Upload
muhammad-azani
View
345
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
1/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT
SEMESTER MEI/2011
NAMA : AZURAH BT MD.JANI
NO: KAD PENGENALAN : 661224 04 5012
E MAIL : [email protected]
NO : TELEFON : 013- 3658871
NOMBOR MATRIK : 661224045012002
PUSAT PEMBELAJARAN: IPBA
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
2/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
2
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullilah ke hadrat illahi kerana dengan izin dan rahmatNya. Dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa
ditempuhi.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En.
Baharuddin b. Mohd. Inar di atas segala bimbingan dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan
dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat
membalas jasa baik tuan.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada rakan-rakan serta guru di Sekolah Kebangsaan
Taman Nirwana. 68000 Ampang, Selangor, khususnya guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta
membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk mencapai impian menggenggam
segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pasti ada ganjaran yang
menantinya.
Terima kasih.
Azurah bt Md. Jani.
661224045012
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
3/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
3
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 5 - 6
2.0 ULASAN FIVES KEYS TO SAFER FOOD 7 - 10
2.1 Jaga Kebersihan (Keep Clean)
2.2 Asingkan Makanan Mentah (Separate, Row And Cooked)
2.3 Masak Dengan Betul ( Cooked Thoroughly)
2.4 Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat
2.5 Gunakan Air Dan Bahan Mentah Yang Selamat
3.0 MENGAPA PENTING MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESELAMATANMAKANAN 10 - 11
4.0 MASALAH KERACUNAN MAKANAN 10 -11
5.0 MEMBUDAYAKAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
MAKANAN 11 - 14
5.1 Amalan Kebersihan Diri
5.2 Pengendali Makanan
5.3 Kempen Lihat, Hidu Dan Rasa
5.4 Pemantauan Pihak Berkuasa
5.5 Mata Pelajaran Pjk
6.0 ULASAN TENTANG LIMA KUNCI DIET SIHAT 14 - 17
6.1 SUSUI BAYI DAN KHASIAT SUSU IBU
6.1.1 Protin Yang Tinggi
6.1.2 Antibodi Yang Baik
6.1.3 Mengurangkan Jangkitan Usus
6.1.4 Mengeratkan Hubungan Ibu Dan Bayi
6.1.5 Meningkatkan Perkembangn Mental Kanak-Kanak
6.1.6 Kurang Berisiko Untuk Mendapat Alahan
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
4/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
4
6.2 MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN 18 - 21
6.2.1 Makan Bijirin, Produk Bijirin Dan Ubi
6.2.2 Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran
6.2.3 Kebaikan Hasil Tenusu Dan Kekacang
6.2.4 Hanya Sedikit Lemak Diperlukan
6.2.5 Kurangkan Garam, Gula Dan Bahan Pengawet
7.0 LIMA KUNCI UNTUK AKTIVITI FIZIKAL YANG SESUAI 22 - 25
7.1 Bersenam Mengikut Prinsip
7.2 Lakukan Aktiviti Fizikal Dengan Segera
7.3 Membudayakan Hidup Aktif Dalamkerja Anda
7.4 Galakkan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Kanak-Kanak
7.5 FAEDAH SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL 26 - 27
7.5.1 Meningkatkan Kecergasan Jantung
7.5.2 Menambahkan Kekuatan Dan Daya Tahan Otot
7.5.3 Mengawal Berat Badan
8.0 RUMUSAN 27
9.0 BIBLIOGRAFI 28 - 29
10.0 LAMPIRAN 30 - 32
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
5/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
5
1.0 PENGENALAN
Konsep The 3 Fives yang dipromosikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di
negara China sempena Sukan Olimpik Beijing 2008 adalah satu produk yang sangat unik .
Seramai 11, 028 atlet dari 204 negara telah bertanding dalam 302 acara dalam sukan tersebut
.Kombinasi keselamatan makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal merupakan perkara utama
yang diberi keutamaan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara China sempena
Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini bersesuaian dengan perkataan sihat yang ditakrifkan oleh
Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO. 1946) sebagai Suatu keadaan sempurna dari segi
fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti
kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Pelbagai usaha dilakukan
WHO untuk memastikan atlet yang begitu ramai mengunjungi negara Cina ini sentiasa
berada dalam keadaan sihat. WHO telah memperkenalkan produk yang dikenali dengan
nama The 3 Fives sepanjang sukan itu berlangsung di negara tersebut. The 3 Fives yang
boleh diterjemahkan sebagai tiga perkara utama dalam menentukan atlet dalam keadaan sihat
iaitu lima kunci diet sihat,lima kunci keselamatan makanan, dan lima kunci aktiviti fizikal
yang berkesan. Persatuan Kesihatan Dunia telah berusaha menterjemahkan poster kepada
hampir 50 bahasa dalam kempen mereka untuk mendidik semua masyarakat yang terlibat
dalam sukan Olimpik di Beijing. Penggunaan gambar yang jelas berserta penerangan yang
ringkas untuk difahami memudahkan pelbagai pihak untuk mengamalkan apa yang
disarankan oleh pihak WHO dalam usaha untuk mendidik masyarakat tempatan yang secara
umumnya agak kurang pengetahuan kebersihan dalam mengendalikan penyediaan makanan.
Pengendali makanan, pemilik restoran, serta gerai-gerai yang mengusahakan penyediaan
makanan dilatih serta pelbagai poster berkaitan keselamatan penyediaan makanan ditampaldan diedarkan kepada semua pengusaha makanan di seluruh China. Dalam brosur ini juga
dinyatakan dengan jelas lima langkah untuk mengamalkan diet seimbang begitu juga dengan
kepentingan mengamalkan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Logo lima kunci dan
tiga bulatan yang tertera dengan angka lima memudahkan konsep The 3 Fives ini difahami
oleh masyarakat China. Di samping itu juga brosur ini diterjemahkan ke dalam pelbagai
bahasa. Logo 3 bulatan itu membawa maksud kombinasi 3 perkara iaitu keselamatan
makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal amat penting untuk kesihatan diri manakala logo 5
kunci itu pula adalah langkah-langkah untuk mencapai kombinasi 3 perkara. (356)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
6/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
6
Brosure ini telah dicetak sebanyak 1.4 juta dalam bahasa Inggeris dan bahasa China dan juga
pelbagai bahasa dunia yang lain dan diedarkan di lokasi strategi seperti di lapangan terbang,
hotel, perkampungan sukan Olimpik,tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong
dan juga masyarakat setempat. Brosure ini juga diedarkan melalui media cetak dan juga
media elektronik. Mesej The 3 fives ini disampaikan dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja
dalam bentuk risalah malah ia sering diumumkan melalui pelbagai media elektronik agar
mesejnya menjadi ingatan dan diamalkan oleh seluruh atlet yang mengunjungi China dan
juga masyarakat setempat amnya.
Secara ringkas logo 3 bulatan yang berwarna merah, kuning dan biru dan juga 5 batang kunci
yang berangkai mempunyai makna yantg tersendiri. Warna kuning membawa maksud untuk
aktiviti fizikal dan lambang 5 kuncinya adalah langkah untuk melakukan aktiviti fizikal yang
berkesan. Bulatan berwarna merah membawa maksud keselamatan makanan dan lambang 5
kunci adalah cara-cara untuk menjaga keselamatan makanan. Bulatan warna merah
membawa maksud diet seimbang dan lima kuncinya membawa maksud cara cara untuk
mengamalkan diet seimbang.Ketiga-tiga bulatan ini bertindih antara satu sama lain membawa
maksud ketiga-tiganya mempunyai perkaitan antara satu dengan lain. Mesej yang ingin
disampaikan dalam Brosur The 3 Fives ini amat mudah difahami oleh pelbagai golongan
masyarakat. Penggunaan warna asas yang jelas juga amat menarik . (210)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
7/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
7
2.0 ULASAN TENTANG FIVES KEYS TO SAFER FOOD
Fives Keys To Safer Food apabila diterjemahkan ialah lima kunci untuk keselamatanmakanan. Dalam brosure tersebut logo bulatan yang berwarna merah mewakili konsep
keselamatan makanan, tulisan berwarna merah dalam brosur itu juga menerangkan tentang
cara-cara mengendalikan keselamatan makanan. Keselamatan makanan bermaksud makanan
itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan
buangan yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya
atau bacteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tioid
keracunan makanan, penyakit kuning, e-coli dan lain-lain. Oleh sebab Sukan Olimpik
diadakan dalam musim panas, maka pihak berkuasa tempatan China lebih memberi perhatian
kepada usaha untuk mencegah penyakit disebabkan daripada makanan yang tidak bersih dan
penyakit saluran pencernaan. Selain itu, Biro Kesihatan Beijing juga telah menubuhkan
sistem penyeliaan gejala penyakit berjangkit di kawasan pusat Sukan Olimpik Beijing
.Menurut Encik Jin Dapeng Ketua Kumpulan Jaminan Keselamatan Perubatan Suruhanjaya
Penganjur Sukan Olimpik Beijing menyatakan pihaknya akan memberi jaminan tidak
berlakunya perisitiwa penyakit berjangkit, keracunan makanan, pencemaran air minuman
dan berjanji akan mengambil tindakan berkesan untuk mencegah perkara tersebut.
Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit merupakan aspek yang terpenting dalam
menjamin kesihatan awam. Oleh hal yang demikian pihak berkuasa tempatan China telah
bergabung tenaga dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membincangkan
mekanisme pencegahan penyakit berjangkit melalui kempen keselamatan makanan. Dalam
brosur The 3 Fives ini dinyatakan 5 langkah asas yang perlu diutamakan untukmemastikan
makanan yang bersih seterusnya mengelakkan penyakit akibat keracunan makanan
disebabkan penyediaan makanan yang tidak bersih. Dalam brosur itu dinyatakan 5 panduan
untuk keselamatan makanan iaitu :
2.1 Jaga kebersihan (keep clean)
Memastikan tangan sentiasa dibasuh sebelum dan selepas mengendalikan makanan, selepas
keluar dari tandas, selepas menyentuh hidung, mulut atau telinga, selepas mengendalikan
sampah sarap. Selain itu pengguna diingatkan agar sentiasa membasuh peralatan yang
digunakan untuk menyediakan makanan. (302)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
8/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
8
Pengusaha restoran, pengendali makanan juga diingatkan lindungi kawasan dapur daripada
dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain haiwan perosak.
Mengapa ?
Kebanyakan bakteria tidak menyebabkan penyakit, namun bakteria berbahaya tersebar luas
pada tanah, air, haiwan dan manusia. Bakteria tersebut boleh disebarkan melalui tangan, kain
pengelap dan perkakas dapur terutamanya pada peralatan memasak yang digunakan. Jika
makanan dan bakteria bersentuhan , ia boleh menyebabkan makanan tercemar dan
mengakibatkan keracunan makanan.
2.2 Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak.(separate raw
and cooked)
Asingkan makanan yang mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan
yang telah dimasak. Gunakan pisau dan papan pemotong yang berasingan dan simpan
makanan yang telah dimasak dalam bekas yang bertutup dan asingkan daripada makanan
yang mentah.
Mengapa?
Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta sisa air dan lendirnya
mengandungi bacteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan semasa pentediaan dan
penyimpanan makanan.
2.3 Masak dengan cara yang betul. (Cook thoroughly). -
Pastikan makanan dimasak dengan sempurna terutamanya daging, hasil ayam, telur dan
makanan laut. Takat suhu didih bagi air ataupun rebusan mestilah mencapai takat suhu didih
iaitu 70 darjah celcius. Pastikan air hasilan rebusan daging atau ayam mestilah jernih dan
bukan berwarna merah. Gunakan jangkasuhu untuk mengukur suhu. Panaskan semula
makanan yang telah dimasak.
(207)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
9/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
9
Mengapa?
Memasak dengan sempurna pada tahap suhu didih dapat membunuh kuman berbahaya.
Kajian telah menunjukkan memasak pada suhu 70 darjah celcius adalah selamat untuk
dimakan. Pastikan daging kisar dan makanan yang dipanggang dimasak dengan cukup
masak.
2.4 Simpan makanan pada suhu yang selamat ( keep food as safe temperatures)
Makanan yang cepat rosak dan telah dimasak hendaklah disimpan di dalam peti sejuk pada
tahap suhu 5 darjah celcius. Jangan letak makanan yang telah masak melebihi dua jam
terdedah pada suhu bilik. Makanan jangan disimpan terlalu lama dalam peti sejuk. Jangan
biarkan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.
Mengapa ?
Bakteria boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik. Pertumbuhan bacteria akan
berkurangan atau terhenti pada suhu dibawah 5 darjah celcius atau lebih 60 darjah celcius.
Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang masih boleh hidup di bawah suhu 5
darjah celcius.
2.5 Gunakan air dan bahan mentah yang selamat. (Use safe water and raw
materials)
Gunakan air yang bersih dan telah dirawat agar ianya selamat digunakan. Pastikan bahan
makanan yang dipilih adalah dari bahan mentah yang segar dan selamat dimakan. Pilih
makanan yang telah diproses dengan bersih dan terjamin kebersihannya contoh susu Pasteur.
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah hendaklah dibasuh sehingga bersihsebelum dimakan. Semak tarikh luput pada setiap label makanan dan jangan makan makanan
yang telah tamat tarikh luputnya.
Mengapa ?
Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bacteria dan bahan-bahan kimia
berbahaya. Makanan yang berkulat boleh menyebabkan toksik dan keracunan makanan. Pilih
bahan mentah yang segar dan selamat untuk dimakan. (254)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
10/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
10
Amalkan basuh dengan bersih makanan yang hendak dimakan mentah. Amalan mengupas
kulit buah sebelum makan boleh mengelakkan keracunan makanan.
3.0 MENGAPA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN PENTING?
Pada pendapat saya setiap golongan masyarakat perlu dididik agar memahami kepentingan
kebersihan dan keselamatan makanan. Langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan
pihak berkuasa tempatan China yang menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2008
mempromosikan kempen kesihatan tentang keselamatan makanan melalui konsep The 3
Fives adalah sangat bertepatan sekali. Sejauh manakah pengetahuan masyarakat dan amalan
mengendalikan makanan ini dalam kalangan masyarakat kita? Masyarakat perlu dididik
kesan daripada tidak mengamalkan kebersihan menyediakan makanan. Bagaimanakah kita
memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat ? Salah satu langkah bagi
memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat dengan menjaga kebersihan
diri dan mengamalkan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan. Kebersihan
memang amat dituntut dalam setiap agama. Amalan kebersihan dan kepentingan
keselamatan makanan boleh dipromosi kepada pelbagai golongan masyarakat di negara ini
melalui pelbagai medium. Promosi kesihatan yang dilancarkan di Beijing ini bukan hanya
amat berguna untuk para atlet dan juga masyarakat di China sahaja, malah ia amat
bersesuaian sekali diterapkan dalam kalangan masyarakat di serata dunia.Masyarakat perlu
diberi pendedahan tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan dan kesannya
akibat tidak menitikberatkan kebersihan.
4.0 MASALAH KERACUNAN MAKANAN
Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar
dengan kuman, bahan kimia dan fizikal. Kebanyakan kejadian keracunan makanan adalah
berpunca daripada kehadiran kuman di dalam makanan yang dimakan. Makanan selamat
juga membawa maksud makanan yang dimakan adalah selamat dan tidak mendatangkan
masalah kesihatan dan penyakit tanpa kehadiran kuman yang merbahaya. (260)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
11/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
11
Mesej safety food ini bukan hanya bersesuaian untuk pengendali makanan dan para atlet
yang berkunjung di Beijing sahaja, malah ia amat sesuai diterapkan dalam masyarakat. Kes
keracunan makanan yang sering berlaku di negara kita terutama dalam kalangan murid
sekolah ada kaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan ini. Menurut Menteri
Kesihatan , Datuk Seri Liow Tiong Lai laporan media mengatakan bahawa pada tahun 2009,
sebanyak 303 kes dan pada tahun 2010 sebanyak 313 kes keracunan telah dilaporkan . Beliau
menyatakan sebanyak 50 peratus daripada 311 kes keracunan yang dilaporkan berlaku di
kantin sekolah, atau asrama sekolah. Kes ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh
membawa maut . Justeru kanak-kanak memang mempunyai daya ketahanan diri yang sangatLemah. Oleh itu memahami kebersihan dan keselamatan makanan ini hendaklah diberi
perhatian.
5.0 MEMBUDAYAKAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
MAKANAN
Keselamatan makanan bermakna apabila makanan dimakan, ia tidak mengandungi bahan
pencemaran pada paras yang berbahaya. Semua orang, sama ada yang menghasilkan,
mengeluarkan, mengedarkan, menyediakan atau memakan makanan, adalah sebahagian
daripada rangkaian makanan. Oleh itu, keselamatan makanan menjadi tanggungjawab
bersama yang memerlukan usaha setiap sektor, iaitu kerajaan, industri makanan dan
pengguna. Salah satu sebab mengapa keracunan makanan sering berlaku adalah pengendalian
makanan yang tidak sempurna di rumah. Anak-anak perlu diajar menjaga kebersihan diri
sejak dari kecil lagi. Ibu bapa merupakan ikon bagi anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak
mengamalkan kebersihan diri di rumah, sudah pasti ia akan menjadi ikutan bagi anak-anak
mereka.
(235)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
12/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
12
5.1 Amalan kebersihan diri
Bagaimana kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat ? Salah satu
daripadanya ialah melakukan amalan kebersihan diri. Hal ini sangat penting apabila kita
mengendalikan penyediaan makanan. Basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan
makanan. Basuhlah tangan selalu dengan sabun. Tangan adalah anggota badan yang kerap
bersentuhan dengan makanan. Oleh itu, tangan harus kerap dibersihkan setiap kali sebelum
dan selepas bersentuhan dengan makanan. Semua tempat penyediaan makanan haruslah
menyediakan tempat sinki membasuh tangan dan dibekalkan dengan peralatan untuk mencuci
dengan sempurna seperti tisu lap tangan, sabun pencuci tangan dan air paip. Dalam hal inipenggunaan sabun cecair amat digalakkan kerana sabun buku kemungkinan mempunyai
kuman daripada penggunaan sebelumnya.
5.2 Pengendali makanan
Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada
mula hinggalah akhir. Ini termasuklah suri rumahtangga, pengusaha kantin, dan juga penjual-
penjual makanan. Golongan iniperlu didedahkan pengetahuan tentang Safer Food ini agar
kesihatan keluarga mereka akan terjamin begitu juga masyarakat terjamin. Dengan
berpandukan brosur safety food dan beberapa amalan baik dapat mengelakkan gejala
keracunan makanan serta pembiakan bacteria dalam makanan. Antara amalan tersebut ialah:
a) Pilih makanan dengan teliti
b) Cuci dan simpan makanan di tempat yang bersih
c) Asingkan makanan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
d) Masak makanan mentah dengan suhu yang ditetapkan .
e) Simpan makanan pada suhu yang sesuai dan di tempat yang bersih dan ditutup
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
13/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
13
5.3 Kempen lihat, hidu dan rasa.
Kempen lihat, hidu dan rasa telah dilancarkan oleh Jabatan Kesihatan untuk kempen
keselamatan makanan amat bermakna sekali untuk mendidik pelajar mengetahui cirri-ciri
makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan. Peranan pihak pengurusan sekolah serta
pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah amat diperlukan untuk membantu usaha
mengurangkan kejadian keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah. Murid akan
diberi pendedahan dengan melihat, menghidu dan merasa makanan yang telah basi dan juga
makanan yang telah luput tarikhnya. Melalui cara ini murid dapat mengenal pasti makanan
yang telah tercemar dan tidak selamat untuk dimakan. Bertemakan Lihat, Hidu, Rasa,
kempen itu dapat memberi kesedaran kepada setiap individu dan juga pelajar supaya lebihpeka ketika memilih makanan bagi mengelakkan keracunan. Konsep LIHAT, HIDU, RASA
dalam membuat penilaian ringkas sama ada makanan tersebut masih elok atau basi dengan
cara :
LIHAT - pastikan makanan itu tidak berbuih, berlendir, berkulat, dan tamat luput.
HIDUpastikan makanan tidak berbau dan berbeza daripada biasa
RASA rasa sedikit makanan untuk memastikan rasa makanan tidak masam atau
tidak enak.
Oleh itu, murid boleh menggunakan kebijaksanaan deria mereka untuk memilih makanan
yang selamat. Justeru itu, masalah keracunan dalam kalangan murid dapat dielakkan.
5.4 Pemantauan pihak berkuasa
Pemantuan daripada pihak berkuasa (Jabatan Kesihatan), pihak pengurusan sekolah, AJK
PIBG serta ibu bapa akan dapat membantu usaha memastikan mesejsafer food diamalkan
oleh penguasaha kantin dan juga individu yang terlibat dalam penyediaan makanan. Pekerja
kantin perlu diberi suntikan typhim serta menjalani latihan pengendalian makanan.
(245)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
14/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
14
Pengusaha kantin pula harus memastikan pekerja mereka menyimpan makanan terutama
bahan mentah secara teratur, menyelenggara longkang dan tempat pengendalian makanan
dengan baik serta memastikan pembuangan sisa makanan mengikut cara yang betul.
Kehadiran makhluk perosak seperti lipas, lalat dan tikus harus diberi perhatian. Pengendali
makanan juga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri, ketika berada didapur untuk
meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan.
5.5 Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan harus mainkan peranan mereka
dalam usaha untuk mendidik kanak-kanak memahami kebersihan dan keselamatan makanan.
Guru harus mengajar secara hands on bagaimana untuk menjaga kebersihan diri dengan
betul. Contohnya mengajar cara-cara membasuh tangan dan mempratikkan amalan tersebut
dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak harus dilatih secara praktikal bagaimana mengenal
pasti cirri-ciri makanan yang tidak selamat untuk dimakan dengan menggunakan deria dan
pancaindera mereka. Pelbagai poster dan risalah harus dipamerkan di sekolah oleh guru
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan agar murid mendapat maklumat tentang keselamatan
makanan.
6.0 ULASAN TENTANG LIMA KUNCI DIET SIHAT (FIVES KEY TO A
HEALTY DIET)
Kesihatan anda adalah apa yang anda makan. Pelbagai kempen dan usaha dilakukan untuk
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengamalkan diet sihat dalam kehidupan
mereka. Dalam brosure The 3 Fives ini bulatan berwarna biru digunakan untuk
melambangkan diet sihat manakala salah satu lima kunci yang berwarna biru itu
melambangkan lima cara atau langkah yang patut diamalkan oleh setiap golongan
masayarakat . Tabiat buruk pemakanan dalam masyarakat mengundang pelbagai penyakit.
Tabiat buruk ini menyebabkan berlaku pelbagai penyakit dalam kalangan masyarakat seperti
obesiti, diabetis, penyakit jantung koronari dan sebagainya. (252)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
15/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
15
Menurut (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004; Penang Cancer Registry, 2000) kira-kira 1.8
juta atau lapan peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia ini mengidap kencing manis. Satu
angka yang sangat membimbangkan. Kesedaran tentang diet seimbang harus dipupuk sejak
dari kecil adalah penting bagi kanak-kanak .
Ini berikutan, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih kurang 15 peratus kanak-kanak Malaysia
mengalami kekurangan zat makanan. Justeru itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan
pelbagai kempen dan promosi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar
mengamalkan diet sihat dalam kehidupan mereka. Antara kempen yang dilancarkan ialah
dapur sihat sejak tahun 2004 lagi. Menerusi dapur sihat ini masyarakat dididik memahami
pemakanan yang betul dan berkhasiat. Mesej yang ingin disampaikan dalam brosur ini amat
bertepatan sekali untuk mempromosikan amalan diet yang sempurna untuk masyarakat.
Antaranya ialah :
6.1 SUSUI BAYI ANDA DAN KHASIAT SUSU IBU
Risiko kekurangan zat makanan dalam kalangan bayi menyebabkan tumbesaran mereka
terencat malah menyebabkan kerosakan mental serta fizikal yang teruk. Punca kepada satu
pertiga kes kekurangan zat makanan adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak
sempurna. Kajian mendapati, seorang daripada tiga orang di negara membangun terjejas
kesihatan kerana kekurangan vitamin dan mineral. Keadaan ini akan menyebabkan mereka
mengalami kecacatan fizikal dan perkembangan intelektual.Pakar Pemakanan Kanan, Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Ng Pui Kunn, berkata
mengatasi pemakanan tidak sempurna, piramid makanan boleh dijadikan panduan asas bagi
memastikan anak mendapat zat makanan yang lengkap. Justeru itu, kesedaran tentang khasiat
susu ibu harus diberi penekanan kepada semua ibu-ibu terutama ibu muda dan juga ibu yang
bekerja. Pelbagai langkah dan promosi harus dijalankan agar bayi disusui oleh ibu mereka
sehingga dua tahun pertama. Bagi masyarakat Islam setiap bayi harus disusui oleh ibu
mereka bertepatan dengan surah al-baqarah ayat 233 yang bermaksud, (286)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
16/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
16
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi
mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Bagi masyarakat Islam penyusuan
ini telah termaktub di dalam Al-Quran. Penyusuan bayi merupakan satu perkara yang amat
dituntut oleh Islam. Susu ibu merupalan anugerah tuhan.
Menurut Mazni (2007) dalam kajiannya berpendapat, susu ibu merupakan nutrien yang
terbaik untuk bayi. Menurutnya susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk
bayi . Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang diperlukan setiap bayi. Ia
mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit- birit dan
radang paru-paru dan selesema. Masyarakat harus didedahkan tentang kebaikan susu ibu.
Ilmu ini boleh disebarkan dalam pelbagai medium. Antaranya melalui kempen-kempen yang
boleh disebarkan oleh media cetak atau media elektronik. Antara kebaikannya ialah:
6.1.1 Protein yang tinggi.
Kandungan protein Whey yang ada dalam susu ibu merupakan sejenis protein yang mudah
diserap oleh usus. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Manakala susu formula pula
mempunyai nilai protein Whey dan kasien adalah rendah. nisbah protein whey dan.
Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
6.1.2. Antibodi yang baik
Susu ibu merupakan jaminan yang selamat untuk memerangi sebarang jangkitan dan penyakit
terhadap bayi. Ini sudah pasti tidak ada dalam susu formula ciptaan manusia.. Apabila
terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan
tersebut.
6.1.3 Mengurangkan jangkitan usus.
Bayi yang mengamalkan penyusuan ibu adalah didapati amat kurang mengalami masalah
usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Manakala banyak kajian yang dijalankan mendapati
bayi yang menyusu susu formula lebih terdedah untuk mendapat jangkitan usus .Terdapat
banyak kajian yang menunjukkan bayi yang menyusu dengan susu formula lebih awal
berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di
dalam kajian untuk mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi. (287)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
17/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
17
6.1.4 Mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi.
Hormon yang terhasil dalam badan ibu yang disalurkan melalui susu ibu merupakan anugerah
tuhan yang agung dan tidak tercipta oleh manusia. Kasih sayang ibu dan bayi sentiasa bertaut
sejak dari alam ruh dalam kandungan ibu sehinggalah dilahirkan ke dunia melalui penyusuan
ibu pula. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai
KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang
tinggi. Begitulah betapa agungnya Allah menciptakan kaum Hawa dengan anugerah ini.
6.1.5 Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi
penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.Terdapat kajian
yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah
menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu
kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan?
Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak
mereka.
6.1.6 Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Susu ibu mampu mengatasi masalah alahan seperti asma, penyakit gatal-gatal, eczema,
penyakit alahan makanan dan sebagainya. Selain itu, susu ibu juga memberi keselesaan emosi
kepada bayi. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang
mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah
daripada menggunakan susu formula.
(218)
http://www.linkwithin.com/8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
18/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
18
6.2 EAT A VARIETY FOOD (MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN)
Ramai orang tidak mengetahui apakah kandungan makanan yang mereka makan seimbang
dari segi keperluan nutrient dan kalorinya. Ada sesetengah orang makan hanya untuk mengisi
perut sahaja dan ada pula yang makan hingga rasa kenyang seolah-olah tiada esok untuk
makan.
Menurut Kementerian Kesihatan tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua
zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagai makanan yang diambil haruslah
berasaskan Piramid Makanan (Norhasimah Hasim, 2004)
Piramid makanan mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap
kumpulan makanan. Ini akan membantu anda untuk mendapat jumlah nutrient yang
diperlukan. Piramid makanan membahagikan jenis-jenis makanan kepada kumpulan
berasaskan kandungan nutrien dan fungsinya.
(118)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
19/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
19
Rajah Piramid Makanan
6.2.1 Makan bijirin, produk bijirin dan ubi
Merujuk rajah piramid di atas, masyarakat perlu didedahkan kepada kumpulan makanan yang
terdiri daripada kumpulan bijirin, produk bijirin dan ubi. Makanan ini adalah terdiri daripada
kumpulan makanan kabohidrat kompleks untuk membekalkan tenaga. Selain itu, makanan ini
juga membekalkan vitamin, garam mineral, pelawas dan sedikit protein. Perlu diketahui
makanan daripada kumpulan ini terdiri daripada nasi, bubur, mihun, roti, pasta , bijirin dan
kentang. Ini dijelaskan dalam aras 1 dalam rajah piramid makanan.
(78)
http://fakhirasrt.files.wordpress.com/2011/04/images-mkn-pi.jpg8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
20/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
20
6.2.3 Makan buah-buahan dan sayuran
Selain itu kita juga harus makan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran
dan buah-buahan. Ini jelas terdapat dalam aras 2 piramid makanan yang terdiri daripada
sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan makanan ini sangat kaya dengan vitamin, garam,
mineral dan pelawas. Bagi kumpulan makanan ini disyorkan pengambilannya lima hidangan
dan perlu dipelbagaikan. Nikmatilah dengan memakan buah-buahan dan sayuran sayuran
dan amalkan meminum enam hingga lapan gelas air sehari. Perlu diketahui buah-buahan
membekalkan kita vitamin dan mineral dan boleh mengelakkan badan terkena jangkitan
biasa. Begitu juga dengan sayuran-sayuran. Makan sayur yang pelbagai warna bentuk dansaiz. Sayuran boleh dimakan secara mentah, dikukus atau ditumis.
6.2.4 Kebaikan hasil tenusu dan kekacang
Dalam aras 3 pula mengandungi daging, ayam, ikan, kekacang, dan hasil tenusu. Makanan
ini kaya dengan protein, vitamin B kompleks, ferum, zink, dan magnesium. Pengambilan
makanan kumpulan dalam aras tiga ini disyorkan dua hidangan sehari. Makanan kumpulan
ini termasuk daging yang rendah lemak, kacang soya, tempe, ikan, ayam, susu, dadih, keju
dan sebagainya. Dalam aras ini, kita harus sedar bukan hanya bayi sahaja yang memerlukan
susu tetapi ia amat penting juga untuk atlet dan juga orang dewasa. Susu mengandungi zat
protein untuk membina badan. Susu membekalkan kalsium iaitu sejenis mineral yang boleh
membentuk tulang yang kuat dan padat. Selain itu susu turut membekalkan nutrien yang
diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai
pembekal tenaga ( Winnie Chee, 2007).Pastikan kanak-kanak diberi galakan untuk meminum
susu. Program susu sekolah dapat membantu usaha untuk menggalakkan murid mengamalkanmeminum susu dalam kehidupan seharian mereka. Daging dan ikan juga diperlukan untuk
membantu pembinaan otot dan tisu-tisu lain dalam badan kita dan dapat membantu
memperbaiki pencapaian fizikal dan mental.
(280)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
21/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
21
6.2.5 Hanya sedikit lemak sahaja diperlukan.
Dalam aras empat piramid makanan hanya sedikit lemak diperlukan begitu juga dengan gula
dan garam.Sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga ialah lemak. Ia
amat diperlukan untuk membekalkan nutrient-nutrien lain yang penting seperti asid lemak
dan vitamin. Tetapi perlu diingat lemak hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Lemak berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Pengambilan makanan yang
mengandungi banyak lemak dan kalestrol akan menyebabkan obesiti. Lemak dari haiwan dan
sesetengah tumbuhan seperti kelapa boleh membawa kesan buruk kepada jantung .
6.2.6 Kurangkan garam, gula dan bahan pengawet
Garam dan gula yang berlebihan akan menyebabkan anda mengalami tekanan darah yang
tidak normal dan gula yang berlebihan pula akan menyebabkan diabetis. Bahan pengawet dan
juga pewarna yang digunakan dalam makanan dikatakan boleh menyebabkan kanser.
Secara ringkasnya amalan Five keys to a healthy diet bukan hanya untuk para atlet sahaja
bahkan ia amat sesuai dan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat tentang betapa
pentingnya makan mengikut panduan piramid makanan. Pengamalan diet yang sihat harus
didedahkan sejak dari awal lagi terutamanya kanak-kanak. Mereka harus seimbangkan
pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal. Makan sayur dan buah-buahan dan pilih diet
yang tinggi kandungan bijian serta kekacang. Banyak minum air iaitu 6 hingga 8 gelas sehari.
Pilih diet yang mengandungi lemak dan kalestrol yang rendah. Mereka perlu sentiasa
diingatkan agar makan makanan yang bersih dan selamat. Selain itu masyarakat juga harusmengetahui tentang betapa pentingnya mengetahui tahap BMI/WHR dan melakukan senaman
yang berterusan dan berkala.
(245)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
22/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
22
7.0 LIMA KUNCI UNTUK AKTIVITI FIZIKAL YANG SESUAI. (FIVE KEYS TO
APPROPRIATE PHYSICAL AKTIVITY)
Dalam brosur ini bulatan dan kunci yang berwarna kuning membawa mesej kepada semua
atlet dan masyarakat China tentang pengamalan aktiviti fizikal yang sesuai diamalkan oleh
para atlet. Mesej ini juga bukan hanya untuk para atlet tetapi amat sesuai diamalkan oleh
segenap lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai kajian telah terbukti bahawa kurang
melakukan aktiviti fizikal dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit
kardiovaskular, diabetes dan obesiti. Penyakit jantung koronari merupakan pembunuh
nombor satu di Malaysia. Bagi penyakit diabetes, mengikut pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), Malaysia menduduki tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8 % daripada
penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada
penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berat yang
berlebihan
Kajian Farooqi, Nagra, Edgar dan Khunti (2000) mendapati walaupun pengetahuan penduduk
dunia terhadap gaya hidup sihat semakin meningkat, namun ianya tidak diamalkan
sepenuhnya dalam kehidupan seharian lantas mengundang pelbagai risiko penyakit. Antara
penyebabnya ialah kurang melakukkan senaman. Menyedari hakikat ini, pelbagai langkah
dilakukan oleh Kementerian kesihatan untuk mengatasi masalah ini. Senaman juga harus
dilakukan mengikut prinsip yang ditetapkan.
7.1 BERSENAM MENGIKUT PRINSIP
Kita juga perlu mengetahui bagaimana pengiraan kalori dilakukan. BMI adalah istilah yang
digunakan untuk mengira ukuran indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI). Ia adalah
piawai global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, kurus,
berlebihn berat badan atau obes. Cara pengiraan BMI adalah dengan membahagikan berat
badan individu (kg) dengan ketinggian. Contoh :
BMI (Body Mass Index) = Berat Badan (kg)
Tinggi x Tinggi (m2
)
(262)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
23/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
23
UKURAN BMI INI DAPAT DIKATEGORIKAN KEPADA 3 KATEGORI IAITU
Normal : 18.5 - 25
Berat Badan Berlebihan : 25 - 30
Peningkatan risiko mendapat penyakit berbahaya : 25 - 30
Sangat gemuk
Mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit berbahaya : > 30
Selepas memperolehi BMI, cara lain untuk menentukan BMI berada dalam julat yang sihat
ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Umur (Tahun) BMI ( kg/m2
)
19 - 24 19 - 24
25 - 34 20 - 25
35 - 44 21 - 26
45 - 54 22 - 27
55 - 65 23 - 28
> 65 24 - 29Jadual 1 BMI sepadan dengan umur
Selepas mengetahui ukuran BMI dan julat tentang kesihatan diri kita, perlu juga kita
mengetahui prinsip-prinsip asas yang harus dipatuhi ketika menjalankan aktiviti senaman
yang dikenali sebagai prinsip FITT.
F- Kekerapan senaman(Frequency) iaitu 3 - 5 kali seminggu
I- Kehebatan senaman(Intensity) iaitu pada Kadar Nadi Latihan/hingga kita berpeluh
dan menarik nafas panjang dengan selesa.
T- Masa(Time) -sekurang-kurang20 minit setiap kali iaitu tidak termasuk 3 hingga 5
minit waktu memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum dan sesudah
senaman.
T- Jenis senaman(Type)Lakukan senaman bercorak aerobik
(188)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
24/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
24
7.2 LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL DENGAN SEGERA
Dalam brosur ini dijelaskan masih belum terlambat lagi untuk melakukan aktiviti fizikal ini.
Mourey dan McGinnis (2003) menjalankan kajian terhadap kempen Wheeling Walks
Health Education and Media Campaign yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat
sekitar menggiatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk
penjagaan kesihatan.Ini bermakna walau sesibuk mana sekalipun aktiviti fizikal masih boleh
dilakukan dalam kehidupan seharian. Perlu diketahui perbezaan antara senaman dan aktiviti
fizikal. Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan
berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen
kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.
Contoh berlari, berjogging, berjalan, berenang dan berbasikal. Aktiviti fizikal pula ialah
pergerakan yang dihasilkan oleh pengecutan otot yang dapat membakar kalori secara
berlebihan. Ringkasnya aktiviti fizikal ialah kerja-kerja yang dilakukan di rumah. Contoh
menyapu, mengemop, turun dan naik tangga, mencuci kereta, berkebun dan sebagainya.
Masyarakat perlu diingatkan tentang kepentingan melakukan senaman dan aktiviti fizikal
mengikut kesesuaian umur dan kemampuan mereka dan perlu diseimbangkan dengan jadual
harian mereka. Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas
harian dapat mengurangkan masalah obesity berbanding dengan orang yang mengamalkandiet .
Mengikut Rosliwati Ramly (2006) seseorang boleh membakar kalori yang banyak dalam
masa yang singkat iaitu kira-kira 300 kalori dalam masa 30 minit. Tambah beliau, seorang
dewasa harus meluangkan masa 30 minit sehari, 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti
seperti bermain secara aktif dan bergerak pantas.
7.3 MEMBUDAYAKAN HIDUP AKTIF DALAM KERJA ANDA
Aktiviti fizikal yang dilakukan setiap hari bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan
harian tetapi faedah yang paling baik sekali ialah nikmat badan yang sihat . Aktiviti fizikal
yang paling mudah kita boleh lakukan ialah berjalan. Jadikan aktiviti fizikal sebagai satu
perkara yang menyeronokkan dalam hidup. (290)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
25/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
25
Elakkan menggunakan peralatan elektrik untuk melakukan kerja-kerja harian di rumah.
Umpamanya membasuh pakaian, menyapu, mengelap habuk, membersihkan halaman rumah
dan sebaginya. Hobi berkebun juga adalah amat baik bukan hanya untuk kesihatan bahkan
dapat menceriakan kawasan persekitaran rumah. Galakkan anak-anak melakukan kerja-kerja
membersihkan rumah bersama ibu bapa. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
yang baik. Banyakkan berjalan ketika di tempat kerja contohnya gunakan tangga untuk ke
tingkat atas, berjalan kaki dari tempat letak kenderaan, kurangkan tidur waktu rehat di tempat
kerja dan sebagainya. Amalan menunggang basikal atau berkenderaan awam patut
digalakkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini sudah pasti dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas. Umumnya, kita harus melakukan selama 30 minit bagi sebarang
aktiviti fizikal setiap hari.
7.4 GALAKKAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya,
kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam
kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia. Kajian oleh penyelidik University
of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton
televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka. Punca obesiti dalam
kalangan kanak-kanak ialah disebabkan oleh kekurangan aktiviti fizikal kanak-kanak itu
sendiri. Trend mengadap komputer dan melayari internet dalam kalangan kanak-kanak perlu
ada batasannya. Ketagih bermain komputer harus dibendung.Mereka harus digalakkan untuk
bermain dengan rakan sebaya dan menyertai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Kanak-kanak harus dilibatkan dalam aktiviti kecergasan di sekolah. Dalam hal
ini, peranan guru PJK adalah amat penting sekali memastikan semua murid akan terlibat
dengan aktiviti kecergasan ini. Kanak-kanak juga harus digalakkan melakukan aktiviti fizikal
bersama ibu bapa mereka. Contohnya berkebun, membantu mengemas rumah, beriadah dan
sebagainya. Ketua masyarakat juga harus memainkan peranan mereka untuk mengalakkan
golongan muda ini aktif melakukan aktiviti fizikal dengan mengujudkan pelbagai aktiviti
sukan dan riadah. Keujudan kafe-kafe siber harus dipantau bilangannya agar tidak terus
bertambah saban tahun. (304)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
26/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
26
Jangan biarkan kanak-kanak beradu kehandalan mereka dengan hanya menekan tentikus dan
keyboard sahaja. Jadi tidak adil jika masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak
dipersalahkan hanya pada corak pemakanan sahaja kerana hakikatnya kanak-kanak jarang
bermandi peluh sepertimana kanak-kanak masa lampau.
7.5 FAEDAH SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL.
Masyarakat perlu tahu jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat
faedah kesihatan yang paling maksima. Melakukan aktiviti secara berkala boleh
meningkatkan taraf kesihatan. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga meliputi
aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Antara faedahnya ialah:
7.5.1 Meningkatkan kecergasan jantung
Senaman dan aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala akan dapat membantu
menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Selain itu, kes serangan jantung dan
masalah tekanan darah tinggi dan diabetes dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat.
7.5.2 Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.
Apabila melakukan senaman dengan lebih kerap, otot menjadi lebih kuat dan dapat
melakukan sesuatu sesuatu pergerakan dengan lebih aik dan pantas. Aktiviti fizikal yang
dilakukan secara berterusan dapat mengurangkan risiko sakit belakang dan pinggang. Latihan
senaman yang kerap juga boleh meningkatkan prestasi dalam bidang sukan. Bagi ahli sukan
pula, sudah tentu memerlukan kesihatan fizikal yang sangat baik. Sebagai contoh, Usain Bolt
yang dapat memecahkan rekod dunia di Sukan Olimpik 2008 kerana kesihatan fizikal yang
baik. Bukan sahaja beliau mempunyai kekuatan fizikal, namun kekuatan mental juga
diperlukan bagi menjana larian sedemikian rupa. Apabila beliau dapat berkali-kali
memecahkan rekod dunia, sudah pasti akan menerima ganjaran yang sangat lumayan.
Banyaklah syarikat-syarikat sukan yang sanggup memberikan penajaan kepada beliau. Jadi
memang betullah kesihatan dapat menjana wang. (254)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
27/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
27
7.5.3 Mengawal berat badan.
Senaman dan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan
dapat mencegah obesiti atau kegemukan. Pengamalan makanan yang seimbang dan sihat
serta aktiviti fizikal yang berkala dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-
kanak. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan haruslah diberikan penekanan dan
keutamaan sama seperti mata pelajaran lain di sekolah. Ini kerana mata pelajaran ini sangat
penting bagi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek pelajar dan yang utama
bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, masyarakat mestilah
memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup sihat ini di dalam kehidupan
seharian mereka.
8.0 Rumusan.Berdasarkan mesej yang ingin disampaikan dalam brosur The 3 Fives saya berpendapat
kombinasi tiga perkara penting iaitu keselamatan makanan, diet sihat dan aktiviti fizikal
yang sesuai adalah tiga tunjang utama yang perlu disampaikan kepada semua masyarakat
untuk hidup sihat. Ini bermakna kombinasi tiga perkara ini adalah gaya hidup sihat yang
perlu diamalkan dan diberi keutamaan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mengekalkan
kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit. Semua orang harus
diberi peluang untuk menikmati kesihatan yang baik sepanjang hayat mereka . Gaya hidup
sihat harus diamalkan oleh setiap orang tanpa mengira usia, latar belakang kehidupan,
perkauman, agama dan status kehidupan. Pada pendapat saya, mesej dalam brosur ini juga
harus disebarkan dalam pelbagai medium sama ada media elektronik atau media cetak.
Sehubungan itu, pelbagai pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan mereka
agar mesej ini dapat disampaikan kepada semua golongan masyarakat. Apa yang paling
penting ialah mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Amalan ini harus ditekankan pada
golongan muda dan juga ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan
kesihatan keluaraga mereka terjamin. Amalan kebersihan harus bermula dari rumah.
Masyarakat harus didedahkan tentang ilmu dan pengetahuan berkaitan kebersihan diri,
keselamatan makanan, dan melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dengan tahap umur dan
kemampuan mereka. Masalah obesiti, peningkatan penyakit kronik, keracunan makanan
amat membimbangkan dan saya berpendapat mesej yang ada dalam brosur The 3 Fives
akan dapat menyedarkan dan mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
(336)
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
28/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
28
BIBLIOGRAFI.
Farooqi, A., Nagra, D., Edgar, T., & Khunti, K. (2000). Attitudes to lifestyle risk factors for
coronary heart disease amongst South Asians in Leicester: A focus group study. Health
and Medical Complete, 17(4), 293 - 297.
Mourey, R. L., & McGinnis, J. M. (2003). Making the case for active living communities.
American Journal of Public Health, 93(9), 1386 - 1389.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2004). Buku tahunan perangkaan 2004. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Berhad.
Rosliwaty Ramli . (2006). Masih belum terlambat untuk mula bersenam. Dicapai dari laman
web:http://bernama.com/v3/
Penang Cancer Registry. (2003). Penang Cancer Registry report: 1994 - 1998 (No. 6).
Penang:
Borhan Yusof, Hasbullah Ismail, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa. (2008). HBHE Gaya
Hidup Sihat. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Borhanudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd. Fauzi bin Abd. Rahman,
Hamizon bin Hamid. (2007) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 5. Kuala-Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Aris Fazil bin Hji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi, Salleh bin Mohamed Sheh, Teh Lh Hoong.
(2004) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3. Kuala-Lumpur: DBP.
Berita Harian. (2011, Jun 11) Memahami kepentingan kebersihan dan Keselamatan
Makanan, 20.
Gaya Hidup Sihat. Muat turun pada 19/5/2011. Darihttp://pendita.com/2008/
Kebersihan Mengelakkan Keracunan. Muat turun pada 12/4/2011. Dari
www.konsumerkini.net.my/
Garis Panduan Diet Malaysia.www.infosihat.gov.my/panduan
http://bernama.com/v3/http://bernama.com/v3/http://bernama.com/v3/http://pendita.com/2008/http://pendita.com/2008/http://pendita.com/2008/http://www.konsumerkini.net.my/http://www.konsumerkini.net.my/http://www.infosihat.gov.my/panduanhttp://www.infosihat.gov.my/panduanhttp://www.infosihat.gov.my/panduanhttp://www.infosihat.gov.my/panduanhttp://www.konsumerkini.net.my/http://pendita.com/2008/http://bernama.com/v3/8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
29/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
29
http://www.who.int/foodsafety/consumer/brochure-english.pdf
Lakukan aktiviti fizikalkesihatan sepanjang hayat. Muat turun 4/5/2011.
www.zimbo.com/kesihatan
www.who.int/foodsafety/consumer/5keys
www.who.int.foodsafety/publications/consumer
My Health. Kementerian kesihatan Malaysia.http://www.health.gov.my/myh
Azizi Yahya et al (2007).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Awang Haji Azis bin Haji Nayan (2008).Menjana Kesihatan Kita. Portal Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Azhar (2008).Sanitation for Food Service Workers. Majalah Inspektor Kesihatan.
http://www.who.int/foodsafety/consumer/brochure-english.pdfhttp://www.who.int/foodsafety/consumer/brochure-english.pdfhttp://www.zimbo.com/kesihatanhttp://www.zimbo.com/kesihatanhttp://www.who.int/foodsafety/consumer/5keyshttp://www.who.int/foodsafety/consumer/5keyshttp://www.who.int.foodsafety/publications/consumerhttp://www.who.int.foodsafety/publications/consumerhttp://www.health.gov.my/myhhttp://www.health.gov.my/myhhttp://www.health.gov.my/myhhttp://www.health.gov.my/myhhttp://www.who.int.foodsafety/publications/consumerhttp://www.who.int/foodsafety/consumer/5keyshttp://www.zimbo.com/kesihatanhttp://www.who.int/foodsafety/consumer/brochure-english.pdf8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
30/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
30
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
31/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
31
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
32/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002
32
8/4/2019 Hbhe3103smp 661224045012 Gaya Hidup Sihat
33/33
AZURAH BT MD. JANI HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT 661224045012002