Upload
hoangtu
View
242
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS) DI 3
BUAH SEKOLAH DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
BERDASARKAN MODEL DUNN & DUNN.
MARYANA BINTI ADAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN JUDUL: SAINS) DI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM BERDASARKAN MODEL DUNN & DUNN.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya MARYANA BINTI ADAM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO, 46 KAMPUNG HAJI MANAN, TN. HJ. ZAINUDIN BIN HJ. HASSAN 86000, KLUANG, JOHOR NAMA PENYELIA Tarikh: 1 APRIL 2006 Tarikh: 3 APRIL 2006.
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia : TN. HJ. ZAINUDIN BIN HJ. HASSAN
Tarikh : 21 APRIL 2006____________________
* Potong yang tidak berkenaan.
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (ALIRAN SAINS) DI 3
BUAH SEKOLAH DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM
BERDASARKAN MODEL DUNN & DUNN.
MARYANA BINTI ADAM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _______________________
Nama Penulis : MARYANA BINTI ADAM
Tarikh : 21 APRIL 2006__________
iii
DEDIKASI
Istimewa buat insan yang disayangi :
Ayahanda dan bonda
En. Adam Bin M. Khalid & Puan Kartini Binti Rasman
Terima kasih kerana memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan
anakanda.
Kaum keluarga
Kak Long, Kak Ngah, Abang & Adik
Terima kasih diatas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.
Rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih kerana sentiasa membantu dan memberikan idea-idea yang
bernas.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya telah
memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
Ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Tn. Hj. Zainudin Bin Hj. Hassan yang
banyak memberikan pandangan, dorongan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga
sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini tanpa rasa jemu.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pengetua-pengetua, guru-guru dan
pelajar-pelajar bagi tiga buah sekolah menengah daerah Kluang di negeri Johor Darul
Takzim iaitu Sek. Men. Keb. Jalan Mengkibol, Kluang, Sek. Men. Keb. Dato’ Haji
Hassan Yunos, Kluang dan Sek. Men. Keb. Simpang Rengam, Kluang yang sudi
memberikan kerjasama semasa proses mengedarkan set soal selidik dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung bagi memberikan bantuan, sokongan dan
semangat dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
WASSALAM.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran
pelajar tingkatan 4 (aliran sains) dan perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Aspek yang di kaji adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana
faktor persekitaran (cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk tempat belajar), faktor emosi
(motivasi, keazaman, tanggungjawab dan struktur), faktor sosiologi (perseorangan,
rakan sebaya, berkumpulan, berpasangan, orang dewasa dan pelbagai), faktor fisiologi
(persepsi, pemakanan, masa dan pergerakan) dan faktor psikologi (gerak hati atau
reflektif, pemprosesan otak kiri atau otak kanan dan pemikiran global atau analitik)
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 180 responden
yang terdiri daripada 90 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan dari Sek. Men. Keb.
Jalan Mengkibol, Kluang, Sek. Men. Keb. Dato’ Haji Hassan Yunos, Kluang dan Sek.
Men. Keb. Simpang Rengam, Kluang di negeri Johor Darul Takzim. Data dikumpul
melalui edaran soal selidik dan di analisis dengan menggunakan SPSS (Statistical
Package for the Social Sciences) versi 10.0. Proses menganalisis di jalankan dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, skor min dan
hubungan silang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen yang paling
mempengaruhi bagi setiap faktor tersebut ialah dalam faktor persekitaran, elemen
cahaya, sementara faktor emosi pula adalah elemen motivasi, manakala faktor sosiologi
adalah elemen pelbagai, faktor fisiologi ialah elemen persepsi dan faktor psikologi pula
adalah elemen gerak hati atau reflektif. Hasil analisis mencatatkan bahawa pelajar
perempuan lebih dipengaruhi oleh kelima-lima faktor berbanding pelajar lelaki. Hasil
dapatan ini dapat membantu pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dalam memperbaiki gaya pengajaran guru yang bersesuaian dengan
gaya pembelajaran pelajar, membaik pulih infrastruktur di sekolah bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang selesa dan melahirkan pelajar yang cemerlang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identified learning styles for form 4 student
(science stream) and to differentiate between male student and female student learning
style. The research aspects is to look out the influence of environment factor (light,
sound, temperature and design), emotional factor (motivation, persistence, responsibility
and structure), sociology factor (self, peers, team, pair, adult and varied), physiology
factor (perceptual, intake, time and mobility) and psychology factor (impulsive or
reflective, hemisphericity and global or analytic) to student learning styles. The sample
of the research consisted of 180 respondents which 90 respondents belong to male
student while the others belongings to female students from Sek. Men. Keb. Jalan
Mengkibol, Kluang, Sek. Men. Keb. Dato’ Haji Hassan Yunos, Kluang dan Sek. Men.
Keb. Simpang Rengam, Kluang, Johor Darul Takzim. The prime data which is collected
by using questionnaire measurement and analysis using “Statistical Package for the
Social Sciences” (SPSS) version 10.0 software. The analysis was done by descriptive
statistic method which is in frequency, percentage, mean and cross tabs. The result of the
research showed that the most influence element foe each factor are environment factor
is light, emotional factor is motivation, sociology factor is varied while physiology
factor is perceptual and psychology factor is impulsive or reflective. Analyze processing
result for differentiate between male student and female student learning styles showed
that female student is more influential in each of the factor than male student. This
research will helped school administration, student, parent and Ministry of Education to
improved suitable teaching styles with learning styles, repaired the school infrastructure
to give comfortable learning environment and to produce excellent students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Gaya Pembelajaran 10
viii
1.8.2 Model Dunn & Dunn 10
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Model Gaya Pembelajaran 14
Dunn & Dunn
2.3 Kajian-Kajian Lepas 17
2.3.1 Peranan Persekitaran 17
Dalam Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
2.3.2 Peranan Emosi 20
Dalam Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
2.3.3 Peranan Sosiologi 22
Dalam Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
2.3.4 Peranan Fisiologi 24
Dalam Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
2.3.5 Peranan Psikologi 26
Dalam Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
2.3.6 Perbezaan Jantina 29
Dalam Mempengaruhi Gaya
Pembelajaran
2.4 Rumusan Kajian Lepas 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Populasi Dan Sampel 35
ix
3.4 Instrumen Kajian 35
3.4.1 Bahagian A : 36
Maklumat Pelajar / Responden
3.4.2 Bahagian B : 36
Borang Soal Selidik
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Analisa Data 39
BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Keputusan Dan Analisis Bahagian A 42
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Kaum 43
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 43
4.3.1 Elemen Faktor Persekitaran 45
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
4.3.2 Elemen Faktor Emosi 49
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
4.3.3 Elemen Faktor Sosiologi 54
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
4.3.4 Elemen Faktor Fisiologi 60
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
x
4.3.5 Elemen Faktor Psikologi 65
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
4.3.6 Perbezaan Gaya Pembelajaran 69
Antara Pelajar Lelaki Dan
Pelajar Perempuan
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Pencapaian Objektif 76
5.2.1 Elemen Faktor Persekitaran 77
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
5.2.2 Elemen Faktor Emosi 78
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
5.2.3 Elemen Faktor Sosiologi 80
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
5.2.4 Elemen Faktor Fisiologi 82
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
5.2.5 Elemen Faktor Psikologi 84
Yang Paling Dominan
Dalam Mempengaruhi Gaya Pembelajaran
Pelajar Tingkatan 4 (Aliran Sains)
xi
5.2.6 Perbezaan Gaya Pembelajaran 86
Antara Pelajar Lelaki Dan
Pelajar Perempuan
5.3 Cadangan 88
5.3.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 88
5.3.2 Cadangan Kepada Pelajar Dan Ibu Bapa 89
5.3.3 Cadangan Kepada KPM 89
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.5 Rumusan 91
BIBLIOGRAFI 92
LAMPIRAN 98
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Nilai skor mengikut skala likert 36
3.2 Item-item kajian mengikut kelas faktor-faktor 37
yang mempengaruhi gaya pembelajaran
3.3 Nilai kolerasi dan interprestasi 38
daripada Rowntree (1981)
3.4 Jadual ringkasan kekerapan maklum balas responden 39
3.5 Tahap penilaian terhadap min 40
4.1 Taburan responden mengikut jantina 42
4.2 Taburan responden mengikut kaum 43
4.3 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 45
elemen cahaya
4.4 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 46
elemen bunyi
4.5 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 47
elemen suhu
4.6 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 48
elemen reka bentuk tempat belajar
4.7 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 49
elemen motivasi
4.8 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 50
elemen keazaman
xiii
4.9 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 51
elemen tanggungjawab
4.10 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 52
elemen struktur
4.11 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 54
elemen perseorangan
4.12 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 55
elemen rakan sebaya
4.13 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 56
elemen berkumpulan
4.14 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 57
elemen berpasangan
4.15 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 58
elemen orang dewasa
4.16 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 59
elemen pelbagai
4.17 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 60
elemen persepsi
4.18 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 61
elemen pemakanan
4.19 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 62
elemen masa
4.20 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 64
elemen reka bentuk pergerakan
4.21 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 65
elemen reka bentuk gerak hati atau reflektif
4.22 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 67
elemen pemprosesan otak kiri dan otak kanan
4.23 Taburan gaya pembelajaran pelajar dalam 68
elemen global atau analitik
4.24 Taburan gaya pembelajaran pelajar 69
xiv
4.25 Taburan gaya pembelajaran pelajar lelaki 71
4.26 Taburan gaya pembelajaran pelajar perempuan 73
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peta minda gaya pembelajaran model Dunn & Dunn 15
2.2 Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1967) 16
2.3 Model gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1982) 16
xvi
SENARAI SIMBOL
AS - Amat Setuju
ATS - Amat Tidak Setuju
BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
f - Frekuensi
IQ - Intelligence Quotient
JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
S - Setuju
Sek. Men. Keb - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For The Social Sciences
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP)
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Jabatan Pendididkan Negeri Johor (JPNJ)
D Surat Sokongan Menjalankan Kajian Dari
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran adalah istilah yang sinonim dengan para pelajar dan guru-guru.
Pembelajaran adalah salah satu objektif penting persekolahan seseorang pelajar.
Seringkali pembelajaran menjadi topik penting perbincangan dikalangan para guru dan
ibu bapa. Mengikut teori pembelajaran yang dipopularkan oleh ahli teori pembelajaran
berasaskan tingkah laku, pembelajaran merujuk kepada sebarang perubahan tingkah laku
seseorang pelajar. Perubahan tingkah laku tersebut adalah hasil daripada pengalaman
baru yang dialaminya. Akibat daripada pembelajaran tersebut seseorang individu akan
menghadapi sesuatu situasi dengan cara yang berlainan daripada sebelum sesuatu
pembelajaran itu berlaku.
Pembelajaran bukan sahaja sekadar mengetahui sesuatu jawapan dan
memperolehi sedikit pengetahuan. Ia juga tidak boleh diukur melalui gred dan keputusan
peperiksaan. Pembelajaran merupakan satu perjalanan hidup yang mencabar, yang tidak
pernah ada titik akhirnya demi untuk pembentukan seseorang. Pembelajaran mestilah
bermula sebelum seorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan dan proses
pembelajaran akan terus berjalan sehingga sampai tempoh tertentu. Dengan kata lain
pembelajaran bermula dari dalam ‘buaian hingga ke liang lahad’ (Abdul Shukor
Abdullah, 2000). Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan manusia dan proses
2
ini berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada secara formal atau pun
tidak formal.
Dalam proses pembelajaran secara formal, guru haruslah mengenali jenis
personaliti para pelajarnya untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Ini adalah kerana setiap pelajar itu berbeza dan memiliki sifat yang unik
disebabkan oleh suasana persekitaran dan perwarisan yang berbeza di antara mereka
(Norasmah, 2003). Personaliti yang berbeza ini mewujudkan pelbagai gaya
pembelajaran di antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Para pendidik perlu
menyedari hakikat ini supaya mereka dapat mengenal pasti kecenderungan seseorang
pelajar itu belajar dan mempelbagaikan gaya pengajaran mereka untuk disesuaikan
dengan kepelbagaian gaya pembelajaran dikalangan pelajar. Ini akan dapat
meningkatkan juga hubungan baik di antara pelajar dan guru kerana pelajar akan
merasakan bahawa diri mereka sentiasa di beri perhatian dan diambil berat oleh gurunya
(Shahabudin dan Rohizani, 2003).
Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran ?. Borich &
Tombari (1995) menjelaskan bahawa gaya pembelajaran adalah keadaan persekitaran
atau keadaan bilik darjah yang digemari oleh individu untuk belajar. Santrock (2000)
menganggap gaya ialah salah satu cara seseorang menggunakan keupayaannya. Gaya
belajar bermaksud cara yang digemari seseorang menggunakan keupayaan belajarnya.
Lourdusamy (1994) mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah suatu konsep
multidimensi terhasil daripada saling tindakan beberapa pembolehubah. Dunn & Dunn
(1992) mengenal pasti lima pembolehubah iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi
dan psikologi.
Antara jenis-jenis gaya pembelajaran adalah gaya pembelajaran Kolb, gaya
pembelajaran Honey & Mumford (1986) dan gaya pembelajaran Dunn & Dunn. Gaya
pembelajaran Kolb mengemukakan gaya belajar melalui pengalaman yang mengandungi
empat peringkat pengalaman iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konsep
abstrak dan percubaan aktif. Kolb dan Fry (1975) menegaskan bahawa proses
3
pembelajaran adalah satu proses yang berkitar. Kolb juga telah menjelaskan model gaya
pembelajaran beliau seperti berikut :
“ Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran
dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian
tentang pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan
digunakan untuk mengubah suai tingkah laku dalam menghadapi satu situasi
pengalaman yang baru.”
(Kolb, 1984 dalam Sadler-Smith, 1997).
Gaya pembelajaran Honey & Mumford (1986) mengenal pasti empat gaya
belajar iaitu pragmatis, aktivis, teoris dan reflektif. Pelajar dengan gaya belajar
pragmatis adalah individu yang bersifat praktikal dan sering mengaplikasikan teori dan
idea dalam situasi sebenar. Pelajar dengan gaya belajar aktivis mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi dan suka menyelesaikan sesuatu masalah sendiri. Pelajar dengan
gaya belajar teoris suka menyatakan pendapat atau pandangan berasaskan prinsip dan
teori. Pelajar dengan gaya kognitif reflektif memperoleh maklumat melalui pemerhatian
dan refleksi kendiri apabila mentafsir persekitaran.
Menurut Dunn & Dunn (1992, 1993) dan Dunn, Dunn dan Perrin (1994), gaya
pembelajaran adalah cara seseorang untuk memberikan perhatian, memproses,
mendalami dan mengingati pelajaran atau kemahiran yang baru diajar ataupun pelajaran
yang susah. Gaya pembelajaran berubah setiap masa, tetapi hanya seseorang yang benar-
benar berkembang dari segi kematangannya akan mengubah gaya belajarnya (Dunn &
Griggs, 1995). Kebanyakkan pelajar mempunyai antara enam hingga empat belas gaya
pembelajaran yang mereka gemari. Semakin minat pelajar tersebut terhadap gaya
pembelajaran mereka, maka semakin mudah guru untuk menyediakan proses pengajaran
yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka (Braio, Beasley, Dunn, Quinn &
Buchanan, 1997 ; Dunn, Griggs, Olson, Gorman & Beasley, 1995).
4
Pendekatan gaya pembelajaran ini telah dibangunkan lebih 30 tahun bermula
pada tahun 1967 oleh Rita dan Kenneth Dunn (Dunn & Dunn, 1999). Gaya
pembelajaran yang telah dipilih oleh penyelidik untuk dikaji ini mengandungi lima
faktor yang mempengaruhi pelajar dalam gaya pembelajaran mereka. Lima faktor
tersebut adalah persekitaran, emosi, sosiologi fisiologi dan psikologi. Setiap satu
daripada faktor ini mempunyai komponen-komponen kecil yang dipanggil elemen.
Dalam faktor persekitaran elemen yang terlibat adalah cahaya, bunyi, suhu dan reka
bentuk tempat belajar. Faktor emosi, elemen yang terlibat adalah motivasi, keazaman,
tanggungjawab dan struktur. Faktor sosiologi, elemen yang terlibat adalah perseorangan,
rakan sebaya, berkumpulan, berpasangan, orang dewasa dan pelbagai. Faktor fisiologi,
elemen yang terlibat adalah persepsi, pemakanan, masa dan pergerakan. Manakala faktor
psikologi pula, elemen yang terlibat adalah gerak hati atau reflektif, pemprosesan otak
kiri atau otak kanan dan pemikiran global atau analitik.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan pemprosesan otak merupakan suatu
dasar yang baru dalam sistem pendidikan. Ia bukanlah satu trend, tetapi bertujuan untuk
meninjau gaya pembelajaran pelajar supaya proses pengajaran dapat dipertingkatkan
(Keefe, 1982). Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tertentu berdasarkan
pembelajaran yang baru atau yang sukar. Setiap gaya pembelajaran itu berbeza antara
satu sama lain. Maka guru perlu menyesuaikan proses pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar supaya mereka mudah untuk memahami sesuatu topik sama ada
yang baru sahaja diajar ataupun topik yang susah.
Sesetengah pelajar mudah untuk memahami sesuatu topik tanpa menggunakan
gaya pembelajaran yang tertentu. Manakala sesetengah pelajar yang lain pula adalah
sebaliknya. Oleh sebab setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza, maka tidak
5
dinafikan bahawa setiap pelajar juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan
(Robert E. Slavin, 1997).
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang dapat dikenal pasti dan gaya
pembelajaran mempunyai implikasi yang penting terhadap program perancangan,
pengajaran dan pembelajaran (Robert M. Smith, 1983). Gaya pengajaran guru di bilik
darjah adalah perlu disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar untuk mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu peka kepada gaya
pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar. Ini adalah kerana strategi pengajaran yang
dipilih oleh guru mesti mengikut gaya pembelajaran pelajar supaya pembelajaran
optimum boleh berlaku (Boon Pong Ying dan Rangbir Kaur, 1998).
Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadarnya berlainan
dengan individu lain walaupun umur mereka adalah sama. Perbezaan individu adalah
diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental,
emosi dan sosial dikalangan individu.
Dunn (1979) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategi
menyatakan bahawa kajian yang dilakukan, semenjak abad yang lalu menunjukkan
bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengira
umur, status, sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila
kanak-kanak membesar dan semakin matang. Manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu
kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan
kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut (Dunn, R. , 1984).
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakkan pelajar mempunyai gaya pembelajaran tertentu, tetapi gaya
pembelajaran setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Gaya pembelajaran
mereka berbeza adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Berdasarkan model gaya
pembelajaran Dunn & Dunn, terdapat lima faktor yang mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Lima faktor tersebut adalah persekitaran, emosi, sosiologi,
fisiologi dan psikologi.
Dunn & Dunn juga mengatakan bahawa gaya pembelajaran pelajar berbeza dari
segi jantina. Pelajar lelaki lebih cenderung kepada pergerakan dalam persekitaran yang
tidak formal berbanding pelajar perempuan. Mereka juga tidak suka mengikut arahan
seperti pelajar perempuan yang lain. Pelajar perempuan juga cenderung untuk mengikut
arahan yang diberikan oleh guru, mempunyai motivasi diri yang tinggi dan boleh belajar
dalam kelas dengan selesa berbanding dengan pelajar lelaki (Marcus, 1977). Pelajar
perempuan juga lebih cenderung untuk belajar dalam keadaan kelas yang senyap ketika
proses pengajaran sedang berjalan (Pizzo, Dunn & Dunn, 1990).
Maka pengkaji ingin menyelidik sejauh mana elemen-elemen faktor persekitaran,
emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi dalam mempengaruhi gaya pembelajaran dan
perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Pembolehubah
bersandar bagi kajian ini adalah gaya pembelajaran yang dipengaruhi oleh faktor
persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Manakala pembolehubah tak
bersandar pula ialah pelajar tingkatan 4 (aliran sains) yang terdiri daripada pelajar lelaki
dan pelajar perempuan.
7
1.4 Persoalan Kajian.
Persoalan kajian yang ingin di lihat dalam kajian ini adalah seperti berikut :
i. Apakah elemen faktor persekitaran yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains) ?.
ii. Apakah elemen faktor emosi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
iii. Apakah elemen faktor sosiologi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
iv. Apakah elemen faktor fisiologi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
v. Apakah elemen faktor psikologi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains)?.
vi. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan ?.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar-pelajar
berdasarkan model Dunn & Dunn. Antara objektif kajian ini adalah :
i. Mengenal pasti elemen faktor persekitaran yang paling dominan dalam mempengaruhi
gaya pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains).
ii. Mengenal pasti elemen faktor emosi yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains).
iii. Mengenal pasti elemen faktor sosiologi yang paling dominan dalam mempengaruhi
gaya pembelajaran pelajar tingkatan 4 (aliran sains).