7
Ciri-ciri guru yang unggul Kaedah pengajaran Guru yang yang unggul mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu menarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. an. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur jenaka . Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara- perkara berikut, pelajar akan merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku Cara Bersosial Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarakat itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri

Guru Unggul

Embed Size (px)

DESCRIPTION

guru unggul

Citation preview

Page 1: Guru Unggul

Ciri-ciri guru yang unggul

       

 Kaedah pengajaran

Guru yang  yang unggul mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah

pengajaran dengan baik. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan

kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam

membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Interaksi dua hala antara guru dengan

pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran

dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu menarik perhatian

pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. an. Cara yang mudah

adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut

perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat

bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain

itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran

yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta pujian

terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur jenaka .

Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda

pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa

seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku

     Cara Bersosial

Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan

masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun

bersama rukun tetangga sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh

orang lain terutamanya masyarakat itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu

jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan

dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan

masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-

ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh kepada

pelajar.

Page 2: Guru Unggul

·    Penampilan dan perwatakan diri

         Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul.

 Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru

pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat.

Daripada keterampilan yang ditunjukkan dapat membakar semangat para pelajar untuk

berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan kata lain menjadikan guru tersebut

sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusaha

menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini

mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah

yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar

berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.

·  Ilmu pengetahuan

Guru perlu berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping

memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar

tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu

adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruan.

Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya

cemerlang. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan sebagai seorang

guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada

guru-guru yang lain. Pertuturan antara guru dan pelajar perlu terjalin erat, hubungan

yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.

·   Kemahiran pertuturan antara murid

  Komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua

bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan

membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya soalan yang mereka

tidak faham tentang sesuatu tajuk. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi

memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan

Page 3: Guru Unggul

perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru

dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan

memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan

pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa

bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka.GURU UNGGUL

Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik,gemilang,

menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat.

Kecemerlangan guru melaksanakan tugasnya di dalammahupun di luar bilik darjah

akan menjadi titik tolak ke arah peningkatan

kualitipendidikan bagi pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul. Guru

mesti mengangkat dirinya sebagai ‘murabbi’. Guru mesti terlebih dahulu menjadi insan

yang unggul. Guru mesti terlebih dahulu beriltizam mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan

dirinya demi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah

menjana modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Guru unggul ialah seorang guru istimewa dan

mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya di

bilik darjah. Guru unggul mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh

diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru yang unggul

terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu dari segi kaedah pengajarannya, cara beliau

bersosial, penampilan dan perwatakan dirinya, ilmu pengetahuannya, kemahiran

pertuturan antara murid dan dirinya dan sifat keprihatinannya. Guru yang  yang unggul

mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seseorang

guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya.

Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin.

Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal

kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang

dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang

dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru

yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang

beliau kurang mahir. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan

guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta

difahami oleh pelajar. Maka guru perlu manarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak

bosan dengan apa yang disampaikan. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set

induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang

efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan

Page 4: Guru Unggul

sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-

unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan

menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan

dengan memasukkan unsur-unsur jenaka.

Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka

minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa

seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Oleh itu, guru

yang seperti ini diidamkan oleh para guru kerana dapat menarik perhatian pelajar.Guru

yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat

penting.

Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarkat itu

sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan

kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai

menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru

bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru

yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar. Penampilan dan perwatakan yang

baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul. Keterampilan perlu bersesuaian dengan

subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai

sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjulkan dapat

mambakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan

kata lain manjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk

mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru

yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar

untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat

menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar

sangat baik..Ilmu yang cukup didada dan tidak ketinggalan ditelan arus zaman sangat

perlu dalam menempuh kehidupan yang persekitarannya sentiasa berubah dan tidak

pernah statik. Untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan, guru berusaha mendalami

bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang

sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan.

Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi

meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset yang

penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh

dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam garam

Page 5: Guru Unggul

kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta

menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.Pertuturan antara guru dan pelajar perlu

terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Guru-guru akan memberi tunjuk ajar jika pelajar tersebut menunjukkan minat terhadap

ilmu yang disampaikannya. Guru akan memberi nasihat dan tip-tip untuk berjaya

terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru tersebut. Oleh itu, komunikasi yang

baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut

juga, kerana guru yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk

mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk.Kadang-

kadang pelajar yang guru dia minat, dia suka, sampai mana-manapun dia kejar cikgu tu

kat bilik guru, keluar waktu sekolah dia akan tanya, dia akan tanya “Macam mana cikgu

buat ni?”Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu

menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan. Ini

kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran adalah

rendah. Oleh itu, pengunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat

yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin

disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat

mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan

dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka

disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan

duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka. Menjadi guru berkesan,

sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu

yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan

keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan

bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru

yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri

kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut

kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada

penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja

tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai

sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.

Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan

menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik

melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju,

sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Page 6: Guru Unggul

Rumusannya, pendidikan berkualiti tinggi menjamin kejayaanpembentukan modal insan y

ang memiliki personaliti unggul,. Bagi menjaminkejayaan ini, guru mestilah mempunyai ci

ri kecemerlangan profesionalisma,

kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,kecemerlangan

kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi. Oleh itu amatlah penting

bagi guru mengenal pasti ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya dan seterusnya berusaha

sedaya-upaya untuk mengekalkannya.

Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangandalam

dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagimenjana lebih

ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Pada pendapat saya guru mesti

berusaha mengekalkan ciri-cirikecemerlangan dirinya bagi meningkatkan kualiti

pendidikan ke arah melahirkanmodal insan seperti hasrat Teras Kedua PIPP. Di antara

usaha-usaha yangperlu saya lakukan untuk mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan diri saya

bagi meningkatkan kualiti pendidikan ialah dengan melaksanakan 8M iaitu menghayati

visi negara dan misi KPM, memantapkan penguasaan ilmu, membudayakan

kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan berkesan,  menyumbang tenaga dan

kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga tingkah laku, dan muhasabah diri.