Upload
others
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN TAHUNAN
2015 G O O N L I N E G O . M Y
© 2014 - 2015 MYNIC BERHAD. Semua hak cipta terpelihara.
Semua harta intelek tidak terhad kepada paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta, pengetahuan termasuk susun atur imej dan kandungan yang terkandung di dalam ini adalah kepunyaan MYNIC Berhad. Sebarang
pengeluaran semula, pengubahsuaian, pengedaran atau penyiaran semula kandungan tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
Semua harta intelek yang terdapat dalam halaman ini adalah hak milik pemilik. Sebarang hak yang tidak diberikan secara nyata dalam dokumen ini adalah terpelihara
Diterbitkan oleh
MYNIC BERHAD Mines Waterfront Business Park, No.3, Jalan Tasik, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
t: +603 8943 5510 | f: +603 8943 5520 | e: [email protected] | www.mynic.my
Berhubung dengan MYNIC Berhad
MYNIC BERHAD 3
ISI KANDUNGAN | CONTENTSTENTANG MYNIC 6MAKLUMAT KORPORAT 10STRUKTUR ORGANISASI 11LEMBAGA PENGARAH 14PENGURUSAN KANAN 15PERUTUSAN DARI PENGERUSI 18PERUTUSAN DARI KETUA PEGAWAI OPERASI 20SEPINTAS LALU PENCAPAIAN 2015 22URUS TADBIR KORPORAT 24RANGKUMAN AKtIvItI 2015 PROGRAM MYNIC MYNIC STRIKERS 28MYFIDELE 29MYLIFE 33MYBUDDIES 34PENGLIBAtAN HARI KEBANGSAANLARIAN SEHATI SEJIWA 37FIESTA BLOGSHOP 38PRODUK MYNIC LANCAR BISNES ONLINE BUNDLE 39PROGRAM BERSAMA KKMM HARI SUKAN NEGARA 40PERTANDINGAN BOLING BERSAMA KKMM 40PAMERAN 41SEMINAR 44WAKIL JUALAN MYNIC 46SISTEM PENGURUSAN DOMAIN 47LAPORAN KEWANGAN 50
4 MYNIC BERHAD
MISI, VISI & FUNGSI UTAMA
6 MYNIC BERHAD TENTANG MYNIC
MYNIC Berhad adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
MYNIC merupakan pentadbir tunggal untuk semua alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sebagai Nama Domain Nasional, MYNIC memberikan keunikan identiti jenama kepada organisasi dan individu Malaysia di internet
VISI: Untuk menjadi pembekal pendaftar dan perkhidmatan alamat internet yang paling inovatif di rantau Asia Pasifik.
MISI: Cemerlang dalam perkhidmatan pendaftar internet di Malaysia untuk mencipta identiti yang unik kepada komuniti internet.
SIAPAKAMI, vISI & MISI
tENtANG MYNIC
MYNIC BERHAD 7 TENTANG MYNIC
SIAPAKAMI, vISI & MISI
1. Pentadbir tunggal nama domain di Malaysia (ccTLD) yang melibatkan pendaftaran nama domain, penyelenggaraan dan operasi nama domain .my.
2. Penggerak teknologi dan pembangunan polisi nama domain.
3. Pemangkin perniagaan dalam talian di Malaysia melalui platform e-dagang, latihan keusahawanan kepada para pelajar, wanita, IKS dan orang awam
1. .my - bagi individu dan semua organisasi di Malaysia
2. .com.my - organisasi/aktiviti komersil
3. .net.my - organisasi/aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian
4. .org.my - organisasi/aktiviti yang tidak layak dalam kategori lain
5. .gov.my - agensi kerajaan Malaysia sahaja
6. .edu.my - institusi pendidikan Malaysia sahaja
7. .mil.my - agensi ketenteraan Malaysia sahaja
8. .name.my - bagi individu warganegara dan bukan warganegara yang menetap di
Malaysia sahaja
FUNGSI UTAMA
MYNIC mentadbir lapan (8) kategori nama domain iaitu :
8 MYNIC BERHAD
LATAR BELAKANG
10 MYNIC BERHAD MAKLUMAT KORPORAT
Nama Syarikat : MYNIC Berhad (735031-H)
Diperbadankan : 24 Mei, 2006
Alamat Tetap : Aras 3, Blok C,
Mines Waterfront Business Park
No. 3, Jalan Tasik, The Mines Resort City
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Alamat Pendaftaran : Suite C-5-4, Wisma Goshen
Plaza Pantai, Jalan Pantai Baru
52200 Kuala Lumpur, Malaysia
Setiausaha Syarikat : AAJ Management Services Sdn Bhd
LATAR BELAKANG
MAKLUMAt KORPORAT
.my
153,807jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 113,811
2013 51,721
2011 39,050
2012 87,488
MYNIC BERHAD 11 MAKLUMAT KORPORAT
LATAR BELAKANG STRUKTUR ORGANISASI
Jabatan PembangunanAplikasi
·Jabatan Perkhidmatan IT
·Jabatan Pembangunan
Perniagaan
Jabatan PerkhidmatanOperasi
·Jabatan Penglibatan
& PembangunanMasyarakat
Jabatan Projek Khas
·Jabatan Pemasaran
& Komunikasi
·Jabatan Pengurusan
Saluran
Jabatan Sumber Manusia& Pentadbiran
·Jabatan Kewangan
& Perolehan
JawatankuasaPerlantikan dan
Pengambilan
JawatankuasaAudit
Bahagian Inovasi
Bahagian Operasi& Perkhidmatan
BahagianPemasaran
Bahagian SumberManusia & Kewangan
Ketua Pegawai Operasi
Lembaga Pengarah
12 MYNIC BERHAD
LEMBAGA PENGARAH & PENGURUSAN KANAN
14 MYNIC BERHAD LEMBAGA PENGARAH
LEMBAGA PENGARAH
LEMBAGA PENGARAH01 YBHG. DAtuk BRiDGEt ANNE CHiN HuNG YEE
02 YAB DAtO’ SRi DR. SHARifAH ZARAH SYED AHMAD
03 YBRS. EN. Nik ABDuL AZiZ Nik YAACOB
04 YBR. Cik SuZANNA LiM wEi LOONG
05 YBHG DAtuk wiRA ROSLi HASAN
06 YM RAJA iSkANDAR SHAH BiN RAJA iSkANDAR iBRAHiM SHAH.com.my
126,462jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 134,767
2013 130,018
2011 97,921
2012 111,536
MYNIC BERHAD 15 PENGURUSAN KANAN
PENGURUSAN KANAN
PENGuRuSAN kANAN07 HASNuL fADHLY HASAN
KETUAPEGAWAIEKSEKUTIF08 NORSuZANA HARuN
KETUAPEGAWAIOPERASI09 NORZAitON SENuSi
KETUAPEGAWAIKEWANGAN10 tALiB SABRi SuLAiMAN
KETUAPEGAWAISTRATEGI
.net.my
2,564jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 2,734
2013 2,713
2011 2,764
2012 2,752
16 MYNIC BERHAD
PENGERUSI & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
18 MYNIC BERHAD PERUTUSAN DARI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
Terlebih dahulu bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengalu-alukan kehadiran YAB Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed sebagai sebahagian ahli lembaga pengarah MYNIC. Semestinya kehadiran beliau yang kaya dengan pengalaman dan luas pengetahuan akan memberi kekuatan kepada pasukan kita.
PERUtUSAN DARI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
Dalam suasana ekonomi yang tidak
menentu ini kita masih mampu
bertahan dan membuktikan bahawa
kewujudan MYNIC masih relevan lagi.
Ini membuatkan saya terfikir bahawa
bagaimana sesebuah organisasi itu
berjaya untuk kekal bertahan dengan
memastikan dapat memenuhi keperluan
ekonomi yang berkembang dan
perubahan pesat yang sedang berlaku
dalam dunia hari ini.
MYNIC yang pada awalnya ditubuhkan
hanya untuk mentadbir nama domain
.my kini ia telah berkembang pesat sejak
beberapa tahun ini dan kini tumpuan kita
telah diperluaskan sebagai pemangkin
perniagaan dalam talian di Malaysia
melalui platform e-dagang, latihan
keusahawanan kepada para pelajar,
wanita, IKS dan orang awam.
Pada tahun 2015 ini kita banyak
memfokuskan untuk membantu
DAtUK BRIDGEt ANNE CHIN HUNG YEE Pengerusi
.org.my
3,979jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 4,024
2013 2,980
2011 2,613
2012 2,765
MYNIC BERHAD 19 PERUTUSAN DARI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
usahawanusahawan internet dengan
memberikan perkhidmatan melalui
solusi dalam bidang ICT untuk
meningkatkan perniagaan di internet
dengan lebih meluas.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan
penghargaan dan ucapan terima kasih
seluruh Lembaga Pengarah kepada KMM
yang sentiasa menyokong pembangunan
MYNIC, pemimpin kanan dan juga semua
staf MYNIC yang berterusan berdaya
saing dalam memastikan pencapaian
MYNIC sepanjang tahun2015.
Dengan itu, saya berharap kejayaan akan
terus bersama kita untuk tahun 2016.
.gov.my
1,082jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 1,062
2013 1,102
2011 1,087
2012 1,158
20 MYNIC BERHAD PERUTUSAN DARI KETUA PEGAWAI OPERASI
Anjakan paradigma sepanjang tahun 2015 menyaksikan kita semakin memperluaskan horizon syarikat kita. Kita berusaha dengan beralih daripada menjaga nama domain .my kepada menyediakan ekosistem. Antaranya adalah ekosistem untuk perniagaan dan gaya hidup dengan menyediakan solusi hosting laman sesawang, emel dan dari segi keselamatan.
Selain itu, kita turut mengambil berat
tentang pelanggan MYNIC yang selama
ini sentiasa bersama-sama dengan kita.
Pelbagai program telah kita perkenalkan
untuk menghargai pelanggan-pelanggan
MYNIC antaranya adalah seperti program
.myFidele, .myLife dan MYNIC Strikers
serta penganjuran Sehati Sejiwa untuk
HASNUL FADHLY HASAN Ketua Pegawai Eksekutif
PERUtUSAN DARI KEtUA PEGAWAI OPERASI
MYNIC BERHAD 21 PERUTUSAN DARI KETUA PEGAWAI OPERASI
mendekatkan lagi masyarakat umum
dengan MYNIC. Semua program ini
dirangka khusus untuk memastikan
penglibatan bersama pelanggan MYNIC
supaya kita dapat membina hubungan
secara terus dengan mereka.
Melalui program-program yang kita
laksanakan ini, jelas menunjukkan
bahawa domain .my masih relevan
dengan masyarakat terutama dalam
kalangan syarikat perniagaan dalam
talian. MYNIC akan sentiasa menawarkan
pelbagai program dan produk untuk
membantu usahawan-usahawan dalam
talian ini ke tahap lebih tinggi dalam
perniagaan internet.
Terima kasih untuk inisiatif semua
kakitangan MYNIC untuk pencapaian
tahun 2015 dan saya berharap kejayaan
demi kejayaan untuk tahun 2016 nanti.
.edu.my
2,741jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 3,701
2013 3,083
2011 2,137
2012 2,923
22 MYNIC BERHAD SEPINTAS LALU PENCAPAIAN 2015
SEPINtAS LALU PENCAPAIAN 2015
Jumlah Nama Domain 2011-2015
tAHUN JUMLAH DOMAIN
.MY .COM.MY
.NEt.MY .ORG.MY .GOv.MY .EDU.MY .MIL.MY .NAME.MY
2015 321,794 153,807 126,462 2,564 3,979 1,082 2,741 22 31,137
2014 269,340 113,811 134,767 2,734 4,024 1,062 3,701 21 9,220
2013 192,533 51,721 130,018 2,713 2,980 1,102 3,083 24 892
2012 208,936 87,488 111,536 2,752 2,765 1,158 2,923 25 289
2011 145,990 39,050 97,921 2,764 2,613 1,087 2,137 17 401
Jumlah Nama Domain 2015 = 321,794
Statistik Jumlah Nama Domain Dari tahun 2011-2015:
SEPINTAS LALUPENCAPAIAN 2015
2014 269,340
2015 321,794
2013 192,533
2011 145,990
2012 208,936
MYNIC BERHAD 23 SEPINTAS LALU PENCAPAIAN 2015
SEPINTAS LALUPENCAPAIAN 2015
24 MYNIC BERHAD URUS TADBIR KORPORAT
Dalam usaha meningkatkan akauntabiliti,
ketelusan dan kecekapan operasi
syarikat, MYNIC berusaha melaksanakan
tadbir urus korporat yang baik. Oleh itu,
MYNIC telah membangunkan satu rangka
kerja pengurusan risiko yang dikenali
sebagai Pengurusan Risiko Syarikat
atau Enterprise Risk Management (ERM)
sebagai alat untuk Lembaga Pengarah
menguruskan secara proaktif profil risiko
utama syarikat secara berterusan.
Ia merupakan satu keperluan penting
untuk rangka kerja dipantau secara
berterusan untuk memastikan
penyesuaian dan daya tahan dengan
sebarang risiko perubahan. MYNIC
mempunyai struktur organisasi yang
baik, had bidang kuasa, Pengurusan
Keselamatan Maklumat ISO, dasar-
dasar dan prosedur jabatan untuk
menguruskan risiko yang timbul
dalam operasi hariannya, MYNIC juga
mengekalkan Risiko Pendaftar dan Profil
setelah melalui proses Pengurusan
Risiko Syarikat (ERM) seperti berikut:-
- Kesedaran Risiko & Menetapkan Parameter untuk Penilaian Risiko
- Mengenal pasti Risiko
- Pentaksiran/Penilaian Risiko
- Profiling Risiko & Rawatan Risiko
- Pemantauan Pengurusan Risiko &
Laporan
Jaminan Kualiti memainkan peranan
penting dalam pengumpulan daftar
risiko yang dikemaskinikan dan dalam
penyediaan laporan risiko pengurusan.
Enterprise Risk Management (ERM)
URUS TADBIRKORPORAt
URUS tADBIR KORPORAt
.mil.my
22jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 21
2013 24
2011 17
2012 25
MYNIC BERHAD 25 URUS TADBIR KORPORAT
Selain itu, MYNIC telah diperakui untuk
Sistem Pengurusan Keselamatan
Maklumat atau Information Security
Management System (ISMS) pada 20
April 2012 dengan skop pensijilan
yang melibatkan keseluruhan operasi
MYNIC untuk Mentadbir Ruang Nama
bagi .my Top Level Domain (TLD)
Melibatkan Pendaftaran Nama-Nama
Domain, Penyelenggaraan dan Operasi
Pendaftaran Nama Domain. Skop
pensijilan ini kekal tidak berubah untuk
pensijilan semula dan menaik taraf
kepada audit versi 2013 oleh Badan
Pensijilan (SIRIM QAS International
Sdn Bhd) pada tahun 2015 yang telah
dijalankan pada 9 dan 10 April 2015.
MYNIC berjaya lulus audit pensijilan
semula setelah melalui proses-proses
berikut:-
- ISMS pemahaman + migrasi kepada versi 2013
- ISMS risiko penilaian dan rawatan
- ISMS audit dalaman
- ISMS audit badan pensijilan
Information Security Management System (ISMS)
URUS TADBIRKORPORAt
.name.my
31,137jumlah domain berdaftar pada tahun 2015
2014 9,220
2013 892
2011 401
2012 289
26 MYNIC BERHAD
28 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
MYNIC juga turut melancarkan satu program
realiti sukan MYNIC Strikers untuk pembangunan
belia dalam platform kreatif melalui aktiviti
- Boling. Objektif program ini adalah untuk
menggalakkan golongan belia yang mempunyai
minat yang tinggi dan berpotensi dalam sukan
boling melalui platform MYNIC Strikers. Ia
bertujuan untuk melahirkan lapisan pemain
muda yang berjaya bukan sahaja dalam bidang
kesukanan tetapi secara todak langsung dalam
bidang pembangunan kerjaya ICT. Dengan
mengemas kini dan berkongsi gambar, strategi
permainan, kemahiran dan tips menggunakan
media sosial, ia percaya untuk memanfaatkan
platform internet secara keseluruhan.
MYNIC Strikers 2015 telah diadakan di tujuh
lokasi yang berbeza di seluruh Malaysia.
Peringkat kelayakan telah dimulai di wilayah
timur ke Wilayah Utara, Wilayah Selatan
dan Wilayah Tengah. Seterusnya persaingan
peringkat akhir telah dilakukan di U-Bowl Mesra
Mall, Kemaman, Terengganu. Juara MYNIC
Strikers 2015 menerima RM 10,000 dan naib
juara menerima RM 2,500. Sementara setiap
pemenang pada peringkat awal menerima RM
250.
MYNIC Strikers mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada peserta seluruh
Malaysia dan seramai 319 peserta telah
bertanding dalam program realiti MYNIC
Strikers. Selepas enam kelayakan awal, hanya
sepuluh peserta dapat memasuki ke peringkat
akhir.
Program yang telah dihoskan selebriti terkenal
tanahair Kieranto Marcello, yang juga merupakan
deejay bagi radio Sinar FM akan disiarkan di
saluran Youtube selama 10 episod.
Senarai Pemenang
Juara : Wan Mohamad Syafiq Bin Wan Azli
tempat Kedua: Equine Lam
1. Pusingan Kelayakan Terengganu
Wan Mohamad Syafiq Bin Wan Azli
Score:384
2. Pusingan Kelayakan Penang
Mohamad Nazmi Bin Mohamad Mazli
Jatuhan Pin: 483
3. Pusingan Kelayakan Perak
Muhamad Syazly
Jatuhan Pin: 347
4. Pusingan Kelayakan Johor
Chan Wei Siang
Jatuhan Pin: 461
5. Pusingan Kelayakan Melaka
Al Hafiz Bin Abd Rashid Chaw
Jatuhan Pin: 410
6. Pusingan Kelayaka Putrajaya
Nik Mohd Noor Firdaus B. Md Saad
Jatuhan Pin: 401
PENCARIAN BINTANG BOLING MALAYSIA MELALUI PROGRAM MYNIC STRIKERS
MYNIC STRIKERS
RANGKUMAN AKtIvItI 2015
MYNIC BERHAD 29 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
Untuk memastikan kesetiaan pelanggan
terhadap produk dan perkhidmatan syarikat
bukanlah sesuatu yang mudah. Maksud
kesetiaan pelanggan adalah kesediaan syarikat
untuk terus berusaha dalam memastikan produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan masih
bersesuaian dan relevan dengan kehendak
pelanggan. Bukan itu sahaja syarikat perlu
memastikan hubungan dengan pelanggan
sentiasa baik dan berterusan iaitu melalui
pembelian yang berterusan daripada pelanggan
terhadap produk dan perkhidmatan syarikat
tersebut dan sehingga berlakunya proses
percambahan di mana pelanggan sanggup
membuat cadangan produk atau perkhidmatan
tersebut kepada keluarga mahupun rakan-rakan
mereka.
Oleh itu, dalam usaha untuk memastikan
kesetiaan pelanggan sedia ada, MYNIC telah
melancarkan satu program khas untuk para
pelanggan MYNIC iaitu myFidele - dengan
slogan Because You Matter To Us. ‘Fidele’ yang
bermaksud ‘setia’ dalam bahasa Perancis
dan program ini direka bagi menghargai
para pelanggan MYNIC di atas kesetiaan dan
sokongan terhadap produk dan perkhidmatan
MYNIC. Konsep program ini adalah menang
melalui kesetiaan atau Winning Through Loyalty
yang membolehkan para pelanggan menerima
ganjaran apabila memperbaharui nama domain
.my.
Program myFidele diadakan sebanyak
dua pusingan setiap tahun yang mana ia
memperkenalkan tiga kategori dalam
menghargai pelanggan mereka iaitu myFidele
Surprise, myFidele Gold dan myFidele Rewards.
Kategori myFidele Surprise direka untuk
pelanggan yang memperbaharui nama domain
.my mereka dan mendapat peluang untuk
dipilih sebagai pemenang myFidele Surprise
menggunakan konsep cabutan bertuah. Kategori
myFidele Gold mensasarkan kepada pelanggan
yang telah bersama-sama dengan MYNIC lebih
dari sepuluh tahun. Manakala kategori myFidele
Rewards pula adalah rebat yang diberikan kepada
pelanggan yang mempunyai lebih daripada
20 nama domain dan mereka memperbaharui
semua nama domain tersebut.
Bertemakan Rumah Terbuka Aidilfitri Jalinan
Mesra Bersama MYNIC, pusingan pertama
program .myFidele telah berlangsung pada
14 Ogos 2015 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Semua finalis bagi setiap kategori hadir pada
majlis tersebut. Para finalis telah dipilih
berdasarkan pembaharuan nama domain dari
Januari hingga Julai 2015.
Akhbar digital dan cetak Bahasa Inggeris,
thestar.com.my telah dipilih memenangi hadiah
utama bagi myFidele Gold di atas kesetiaan
selama lebih 14 tahun. Bagi pemilik arstudios.
com.my pula ia merupakan hari yang bertuah
kerana mereka memenangi myFidele Surprise
dan Petronas Dagangan Berhad menerima rebat
berjumlah RM16,000 bagi kategori myFidele
Rewards. Berikut adalah senarai pemenang
pusingan pertama bagi setiap kategori:
MYFIDELE
PROGRAM MYFIDELE – ‘BECAUSE YOU MATTER TO US’
30 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
MyFidele Gold
1. thestar.com.my – Star Publications
(Malaysia) Bhd
2. ipb.edu.my – Institut Profesional Baitulmal
3. kdc.com.my – Koh Design Consultants
4. rk.com.my – RK Success Trading
5. cfbt.com.my – CfBT Multimedia Education
Sdn Bhd
MyFidele Surprise
1. arstudios.com.my – AR Photostream
2. childrenslibrary.my – Mr. Yaw Eng Yong
3. binaryfusion.com.my – Binary Fusion Sdn.
Bhd.
4. winhope.com.my – Winhope Management
Sdn Bhd
5. globaldensity.com.my – Global Density Sdn.
Bhd.
6. nottingham.my- The University of
Nottingham Malaysia Campus
7. mutiarakitchen.com.my – Mutiara Rich
Resources
8. concretecut.com.my – Concrete Cut
Marketing Sdn. Bhd.
9. pro96.com.my – Proweld Engineering Sdn.
Bhd.
10. mediplus.com.my- Mediplus Synergy
11. myfood.my – Smart Global Media Sdn. Bhd.
12. bubbagump.com.my- NZ Citta Sdn. Bhd.
13. iwannafeelgood.my – De Jeroy Enterprise
14. sop.name.my – Mohd Shukri Ngah
15. bisnestek.my – Zainal Ariffin Zakaria
16. jetson.com.my – Kumpulan Jetson Berhad
17. pakdi.my – Suzardi Maulan
18. asra.my - Abdul Salim Fazlay Rahman
19. futuremakers.my - Hasan Hadli Sadri
20. businesscard.my - Kuan Chong Ng
21. adam.my - Jailany Jaafar
22. host.name.my - Mujahiddin Janapi
23. blograkyat.my - Rentak Setia Sdn Bhd
24. propertyblog.my - Alvin Yong Onn Soon
25. bakka.my - Muhammad Zhafran Mat Dawam
MyFidele Reward
1. Petronas Dagangan Berhad
2. Pan Malaysian Pools Sdn. Bhd
3. 3M Malaysia Sdn Bhd
4. ACME COMMERCE SDN BHD
5. ADAJAYA MARKETING
6. Affin Investment Bank Berhad
7. Ministry of Youth and Sports Malaysia
8. Amazon Int’l., Inc.
9. Astro Digital 5 Sdn. Bhd.
10. Astro GS Shop Sdn. Bhd.
11. Bayer (Malaysia) Sdn.Bhd
12. Bayer (Malaysia) Sdn.Bhd
13. CIMB Investment Bank Berhad
14. CREATIVE BUGS TECHNOLOGIES SDN BHD
15. Culture Medium Design
16. Driven Communications Sdn Bhd
PROGRAM MYFIDELE – ‘BECAUSE YOU MATTER TO US’
MYFIDELE
MYNIC BERHAD 31 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
MyFidele Gold
1. kolejbandar.edu.my – Tan Ming Teck
2. spca.org.my – Wong Ee Lynn
3. sksbs.edu.my – Rashdan Abd Razak
4. utusan.com.my – Mohd Zahari Mat Amin
5. damai.org.my – Vesalatchi a/p Chelladurai
MyFidele Surprise
1. mylove.name.my – Solehan Abd Rahman
2. precious.name.my – Mohd Syahiezam bin
Mohd Tahir
3. beameron.com.my – Manivannan Manickam
4. emctwo.com.my – Ronald Lim Kok Weng
5. camellia.my – Khairul Radzi Ab Razak
6. zya.my – Zulkifli Othman
7. accessideas.com.my – Mohd Fauzan Othman
8. glamourex.com.my - Muhammad Syuhairi
Bin Mohamed Zahuri
9. unitechnic.com.my - Mohd Anas Yusof
10. tipskerjaya.my - Megat Syafferizul
11. annalesya.my - Azran Bin Abd Latif
12. kzeng.com.my - Tam Ong Peng
13. suffymilk.com.my - Muhammad Aizuddin
bin Mohd Zamrin
14. butikinfiniti.com.my - Shahid Abdullah
15. freshmagazine.com.my - Mohd syahmi bin
Yem
16. websirs.my - Muhammad Faiz Mohd Hassan
17. bukupendidikankhas.my - Amir Helmi
18. 1800.my - Jason Goh Cheng Teck
19. food4u.my - Nik Mohd Aminuddin Bin Nik
Ismail
20. karyamedia.com.my - Muhammad Johari b
Rahmad
21. b17.my - Mohd Firdaus Misroni
22. idia.my - Hafiz Bin Fauzi
23. dx.my - Tengku Muhammad Fauzan Bin
Tengku Noor Afandi
24. english-proofreader.my - Siti Zahidah
Hussin
25. doctorcompany.my - Michael Lim Chong Wei
myFidele Reward
1. Serai Solution
2. TTT Creative Technologies
3. Brillante Insights Sdn Bhd
4. Amaxim Global Solutions Sdn Bhd
Pusingan kedua pula telah diadakan di Sunway Lagoon pada 6 Disember 2015 dengan konsep A Moment To Remember.
Seramai 27 pelanggan bertuah telah diraikan dalam suasana yang santai dan menghiburkan di taman tema Sunway Lagoon
tersebut. Mereka merupakan pelanggan-pelanggan setia MYNIC yang telah dipilih awal berdasarkan 3 kategori myFidele.
Pemilihan mereka adalah menerusi pembaharuan nama-nama domain dari bulan Ogos – November 2015. Berikut adalah
senarai nama pemenang bagi pusingan kedua bagi setiap kategori:
PROGRAM MYFIDELE – ‘BECAUSE YOU MATTER TO US’
MYFIDELE
32 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
MYNIC telah menganjurkan pertandingan futsal
bersempena dengan program myFidele yang
diberi nama myFidele Futsal Challenge 2015.
Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan semangat
kesukanan dan pengamalan gaya hidup yang
sihat di samping mengukuhkan hubungan rapat
antara MYNIC dan juga para pelanggan.
Pertandingan ini telah menerima sambutan yang
amat memberangsangkan dari peminat-peminat
sukan futsal namun hanya 16 kategori lelaki
dan 5 kategori perempuan yang terpilih untuk
memasuki pertandingan ini.
Pemenang untuk pertandingan ini menerima
wang berjumlah RM2,000 dan juga medal.
Berikut adalah senarai nama pemenang bagi
kategori lelaki dan perempuan:
Kategori Lelaki
Pemenang : Glory Bersatu
Tempat keduaT : RJ Capero FC
Penjaring terbanyak : Kelvin (Glory Bersatu, 9
gol)
Kategori Perempuan :
Pemenang : Mix FC
Tempat kedua : Phoenix FC
Penjaring terbanyak : Zurain (Phoenix FC, 9 gol)
Jersi terbaik : Sport Affairs Yang Titans
MYFIDELE FUTSAL CHALLENGE 2015
MYFIDELE
MYNIC BERHAD 33 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
.myLife adalah satu lagi program yang turut
dilancarkan oleh MYNIC pada tahun 2015.
Objektifnya adalah untuk menghargai para
pelanggan baru MYNIC yang telah mendaftar
domain .my dari 1 Jan 2015 sehingga 25 Oktober
2015.
Pelaksanaan program itu adalah berdasarkan
pemilihan seramai 40 orang pendaftar baru
daripada keseluruhan jumlah yang telah
mendaftar domain .my bagi jangkamasa 1
Januari sehingga 25 Oktober 2015. 40 pendaftar
baru yang terpilih dijemput untuk menyertai Hari
Penghargaan Pelanggan tersebut. Program ini
juga telah dilaksanakan sebanyak dua pusingan
dan mendapat kerjasama daripada pihak MYDIN.
Pusingan pertama telah diadakan di pusat beli
belah MYDIN USJ di Selangor pada 15 Ogos
2015. Seramai 40 peserta yang terpilih hadir
ke pusingan pertama ini dan pemenang hadiah
utama dibuat menerusi cabutan bertuah. Untuk
pusingan ini pemenang adalah pemilik nama
domain janganlupa.my iaitu Lau Sian Lerk yang
mana beliau telah menerima hadiah sebuah
motorsikal baru jenama SYM VTS 200.
Pusingan kedua pula telah berlangsung pada
31 Oktober 2015 bertempat di pusat beli belah
MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan. Untuk
pusingan ini pemilik nama domain haslinah.
my iaitu Haslinah Abdul Halil telah berjaya
memenangi hadiah sebuah kereta baru jenama
Perodua Axia.
Menerusi Hari Penghargaan Pelanggan ini MYNIC
berharap dapat mempromosikan kelebihan
mempunyai nama domain .my dan secara tidak
langsung dapat menarik minat masyarakat untuk
memiliki identity yang unik dan tersendiri dalam
talian di kalangan komuniti internet. Seterusnya
dapat meningkatkan pendaftaran nama domain
.my yang baru dari semasa ke semasa.
PROGRAM MYLIFE BAGI MENGHARGAI PELANGGAN BARU MYNIC
MYLIFE
34 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
.MYBUDDIES FIESTA
.myBuddies Fiesta telah berlangsung pada 22
Mac 2015 bertempat di Taman Tasik Permaisuri,
Kuala Lumpur. Acara yang bermula pada
pukul 7.00 pagi dan berakhir 7.00 malam telah
dirasmikan oleh YBhg Datuk Rizalman bin
Dato’ Mokhtar, Ketua UMNO Bahagian Bandar
Tun Razak. Program ini diadakan bertujuan
untuk memberikan kesedaran tentang program
myBuddies anjuran MYNIC yang mana ia
menekankan kepentingan pemilikan domain .my
kepada masyarakat umunya dan kepada peniaga
online secara khasnya.
Seramai lebih 2,000 pengunjung telah menghadiri
program ini yang mana pelbagai aktiviti menarik
telah dijalankan sebagai pengisian program ini
seperti aktiviti futsal, paintball, mewarna batik,
pertandingan erobikton dan Senam 1Malaysia.
Di samping itu acara cabutan bertuah juga turut
diadakan. Selain itu, aktiviti seperti persembahan
kebudayaan dan kesenian serta persembahan
artis turut diadakan untuk menghiburkan semua
peserta dan pengunjung .myBuddies Fiesta.
RUN WITH .MY Program Run With .MY telah berlangsung di
Stadium Putra Bukit Jalil, yang dibawakan oleh
MYNIC dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah
Persekutuan (MBWP) telah disertai hampir 700
orang peserta. Acara yang telah berlangsung
pada 3 Mac 2015 lalu diadakan khas untuk
masyarakat Malaysia dan mencabar diri mereka
dan untuk bersenam secara santai bersama-
sama dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Bagi memastikan objektif MYNIC tercapai, setiap
peserta turut menerima dua nama domain
.my bagi menggalakkan pembentukan identiti
peribadi dalam talian. Pemberian domain ini
bukan hanya tertumpu pada pembinaan laman
web sahaja malahan inovasi baru yang dibawakan
oleh MYNIC ini, nama domain .my ini juga boleh
dipetakan secara terus ke laman sosial masing-
masing.
Selain daripada itu hadiah-hadiah menarik turut
diberikan kepada pemenang seperti 3 motosikal,
2 basikal BMX, Smartphone dan hamper.
MYBUDDIES
MYNIC BERHAD 35 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
RUN FOR SOLIDARITYRun For Solidarity telah berlangsung pada 26
April 2015, di Taman Botani Perdana, Kuala
Lumpur. Acara yang disertai lebih 2,000orang
ini dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO
dan juga MYNIC melalui program myBuddies
program, yang merupakan rakan strategik untuk
acara ini.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran
di kalangan para peserta mengenai program
myBuddies dan manfaat daripada program ini.
Larian yang terbahagi kepada kategori 5km dan
10km telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil & Ketua Setiausaha KKMM,
YBhg Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad
MYBUDDIES RUN 2015Aktiviti larian telah menjadi satu trend yang sihat
di kalangan rakyat Malaysia dan ia telah terbukti
apabila seramai 5,300 orang telah mengambil
bahagian dalam satu acara akhir tahun anjuran
MYNIC iaitu myBuddies Run. Program ini adalah
sebahagian daripada usaha berterusan MYNIC
dalam menyokong inisiatif pembangunan negara
dan menggalakkan gaya hidup atas talian.
Acara yang dijayakan di Cyberjaya, Selangor
ini merupakan acara larian yang unik kerana
membawa tema yang berlainan iaitu larian
bertopeng. Trek laluan merangkumi 3 kategori
yang berbeza iaitu 3km, 5km dan juga 10km yang
meliputi Persiaran Semarak Api, Persiaran Apec
dan Persiaran Ceria.
Acara pelepasan telah dilakukan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif MYNIC iaitu YBhg. En. Hasnul
Fadhly Hasan. Walaupun cuaca hujan di awal pagi
namun ia tidak menghalang semangat setiap
peserta untuk berlari. Malahan sebahagian
mereka turut membawa ahli keluarga dan rakan-
rakan untuk menemani mereka.
Terdapat beberapa peserta yang berani memakai
topeng yang unik seperti karakter Darth Vader
dan Strom Trooper yang diambil dari siri Star
Wars, Spiderman, Batman dan pelbagai lagi yang
MYBUDDIES
36 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
menarik dan kreatif.
Elemen keseronokan turut disuntik dalam
program myBuddies Run ini dengan menawarkan
hadiah wang tunai untuk pemenang 10km, 10
pelari awesome dan 70 pelari berdaftar bertuah.
Lebih menarik apabila hadiah-hadiah cabutan
bertuah terdiri daripada 2 unit Perodua Axia, 3
unit motosikal dan 5 unit basikal.
Selain itu, jualan trak makanan dan carboot
sale daripada usahawan dalam talian juga
merupakan aktiviti sampingan yang disediakan.
Persembahan daripada artis-artis tempatan
seperti Winnie K, Awi Rafael, Annisa Al Idrus,
Amyra Rosli dan Ayai Ilusi turut memeriahkan
program ini.
Sebagai sebahagian daripada objektif MYNIC
untuk menggalakkan gaya hidup dalam talian
yang aktif, semua para peserta turut berpeluang
menerima dua nama domain .my atau antivirus
F-Secure.
KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR (KKHS) INTERNATIONAL MTB JAMBOREE 2015
MYNIC telah mengambil bahagian sebagai rakan
strategik bersama Kolej Komuniti Hulu Selangor
dalam program International MTB Jamboree
2015 yang telah berlangsung pada 12 April
2015 sebagai usaha memperkenalkan program
myBuddies.
Acara ini adalah penganjuran kali ke-2 oleh Kolej
Komuniti Hulu Selangor dalam aktiviti sukan
lasak berbasikal. Ia diilhamkan berdasarkan
lokasi kolej tersebut yang terletak di Daerah
Hulu Selangor yang terkenal dengan khazanah
alam semulajadi yang masih terpelihara. Laluan
mencabar sepanjang 35km disediakan oleh
penganjur untuk setiap peserta lalui.
MYBUDDIES
MYNIC BERHAD 37 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
LARIAN SEHATI SEJIWA
Lebih daripada 5,000 peserta menyertai Larian
Sehati Sejiwa pada 23 Ogos 2015 bertempat di
Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan
sempena sambutan Hari Kebangsaan oleh
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) dan MYNIC. Acara ini telah
dirasmikan oleh Timbalan Menteri KKMM, YB
Dato ‘Jailani Johari.
Objektif utama adalah untuk meningkatkan
semangat patriotik dan meningkatkan
perpaduan antara rakyat Malaysia dengan lebih
dekat bersama-sama melalui aktiviti sukan.
Ia dianggap satu acara yang berjaya selepas
jumlah peserta telah melebihi kuota nombor
pendaftaran. Sambutan yang menggalakkan
terhadap Larian Sehati Sejiwa menunjukkan
semangat patriotisme yang tinggi di kalangan
rakyat Malaysia.
Acara ini menawarkan hadiah wang tunai untuk
pemenang menjadi pembakar semangat peserta,
di samping terdapat juga tarikan lain seperti
photobooth gergasi di sepanjang laluan larian
di mana setiap pelari dengan membawa Jalur
Gemilang diminta untuk mengambil gambar
secara selfie ataupun wefie di setiap lima
checkpoint yang disediakan.
Selain daripada itu, 5 unit motosikal terdiri 1 x
Yamaha Lagenda, 2 x Honda EX5 F1, & 2 x Honda
Dash X2, 10 buah basikal dan 20 unit aksesori
sukan telah diberikan kepada pemenang cabutan
bertuah.
Para pemenang turut menerima hadiah
berbentuk trofi, hamper dan sijil bagi tempat
pertama, tempat kedua dan tempat ketiga.
Manakala tempat keempat dan kelima menerima
hadiah duit dan sijil. Manakala tempat keenam
hingga tempat kesepuluh menerima hamper dan
sijil.
Selain daripada aktiviti larian itu, terdapat juga
aktiviti sampingan lain yang turut dijayakan
untuk menghiburkan peserta dan orang ramai.
Antaranya persembahan dari artis tempatan
seperti Jay Jay, saya Neeta, Khalifah Busker, Didi
Astilah dan Neves Pretty Ugly dan juga tarian
Zumba.
LARIAN SEHATI SEJIWA
38 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
FIESTA BLOGSHOP 2015
Fiesta Blogshop 2015 telah mengambil tempat
di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur,
Dataran Medan Pasar pada 30 & 31 Ogos 2015.
Majlis ini telah diadakan sempena sambutan Hari
Kebangsaan Malaysia dan ia telah dianjurkan
oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) bersama MYNIC.
Objektifnya adalah bertujuan untuk memberi
peluang dan platform kepada pemilik perniagaan
dalam talian untuk mempamerkan produk
& perkhidmatan keluaran mereka kepada
demografi spektrum yang lebih meluas. Ia
merupakan perhimpunan yang unik bagi komuniti
perniagaan dalam talian dan para pembeli di
media sosial.
Program seumpama ini berpeluang menyediakan
platform untuk peniaga-peniaga dalam talian
bertemu dengan pelanggan mereka secara terus
dan dapat melebarkan perniagaan mereka dan
mengembangkan rantaian pelanggan-pelanggan
baru serta memberikan pengalaman baru untuk
mereka. Pada masa yang sama dapat memberi
peluang untuk meraikan dan menikmati
sambutan Hari Kebangsaan bersama-sama.
Antara keunikan lain Fiesta Blogshop adalah
setiap peniaga ini akan mendapat dua nama
domain .my untuk menggalakkan pembinaan
laman web sendiri dan menjalankan perniagaan
dalam platform atas talian secara aktif. Selain
itu juga, MYNIC turut bekerjasama dengan
komuniti social media MyGenggua untuk aktiviti
Insta Meet Photo Challenge di mana peserta
perlu menghantar gambar di Instagram mereka.
Acara ini berjaya mengumpulkan 150 peniaga
dalam talian daripada seluruh Malaysia di satu
lokasi tunggal untuk menjual produk mereka
seperti hijab, pakaian, aksesori, perkhidmatan,
gadget, makanan, minuman dan banyak lagi.
Selain pameran gerai jualan, MYNIC juga
menyediakan pelbagai aktiviti lain untuk
memeriahkan program kemerdekaan tahun ini.
Antaranya adalah seperti persembahan pentas
iaitu pertunjukan silap mata, cheer leader, No
Noise Percussion, BB Boys Dance, Dance Hype,
Marching Band, peragaan fesyen daripada
selebriti terkenal tempatan, karaoke dan kuiz
kemerdekaan. Peniaga online ini juga diberi
peluang untuk mempromosikan produk mereka
di atas pentas.
Terdapat juga penampilan istimewa dari artis
tempatan iaitu Shukri Yahya dan Anzalna Nasir
dan kehadiran pengacara jemputan yang terdiri
daripada selebriti terkenal tempatan iaitu
Sharifah Sakinah, Hunny Madu, Yasmin Hani
dan Karl Shafek. Lebih 10,000 orang pengunjung
telah menghadiri Fiesta Blogshop pada tahun ini.
BLOGSHOP
MYNIC BERHAD 39 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
MYNIC LANCAR BISNES ONLINE BUNDLE MYNIC telah melancarkan Bisnes Online Bundle
(BOB) pada 13 November 2015 di Wondermilk
IOI City Mall. BOB direka untuk membantu
perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) dengan keperluan asas yang mudah.
BOB ini memberikan kemudahan yang menarik
apabila menawarkan nama domain, e-mel
profesional, web hosting dan perlindungan
antivirus dalam satu pakej.
Idealnya, melalui pakej ini ia membolehkan
peniaga PKS untuk mengembangkan perniagaan
mereka secara digital. Ini kerana dari statistik
menunjukkan terdapat kira-kira 45,000 syarikat
baru dan 350,000 perniagaan baru didaftarkan
setiap tahun tetapi hanya satu daripada tujuh
yang mengembangkan perniagaan mereka
dalam talian.
Untuk pakej permulaan harga pengenalan
sebanyak RM180 (termasuk GST) telah
ditawarkan sehingga 31 Dec 2015. Para pelanggan
boleh menikmati latihan pembangunan laman
web menggunakan platform Wordpress dengan
penambahan sebanyak RM100
PRODUK
40 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
HARI SUKAN NEGARASelaras dengan usaha kerajaan untuk
menghidupkan Hari Sukan Negara secara
serentak yang berlangsung pada 10 Oktober 2015
di seluruh negara, Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengambil
inisiatif untuk turut mengambil bahagian
dalam program tersebut. Justeru KKMM telah
menganjurkan Hari Sukan Negara di peringkat
Kementerian.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat
KKMM ini telah diadakan di Dataran Gemilang,
Putrajaya seawal 7.00 pagi. Semua agensi dan
jabatan di bawah KKMM termasuk Menteri
KKMM iaitu YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
dan Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato’ Sri
Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad telah bersama-
sama mengambil bahagian dalam acara sukan
KKMM ini.
MYNIC telah berjaya merangkul Booth Terbaik
dan turut mememnangi dua daripada acara
sukan yang dipertandingkan. Secara tidak
langsung program ini dapat mendekatkan
hubungan antara pihak Kementerian dan juga
agensi-agensi di bawahnya.
PERTANDINGAN BOLING BERSAMA KKMMMYNIC telah berjaya mengadakan pertandingan
boling bersama warga Kementerian Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pertandingan
tersebut telah berlangsung pada 22 Mei 2015
bertempat di Wangsa Bowl IOI City Mall,
Putrajaya.
Pertandingan tersebut turut disertai oleh
Menteri KKMM iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery
Cheek dan isteri serta Ketua-Ketua Jabatan
dan agensi di bawah KKMM. Radio Televisyen
Malaysia (RTM) telah menjadi johan pada malam
itu, diikuti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) ditempat kedua
dan tempat ketiga oleh KKMM.
PROGRAM BERSAMA KKMM
MYNIC BERHAD 41 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
ASIAN INTERNATIONAL FILM FESTIVAL & AWARDS 2015 (AIFFA 2015) MYNIC telah menyertai Asian International Film
Festival & Awards 2015 (AIFFA 2015) dengan
mengambil bahagian sebagai pempamer. Acara
yang berlangsung selama 3 hari bermula 9
hingga 11 April 2015 ini menjadi satu platform
yang baik untuk mempromosikan nama domain
.my kepada pengunjung, terutamanya kepada
pengamal media dan barisan artis Asia yang telah
diadakan di Kompleks Pelancongan Sarawak,
Kuching, Sarawak.
Kemuncak majlis ini adalah “Forum ASEAN-
China Filem and Produksi Bersama Televisyen:
Menggalakkan Pelancongan Serantau Melalui
Filem” yang dihadiri oleh perwakilan-perwakilan
industri filem dan pembuat keputusan utama
pelancongan di Sarawak. Ia juga merupakan
peluang yang baik untuk mempromosi dan
membuat kesedaran untuk program dan produk
di bawah MYNIC seperti .myBuddies kepada
pengunjung yang hadir.
MEGA CAREER FAIR 2015Buat pertama kalinya, MYNIC telah mengambil
bahagian dalam Mega Career Fair yang dianjurkan
oleh Business Media International dan AIC Media
Events Group. Mega Career Fair telah diadakan
di Pusat Pameran Mid Valley pada 21 hingga 23
Ogos 2015. Penganjuran Mega Career Fair 2015
diadakan serentak dengan program 20th Post
Graduate Education Fair 2015.
Mega Career Fair 2015 adalah pameran kerjaya
di Malaysia yang komited untuk memadankan
bakat yang berpengalaman dengan peluang
pekerjaan. Dan penyertaan MYNIC bertujuan
untuk mengumpul resume kerana ia merupakan
program yang ideal bagi individu yang sedang
mencari peluang pekerjaan. Ini supaya MYNIC
mempunyai satu resume bank bagi membuat
persediaan untuk mengisi kekosongan baru atau
penggantian pekerja.
Lebih 5,000 pengunjung hadir ke ruang pameran
MYNIC untuk mengetahui peluang-peluang
pekerjaan di MYNIC dan ini serba sedikit
membantu memperkenalkan MYNIC kepada
mereka. Mereka terdiri daripada pelbagai latar
belakang akademik sama ada graduan baru atau
yang sedang mencari peluang pekerjaan baru.
Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu
membolehkan MYNIC menerima lebih daripada
500 resume.
PAMERAN
42 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
Antara peserta pameran lain yang turut ada ialah
seperti Petronas, QSR Brands, POS Malaysia,
MYNIC, NEC, HRDF, Hartalega, SingTel, ATOS,
dan banyak lagi.
KEJOHANAN & KARNIVAL SAMPAI DENGAN SELAMAT 2015
MYNIC telah mengambil bahagian sebagai
peserta pameran dalam program yang
dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Karnival
Sampai Dengan Selamat sebagai tanda sokongan
terhadap program ini. Program ini merupakan
salah satu inisiatif yang diambil oleh SKMM untuk
meningkatkan kesedaran tentang pemanduan
dan tunggang dengan berhati-hati di kalangan
pengguna jalan raya terutamanya bagi 15,000
penghantar perkhidmatan pos dan kurier.
Acara 2 hari ini telah dirasmikan oleh YB
Dato ‘Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di acara
ini seperti pameran oleh agensi kerajaan dan
perkhidmatan pos & kurier, kejohanan untuk
pemandu & penunggang dalam perkhidmatan
pos & kurier, fiesta trak makanan, Bazar Peniaga
Dalam Talian dan juga demonstrasi drone.
MALAYSIA AIRLINES CAREER CARNIVALMYNIC telah dijemput oleh Pusat Pembangunan
Korporat (CDC) Akademi Penerbangan Malaysia
untuk membuat pameran di acara mereka
iaitu Karnival Kerjaya. Acara ini telah diadakan
di Akademi Penerbangan Malaysia pada 12
September 2015. Pada pameran tersebut
MYNIC telah mempromosikan Business Online
Voucher kepada pekerja-pekerja MAS yang
telah diberhentikan dari perkhidmatan mereka.
Ia sedikit sebanyak dapat memberi sokongan
dan peluang kepada mereka untuk memulakan
perniagaan sendiri melalui online. Selain itu,
pameran ini juga dapat meningkatkan kesedaran
jenama terhadap MYNIC.
KL BAR ANNUAL GRAND MEETINGMYNIC juga telah mengambil bahagian sebagai
pempamer di Mesyuarat Agung Tahunan
Kuala Lumpur Bar (AGM KL Bar) Ke- 23 yang
telah diadakan pada Khamis 12 Februari 2015
bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur. Pameran ini adalah bertujuan
memberi pendedahan berkaitan domain .my dan
produk MYNIC kepada ahli-ahli KL Bar yang juga
merupakan golongan peguam. Lebih 500 orang
termasuk ahli ke mesyuarat hadir.
PAMERAN
MYNIC BERHAD 43 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
NATIONAL ASPIRATION & LEADERSHIP SYMPOSIUM 2015MYNIC telah menjadi penaja dan juga pempamer
dalam program National Aspiration &
Leadership Symposium 2015 (NALS 2015) yang
telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) pada 8 Februari 2015. NALS 2015
menyaksikan pemimpin-pemimpin pelajar dari
universiti tempatan dan juga pelajar-pelajar
Malaysia universiti luar negara berkumpul
bersama-sama untuk berdialog denga tokoh-
tokoh terkemuka Malaysia yang terdiri daripada
pemimpin-pemimpin dari sektor kerajaan, sektor
swasta, masyarakat sivil dan juga pemimpin
belia. YB Dato’ Seri Shabery Cheek dan YB Khairy
Jamaluddin turut singgah ke ruang pameran
MYNIC bagi menyatakan sokongan.
MALAYSIA MEDIA SOCIAL WEEK 2015 MYNIC telah menyertai Malaysia Media Social
Week 2015 (MSMW 2015) sebagai salah satu
daripada penaja untuk acara tersebut. Acara
yang berlangsung dari 21 hingga 25 April 2015
itu telah dianjurkan oleh Malaysia Social Media
Chambers yang diadakan di Berjaya Times
Square, Kuala Lumpur.
MSMW 2015 adalah aktiviti peringkat kebangsaan
dan merupakan salah satu acara perhimpunan
pengamal media sosial yang paling besar dan
merupakan acara tahunan dalam kalendar
aktiviti Malaysia.
MYNIC menawarkan pakej diskaun 50% untuk
domain .my kepada semua pengamal media
sosial yang hadir ke World Bloggers & Sidang
Kemuncak Media Sosial. Pelbagai aktiviti
turut diadakan di booth MYNIC untuk menarik
perhatian dan minat golongan belia seperti
photobooth. MYNIC juga turut dijemput menjadi
salah seorang penceramah dalam sesi World
Bloggers & Sidang Kemuncak Media Sosial yang
diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran MYNIC,
Encik Talib Sabri Sulaiman.
PAMERAN
44 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB 2015Bengkel pembangunan laman web 2015 anjuran
MYNIC dengan rakan kerjasamanya iaitu SME
Cloud Sdn Bhd dan DOT ME Group Sdn Bhd
telah menjelajah seluruh negara bermula Mei
sehingga Disember 2015. Bengkel ini telah
mendapat sambutan daripada golongan belia
apabila jumlah keseluruhan peserta bengkel ini
adalah sebanyak 1703 orang.
Pengisian bengkel ini mengetengahkan cara-
cara membina laman web menggunakan
platform Wordpress dan juga tip-tip pemasaran
di sosial media seperti Facebook, Instagram dan
juga Google My Business.
Ini dapat membantu MYNIC mencapai matlamat
dan sasaran iaitu untuk memberi pendedahan
terhadap kelebihan perniagaan atas talian.
Setiap peserta bengkel turut menerima nama
domain .my dan juga web hosting dan berjaya
membina laman web untuk perniagaan mereka.
SEMINAR USAHAWAN ONLINE 2015Dalam usaha MYNIC untuk menggalakkan
perniagaan dan gaya hidup berasaskan atas
talian yang aktif, MYNIC telah mengadakan
seminar usahawan dalam talian di seluruh
negara. Seminar yang telah dianjurkan bersama
rakan strategik MYNIC telah bermula pada bulan
April sehingga Disember 2015.
Seramai 8,216 peserta telah hadir ke program
seminar ini. Pengisian ini menjurus kepada
pendedahan tentang pentingnya internet dalam
mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu
seminar ini turut berkongsi ilmu, pengalaman
serta idea dunia perniagaan dalam talian dan
juga kelebihan mempunyai nama domain sendiri
dalam membina laman web perniagaan.
SEMINAR
MYNIC BERHAD 45 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
DNS/BIND TECHNICAL TRAININGMYNIC dengan rakan kerjasama Localhost
telah menganjurkan satu bengkel latihan khas
untuk Domain Name System (DNS) dan Berkeley
Internet Name Domain (BIND). BIND adalah
perisian sumber terbuka (open source software)
yang melaksanakan protocol Sistem Nama
Domain (DNS) untuk Internet.
Bengkel latihan yang berlangsung selama dua
hari bermula 23 – 24 November 2015 di Bangi,
Selangor ini mengetengahkan latihan hands-on
dan juga ceramah yang telah disampaikan oleh
Puan Azmah Abdul Malik dan Puan Mastura
Mukhtar dari MYNIC serta En Amir Haris Ahmad
dari Localhost . Seramai 19 orang peserta telah
mengikuti bengkel latihan ini dan setiap peserta
telah menerima dua nama domain .my dan t-shirt
eksklusif dari MYNIC.
SEMINAR
46 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
WAKIL JUALAN MYNIC
Wakil Jualan adalah agen yang dilantik oleh
MYNIC untuk mendaftarkan permohonan baru
nama-nama domain. Terdapat 62 wakil jualan
MYNIC diseluruh Malaysia. Pada tahun 2015,
MYNIC telah memperkenalkan High Performance
Incentive Program (HPIP) untuk semua wakil
jualan bagi meningkatkan bisnes mereka dan
juga menaikkan pendaftaran domain .my.
Seperti kebiasaannya, MYNIC akan mengadakan
Hari Penghargaan untuk wakil jualan sebagai
tanda penghargaan terhadap mereka. Untuk
tahun 2015, Hari Penghargaan Wakil Jualan
MYNIC telah diadakan pada 15 December 2015
bertempat di The Ballroom, Nu Sentral, Kuala
Lumpur yang telah dihoskan oleh Kieranto
Marcello. Bertemakan Fun & Joy, banyak aktiviti
menarik telah diadakan seperti perlawanan
boling, dart, pool dan juga karaoke.
Turut diadakan juga pembentangan untuk aktiviti-
aktiviti 2015 yang telah dijalankan oleh MYNIC
untuk meningkatkan pendaftaran nama domain
.my. Sebanyak 6 Wakil Jualan yang cemerlang
telah menerima ganjaran berupa wang tunai
yang lumayan seperti yang terdapat dalam HPIP.
Berikut adalah senarai 6 Wakil Jualan tersebut:-
Berikut adalah senarai 6 Wakil Jualan
tersebut:-
YEAHHOST SDN BHD
SKSA TECHNOLOGY
HT INTERNET SOLUTIONS
QINETICS SOLUTIONS SDN BHD
SHINJIRU TECHNOLOGY SDN BHD
EXABYTES NETWORK SDN BHD
SHINJIRU TECHNOLOGY SDN BHD
EXABYTES NETWORK SDN BHD
MYNIC BERHAD 47 RANGKUMAN AKTIvITI 2015
1. Ciri keselamatan yang baru dilancarkan
pada 10 Mac 2015, iaitu pengesahan
identiti lapisan kedua dikenali sebagai Two
Factor Authentication (2FA). Ia merupakan
semakan kali kedua demi memastikan
permohonan untuk mengubah Domain
Name Server (DNS) adalah dari transaksi
yang sah. Pada 9 Disember 2015 sekali lagi
penambahbikan dilakukan apabila pengguna
boleh mendaftar sehingga 6 nombor telefon
untuk mendapatkan nombor TAC dan juga
melakukan pengubahsuaian DNS.
2. Nombor baru bagi Talian Khidmat
Pelanggan & Perubahan Waktu Operasi
telah dipinda bermula pada 8 Jun 2015
talian Khidmat Pelanggan
Telefon: 1300-88-7277 (7 pagi - 11 malam)
Faksimile: 1300-80-7277 (7 pagi - 11 malam)
Incident Reporting
Telefon: 1300-88-7277 (24 jam)
3. Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
untuk notifikasi nombor Transaction
Authorisation Code (TAC) telah ditukar
kepada nombor yang baru iaitu 62000
bermula 27 Oktober 2015.
4. Bermula 12 November 2015, Contact Code
dilupuskan untuk memudahkan pengurusan
domain, nombor TAC ditukar daripada 8 digit
kepada 6 digit dan URL DMS telah diubah
kepada domainmanager.mynic.my
SISTEM PENGURUSAN DOMAIN
PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENGURUSAN NAMA DOMAIN SEPANJANG 2015
48 MYNIC BERHAD RANGKUMAN AKTIvITI 2015
MYNIC BERHAD (INCORPORATED IN MALAYSIA) FINANCIAL StAtEMENt 31 DECEMBER 2015
DIRECTORS’REPORT 50-53
STATEmENTbyDIRECTORS 54
STATUTORyDEClARATION 55
INDEPENDENTAUDITORS’REPORT 56-57
STATEmENTOFFINANCIAlPOSITION 58
STATEmENTOFCOmPREhENSIvEINCOmE 69
STATEmENTOFChANGESINEqUITy 60
STATEmENTOFCAShFlOWS 61-62
NOTESTOThEFINANCIAlSTATEmENTS 63-88
50 MYNIC BERHAD DIRECTORS’ REPORT
DiRECtORS’ REPORt
MYNIC BERHAD 51 DIRECTORS’ REPORT
52 MYNIC BERHAD DIRECTORS’ REPORT
MYNIC BERHAD 53 DIRECTORS’ REPORT
54 MYNIC BERHAD STATEMENT BY DIRECTORS
StAtEMENt BY DiRECtORS
MYNIC BERHAD 55 STATUTORY DECLARATION
StAtutORY DECLARAtiON
56 MYNIC BERHAD INDEPENDENT AUDITORS’ REPORT
iNDEPENDENt AuDitORS’ REPORt
MYNIC BERHAD 57 INDEPENDENT AUDITORS’ REPORT
iNDEPENDENt AuDitORS’ REPORt
58 MYNIC BERHAD STATEMENT OF FINANCIAL POSITION
StAtEMENt Of fiNANCiAL POSitiON
MYNIC BERHAD 59 STATEMENT OF COMPREHENSIvE INCOME
StAtEMENt Of COMPREHENSiVE iNCOME
60 MYNIC BERHAD STATEMENT OF CHANGES IN EQUITY
StAtEMENt Of CHANGES iN EQuitY
MYNIC BERHAD 61 STATEMENT CASH FLOWS
StAtEMENt CASH fLOwS
62 MYNIC BERHAD STATEMENT CASH FLOWS
StAtEMENt CASH fLOwS
MYNIC BERHAD 63 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
NOtES Of tHE fiNANCiAL StAtEMENtS
64 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
NOtES Of tHE fiNANCiAL StAtEMENtS
MYNIC BERHAD 65 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
66 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 67 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
68 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 69 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
70 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 71 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
72 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 73 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
74 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 75 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
76 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 77 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
78 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 79 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
80 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 81 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
82 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 83 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
84 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 85 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
86 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
MYNIC BERHAD 87 NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS
88 MYNIC BERHAD NOTES OF THE FINANCIAL STATEMENTS