Forum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

....

Citation preview

Soalan : Amalan kebersihan sekolah merupakan salah satu elemen penting dalam mewujudkan konsep sekolah sihat dan selamat. Perjelaskan perkara-perkara asas yang mesti diutamakan oleh pengusaha kantin sekolah untuk mematuhi garis panduan amalan kebersihan sekolah.

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah berfungsi dan selamat kepada warga sekolahnya. Kebersihan dan keselamatan makanan merupakan antara salah satu unsur yang perlu dipandang serius dalam mewujudkan sekolah yang selamat. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan akan menyebabkan pencemaran terhadap penyediaan makanan dan persekitarannya.Menjadi peranan pengusaha kantin yang pertama ialah mendapatkan perniagaan yang sah diperolehi daripada pihak berkenaan. Memastikan kontrak dengan pihak sekolah sentiasa dipatuhi agar dapat menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan warga sekolah terutamanya pelanggan mereka iaitu murid sekolah. Sebaiknya ialah bagi pengendali makanan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu di samping menghadiri kursus pengendalian makanan agar mereka ini mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan pengusahaan kantin terlebih dahulu terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan. Contohnya dari segi cara penyediaan makanan dan persekitaran tempat makanan disediakan hendaklah sentiasa dijaga rapi.Di samping itu, antara perkara yang perlu di ambil kira ialah memastikan pemakaian adalah bersesuaian dengan kerja yang akan dilakukan agar lebih selesa dan mudah untuk melakukan kerja. Pemakaian yang tidak sesuai misalnya pemakaian bahan perhiasan yang berlebihan seperti barangan yang terdapat permata berisiko untuk tercabut dan terjatuh ke dalam makanan yang akan disediakan dan ini menunjukkan ciri-ciri tidak selamat terhadap penyediaan makanan. Selain itu, bahan-bahan mentah hendaklah masih segar dan baik fizikalnya serta disimpan di tempat yang bersih dan selamat bagi mengelakkan bahan mentah tersebut cepat rosak atau dihinggap serangga mahu pun kuman. Makanan yang dijual hendaklah mengikut kontrak yang telah dipersetujui bersama pihak sekolah. Makanan yang dihidangkan perlulah berkhasiat, bersesuaian dengan warga sekolah serta halal untuk di makan. Semasa penyediaan makanan, hendaklah memastikan pemakaian sarung tangan yang bersih jika memegang makanan yang hendakn dihidangkan. Penggunaan alatan yang melibatkan penyediaan makanan juga perlu dititikberatkan. Alatan haruslah selamat digunakan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan dibasuh selepas digunakan. Persekitaran hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan jauh daripada kedudukan tong sampah utama bagi mengelakkan rasa tidak selesa. Lantai, meja, kerusi dan sebagainya perlulah dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.Pelaksanaan berkaitan kebersihan dan keselamatan hendaklah sentiasa diamal dan dilaksanakan oleh semua pekerja kantin. Pengusaha kantin perlu sentiasa pantau bagi memastikan para pekerjanya mematuhi garis panduan amalan kebersihan sekolah.

Soalan : Kemahiran kesihatan diri dalam kalangan kanak-kanak adalah berkaitan dengan aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran kesihatan diri dalam kalangan kanak-kanak.

Kemahiran kesihatan diri merupakan salah satu daripada enam teras utama yang telah digariskan oleh kerajaan dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Menurut Mohd Zairi Husain (2012), teras-teras ini seharusnya diterjemahkan dalam bentuk strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih khusus agar ia mudah difahami dan dipraktikkan dalam kalangan warga sekolah. Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi.Melalui aspek kemahiran kesihatan fizikal, di bawahnya tedapat lima faktor yang diambilkira antaranya ialah kesihatan, keselamatan, pemakanan, perkembangan motor kasar dan motor halus.antara aktiviti-aktiviti yang mampu mengembangkan kemahiran mereka ialah dengan melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang secukupnya dan bermanfaat. Selain itu, memastikan kanak-kanak mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memenuhi nutrient yang diperlukan oleh badan mereka. Makanan seimbang dan senaman memerlukan antara satu sama lain dalam memastikan kanak-kanak tumbuh dan membesar dengan sihat dan sempurna. Menurut Amira Farhanah (2011), pertumbuhan kanak kanak berlaku dalam tiga aspek iaitu penambahan bilangan sel (hyperplasia), penambahan saiz sel (hipertorpi) dan penambahan bahan bahan interselular (accretion). Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu tisu badan yang terlibat, oleh hal yang demikian, makanan yang seimbang ditambah dengan senaman yang mampu meningkatkan kecergasan akan mampu menggalakkan pertumbuhan tisu, otot dan tulang murid murid yang sempurna selaras dengan objektif PBSS.Kajian telah menunjukkan hubungan yang positif antara bermain dan pembelajaran anak-anak, dapat meningkatkan proses penumpuan, kemahiran kesediaan, kreativiti dan meningkatkan daya memori. Ini jelas menunjukkan bahawa, proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya dalam aktiviti bermain. Melukis pula akan membantu kanak-kanak memperkembangkan kepekaan dan pengamatan dalam lukisan. Hal ini disokong oleh Kellogs (1967) yang menjelaskan bahawa seni memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik kanak-kanak. Aktiviti seni akan memberi pelbagai faedah kepada kanak-kanak. Seni yang dihasilkan akan menunjukkan pemikiran setiap kanak-kanak. Maka keseluruhannya aktiviti seni akan merangsang perkembangan holistik seseorang kanak-kanak tersebut. Perkembangan holistik ini merangkumi perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) bagi setiap individu yang terlibat terutamanya kanak-kanak.Gangguan emosi akan memberikan impak negatif kepada murid terutamanya semasa menjalani proses pembelajaran. Oleh demikian antara aktiviti yang membantu meningkatkan kemahiran kesihatan mental kanak-kanak antaranya ialah ibu bapa perlu bijak dalam mencari ruang dan masa menbelai kanak-kanak dengan kasih sayang dan perhatian agar kanak-kanak berasa dihargai dan dilindungi. Penyediaan ruang dan peluang untuk mereka bermain seperti kanak-kanak lain dan rakan sebaya membantu murid untuk belajar secara tidak langsung. Ibu bapa tidak seharusnya terlalu mengongkong kanak-kanak daripada mencuba sesuatu yang baru ini kerana rasa ingin tahu dan ingin mencuba mereka membantu mengembangkan kawalan emosi mereka. Di sini, murid berpeluang untuk membina keyakinan dan harga kendiri. Namun, harus dicegah jika kanak-kanak melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri dan menyatakan alasan yang munasabah supaya kanak-kanak belajar untuk menerima dengan baik. Melalui kemahiran sosial pula, ia dapat diterapkan semasa kanak-kanak sedang berinteraksi dengan orang lain seperti ibu bapa, rakan sebaya mahupun rakan-rakan lain semasa bermain. Aktiviti ini membantu kanak-kanaka menyesuaikan tingkah laku dan memberi peluang untuk meluahkan pendapat sendiri tanpa menyinggung perasaan orang lain. Bermain juga memberikan mereka pengalaman untuk meningkatkan kemahiran intrapersonal, mempunyai nilai sensitivity dan mengambil kira keperluan orang lain, mengawal emosi dan belajar mengawal diri sendiri serta perkongsian kuasa secara terbuka.