan fasiliti-fasiliti seperti menyediakan meja dan kerusi untuk setiap kelas
berniaga pada hari tersebut.
Sebelum menjelang hari kejadian Ekspo Keusahawanan, saya bersama ahli kelas
yang lain juga mengadakan satu perbincangan kelas untuk berbincang dan bercakap
mengenai jualan atau servis apakah yang patut disediakan di gerai Pemulihan 2 nanti.
Setelah berbincang dan bertukar-tukar idea sesama sendiri, maka keputusan muktamad
adalah kami akan menjual Nasi Lemak Ayam Berempah. Bukan itu sahaja, kami juga
berbincang untuk menjual Lok lok iaitu sejenis makanan kaum Cina yang seolah-olah
seperti Yong Tau Fu bentuknya. Tidak cukup dari itu juga, kami juga menyediakan
minuman yang berunsurkan kopi dan susu di mana kami menyediakan sebanyak 11 jenis
perisa yang sangat menyelerakan.
Maka setelah berbincang maka bermulalah setiap ahli kelas ditugaskan dalam
jawatan masing-masing. Untuk tugas yang bakal dilaksanakan oleh saya ialah membeli
bahan basah untuk memasak Nasi Lemak dan juga memasak kuah sambal bilis. Ini
merupakan pengalaman pertama saya dalam bidang masakan kerana sebelum ini saya
banyak terlibat dalam bidang pendidikan kerana ini merupakan profesion abadi saya. Pada
saat dan ketika itu, saya mengaku, memasak adalah bukan tugas yang mudah oleh kerana
memasak dalam kuantiti yang banyak, kita memerlukan kemahiran memasak yang tinggi
dan pandai. Walau bagaimanapun saya bersama rakan yang lain banyak bekerjasama
dalam menyediakan juadah memasak untuk berniaga pada keesokkan hari.
2
LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2
LAPORAN SEMASA HARI ESKPO KEUSAHAWANAN
Pada hari ini iaitu 7/ 10/ 2015 bersamaan dengan hari Rabu bertempat di Kafe
Lawang merupakan hari yang telah dinanti-nantikan oleh saya dan rakan yang lain setelah
bertungkus lumus dalam menyediakan pelbagai perkara. Gerai untuk kelas Pemulihan 2
kami menamakan gerai kami Warung Kita di mana nama Warung Kita sangat sesuai untuk
digunakan memandangkan semua orang tidak kira bangsa dan kaum boleh membeli dan
makan di gerai kami di mana gerai kami juga kami telah menyediakan kemudahan meja
makan dan kerusi. Pada hari ini setelah jam 8.00 pagi, program ini telah dirasmikan maka
bermulalah aktiviti jualan di gerai kami. Setiap orang pada ketika ini menjalankan tugas
dengan baik kerana semua orang faham dan memahami akan tugas yang diamanahkan.
Alhamdulillah, Warung Kita mendapat sambutan yang baik dalam kalangan
pengunjung ekspo tersebut di mana para pengunjung terdiri daripada para pensyarah,
kakitangan IPDA dan juga juniuor-juniour kami. Semua orang membeli dengan pilihan hati
pada hari tersebut kerana mungkin pada hari tersebut sesetengah suka makan mee
goreng manakala yang lain suka makan nasi dan sebagainya. Nasi Lemak Ayam
Berempah kami mendapat pujiaan di hati pelanggan kerana rata-rata yang membeli nasi
lemak itu memuji dan mereka cakap sedap. Ini merupakan langkah kanan bagi kami
kerana bagi kami percubaan untuk membuat Nasi Lemak Ayam Berempah kami berhasil
walaupun ini pertama kali kami mencubanya.
Bukan itu sahaja, segala jualan gerai kami pada hari tersebut semuanya habis dan
tiada satu pun yang tertinggal. Alhamdulillah untuk rezeki gerai kami. Kami pada hari
tersebut sangat berpuas hati atas berpenat lelah yang telah dikorbankan sepanjang ini
akhirnya terbalas. Mungkin selepas ini, jika ada program seperti ini, kelas Pemulihan 2
tidak ketinggalan untuk turut terlibat dalam perniagaan.
3
LAPORAN INDIVIDU EXPO KEUSAHAWANAN IPGKDA 2015 PL 2
LAPORAN SELEPAS HARI EKSPO KEUSAHAWANAN
Selepas menjalan dan menjayakan hari Ekspo Keusahawanan ini, saya bersama
ahli kelas yang lain telah bekerjasama sekali lagi dalam pembersihan tempat gerai kami.
Segala kekotoran dan tidak kemas, kami cuba betulkan seperti sebelum ini. Semua orang
menjalankan tugas masing-masing dalam mengemas kembali peralatan yang telah
dipinjam untuk memasak dan berniaga pada hari tersebut. Tambahan pula, untuk ahli
kumpulan yang lain ada ditugaskan untuk mengira keuntungan gerai kami. Alhamdulillah,
gerai Warung Kita telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 712.00. Mungkin ini
berkat dan usaha setiap orang dalam kelas Pemulihan 2.
Pada hari tersebut juga, satu mesyuarat post-montern telah pun diadakan untuk
mengimbas kembali tentang apa yang perlu di baik pulih dan juga kebaikan dan keburukan
yang berlaku semasa hari kejadian. Alhamdulillah, semua orang di dalam kelas memberi
respons yang positif setiap apa yang berlaku pada hari tersebut. Mungkin ini salah satu
kerjasama kami sekelas yang begitu hebat sekali sepanjang kami 4 tahun bersama di bumi
Kedah ini.
Bagi saya pada hari tersebut, segala apa yang terjadi pada hari tersebut adalah
tindakan semua orang sebelum ini. Jujur dari lubuk hati saya, semua orang memberi
kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas. Dan dengan ini,
tidak pelik dan hairanlah mengapa kelas kami atau Warung Kita adalah salah satu gerai
yang paling laku dan terbaik. Andai kata hari tersebut merupakan hari anugerah
kecemerlangan mungkin kelas kami yang merangkul status itu. Walau bagaimanapun saya
sebagai salah seorang yang terlibat pada hari tersebut mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua orang atas kerjasama dan komitmen yang tidak terbelah bagi. Terima
kasih !
4