11
1)JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI :- - Di Pasir Tumboh terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian (6%),perniagaan (28%),perindustrian (51%)dan perkhidmatan (15%) yang terdiri daripada pengangkutan & perhubungan,kewangan & perbankan dan perkhidmatan awam. - Sektor perindustrian merupakan kegiatan ekonomi terbesar di Pasir Tumboh kerana Pasir Tumboh merupakan salah satu kawasan penghasilan sarung tangan terbesar di Malaysia.Selain itu,terdapat juga kilang-kilang lain di sekitar Pasir Tumboh seperti kilang jubin,kilang komponen kenderaan,kilang elektronik dan lain-lain. - Sektor perkhidmatan juga agak tinggi di Pasir Tumboh yang terdiri daripada pengangkutan & perhubungan (70%),kewangan & perbankan (20%) dan perkhidmatan awam (10%).Sistem pengangkutan & perhubungan di Pasir Tumboh kini sangat maju dengan pembinaan “highway” di sekelilingnya bagi menghubungkan dengan pusat bandar seperti Tumpat,Kota Bharu dan juga kawasan-kawasan baru seperti Setia Alam,Puncak Alam dan lain-lain.Selain itu,sistem kewangan & perbankan serta perkhidmatan awam juga agak maju dengan adanya kemudahan seperti bank (RHB dan BSN banks),sekolah (tadika,rendah serta menengah),masjid dan balai raya. - Malah, banyak juga kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya dibina untuk kemudahan penduduk justeru meningkatkan sektor perniagaan di Pasir Tumboh.

hasil kajian (7)

  • Upload
    prolog

  • View
    828

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: hasil kajian (7)

1)JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI :-

- Di Pasir Tumboh terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian (6%),perniagaan (28%),perindustrian (51%)dan perkhidmatan (15%) yang terdiri daripada pengangkutan & perhubungan,kewangan & perbankan dan perkhidmatan awam.

- Sektor perindustrian merupakan kegiatan ekonomi terbesar di Pasir Tumboh kerana Pasir Tumboh merupakan salah satu kawasan penghasilan sarung tangan terbesar di Malaysia.Selain itu,terdapat juga kilang-kilang lain di sekitar Pasir Tumboh seperti kilang jubin,kilang komponen kenderaan,kilang elektronik dan lain-lain.

- Sektor perkhidmatan juga agak tinggi di Pasir Tumboh yang terdiri daripada pengangkutan & perhubungan (70%),kewangan & perbankan (20%) dan perkhidmatan awam (10%).Sistem pengangkutan & perhubungan di Pasir Tumboh kini sangat maju dengan pembinaan “highway” di sekelilingnya bagi menghubungkan dengan pusat bandar seperti Tumpat,Kota Bharu dan juga kawasan-kawasan baru seperti Setia Alam,Puncak Alam dan lain-lain.Selain itu,sistem kewangan & perbankan serta perkhidmatan awam juga agak maju dengan adanya kemudahan seperti bank (RHB dan BSN banks),sekolah (tadika,rendah serta menengah),masjid dan balai raya.

- Malah, banyak juga kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya dibina untuk kemudahan penduduk justeru meningkatkan sektor perniagaan di Pasir Tumboh.

- Ciri bentuk muka bumi di Pasir Tumboh adalah bertanah pamah.yang rata.Namun, penduduk tidak giat mengusahakan pertanian di kawasan mereka dan hanya 6% peratus daripada bilangan penduduk yang mengusahakannya.Pelbagai jenis tanaman yang ditanam di Pekan Meru dan majoriti tanaman di Pasir Tumboh adalah nanas.

Page 2: hasil kajian (7)

2)SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PASIR TUMBOH :-

Sebenarnya kegiatan ekonomi telah banyak menyumbang kepada pembangunan Pasir Tumboh jika dibandingkan Pasir Tumboh pada taun 1950-an yang hanya sebuah kampung yang sangat kecil.

PENDAPATAN&

PENINGKATANTARAFHIDUP

PENDAPATAN&

PENINGKATANTARAFHIDUP

KEMUDAHANINFRASTRUKTUR

KEMUDAHANINFRASTRUKTUR

PELUANG PEKERJAAN

PELUANG PEKERJAAN

SUMBANGANKEGIATAN EKONOMI

TERHADAPKAWASAN

KAJIAN

SUMBANGANKEGIATAN EKONOMI

TERHADAPKAWASAN

KAJIAN

Page 3: hasil kajian (7)

2.1) PELUANG PEKERJAAN :-

Penduduk Pasir Tumboh seharusnya bersyukur kerana Kota Bharu kini telah berkembang dengan pesat justeru memberikan peluang pekerjaan yang banyak bagi penduduk daripada terus menganggur.Dahulu penduduk Pasir Tumboh banyak bekerja sebagai pekebun atau petani menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah mereka sendiri.Kini sektor pertanian semakin berkurang kerana banyak tanah digunakan untuk kemudahan dan kilang-kilang. Banyak peluang pekerjaan terbuka luas untuk penduduk terutamanya dalam sektor perindustrian & perkilangan kerana banyak kilang-kilang telah dibina oleh syarikat-syarikat tertentu.Walaupun begitu,sektor perindustrian masih memerlukan ramai lagi tenaga buruh kerana rakyat Malaysia tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut dan mahu mengejar taraf pekerjaan yang lebih tinggi.Oleh itu pihak-pihak di sektor perindustrian terpaksa meminta bantuan pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja mereka.Selalunya pekerja asing terdiri daripada warganegara Indonesia,Thailand,Nepal dan lain-lain lagi kerana gaji mereka di sini lebih lumayan berbanding dengan gaji di tempat mereka.

2.2) PENDAPATAN & PENINGKATAN TARAF HIDUP :-

Rakyat Malaysia seharusnya berasa sangat bangga kerana mendiami sebuah negara yang aman lagi makmur terutamanya penduduk Kota Bharu yang kini mempunyai taraf kehidupan mereka yang agak tinggi.Penduduk Kota Bharu kini bukan sahaja dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dalam golongan mewah sahaja,tetapi penduduk biasa juga dapat menikmatinya kerana pendapatan di sektor perniagaan dan perindustrian kini juga agak lumayan.

- Carta pai diatas menunjukkan purata gaji yang diperolehi penduduk Pasir Tumboh berdasarkan pada borang temubual.

Page 4: hasil kajian (7)

2.3) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR :-

Pasir Tumboh kini mempunyai banyak kemudahan infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan penduduknya.Pada peringkat awal,Pasir Tumboh dikatakan hanya mempunyai beberapa buah kedai,jalanraya yang sempit serta tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang banyak.Kini terdapat banyak deretan kedai,jalanraya berturap,jambatan,jejantas,perumahan dan lain-lain bagi memberi kemudahan kepada penduduk serta meningkatkan lagi imigrasi penduduk ke Pasir Tumboh ini.Pasir Tumboh juga mempunyai proses pembandaran yang pesat berdasarkan bilangan penduduk dan fungsinya jika dibandingkan dengan Pasir Tumboh pada tahun 1950-an.Jepun merupakan sebuah bandar yang berkembang yang asalnya hanyalah sebuah bandaraya berkembang kepada sebuah metropolis dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat canggih.

3) KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR :-

HUJAN ASIDHUJAN ASID

PENCEMARANPENCEMARAN

PERUBAHANPANDANG

DARAT FIZIKALATAU

LANDSKAP

PERUBAHANPANDANG

DARAT FIZIKALATAU

LANDSKAP

KESAN-KESANKEGIATANEKONOMI TERHADAP

ALAM SEKITAR

KESAN-KESANKEGIATANEKONOMI TERHADAP

ALAM SEKITAR

Page 5: hasil kajian (7)

3.1) PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP :- Kegiatan ekonomi dan pembangunan di Pasir Tumboh telah mengubahkan pandang darat fizikal serta landskap di sekitar Pasir Tumboh.Tanah yang dahulunya dijadikan sebagai kawasan pertanian untuk menanam sayur-sayuran,buah-buahan kini telah bertukar maenjadi kawasan perindustrian,tapak pembinaan bagi kemudahan infrastruktur dan sebagainya.Selain itu,lorong-lorong kecil dan hutan-hutan juga telah lenyap serta diganti dengan perkara baru seperti jalanraya berturap,”highway”,perumahan dan sebagainya.Manakala bandar-bandar di Jepun kini telah berubah dan terdapat banyak jalanraya bertingkat serta sistem perhubungan di sana telah dinaik taraf kepada sistem perhubungan yang berteknologi tinggi.Pembangunan di Jepun juga telah mengubah pandang darat fizikal Jepun malah lebih membangun berbanding Pasir Tumboh.Namun , kita sebagai penduduk seharusnya bersyukur kerana hidup di tempat yang aman lagi makmur seperti Malaysia,Jepun dan sebagainya.

3.2) PENCEMARAN :-

Kualiti udara di Pasir Tumboh kini di sangat tercemar disebabkan oleh asap-asap kilang,kereta dan sebagainya berbanding dengan Pasir Tumboh pada zaman dahulu yang mana boleh menikmati udara yang segar dari alam semulajadi.Kini jerebu juga kadangkala berlaku disebabkan oleh karbon monoksida yang meningkat sejak akhir-akhir ini.Selain itu,sistem persaliran dan perparitan di Pasir Tumboh juga kerapkali tersumbat dan kadangkala mengakibatkan banjir di sekitar Pasir Tumboh pada setiap kali musim hujan.Pekara ini berlaku kerana sikap pengusaha-pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan sisa toksik ke dalam parit atau sungai-sungai di Pasir Tumboh.Malah ada juga di kalangan penduduk yang membuang sampah sarap ke dalam sungai sesuka hati.Di Jepun,masalah pencemaran mereka kurang menyerlah berbanding dengan Pasir Tumboh kerana mereka mempunyai sistem undang-undang yang ketat terhadap kebersihan.Oleh itu,kita sebagai manusia hendaklah menjaga alam yang dianugerahkan oleh tuhan ini agar boleh dinikmati oleh generasi-generasi akan datang.

Page 6: hasil kajian (7)

3.3) HUJAN ASID :-

Hujan asid ini berlaku kerana gas-gas kimia daripada asap kilang atau sebagainya bercampur dengan hujan.maka terjadilah hujan asid.Perkara ini seringkali berlaku di Pasir Tumboh kerana kawasan persekitarannya yang di kelilingi oleh kawasan-kawasan perindustrian dan ia menyebabkan beberapa kawasan di Pasir Tumboh terjejas.Hujan asid di Pasir Tumboh telah menyebabkan beberapa masalah seperti besi-besi bangunan kini semakin berkarat dan tanah juga teroksida kerana terkena hujan asid yang terlalu banyak.Selain itu,ia juga menjejaskan besi-besi di tapak pembinaan yang sedang giat dijalankan,kereta serta petempatan penduduk juga terjejas. Di Jepun,mereka telah dapat mengatasi masalah ini dengan mewajibkan semua pengusaha kilang supaya memasang alat penapis gas-gas kimia di setiap cerombong asap di kilang mereka bagi mengelakkan gas-gas kimia daripada bercampur dengan udara di luar kilang.

4) LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR :-

Page 7: hasil kajian (7)

4.1) KITAR SEMULA :

Kini banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan,antaranya ialah kitar semula.Usaha ini telah lama diperkenalkan kepada rakyat Malaysia,namun hanya segelintir yang mengamalkannya kerana mereka menganggap perkara ini remeh temeh sahaja. Oleh itu,pihak kerajaan perlu membuat satu pendekatan baru seperti memperkenalkan sistem pelupusan sampah berpusat di setiap kawasan-kawasan tertentu kerana ia mungkin dapat memudahkan penduduk untuk membuang sampah serta pihak majlis pembandaran negeri dalam proses pelupusan sampah.

4.2) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR :

Pihak kementerian pelajaran juga perlu memainkan peranan seperti mengadakan satu pelajaran khusus seperti pelajaran alam sekitar di semua peringkat sekolah.Ini juga boleh membantu pihak kerajaan dalam menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada murid-murid agar mereka dapat mengamalkannya pada masa hadapan.Kata orang “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

4.3) KEMPEN :

KEMPENKEMPEN

PENGUATKUASAANUNDANG - UNDANG

PENGUATKUASAANUNDANG - UNDANG

PENDIDIKANALAM SEKITAR

PENDIDIKANALAM SEKITAR

KITAR SEMULAKITAR SEMULA

LANGKAH –LANGKAH

MENGURANGKANKESAN

KEGIATANEKONOMI TERHADAP

ALAMSEKITAR

LANGKAH –LANGKAH

MENGURANGKANKESAN

KEGIATANEKONOMI TERHADAP

ALAMSEKITAR

Page 8: hasil kajian (7)

Pihak kerajaan juga telah banyak melancarkan kempen di seluruh negara bagi menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat awam secara umumnya.Antara kempen yang telah dijalankan ialah kempen kitar semula,”Cintailah Sungai Kita”,cara mengunakan tong sampah mengikut jenisnya dan sebagainya.Ia juga dapat memupuk masyarakat supaya menjaga alam sekitar seperti sungai,landskap atau sebagainya jika usaha digiatkan lagi secara besar-besaran terutamanya kepada penduduk Pasir Tumboh yang sering menghadapi masalah pencemaran.Di Pekan Meru,penduduk juga boleh mengekalkan kebersihan alam sekitar mereka dengan mengadakan gotong-royong bersama-sama sebulan sekali.Di Jepun,pihak kerajaan mereka juga menjalankan kempen-kempen serta menjalankan kempen menanam secara beramai-ramai kerana landskap di negara mereka sangat kurang berbanding dengan Malaysia 4.4) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG :

Di Malaysia,sistem penguatkuasaan undang-undang terhadap kebersihan adalah sangat longgar.Oleh itu,kerajaan perlu mengadakan satu undang-undang khusus terhadap kebersihan alam sekitar dan menguatkuasakannya dengan tegas serta mengenakan denda atau sebagainya kepada mereka yang melanggar undang-undang berikut. .

JADUAL DAN DATA KAJIAN :

JENIS – JENIS KEGIATAN EKONOMI DI PASIR TUMBOH

BIL. JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI BILANGAN PENDUDUK1. PERTANIAN 6 %2. PERNIAGAAN 28 %3. PERINDUSTRIAN 51 %4. PERKHIDMATAN 15 %

JUMLAH 100 % SUMBER: Kaji Selidik Penduduk Pasir Tumboh

GRAFIK :

JENIS – JENIS KEGIATAN EKONOMI DI PASIR TUMBOH

Carta Pai:-

Page 9: hasil kajian (7)

GRAF:-