12
G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 1 GARIS PANDUAN SAMBUTAN HKS 2015 (PERINGKAT SEKOLAH) 1. PENGENALAN Garis panduan Sambutan HKS 2015 ini disediakan sebagai panduan terbaik kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan HKS dengan lebih mudah dan teratur. Sambutan HKS 2015 telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : Bahagian A – Sambutan Hari Koperasi Sekolah Bahagian B – Projek Komuniti Bahagian C – Persembahan Pengamalan Jatidiri Koperasi 2. PENYERTAAN Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah. ( Koperasi Sekolah yang bukan ahli ANGKASA hendaklah melampirkan borang permohonan menjadi ahli ANGKASA bersama – sama Borang Sambutan bagi membolehkan menerima bantuan perbelanjaan yang diberikan oleh ANGKASA) 3. TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN Sambutan akan diadakan pada 13 April - 31 Mei 2015. Koperasi sekolah boleh memilih salah satu hari atau lebih dalam bulan tersebut untuk mengadakan sambutan. Tema sambutan HKS 2015 ialah “Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat” 4. BAHAGIAN A – SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 4.1 AKTIVITI – AKTIVITI HKS Sambutan Hari Koperasi Sekolah hendaklah diadakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu aktiviti wajib dan aktiviti pilihan Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri dan menepati tema sambutan.

Garis Panduan Sambutan Hks2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HKS 2015

Citation preview

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 1

    GARIS PANDUAN SAMBUTAN HKS 2015

    (PERINGKAT SEKOLAH)

    1. PENGENALAN

    Garis panduan Sambutan HKS 2015 ini disediakan sebagai panduan terbaik

    kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan

    HKS dengan lebih mudah dan teratur. Sambutan HKS 2015 telah dibahagikan

    kepada tiga bahagian iaitu :

    Bahagian A Sambutan Hari Koperasi Sekolah Bahagian B Projek Komuniti Bahagian C Persembahan Pengamalan Jatidiri Koperasi

    2. PENYERTAAN

    Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah. ( Koperasi Sekolah yang bukan ahli

    ANGKASA hendaklah melampirkan borang permohonan menjadi ahli

    ANGKASA bersama sama Borang Sambutan bagi membolehkan menerima bantuan perbelanjaan yang diberikan oleh ANGKASA)

    3. TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN

    Sambutan akan diadakan pada 13 April - 31 Mei 2015. Koperasi sekolah

    boleh memilih salah satu hari atau lebih dalam bulan tersebut untuk

    mengadakan sambutan.

    Tema sambutan HKS 2015 ialah Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat

    4. BAHAGIAN A SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

    4.1 AKTIVITI AKTIVITI HKS

    Sambutan Hari Koperasi Sekolah hendaklah diadakan dalam tempoh yang

    telah ditetapkan. Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu

    aktiviti wajib dan

    aktiviti pilihan

    Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat

    berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri dan menepati tema sambutan.

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 2

    4.1.1 Aktiviti Wajib

    Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara

    berikut:

    a. Perhimpunan Khas

    Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam

    satu perhimpunan khas sambutan HKS;

    Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan

    tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan; (Maklumat lanjut

    tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA;

    www.angkasa.coop)

    Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan

    kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini

    serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka;

    Lagu Semangat Koperasi (lagu rasmi koperasi) dari ANGKASA

    hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini

    boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA;

    www.angkasa.coop)

    Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia; YB Menteri

    Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

    dan Presiden ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa

    perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga

    perutusan ke sekolah-sekolah dua minggu sebelum sambutan

    HKS). Perutusan juga boleh dimuat turun dari laman web

    ANGKASA; www.angkasa.coop)

    4.1.2 Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas

    Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan

    seperti berikut semasa majlis perhimpunan diadakan.

    Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah

    Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-

    mana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan

    sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi. Antara

    pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga

    Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik di kalangan guru dan

    pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai koperasi dan

    sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiah-

    hadiah untuk tujuan tersebut jika berkemampuan.

    Edaran Tanda Peringatan HKS

    Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana,

    stiker atau lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh

    pihak koperasi untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau

    untuk anggota-anggota di koperasi sekolah mereka sebagai

    tanda memperingati HKS.

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 3

    Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira

    semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.

    4.1.3 Aktiviti Pilihan

    Bagi aktiviti pilihan, dua kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu;

    Pendidikan;

    Ekonomi / Keusahawanan

    Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu

    daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan

    berdasar kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah

    menjalankan lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan

    diberikan. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti

    dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak

    akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    Koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan seberapa banyak agensi

    samada agensi kerajaan, swasta atau badan-badan NGO sebagai salah

    satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dengan

    masyarakat. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;

    a. Aktiviti Pendidikan

    Contoh Aktiviti :

    Ceramah Koperasi;

    Seminar Koperasi;

    Bengkel koperasi;

    Kuiz koperasi dan

    Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

    b. Aktiviti Ekonomi / Keusahawanan

    Contoh Aktiviti :

    Karnival Koperasi

    Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula;

    Bazar Koperasi;

    Car-Boot Sale; Car Wash, dan

    Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

    4.1.4 BANTUAN PERBELANJAAN

    Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian A akan mendapat

    sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM1,000.00. (Rujuk lampiran

    panduan penyediaan laporan)

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 4

    5. BAHAGIAN B PROJEK KOMUNITI

    Koperasi Sekolah perlu menjalanlankan aktiviti khidmat masyarakat setempat

    secara sukarela sesuai dengan tema sambutan HKS 2015 iaitu Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat. Projek komuniti ini melibatkan sejumlah sukarelawan pelajar yang akan menjalakan projek komuniti ini dalam

    menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan. Antara contoh

    projek komuniti yang boleh dijalankan adalah :

    1 day charity - Memberi khidmat sosial kepada anak-anak yatim dari aspek pelajaran, kerohanian dan kasih sayang

    kekeluargaan.

    Pelajar masuk kampung - Menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung / aktiviti khidmat

    masyarakat disamping mengukuhkan hubungan pelajar dan

    masyarakat luar.

    Mother nature, we care - Memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan dan keunikan ekosistem yang dihuninya dengan

    melakukan pemulihan dan penanaman semula pokok.

    Bantuan pasca banjir - Menjalankan aktiviti gotong royong pembersihan, bantuan kemanusiaan, makanan dan

    sebagainya kepada mereka yang terlibat dengan musibah/bencana

    alam seperti banjir.

    5.1 BANTUAN PERBELANJAAN

    Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian B akan mendapat

    sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM500.00. (Rujuk lampiran

    panduan penyediaan laporan)

    6. BAHAGIAN C PERSEMBAHAN PENGAMALAN JATIDIRI KOPERASI

    Persembahan Pengamalan Jatidiri koperasi diadakan bertujuan supaya

    pelajar-pelajar dapat menghayati definisi, falsafah, prinsip dan nilai

    koperasi.Dengan ini, pelajar lebih memahami dan dapat melibatkan diri

    dengan koperasi secara langsung.

    Pihak Koperasi Sekolah hendaklah mengadakan persembahan

    berkumpulan yang berkaitan dengan pengamalan jatidiri koperasi.

    Contoh persembahan adalah seperti sketsa, forum, dikir barat, choral

    speaking dan lain-lain. Tema persembahan hendaklah berkisar kepada

    tema sambutan Hari Koperasi Sekolah dan mengikut kreativiti masing-

    masing. Persembahan hendaklah dibuat secara berkumpulan (minimum

    2 persembahan) dan durasi setiap persembahan ialah 5-20 minit.

    Persembahan hendaklah dipertontonkan kepada warga sekolah dan

    setiap persembahan mestilah dinyatakan temanya.

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 5

    6.1 BANTUAN PERBELANJAAN

    Koperasi Sekolah yang melaksanakan Bahagian C akan mendapat

    sumbangan bantuan perbelanjaan sebanyak RM500.00.

    7. BORANG PENGESAHAN SAMBUTAN DAN LAPORAN SAMBUTAN

    Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak koperasi sekolah

    hendaklah menghantar:

    o Borang Pengesahan Sambutan (BPS01 HKS/15 ; warna merah jambu) Borang pengesahan sambutan ini hendaklah dihantar ke ANGKASA

    sebulan sebelum tarikh sambutan. Pihak koperasi hendaklah

    menyatakan tarikh sambutan HKS yang akan diadakan dan aktiviti-

    aktiviti yang akan dilaksanakan.

    o Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15 ; warna biru) Bagi tujuan penilaian dan pembayaran sumbangan, Borang Laporan

    Sambutan ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke

    ANGKASA dua minggu selepas majlis sambutan HKS. Laporan yang

    lengkap hendaklah disertakan dengan gambar-gambar sekitar hari

    sambutan dan bukti sambutan. Sila Rujuk Panduan Penyediaan

    Laporan. Koperasi sekolah perlu membuat sekurang-kurangnya satu

    salinan laporan untuk simpanan koperasi sekolah.

    Kedua-dua borang ini bolehlah dimuat turun dari laman web

    ANGKASA; www.angkasa.coop.

    8. PROSES BAYARAN BANTUAN PERBELANJAAN

    Bantuan perbelanjaan ini hanya akan disalurkan kepada koperasi sekolah

    setelah pihak ANGKASA menerima Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15) dan laporan lengkap bergambar mengenai sambutan yang telah

    diadakan.

    Proses bayaran sumbangan hanya akan dilaksanakan setelah selesai sesi

    penilaian diadakan. ANGKASA berhak untuk tidak memberikan bantuan

    perbelanjaan sekiranya pihak koperasi sekolah tidak mematuhi garis

    panduan yang ditetapkan seperti berikut :

    o Tidak menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15) atau o Hanya menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 HKS/15) dan

    tidak disertakan bersama laporan lengkap bergambar aktiviti HKS

    2014.

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 6

    9. PENILAIAN AKTIVITI

    Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aktiviti di Bahagian A, Bahagian

    B dan Bahagian C. Aktiviti akan dinilai mengikut kualiti persembahan,

    bilangan aktiviti yang dijalankan, penglibatan pelbagai pihak seperti

    koperasi dewasa, PIBG, masyarakat setempat dan lain-lain lagi yang

    ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai. Maksimum lima (5) koperasi sekolah

    atau lima (5) peratus dari jumlah penyertaan koperasi sekolah akan dipilih

    sebagai terbaik dari segi penganjuran setiap negeri dan hadiah akan

    diberikan oleh ANGKASA Pusat.

    Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:

    ANGKASA;

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

    MARA

    Maktab Koperasi Malaysia

    Bagi koperasi sekolah yang telah memenangi hadiah utama selama dua (2)

    tahun berturut-turut, tidak akan dinilai sambutan mereka bagi tahun yang

    ketiga. Penilaian akan dibuat semula pada tahun berikutnya.

    Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.

    10. MARKAH BONUS

    Pihak penilai akan memberikan markah bonus kepada koperasi sekolah yang

    menghasilkan produk produk / perkhidmatan koperasi yang berdaya maju, mempunyai elemen kreativiti dan innovasi serta memberi kentungan kepada

    koperasi. Contoh produk :

    Produk pengguna book cover, beg, aksesori, alat tulis, phone cover Perkhidmatan dobi, pengurusan acara, sewaan, penginapan dan lain

    lain.

    Pertanian Penanaman tebu, fertigasi, kelapa sawit, cendawan dan lain lain.

    Perikanan Ikan, udang dan lain lain.

    Barangan dan produk koperasi hendaklah dihasilkan sendiri oleh pihak

    koperasi sekolah dan dijual sepanjang tahun 2014/15.

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 7

    11. LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI

    Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan

    Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan membuat lawatan ke

    koperasi-koperasi sekolah yang mengadakan sambutan.

    Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan sambutan yang

    dilaksanakan oleh pihak koperasi sekolah dan ianya bukan bertujuan untuk

    membuat penilaian ke atas sambutan HKS yang diadakan. Jawatankuasa

    Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan

    mengisi borang laporan lawatan yang telah disediakan untuk diserahkan

    kepada ANGKASA Pusat.

    12. PERTANYAAN

    Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan sambutan HKS

    bolehlah diutarakan kepada Unit Institusi Pendidikan di talian 03-78008156 /

    03-78846497 / 03-78008176. No. faks : 03-78846423 / 03-78061506 / 03-78809244

    13. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2015

    Koperasi sekolah bolehlah melibatkan masyarakat luar dalam sambutan HKS

    bagi mewar warkan kepada koperasi di sekolah dan aktiviti aktiviti yang dijalankan. Antara pihak pihak yang boleh dilibatkan adalah :

    Koperasi Sekolah berdekatan

    Koperasi Dewasa

    Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

    Masyarakat setempat

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Jabatan Pendidikan Negeri

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia

    Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

    Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Dan lain - lain

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 8

    14. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

    1. Penyediaan laporan hendaklah mengikut format Borang Laporan

    Sambutan (BLS02-HKS/15).

    2. Penyediaan laporan hendaklah tidak kurang daripada 20 muka surat dan

    tidak melebihi 50 muka surat (termasuk gambar).

    3. Empat gambar terhad untuk satu aktiviti sahaja.

    4. Satu muka surat bersaiz A4 terhad untuk empat gambar sahaja (1 aktiviti).

    5. Koperasi sekolah perlu melampirkan salinan buku / penyata akaun bank

    yang tertera nama serta nombor akaun bagi memudahkan pembayaran

    sumbangan ANGKASA.

    6. Setiap gambar perlu dinyatakan secara ringkas:

    a. Apakah aktiviti yang dilaksanakan;

    b. Tarikh, masa dan lokasi aktiviti dilaksanakan, dan

    c. Penglibatan atau penyertaan, seperti pelajar, guru, kakitangan

    sekolah, masyarakat luar atau agensi luar.

    d. Nama perasmi majlis atau sambutan, penceramah dan lain-lain

    berkaitan hendaklah dinyatakan dalam caption gambar tersebut.

    7. Nyatakan secara jelas agensi kerajaan, NGO atau pihak swasta yang

    terlibat bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

    8. Lampirkan aturcara program sambutan HKS 2015.

    9. Lampirkan senarai Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana

    HKS 2015.

    10. Lampirkan ringkasan penyata kewangan sambutan HKS 2015

    (untung/rugi)

    11. Lampirkan penyata kewangan kedai koperasi bagi penjualan produk

    koperasi (markah bonus).

    12. TIDAK PERLU melampirkan risalah, pamplet atau bahan bahan bercetak

    daripada agensi luar. Sebagai contoh risalah pencegahan jenayah,

    derma darah, promosi, peraturan, syarat-syarat dan sebagainya.

    13. TIDAK PERLU dilampirkan bahan-bahan atau maklumat yang telah

    diberikan oleh ANGKASA kepada koperasi sekolah seperti;

    a. Garis Panduan Sambutan HKS

    b. Lirik Lagu Semangat Koperasi

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 9

    16. TIDAK PERLU menghantar album bergambar sebagai laporan.

    17. Format penyediaan laporan perlu mengikut font Arial 12.

    18. Laporan yang kemas dan lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak

    Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri masing - masing seperti alamat

    dibawah pada atau sebelum 19 Jun 2015 (Jumaat) Jam 4.30 petang.

    Laporan yang dihantar selepas daripada tarikh dan masa diatas tidak

    akan diterima.

    a. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis

    No. 17 & 19, Jalan Satu. Taman Pertiwi Indah,

    Jalan Kangar Alor Setar, 01000 Kangar Perlis.

    Tel : 04-979 9004 (P)

    Faks : 04-9799007

    Email : [email protected]

    b. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah

    1571, Jalan Kota, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah

    Tel : 04-7300378 (P)

    Faks : 04-7307717

    Email : [email protected]

    c. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang

    No. 1-B, Tingkat 1, Lintang Sungai Tiram 5,

    Sunway Prima, 11900 Bayan Lepas,

    Pulau Pinang.

    Tel : 04-6447145 (P)

    Faks : 04-6463145

    Email : [email protected]

    d. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perak

    No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2

    Medan Meru Bestari (Zon 5)

    Bandar Mru Raya

    30020 Ipoh, Perak

    Tel : 05-5275589/5263278

    Faks: 05-5272034

    Email : [email protected]

    e. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor

    No.C- 105, Blok C, Glomac Business Centre

    Jalan Ss 6/1, Kelana Jaya,47301 Petaling Jaya

    Selangor

    Tel :03-78807270

    Faks:03-78807281

    Email: [email protected]

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 10

    f. Pejabat Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan

    No.16, Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh

    50400 Kuala Lumpur

    Tel :03-40431995/40432995

    Faks : 03-40423995

    Email: [email protected]

    g. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan

    No. 4, Tingkat 1, Jlan Durian Emas, Betaria Business Centre,

    Jalan Dato Siamang Gagap 70400 Seremban, Negeri Sembilan

    Tel : 06-7611386

    Faks: 06-7630443

    Email : [email protected]

    h. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka

    No.48-1,Jalan KF 4 Kota Fesyen, Hnag Tuah Jaya

    75450 Ayer Keroh, Melaka

    Tel : 06-2344682

    Faks :06-2347371

    Email: [email protected]

    i. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Johor

    No.14-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6 Taman Suria Muafakat

    80200 Johor Bahru, Johor

    Tel : 07-2384457

    Faks :07-2354584

    Email: [email protected]

    j. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1

    B-268, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar

    25000 Kuantan, Pahang

    Tel :09-5130246

    Faks:09-5362241

    Email : [email protected]

    k. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2

    No. 2, Tingkat 1, Jalan Pak Sako

    Bandar Semantan

    28000 Temerloh, Pahang

    Tel : 09-2965524

    Faks : 09-2965526

    Email : [email protected]

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 11

    l. Pejabat Perhubnagn ANGKASA Negeri Pahang Zon 3

    Lot p20, Tingkat 1, Blok A Taman Bentong Prima

    28700 Bentong, Pahang

    Tel : 09-2234062

    Faks :09-2234309

    Email : [email protected]

    m. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu

    Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1, Blok C, Dataran Emas, Jalan Sultan

    Sulaiman

    20200 Kuala Terengganu, Terengganu

    Tel :09-6246703

    Faks :09-6316514

    Email : [email protected]

    n. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan

    Lot 321, Tingkat 1, Seksyen 12, Jalan Pengakalan Chepa

    15400 kota Bharu, Kelantan

    Tel :09-74754772

    Faks:09-7437771

    Email : [email protected]

    o. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah

    Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jlana Pantai Sembulam

    88582 Kota Kinabalu, Sabah

    Tel : 088-244543

    Faks :088-242542

    Email : [email protected]

    p. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak

    Lot 496, Tingkat 1, Seksyen 6

    KTLD, Jalan Kulas

    93400 Kuching, Sarawak

    Tel : 082-239403

    Faks :082-237405

    Email : [email protected]

  • G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 15 12

    Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

    ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD

    WISMA UNGKU A. AZIZ, JALAN SS 6/3, KELANA JAYA,

    47301 PETALING JAYA, SELANGOR D.E

    (U/P: Unit Institusi Pendidikan, Bahagian 4P)

    No. Telefon: 03-78008156 / 03-78008176 No. Faks: 03-78846423 / 03-78061506

    www.angkasa.coop

    Penolong Pengurus Bahagian 4P (Pembangunan) : 03-78008133 Ketua Unit Institusi Pendidikan : 03-78846497