Upload
hikmat-mohd-esa
View
239
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Handout untuk SKBA 2013
Citation preview
Pembentukan insan yang cemerlang merupakan matlamat utama pendidikan. Insan yang cemerlang akan dapat memainkan peranan dan memberikan
sumbangan yang terbaik walau di manapun dia berada. Kecemerlangan yang dicita-citakan adalah kecemerlangan yang menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia.
Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwah yang terbentuk antara mereka.
Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) amat meyakini akan pentingnya elemen ukhuwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan timur tengah seperti Mesir, Jordan & Madinah masa kini kepada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di sana nanti.
Justeru itu kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan “SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’” agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi. Oleh itu marilah kita bersama-sama untuk menatijahkan usaha-usaha dan harapan yang murni ini agar menjadi kenyataan. InsyaAllah.
Muqadimah
Masa Perkara Tempat10 Mei 2013 - Jumaat
08.00pm Pendaftaran | Makan malam | Solat IsyakDewan tertutup
Dewan makan09.30pm Perasmian | Taklimat | Pembahagian kumpulan Dewan Utama10.30pm Tidur Asrama
11 Mei 2013 - Sabtu
06.00am Solat Subuh | Munajat Pagi | Motivasi PagiL : Dewan Utama
P : Dewan tertutup07.30am Khidmat Diri | Sarapan Dewan makan
09.00am Ice BreakingL : Dewan Utama
P : Dewan tertutup10.00am Slot I : Untuk apa aku menuntut ilmu? Dewan Utama12.00pm Makan | Rehat Dewan makan01.30pm Solat Zohor
Dewan Utama02.00pm Penerangan Pakej MUMTAZ | Tayangan video04.30pm Solat Asar05.00pm Aktiviti outdoor | Game Padang06.30pm Minum Petang | Khidmat Diri Dewan makan07.30pm Solat Maghrib Dewan Utama08.00pm Slot II : Inilah Aku - Ustaz Rusydi Dewan Utama09.00pm Solat Isya’ Dewan Utama
09.30pm BBQ | Perkongsian pengalaman bersama pelajar-pe-lajar lepasan Timur Tengah Dewan Utama
11.00pm Tidur Asrama12 Mei 2013 - Ahad
05.00am QiamullailL : Dewan Utama
P : Dewan tertutup
06.00am Solat Subuh | Munajat Pagi | Motivasi PagiL : Dewan Utama
P : Dewan tertutup07.00am Sarapan Dewan makan07.30am Jungle Trekking Hutan09.30am Khidmat Diri Asrama
10.30am Slot III : Pengenalan ISMA di Malaysia dan TimurTengah | Sesi Soal Jawab Dewan Utama
12.30pm Perasmian Penutup | Hadiah | Bergambar Dewan Utama01.30pm Solat Zohor Dewan Utama02.00pm Makan Dewan makan02.30pm Bersurai
tentatif program
lagu temaFETYA - Sujud Merdeka
Langkah mu tegap tegak mu sasaEngkaulah pewaris risalah
Dengan semangat azam pemudaBawa panji menawar hidayah
(2x)
Dan bersujudlah hai mujahid mudaDi mihrab inilah dakwahmu bermulaMembina kekuatan hadapi rintangan
Mengumpul bekal sepanjang perjalanan
Hubungkanlah jiwamu dengan tuhanDi mihrab inilah bermulanya seruan
Menyentuh jiwa insan mengenal tuhanNyalakan sinar generasi harapan
Langkah mu tegap tegak mu sasaEngkaulah pewaris risalah
Dengan semangat azam pemudaBawa panji menawar hidayah
Dan bersujudlah hai mujahid mudaDi mihrab inilah dakwahmu bermulaMembina kekuatan hadapi rintangan
Mengumpul bekal sepanjang perjalanan
Hubungkanlah jiwamu dengan tuhanDi mihrab inilah bermulanya seruan
Menyentuh jiwa insan mengenal tuhanNyalakan sinar generasi harapan
Tundukmu pada Yang Maha KuasaErtimu bebas dari manusia
Tunjukkan usaha hanya pada-NyaInilah sujud kita
Inilah sujud kita yang merdeka