Fundamental Analisis

  • Upload
    hafis82

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ANALISA

Citation preview

Apa itu Fundamental Analisis

Apa itu Fundamental Analisis?

Fundamental Analisis adalah satu kajian berdasarkan beberapa faktor untuk menilai Harga Sebenar sesuatu saham berdasarkan 'Law Supply dan Demand'.

Kajiannya juga merangkumi analisa akaun syarikat untuk melihat pertumbuhan atau penyusutan berbanding tahun sebelumnya. Hasil dari pendapatan bersih dan formula berkaitan akan menghasilkan nilai sesuatu saham itu berada pada nilainya atau tidak.

Melaluinya juga hanya saham syarikat yang berkualiti dan untung mampu memberikan anda pulangan dalam bentuk dividen.

Jika harga saham itu dibawah nilai sebenar dari pasaran (Undervalue) harga dijangka akan naik. Manakala jika harga sesuatu saham lebih tinggi dari nilai sebenar, maka harga dikira sudah mahal dan dijangka harga akan turun.

Analisa fundamental mengkaji sebab sesuatu harga itu bergerak naik.

Berita fundamental banyak dikeluarkan oleh Reseach Fund Houses dan juga pakar Analisis. Mereka biasaya akan memberikan kesimpulan sesuatu saham itu 'Neutral','Buy' atau 'Sell' dengan 'Target' harganya sekali.

Sumber Maklumat Fundamental Analisis

BilSumber MaklumatKeterangan

1Laman Web Saham KajianJika anda mengkaji sesuatu saham, anda digalakkan untuk melawat laman webnya. Ini kerana anda akan mendapat maklumat tentang perkhidmatan dan produk perniagaan yang ditawarkan. Anda juga akan dapat pastikan sama ada bagus atau tidak syarikat yang sedang dikaji.

2Platform Broker SahamKini, banyak broker saham yang menyediakan maklumat fundamental untuk kajian para pelaburnya seperti maklumat pengarah, untung rugi sukuan, Cash Flow, Ratio Analysis, pemegang saham dan hal - hal berkaitan syarikat yang anda ingin kaji.

3Majalah PelaburanAnda digalakkan membeli majalah THE EDGE & THE INVESTOR. Maklumat berkenaan saham adalah lebih luas dan boleh dipercayai ulasannya.

4SuratkhabarMaklumat terkini berkenaan syarikat seringkali disiarkan di media massa seperti suratkahabar. Setakat ini, The Star & Nanyang Siang Pau adalah yang terbaik.

5Maklumat dari 'Research Houses'Kini, banyak broker saham yang menyediakan maklumat fundamental untuk kajian para pelaburnya seperti maklumat pengarah, untung rugi sukuan, Cash Flow, Ratio Analysis, pemegang saham dan hal - hal berkaitan syarikat yang anda ingin kaji.

6Maklumat dalaman yang menyakinkanMaklumat dalaman seperti projek atau sesuatu isu yang boleh memberikan kesan kepada pendapatan syarikat perlulah diberi pemberatan. Selepas dapat maklumat, kajian perlulah dijustifikasi dengan teknikal analisis supaya 'timing' adalah bersesuaian.

Maklumat Fundamental Yang Perlu Dikaji

BilMaklumat KajianKeterangan

1'Turnover' Yang Tinggi'Turnover' atau hasil jualan yang tinggi dari setahun ke setahun menunjukkan pertumbuhan kepada kemajuan syarikat. Apabila 'turnover' meningkat, pastinya keuntungan bersih syarikat juga akan meningkat. Jika tidak, ini menunjukkan syarikat tidak cekap dalam mengawal perberlanjaan.

2Peningkatan 'Operating Profit Margin''Operating Profit Margin' menunjukkan hasil keuntungan dari perniagaan sebenar syarikat. Contohnya; keuntungan Malaysia Airlines System (MAS) mesti datang lebih dari perniagaan perkhidmatan penerbangan bukannya untung dari menjual bangunan.

3'Business Plan' yang berprospek tinggi'Business Plan' berprospek tinggi seperti mendapat hak ekslusif seperti Astro. Lesen Wimax yang diberikan pada Green packet pastinya memberikan kelebihan pendapatan berbanding pesaingnya. Syarikat yang tergolong dalam kategori 'Oligopoly Business' seperti Petronas juga dikira perniagaan berprospek tinggi.

4Pengarah yang berpengaruh dan berkelayakkanPengarah yang berkelayakkan amat penting dalam menerajui syarikat. Kelulusan sahaja tidak memadai dalam bidang perniagaan, kerana relationship seseorang pengarah juga akan mempengaruhi kemenangan bidaan sesuatu projek.

5Potensi Pemulihan SyarikatWalaupun akaun syarikat masih rugi, pelabur perlu melihat kepada potensi pemulihan syarikat. Ini kerana ianya boleh memberi kesan harga saham untuk naik.

6'Cash Flow' syarikat yang positifAliran tunai yang positif amat penting untuk survival sesuatu perniagaan. Jika terlalu banyak menggunakan 'Overdraft' dan hasil tunai yang negatif pastinya akan menjejaskan operasi syarikat. Oleh itu, rujuk 'cash flow' syarikat dan lihat samaada positif atau tidak.

7Hutang yang TerkawalHutang adalah lumrah dalam perniagaan. Walaupun begitu, perlulah terkawal dan syarikat mempunyai 'reserves' tunai segera yang mencukupi untuk membayar hutang bila didesak. Hutang yang banyak akan memberikan kesan kepada pendapatan bersih syarikat kerana perlu berbelanja membayar kadar bunga. Membeli saham syarikat yang tiada hutang jangka panjang pastinya adalah lebih baik.

8Struktur ekuiti yang bagusEkuiti atau modal yang dikeluarkan dalam penubuhan syarikat juga penting.Jika perniagaan yang dikeluarkan oleh pemilik syarikat adalah datang dari pinjaman pastinya tidaklah bagus.