4
 FAKTOR FIZIKAL YANG MEMPENGARUHI POLA SUHU Kajian ini dijalankan keatas tiga lokasi ang !e"!e#a ang te"da$at di sekita" K%ala Li$is& Anta"a ka'asan nag te" li!at (anda" (a"% K%ala Li$is) ka'asan  $e"%*a+an Ta *an E*as dan ka'asan "ek"easi T asik T e"engg%n& Hasil k%ti$an data ang di$e"ole+ *en%nj%kkan $e"!e#aan s%+% *engik%t tiga ka'asan ang !e"!e#a& Pe"!e#aan s%+% di ketiga,tiga ka'asan ini di $enga"%+i ole+ akti-iti .i#ikal ang  !e"lak% !e"+a*$i"an ka'asan te"se!%t& (e"dasa"kan kajian ang tela+ dijalankan dida$ati s%+% di ka'asan (anda" adala+a ang $aling tinggi diik%ti ka'asan $e"%*a+an Ta*an E*as dan ka'asan "ek"easi Tasik Te"engg%n& /0 Kek% "angan t %*!%+an li t%$an !%*i Kek%"angan t%*!%+an lit%$an !%*i *e"%$akan .akto" .i#ikal ang *e*$enga"%+i tingkat s%+% di sese!%a+ ka'asan& Se!agai 1onto+ di ka'asan (anda" (a"% K%ala Li$is *e"ekodkan s%+% ang tinggi ke"ana kek%"angan t%*!%+an lit%$an !%*i& Hal ini *ene!a!kan j%*la+ ka"!on dioksida di dala* %da"a *eningkat ang !ole+ *ene!a!kan s%+% sekita" j%ga *eningkat& Peningkatan s%+% !e"lak% ke"ana gas se$e"ti ka"!on dioksida ini !e"si.at lega$ te"+ada$ !a+angan !%*i dan *engaki!atkan $e*!e!asan +a!a ole+ !a+angan  !%*i tidak da$at di!e!askan sete"%sna *ene!a!kan s%+% *ik"o *eningkat& 20 Kek %" ang an ta !%" an +%jan Kek%"angan ta!%"an +%jan *e"%$akan .akto" .i#ikal ang sete"%sna ang  !ole+ *e*$enga"%+i tingkat s%+% di sese!%a+ ka'asan& Kajian *e"ekodkan s%+% ang tinggi 3NI AKU TAK SIAP LAGI0 AKTI4ITI MANUSIA YANG MEMPENGARUHI POLA SUHU 5I KA6ASAN KA7IAN& Kajian ini dijalankan keatas tiga lokasi ang !e"!e#a ang te"da$at di sekita" K%ala Li$is& Anta"a ka'asan nag te"li!at (anda" (a"% K%ala Li$is) ka'asan $e"%*a+an Ta*an E*as dan ka'asan "ek"easi Tasik T e"engg%n& Hasil k%ti$an data an g di$e"ole+ *en%nj%kkan $e"!e#aan

geografi

  • Upload
    farah

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b

Citation preview

FAKTOR FIZIKAL YANG MEMPENGARUHI POLA SUHUKajian ini dijalankan keatas tiga lokasi yang berbeza yang terdapat di sekitar Kuala Lipis. Antara kawasan ynag terlibat Bandar Baru Kuala Lipis, kawasan perumahan Taman Emas dan kawasan rekreasi Tasik Terenggun. Hasil kutipan data yang diperoleh menunjukkan perbezaan suhu mengikut tiga kawasan yang berbeza. Perbezaan suhu di ketiga-tiga kawasan ini di pengaruhi oleh aktiviti fizikal yang berlaku berhampiran kawasan tersebut.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati suhu di kawasan Bandar adalaha yang paling tinggi diikuti kawasan perumahan Taman Emas dan kawasan rekreasi Tasik Terenggun.

1) Kekurangan tumbuhan litupan bumiKekurangan tumbuhan litupan bumi merupakan faktor fizikal yang mempengaruhi tingkat suhu di sesebuah kawasan. Sebagai contoh di kawasan Bandar Baru Kuala Lipis merekodkan suhu yang tinggi kerana kekurangan tumbuhan litupan bumi. Hal ini menyebabkan jumlah karbon dioksida di dalam udara meningkat yang boleh menyebabkan suhu sekitar juga meningkat. Peningkatan suhu berlaku kerana gas seperti karbon dioksida ini bersifat legap terhadap bahangan bumi dan mengakibatkan pembebasan haba oleh bahangan bumi tidak dapat dibebaskan seterusnya menyebabkan suhu mikro meningkat.

2) Kekurangan taburan hujanKekurangan taburan hujan merupakan faktor fizikal yang seterusnya yang boleh mempengaruhi tingkat suhu di sesebuah kawasan. Kajian merekodkan suhu yang tinggi (NI AKU TAK SIAP LAGI)

AKTIVITI MANUSIA YANG MEMPENGARUHI POLA SUHU DI KAWASAN KAJIAN.Kajian ini dijalankan keatas tiga lokasi yang berbeza yang terdapat di sekitar Kuala Lipis. Antara kawasan ynag terlibat Bandar Baru Kuala Lipis, kawasan perumahan Taman Emas dan kawasan rekreasi Tasik Terenggun. Hasil kutipan data yang diperoleh menunjukkan perbezaan suhu mengikut tiga kawasan yang berbeza. Perbezaan suhu di ketiga-tiga kawasan ini di pengaruhi oleh aktiviti manusia yang dijalankan berhampiran kawasan tersebut.Berdasarkan data yang direkodkan dari hasil kajian yang telah dilakukan, didapati suhu di kawasan Bandar adalaha yang paling tinggi diikuti kawasan perumahan Taman Emas dan kawasan rekreasi Tasik Terenggun.1. Penebangan pokokTumbuh-tumbuhan sangat penting dalam usaha menyederhanakan suhu di sesebuah kawasan. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan berfungsi untuk menyerap gas-gas rumah hijau seperti karbon monoksida, karbon dioksida, gas metana dan lain-lain. Gas-gas rumah hijau ini menyebabkan suhu di sesebuah kawasan meningkat. Hal ini kerana gas-gas ini bersifat legap terhadap bahangan bumi yang mampu memerangkap haba dari terbebas ke atmosfera. Oleh hal yang demikian penebangan pokok yang berlaku di sekitar kawasan kajian terutama di Bandar Baru Kuala Lipis bagi aktiviti pembangunan telah menyebabkan suhu di kawasan tersebut meningkat. Berdasarkan pemerhatian saya kawasan Bandar Baru Kuala lipis ini kekurangan tumbuh-tumbuhan kerana kebanyakkan kawasan telah diturap bagi pembinaan bangunan dan kawasan yang berturap dengan jalan tar. Hal ini menyebabkan haba yang diperoleh di kawasan ini terus meningkat berbanding denga kawasan lain. Hasil analisis jelas menunjukkan bahawa suhu di kawasan ini merekodkan bacaan suhu yang paling tinggi. Oleh itu, kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan bandar akibat daripada aktiviti penebangan pokok jelas memberikan kesan negatif terhadap suhu di kawasan ini.

1. Aktiviti pengangkutanSystem pengakutan turut mempengaruhi perubahan suhu di sesebuah kawasan. Berdasarkan analisis terhadap bacaan suhu yang telah direkodkan oleh saya,menunjukkan bahawasa kawasan Bandar Baru Kuala Lipis dan kawasan perumahan Taman Emas mempunyai suhu yang lebih tinggi berbanding dengan bacaan suhu di kawasan rekreasi Tasik Terenggun. Hal ini berlaku kerana di kawasan bandar dan kawasan perumahan berlakunya aktiviti pengangkutan yang giat. Ini disebabkan oleh kawasan ini merupakan kawasan tumpuan oleh penduduk di Kuala Lipis. Oleh itu, jumlah kenderaan bermotor terutamanya seperti kereta dan motorsikal di kawasan ini terus bertambah. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan suhu terhadap suhu sekitar terutamanya di kawasan kajian. Peningkatan suhu yang berlaku adalah disebabkan oleh kesan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan lain-lain. Gas-gas ini bersifat lutsinar terhadap bahangan matahari tetapi berifat legap terhadap bahangan bumi dan mengakibatkan haba di permukaan bumi terperangkap dan tidak dapat dilepaskan ke atmosfera seterusnya menyebabkan peningkatan suhu di kawasan kajian.

CADANGAN UNTUK MENYEDERHANAKAN SUHU DI KAWASAN KAJIAN.1. Penanaman semulaPenanaman semulak pokok serta memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi merupakan langkah terbaik bagi menyederhanakan suhu di kawasan kajian serta sekitarnya.hal ini demikian pokok dapat berfungsi bagi mengurangkan kandungan gas karbon dioksida di udara. Pokok-pokok akan menyerap gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh aktiviti manusia melalui proses fotosintesis. Selain itu, sejat-peluhan yang dijalankan oleh tumbuhan dapat meningkatakan kelembapan udara yang mampu menurunkan suhu di kawasan kajian. Oleh itu, langkah penanaman semula merupakan langkah terbaik untuk digunakan bagi menyederhanakan suhu di kawasan kajian terutamanya di kawasan bandar.

1. Kempen dan pendidikan alam sekitarBerdasarkan kajian yang telah saya lakukan, langkah yang sesuia digunakan bagi menyederhanakan suhu ialah melalui kempen dan pendidikan alam sekitar. Pihak berkuasa seperti Majlis Daerah Lipis dan Jabatan Alam Sekitar perlu menjalankan kempen-kempen kesedaran yang memerlukan penduduk Kuala Lipis bersama-sama menjaga alam sekitar dengan baik.kempen boleh dilakukan melalui media cetak dan media elektronik. Sebagai contoh pihak berkuasa boleh menampal poster-poster yang berkaiatan penjagaan alam sekitar di papan tanda di bahu jalan. Pendidikan alam sekitar juga perlu diterapkan dalam kalangan muda melalui sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebagai contoh pendidikan alam sekitar ini dimuatkan dalam mata pelajaran seperti Geografi, Sivik dan Pendidikan Moral. Melalui pendidikan alam sekitar ini golongan muda terutama pelajar dapat mempelajari cara-cara untuk memelihara alam sekitar.