Garis Panduan Pengambilan Pelajar Antarabangsa

Embed Size (px)

Citation preview

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Galeria PjH, Aras 3-5, Jalan P4W Persia ran Perdana Presint 4 62100 PUTRAJAYA MALAYSIA

MALAYSIA

Tel:03-8891 9217 Faks: 03-8891 9283 Laman Web http://politeknik.gov.my Facebook : politeknik.edu

Ruj. Kami Tarikh

KPT/JPP/BPD/09/04J1d.7(1 9 Mac 2015

SEPERTI SENARAI EDARAN

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

GARIS PANDUAN PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA DI POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik Bil. 3/2015 pada 9 Mac 2015 telah mengambil maklum dan bersetuju dengan Garis Panduan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai prosedur serta syarat pengambilan pelajar antarabangsa yang terkini untuk memastikan keseragaman pengambilan pelajar antarabangsa bagi kursus sepenuh masa, kursus secara sambilan, kursus jangka pendek dan kursus terlanggan di Politeknik seluruh Malaysia.

4. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yapg menurut pe, intah,

( LT. kOL (K) D TUK HJ. MOHLIS BIN JAAFAR ) Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Edaran Pengarah Politeknik Malaysia

Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak.

Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.

Pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB) Km.24 Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Beg Berkunci 3094 Km.22 Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

Pengarah Politeknik Port Dickson (PPD) Km.14 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Jalan Politeknik, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

2

Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Persiaran Usahawan, Seksyen Ul, 40150 Shah Alam, Selangor.

Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Km.10 Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Pengarah Politeknik Seberang Perai (PSP) Jalan Permatang Pauh. 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pengarah Politeknik Melaka (PMK) No.2 Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Balai Panjang, Melaka.

Pengarah Politeknik Kuala Terengganu (PKT) Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Km.08 Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.

Pengarah Politeknik Merlimau Melaka (PMM) KB 1031 Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau, Melaka.

3

Pengarah Politeknik Sultan AzIan Shah (PSAS) Behrang Stesyen, 35950 Behrang, Perak.

Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim Hi-Tech Park. 09000 Kulim, Kedah.

Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sungai Lang Bagan Nakhoda Omar, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor.

Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis.

Pengarah Politeknik Muadzam Shah (PMS) Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah, Pahang.

Pengarah Politeknik Mukah (PMU) Km.7.5 Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak.

Pengarah Politeknik Balik Pulau (PBU) Pinang Nirai Mukim 6, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pengarah Politeknik Jeli Kelantan (PJK) Jalan Raya Timur Barat, 17600 Jeli, Kelantan.

4

Pengarah Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Pengarah Politeknik Banting Selangor (PBS) Lot PT 688, Jalan Sultan Abdul Samad, Jugra, 42700 Banting, Selangor.

Pengarah Politeknik Mersing Johor (PMJ) Jalan Nitar, 86800 Mersing, Johor.

Pengarah Politeknik Hulu Terengganu (PHT) Bangunan Kedai 3 Tingkat, Majlis Daerah Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

Pengarah Politeknik Sandakan Sabah (PSS) Education Hub,Batu 10, Jalan Sungai Batang, 90000 Sandakan, Sabah.

Pengarah Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) No.2 14 Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

Pengarah Politeknik METrO Kuantan (PMKu) No.A 5 Jalan Tun Ismail 2, Sri Dagangan 11, 25000 Kuantan, Pahang.

5

Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) Jalan Suria 19, Taman Putra, 81100 Johor Bahru, Johor.

Pengarah Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) d/a Politeknik Seberang Perai (PSP) Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pengarah Politeknik METrO Betong (PMBS) 1-12 Phase 2, Betong New Township, Jalan Baru Betong, 96700 Betong, Sarawak.

Pengarah Politeknik Pagoh d/a Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

6

Senarai edaran dalaman

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pengajian Politeknik

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pengajian Politeknik

Pengarah Bahagian Dasar, JPP

Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, JPP

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, JPP

Pengarah Bahagian Perancangan Politeknik, JPP

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik, JPP

Pengarah Bahagian Hubungan Industri & Kebolehpasaran, JPP

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, JPP

Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, JPP

Pengarah Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital, JPP

Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, JPP

Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar, JPP

Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Desiminasi Dasar, Bahagian Dasar, JPP

7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA

DI POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai

prosedur serta syarat pengambilan pelajar antarabangsa yang

terkini untuk memastikan keseragaman pengambilan pelajar

antarabangsa bagi kursus sepenuh masa, kursus secara

sambilan, kursus jangka pendek dan kursus terlanggan di

politeknik seluruh Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pendidikan dan latihan di politeknik bermula dengan penubuhan

Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969. Seiring dengan

perkembangan pesat dalam sektor industri negara, bilangan

politeknik telah bertambah kepada 33 buah politeknik yang

beroperasi di seluruh negara dengan penawaran program

pengajian dalam bidang kejuruteraan, teknologi, perdagangan

dan perkhidmatan.

2.2 Secara umumnya, pelaksanaan usaha pengantarabangsaan di

politeknik adalah untuk menggiatkan sektor pengajian politeknik

dalam pelbagai bentuk kegiatan dan perkhidmatan yang boleh

mengangkat negara sebagai penyumbang signifikan di peringkat

1

3.3 "pelajar antarabangsa" bererti seseorang pelajar bukan

warganegara samada pelajar dari luar negara atau pemastautin

tetap yang berdaftar di politeknik yang mengikuti kursus sepenuh

2

antarabangsa. Antara objektif utama usaha ini adalah untuk

memperluaskan institusi politeknik sebagai pusat kecemerlangan

pendidikan dan latihan serta mempermudahkan capaian dan

meningkatkan citra antarabangsa politeknik.

2.3 Tumpuan terkini politeknik di peringkat antarabangsa adalah

untuk mengangkat penawaran program pengajian peringkat

diploma dan mendapat pengiktirafan program pengajian pada

peringkat antarabangsa. Justeru Mesyuarat Susulan Jemaah

Menteri KPM Bil. 17/2014, pada 21 Nov. 2014 telah bersetuju

dengan cadangan pengambilan pelajar antarabangsa di

politeknik dan kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN)

bagi pengambilan pelajar antarabangsa di politeknik telah

diperolehi pada 19 Januari 2015.

3.0 Tafsiran

3.1 "kursus" bererti satu kursus yang membawa kepada

penganugerahan sijil, diploma atau ijazah selepas tamat

mengikuti kursus pengajian itu dengan jayanya:

3.2 "politeknik" bererti institusi pendidikan yang boleh menawarkan

kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh

Menteri; dan menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa

kelayakan lain yang ditetapkan.

masa, kursus secara sambilan, kursus jangka pendek dan

kursus terlanggan.

3.4 "kursus sepenuh masa" bererti program pengajian politeknik

yang dijalankan mengikut sistem semester dengan beban

pembelajaran pelajar bagi satu tahun pengajian adalah

maksimum sebanyak 50 kredit, atau 20 kredit bagi satu

semester.

3.5 "kursus secara sambilan" bererti program pengajian politeknik

yang dilaksanakan dalam mod separuh masa yang terbuka

kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Politeknik,

Sijil Kemahiran dan yang setaraf. Beban pembelajaran separuh

masa adalah separuh daripada beban pembelajaran pelajar

sepenuh masa,

ATAU

program akademik yang diluluskan oleh Lembaga Kurikulum

Pengajian dan Program Latihan di Politeknik dan dilaksanakan di

luar waktu pejabat iaitu pada hari Sabtu (kuliah bermula selepas

jam 2.00 petang) dan hari Ahad (pagi hingga petang). Program

yang ditawarkan meliputi program diploma bagi ambilan SPM,

Sijil Politeknik dan Sijil Kemahiran. Tempoh pengajian adalah 10

semester (4 tahun). Proses pemilihan dan penentuan calon akan

dilaksanakan oleh politeknik berkenaan yang menawarkan

program KSS. Kurikulum bagi program KSS adalah sama

dengan kurikulum yang digunakan oleh program sepenuh masa.

Sesi akademik bagi program KSS dibahagikan kepada 3

semester iaitu sesi Disember, Mei dan Julai. Setiap kursus

3

mempunyai mata kredit yang sama seperti diamalkan oleh

program sepenuh masa. Pelajar dikehendaki memperolehi mata

kredit yang secukupnya bagi tujuan penganugerahan diploma

iaitu anggaran mata kredit di antara 90 hingga 98 mata kredit.

3.6 "kursus jangka pendek" bererti kursus yang dilaksanakan oleh

politeknik kepada individu. komuniti, sektor awam dan swasta

bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.

3.7 "kursus terlanggan" bererti kursus yang dibangun dan

dilaksanakan khusus bagi memenuhi keperluan spesifik

organisasi atau industri tertentu.

4.0 Pengambilan pelajar antarabangsa

4.1 Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) akan menyelaraskan

pengambilan pelajar antarabangsa bagi kursus sepenuh masa.

4.2 Politeknik boleh mengurus pengambilan pelajar antarabangsa

bagi kursus secara sambilan, kursus jangka pendek dan kursus

terlanggan.

4.3 Politeknik bertanggungjawab terhadap pengurusan serta

kebajikan pelajar antarabangsa di politeknik masing-masing.

5.0 Kriteria Politeknik

Mana-mana politeknik yang berminat untuk menjalankan program yang

melibatkan pengambilan pelajar antarabangsa hendaklah mematuhi

syarat-syarat yang ditetapkan.

4

5.1 Kemudahan dan infrastruktur

5.1.1 Memiliki kemudahan fizikal yang mencukupi bagi

menjalankan program seperti berikut :

i. Bilik kuliah;

ii. Bengkel latihan;

iii. Pusat sumber;

iv. Makmal; dan

v. Infrastruktur ICT

5.2 Menyediakan kemudahan penginapan seperti asrama di dalam

atau di luar politeknik dengan kawalan keselamatan.

5.3 Menyediakan peralatan latihan yang berfungsi, selamat dan

memenuhi piawaian standard.

5.4 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap

dalam Bahasa Inggeris.

6.0 Pengurusan pelajar antarabangsa

Politeknik adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan pelajar

antarabangsa dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

6.1 Politeknik hendaklah mempunyai unit pelajar antarabangsa.

6.2 Politeknik perlu melantik pegawai hal ehwal pelajar

antarabangsa.

6.3 Politeknik hendaklah mempunyai pengurusan data serta

maklumat pelajar antarabangsa. Maklumat atau dokumen yang

5

perlu dimasukkan ke dalam fail pelajar antarabangsa adalah

seperti berikut:

6.3.1 Maklumat pelajar

i. Profil pelajar dan maklumat peribadi;

ii. Surat tawaran program pengajian atau latihan;

iii. Surat penerimaan program pengajian atau latihan;

iv. Surat pembiayaan tajaan;

v. Resit pembayaran yuran;

vi. Surat kelulusan program pengajian atau latihan;

vii. Surat-surat amaran atau sijil cuti sakit;

viii. Insuran pelajar; dan

ix. lain-lain.

6.3.2 Maklumat Pasport dan Pas Pelajar (hanya bagi

pelajar dari luar negara dan tidak terpakai bagi

pemastautin tetap)

i. Salinan IMM14 (pas pelajar) atau salinan IMM12

(pas lawatan ikhtisas);

ii. Salinan pasport (semua muka surat yang bercop)

dan pelekat pas pelajar atau pas lawatan ikhtisas

yang terkini;

iii. Surat kelulusan individu (approval for foreign

students studying in Malaysia);

iv. Surat kelulusan pas pelajar atau pas lawatan

ikhtisas;

v. Resit bayaran pas pelajar atau pas lawatan

ikhtisas;

vi. Laporan kesihatan; dan

vii. Personal bond.

6

6.3.3 Maklumat akademik

i. Takwim akademik:

ii. Laporan kehadiran (setiap semester);

iii. Jadual waktu kuliah;

iv. Keputusan peperiksaan atau transkrip setiap

semester;

v. Slip pendaftaran mata pelajaran setiap semester;

dan

vi. Salinan kelayakan akademik dari negara asal.

7.0 Tanggungjawab politeknik

Politeknik hendaklah:

7.1 memaklumkan dan mendapat kelulusan daripada Jabatan

Pendidikan Politeknik (JPP) mengenai cadangan pengambilan

pelajar antarabangsa bagi kursus sepenuh masa, kursus secara

sambilan, kursus jangka pendek dan kursus terlanggan;

7.2 bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal ehwal pelajar

sepanjang tempoh pengajian bermula dari tarikh

kemasukan/berada di Malaysia sehingga tarikh meninggalkan

Malaysia. (from the time of entry to the time of exit)

7.3 memohon pas pelajar* bagi kursus sepenuh masa dan kursus

secara sambilan dengan mengunakan perkhidmatan Education

Malaysia Global Services (EMGS) melalui Student Application

And Registration System (STARS):

7

7.4 memohon pas lawatan ikhtisas* bagi kursus jangka pendek

dan kursus terlanggan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di

setiap negeri;

7.5 mendapatkan surat sokongan daripada JPP apabila

mengemukakan permohonan bagi pas pelajar dan pas lawatan

ikhtisas;

7.6 menguruskan insuran pelajar;

7.7 memastikan semua pelajar antarabangsa menjalani

pemeriksaan kesihatan;

7.8 memastikan wakil Politeknik menunggu untuk menerima pelajar

di pintu masuk Malaysia;

7.9 memastikan pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian di

Politeknik dipendekkan pas pelajar atau pas lawatan ikhtisas dan

pulang ke negara asal;

7.10 mendaftarkan pelajar antarabangsa di Politeknik dan mengurus

program induksi bagi pelajar antarabangsa yang baru;

7.11 mengemukakan senarai nama dan maklumat lengkap pelajar

antarabangsa kepada Kedutaan atau Konsulat negara asal

pelajar dengan salinan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik

(JPP);

7.12 memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sebarang

8

perpindahan pelajar antarabangsa dengan menyertakan salinan

surat kelulusan mengenai perkara tersebut;

7.13 bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua urusan yang

melibatkan Kedutaan atau Konsulat negara asal dan

Kementerian /agensi kerajaan Malaysia seperti pengesahan sijil,

pembaharuan/penggantian pasport.

7.14 memaklumkan kepada JIM dan JPP apabila pelajar

antarabangsa telah tamat pengajian: dan

7.15 mematuhi semua keperluan yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia, KDN, JIM dan pihak berkuasa

yang berkaitan dalam urusan pengambilan pelajar

antarabangsa.

" Nota: Hanya bagi pelajar dari luar negara dan tidak terpakai bagi pemastautin

tetap

8.0 TARIKH KUAT KUASA

Garis Panduan ini berkuatkuasa pada q Mac 2015.

Ketua Pengarah

Jabatan Pendidi an Politeknik

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh: 9 Mac 2015

9

Page 1Page 2Page 3Page 4Page 5Page 6Page 7Page 8Page 9Page 10Page 11Page 12Page 13Page 14Page 15Page 16