4
Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA GARIS PANDUAN AM MENGENAI PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013 Setiap murid yang mengambil Matematik Tambahan diperlukan untuk menjalankan kerja projek semasa di Tingkatan 5. Setelah melaksanakan Kerja Projek Matematik Tambahan, adalah diharapkan agar murid akan mendapat pengalaman yang berharga dan dapat: 1) Mengaplikasi dan mengadaptasikan pelbagai strategi penyelasaian masalah untuk menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin; 2) Melalui pengalaman pembelajaran: yang mencabar, menarik dan bermakna dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir mereka; di mana pengetahuan dan kemahiran digunakan dengan cara yang bermakna dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar; di mana mengekspresikan pemikiran matematik, penaakulan dan komunikasi amat digalakkan dan dituntut; dan yang merangsang dan meningkatkan pembelajaran yang berkesan. 3) Memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan secara lisan dan bertulis, dan menggunakan bahasa matematik untuk mengekspresikan idea matematik dengan betul dan tepat; 4) Meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran metematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah; 5) Membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk kerjaya dan masa depan; 6) Menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dan seterusnya menerapkan sikap positif terhadap matematik; 7) Melatih diri mereka bukan sahaja untuk belajar secara berdikari tetapi juga untuk berkolaborasi, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat; 8) Menggunakan teknologi khususnya TMK secara bersesuaian dan berkesan; 9) Melatih diri untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan menjadi lebih kreatif dan inovatif; dan 10) Menyedari kepentingan dan keindahan matematik.

Garis Panduan KPMT 2013[1]

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ADD MATH PROJECT

Citation preview

Page 1: Garis Panduan KPMT 2013[1]

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013

1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

GARIS PANDUAN AM MENGENAI PELAKSANAAN

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2013

Setiap murid yang mengambil Matematik Tambahan diperlukan untuk menjalankan kerja projek

semasa di Tingkatan 5. Setelah melaksanakan Kerja Projek Matematik Tambahan, adalah

diharapkan agar murid akan mendapat pengalaman yang berharga dan dapat:

1) Mengaplikasi dan mengadaptasikan pelbagai strategi penyelasaian masalah untuk

menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin;

2) Melalui pengalaman pembelajaran:

yang mencabar, menarik dan bermakna dan seterusnya meningkatkan kemahiran

berfikir mereka;

di mana pengetahuan dan kemahiran digunakan dengan cara yang bermakna dalam

menyelesaikan masalah kehidupan sebenar;

di mana mengekspresikan pemikiran matematik, penaakulan dan komunikasi amat

digalakkan dan dituntut; dan

yang merangsang dan meningkatkan pembelajaran yang berkesan.

3) Memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan secara lisan dan

bertulis, dan menggunakan bahasa matematik untuk mengekspresikan idea matematik

dengan betul dan tepat;

4) Meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran

metematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah;

5) Membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk kerjaya dan masa depan;

6) Menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting dalam

menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dan seterusnya menerapkan sikap positif

terhadap matematik;

7) Melatih diri mereka bukan sahaja untuk belajar secara berdikari tetapi juga untuk

berkolaborasi, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang

bermanfaat dan sihat;

8) Menggunakan teknologi khususnya TMK secara bersesuaian dan berkesan;

9) Melatih diri untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan menjadi lebih kreatif

dan inovatif; dan

10) Menyedari kepentingan dan keindahan matematik.

Page 2: Garis Panduan KPMT 2013[1]

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013

2

Kerja projek boleh dilaksanakan dalam kumpulan atau individu, tetapi setiap murid perlu

mengemukakan laporan bertulis secara individu yang ditanda dan digred oleh guru

berdasarkan rubrik yang dibekalkan bersama tugasan. Wajaran yang tinggi diperuntukkan

kepada pengaplikasian proses matematik seperti penaakulan, membuat perkaitan, berkomunikasi

secara matematik, perwakilan dan menggunakan teknologi. Murid perlu menyedari bahawa

proses matematik yang dilaksanakan semasa menyelesaikan tugasan KPMT, adalah sama

penting dengan mencari jawapan yang betul. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk

berubah daripada melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dan mereka

perlu meluangkan masa untuk perkara-perkara berikut:

1) Memantau murid supaya mereka bukan sahaja bekerja keras ke arah menyiapkan tugasan

tersebut tetapi juga bekerjasama dengan murid lain secara kolaboratif dan berkesan;

2) Menggalakkan sumbangsaran idea dalam menyelesaikan tugasan;

3) Menjawab soalan, memberi cadangan dan memberi panduan kepada murid sekiranya

diperlukan tetapi bukan sehingga memberi jawapan secara langsung;

4) Mentaksir dan menilai proses dan kemajuan murid sepanjang masa;

5) Memberi panduan dan menggalakkan murid menjalankan penyelidikan, termasuk

bagaimana untuk menggunakan sumber secara berkesan;

6) Memastikan murid sentiasa fokus dan berminat kepada tugasan yang perlu diselesaikan;

7) Memberi masa yang secukupnya (3 minggu) kepada murid untuk menyelesaikan tugasan.

Murid perlu melaksanakan tugasan kerja projek (termasuk penulisan laporan bertulis secara

individu) dalam tempoh TIGA minggu dari hari pertama tugasan diberikan kepada mereka.

Kegagalan untuk mengemukakan laporan bertulis akan menyebabkan murid tidak akan

menerima apa-apa perakuan dan sijil.

Disediakan oleh:

Unit Matematik Menengah

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 3: Garis Panduan KPMT 2013[1]

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013

3

CURRICULUM DEVELOPMENT DIVISION

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

GENERAL GUIDELINES ON THE IMPLEMENTATION OF

ADDITIONAL MATHEMATICS PROJECT WORK 2013

Every student taking Additional Mathematics is required to carry out a project work while they

are in Form 5. Upon completion of the Additional Mathematics Project Work, it is hoped that

students will gain valuable experiences and able to:

1) Apply and adapt a variety of problem-solving strategies to solve routine and non-routine

problems;

2) Experience classroom environments:

which are challenging, interesting and meaningful and hence improve their thinking

skills.

where knowledge and skills are applied in meaningful ways in solving real-life

problems.

where expressing ones mathematical thinking, reasoning and communication are

highly encouraged and expected; and

that stimulates and enhances effective learning.

3) Acquire effective mathematical communication through oral and writing, and to use the

language of mathematics to express mathematical ideas correctly and precisely;

4) Increase interest and confidence as well as enhance acquisition of mathematical

knowledge and skills through application of various strategies of problem solving;

5) Develop knowledge and skills that are useful for career and future undertakings;

6) Realize that mathematics is an important and powerful tool in solving real-life problems

and hence develop positive attitude towards mathematics.

7) Train themselves not only to be independent learners but also to collaborate, to cooperate,

and to share knowledge in an engaging and healthy environment.

8) Use technology especially the ICT appropriately and effectively.

9) Train themselves to appreciate the intrinsic values of mathematics and to become more

creative and innovative; and

10) Realize the importance and the beauty of mathematics.

Page 4: Garis Panduan KPMT 2013[1]

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013

4

Project work can be done in groups or individually, but each student is expected to submit an

individually written report which is marked and graded by the teachers according to the rubrics

supplemented with the task. A high percentage of marks is allocated to the application of the

mathematical processes such as reasoning, making connections, communicating mathematically,

representation and using technology. Students are to realize that going through the

mathematical processes while solving the task, is as important as finding the correct

answers. Hence it is important that teachers move away from the traditional teaching and

learning and they are expected to spend some amount of time doing the following:

1) Organizing and monitoring students, so that everyone is not only working hard towards

completing the task but working also together effectively;

2) Encourage brainstorming ideas to solve the tasks;

3) Answer questions, offer suggestions and guides students whenever necessary but not up

to giving the answers directly;

4) Access and evaluate students’ process and progress along the way;

5) Guide and encourage students to do research including how to use the resources

effectively;

6) Keep students focused and interested on the task to be solved;

7) Provide enough time (3 weeks) for students to complete the task.

Students are expected to complete the project work (including producing an individually written

report) within THREE weeks from the first day the task is being administered to them. Failure

to submit the written report will result in the students not receiving any certificate.

Prepared by:

Secondary Mathematics Unit

Curriculum Development Division

Ministry of Education Malaysia