11
Penulisan permasalahan kajian sangat penting supaya dapat dilihat sebagai satu isu yang perlu untuk dijalankan penyelidikan bagi mencari jawapan kepada persoalan yang dibina. Jelaskan. 1. Membuatkan kajian itu lebih mudah difahami. Salam Ukhuwah Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa permasalahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan persekitaran penyelidik dan persoalan yang perlu dijawab dapat memberi ketelusan kajian dan mudah mendapat data kajian dan membuat hipotesisi yang baik untuk memberi atau menghasilkan penyelidikan dan hasil penyelesaian yang berseusaian. Saya ingin menambah berkaitan dengan hipotesis. Sesetengah penyelidikan memerlukan hipotesis manakala sebahagian lagi tidak memerlukannya. Jika diperlukan, hipotesis hendaklah dirumus setelah permasalahan kajian dikenal pasti serta mempunyai potensi dan nilai untuk dimulakan kajian. Hipotesis adalah satu penyataan sementara tentang sesuatu yang kebolehpercayaannya tidak diketahui. Hipotesis terbahagi kepada 3 itu (Ha) Hipotesisi Penyelidikan Hipotesis penyelidikan/kerja/alternatif diambil drp teori penyelidikan tentang suatu fenomenon. Penyelidik percaya bahawa hipotesis penyelidikan adalah benar atau merupakan penyataan yang teliti tentang keadaan permasalahan yang diselidiknya iaitu selagi teori yang menjadi sumbernya memadai. Contoh: Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh. Hipotesis Nul (Ho) Merupakan penyataan sesuatu perkara tetapi menolak penyataan yang ditunjukkan oleh hipotesis penyelidikan. Hipotesis penyelidikan mengatakan “Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh” hipotesis Nul mengatakan “Kenakalan kanak-kanak bukan dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh”. Hipotesis Statistik

Forum 1 Krl3043

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Forum

Citation preview

Page 1: Forum 1 Krl3043

Penulisan permasalahan kajian sangat penting supaya dapat dilihat sebagai satu isu yang perlu untuk dijalankan penyelidikan bagi mencari jawapan kepada persoalan yang dibina. Jelaskan. 

1. Membuatkan kajian itu lebih mudah difahami.

Salam Ukhuwah

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa permasalahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan persekitaran penyelidik dan persoalan yang perlu dijawab dapat memberi ketelusan kajian dan mudah mendapat data kajian dan membuat hipotesisi yang baik untuk memberi atau menghasilkan penyelidikan dan hasil penyelesaian yang berseusaian.

Saya ingin menambah berkaitan dengan hipotesis. Sesetengah penyelidikan memerlukan hipotesis manakala sebahagian lagi tidak memerlukannya. Jika diperlukan, hipotesis hendaklah dirumus setelah permasalahan kajian dikenal pasti serta mempunyai potensi dan nilai untuk dimulakan kajian. Hipotesis adalah satu penyataan sementara tentang sesuatu yang kebolehpercayaannya tidak diketahui.

Hipotesis terbahagi kepada 3 itu (Ha)

Hipotesisi Penyelidikan

Hipotesis penyelidikan/kerja/alternatif diambil drp teori penyelidikan tentang suatu fenomenon. Penyelidik percaya bahawa hipotesis penyelidikan adalah benar atau merupakan penyataan yang teliti tentang keadaan permasalahan yang diselidiknya iaitu selagi teori yang menjadi sumbernya memadai. Contoh: Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh.

Hipotesis Nul (Ho)

Merupakan penyataan sesuatu perkara tetapi menolak penyataan yang ditunjukkan oleh hipotesis penyelidikan. Hipotesis penyelidikan mengatakan “Kenakalan kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh” hipotesis Nul mengatakan “Kenakalan kanak-kanak bukan dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh”.

Hipotesis Statistik

Penyataan tentang populasi statistik (perangkaan) yang didasarkan pada maklumat daripada data yang diteliti diusahakan oleh seseorang penyelidik untuk diterima atau ditolak.

Contoh: Kelompok A dan kelompok B tidak berbeza pada umur

Gunakan X1 untuk umur kelompok A dan X2 untuk kelompok B.

Oleh itu hipotesis kerja yang diwakilkan sebagai H1: Xi = X2

Page 2: Forum 1 Krl3043

UNTUK KAJIAN YANG MELIBATKAN PENGUTIPAN DATA MELALUI KAEDAH TINJAUAN

C. HIPOTESIS

D. STRATEGI PENYELIDIKAN

1. Kajian Lapangan2. Penyelidikan Tinjauan3. Eksperimen4. Analisis Kandungan

Salam Ukhuwah,

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa permasalahan kajian memberikan maklumat yang penting kepada pengguna atau pembaca kajian tersebut dalam menentukan kepentingannya kepada pembaca dan untuk menentukan sama ada kajian itu menarik minatnya atau tidak.

Saya ingin menambah tentang permasalahan kajian. Penyelidikan memerlukan permasalahan atau isu. Permasalahan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang penyelidikan. Permasalahan ini memerlukan penyelidikan khusus sebagai usaha mencari jawapan sebenar. Permasalahan kajian adalah kesulitan yang menggerakkan penyelidik untuk menyelesaikannya. Permasalahan dalam penyelidikan perlu memiliki ciri-ciri yang menggerakkan penyelidik untuk membahaskankan bagi mendapatkan manfaat daripadanya. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian, penyelidik perlu mempunyai pandangan yang ktiris dan selektif. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian anda perlu bertanya soalan seperti:

Adakah permasalahan yang dipilih berguna untuk diselesaikan? Adakah permasalahan yang anda pilih merupakan permasalahan yang penyelesaiannya boleh memberi manfaat atau kesan yang penting?

Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk penyelesaian kepada permasalahan tersebut?

Anda perlu bijak memilih cara/kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan. Pengetahuan mengenai pembentukan sampel, maksud korelasi koefisien, pengiraan deviasi piawaian dan khi kuasa dua adalah diperlukan.

Adakah permasalahan yang dipilih menarik untuk diselesaikan? Ada masalah yang boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat dan ada yang hanya boleh diselesaikan oleh penyelidik lain. Perlu ada iltizam untuk menyelesaikan permasalahan yang mungkin tidak mendapat sokongan rakan/masyarakat.

Adakah data yang secukupnya diperlukan atau data yang mencukupi didapati untuk menyelesaikan permasalahan?

Adakah anda mempunyai tenaga, wang dan masa.

Permasalahan perlu dibatasi supaya penyelidikan tidak kabur dari segi istilah atau konsep berkaitan.

Page 3: Forum 1 Krl3043

Tidak terlalu menyempitkan masalah sehingga permasalahan mungkin kehilangan pengertian sebagai masalah penyelidikan.

Salam Ukhuwah

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa sesuatu isu yang ingin diselidik perlulah menyumbang kepada penambahbaikan dalam bidang pendidikan, boleh dikembangkan dan dikaji secara lebih mendalam oleh pengkaji-pengkaji akan datang serta isu yang dipilih perlulah perkara-perkara yang diminati oleh pengkaji supaya kajian tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

Izinkan saya membuat sedikit penambahan. Penyataan masalah merujuk kepada satu penyataan yang jelas, tepat dan ringkas kepada persoalan atau isu yang diselidiki dengan tujuan untuk mencari jawapan atau penyelesaian. Ia merupakan sebarang situasi yang ada pada ruang antara tahap yang sebenar dan tahap yang dihajati (Sekaran 2000). Penyataan masalah ini perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas (Majid 2005). Apakah isu yang hendak anda tangani atau apakah isu yang timbul sehingga mendorong anda hendak membuat projek. Bagaimana anda tahu isu itu wujud dan perlukan kajian . Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.

Oleh itu, penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah ‘sesuatu’ yang boleh menghasilkan ‘kejayaan’ selepas kajian dilaksanakan.

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan.

Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam

penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa hendak

Page 4: Forum 1 Krl3043

menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk

mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu

boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu

dijalankan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual

yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen

dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam

penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk

tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan

suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam

kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.

Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang

mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan

kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya.

Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan

luar negara yang berkaitan.

Ketiga :

Keempat :

Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang

disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat

penting dijalankan dari perspektif penyelidik.

a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.

Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.

Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

b. Tinjauan masalah

Page 5: Forum 1 Krl3043

Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui

kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).

Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.

Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan

Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan

Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu

terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan

(langkah-langkah)

c. Analisis masalah

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii,

iii,iv)

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh

Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus

kajian/ isu keprihatinan).

Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.

Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan

penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)

Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)

Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah

dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.

Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah,

teknik, pendekatan,aktiviti, program)

Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang

dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).

Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,

menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARAN

Page 6: Forum 1 Krl3043

Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:

bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

1. Perancangan langkah-langkah tindakan

2. Perancangan cara mengumpul data

3. Perancangan cara menganalisis data

Perancangan langkah-langkah tindakan

Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.

Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.

Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses

menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.

Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan

tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data

Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.

Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii,

iii,iv).

Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh

membuat ‘triangulasi’.

Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan

data.

Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).

(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian,

analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.

Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/

isu keprihatinan).

Page 7: Forum 1 Krl3043

Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan

penyelidik.

Kenyataan Masalah Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit latarbelakang perkara yang hendak diselidiki seperti sejarah, yang berhubung dengan masalah itu. Juga dinyatakan mustahaknya masalah yang dikaji dan implikasinya jika dibiarkan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan masalah juga adalah untuk cuba mengorientasikan pemikiran atau menarik perhatian pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam penyelidikan kita. Ia juga bertujuan untuk menguatkan kepentingan masalah yang dikaji. Oleh itu kenyataan masalah bertujuan untuk meyakinkan penyelia atau penaja yang akan membiayai penyelidikan.

Dalam kenyataan masalah juga kita perlu menekankan tajuk penyelidikan yang telah dipilih itu benar-benar berguna kepada pihak-pihak tertentu. Jika cadangan penyelidikan itu ditujukan kepada penaja, kenyataan masalah tidak perlu terlalu panjang, cukup satu paragraf sahaja. Tetapi jika untuk tujuan ilmiah, maka kenyataan masalah perlu ditulis dengan panjang lebar, merangkumi banyak aspek dan mengandungi data perangkaan serta maklumat-maklumat yang berdokumentasi.

Cara penulisan juga perlulah secara ilmiah. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita menyediakan objektif penyelidikan dan keseluruhan kenyataan masalah tadi dapat dijadikan sebahagian dari laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah pendahuluan atau pengenalan. Elakkan daripada membesar-besarkan kepentingan masalah tersebut secara berlebihan.

3. Objektif PenyelidikanObjektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam sesuatu penyelidikan. Biasanya disebut objektif umum (matlamat) dahulu sebelum dituliskan objektif khusus. Objektif khusus adalah bersifat lebih terperinci, tegas dan berkaitan rapat dengan objektif umum. Objektif penyelidikan perlulah;

Menggariskan sempadan atau skop sesuatu penyelidikan

Mencadangkan atau menjelaskan cara-cara melaksanakan penyelidikan.

Membayangkan keadaan atau sifat daripada hasil akhir sesuatu penyelidikan kepada pembaca.

Memperkenalkan siapakah yang menjadi pembaca/pelanggan kepada penyelidikan itu.

4. Hipotesis/soalan kajianHipotesis adalah ramalan atau andaian yang berdasarkan kepada logik. Soalan kajian adalah alternatif kepada hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat dibentuk dari tajuk penyelidikan.

5. Kesignifikanan kajianMenghubungkan kepentingan penyelidikan dengan kehidupan seharian.

Page 8: Forum 1 Krl3043

6. Ulasan Bahan rujukan.Penyelidik perlu membuat penyelidikan perpustakaan (literature research) untuk menentukan samada penyelidik lain pernah membuat kajian yang sama, atau yang ada hubungan dengan tajuk yang telah dipilih. Ini dapat mengelakkan pertindihan tajuk/bidang/skop penyelidikan berlaku.

Semasa menulis cadangan penyelidikan, ulasan bahan rujukan, penyelidik tidaklah perlu menulis dengan panjang lebar, cukup sekadar ringkasan mengenai kedudukan ilmu pengetahuan masa kini mengenai tajuk yang telah dipilih, merangkumi teori mengenai perkara yang sama, baik di kawasan itu atau kawasan lain di Malaysia dan luar negeri. Keutamaan harus diberikan kepada karya-karya tempatan atas tajuk yang sama atau hampir sama. Jika tidak ada, tinjaulah karya-karya luar negeri.

7. Metodologi atau KaedahMetodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikian itu hendak dicapai. Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;

Jenis maklumat (data) yang akan dikumpulkan.

Bagaimana data tadi akan dikumpulkan, samaa daripada sumber utama atau sekunder.

Kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan mengapa lokasi itu dipilih.

Bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya setiap satu maklumat penyelidikan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Jenis rekabentuk persampelan.

8. Anggaran Belanjawan dan Jadual KerjaIalah butiran tentang perbelanjaan yang dijangka akan ditanggung oleh penaja atau penyelidik bagi menjalankan kajian. Jadual kerja yang terperinci diperlukan supaya penaja atau penyelia dapat mengikuti perkembangan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik. Perlu dinyatakan tarikh sesuatu kerja yang akan dilaksanakan seperti merangka soalselidik, menemu ramah, menghantar soalselidik dan mengumpulkannya, pengolahan data dan menulis laporan.

(Sumber :http://shaffe.tripod.com/rpropos1.htm)

***************************************************************************************************************************************

 

PEMBOLEHUBAHDEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu

Page 9: Forum 1 Krl3043

mengatakan bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values” (Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat bermotivasi.