HBML2103_0110

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 HBML2103_0110

    1/6

    HBML2103_SEM JAN10

    BAHAGIAN A

    ARAHAN

    Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

    SOALAN: Markah

    1.

    2.

    Morfologi dan sintaksis merupakan bidang linguistik yang mendasari

    kajian tentang tatabahasa sesuatu bahasa. Beri takrifan anda tentang

    kedua-dua istilah tersebut.

    Apakah yang anda faham tentang kata ganda? Beri TIGA bentuk kata

    ganda berserta takrifan dan contoh yang sesuai.

    ( 4 )

    ( 4 )

    3. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada DUA jenis. Dengan contoh

    ayat yang sesuai, jelaskan penyataan ini. ( 4 )

    4. Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih

    ayat tunggal. Berdasarkan cara ayat tersebut dibentuk, nyatakan jenis-jenis

    ayat majmuk dan bina satu ayat bagi setiap jenis.

    ( 4 )

    5. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan

    songsang. Nyatakan DUA bentuk susunan songsang tersebut dengan

    mengemukakan contoh ayat yang sesuai.

    ( 4 )

    1

  • 8/8/2019 HBML2103_0110

    2/6

    OUMHBML2103_SEM JAN10

    BAHAGIAN B

    ARAHAN

    Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

    SOALAN: Markah

    1. Antara kajian penting sintaksis ialah memerihalkan bentuk atau pola, jenis

    dan ragam ayat.

    (a) Berserta contoh ayat, perihalkan pola ayat dasar bahasa Melayu.

    (b) Berdasarkan pengkelasan ayat bahasa Melayu, jelaskan EMPATjenis ayat dengan menurunkan contoh yang sesuai.

    (8)

    (12)

    (Jumlah: 20)

    2. Dalam huraian tatabahasa tradisional, frasa ialah gabungan dua perkataan

    atau lebih yang berpotensi untuk menjadi binaan atau unit yang lebih

    besar.

    (a) Beri konsepsi anda tentang frasa kerja dengan memberikancontohnya.

    (b) Huraikan perbezaan antara frasa kerja yang mengandungi objekdengan frasa kerja tanpa objek.

    (6)

    (14)

    (Jumlah: 20)

    2

  • 8/8/2019 HBML2103_0110

    3/6

    HBML2103_SEM JAN10

    3. Kata sendi nama ialah kata yang menjadi inti dalam binaan frasa sendi

    nama atau menjadi perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

    (a) Beri SEPULUH contoh frasa nama yang menggunakan kata sendinama yang berbeza. Kemudian, dengan contoh ayat yang sesuai,

    tunjukkan perbezaan antara frasa sendi nama yang wujud dengan

    kata nama arah dengan frasa sendi nama tanpa kata nama arah.

    (b) Huraikan fungsi frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasakerja dan frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa nama.

    Sertakan contoh yang sesuai untuk mengukuhkan huraian anda.

    (10 )

    (10)

    (Jumlah: 20)

    4. Ayat terbitan ialah ayat yang terbit melalui proses transformasi iaitu

    pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.

    (a) Beri takrifan anda tentang proses pengguguran kemudian huraikanproses pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran

    keseluruhan frasa predikat.

    (b) Bina rajah pohon untuk menunjukkan transformasi pengguguranbagi ayat-ayat di bawah;

    (i) Pergi. (kamu pergi)

    (ii) Tunggu di sini. (Kamu tunggu di sini)

    (iii) Jangan ganggu dia. (Kamu jangan ganggu dia)

    (10)

    (10)

    (Jumlah: 20)

    3

  • 8/8/2019 HBML2103_0110

    4/6

    OUMHBML2103_SEM JAN10

    5. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat yang berfungsi sebagai

    keterangan kepada predikat ayat.

    (a) Dengan contoh, perihalkan keterangan cara, keterangan tujuan danketerangan perbandingan dalam ayat majmuk pancangan

    keterangan.

    (b) Nyatakan jenis-jenis keterangan dalam ayat-ayat majmukpancangan keterangan di bawah;

    1. Dia belajar terlalu lama sehingga dia terlupa akan janjinya.2. Orang ramai berkumpul di luar dewan itu sejak awal pagi

    tadi.

    3. Saya akan mengikuti rombongan ke Beijing jikalau ibu sayamengizinkan.

    4. Tatkala hari hampir senja, mereka masih bermain di padang.5. Puan Mariam sudah ligat ke pusat beli-belah walaupun dia

    masih dalam pantang.

    6. Kita harus berwaspada agar tidak ditipu oleh pihak yang tidakbertanggungjawab.

    7. Ketika ayahnya masih hidup, Emira selalu bercuti ke luarnegara.

    8. Penduduk-penduduk kampung kesedihan lantaran banjirmerosakkan semua harta benda mereka.

    9. Eisya jarang-jarang makan di kantin kerana keluarganyamiskin.

    10. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnyaakan menghadiahinya sebuah basikal.

    (10)

    ( 10)

    (Jumlah: 20)

    4

  • 8/8/2019 HBML2103_0110

    5/6

  • 8/8/2019 HBML2103_0110

    6/6

    OUMHBML2103_SEM JAN10

    2. Minumlah lagi, kata nenek sambil menuangkan lagi air ke gelas yang

    telah kosong. Ibu terus meneguk air itu tanpa banyak bicara. Aku tahu,

    aku pasti air ini tidak akan dapat menerobos tiub Fallopio yang sudah

    lama tersumbat dengan seribu satu pil-pil yang ditelan tanpa penat lelah

    selama lima tahun lalu. Segalanya sudah berceratuk keras di sini dan

    membuat aku pun kadang-kadang terus mendongak memandang istana

    aku dengan sebuah renungan yang benar-benar kosong.

    (Sritharanee Subramaniam, 2006:119)

    Berdasarkan petikan di atas, senaraikan semua kata nama yang terdapat

    dalam petikan di atas dengan menyatakan golongan dan bentuk kata nama

    tersebut. Kemudian, beri takrifan anda tentang kata nama dan jelaskan

    golongan kata nama dan sub-subgolongannya beserta contoh-contoh yang

    sesuai. Huraian anda hendaklah disokong dengan jadual, grafik atau rajah

    yang sesuai.

    (Jumlah: 20)

    KERTAS SOALAN TAMAT

    6