6
HASIL KAJIAN LATAR BELAKANG DATO’ BAHAMAN Nama lengkap beliau ialah Datok Bahaman bin Tok Noh, berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Datok Bahaman adalah anak yang ketiga daripada 6 orang adik-beradik. Yang tua bernama Tok Muda Ishak, yang kedua bernama Tok Muda Usoh, yang keempar bernama Mah, yang kelima bernama Saayah dan yang keenam bernama Juriah. Datok Bahaman mempunyai 13 orang anak daripada 5 orang isteri, 8 lelaki dan 5 perempuan. Antara anak lelakinya ialah Tok Muda Darus, Tok Mat Lela, ( yang ikut serta bersama Datok Bahaman dari mula tercetusnya perang; luka di bahagian lutut terkena tembakan askar penjajah British di Batu Hampar sebelah Hulu Mentakab, kemudiannya terusir ke Chiangmai, Utara Thailand dan balik ke Semantan pada tahun 1913 sebagai menunaikan amanat bapanya yang berbunyi: Apabila kon (aku) meninggal dunia. Awak baliklah ke Semantan Pahang. Datok Mat Mela meninggal dunia di Semantan waktu pendudukan Jepun tahun 1944. Anak lelakinya yang ketiga bernama Datok Muhamad yang dilantik oleh British menjadi Penghulu Semantan dalam lengkongan tahun 1920. Kemudiannya dibuang negeri ke Selangor oleh British atas kesalahan memelihara grup

HASIL KAJIAN

  • Upload
    yuriwa

  • View
    124

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah's hasil kajian,...

Citation preview

Page 1: HASIL KAJIAN

HASIL KAJIAN

LATAR BELAKANG DATO’ BAHAMAN

Nama lengkap beliau ialah Datok Bahaman bin Tok Noh, berasal dari

Minangkabau, Sumatera, Indonesia.

Datok Bahaman adalah anak yang ketiga daripada 6 orang adik-beradik. Yang tua

bernama Tok Muda Ishak, yang kedua bernama Tok Muda Usoh, yang keempar bernama

Mah, yang kelima bernama Saayah dan yang keenam bernama Juriah.

Datok Bahaman mempunyai 13 orang anak daripada 5 orang isteri, 8 lelaki dan 5

perempuan. Antara anak lelakinya ialah Tok Muda Darus, Tok Mat Lela, ( yang ikut serta

bersama Datok Bahaman dari mula tercetusnya perang; luka di bahagian lutut terkena

tembakan askar penjajah British di Batu Hampar sebelah Hulu Mentakab, kemudiannya

terusir ke Chiangmai, Utara Thailand dan balik ke Semantan pada tahun 1913 sebagai

menunaikan amanat bapanya yang berbunyi: Apabila kon (aku) meninggal dunia. Awak

baliklah ke Semantan Pahang. Datok Mat Mela meninggal dunia di Semantan waktu

pendudukan Jepun tahun 1944.

Anak lelakinya yang ketiga bernama Datok Muhamad yang dilantik oleh British

menjadi Penghulu Semantan dalam lengkongan tahun 1920. Kemudiannya dibuang

negeri ke Selangor oleh British atas kesalahan memelihara grup bersenjata seramai

belasan orang yang melakukan berbagai-bagai aktiviti anti-British termasuk menyerang

Balai Polis Merpatih dan merampas senjatanya, menampalkan surat-surat anti- British,

merampas gudang garam dan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai dan lain-lain.

Rakannya yang sama-sama memelihara dan merancangkan tindakan grup bersenjata itu

ialah Mohammad Kassim bin Haji Osman ( ayah Abu Samah). Akhirnya pada

penghujung tahun 1931, penjajah British menggunakan tali barutnya meracuni

Mohammad Kassim dan meninggal dunia pada awal tahun 1932.

Datok Bahaman- Orang Kaya Semantan – telah berjaya melembagakan Negeri

Pahang menjadi sebuah negeri yang beraja, berdaulat dan berkuasa penuh. Dulu beberapa

Page 2: HASIL KAJIAN

ratus tahun lamanya, Pahang dijajah oleh beberapa kuasa seperti Majapahit dan Siam.

Dari akhir kurun ke-15, Pahang diperintah oleh Raja Melaka, Dari awal hingga

pertengahan kurun ke-17, Pahang menderita serangan-serangan dari Acheh, Johor,

Portugis, Belanda, Riau dan Lingga. Dan setelah Wan Ahmad berjaya memenangi perang

saudara pada tahun 1863–1875 di mana Datok Bahaman sebagai panglimanya yang bijak,

gagah berani dan mempunyai strategi, taktik dan teknik perang yang bermutu tinggi

barulah ditabalkan Wan Ahmad ( Bendahara Wan Ahmad ) menjadi Sultan Pahang yang

kekal zuriatnya bergelar sultan hingga ke hari ini.( Dulu-dulunya tak pernah ada gelaran

sultan, cuma dinamakan Bendahara sahaja.)

Satu lagi kejayaan dan sumbangan besar Orang Kaya Semantan, Datok Bahaman

yang tercatit dalam sejarah ialah mengekalkan kedudukan Sultan Abdul Samat sebagai

Sultan Negeri Selangor hingga kekal ke zuriatnya dari kena rampasan kuasa oleh Raja

Mahadi. Dalam peperangan yang memakan masa agak lama, Datok Bahaman bersama-

sama tenteranya terus berjuang melawan kaum pemberontak hingga sampai kemenangan

terwujud.

Dari beberapa fakta yang tersebut di atas itu bolehlah dikatakan bahawa Datok

Bahaman adalah sebagai seorang PAHLAWAN DAN PANGLIMA PERANG BANGSA

MELAYU YANG AGUNG. Perjuangan dan pengorbanannya adalah satu perkhidmatan

yang besar terhadap bangsa dan tanah air serta disegani dan dihormati negeri-negeri

jirannya.

Setelah perang melawan penaklukan British gagal dan Orang Kaya Semantan

bersama-sama 60 orang pengikutnya terusir dengan menaiki kapal api British dari Kota

Bharu ke Teluk Siam, Bangkok, Maharaja Siam telah menghantar orang besarnya ke

pelabuhan untuk menyambut Datok Bahaman lalu dibawa ke istana mengadap Baginda

Seri Maharaja Siam.

Ketibaan Dato Bahaman di istana telah disambut dan dimuliakan oleh Seri

Maharaja serta diberi anugerah. Antara lain titah Seri Maharaja: Tentang keselamatan

Datok Bahaman dari angkara Inggeris akan dipertahankan oleh Kerajaan Beta, katanya.

Sungguhpun perang Bahaman melawan campur tangan dan penaklukan imperialis

British yang termasyhur dalam sejarah itu gagal, akan tetapi erti penting dan pengaruhnya

sangat besar. Lembaran sejarah cemerlang yang ditulis dengan darah pahlawan itu

Page 3: HASIL KAJIAN

selamanya menyemangati rakyat Pahang dan rakyat seluruh negara maju dengan gagah

berani demi kemerdekaan sejati.

Sebelum Wan Ahmad menjadi Bendahara, beliau menceburkan diri dalam

perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Usaha ini diselanggarakan bersama-sama

dengan Bahaman. Mereka sering ke hilir mudik Sungai Pahang – membawa barang-

barang keperluan dan barang-barang mewah seperti ikan dan garam dari Pekan dan

menjualkannya kepada penduduk-penduduk di Hulu. Sebahagian daripada wang ini

dijadikan pula modal membeli hasil-hasil hutan yang dikumpulkan oleh penduduk-

penduduk tempatan, seperti getah taban, rotan, bijih timah dan bijih emas. Barang-barang

ini kemudiannya diperdagangkan pula kepada saudagar-saudagar Cina yang datang dari

Singapura. Kegiatan mereka ini menunjukkan bahawa mereka tidak bergantung

sepenuhnya kepada Bendahara Ali untuk mendapatkan kemewahan hidup. Secara ringkas

bolehlah disebut bahawa corak hidup Bahaman sebelum terlibat dalam peperangan,

ketikanya remajanya adalah menuntut ilmu dunia dan akhirat, berburu dan berdagang

mengiringi saudara angkat beliau, Wan Ahmad.

Selepas perang saudara Pahang, Bahaman dikahwinkan oleh Wan Ahmad dengan

Cik Mukut, anak angkat Marhum Ali. Dengan isteri pertama ini Bahaman mendapat

anak-anak seperti berikut:

Tok Muda Haji Idrus

Tok Muda Mat Lela

Siti Hajar

Matebah

Mat Lela kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam gerakan menentang

penjajah Inggeris di Pahang. Beliau tidak berpisah dengan ayahandanya hingga sampai ke

Siam.

Perkahwinan Datok Bahaman yang kedua ialah dengan seorang perempuan

Kampung Penjom, Raub. Datok Bahaman mendapat anak-anak seperti berikut:

Yang Saadiah

Muhammad

Teh

Page 4: HASIL KAJIAN

Awang Ahmad

Awang Ahmad menjadi Penghulu di Padang Tengku.

Perkahwinan keempat adalah dengan anak seorang Rawa bernama Cik Bai’yah

binti Malim Kuning:

Yang Ba’lah

Cik Awang Perang

Sa’idah

Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau adalah isteri Bahaman yang kelima. Mereka

mendapat seorang anak yang diberi nama Jantan. Yang Burbah berada dalam pantang

empat puluh hari melahirkan Jantan ketika Perang Semantan meletus. Kerana mereka

tidak dapat lari bersama-sama Bahaman, mereka telah disurukkan di dalam hutan daerah

Semantan supaya tidak diketahui oleh pihak Inggeris. Jantan yang kemudiannya menjadi

seorang guru telah mati dibunuh semasa pemerintahan Jepun.

Isteri Bahaman yang keenam ialah orang Kelang dari Permatang Pasir bernama

Yang Chik binti Aman. Anak gadis ini adalah hadiah dari Tengku Kudin sebagai

membalas jasanya dalam perang Kelang. Anak dari perkahwinan ini telah meninggal

dunia sebelum besar.