Upload
vudat
View
246
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
MANIPULASI SENI CATAN DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
HAZRIZAN BIN MASRI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
PENGHARGAAN
Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA penulisan ini berjaya
juga diterbitkan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan dari pelbagai aspek
serta berkat doa yang dipohon saya berjaya meneruskan pembelajaran saya di UNIMAS
ini. Tidak lupa juga buat pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif khasnya Jabatan
Seni Visual dan Teknologi yang tidak putus-putus dalam memberi tunjuk ajar yang
bersungguh-sungguh untuk melahirkan insan yang berilmu.
Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu
selama ini serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam semua perkara. Tidak lupa
juga kepada pihak GALERI PETRONAS yang telah membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada saya serta layanan yang baik walaupun dalam masa singkat namun pengetahuan
yang saya dapat sebenamya amat bernilai.
Akhir sekali saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua individu yang berkenaan baik secara langsung mahupun
sebaliknya.
Sekian, terima kasih
i
ABSTRAK
Manipulasi catan adalah merujuk kepada perubahan bentuk fizikal catan tersebut kepada
bentuk lain. Secara umumnya. Catan merupakan pengaplikasian warna keatas sesuatu
permukan. Namun, melalui proses manipulasi, karya akhir boleh hadir dalam pelbagai
kaedah mengikut kreativiti pengkarya dan kini teknologi juga boleh dijadikan sebagai
media untuk manipulasi.
11
ABSTRACT
Manipulation of painting is referring to exchange the physical. form of painting to any
. form. Generally, painting is about applying colour on any surface but with manipulation,
the last result will come out in many type of art. So that's mean, depends on creativity
artist to create the artwork and now technology can be use as one of the medium for
manipulation.
iii
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Objektif
1.3 Kajian Lepas
1.4 Hipotesis
1.5 Metodologi Penyelidikan
BAB 2: PERBINCANGAN KAJIAN
2.1 Tafsiran Istilah
2.2 Perlambangan Figuratif Dalam Islam
2.3 Manipulasi
2.4 Catan
2.5 Imej yang Dilukis Dalam Karya
2.6 Potret
2.7 Konsep Setem
2.8 Kesimpulan
BAB 3: KARYA PERIBADI
3.1 Antara Dua Darjat
3.2 Proses Manipulasi
I
3
4
6
6
9
11
14
16
18
20
23
27
28
31
RUJUKAN
LAMPIRAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam zaman yang serba canggih ini, teknologi komputer sememangnya
mempunyai peranan yang besar dalam membantu mempelbagaikan hasil seni. Dalam
konteks ini, kebanyakan pengkarya telah menggunakan teknologi komputer sebagai
wadah untuk menyampaikan idea. Jadi dalam kajian ini komputer digunakan sebagai alat
manipulasi seni catan. Pada akhir kajian ini nanti, seni catan akan mengalami proses
manipulasi iaitu perubahan bentuk fizikal berlaku daripada bentuk asal kepada bentuk
yang lain. Selepas catan siap dihasilkan, proses manipulasi dilakukan kepada rupa bentuk
yang lain yang telah sedia ada seperti dalam bentuk poskad, setem dan sebagainya.
Secara amnya, kajian ini akan melibatkan beberapa proses seperti penghasilan catan
tersebut hingga siap dan selepas itu barulah proses manipulasi dilakukan ke atas catan
tersebut.
Walaupun penggunaan komputer sememangnya tidak asing lagi namun, harus
diingat bahawa dengan adanya teknologi pada zaman im tidak bermakna kita boleh
mengenepikan segala hasil seni yang berbentuk konvensional. Kewujudan karya seni
yang muncul pada masa ini adalah bertitik tolak daripada karya-karya seni yang telah ada
yang kernudiannya telah dipelbagaikan clan diperkernbangkan clan semasa ke semasa
mengikut peredaran zaman. Sekiranya diimbas kembali sejarah seni di dunia ini, tamadun
manusia telah mencuba pelbagai bahan seperti tanah Hat, lemak binatang, kulit binatang
dan tumbuh-tumbuhan untuk memanifestasi serta merakam pengamatan, kepercayaan
I
dan kebudayaan di permukaan dinding-dinding gua batu. Contoh yang paling ketara
adalah di gua-gua di Lascaux, Perancis (fig. 1), Altamira, Sepanyol dan malahan di gua
Tambun, Perak yang telah membuat percubaan-percubaan itu. Penerokaan terus
berkembang sehingga penghasilan catan menjadi dekorasi seramik pada zaman Yunani.
. ligJ. I
Dalarn zaman kesenian Islam dan zaman pertengahan pula, penggunaan bahan
seperti dakwat dan cat air digunakan untuk penghasilan catan miniature yang banyak
berkisarkan tentang tema-tema keagamaan, kebudayaan dan sejarah. Catan yang
ditetjemahkan diatas kertas dan kulit binatang im menjadi sumber rujukan yang cukup
berharga. Kemunculan zaman Renaissance di Itali pada abad ke-15 dan ke-16
menyebabkan para pelukis telah beralih kepada cat minyak dan kanvas. Bennula zaman
ý
ini hinggalah perkembangan seni moden seperti Impressionisme, kedua-dua bahan dan
permukaan ini telah menjadi wadah perakam bagi setiap pelukis. Usaha untuk
mempelbagaikan dan memperkembangkan bahan dan permukaan terus memuncak
selepas perang dunia kedua melalui aliran seni selepas Kubisme dan Dadaisme. Rentetan
zaman ini, penghasilan catan tidak lagi bersifat tradisional tetapi mula beralih kepada
bahan-bahan harian seperti kotak dan bendera. Berdasarkan rentetean ini, cukup untuk
memperlihatkan bahawa setiap pengkarya sentiasa membuat penerokaan dan mencari
alternatif baru dalam berkarya sehinggalah sekarang.
Melalui perkembangan sejarah di dunia ini, kita dapat melihat bahawa
penghasilan sesuatu karya itu sentiasa berubah-ubah mengikut zaman contohnya pada
hari ini sendiri kita dapat lihat bahawa seni dapat dipelbagaikan lagi sebagai contoh apa
yang sering disebutkan sebagai New Media. Begitu juga pada zaman yang akan datang
kita tidak dapat menjangka apa pula penemuan baru yang akan wujud. Secara
keseluruhannya, kajian ini menekankan beberapa konsep iaitu imej yang dihasilkan
adalah dalam bentuk catan, konsep yang digunakan adalah setem; subject matter catan
adalah potret dan teknologi komputer berperanan sebagai alat manipulasi catan tersebut.
1.2 Objektif
Dalam kajian ini, objektif yang ingin dicapai dalam memanipulasi seni catan
dengan menggunakan teknologi komputer ialah mempelbagaikan lagi seni catan di
negara ini dengan menunjukkan kesinambungan antara teknik konvensional iaitu catan
dengan teknik moden iaitu penggunaan teknologi. Seperti yang kita ketahui, seni catan
sememangnya sinonim dengan penghasilannya diatas kanvas namun begitu dengan
3
adanya teknologi komputer pada had ini, kita dapat memperkembangkan lagi seni ini.
Salah satu cara ialah dengan memanipulasi kedalam bentuk yang lain. Selain itu, kajian
ini juga dapat menunjukkan kesinambungan antara seni konvensional dengan seni moden
yang lebih berasaskan teknologi seperti seni elektronik. oleh yang demikian, ini bermakna
penghasilan karya masih lagi menggunakan teknik yang lama namun begitu berlaku
penambahan sedikit iaitu melalui penggunaan komputer walaupun pada dasamya kedua-
dua teknik ini adalah berbeza.
1.3 Kajian Lepas
Berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa hasil karya dari seorang artis iaitu
Anurendra Jegadeva yang menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan kajian ini
iaitu dari segi pemilihan bentuk subject matter. Terdapat beberapa buah karya yang telah
dihasilkan adalah menggunakan dan mengambil idea-idea daripada bahan-bahan yang
telah ada dan wujud sebagai bahan penterjemahan idea. Contohnya dalam karya beliau
yang bertajuk Headresses (flig. 2) dan Postcards from nostalgia (fig. 3). Kesemua karya
beliau ini dihasilkan seperti dalam bentuk setem, poskad dan helaian album foto.
Walaupun dalam kajian ini menggunakan bentuk subject matter yang hampir sama,
namun perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi teknik dan medium yang digunakan
kerana kebanyakannya menggunakan teknik kolaj dan cat minyak atas kanvas serta tiada
sebarang manipulasi yang dilakukan keatas karya tersebut.
4
fig. 2
/ig. 3
Begitu juga dengan karya Ismail Zain yang menggunakan komputer sebagai
media dalam penghasilan karya beliau yang bermula sekitar tahun 1980-an. Behau
menggunakan komputer sebagai alai untuk memanipulasikan sehimpunan besar imej-
imej melalui cetakan komputer. Melalui penghasilan karya mi, beliau telah meneroka
dengan lehih mendalam lagi tentang penggunaan komputer agar ia dapat digunakan
dengan secekap yang mungkin clan dapat berfungsi sebagai alai manipulasi.
5
1.4 Hipotesis
Dalam hipotesis kajian ini, perkara yang ingin diketengahkan ialah catan yang
selalunya dihasilkan diatas kanvas sebenamya masih boleh dipelbagaikan dan
diperkembangkan lagi bentuknya kepada bentuk yang lain dan salah satu cara yang boleh
digunakan ialah dengan memanipulasikannya menggunakan teknologi komputer. Dengan
adanya manipulasi ini dalam penghasilan karya, pengkarya boleh meneroka dengan lebih
jauh lagi menggunakan teknologi komputer dalam usaha mempelbagaikan dan
memperkembangkan hasil seni walaupun pada peringkat awalnya ia merupakan hasil
karya yang sama.
1.5 Metodologi Penyelidikan
Dalam kajian ini, sumber rujukan yang digunakan adalah lebih berbentuk
sekunder. Kesemua sumber rujukan yang digunakan adalah berpandukan bahan bacaan
seperti buku, jurnal dan internet. Namun begitu, tumpuan lebih diberikan kepada
pengkarya yang telah menghasilkan karya yang hampir sama iaitu turnt menggunakan
teknologi komputer dalam memanipulasikan hasil karya. Secara amnya, kajian ini
dijalankan melalui beberapa proses kerana teknik yang digunakan adalah melibatkan
pendekatan konvensional sepenuhnya iaitu catan dan selepas itu akan wujud pula proses
dimana teknik itu tadi dikaitkan dengan penggunaan teknologi komputer iaitu merujuk
kepada proses manipulasi. Oleh yang demikian, beberapa lakaran awal telah dibuat
sebagai langkah permulaan untuk menjalankan kajian ini.
Langkah yang pertama adalah melibatkan penghasilan catan. Dalam proses ini,
pengkaji perlulah mengenalpasti tentang subject matter yang hendak dilukis iaitu perlu
6
bersesuaian dengan dengan isu yang dipilih. Selepas itu barulah pemilihan dijalankan
keatas gambar yang hendak dilukis dengan mengambil kira aspek-aspek formalistik
seperti komposisi, garisan, ruang dan sebagainya. Saiz catan yang dipilih juga
memainkan peranan yang penting kerana ia sedikit sebanyak dapat memberi kesan ketika
proses manipulasi nanti. Oleh itu, pemilihan saiz ini berkait rapat dengan bentuk karya
akhir yang hendak dihasilkan nanti.
Proses yang kedua pula adalah memanipulasi catan yang telah siap dengan
menggunakan teknologi komputer. Dalam proses ini, pengkaji perlu mengenalpasti
perisian yang hendak digunakan iaitu bergantung kepada kesesuaian kajian yang
dijalankan. Contoh perisian yang boleh digunakan adalah Adobe, Paint, Flash dan banyak
lagi. Namun kesemua ini adalah bergantung kepada kreativiti yang ada agar dapat
menggunakan perisian yang ada dengan cekap dan bijak untuk mendapatkan hasil yang
memuaskan dan kreatif melalui proses manipulasi itu tadi.
Langkah yang terakhir dalam kajian ini adalah merujuk kepada rupa bentuk karya
akhir dan bagaimana cara ia hendak dipersembahkan kepada audien. Terdapat beberapa
cara yang boleh digunakan antaranya ialah melalui cetakan komputer iaitu catan yang
pada peringkat awalnya tadi dihasilkan diatas kanvas akan berubah bentuk kepada
cetakan diatas kertas selepas dimanipulasikan. Cara yang kedua pula ialah menggunakan
projektor sebagai alat pemancar samada ia dipancarkan diatas catan, dinding, ataupun
skrin. Biasanya imej yang akan dipancarkan adalah dalam bentuk slide, ataupun video.
Cara yang seterusnya pula adalah menggunakan skrin televisyen melalui pemain video
compact dics (vcd) ataupun menggunakan skrin komputer. Karya yang menggunakan
7
cara ini biasanya dipersembahkan kepada audien melalui imej yang dipaparkan pada
skrin tersebut.
Kesemua langkah dan proses yang dinyatakan diatas adalah sebagai lakaran awal
untuk dijadikan panduan dalam kajian ini. Kemungkinan akan ada sedikit peiubahan dan
pembaharuan iaitu bergantung dengan kesesuaian kajian ini.
8
BAB 2
PERBINCANGAN KAJIAN
2.1 Tafsiran Istilah
Terdapat beberapa sumber yang membicarakan tentang istilah catan. Antaranya
ialah;
A way of making a picture by applying a sticky liquid mixed with colored
pigments to paper, panel, or canvas when it is wet and allowing it to dry. The
liquid "binder", or "vehicle", is usually oil, water, or a synthetic substance.
Paint is most often applied with a brush, but other tools, such as sponge, `palette
knife ", or even fingers can be used. (Philip Yenawine, 1995)
Lukisan merupakan perbuatan meletakkan warna `pigment" terlar7it dalam
pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan)
Seperti kertas, kanvas atau dinding.
Menurut Kamus Dewan, catan membawa maksud lukisan (dengan cat). Oleh itu,
catan sebenamya merujuk kepada sebarang bentuk lukisan yang menggunakan cat.
Seperti yang diketahui, catan mempunyai banyak cabang contohnya cat yang digunakan
diatas permukaan kertas, kanvas dan satu pennukaan yang luas seperti dinding ataupun
lebih dikenali sebaga mural. Kesemua ini secara amnya adalah catan tetapi yang
9
membezakannya adalah jenis pewarna, permukaan yang digunakan, serta cara aplikasi
warna tersebut diatas permukaan. Namun permukaan catan pada masa ini tidak lagi
terhad diatas permukaan kanvas dan kertas tetapi juga diatas permukaan yang pelbagai
iaitu bergantung kepada individu itu sendiri dalam meneroka bahan yang lain. Contohnya
Raja Azhar Idris (/ig. 4) yang telah menghasilkan catan diatas permukaan kaca sebagai
sebahagian daripada cara beliau menyampaikan idea. Selain itu, catan pada masa ini juga
boleh dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi komputer ataupun lebih dikenali
sebagai digital painting. Dalam konteks kajian ini, jenis catan yang dimaksudkan lebih
menjurus kepada cat minyak atas kanvas.
fig. 4
10
Maksud manipulasi pula menurut Kamus Dewan ialah perihal atau perbuatan
menggunakan sesuatu (alat dan lain-lain) atau mengerjakan sesuatu (dengan tangan dan
lain-lain. ) dengan cekap manakala maksud kedua pula adalah merujuk kepada segala
tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan
tanpa disedari orang itu. Oleh yang demikian, proses manipulasi membawa maksud
penggunaan sesuatu alatan samada dengan tangan ataupun benda lain dengan lebih cekap.
Selain itu, manipulasi juga berupaya untuk mempengaruhi perlakuan orang lain tanpa
disedari samada disengajakan ataupun sebaliknya kerana segala perlakuan dalam
manipulasi ini mungkin dapat mengelirukan orang lain. Secara keseluruhannya,
manipulasi catan dalam konteks kajian ini membawa maksud catan yang dihasilkan
perlulah melalui proses manipulasi iaitu dengan menggunakan kecekapan komputer
untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza dari bentuk fizikal asal catan tersebut iaitu
catan yang dihasilkan pada akhimya tidak semestinya diatas kanvas sahaja. Selain itu,
perubahan juga mungkin berlaku dengan adanya penambahan teks serta rekaan dan
semua ini adalah bergantung kepada bentuk karya akhir yang hendak dihasilkan.
2.2 Perlambangan Figuratif Dalam Perspektif Islam
Secara umumnya, seni lukis Islam sering dianggap sebagai abstrak,
pengolahannya lebih kepada pelbagai gaya dan tidak melambangkan terutama sekali
bentuk figura. Berbeza pula dengan seni lukis barat khususnya dari zaman Renaissance
dan pasca Renaissance, lukisan Islam pada asasnya lebih kepada ketuhanan dan bukannya
manusia.
11
Dalam membicarakan tentang pelambangan berbentuk figuratif dalam Islam,
terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan yang membicrakan tentang perkara ini.
Kumpulan pertama ialah penulisan oleh sarjana Islam klasik iaitu ahli fiqh yang
mengambil hadis Nabi Muhammad S. A. W dalam menyatakan bahawa Islam secara
mutlak mengharamkan perlambangan figuratif. Ahli fiqh ini bergantung pada hadis iaitu
bahawa nabi berkata "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat gambar atau
anjing" ketika mengulas hadis ini, imam Al- Nawawi iaitu pembuat undang-undang islam
yang terkemuka pada abad ke 13 berkata "Sahabat kita dan ulama lain mengatakan
bahawa gambar imej makhluk hidup amatlah dilarang. Ini merupakan dosa besar kerana
diancam dengan hukuman berat yang disebutkan dalam hadis. Membuat gambar yang
sedemikian adalah dilarang dalam apa jua keadaan samada digunakan atau tidak pada
sesuatu yang mempunyai pengetahua asas; kerana menyerupai ciptaan Tuhan. "
Berdasarkan ulasan berikut, jelaslah menunjukkan bahawa perlambangan figuratif adalah
dilarang sama sekali kerana ia seolah-olah meniru ciptaan tuhan dan akan dikenakan
hukuman yang berat.
Kumpulan yang kedua pula ialah kumpulan yang menentang pandangan yang
diutarakan oleh ahli fiqh iaitu yang terdiri dari orientalis barat. Dalam perbincanga ini,
kumpulan ini menyatakan bahawa hadis yang digunakan untuk mengharamkan
pelambangan figuratif adalah hadis yang diragui. Mengikut orientalis ini, dalam Al-quran
tidak pernah menyebut apa-apa yang secara mutlak menghalang pembuatan imej
berbentuk figuratif tetapi terdapat satu sahaja ayat yang menyatakan larangan tersebut
iaitu surah Al Maa'idah ayat 90 yang menyebut "Wahai orang-orang yang beriman!
Khamar (arak), judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang anak
12
panah adalah perbuatan keji, dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar
kamu mendapat keberuntungan". Mengikut Arnold, berhala merujuk kapada pemujaan
batu besar. Oleh itu, larangan yang sebenar ialah pemujaan dan bukannya pengutukan
seni bergambar.
Kumpulan yang ketiga pula terdiri daripada sarjana moden islam yang
mempunyai pandangan yang lebih fleksibel. Kumpulan ini mempertahankan ketulenan
hadis dan membenarkan keperluan larangan. Merekajuga mempersoalkan pemakaian dan
kesahihan muthlak larangan yang menjadi desakan ahli fiqh. Dalam mematahkan
pandangan orientalis, mereka menghujahkan bahawa kaedah dan pendekatan yang
diambil oleh ahli fiqh adalah mantap dan boleh dipertahankan. Sebagai contoh Syaykh
Shaawish, seorang sarjana Mesir mengambil contoh fotografi dimana penggunaan imej
yang realistik boleh membantu dalam pihak polis untuk mengenal pasti penjenayah.
Begitu juga kepada doktor perubatan dalam kajian mereka berkenaan anatomi dan
pembedahan. Berdasarkan perbincangan tiga kumpulan tersebut, dapatlah disimpulkan
bahawa larangan adalah bersyarat dan bukan mutlak. Untuk mengenalpasti samada
perlambangan dibolehkan atau tidak, dua persoalan ini adalah perlu. Pertama, bagaimana-
cara ditangani atau digambarkan dan kedua pula ialah mengapa- fungsi atau tujuan ia
dijadikan untuk berkhidmat menjadi tanggapan paling genting. Walau bagaimanapun,
apabila penggunaan imej figuratif dapat memberi sumbangan kepada perkembangan
sosial, moral serta rohani orang Islam, maka perlambangan ini diizinkan. Kaitan yang
jelas dapat dilihat dalam kajian ini kerana pengkarya sendiri telah memilih potret. Namun
begitu, berbalik kepada tujuan serta fungsi kerana apa yang ingin disampaikan oleh
13
pengkarya adalah harapan agar masyarakat sedar akan situasi ini dan secara tidak
langsung boleh membantu dalam menjernihkan keadaan ini.
2.3 Manipulasi
Pelopor seni lukis elektronik di negara ini iaitu Ismail Zain merupakan orang yang
pertama menggunakan serta memanipulasikan komputer dalam penghasilan karya.
Eksperimentasi beliau dengan komputer yang dijalankan sejak tahun 1983 lagi telah
membuka ruang kepada pelukis hari im untuk terus meneroka seni yang berasaskan
elektronik dengan lebih mendalam lagi. Melalui karya beliau yang bertajuk Al kesah
(1988) (Jig. 5) dan Magic Maker (1988) (Jig. 6) telah membuktikan bahawa beliau telah
mula memanipulasikan komputer sejak tahun 80-an lagi.
/iý,, 5 /i". h
14
Ia semacam mengerjakan permukaan gambar yang berbeza sekali. Sebuah
komputer lebih bersifat seumpama 'flatbed" sebuah mesin cetak, sebuah
komputer berkebolehan menyampaikan dari sumber-sumber yang tak terbatas
serta memanipulasikan sehimpunan besar imej-imej budaya yang beraneka jenis
dan attifak-artifak (iaitu data, ikut bahasa komputer) yang tidak pun serasi
dengan amalan kebiasaan membuat catan. (Redza Piyadasa, 2001) Dan, amat
pantas pun.
Bagi beliau, komputer mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika
dibandingkan dengan catan yang sedia ada. Beliau menggunakan komputer sebagai
medium dalam penghasilan karya kerana baginya komputer dapat melakukan pelbagai
tugasan daripada yang berbentuk lakaran hinggalah kepada bentuk karya yang telah siap.
Selain itu komputer juga mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan contohnya melalui
perisian yang digunakan. Hanya dengan sebuah komputer, ia dapat menggunakan
pelbagai perisian yang ada dan setiap perisian ini mempunyai kelebihan masing-masing.
Sebagai contoh dalam perisian Adobe Photoshop kita dapat menghasilkan pelbagai effect
hanya dengan sekali "klik" sahaja. Aplikasi ini amat senang dan pantas jika dibandingkan
dengan teknik yang bersifat konvensional seperti lukisan dan catan kerana untuk
mendapatkan effect yang sama dengan perisian tadi sudah pasti memakan masa yang
lama dan rumit.
Oleh yang demikian , jelas menunjukkan betapa teknologi komputer memainkan
peranan yang penting dalam mempermudahkan kerja serta dapat berfungsi sebagai alat
15
manipulasi. Disebabkan teknologi yang ada pada hari ini semakin meluas, maka tidak
hairanlah sekiranya hingga kehari ini masih banyak pelukis-pelukis yang cuba untuk
terus meneroka dengan lebih mendalam lagi tentang penggunaan teknologi dalam
berkarya. Disebabkan kemajuan teknologi ini juga menyebabkan ramai pelukis yang
berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang barn ataupun mencari kelainan dalam
berkarya kerana teknologi itu sendiri mempunyai cabang yang amat luas.
Namun sekiranya semua pelukis ingin menggunakan teknologi dalam penghasilan
karya, bagaimana pula dengan dengan nasib seni yang berasaskan teknik konvensional?
Siapa pula yang akan menenuskan pendekatan konvensional ini? Disini pengkaji cuba
mengupas beberapa persoalan ini pendekatan lama ini tidak kurang juga pentingnya jika
dibandingkan dengan teknologi yang ada sekarang ini malah pendekatan inilah yang
menjadi teras clan dasar terhadap penggunaan teknologi yang ada pada masa ini. Justeru
itu, dalam kajian ini pengkaji cuba untuk mewujudkan kesinambungan antara kedua-dua
pendekatan ini iaitu antara seni konvensional dengan penggunaan teknologi dalam
penghasilan karya.
2.4 Catan
Catan merupakan antara seni yang terawal yang bermula sejak zaman batu lagi
dimana penghasilannya dilakukan didalam gua dan dikenali sebagai "Cave Painting".
Namun jika dilihat pada masa kini, catan sernakin menunjukkan evolusi dari zaman ke
zaman iaitu bermula dengan penghasilannya yang menggunakan cara konvensional
hinggalah kepada penggunaan teknologi yang ada pada masa ini. Secara amnya,
16
pendekatan yang yang digunakan masih lagi sama tetapi yang membezakannya adalah
cara olahannya seperti sapuan berus, pemilihan warna serta proses penghasilannya.
Bermula zaman Renaissance, seni catan telah berkembang sedikit demi sedikit.
Perkembangan ini telah melahirkan beberapa tokoh terkenal seperti Jan Vyn Ecyk,
Leornado Da Vinci, Caravaggio, Rembrandt Van Rijn, Jan Vermeer dan ramai lagi.
Terdapat sesetengah penyataan yang membicarakan tentang catan.
"A man paints with his brains and not with his hands. "
Michelangelo (1475-1564), Italian Renaissance artist.
www. artlex. com
"Painting is very easy when you don't know how, but very difficult
when you do", Edgar Degas.
www. artlex. com
Berdasarkan petikan diatas, walaupun catan dihasilkan melalui panca indera
namun ia masih mernerlukan kemahiran berfikir. Contohnya dari segi pemilihan tonal
warna yang betul, campuran warna, sapuan berus dan sebagainya. Oleh sebab itulah catan
ini bukan sahaja memerlukan kemahiran tetapi juga memerlukan otak untuk bertikir.
Selain itu, Edgar Degas pula beipendapat bahawa catan merupakan sesuatu yang sukar
jika dihasilkan. Bagi beliau catan ini tidaklah semudah yang dilihat jika kita tidak
niengetahui apa-apa tentangnya.
17
Dalam seni moden yang bermula pada tahun 1780an pula, terdapat beberapa
aliran yang telah muncul dalam zaman tersebut antaranya ialah Neoclassicism,
Romanticism, Realism, lmnpressionism, Post impressionism dan expressionism. Kesemua
ini mempunyai perbezaaan dan segi tema, subject matter dan sebagainya. Selain dan
"ism" yang pelbagai, seni catan juga mempunyai teknik-teknik yang berbeza antaranya
ialah teknik fresco, tempera, cat minyak, akrilik, cat air, semburan cat dan media
campuran. Setiap teknik im masing-masing menunjukkan kelainan yang berbeza.
Penghasilan catan dalam kajian im sebenamya lebih terdedah dengan aliran
realisma dimana imej yang dilukis adalah berdasarkan apa yang dilihat dan tiada
seharang penambahan atau pengurangan yang terdapat pada imej tersebut. Secara
kescluruhannya imej yang akan dilukis adalah berpandukan kepada gambar rujukan
namun terdapat sedikit perubahan contohnya untuk menonjolkan fbcal point serta
mendapatkan tonal warna yang betul.
2.5 Imej Yang, Dilukis Dalam Karya
Pengucapan seni visual merupakan satu bahasa yang berfüngsi untuk
menvampaikan sesuatu makna atau maksud. Oleh yang demikian, pengucapan ini secara
tidak langsung menjadikan is sebagai dasar komunikasi. Kebiasannya, kandungan dalam
hahasa seni visual ini adalah dipersembahkan dalam bentuk gambar atau bentuk yang
kepelhagaian. Walauhagaimanapun, pendekatan yang diambil oleh setiap pelukis adalah
herheza kerana masing-masing tetap wujud cara clan penguasaan yang berlainan tentang
hasil karva. 1)alam pengucapan imej juga, masih terdapat kekeliruan dalam mengenali
imýj Nang clilukis oleh pengkarya. Keadaan ini berlaku kerana wujudnya pelbagai aliran
18