Harta Pusaka Di Sisi Undang

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    1/30

    Harta Pusaka di sisi Undang-Undang

    KONSEP HARTA PUSAKA

    2.1 PENGENALAN

    Harta pusaka mempunyai definisi dan maksud yang tersendiri mengikut perspektif Islam dansivil. Ia amat penting untuk membezakan harta pusaka dengan harta-harta yang lain agar jelas

    dapat dibezakan. Di dalam bab ini akan menyentuh beberapa definisi pusaka atau harta pusaka

    menurut Islam dan harta pusaka menurut undang-undang ciptaan manusia (civil law). Selain itujuga, di dalam bab ini juga penulis akan menyentuh aspek pensyariatan pusaka di dalam Islam,

    hak-hak yang berkaitan sebelum dibahagikan harta pusaka, jenis-jenis harta pusaka, dan juga

    peruntukan undang-undang berkaitan harta pusaka yang digunakan di negara kita kini.

    2.2 DEFINISI HARTA PUSAKA

    2.2.1 Definisi Harta Pusaka Menurut Islam

    Pusaka atau al-mirth ( ) dari segi bahasa pada makna al-masdar ( ) bermaksud al-baq'

    ( ) iaitu kekal dan perpindahan suatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Al-

    mirth ( ) merupakan ism mafcul ( ) yang

    bermaksud asal atau baki. Dari segi istilah pula pusaka bermaksud sesuatu yang ditinggalkan

    oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkan

    kematian pewaris. Ada pendapat yang lain menyatakan bahawa pusaka atau al-mirth padaistilah ialah perpindahan pemilikan daripada si mati kepada para warisnya yang masih hidup

    sama ada yang ditinggalkan itu berbentuk harta yang boleh dipindahkan, harta yang tidak boleh

    dipindahkan, ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak (seperti hak khiyr dalam jual

    beli, haksyufcah, dan hak qiss).

    Menurut istilah ilmu farid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-trikah. Dari segi bahasa, al-trikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati. Manakala definisial-trikah dari segi istilah syarak pula berlaku perselisihan dalam menentukan maknanya.

    Perselisihan tersebut dapat dilihat seperti berikut iaitu menurut jumhur fuqaha' (iaitu Al-

    Mlikiyyah, As-Syficiyyah, dan Al-Hanbilah) mendefinisikan al-trikah ialah segala sesuatu

    http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/bab-ii-konsep-harta-pusaka-2.htmlhttp://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/bab-ii-konsep-harta-pusaka-2.htmlhttp://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/bab-ii-konsep-harta-pusaka-2.html
  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    2/30

    yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah harta benda atau hak-hak yang sunyi daripada kaitan

    hak-hak si mati. Kesemuanya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris.

    Mengikut madhhab hanafi pula telah mendefinisikan al-trikah sebagai segala harta dan hak-hak

    kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta itu termasuklah harta alih dan harta tak alih serta

    hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain kepadanya. Namun terdapat sesetengahpendapat mengatakan bahawa al-trikah ialah segala harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah

    diselesaikan hutang dan wasiatnya. Oleh itu, al-trikah menurut pendapat jumhur ulama ialah

    harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang dan wasiat serta ia akan diwarisi oleh

    waris-warisnya yang masih hidup.

    Menurut Imam Ar-Ramli iaitu ulama madhhab Syafici di dalam kitab penulisannya Nihayt

    Al-Muhtaj telah mendefinisikan harta pusaka sebagai "apa-apa yang ditinggalkan (oleh si mati)

    untuk orang kemudian daripadanya sesuatu hak seperti jenayah, tuduhan zina, atau ikhtisas,atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyat yang diambil daripada

    pembunuhnya kerana diyat termasuk di dalam miliknya. Begitu juga apa yang termasuk ke

    dalam pukatnya yang telah dipasangnya ketika di masa hidupnya".

    2.2.2 Pensyariatan Pusaka Di Dalam Islam

    Pensyariatan pusaka di dalam undang-undang pusaka Islam adalah terkandung di dalam Al-

    Quran. Ia dapat dilihat di dalam surah an-Nisa' ayat 11, 12, 176 yang dikenali sebagai ayat al-

    Mawrith. Ketiga-tiga ayat tersebut telah menjelaskan secara terperinci (yang juga dikenalisebagai ayat mufassal) tentang pusaka di dalam Islam termasuklah ahli waris, bahagian-bahagian

    mereka, dan sebab perwarisan. Contoh firman Allah di dalam ayat 11, 12, 176 surah an-Nisa'

    iaitu:

    "Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitubahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-

    anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yangditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah

    satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satuperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si

    mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka

    bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara(adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah

    diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    3/30

    bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat

    serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian

    masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allahadalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.".

    "Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka

    tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempatdari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan

    sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang

    kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak makabahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan,

    sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika

    si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan

    ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu

    itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak

    lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah

    dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat(kepada waris-waris). Allah menetapkan wasiat itu (sebagai ketetapan dari Allah). Dan (ingatlah)

    Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyantun".

    "Mereka meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalahKallah). Katakanlah:

    "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kallahitu, Iaitu jika seseorang mati yangtidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara

    perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki

    itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidakmempunyai anak. Kalau saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua

    pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya

    itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orangperempuan". Allah menerangkan kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah

    Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

    Menurut Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid telah memberikan pandangannyabahawa hukum asal dalam sistem faraid adalah seperti apa yang dinyatakan di dalam Surah An-

    Nisa' ayat 12. Menurut pandangan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Dr. Harussani bin Zakaria

    juga menegaskan bahawa pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid adalah suatu keutamaanyang perlu dipatuhi tanpa sebarang bantahan kerana ia adalah qat

    ci. Malahan pula menurut Noh

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    4/30

    bin Abdullah berdasarkan penulisannya di dalam majalah Dewan Masyarakat telah mengambil

    pandangan Sheikh Mahmud bin Ahmad dalam buku Economic of Islam menyatakan bahawa

    pembahagian harta pusaka yang ditetapkan Allah adalah adil yang mana dapat membantuekonomi Islam.

    Di samping itu, terdapat beberapa ayat lain yang menjelaskan tentang pensyariatan pusaka,tetapi tidak menyatakan secara terperinci dan hanya berbentuk umum (yang dikenali juga sebagai

    ayat mujmal). Antaranya ialah firman Allah yang berbunyi:

    "Bagi orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan

    orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama

    ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan (ditentukan oleh Allah)".

    Selain daripada nas-nas Al-Quran di atas, terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang

    menerangkan tentang waris-waris dan bahagian masing-masing. Antaranya hadis daripadacAbdullah Ibnu Mas

    cd, Rasulullah S.A.W bersabda:

    Maksudnya:

    "Bagi seseorang anak perempuan , seseorang anak perempuan kepada anak lelaki (cucu

    perempuan) 1/6 dan baki (casabah) itu untuk seorang saudara perempuan".

    Hadis yang diriwayatkan daripadacAbdullah Ibnu

    cAbbas, sabda Rasulullah S.A.W:

    Maksudnya:

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    5/30

    "Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untukwaris lelaki yang lebih utama".

    Di samping itu juga, ijmc ulama saling bersepakat mengenai pensyariatan pusaka. Jikaterdapat masalah pembahagian pusaka yang tidak jelas di dalam Al-Qur'an dan As-sunnah, maka

    ia akan dapat diselesaikan melalui ijmculama dan ijtihad mereka. Contohnya seperti kedudukansaudara-saudara yang mewarisi bersama datuk. Hal ini tidak jelas di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Oleh itu, kebanyakan sahabat-sahabat dan imam-imam madhhab berpendapat bahawa

    saudara-saudara itu mendapat harta pusaka secara muqasamah (bersama-sama mewarisi) dengan

    datuk. Ini adalah mengikut pendapat Zayd bin Thbit, cUmar Al-Khattb, cAl bin Ab Talib, danIbnu Mas

    cud. Pendapat tersebut diikuti oleh Imam Malik, Al-Auza

    ci, Ab Ysuf, As-Syafici, danAhmad bin Hanbal.

    Terdapat juga ulama yang sepakat mengatakan bahawa anak lelaki kepada anak lelaki (iaitucucu lelaki) adalah seperti anak lelaki tatkala ketiadaan ayahnya (anak lelaki) dan anak

    perempuan kepada anak lelaki (iaitu cucu perempuan) seperti anak perempuan ketika

    ketiadaannya.

    2.2.3 Definisi Harta Pusaka Menurut Undang-Undang Sivil

    Definisi harta pusaka menurut undang-undang sivil pula adalah seperti berikut iaitu menurut

    kamus Osborn's Concise Law Dictionary telah menyatakan bahawa definisi harta pusaka ialah

    harta yang mana telah diperturunkan atau diwariskan daripada seseorang kepada warisnya.Menurut Elizabeth A. Martin di dalam kamusnyaA Dictionary of Lawtelah mendefinisikan harta

    pusaka sebagai penyerahan harta oleh pemunya harta ketika sampai ajalnya kepda warisnya.

    Tatkala waktu itu, pemilik harta melengkapkan wasiatnya atau mengikut peraturan yang

    berkaitan dengan pusaka tanpa wasiat untuk ditadbirkan.

    Menurut pendapat Jeremy Bentham di dalam sebuah bukunya telah mengatakan bahawa harta

    pusaka ialah harta seseorang setelah matinya yang mesti dibahagikan mengikut tiga perkaraberdasarkan undang-undang sivil Perancis iaitu penghidupan anggota baru, menjauhkan diri dari

    putus harapan, dan mendekatkan diri kepada persamaan dalam harta.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    6/30

    2.3 JENIS-JENIS HARTA PUSAKA

    Berdasarkan undang-undang yang terdapat di Malaysia telah menunjukkan bahawa harta pusakadibahagikan kepada tiga jenis iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka besar (dikenali juga harta

    pusaka biasa), dan harta pusaka ringkas. Undang-undang yang merujuk kepada ketiga-tiga jenis

    harta pusaka ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Akta Probet dan Pentadbiran

    1959, dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

    2.3.1 Harta Pusaka Kecil

    Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada

    harta tak alih sahaja atau campuran di antara harta alih dan harta tak alih yang jumlah nilainya

    tidak melebihi RM 2 juta (sebelum ini jumlah nilainya tidak melebihi RM600,000). Undang-undang yang dipakai dalam pentadbiran harta pusaka kecil ialah Akta Pusaka Kecil

    (Pembahagian) 1955 dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah

    Tanah dan Galian (JKPTG) di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (dahulunya dipegangoleh Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi) mengikut peredaran dari semasa ke

    semasa. Tuntutan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang-orang Islam dan bukan Islam boleh

    dibuat di Pejabat Pusaka Kecil yang terdapat di dalam Pejabat Tanah Daerah di hadapan Pegawai

    Penyelesai Pusaka. Terdapat 36 unit pembahagian pusaka kecil di seluruh Malaysia yang mana

    setiap unit mengawasi dua atau tiga daerah. Terdapat juga daerah yang tidak mempunyai UnitPusaka Kecil, justeru itu urusan penerimaan permohonan Borang A dan Borang P adalah dibuat

    melalui Pejabat Tanah di daerah masing-masing. Unit ini diletakkan di bawah Jabatan KetuaPengarah Tanah dan Galian (JKPTG) serta Pembangunan Koperasi. Kebiasaannya tuntutan atau

    permohonan pembahagian harta pusaka kecil dibuat di Pejabat Tanah di mana harta tak alih si

    mati terletak. Sekiranya si mati mempunyai tanah yang banyak merata tempat sama ada di negeri

    yang sama atau negeri yang berlainan, maka daerah yang mempunyai nilai harta si mati yangpaling tinggi akan mempunyai bidangkuasa untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka

    kecil si mati tersebut.

    Setiap permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil hendaklah dibuat di dalam borangkhas iaitu Borang A. Borang ini boleh didapati secara percuma di Pejabat Tanah ataupun Unit

    Pembahagian Pusaka Kecil yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon. Setiap

    permohonan tidak dikenakan bayaran pendaftaran semasa pendaftaran dibuat. Permohonantersebut akan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk

    tujuan merekod dan ia juga bertujuan mengelakkan pertindihan kes. Semasa mengemukakan

    borang A terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan iaitu:

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    7/30

    1) Dokumen bukti kematian si mati yang telah meninggal dunia seperti sijil kematian ataupermit pengkebumian, surat sumpah oleh dua orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah

    dikebumikan (terpakai bagi kematian semasa pendudukan Jepun atau sebelumnya) ataupun

    perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi (terpakai bagi keadaan dimana kematian tanpa kubur, si mati hilang di laut, hilang semasa pendudukan Jepun, mati ketika

    tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan sebagainya). Perintah ini hanya boleh diperolehi

    selepas 7 tahun dari tarikh orang tersebut hilang dan tiada dengar perkhabaran berita.

    2) Salinan dokumen hak milik keluaran seperti contohnya geran tanah bagi harta tak alih dan

    jika terdapat harta alih mestilah disokong oleh dokumen-dokumen yang menunjukkan pegangan

    harta alih si mati seperti pegangan buku bank, geran pendaftaran kenderaan, sijil saham, penyataKWSP, dan sebagainya.

    3) Salinan Kad Pengenalan waris-waris, surat beranak jika ada, dan surat nikah pasangan simati.

    4) Sekiranya pembahagian hendak dibuat mengikut hukum faraid, pemohon yang terdiri

    daripada waris-waris si mati perlulah mendapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah yang

    berdekatan.

    Menurut seksyen 8 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, orang yang berhak memfailkan

    tuntutan pembahagian harta pusaka kecil ialah:

    1) Waris-waris pusaka si mati (benefisiari) seperti suami ataupun isteri, ibu atau bapa, dan

    Majlis Agama Islam (baitulmal) jika tiada waris yang berhak menerima pusaka si mati.

    2) Si Pemiutang (creditors) dan pengkaveat yang telah memasukkan kaveat atau perintah

    halangan ke atas tanah kerana menuntut kepentingan atau hak ke atas tanah si mati.

    3) Si pembeli (yang membeli melalui perjanjian jual beli yang sah ataupun melalui perjanjian

    lisan yang sah tetapi pindah milik belum dapat dibuat sebelum si mati meninggal dunia).

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    8/30

    4) Orang-orang ataupun badan-badan yang berkepentingan dalam tanah kepunyaan si matiseperti pemegang gadaian dan pajakan. Contohnya seperti pihak bank.

    5) Penghulu atau pegawai tempatan dengan arahan pentadbir tanah di bawah seksyen 18 Akta

    Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 terpakai apabila di dalam tempoh enam bulan selepas

    kematian si mati. Tiada sebarang prosiding diambil untuk mendapatkan probet atau surat kuasa

    mentadbir pusaka ataupun permohonan untuk pembahagian di bawah Akta Pusaka Kecil(Pembahagian) 1955.

    6) Amanah Raya Berhad (terpakai apabila waris si mati membuat tuntutan melalui ARB).

    2.3.2 Harta Pusaka Besar (Biasa)

    Harta pusaka besar atau dikenali juga harta pusaka biasa merupakan semua jenis harta

    peninggalan si mati yang jumlah nilainya RM 2 juta atau lebih sama ada terdiri daripada harta

    tak alih semuanya atau harta alih kesemuanya atau campuran kedua-duanya ataupun harta pusakayang jumlah nilaiannya kurang daripada RM 2 juta tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

    Pentadbirannya tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah

    dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk

    mendapatkan sama ada probet (surat kuasa wasiat bagi orang bukan Islam), surat kuasamentadbir pusaka (bagi pusaka tanpa wasiat), ataupun surat kuasa tadbir dengan wasiat

    berkembar (bagi si mati yang meninggalkan wasiat untuk sebahagian hartanya.

    Bagi orang yang beragama Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan hartanya tidak melebihi

    1/3 daripada harta kepada pihak-pihak yang lain selain daripada waris-warisnya kecuali dengan

    persetujuan di kalangan ahli waris. Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuattuntutan harta pusaka besar sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menuntut

    harta pusaka kecil termasuklah surat wasiat terakhir si mati. Permohonan boleh dibuat oleh

    waris-waris si mati atau si pemiutang sama ada secara persendirian, melalui khidmat peguam,ataupun menerusi Amanah Raya Berhad (ARB). Setiap permohonan hendaklah didaftarkan diPejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada harta

    pusaka tersebut telah dituntut atau sebaliknya.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    9/30

    Kebiasaannya orang yang diberi probet (wasiat) atau surat kuasa mentadbir pusaka

    disyaratkan mendapatkan seorang atau dua orang penjamin kecuali bagi Pegawai Penyelesai

    Pusaka dan ARB. Jika sekiranya pempetisyen mengalami kesulitan mendapatkan penjamin-penjamin yang layak dan sesuai, maka dia bolehlah memohon kepada mahkamah bagi

    mendapatkan perintah pengecualian daripada mengemukakan penjamin-penjamin atau pendapat

    khidmat penjamin profesional iaitu seperti syarikat insuran atau institusi-institusi bank denganbayaran yuran yang telah ditetapkan oleh syarikat atau institusi tersebut berdasarkan jumlah hartapusaka.

    Surat kuasa mentadbir pusaka dan surat kuasa probet hanya boleh dikeluarkan apabila perintahpengecualian penjamin telah diperolehi dan bon (surat ikatan ikrar) pentadbiran telah

    ditandatangani oleh pempetisyen. Setelah pempetisyen telah memperoleh surat kuasa tersebut,

    maka dia hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik

    tersebut didaftarkan atas nama pempetisyen sebagai wakil peribadi si mati. Pempetisyen jugabertanggungjawab untuk memohon membuat satu perintah pembahagian terhadap harta pusaka

    mengikut hukum faraid ataupun Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka kepada mahkamah sebaiksahaja dia menyenaraikan semua aset harta si mati.

    2.3.3 Harta Pusaka Ringkas

    Harta pusaka ringkas ialah harta pusaka yang jumlah nilainya tidak melebihi RM 2 juta yangterdiri daripada harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai, saham-saham, Kumpulan Wang

    Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera(ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank atau lain-lain, dan sebagainya. Permohonan untuk

    pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat melalui Pengarah Perbadanan Amanah

    Raya Berhad.

    Terdapat satu peruntukan khas dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memberi kuasa

    kepada pemegang Amanah Raya Berhad untuk mentadbir dan menyelesaikan harta pusaka

    ringkas tanpa perlu membuat permohonan surat kuasa mentadbir daripada Mahkamah Tinggi

    Sivil. Pembahagian harta pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadartertentu sepertimana yang dinyatakan di dalam sijil faraid daripada mahkamah syariah.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    10/30

    2.4 HAK-HAK BERKAITAN SEBELUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

    MENURUT ISLAM

    Dalam syariat Islam, sebelum dilaksanakan pembahagian pusaka kepada ahli waris, maka

    hendaklah terlebih dahulu diselesaikan hak-hak yang berkaitan dengan trikah. Secara umumnya

    jumhur ulama berpendapat terdapat lima hak ke atas harta peninggalan yang perlu diselesaikansecara tertib atau berperingkat-peringkat iaitu:

    2.4.1 Hak Perhutangan yang Ditanggung oleh Harta Si Mati

    Maksud hak perhutangan yang ditanggung oleh harta si mati ialah keadaan harta yang masih

    terikat dengan orang lain walaupun zahirnya adalah milik si mati. Misalnya seperti baranggadaian dan juga haiwan ternakan milik si mati yang telah merosakkkan tanaman orang lain,maka kedua-duanya tergolong di dalam kategori ini. Sehubungan dengan itu, maka menjadi

    kewajipan tanggungjawab ahli waris si mati umtuk melunaskan gadaian dan membayar gantirugi

    kerosakan yang dilakukan oleh haiwan ternakan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan segera olehpara waris setelah kematian si mati mengikut pandangan jumhur ulama. Pada pendapat

    sebahagian ulama madhhab Hanafi berpendapat hak perhutangan yang tertanggung ke atas harta

    sebagai hak pertama yang wajib dilunaskan oleh para waris. Jika semua harta si mati habiskerana melunaskan perkara tersebut, maka si mati dianggap tidak meninggalkan harta.

    Selain daripada dua contoh di atas, sebahagian urusan muamalat semasa juga termasuk di dalam

    kategori ini iaitu seperti melunaskan caruman takaful sebagai syarat memperolehi manfaat,menjelaskan baki hutang ke atas harta yang digadaikan ketika membeli, membayar gantirugi

    untuk mendapatkan wang deposit si mati, dan sebagainya. Oleh itu, harta-harta yang pernah

    digadaikan oleh si mati semasa hidupnya, maka ahli waris si mati mestilah terlebih dahulumenebus harta tersebut sebelum harta itu dijadikan sebagai harta pusaka untuk mereka yang

    berhak menerimanya.

    2.4.2 Mengeluarkan Perbelanjaan Untuk Menyelenggarakan dan Menguruskan

    Pengkebumian Si Mati

    Hak pertama yang perlu didahulukan sebagai hak-hak si mati sebelum membahagikan harta

    pusaka ialah menggunakan harta peninggalan si mati untuk perbelanjaan bagi menguruskan

    pengkebumian si mati seperti membeli kain kapan, membayar upah memandikan si mati danperalatannya, upah menggali kubur, keranda mengusung, serta sebagainya. Pemberian kepada

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    11/30

    orang yang menyembahyangkan jenazah yang biasanya dua ringgit atau lima ringgit seorang

    adalah tidak dikira sebagai belanja pengkebumian yang wajib. Oleh itu, ia tidak boleh diambil

    daripada harta si mati. Begitu juga bagi mereka yang membuat ratib tahlil, misalnya satu hari,tiga hari, tujuh hari, dan sebagainya ia bukanlah satu perkara yang wajib. Oleh itu perbelanjaan

    mengadakannya tidak boleh dianggap sebagai belanja pengkebumian.

    Para ulama fiqh menegaskan bahawa perbelanjaan untuk menyelenggarakan dan menguruskan si

    mati mulai dari saat kematiannya hingga ke saat pengkebumiannya mestilah diambil daripada

    harta peninggalannya mengikut ukuran yang sederhana sahaja, tidak berlebih-lebihan, dan

    tidaklah pula tersangat kurang. Jika berlebih-lebihan di dalam perbelanjaan pengurusan danpenyelenggaraan si mati, maka sudah pasti akan mengurangi hak ahli waris. Sebaliknya jika

    tersangat kurang, maka sudah tentu pula akan mengurangi hak si mati. Kedua-dua ini adalah

    berlawanan dengan kehendak syarak. Kesederhanaan dalam membelanjakan harta telah

    ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya iaitu:

    Maksudnya:

    "Dan orang-orang (yang diredhai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalahberlebihan dan tiada pula kikir; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah di tengah-tengah di

    antara kedua-duanya demikian".

    2.4.3 Membayar Hutang-Hutang Mutlak Si Mati

    Hak si mati yang kedua yang perlu diselesaikan oleh ahli-ahli warisnya setelah mengkebumikansi mati iaitu menjelaskan bayaran hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati.

    Hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan si mati ada dua kategori iaitu hutang-hutang si

    mati kepada Allah dan hutang-hutang si mati kepada manusia.

    1) Hutang-Hutang Si Mati Kepada Allah

    Jumhur ulama telah berpendapat bahawa hutang-hutang Allah adalah berkaitan dengan apa yang

    ditinggalkan oleh si mati. Mengikut pendapat yang asah ) ) dalam mazhab As-Syafici telah

    menyatakan bahawa hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat, dan haji hendaklah didahulukan

    ke atas hutang kepada manusia. Pendapat mereka berdalilkan kepada hadis daripada IbnucAbbas

    R.A iaitu:

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    12/30

    Maksudnya:

    "Sesungguhnya seorang wanita telah datang kepada Rasulullah S.A.W maka dia berkata: Jika

    ibuku telah meninggal dunia, adakah ke atasnya puasa (bulan Ramadhan). Maka Rasulullah

    berkata:Adakah kau berpendapat kalau ke atasnya hutang, adakah kau akan menggantikannya(qadha' puasa). Maka berkata wanita itu: Ya. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Maka hutang

    Allah berhak diganti".

    Setelah si mati telah meninggal dunia, hak yang perlu dilaksanakan oleh ahli warisnya ialah

    membayar zakat harta-harta si mati yang telah sempurna dari segi hauldan nisab, cukup syarat-

    syarat untuk dikeluarkan, dan zakat tersebut belum sempat dikeluarkannya. Maka wajib menjadi

    tanggungjawab ahli warisnya bagi mengeluarkan zakatnya sebelum harta pusaka tersebutdibahagi-bahagikan di antara mereka. Namun bagi pendapat Abu Hanifah bagi Madhhab Hanafitelah berpendapat bahawa telah gugur pembayaran zakat bagi orang-orang yang telah mati. Hal

    ini disebabkan beliau berpandangan bahawa hutang-hutang kepada Allah merupakan ibadat-

    ibadat wajib yang mesti wujud niat dan ikhtiar.

    Maka si mati tidak dapat lagi melakukan kedua-duanya kerana ia telah gugur tanggungan ataskematiannya. Namun begitu jika si mati ada mewasiatkan kepada waris-warisnya bahawa dirinya

    masih ada hutang dengan hak-hak Allah, maka itu wajib dilaksanakan oleh warisnya. Jika tidakmewasiat atau tidak sempat mewasiatkan perkara itu, maka segalanya kehendak Allah untuk

    mengazab atau mengampunkan si mati dengan keadilan-Nya.

    Sekiranya si mati mempunyai tanggungan kifarat, contohnya seperti si mati pernah bersetubuh

    pada siang hari di bulan Ramadhan namun tidak sempat melaksanakan kifarat tersebut, makawajiblah ke atas waris-waris menyelesaikannya. Jika si mati ketika hayatnya mempunyai nazar

    untuk melakukan perkara tabarruc, akan tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat

    menunaikan nazarnya, maka itu juga tanggungjawab para waris untuk menyempurnakannazarnya. Di samping itu, jika si mati semasa hayatnya masih belum menunaikan haji yang wajib

    ke atasnya, maka waris-waris hendaklah menguruskan upah haji si mati. Dan sekiranya si mati

    sepanjang hidupnya pernah meninggalkan puasa fardhu di bulan Ramadhan ataupun tidak

    http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=1&bookhad=1938
  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    13/30

    sempat mengqadha'kannya akibat sakit, maka wajib ke atas waris-waris si mati membayar fidyah

    puasa si mati.

    2) Hutang-Hutang Si Mati Kepada Manusia

    Hutang-hutang si mati kepada manusia adalah merangkumi hal muamalat yang pernahdilakukannya namun tidak sempat menyelesaikannya iaitu seperti berhutang untuk meminjam

    wang atau harta dan si mati pernah membuat pembelian secara tangguh. Ahli waris mestilah

    menggunakan harta pusaka peninggalan si mati untuk menjelaskan hutang-hutang si mati yang

    masih belum dibayar sebelum harta tersebut dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berhakmenerimanya. Hal ini disebabkan hutang-hutang yang ditanggung oleh si mati akan

    mengakibatkan rohnya tergantung jika tidak diselesaikan hutang tersebut. Hal ini jelas di dalam

    hadis Rasulullah S.A.W yang telah diriwayatkan daripada Ab Hurairah iaitu:

    : :

    Maksudnya:

    Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Roh seseorang

    mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnyasehinggalah hutangnya itu dijelaskan".

    Bagi mereka yang mempunyai piutang pula hendaklah memberitahu dengan segera kepada ahli

    waris si mati mengenai jumlah hutang si mati dan menunjukkan bukti atau saksi sebelum harta

    pusaka tersebut dibahagi-bahagikan di kalangan ahli waris tadi. Hal ini sudah jelas di dalam adabmuamalat berhutang bagi si penghutang dan pemiutang melalui firman Allah SWT iaitu:

    Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutangpiutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis

    (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya

    dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    14/30

    mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu

    merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah

    Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orangyang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu),

    maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu

    mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi duaorang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yangkamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang

    berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan

    apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yangbertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di

    sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada

    tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu

    edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksiapabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan

    kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah

    perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah;dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui

    akan tiap-tiap sesuatu".

    Sekiranya jumlah hutang si mati itu lebih banyak daripada harta pusakanya, maka pembayaran

    hutang itu hendaklah dicukupkan dengan harta pusakanya yang ada. Dalam masalah ini, jika ahli

    waris secara bersama ingin untuk membayar hutang si mati itu atau salah seorang daripada

    mereka dengan kerelaan hati sanggup menjelaskan semua hutang si mati (ataupun sebahagiannyasahaja), maka perbuatan tersebut merupakan kebajikan bagi ahli waris tersebut. Perlulah diingati

    juga di sini bahawa perbuatan si pemiutang menuntut hutang bukanlah merupakan satu

    kewajipan hukum yang mesti dituntut olehnya kepada ahli waris si mati. Jika si pemiutangsanggup menghalalkan segala hutang-hutang yang pernah dipinjam oleh si mati, maka tindakan

    itu adalah lebih baik dan ia merupakan kebajikan bagi si pemiutang tersebut.

    2.4.4 Melaksanakan dan Menyempurnakan Wasiat Si Mati

    Mengenai wasiat yang dibuat oleh orang yang telah meninggal dunia sewaktu dirinya masih

    hidup dalam kadar yang dibenarkan oleh syarak, iaitu tidak lebih daripada satu pertiga hartatrikah setelah diambil dan ditolak perbelanjaan menyelenggara serta menguruskan

    pengkebumian si mati, dan juga setelah dibayar hutang-hutang yang masih menjadi tanggungan

    si mati. Wasiat menurut pandangan ulama madhhab syafici juga merupakan pemberian atau

    sumbangan sama ada harta itu sendiri atau manfaatnya oleh seseorang kepada pihak lain setelah

    dirinya meninggal dunia bertujuan untuk melakukan amal kebajikan (tabarruc). Wasiat (yakni

    kurang satu pertiga daripada harta) tidaklah memerlukan kepada persetujuan di kalangan ahliwaris, bahkan wasiat itu adalah sah tanpa persetujuan mereka.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    15/30

    Akan tetapi jika wasiat itu lebih daripada satu pertiga daripada harta trikah, maka wasiatyang lebih daripada kadar yang ditetapkan itu tidak diluluskan oleh hukum syarak dan tidak sah,

    melainkan dengan keredhaan dan izin persetujuan ahli-ahli waris. Hal ini adalah berhujahkan

    dengan hadis melalui sabda Rasulullah SAW kepada sahabatnya iaitu Sacad bin Ab Waqas

    mengenai pertanyaan beliau semasa dirinya sakit yang berbunyi:

    Maksudnya:

    "Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida' Rasulullah

    s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah,

    lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat,sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan

    mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya?

    Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda

    menjawab: Tidak!Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan

    ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalamkeadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain".

    Di dalam perbincangan mengenai mendahulukan wasiat terlebih dahulu atau mendahulukan

    membayar hutang perlu lebih diutamakan, maka timbul kemusykilan mengenainya ketika manamerujuk pada nas firman Allah S.W.T secara zahir. Namun terdapat hadis Rasulullah S.A.W

    yang menjelaskan mengenai kemusykilan itu:

    amp;bk_no=2&ID=1447'>

    Maksudnya:

    http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1622&idto=1623&bk_no=7&ID=568
  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    16/30

    Daripada Al-Harith meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: "Sesungguhnya Nabi

    Muhammad S.A.W telah memutuskan bahawa membayar hutang itu mendahului wasiat, dan

    kamu semua membaca (ayat Al-Quran) bahawa menunaikan wasiat itu sebelum membayar

    hutang". Telah berkata AbucIsa bahawa telah beramal para ahli ilmu dengan mendahulukan

    membayar hutang sebelum (menunaikan) wasiat.

    Persoalan yang akan timbul mengapa di dalam firman Allah S.W.T mendahulukan wasiat

    daripada hutang. Hal ini telah diperjelaskan oleh Imam al-Kasaniy di dalam kitabnya Bada'icAs-

    Sona'icbahawa adapun hikmah daripada mendahulukan wasiat pada sebutan ke atas membayar

    hutang di dalam ayat berkenaan merupakan peringatan daripada Allah S.W.T kepada kita supayawajib melaksanakan wasiat orang yang telah meninggal dunia jika wasiat itu tabarru

    c.Bagi

    pendapat Imam al-Sancaniy pula telah menjawab persoalan tersebut dengan berkata:

    "Imam al-Suhayliy telah menjawab persoalan ini dengan berkata: Sesungguhnya tujuan wasiatadalah untuk membuat kebaikan dan menghubungkan silaturahim sesama manusia manakala

    hutang pula adalah untuk melunaskan tanggungjawab si mati, maka mendahulukan wasiat untuk

    menunjukkan kebaikan si mati itu tentu lebih baik".

    Sesungguhnya wasiat merupakan satu perbahasan yang cukup panjang dan teliti sehinggakanpara ulama fiqh meletakkannya satu bab khusus di dalam penulisan mereka. Memandangkan

    penulis hanya ingin mengupas tentang hak-hak berkaitan dengan harta peninggalan, maka apa

    tang dibincangkan sudah memadai sebagai pendedahan awal untuk mengetahui hak keempat ini.

    2.4.5 Hak Membahagikan Harta kepada Para Waris

    Sesudah menyelesaikan empat hak harta peninggalan si mati yang telah dibincangkan sebelum

    ini, maka baki harta yang tinggal tersebut merupakan harta pusaka atau istilah fuqaha' dikenalisebagai al-mrth atau al-fara'id. Maka hak kelima ini adalah untuk menentukan bahagian-

    bahagian yang boleh diwarisi oleh waris-waris si mati sebagaimana yang ditetapkan Allah S.W.T

    di dalam Al-Quran dan hadis-hadis baginda S.A.W.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    17/30

    Bagi menepati kehendak syariat dari segi pembahagian pusaka tersebut, maka pihak yang

    membahagikan harta tersebut hendaklah mengetahui rukun perwarisan, sebab-sebab perwarisan,

    syarat perwarisan, halangan-halangan perwarisan, ahli waris dan bukan waris, cara pembahagiandan kadar bahagian, serta sebagainya sepertimana yang dijelaskan oleh para ulama di dalam bab

    al-fara'id.

    2.5 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERKAITAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

    YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA

    Terdapat beberapa peruntukan yang telah wujud di negara kita digunakan dalam menguruskandan mentadbir harta pusaka umat Islam. Antara peruntukan-peruntukan tersebut ada yang

    digubal melalui parlimen dan melalui dewan undangan negeri. Peruntukan adalah seperti berikut:

    2.5.1 Undang-Undang Pusaka Islam (Faraid)

    Sehingga kini di Malaysia masih tiada satu bentuk undang-undang pusaka Islam khusus yangtelah dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis oleh setiap negeri sepertimana yang

    terdapat di negara Mesir iaitu Qnn al-Mawrth 1943.Walau bagaimanapun, kaedah

    pembahagian pusaka secara Islam telah diikuti sepenuhnya oleh mahkamah syariah negeri-

    negeri. Dalam hal ini, rujukan selalunya dibuat kepada kitab-kitab fiqh Madhhab Syafici untukmenentukan kedudukan waris-waris dan bahagian-bahagian yang sepatutnya mereka terima

    dalam harta pusaka si mati yang beragama Islam.

    2.5.2 Undang-Undang Pusaka Bukan Islam (Akta Pembahagian 1958)

    Manakala bagi orang-orang bukan Islam, cara-cara pembahagian harta pusaka mereka ditetapkan

    dalam Akta Pembahagian 1958. Akta tersebut telah diluluskan bertujuan untuk menjelaskan hak-hak perwarisan harta si mati yang bukan beragama Islam serta bahagian-bahagian setiap seorang

    daripada mereka. Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat. Bahagian setiapwaris mengikut akta ini berbeza-beza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Sebagai contoh isteri

    akan mendapat bahagian jika si mati mempunyai waris lain. Jika si mati masih mempunyai ibu

    bapa yang masih hidup, maka baki separuh bahagian akan diserahkan kepada mereka. Jika ibu

    bapa meninggal dunia, maka baki separuh bahagian akan dibahagikan mengikut skala berikut

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    18/30

    iaitu kepada adik-beradik si mati, datuk neneknya, dan nenek moyangnya. Jika kesemuanya

    tiada, maka harta tersebut akan diambil oleh kerajaan.

    Jika ada waris lain, maka bapa si mati akan mendapat 1/8 dan ibu pula mendapat 1/8 bahagian.

    Jika si mati meninggalkan bapa, ibu, isteri, dan anak-anak, maka bapa akan mendapat 1/8, ibu

    mendapat 1/8, isteri mendapat 2/8, dan anak-anak mendapat 4/8 bahagian. Sebaliknya jika simati hanya meninggalkan suami atau isteri tanpa waris-waris yang lain, maka suami atau isteri

    akan mendapat kesemua bahagian harta si mati. Jika si mati tidak mempunyai waris, maka harta

    pusaka si mati diambil oleh kerajaan seperti mana yang telah disebutkan tadi. Peruntukan akta ini

    juga memperuntukkan bahawa anak yang tidak sah taraf tidak boleh mewarisi harta ibunya jikawujud anak yang sah taraf.

    2.5.3 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

    Akta harta pusaka kecil ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan (kini dipanggil

    Parlimen) pada tahun 1955 dan digunapakai untuk negeri-negeri di Malaysia Barat danpemakaiannya mengikut tarikh-tarikh berikut iaitu Kelantan pada 1 Disember 1955, Johor,

    Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu pada 1 Julai 1957, Kedah pula

    pada 1 Ogos 1962, Pulau Pinang pada 23 Disember 1965, dan Melaka pada 30 Disember 1965.Akta ini mengandungi 34 seksyen yang dipecahkan kepada lima bahagian dan di belakangnya

    mempunyai empat jadual. Sementara Peraturan No.495 mengandungi 18 peraturan, empat jadual,

    dan 31 borang-borang. Kesemuanya adalah untuk melengkapkan supaya prosedur pengurusan

    harta pusaka kecil dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

    Sebelum akta ini berkuat kuasa, di setiap negeri masing-masing mempunyai enakmen sendiri

    iaitu contohnya bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (yang tersiri daripada Perak, Selangor,Negeri Sembilan, dan Pahang) menggunakan Enakmen Probet dan Pentadbiran Bab 8 (FMS),

    negeri Johor pula menggunakan Enakmen Harta Pusaka Kecil 1936 (Negeri Johor), negeri

    Kedah menggunakan Enakmen Pentadbiran Harta Pusaka (Enakmen No.1), negeri Terengganumenggunakan Enakmen Probet dan Pentadbiran (Enakmen No.22 Tahun 1356 hijrah), negeri

    Kelantan telah menggunakan Enakmen Pentadbiran (Enakmen No.2 1930), negeri Perlis

    menggunakan Enakmen Pentadbiran Harta Pusaka (Enakmen No.1 tahun 1338 hijrah), serta

    Pulau Pinang dan Melaka telah menggunakan Ordinan Probet dan Pentadbiran (Negeri-NegeriSelat Bab 51). Bagi negeri Sarawak pula pentadbiran harta pusaka kecil adalah mengikut

    Administration of Estates Ordinance Chapter 80 yang dipohon melalui Pejabat Daerah. Pegawai

    yang diberi kuasa untuk melantik pentadbir dikenali sebagai Pegawai Probet. Di negeri Sabahpula, pentadbiran harta pusaka kecil adalah mengikut The Administration of Native and Small

    Estates Ordinance. Permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Tanah dan Ukur dalam

    daerah berkaitan.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    19/30

    Akta ini merupakan undang-undang bersifat tadbiran. Tujuan akta ini diperkenalkan ialahuntuk menyelaraskan dan menyeragamkan cara-cara pembahagian dan tadbiran pusaka si mati

    sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam. Di samping itu, akta ini diluluskan

    bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan dan mempercepatkan urusan pengendalian sertapengurusan sesuatu tuntutan pembahagian pusaka kecil. Akta ini diguna pakai kepada semua

    tuntutan harta pusaka seseorang si mati sama ada semuanya mengandungi tanah-tanah sahaja

    atau sebahagiannya mengandungi tanah bersama dengan harta-harta alih yang lain seperti wangtunai, saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN),

    Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Johor (ASJ), dan sebagainya tetapi jumlah

    nilaian harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan itu dibuat.

    Di dalam perbincangan kajian mengenai kes pengurusan harta pusaka di FELDA kemahang

    nanti akan melibatkan kaitan pengurusannya dengan akta harta pusaka kecil ini di mana tanah-

    tanah yang ditinggalkan oleh si mati (peneroka) merupakan harta pusaka yang terdiri daripadaharta tak alih yang bernilai kurang daripada RM 2 juta. Maka segala apa perbicaraan mengenai

    pembahagian dan pengurusan harta pusaka akan dibicarakan di Unit Pembahagian Pusaka Kecil

    di daerah masing-masing. Namun begitu bidangkuasa akta ini hanya tertakluk kepada tanah-tanah pusaka FELDA yang sudah habis dibayar Bayaran Tahunan Disatukan (Consolidated

    Annual Charge atau dipanggil juga CAC) dan telah didaftarkan tanah tersebut atas nama

    peneroka tersebut bagi tempoh selama 99 tahun.

    2.5.4 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97)

    Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta pusaka ringkas. Harta pusaka

    besar ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya lebih daripada RM 2 juta sama ada terdiri

    daripada harta alih semuanya atau semuanya harta tak alih ataupun terdiri daripada campuran

    harta alih dengan harta tak alih, dan juga harta pusaka yang jumlah nilainya kurang daripada RM2 juta tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

    Akta Probet dan Pentadbiran 1959 telah dikuatkuasakan pemakaiannya di seluruh

    Semenanjung Malaysia pada 1 Februari 1960. Akta ini memperuntukkan cara-cara untukmendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir di mana permohonan untuk mendapatkan

    kedua-dua surat kuasa tersebut boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Menurut akta ini terdapat

    tiga jenis surat kuasa wasiat dan kuasa tadbir iaitu:

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    20/30

    1) Surat kuasa wasiat (probet) jika si mati meninggalkan wasiat yang meliputi semua hartanya

    (bagi si mati yang bukan beragama Islam).

    2) Surat kuasa tadbir bagi harta pusaka tanpa wasiat (intestate estate)

    3) Surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar apabila si mati meninggalkan wasiat untuksebahagian daripada harta peninggalannya dan sebahagian yang lain tanpa wasiat.

    Akta ini digubal bertujuan untuk mentadbir, mengendali, dan menguruskan mengenaipembahagian harta pusaka orang-orang Islam dan bukan Islam. Undang-undang tersebut digubal

    berdasarkan Butiran 4 (e) Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang

    memperuntukkan bahawa Parlimen diberi kuasa membuat undang-undang dalam perkara berikut,tertakluk kepada perenggan (ii) iaitu:

    (i) Kontrak, perkongsian, perenjenan dan lain-lain; majikan dan pekerja, rumah inapan dan

    tuan punya rumah inapan, perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, harta, memindah milikharta dan mencagar harta kecuali tanah, bona vacantia, ekuiti dan amanah, perkahwinan,

    perceraian dan taraf anak, harta dan taraf perempuan bersuami, pentafsiran undang-undang

    persekutuan, suratcara boleh niaga, akuan berkanun, timbang tara, undang-undangpersaudaraan, pendaftaran perniagaan dan mana-mana perniagaan, umur dewasa, remaja,

    pengambilan anak angkat, perwar isan har ta berwasiat dan ti dak berwasiat, probet dan surat

    mentadbir pusaka; kebangkrapan dan tidak berkemampuan, sumpah dan ikrar, batasan,

    berbalas-balas menguatkuasakan hukuman dan perintah, undang-undang keterangan.

    (ii) Perkara yang tersebut dalam perenggan (1) tidak termasuk undang-undang diri orangI slam berhubung denganperkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah, pengambilan anakangkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau perwarisan harta berwasiat dan

    tidak berwasiat.

    2.5.5 Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    21/30

    Akta ini telah digubal pada tahun 1960 selaras dengan peruntukan di bawah artikel 76

    Perlembagaan Persekutuan. Ia berkuat kuasa pada 30 Mei 1960 dan pada masa itu ianya hanya

    diguna pakai bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali Pulau Pinang danMelaka serta kemudiannya dipinda untuk memasukkan kedua-dua negeri yang berkuat kuasa

    pada 1 Januari 1966. Tujuan penggubalan akta ini adalah bagi menyeragamkan pelaksanaannya

    bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia iaitu dari segi polisi serta kuasa eksekutif yangdiberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Akta ini telah dipinda beberapa kali dengan tujuanmenyesuaikan semula peraturan dan sekatan-sekatan mengikut keperluan dan kehendak semasa.

    Di antara pindaan tersebut yang melibatkan agensi-agensi pelaksana termasuk FELDA iaitu:

    i. Pindaan Tahun 1965 antara lain melibatkan perjanjian antara agensi-agensi pembangunan tanah dengan KerajaanNegeri, pengisytiharan kawasan penempatan berkelompok, pembangunan tanah oleh koperasi

    yang dikelolakan oleh agensi pembangunan tanah.

    ii. Pindaan Tahun 1982

    antara lain melibatkan penyerahan hak penduduk dalam menunggu hak milik dan penamatanatau pembatalan kawasan-kawasan penempatan berkelompok.

    iii. Pindaan Tahun 1994Akta ini kemudian menjalani semakan tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta 530 yangmula berkuatkuasa pada 12.12.1994. Selepas semakan ini, Akta GSA dipinda lagi melalui

    pindaan A950 yang berkuatkuasa pada tahun 1996.

    iv. Pindaan Tahun 2002

    melibatkan pindaan kepada Seksyen 12, 14 dan 15yang membolehkan pegangan desa diberi milik dan dimilikibersama tidak melebihi dari dua orang pemilik. Pindaan ini, adalahbertujuan bagi membolehkan isteri, bekas isteri atau waris kadimpeneroka dimasukkan dalam pegangan desa sebagai peganganbersama atau pemilik bersama.

    Matlamat utama penggubalan Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960ialah bagi mewujudkan satu penempatan baru secara terancang dengan menyediakan sumber-

    sumber ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang oleh agensi pelaksana. Pembangunan

    terancang ini berlandaskan kepada peraturan dan sekatan seperti yang terkandung dalam akta iniuntuk memastikan kawasan yang dimajukan mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang

    maksimum dari segi hasil ladang dan pendapatan peneroka. Matlamat sampingan dari akta ini

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    22/30

    adalah bagi membasmi kemiskinan dan agihan tanah kepada penduduk yang tidak bertanah,

    menggalakkan perindustrian berasaskan pertanian, mengatasi masalah tanah terbiar dan tanah

    yang tidak merata, serta mewujudkan satu masyarakat yang harmoni dan berdaya maju.

    Akta ini mengandungi 48 seksyen yang dibahagikan kepada 9 bahagian utama. Di antara aspek

    dan konsep penting yang menjadi tanggungjawab pelaksana dalam membangunkan kawasanpenempatan berkelompok adalah:

    i. Pewartaan Kawasan Penempatan Berkelompok

    Seksyen 4 berkehendakkan Kerajaan Negeri mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah

    kerajaan sebagai satu Kawasan Penempatan Berkelompok. Seksyen 5 pula membolehkanKerajaan Negeri membuat pengisytiharan mana-mana kawasan di dalam kawasan yang telah

    diisytiharkan di bawah seksyen 4, sebagai kawasan penempatan luar bandar yang merupakankawasan pertanian.

    Seksyen 6 pula membolehkan Kerajaan Negeri membuat pengisytiharan mana-mana kawasan didalam kawasan yang telah diisytiharkan di bawah seksyen 4, sebagai kawasan penempatan

    dalam bandar yang merupakan kawasan kediaman. Urusan pewartaan kawasan ini melibatkan

    kerja-kerja pengukuran dan penyediaan pelan-pelan berkaitan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan

    sebelum satu-satu perisytiharan warta dilaksanakan.

    ii. Surat Perjanjian Agensi Dengan Kerajaan Negeri

    Seksyen 34 (i)yang berkehendakkan agensi pelaksana membuat satu perjanjian dengan Kerajaan Negeri apabila

    satu-satu kawasan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan sebagai kawasanpenempatan berkelompok. Surat perjanjian ini disediakan bagi membolehkan mana-mana tanah

    kerajaan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah dengan mematuhi beberapa syarat dan

    peraturan di antaranya termasuk :

    a. Lokasi dan keluasan tanah

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    23/30

    b. Pecahan tanah kepada kawasan luar bandar dan keliling bandar

    c. Jenis tanaman

    d. Kadar bayaran cukai yang ditentukan dan tempoh bayaran

    iii. Buku Daftar Pegangan (Register of Holding)

    Seksyen 12 (i)yang berkehendakkan setiap peneroka yang dipilih menyertai pembangunan dalam satu-satu

    kawasan didaftarkan dalam Buku Daftar Pegangan sebagai pendudukan dalam menunggu hak

    milik (Expectation of Title). Menjadi tanggungjawab agensi pelaksana mengadakan pengambilanpeneroka-peneroka untuk menyertai tanah-tanah rancangan dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

    Pemilihan dibuat berasaskan kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh calon sepertitermaktub dalam seksyen 19iaitu mestilah warganegara Malaysia, tidak mempunyai tanah atau memiliki tanah dengan

    keluasan tidak melebihi dua ekar termasuk tanah yang dimiliki isteri, dan tidak memiliki lot

    tanah bandar atau memiliki satu lot tanah bandar untuk kediaman sendiri.

    Seksyen 11 (i)

    memperuntukkan setiap pegangan luar bandar atau tanah kebun lebih kurang 10 ekar sebagaipunca pendapatan dan satu lot tapak rumah lebih kurang ekar sebagai tempat kediaman. Butir-

    butir maklumat kawasan ini adalah merupakan sebahagian dari maklumat yang direkodkan

    dalam Buku Daftar Pegangan. Pindaan kepada nama pegangan ini hanya dibenarkan mengikutseksyen 24apabila berlaku pemindahan hak kepada pemegang lain yang diluluskan oleh Pemungut atau

    apabila berlaku kematian yang memerlukan waris simati mengambil alih hak pegangan yang

    diputuskan oleh Bahagian Pusaka oleh Kerajaan Negeri.

    iv. Bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan (Consolidated Annual Charges atau CAC)

    Seksyen 20telah mensyaratkan tanah-tanah yang dimajukan dalam Kawasan Penempatan Berkelompok

    dibayar cukai tahunan yang disatukan yang meliputi premium cukai tanah, upah ukur, bayaranperkhidmatan dan lain-lain bayaran. Kadar bayaran seperti mana yang ditetapkan dalam surat

    perjanjian agensi dengan Kerajaan Negeri. Bayaran CAC ini menjadi satu syarat pendudukan

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    24/30

    pegangan dan menjadi tanggungjawab pemegang untuk menjelaskannya. Walau bagaimanapun

    tanggungjawab ini diambil alih oleh agensi pelaksana membuat bayaran untuk satu tempoh

    selama 15 tahun atau sehingga hak milik dikeluarkan ke atas pegangan tersebut. Bayaran CACyang dijelaskan ini dikutip balik jumlahnya oleh agensi pelaksana melalui pendapatan hasil

    peserta yang terlibat.

    Dalam tempoh bayaran CAC ini, status tanah ke atas pegangan tersebut masih menjadi tanah

    kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab agensi pelaksana, apabila tamat tempoh bayaran CAC

    ini, menyerahkan hak (Vested) ke atas pegangan tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk

    didaftarkan hak milik. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mengisytiharkankawasan penempatan berkelompok ini bagi membolehkan peraturan dan sekatan-sekatan di

    bawah akta ini dilaksanakan.

    v. Pembahagian Kawasan Pegangan

    Seksyen 7 (1)membenarkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah membelah bagi mana-mana tanah di dalam

    kawasan penempatan berkelompok kepada beberapa pegangan yang mana keluasan setiap

    pegangan seboleh-bolehnya sama. Bersesuaian dengan peruntukan di bawah seksyen ini, menjaditanggungjawab Lembaga Kemajuan Tanah melaksanakan kerja-kerjapengukuran kawasan sama

    ada melalui Juruukur berlesen yang dilantik ataupun melalui Jabatan Ukur Negeri.

    vi. Pengurus Sebagai Pemungut Hasil Tanah (Land Revenue Collector)

    Seksyen 36 membenarkan agensi pelaksana dengan persetujuan Kerajaan Negeri melantikseorang pengurus untuk mentadbir satu-satu kawasan penempatan berkelompok yang juga

    berfungsi sebagai Pemungut Hasil Tanah dan berkuasa pada menjalankan perubahanperubahan

    yang sebagaimana yang dibenarkan dalam Seksyen 38.

    vii. Undang-Undang Kecil (By Laws)

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    25/30

    Seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 37yang membenarkan agensi pelaksana selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri dan

    dengan mendapat kelulusan Menteri, membuat undang-undang kecil yang tidak bertentangandengan Akta bagi tujuan menyempurnakan urusan pembangunan tanah kawasan penempatan

    berkelompok.

    viii. Penamatan Kawasan Penempatan Berkelompok

    Seksyen 44 memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri, dengan perundingan Menteri berkenaan bolehmengisytiharkan penamatan mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasanpenempatan berkelompok sama ada keseluruhannya atau sebahagian dari kawasan tersebut,

    untuk tujuan-tujuan tertentu seperti untuk pembangunan semula kawasan berkenaan. Dengan

    tindakan penamatan ini, kawasan terlibat tidak lagi menjadi kawasan penempatan berkelompokdan urusan pembangunan dapat dilaksanakan tanpa sebarang sekatan.

    ix. Sekatan-Sekatan Dalam Akta

    Seperti termaktub dalam Akta ini, beberapa sekatan dimasukkan bertujuan bagi menjaminpembangunan tanah pertanian dilaksanakan secara berterusan dengan pengeluaran hasil yang

    maksimum yang memberi keuntungan kepada peneroka. Di antara sekatan tersebut ialah Seksyen

    14tidak membenarkan Pegangan Luar Bandar dikeluarkan kepada lebih dari dua orang pemegang

    yang dikira sebagai pegangan bersama atau pemilik bersama dan seksyen 15

    memeperuntukkan kawasan Pegangan Desa tidak boleh pada bila-bila masa dibelah bagi(subdivided or partitioned). Seksyen ini juga tidak membenarkan pegangan desa dipajak (leased)sebahagian atau kesemuanya.

    Selain itu juga, terdapat seksyen 17yang menghadkan penggunaan kawasan Pegangan Luar Bandar hanya untuk tanaman tertentu

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    26/30

    sahaja seperti yang dipersetujui dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri/Agensi pelaksana.

    Kawasan ini tidak boleh digunakan selain dari tujuan tersebut. Begitu juga wujudnya Seksyen

    7(3)yang menghadkan penggunaan Pegangan Bandar hanya untuk kegunaan perumahan, kegunaan

    awam, perdagangan, industri atau kegunaan-kegunaan lain seperti yang diluluskan oleh Kerajaan

    Negeri. Di dalam bab yang seterusnya, penulis akan membincangkan dengan lebih terperincitentang sekatan-sekatan yang menjadi isu di dalam membahagikan dan menguruskan hartapusaka peneroka FELDA khususnya FELDA Kemahang.

    Justeru itu melalui pemahaman peruntukan di atas, akta ini dilaksanakan terhadap tanah-tanahyang dibuka di bawah rancangan pembangunan FELDA. Peneroka-peneroka yang telah berjaya

    memasuki rancangan FELDA, mereka diberikan sebidang tanah pertanian seluas lebih kurang 6

    hingga 10 ekar dan sebidang tanah untuk tapak rumah. Peneroka akan membayar kepada pihak

    FELDA secara beransur-ansur dengan cara 'Bayaran Tahunan Disatukan' setelah tanahrancangannya mengeluarkan hasil, kebiasaannya selepas 6 tahun. Tempoh 'Bayaran Tahunan

    Disatukan' adalah selama 15 tahun. Tanah rancangan FELDA itu adalah didaftarkan di atas namaDaftar Pegangan Desa dan hak milik tanah itu belum lagi didaftarkan serta dikeluarkan olehPejabat Tanah Daerah, kecuali setelah semua bayaran dijelaskan sepenuhnya oleh peneroka.

    Terdapat petikan ucapan daripada Tun Abdul Razak bahawa dalam ucapannya yang berbunyi:

    "Section 16 prohibits, upon the death of a holder, the distribution of a holding among a number

    of beneficiaries. It will be necessary for the beneficiaries to agree that the interest in the landshould be assigned to a single holder and in default of such assignment, collector has the right to

    close the holding and dispose of the proceeds. I have been advised that the provisior will not

    infringe the principles of the Islamic Law as the land before alienation is subject to thiscondition already and therefore the settlers when they take up the land must accept the land

    together with the condition already attached to the land"

    Apa yang boleh diambil daripada petikan pernyataan Tun Abdul Razak ialah beliau menyatakan

    bahawa apabila berlaku kematian seseorang peneroka semasa tanahnya masih di bawah Daftar

    Pegangan Desa (Register of Holding), maka seksyen 16 Akta Tanah (Kawasan-Kawasan

    Penempatan Berkelompok) mengkehendaki supaya tanah itu diturun milik kepada seorang warisyang berhak sahaja daripada kalangan ahli-ahli waris. Jika waris yang berhak lebih daripada

    seorang, maka mereka perlu memilih di kalangan mereka sesiapa yang layak untuk mewarisi

    tanah pusaka tersebut. Jika mereka bersetuju secara muafakat memberi kepada seorang sahajadaripada mereka, maka pentadbir tanah ataupun selalunya diuruskan oleh penyelia FELDA boleh

    menjual tanah pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan ahli waris yang berhak

    mengikut kadar hukum syarak (faraid).

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    27/30

    Meskipun kaedah penyelesaian pembahagian tanah pusaka rancangan pembangunan FELDAtelah dinyatakan di bawah seksyen 16 Akta Tanah (Kawasan-Kawasan Penempatan

    Berkelompok) 1960, namun nilai pasaran tanah yang tinggi tidak memungkinkan mana-mana

    waris untuk membayar bahagian waris-waris yang lain. Lelongan kepada individu di luar waris-waris sebagaimana dibenarkan di bawah seksyen tersebut agak sukar untuk dilaksanakan kerana

    ianya tertakluk kepada beberapa peruntukan lain akta berkenaan. Apa yang dapat dilakukan

    adalah sekadar mengeluarkan Surat Kuasa Tadbir kepada seorang waris tertentu untuk suatutempoh yang tidak terbatas. Maka berkenaan masalah inilah yang sering menjadi isu di dalam

    membahagikan dan menguruskan harta pusaka penduduk FELDA. Justeru itu, penulis akan

    mengungkap permasalahan yang terjadi dan isu-isu yang timbul di bab yang seterusnya.

    2.5.6 Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri

    Enakmen ini melarang sebarang urusniaga dan pindah milik tanah simpanan melayu kepadaorang bukan melayu. Enakmen ini mengehadkan penurunan milik tanah simpanan melayu si

    mati kepada waris yang bukan melayu, tetapi beragama Islam. Jika dilihat dari segi hukum

    syarak sebenarnya mereka (orang bukan melayu yang beragama Islam) berhak kepada hartapusaka itu.

    2.5.7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri

    Enakmen ini pula mempunyai kuasa untuk memutuskan beberapa perkara yang berkaitan dengan

    harta seorang Islam terutamanya mengenai harta sepencarian, pusaka, hibah, dan wakaf.

    Kadangkala dalam kes-kes tertentu fatwa mufti amat diperlukan bagi menentukan harta pusakadan orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut.

    2.5.8 Undang-Undang Penama

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    28/30

    Melantik penama merupakan satu arahan yang sah mengikut undang-undang sivil dan amalan

    meliputi seluruh orang-orang Islam. Namun ini berbeza dengan Ordinan Wasiat 1959 yang mana

    ia hanya dipakai bagi orang-orang bukan beragama Islam sahaja. Persoalan yang timbul bagi halpenamaan (nomination) pada hakikatnya adalah sama dengan wasiat harta benda. Apabila

    berlaku kematian ke atas seorang penyimpan harta dan wang itu, maka akan menjadi hak mutlak

    penama akan harta si mati. Sedangkan penama itu kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli warisyang berhak menerima pusaka. Bagi orang-orang Islam, perlantikan penama seperti caraberkenaan jelas bertentangan dengan hukum faraid dan undang-undang wasiat Islam. Apabila

    membicarakan soal penamaan, ia melibatkan dua jenis harta iaitu:

    1) Harta simpanan dalam institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank

    Simpanan Nasional, tabung haji, dan sebagainya.

    2) Wang insuran nyawa yang ditinggalkan oleh si mati.

    Perlantikan penama sudah lama diamalkan di Malaysia baik tentang harta orang-orang Islam atauorang-orang bukan Islam, tetapi baru-baru ini perkara ini telah mendapat perhatian pihak

    berkuasa yang mengambil keputusan bahawa amalan penamaan dan undang-undang yang

    berkaitan dengannya adalah bercanggah dengan hukum dan wasiat Islam. Pihak berkuasa jugameminta agar undang-undang penamaan dipinda supaya tidak membolehkan orang-orang Islam

    membuat sebarang penamaan dan membolehkan penamaan hanya boleh dibuat oleh orang-orang

    bukan Islam sahaja.

    2.5.9 Customary Tenure Enactment 1909

    Pada tahun 1909, Pejabat Tanah di Negeri Sembilan telah memperkenalkan undang-undang khasyang berkaitan dengan urusan tanah adat. Enakmen ini lebih dikenali sebagai Enakmen

    Pegangan Adat yang memperuntukkan cara-cara pembahagian harta pusaka berkaitan dengan

    tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka. Enakmen tersebut juga telah dipinda pada tahun1930 untuk memperbaiki peraturan tersebut di masa hadapan sehinggalah terbentuk EnakmenPegangan Adat dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 yang menumpukan

    pentadbiran tanah adat Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    29/30

    Tanah adat ialah tanah di bawah hak milik Pejabat Tanah yang diwartakan di bawah Enakmen

    Pegangan Adat dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi

    secara turun temurun oleh sesuatu kaum secara berkelompok. Malahan enakmen ini juga kebihmengutamakan pewaris perempuan seperti ibu, anak perempuan, nenek, dan cucu perempuan di

    dalam mendapatkan bahagian pusaka. Hal ini dapat dirujuk melalu kesRe Siwok, iaitu berkenaan

    kes ini Pejabat Tanah Rembau telah memberikan hak perwarisan kepada waris perempuanbukannya kepada waris lelaki. Siwok (perempuan) yang telah meninggal dunia dan si matimempunyai waris-waris yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan dua orang nenek saudara

    iaitu bernama Neresah dan Taipah. J.S.W Reid yang pada ketika itu seorang Pemungut Hasil

    Tanah Rembau telah memindahkan kesemua hak milik tanah Siwok kepada Neresah. Anak lelakikepada Siwok dianggap tidak berhak mendapat apa-apa bahagian daripada harta peninggalan

    tersebut menurut adat pepatih.

    Dalam sijil daftar tanah adat telah tercatat nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adatbanyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin, dan Gemas di Negeri

    Sembilan. Sementara di Melaka pula, tanah adat berada di Alor Gajah dan Jasin.

    2.5.10 Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Pekeliling-

    Pekeliling Berkaitan

    Selain undang-undang di atas, terdapat peraturan-peraturan harta pusaka kecil (pembahagian)

    1955 dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

    di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari semasa ke semasa bagi menyelesaikanpembahagian harta pusaka kecil.

    2.6 KESIMPULAN

    Setelah kita melihat definisi-definisi harta pusaka menurut undang-undang Islam dan undang-

    undang ciptaan manusia, maka dapatlah kita lihat di sini bahawa terdapat persamaan dari segidefinisi tersebut iaitu harta pusaka merupakan harta peninggalan si mati yang meninggal dunia.Melalui bab ini juga, kita dapat memahami hak-hak si mati sebelum harta peninggalannya

    dibahagikan kepada ahli waris mengikut pandangan ulama secara umum. Di samping itu juga,

    kita dapat mengenal beberapa peruntukan yang digunakan berkaitan dalam pengurusan danpembahagian harta pusaka di negara kita. Hal ini di mana terdapat beberapa konflik undang-

    undang yang berlaku pada setiap peruntukan tersebut dengan hukum syarak. Di dalam bab 4

  • 8/10/2019 Harta Pusaka Di Sisi Undang

    30/30

    nanti, penulis akan mengulas pertentangan yang berlaku terutamanya undang-undang yang

    berkaitan dengan pengurusan pusaka peneroka FELDA Kemahang serta prosedurnya.