Upload
university-for-teachers-xd
View
1.135
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
HBSS4303 Antropologi
Citation preview
TOPIK 9:
HUBUNGAN ETNIK
Disediakan oleh:
Chin Han Wei
9.1 MEMAHAMI KELAINAN DAN PERBEZAAN
ETNIK
Bidang hubungan etnik mengkajitingkah laku dan interaksi sosial
antara masyarakat yang mempunyai perbezaan dari segi
fizikal dan budaya.
Apabila masyarakat berlainanbudaya bertembung, maka sudahtentu masalah dari segi interaksi
sosial antara mereka keranamasing-masing mempunyai
amalan budaya yang berlainan.
Kajian hubungan etnik jugamelihat bagaimana persekitaransosial dan budaya memainkan
peranan penting dalammempengaruhi interaksi
tersebut, sama ada hubungan itupenuh dengan harmoni atau
sebaliknya.
Dengan, memahami selok belokhubungan etnik kita mungkin
mungkin dapat menyelesaikanmasalah-masalah tersebut.
9.2 KONSEP RAS DAN ETNIK
Ras merujuk kepada ciri-ciri fizikaldan biologi yang dimiliki oleh sesuatu
kumpulan manusia.
Etnik merujukkepada ciri-ciribudaya yang dimiliki oleh
sesuatu kumpulanatau masyarakat.
Ras adalah sesuatu yang ditentukanoleh faktor keturunan dan biologi.
Etnik adalah satubentuk
persepsi, samaada oleh diri kitasendiri atau oleh
orang lain terhadap kita.
9.2.1 KONSEP RAS
Biasanya konsep rasmerujuk kepada satukelompok manusia
yang mempunyai ciri-ciri warisan biologi dan
fizikal yang berbezadengan kelompok lain.
Secara umum kategorimanusia terbahagi
kepada:
-kaukosoid
-negroid
-mongoloid
Kaukosoid adalahmereka yang berkulit
putih, berambut perangdan berbadan tinggi
(Eropah dan Amerika)
Negroid terdiri daripadakebanyakan penduduk
benua Afrika yang berambut ikal, berkulithitam dan berhidung
kemek
Mongoloid mendudukikawasan Asia Timur
dan dikatakan berasaldari benua Asia
Tengah.
9.2.2 KONSEP ETNIK
Kelompok etnik merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai tradisi budayayang sama dan satu perasaan identiti yang serupa.
Kelompok ini mungkin merupakan kelompok kecil yang wujud dalam sesebuahnegara yang mempunyai kelompok etnik yang lain.
Ahli-ahli kelompok etnik mempunyai perbezaan ciri-ciri budaya berbanding dengankelompok lain, misalnya dari segi bahasa, agama dan adat resam.
Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa jika ras merupakan kelompok manusia yang berbeza kerana ciri-ciri biologi dan fizikal, maka etnik pula dibezakan keranapersepsi dan elemen budaya masing-masing.
Contohnya, Melayu dan Cina boleh digolongkan dalam ras yang sama iaituMongoloid, tetapi mereka berbeza dari segi etnik kerana kedua-duanya mempunyaibudaya yang berlainan.
9.3 DIMENSI ETNIK DALAM HUBUNGAN
SOSIAL DAN BUDAYA
Isu hubungan ras atau etnik mungkin timbul jika sesuatu kelompok manusia itutinggal di kawasan masing-masing dan tidak pernah bertemu dengan kelompok
manusia lain.
Masalah hubungan etnik berbangkit sebaik sahaja manusia yang berbeza-bezalatar belakang budaya itu bertembung dan bergaul antara satu sama lain.
Pertembungan antara golongan berlainan ras dan etnik tidak dapat dielakkankerana manusia sentiasa bergerak mencari kawasan baru untuk
diterokai, dijajah atau ditakluki.
Sesetengah pertembungan telah menyebabkan berlakunya peperangan, dan penjajahan oleh satu kelompok ras ke atas kelompok lain.
Pergerakan manusia dari satu kawasan ke kawasan lain merupakan salah satudaripada kedinamikan budaya.
Di zaman moden, pergerakan manusia dari sesebuah negara ke negara lain banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi, iaitu untuk memperolehi kehidupan
yang lebih terjamin ditempat baru.
Terdapat juga kes yang berkaitan dengan faktor politik termasuk pelarian perangdan mereka yang memerlukan perlindungan atau suaka politik.
Ekoran daripada ini, maka berlakulah pertembungan antara manusia yang mempunyai budaya yang berlainan.
Dalam hubungan ras dan etnik, kelompok manusia yang berbeza ras dan etnikdibahagikan kepada:
• Strata atas
• Strata bawah
Strata atas biasanya dikategorikan sebagai kelompokdominan, superordinat, superior atau majoriti.
Strata bawah dikategorikan sebagai kelompok subordinat, inferior atau minoriti. Biasanya kelompok ras dan etnik di strata bawah ini ditindas, dinafikan haskasasi serta didiskriminasikan oleh kelompok yang menduduki strata atas.
Bentuk-bentuk hubungan ras dan etnik ini dapat dikategorikan kepadakerjasama, persaingan dan konflik.
Kerjasama: ia didorongi oleh kepentingan bersama. Sama ada diantara individu sepertidikalangan jiran atau antara kelompok misalnya kerjasama parti-parti politik. Kerjasama
merupakan asas utama untuk mewujudkan perpaduan dikalangan etnik.
Persaingan: ia merupakan proses mengalahkan orang lain untuk mendapatkan sesuatuyang lazimnya terhad, misalnya bidang ekonomi, pendidikan, perumahan, tanah dan
seumpamanya.
Konflik: ia merujuk kepada proses persaingan untuk mendapatkan sesuatu dengan caramelemahkan, mengalahkan atau menghapuskan pihak lain yang mempunyai kepentingan
bersama.
Ketiga-tiga bentuk hubungan menimbulkan implikasi dan masalah yang berlainan, dari yang bersifat harmoni hingga kepada konflik.
Oleh itu persoalan yang timbul ialah bagaimanakah masyarakat berlainan ras dan etnik itu bolehwujud sesama mereka.
Pola yang mungkin terdapat dalam hubungan ras dan etnik di merata tempat di seluruh duniaadalah:
• Asimilasi
• Pluralisme
• Perlindungan undang-undang terhadap minoriti
• Pemindahan penduduk
• Penaklukan berterusan
• Penghapusan
Asimilasi: dalam kebanyakan kes, kelompok etnik atau ras yang minoriti diasimilasikan kedalamkelompok etnik atau ras yang lebih besar. Asimilasi ini biasanya melibatkan asimilasi budaya di
mana kelompok minoriti menerima sebahagian besar daripada budaya kelompok majoriti.
Pluralisme: sesetengah golongan minoriti enggan menghilangkan identiti etnik atau rasnya keranamereka mempunyai kesedaran yang tinggi dan bangga dengan warisan budaya ibunda mereka. Di samping itu juga, kelompok dominan sanggup membenarkan malahan menggalakkan kewujudan
pelbagai budaya dalam masyarakat.
Perlindungan undang-undang terhadap minoriti: di dalam sesetengah negara, kumpulan minoritidilindungi oleh undang-undang. Sebagai contohnya, di England terdapat Race Relations Act 1965
yang menjamin kepentingan sosial dan budaya golongan minoriti etnik.
Pemindahan penduduk: dalam situasi dimana terjadinya konflik yang begitu hebat antara kelompok-kelompok ras dan etnik, cara penyelesaiannya ialah dengan memindahkan kelompok ras dan etnik
ke kawasan lain.
Penaklukan berterusan: dalam sesetengah kes, kelompok dominan mempunyai hasrat untukmengekalkan keistimewaannya ke atas kelompok minoriti. Untuk memenuhi hasrat
tersebut, mereka menggunakan kuasa tekanan untuk memisahkan dan mengasingkan secarafizikal kelompok-kelompok ras dan etnik yang berbeza.
Penghapusan: penghapusan seluruh penduduk atau pembunuhan beramai-ramai banyak dicubamalahan telah berjaya dilakukan di beberapa tempat di muka bumi. Kaedah penghapusan
penduduk termasuklah pembunuhan dengan menggunakan senjata api dan dengan sengajamenyebarkan penyakit berjangkit seperti cacar di kalangan penduduk yang menjadi sasaran.
9.4 KONFLIK ETNIK: PROSES DAN KESAN
Faktor asas yang menyebabkan berlaku
hubunganbermusuhan antarakelompok ras dan
etnik
Rasisme danetnosentrisme
Fungsi dandisfungsi rasisme
danetnosentrisme
Penyebabrasisme dan
etnosentrisme
Prasangka dandiskriminasi
stereotaip
9.4.1 RASISME DAN ETNOSENTRISME
Rasisme merujuk kepadaanggapan seseorang
bahawa ras sendiri adalahlebih baik, iaitu lebihsuperior daripada ras
orang lain.
Sementara etnosentrismepula merupakan
kepercayaan bahawaunsur-unsur yang terdapat
pada budaya sendiriseperti agama, nilai, sikap
dan amalan budayaadalah lebih baik daripada
yang dimiliki olehkelompol etnik lain.
9.4.2 FUNGSI DAN DISFUNGSI RASISME DAN
ETNOSENTRISME
Kesedaran terhadap rasyang superior dapat
mengikat ahli-ahli sesuatukelompok ras atau etnik dibawah satu solidariti dansemangat kekitaan yang
kuat.
Namun demikian, anggapansedemikian juga boleh
bersifat disfungsi.
Kesedaran rasisme danetnosentrisme boleh
menyebabkan seseorang itumelihat kelompok lain
sebagai inferior dan lebihrendah dari segi taraf sosial
dan budaya.
Dengan demikian merekalayak ditindas, dieksploitasi
dan ditekan.
Jika ini berlaku, makaperbezaan ras dan etnik
akan menyumbang kepadakewujudan konflik dan
ketegangan dalam sebuahnegara yang berbilang ras
dan etnik.
9.4.3 PENYEBAB RASISME DAN
ETNOSENTRISME
Pendekatan dan teorikonflik adalah sesuai untuk
menganalisis sebabterjadinya rasisme dan
etnosentrisme.
Berdasarkan teorikonflik, rasisme dan
etnosentrisme wujud akibatkesan dari pesaingan
sesama kelompok ras danetnik ke atas sumber yang
terbatas.
Untuk rasisme danetnosentrisme terbentukmestilah terlebih dahulu
wujud tiga keadaanberikut:
Mestilah terdapat dua ataulebih kelompok sosial yang dapat dikenalpasti melalui
perbezaan budaya danfizikal.
Mesti terdapat persaingandiantara kelompok ke atas
sumber-sumber yang bernilai seperti
kuasa, tanah ataupekerjaan.
Mesti wujud kuasa yang tidak seimbang diantarakelompok, iaitu terdapat
satu kelompok yang dominan yang mempunyai
kuasa yang lebih kuatuntuk menafikan hak atas
sumber yang bernilai.
Semakin tinggi persaingan semakin kuat perasaanrasisme dan etnosentrisme.
Mengikut perspektif konflik ketaksamaan ekonomimenjadi penyebab kepada meningkatnya rasisme danetnosentrisme.
Teori konflik menjelaskan bahawa untuk merasionalkantindakan menjajah, orang kulit putih menganggap orangkulit hitam tidak mempunyai martarbat setinggi mereka.
Ideologi rasisme mewajarkan diskriminasi terhadaporang kulit hitam kerana tanggapan bahawa kedudukanmereka adalah inferior, justeru mereka tidak layak diberipekerjaan yang baik, pendidikan tinggi serta kemudahanasas yang lain.
9.4.4 PRASANGKAN DAN DISKRIMINASI
Hubungan ras dan etnik diburukkan dengan adanyaprasangka dan diskriminasi.
Prasangka merupakan pandangan buruk atau prejudisterhadap ahli kelompok lain.
Prasangka biasanya bersifat negatif, dimana ahlikelompok lain dibenci kerana perbezaan ras dan etnikserta mempunyai ciri yang tidak diingini.
Diskriminasi merupakan layanan yang tidak adil dantidak sama rata terhadap individu atau kelompok atasdasar ciri yang tidak relevan seperti jantina, ras, etnikatau kelas sosial.
Diskriminasi berlaku apabila sesetengah kumpulanmanusia dengan dinafikan sesuatu hak semata-matakerana perbezaan ras dan etnik.
Faktor penting yang membawa kepada prasangka dandiskriminasi adalah persepsi sosial yang tidak tepattentang sesuatu kumpulan ras atau etnik.
Persepsi tersebut diburukkan lagi oleh sejarahpertembungan awal antara kumpulan ras dan etnik.
Pertembungan antara pelbagai golongan ras dan etnikbiasanya akan membangkitkan perasaan “kami danmereka”, iaitu sikap melihat orang yang kita tidak kenalisebagai “orang luar kelompok” justeru hubunganmestilah tidak saksama dengan “orang dalamkelompok”.
Perasaan itu menyebabkan kita menganggap orang luaritu sebagai musuh, tidak boleh dipercayai, atau setidak-tidaknya harus dilayan dengan berwaspada serta tidakboleh diterima sebagai saksama.
Proses sosialisasi juga turut menjadikan persepsitersebut bertambah buruk, terutama sekali apabilapersepsi yang salah itu diperturunkan dari satugenerasi ke satu generasi.
Selain itu, media massa sepertitelevisyen, filem, surat khabar dan seumpamanyamemainkan peranan dalam memperburukkan lagipersepsi yang salah itu, seolah-olah sesuatukelompok ras dan etnik adalah ganas, miskin danjahat.
Misalnya dalam filem Barat, orang kulit putihdigambarkan sebagai penjenayah, pemabuk danmenjadi punca kepada segala masalah sosial danekonomi.
9.4.5 STEREOTAIP
Prasangka dan diskriminasi berkaitan rapat dengankonsep stereotaip.
Stereotaip merupakan pernyataan yang ditanggapiterlebih dahulu, yang merupakan kepercayaan danjangkaan yang membentuk pernyataan tersebut.
Ada stereotaip yang mengaitkan sifat-sifat negatifdengan sesuatu golongan etnik, sepertipemalas, pengotor atau penipu.
Kepercayaan umum ini mungkin terbentuk ekorandaripada pengalaman yang pernah dilaluisendiri, melalui sosialisasi atau mengikut apa yang diceritakan oleh orang lain.
Stereotaip ini memberi kesan apabila seseorang itupertama kali bertemu dengan mereka yang berasal dariras atau etnik yang berlainan.
Walaupun pada hakikatnya, mereka tidakmempunyai sifat negatif seperti yang dikatakantetapi oleh kerana stereotaip yang terbentuk lebihawal itu, maka kita terus mempunyai burukprasangka terhadap mereka.
Misalnya kita baru tersempak denga seorang Negro di KL dan cuba memahami sikap beliau, makapemahaman dan pentafsiran siapa beliau adalahberdasarkan kepada stereotaip yang kita adamengenai orang Negro secara keseluruhan.
Tafsiran kita mungkin tersasar daripada realitiapabila kita tiba-tiba teringatkan siapakah yang menjadi presiden USA pada ketika ini.
Kelompok ras dan etnik juga golongan minoriti
bukan sahaja diprasangkakan dan didiskriminasi
tetapi dalam kes-kes tertentu mereka dijadikan
mangsa lempar salah.
Mereka sering dijadikan kambing hitam, iaitu
dijadikan alat oleh golongan dominan jika berlaku
sesuatu masalah sosial, ekonomi atau politik.
9.5 KESEDARAN ETNIK DAN IDENTITI: PROSES
PERPADUAN
Hubungan ras dan etnik biasanya merupakan satu proses
mengikut perkembangan masa, iaitu bermula dengan
kontrak awal hinggalah kepada yang akhirnya membawa
perpaduan.
Namun proses ini tidak semestinya sedemikian.
Integrasi Rendah Integrasi Tinggi
AmalgamasiAsimilasiAkulturasiAkomodasiSegregasi
• Hubungan ras dan etnik yang bersifatpemisahan, dimana kelompok ras dan etnikbiasanya tinggal bersaingan dan terpisahdari segi fizikal, sosial dan budaya.
• Contoh terbaik adalah sistem apartheid selatan.
Segregasi
• Hubunga ras dan etnik dicirikan oleh hidupbersama namun mereka masih tetap hidupberasingan.
• Mereka hidup secara harmoni dalam setiapkelompok diwakili di peringkat pusat, dimana mereka bertolak ansur antara satusama lain.
• Hubungan ini biasanya terdapat dalammasyarakat majmuk.
Akomodasi
• Hubungan ras dan etnik yang dicirikan olehasimilasi budaya, dimana kelompok ras danetnik yang berlainan itu saling meminjamunsur budaya sesama mereka.
• Dalam kes yang agak ekstrim ialah di manakelompok minoriti menerima unsur-unsurbudaya kelompok dominan secara besar-besaran.
Akulturasi
• Hubungan ras dan etnik yang melibatkanasimilasi struktur, berbeza dengan asimilasibudaya.
• Diperingkat ini, kelompok minoriti diserap kedalam masyarakat dominan bukan sahajadari segi budaya tetapi juaga menerimaaspek lain seperti pendidikan, ekonomi danlain-lain.
Asimilasi
Dari segi teori, perpaduan yang ideal terjadi apabila
faktor biologi dan ras diketepikan, misalnya dalam
kes perkahwinan campur seperti yang berlaku di
Hawaii dan Brazil
• Hubungan ras dan etnik yang dicirikan dengan perkahwinancampur rentas sempadan rasdan etnik.
• Akibatnya, terbentuk ras yang baru dan dengan demikiankelompok ras dan etnik sudahmenjadi satu.
Amalgamasi