Upload
shegurlfun
View
1.476
Download
26
Embed Size (px)
DESCRIPTION
hasil kajian
Citation preview
NAMA BANGUNAN
Saya telah ditugaskan untuk menjalankan kajian tentang bangunan bersejarah
Saya telah memilih bangunan bersejarah, Muzium Sultan Abu Bakar, Istana Besar Johor.
Nama Istana Besar Johor atau ‘The Grand Palace Of Johor’ telah digunakan
semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong
Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor iaitu sultan Johor yang ke-21 selain menjadi Bapa
Johor Moden kerana bangunan ini merupakan istana dan pusat pemerintahan bagi negeri
Johor pada masa itu.
Seterusnya, nama Muzium Sultan Abu Bakar atau ’Royal Abu Bakar Museum’
digunakan semasa bangunan ini diishtiharkan sebagai muzium oleh Sultan Sir Mahmud
Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi iaitu sultan Johor yang ke-
24 sebagai memperingati keunggulan dan kewibawaan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar
Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja Johor yang begitu besar
ertinya kepada Kesultanan Johor dan seluruh rakyat negeri Johor. Nama muzium ini
adalah sebagi sanjungan dan penghormatan tertinggi dan penghormatan tertinggi serta
salah satu cara yang paling bermakna untuk mengabdikan nama dan identiti Almarhum
Sulatan Abu Sir Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja Johor
sebagai pengasas Kesultanan Melayu Moden, Bapa Pembangunan Johor Moden dan
pembina Istan Besar Johor.
ASAL-USUL
Istana Besar Johor merupakan salah sebuah bangunan terawal yang dibina di
Tanjung Puteri yang sekarang lebih dikenali sebagai Johor Bahru. Sejak disempurnakan
Pembinaannya pada 1 Januari 1866, ianya menjadi lambang keunggulan dan kadaulatan
Kesultanan Johor serta menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan perkembangan sejarah
dan kebudayaan negeri Johor moden. Keunggulan Istana Besar Johor ini dapat
memeperlihatkan kepada dunia bahawa Kesultanan Johor moden yang dibina oleh
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim
mempunyai identiti kehebatan resam budaya dan keindahan adat istiadatnya yang
tersendiri.
Di sepanjang pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum
Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja Johor dan Almarhum Sultan Sir Ibrahim
al-Mashur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor sentiasa meriah
mencatatkan berbagai peristiwa penting dalam pergolakan sajarah negeri Johor. Ketua-
ketua negara, kerabat diraja dan orang-orang kenamaan dari negara-negara asing kerap
mengadap Almarhum Sultan Sur Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim
dan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar untuk
menjalinkan persahabatan dengan Kerajaan Negeri Johor dan membalas lawatan rasmi
Baginda ke negara mereka.
Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur
Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor berperanan seperti sebelumnya
walaupun tempat persemayamam Baginda telah dipindahkan ke Istana Bukit Serene.
Sungguhpun keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan Almarhum
Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Mashur tetapi
disebabkan disebabkan Istana Besar Johor telah lama dimamah usia, keadaan diluarnya
kelihatan usang dan tidak lagi memperlihatkan keindahannya yang seperti dahulu.
Lebih bekurun lamanya Istana Besar Johor melalui zaman-zaman kegemilangan
dan kegemilangan sejarahnya yang tersendiri. Akhirnya, tanpa diduga, belaku satu
perunahan diluar jangkaan apabila Sultan Sir Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Sir Ismail Al-Khalidi menitahkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana
Bukit Iskandar supaya Istana Besar Johor dijadikan Muzium DiRaja disamping terus
mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah istana tempat melangsungkan segala adat
istiadat kebesaran Kesultanan Johor Darul Ta’zim.
Bermula pada tahun 1984, kerja-kerja pemulihan, pengubahsuaian dan menaik
taraf bangunan Istana Besar Johor telah dilakukan agar ianya bersesuaian dengan
keperluan dan konsep sebuah muzium DiRaja dan istana yang masih berperanan. Kini
wajah barunya yang tersergam indah dapat memperlihatkan lagi seri kehebatannya dan
menjadi mercu tanda yang sangat menarik di Johor Bahru.
Kewujudan Muzium Sultan Abu Bakar dan pembukaannya kepada umum pada 11
Mei 1990 ini merupakan detik bersejarah yang akan memmberikan imej baru yang lebih
hebat kepada Istana Besar Johor. Terdapat kira-kira lebih lima ribu jenis bahan koleksi
yang kesemuanya dianggarkan kira-kira tiga puluh lima ribu buah ribu bahan tersimpan
dalam bangunan ini.
PENGASAS
Istana Besar Johor telah diasaskan oleh Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum
Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Temenggong Daeng Ibrahim yang telah
Meletakkan nama dan bangunan Istana Besar Johor pada tahun 1864. Baginda telah
mengilhamkan gaya Melayu-Inggeris dan mahukan istana ini dibina dengan pengaruh
Renaissance. Kebanyakan perabot di istana ini telah ditempah khas dari England pada
tahun 1866. Alat Kebesaran Negeri Johor juga yang tersimpan di dalam istana ini telah
diilhamkan oleh Baginda sendiri. Pembinaan taman di istana ini telah dipantau sendiri
oleh Baginda.
Bangunan ini telah bertukar menjadi muzium diasaskan oleh Sultan Sir Mahmud
Iskandar al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi pada jam 3.00 petang, 23
Februari 1982. Baginda telah menitahkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana
Bukit Iskandar, Johor Bahru supaya Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai Muzium
DiRaja disamping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah istana.
PEMBINAAN
Istana Besar Johor telah dibina pada tahun 1864 dan siap sepenuhnya pada tahun
1866. Kosnya dianggarkan sebanyak 14 juta Riggit Malaysia. Istana ini telah dibina
secara berperingkat oleh Wong Ah Fook. Pada peingkat pertama, Wong Ah Fook telah
membina bahagian bangunan istana manakala pada peringkat kedua pula beliau telah
membina bahagian Dewan Cina atau juga dikenali sebagai ’Council Chamber’.
Menurut sumber pegawai Muzium Sultan Abu Bakar, arkitek yang
bertanggungjawab ketika membina bangunan ini ialah Yahya Awaluddin manakala
menurut buku Wong Ah Fook, Immigrant. Builder and Entrepreneur, bahawa arkitek
bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini ialah arkitek Eropah dan dibina oleh
pekerja tempatan.
LOKASI
Istana Besar Johor terletak dalam kawasan Taman Istana dan mudah untuk sampai
dengan menggunakan Jalan Ibrahim atau Jalan Air Molek. Istana berhadapan dengan
Selat Melaka. Disamping itu, istana ini terletak di sepanjang Jalan Tun Dr. Ismail, Johor
Bahru. Istana Besar Johor ini beralamat Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor,
80500, Johor bahru, Johor darul Ta’zim, Malaysia. Bangunan berhampiran dengan Istana
Besar Johor ini ialah Masjid Sultan Abu Bakar disebelah utara dan bangunan Pejabat Pos
Besar serta bangunan Mahkamah Johor Bahru di sebelah selatan.
TUJUAN PENUBUHAN
Istana Besar Johor ditubuhkan sebagai sebuah istana bagi negeri Johor pada suatu
ketika dahulu. Disinilah tempat bersemayam Bapa Permodenan Johor, Sultan Sir Abu
Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim dan kaum kerabatnya.
Bangunan ini juga bertujuan sebagaitempat melangsungkan adat istiadat DiRaja
seperti pertabalan, kemahkotaan, kemangkataan, peraturan mengadap, dan pelbagai lagi
adat istiadat DiRaja.
Disinilah tempat perkahwinan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Mashur Ibni
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar pada 30 Ogos 1920. Disini jugalah tempat pertabalan
Sultan Sir Ibrahim Al-Masyur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar sebagai Sultan Johor
yang ke-23.
PERASMIAN
Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeg Ibrahim telah mencemar
duli telah meletakkan batu asasnya di tapak pembinaan Istana Besar Johor pada tahun
1866 sebelum lawatan pertama Baginda ke Eropah.
Pada 11 Mei 1990, Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni AlmarhumIsmail Al-
Khalidi telah merasmikan Istana Besar Johor sebagai Mizium Sultan Abu Bakar.
SENIBINA
Menurut maklumat yang telah diberikan oleh pekerja muzium, Istana Besar Johor
mempunyai ciri-ciri senibina Barat dan diperindahkan lagi dengan unsur-unsur Melayu-
Inggeris yang telah diilhamkan oleh Sultan Sir Abu Bkar Ibni Almarhum Temenggong
Daeng Ibrahim.
Menurut sumber internet pula, bangunan ini mempunyai reka bentuk yang
menggabungkan senibina Melayu dan Inggeris yang diilhamkan oleh Dato’ Yahya
Awaluddin. Bangunan ini juga depengaruhi dengan pengaruh Renaissance.
Istana Besar Johor inni mempunyai dua bangunan iaitu bahagian bangunan istana
dan bahagian bangunan Dewan Cina atau dikenali jiga sebagai ’Council Chamber’. Pada
bahagian bangunan istana ini mempunyai dua tingkat dan terbahagi kepada tiga sayap
iaitu Sayap Timur, Barat dan Utara.
Pada Sayap Timur, terletaknya Dewan Santapan. Pada bahagian luar dewan ini,
ada beranda yang berbentuk segi empat yang mengelilingi dewan ini. Pada Sayap Barat,
di tingkat bawahnya terdapat bilik pameran seperti Bilik Peralatan Sajian, Bilik Senjata
Melayu Tradisional, Bilik Tekstil dan Pakaian, Bilik Koleksi Perak, Bilik Plat Kebesaran
Negeri dan Bilik Koleksi Keemasan. Di tingkat atasnya pula, terdapat Bilik Mesyuarat
Majlis Jemaah DiRaja, Bilik Santapan DiRaja, Bilik Santapan DiRaja, Bilik Beradu Dan
Persalinan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Biik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha
Mulia Sultanah, Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Putera DiRaja dan
Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Puteri Diraja. Pada Sayap Utara
pula, di tingkat bawah terdapat bilik-bilik pameran seperti Bilik Perburuan, Bilik
Cenderamata dan Bilik Piala. Di tingkat atasnya pula terdapat Bilik Singgahsana. Pada
bahagian tengah bangunan ini terdapay Ruang Legar di tingkat bawah. Di tingkat atas
pula terdapat Balai Mengadap Tetamu yang menganjur ke Selat Tebrau.
Pada bahagian bangunan Dewan Cina atau’Council Chamber’ bentuknya
kelihatan empat segi dan tengahnya terdapat pentas Pertabalan DiRaja. Pentas Pertabalan
DiRaja ini dikelilingi oleh beranda yang berbentuk empat segi. Dewan ini dipanggil
Dewan Cuna kerana di dalamnya terdapat ciri-ciri seni bina Negara China dan pada
setiap tiang di dewan terdapat tulisan cina.
Menurut catatan Florence Caddy yang merupakan salah seoarang tetamu istana ini
pada tahun1880:
”Orang Melayu memanggilnya sebagai istana manakala orang Eropah
memanggilnya Anglo-Indian. Ianya dibina oleh pekerja Cina dibawah kawalan
arkitek Eropah. Dewan dan biliknya sangat besar dan berloteng. Tangganya
diperbuat daripada batu marmar. Dewan di tingkat bawah dihiasi dengan potret
keluarga DiRaja dan pasu-pasu Jepun yang tinggi nilainya yang dibawa pulang
oleh Tuanku ketika melawat Jepun”
BAHAN BINAAN
Istana Besar Johor ini dibina dengan menggunakan berbagai sumber seprti jubin
seramik dari Eropah, batu marmar dari Itali, atap genting dari Cina, batu Granit dari
Pulau Ubin, Singapura, batu-bata dari Singapura, dan kayu balak keras dari Hutan Johor
yang dibekalkan oleh Kilang Papan Meldrun.
Bahan yang jarang oleh manusia digunakan untuk membina istana ini yang
dikenali sebagai ’Madras Chunam’. ’Mdras Chunam’ diperbuat daripada batu kapur,
putih telur, dan gula kasar tanpa menggunakan pasir.
CARA PEMBINAANIstana Besar Johor ini telah secra berperingkat. Wong Ah Fook yang
bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini.
Pada peringkat pertama, bahagian bangunan istana dibina pada tahun 1864 dan
siap pada awl tahun 1866. Pembinaan bahagian bangunan ini mengambil masa selam dua
tahun untuk menyiapkannya.
Istana Besar Johor ini dibina dengan kaedah yang istimewa kerana tiang dan
dinding dan tiang istana ini dilepa menggunakan bahan yang unik iaitu ’Madras Chunam’
’Madras Chunam’ akan dicampurkan dengan sebatian air dan hampas kelapa.
Kemudian, ianya akan digaul dan dibancuh sehingga menjadi seperti plaster dan ditampal
didinding dan tiang istana ini. Setelah ditampal, ianya akan ditunggu sehingga menjadi
kering. Kemudian, ia akan digosok dengan batu bulat dan bedak batu untuk mendapatkan
permukaan yang licin.
Pada peringkat kedua, pembinaan bahagian Dewan Cina telah dibina. Sekali lagi
Wong ah Fook bertanggungjawab dalam pembinaan bahagian dewan Cina ini. Dewan
Cina ini siap selepas beberapa tahun pembinaan pada bahagian istana siap.
PENGUBAHSUAIAN
Istana Besar Johor asalnya mempunyai beranda yang panjang di tingkat
bawahnya. Ianya merupakan bangunan yang mempunyai kombinasi keterbukaan dan
pengudaraan Banglo Tropika dengan ciri-ciri kebesaran Kebesaran Kediaman DiRaja.
Walaubagaimanapun, Istana Besar Johor sekarang berbeza dengan Istana Besar Johor
yang asal disebabkan oleh dua pengubahsuaian yang besar.
Menurut sumber daripada pegawai Muzium Sultan Abu Bakar, pada tahun 1912,
Sayap Timur istana ini telah diruntuhkan dan dibina Dewan Santapan. Menurut buku
Wong Ah Fook pula, Immigrant, Builder and Entrepreneur, bahawa pada tahun 1918
sehingga 1919, Sayap timur Istana ini telah diruntuhkan dan dibina semula untuk
dijadikan Dewan Santapan.
Pengubahsuaian yang kedua berlaku pada tahun 1986 yangmelibatkan
penggantian genting bumbung bewarna coklat kepada bunbung genting bewarna biru
terang. Keseluruhan bangunan ini dicat semula dengan warna putih untuk memberikan
ciri-ciri Mediterranean Palazzo.
Di samping itu, bermula dari tahun 1984, kerja-kerja pemulihan pengubahsuaian
dan menaik taraf terhadap bangunan ini dilakukan agar ianya bersesuaian dengan
keperluan dan konsep sebuah Muzium DiRaja dan istana yang masih berperanan. Kini
wajah barunya yang tersergam indah dapat memperlihatkan lagi seri kehebatan yang
menjadi mercu tanda yang amt berharga untuk negeri Johor.
HIASAN DALAMAN
Hiasan dalaman Istana Besar Johor ini berunsurkan Melayu-Inggeris. Kebanyakan
perabot di istana ini ditempah khas dari England pada tahum 1866.
Di dalam Bilik santapan DiRaja terdapat satu set meja makan yang dibuat pada
tahun 1870. Kabinet yang menyimpan pelbagai jenis cawan ditempah khas dari Cina.
Pada dinding bilik ini dihiasi dengan gambar-gambar Keluarga Diraja.
Di dalam Bilik Mesyuarat Majlis Jemaah DiRaja terdapat satu set meja panjang
berasal dari England. Terdapat juga kendi bertutup diperbuat daripada kaca gelap
bersadur emas dan enamel yang berasal dari Turki. Pada dinding bilik bilik ini juga
dihiasi dengan beberapa buah gambar Keluarga DiRaja.
Di dalam Bilik Beradu Dan Persalinan Sultan, Bilik Beradu Dan Persalinan
Sultanah, Bilik Beradu Dan Persalinan Putera DiRaja, dan Bilik Beradu Dan Persalinan
Puteri Diraja terdapat sebuah katil yang besar sejak tahun 1860. Katil ini berukir indah.
Setiap petak mengandungi hiasannya yang tersendiri. Kakinya berbentuk bulat,
berukuran lebar 275 inci dan panjang 234 inci. Terdapat juga perabot yang laen seperti
rak tuala bercirikan Melatu-Inggeris, almari pakaian bercirikan Melayu-Inggeris, meja
berhias dan bangku ynag bercirikan Melayu-Inggeris dan sebagainya.
Di dalam Balai Mengadap Tetamu, terdapat pelbagai set perabot seperti set
perabot Kristal yang bearsal dari Perancis. Di sini juga terdapat lampu candelier yang
dibeli pada kurun ke-19 di England dan beberapa buah potet Keluarga DiRaja yang
digantung di dinding bilik ini. Bilik ini turut dihiasi dengan pelbagai jenis pasu dan arca
yang berasal dari Cina.
Di dalam Dewan Santapan pula terdapat beberapa buah set meja makan yang
mampu manampung lebih daripada seribu orang tetamu. Dewan ini dihiasi dengan
lukisan Sultan Abu Bakar, Temenggong Daeng Ibrahim, Sultanah Helen Ibrahim, dan
kaum kerabat DiRaja yang lain.
Di bahagian tangga utama istana ini terdapat sebuah lukisan Sultan Sir Abu Bakr
Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sri Maharaja yang kelihatan seolah-olah
hidup kerana menggunakan teknik 3 D. Lukisan ini dilukis di atas kain kanvas. Di tangga
utama ini juga dihiasi denganpelbagai jenis pedang yang digantung pada dinding dan
beberapa buah pasu yang disusun kemas di tepi tangga ini.
Di dalam Bilik Singgahsana pula terdapat sebuah pentasyang diatasnya diletakkan
dua buah kerusi yang bewarna kuning berukiran harimau. Di sini juga terdapat beberapa
buah kerusi untuk tetamu dan beberapa buah potret Kerabat DiRaja ynag digantung di
dinding bilik ini.
KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG
Ketika pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong daeng
Ibrahim, Sri Maharaja hingga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan
Ibrahim , Istana Besar Johor merupakan tempat bersemayam sultan dan Kaum Kerabat
DiRaja.
Di sepanjang pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong
Daeng Ibrahim, Sri Maharaja, Istana Besar Johor sentiasa mencatatkan pelbagai peristiwa
penting dalam pergolakan sejarah negeri Johor. Orang-orang kenamaan dari nagara asing
seperti King Rama V dari Thailand dalam tahun 1896, Putera dan Puteri Higashi Fushini
dari Jepun dalam tahun 1911, Putera Mahkota Carol dari Romania dalam tahun 1920,
King Rama VI dan Ratu Thailand dalam tahun 1924, King Rama VII dan Ratu Thailand
dalam 1928 dan ramai lagi kerap mangadap Sultan Sir Abu Bakar Ibni Amarhum
Temenggong Daen Ibrahim, Sri Maharaja dan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan
Ismail dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai tempat melangsungkan adat istiadat
DiRaja. Peristiwa lain yang berlaku yang menjadi loiputan sejarah ialah penubuhan
UMNO bagi menentang Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 dengan kebenaran daripada
Sultan Johor, Dato’ Onn Jaafar telah mengadakan mesyuarat Kongres 1946 di Istana
Besar ini dengan dihadiri oleh 29 persatuan negeri-negeri Melayu dengan 58 orang
perwakilan dan 30 orang pemerhati.
Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan sir Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor berperanan seperti sebelumnya
walaupun tempat persemayam Baginda telah dipindah ke Istana Bukit Serene.
Sungguhpun keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan Sultan Sir
Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Masyur tetapi disebabkan Istana
Besar Johor telah lama dimamah usia, kedaan di luarnya kelihatan usang dan tidak lagi
menunjukkan keidahannya seperti dahulu.
Bangunan ini telah dijadikan muzium pada semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ismail Al-Khalidi. Baginda menitahkan Istana Besar Johor
ini sebagai Muzium diRaja di samping terus mengekalkan peranan aslnya sebuah istana
tempat berlangsungsungnya segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Negeri Johor.
Pada masa sekarang, bangunan ini berfungsi sebagai tempat menyimpan khazanah
dan koleksi keluarga DiRaja. Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ismail Al-
Khalidi telah menitahkan agar segala khazanah DiRaja Johor dismpan di dalam muzium
ini didaftarkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya supaya dapat dijadikan sumber
rujukan ilimiah kepada para penyelidik yang berkecenderungan untuk memahami dan
menyelami sejarah Kesultanan Johor.