Upload
hakhanh
View
266
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
HHHC9801: Kemahiran Kreatif dan Inovatif
Laporan Akhir Projek
Laporan : Karnival Premier Za’ba 2014
Tarikh/hari : 6 – 9 Mac 2014
Masa : 8.00 pm- 11.00pm
Tempat : Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Ajuran : Biro Timbalan Ketua Eksekutif,
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Pendeta Zaba
1.0 Pengenalan
Program Karnival Premier Za’ba membawa konsep hari keluarga. Ia merupakan acara tradisi
bagi Kolej Pendeta Za’ba dan ini adalah tahun kesembilan acara ini diadakan. Pada tahun 2014
ini, tema “Express Yourself” dijadikan pilihan bertujuan untuk mencungkil dan menyerlahkan
bakat serta kemahiran mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih
yakin dengan diri sendiri melalui aktiviti yang disediakan.
Konsep riadah santai juga diketengahkan untuk menarik perhatian pengunjung kerana
bukan sahaja program yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk
kerohanian dan kekeluargaan juga turut diselitkan.
2.0 Objektif
2.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga
penghuni Kolej Pendeta Za’ba serta pihak badan bukan kerajaan.
2.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan
sesuatu aktiviti mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri.
2.3 Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik
yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.
2.4 Menggunakan aktiviti santai yang interaktif dalam mengekspresikan mahasiswa.
3.0 Kumpulan Sasaran
Pelajar tahun satu Kolej Pendeta Za’ba
4.0 Anjuran
Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan
kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis
Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
5.0 Jawatankuasa Program
Penaung : YBhg. Prof. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi : YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM
Penyelaras : Yang Dihormati En. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Pengetua : YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long
Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Tim. Pengetua : Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md Jamil
Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Felo Penasihat : Nor Aseken Bt Rosley
Felo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Ketua Eksekutif : Nurul Jannah Binti Ahmad Ghulamudin
Ketua Pengarah : Nur Ain Nadirra Binti Mohd Noor
Timbalan Ketua
Pengarah : Nurin Afiqah Binti Zairul Azman
Timbalan Ketua
Pengarah 2 : Muhammad Zulhanif Bin Mohd Haron
Timbalan Ketua
Pengarah 3 : Muhamad Izham Bin Azmil
Ketua Program : Nur Syahirah Binti Rosli
Timbalan Ketua
Program 1 : Muhamad Fitri Bin Ramli
Timbalan Ketua
Program 2 : Nurul Suhana Binti Azmi
Setiausaha 1 : Muhammad Amir Izzat Bin Rosli
Setiausaha 2 : Nur Husna Binti Mohd Dahan
Bendahari 1 : Siti NurFarah Hananie binti Ahmad Zaki
Bendahari 2 : Cheong Chooi Mei
Pengarah Pemasaran : Syadiah Madiha Binti Borhan
Pengarah Publisiti : Zarith Zafira Binti Zubir (Media)
: Raja Mohd Azlan Bin Raja Ali (Grafik)
Pengarah Protokol : Nor Azreen Binti Azmi
Pengarah Gerai : Norazfathiah Binti Azahar
Pengarah
Keselamatan : Noor Azreeni Binti Abu Saran
Pengarah
Pengangkutan : Fatin Nurnadiah binti Bujang
Pengarah Teknikal : Mohamed Alef Bin Mohd Razali
Pengarah
Cenderamata : Nurhanani Binti
Pengarah Jamuan
& Kebajikan : Hasmat Husaina Binti Ahamed Hasan
Pengarah
Tugas-Tugas Khas : Mohd Nur Hafiz Bin Jaafar
6.0 Laporan Bertulis Sepanjang Program
Program Karnival Premier Za’ba 2014 atau lebih dikenali sebagai KAPREZA’14 ini
telah berlangsung pada 6 – 9 Mac 2014 bertempat di beberapa kawasan di luar Universiti
Kebangsaan Malaysia,UKM dan kawasan di dalam UKM di mana Kolej Pendeta Za’ba (KPZ)
itu sendiri menjadi pusat bagi kebanyakkan aktiviti dijalankan.
Sebelum hari program berlangsung, beberapa aktiviti telah diadakan sebelumnya
bertujuan untuk memenuhi beberapa matlamat iaitu mengumpul dana dan mempromosikan
program ini sendiri.
Antara aktiviti yang dijalankan sebelum tarikh sebenar program ialah Le Tour de UKM
yang berlangsung pada 22 Februari 2014 di sekitar kawasan UKM. Dalam aktiviti ini,
sebahagian krew KAPREZA akan menaiki basikal ke kolej-kolej dan melakukan “flash mob”
untuk mempromosikan program ini. Selain itu, tabung sumbangan untuk pelajar tahfiz dan pusat
kanser juga diedarkan semasa “flash mob” diadakan.
Aktiviti lain yang diadakan sebelum tarikh sebenar ialah Cuci-cuci Kapreza. Aktiviti ini
berlangsung selama empat hari iaitu pada hujung minggu 22 dan 23 Februari serta 1 dan 2 Mac
2014. Aktiviti ini diadakan adalah untuk mencari dana tambahan untuk menjalankan program ini.
Dalam aktiviti ini, krew yang telah ditugaskan akan membersihkan kenderaan sama ada
motosikal mahupun kereta serta menjalankan jualan air di ‘booth’ mereka.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan awal dari tarikh program ialah lawatan ke bangunan
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia: NCSM), Kuala
Lumpur. Lawatan diadakan pada 25 Februari 2014. Seramai 40 orang krew menyertai lawatan
ini bertujuan untuk mengetahui lebih tentang kanser.
Aktiviti terakhir yang berlangsung sebelum tarikh sebenar Kapreza ialah Cancer Charity
Cycling yang diadakan pada 2 Mac 2014. Ia dijalankan di Dataran Putrajaya. Aktiviti ini terbuka
kepada sesiapa yang berminat dan membuat pendaftaran awal dan dikenakan yuran.
Pada hari Rabu 5 Mac 2014, khemah jualan telah dipasang bagi kemudahan penyusunan
dan aturan kerusi dan meja. Dataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal
dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan
sebagai kawsan pentas utama, kawasan jualan dan tempat menunggang kuda untuk aktiviti
“Horse for Fun”.
Kemudian, 6 Mac 2014 iaitu hari Khamis, program KAPREZA bermula. Solat Hajat dan
bacaan Yasin dijadikan pembukaan bagi program ini.
Pada hari Jumaat, 7 Mac 2014, satu ceramah berkaitan kanser serviks dijalankan di
Auditorium Siswa, Pusanika, UKM yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir dalam jam 12
tengah hari. Ceramah ini terbuka kepada semua pelajar, UKM dan pelajar dari Asasi Pintar,
UKM. Pelajar yang datang akan diberikan ‘goodie bag’. Ceramah ini diberikan oleh Dr. Dalilah
dari Nasional Cancer Society Malaysia. Selepas ceramah, suntikan HPV diberikan kepada
pelajar yang telah mendaftar. Suntikan ini diberikan secara percuma kepada pelajar kelahiran
1993 dan 1994 sahaja.
Pertandingan Bowling juga diadakan pada hari yang sama yang bertempat di KL Mega
Lanes Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Penyertaan ini dibuka untuk pemain
perseorangan dengan yuran sebanyak RM80. Juara akan membawa pulang RM500, tempat
kedua sewbanyak RM300 manakala tempat ketiga sebanyak RM200.
Pada sebelah malam pula, aktiviti Malam Dambakan Cinta Rasulullah dijalankan. Acara
ini dumulakan dengan solat Maghrib berjemaah di dataran pentas utama. Kemudian disambung
dengan forum, qasidah dan persembahan nasyid yang menampilkan tetamu undangan iaitu,
kumpulan nasyid Far East, PU Salman dan pelajar tahfiz. Acara berakhir pada jam 11.30 malam.
Pada 8 Mac 2014 pula, iaitu hari Sabtu, pelbagai aktiviti dijalankan serentak di kawasan
luar dan dalam UKM. Aktiviti tersebut ialah Battle of the Band, yang diadakah di dataran blok
A-B, KPZ, pertandingan futsal di Galaxy Futsal, Bangi, Clinical Basic Health Checkup &
Clinical Breast Examination di Dataran Dinamis, KPZ, Grooming di Bilik Seminar 1, KPZ,
explorace di kawasan sekita KPZ dan Food Hunter di Kafeteria, KPZ.
Pada hari Ahad pula iaitu 9 Mac 2014, beberapa aktiviti juga dijalankan serentak.
Aktiviti tersebut ialah Kidz Got Talent di dataran blok A-B, KPZ, dan siapa hebat di Dataran
Dinamis.
Di samping itu, terdapat dua aktiviti yang dijalankan sepanjang 8 dan 9 Mac 2014 iaitu
Horse for Fun yang diadakan di Dataran Blok C dan Battlefield yang diadakan di Fakulti
Pendidikan, UKM.
Majlis penutupan berlangsung pada malam 9 Mac 2014 yang bertempat di Dataran Blok
A-B. Majlis bermula pada 8 malam dan mempunyai dua bahagian iaitu acara formal dan acara tidak
formal. Pada acara formal, perasmian penutupan dilakukan oleh Dato’ Hajah Zurainah binti Musa iaitu
Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad. Manakala acara tidak formal diserikan dengan artis
jemputan dari IM4U iaitu Vince AF1, Suki, Awi Rafael, Altimet, Azri AF9. Program
KAPREZA’14 berakhir pada jam 12 malam. Dengan ini disertakan tentatif program Karnival
Premier Za’ba 2014.
TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PREMIER ZA’BA (KAPREZA ’14)
6 Mac 2014 (Khamis)
Masa Perkara Tempat
7 malam – 9 malam Bacaan Yasin dan Solat Hajat Surau Kolej Pendeta Za‟ba
UKM
7 Mac 2014 (Jumaat)
Masa Perkara Tempat
10 pagi – 1 petang “Cervical Cancer Talk” oleh
Dr Dalilah Kamaruddin, Ketua
Pegawai Perubatan di Pusat
Pemeriksaan Kanser Wanita
National Cancer Society of
Malaysia (NCSM)
&
Pemberian suntikan HPV
percuma bagi tahun kelahiran
‟93, ‟94, ‟95 oleh LPPKN
Auditorium Pusanika, UKM
2 petang – 6 petang Pertandingan Tenpin Boling
Terbuka Piala Pendeta
Endah Parade, Kuala Lumpur
6 petang – 11 malam Malam Dambakan Cinta
Rasulullah
“Insan Berselawat, Insan
Penuh Rahmat”
Dataran Blok AB, Kolej
Pendeta Za‟ba UKM
8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa Perkara Tempat
9 pagi – 6 petang Horse For Fun Blok C Kolej Pendeta Za‟ba
UKM
8 pagi – 10 malam Battle of The Band – “Voice of
Starz”
Dataran Blok AB, Kolej
Pendeta Za‟ba UKM
9 pagi – 6 petang Battlefield FPEND, UKM
8 pagi – 6.30 petang Bangi’s Battle Futsal Galaxy Futsal, Seksyen 15
Bangi
9 pagi – 5 petang Free Basic Health Checkup &
Clinical Breast Examination by
National Cancer Society of
Malaysia
*Pendaftaran di khemah
sponsor
Dataran Dinamis, Kolej
Pendeta Za‟ba UKM
2 petang – 6 petang Food Hunter Café Kolej Pendeta Za‟ba
UKM
10 pagi – 5 petang Grooming – “Outshine
Yourself Beauty Workshop”
- Makeup & Skin care tutorial
by Avon
- Hijab tutorial by Al-Hijab
Bilik Seminar 1
Sisters
- Health & Fitness Talk
9 pagi – 2 petang Explorace
Theme : Survival Za’ba
Sekitar Kolej Pendeta Za‟ba
9 Mac 2014 (Ahad)
Masa Perkara Tempat
9 pagi – 5 petang Battlefield
9 pagi – 6 petang Horse For Fun Blok C Kolej Pendeta Za‟ba
UKM
9 pagi – 12 tengahari Kidz Got Talent
(Colouring Contest, Story
Telling, Talent Show)
Dataran Blok AB, Kolej
Pendeta Za‟ba UKM
9 pagi – 3 petang Siapa Hebat?
*Permainan Chocolate Drop,
Gigantic Jengga, Twisting
Twister
5 petang Raptai Majlis Penutup Pentas Utama Dataran AB,
UKM
MAJLIS PENUTUP KAPREZA ‘14
8.00 malam Ketibaan para pelajar
8.30 malam Ketibaan tetamu jemputan
8.45 malam Ketibaan tetamu kehormat
8.50 malam Nyanyian lagu “Negaraku” & Pewaris
Keunggulan”
9.00 malam Persembahan Pembukaan
9.15 malam Bacaan doa
9.20 malam Kata-kata Aluan oleh Pengerusi Majlis
9.25 malam Ucapan Ketua Pengarah KAPREZA „14
Saudari Nur Ain Nadirra binti Mohd Noor
9.30 malam Ucapan Penghargaan oleh Wakil Badan Amal
Dr. Dalilah Kamaruddin Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Pemeriksaan
Kanser Wanita National Cancer Society of
Malaysia (NCSM)
&
Ucapan oleh wakil IM4U
9.35 malam Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tetamu
Kehormat
Dato’ Hajah Zurainah binti Musa Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation
Berhad
9.45 malam Persembahan Gimik
Penyampaian Cenderamata
10.00 malam Multimedia Show
10.20 malam Persembahan Penutup Lagu Tema dan
Flashmob KAPREZA „14
10.30 malam Tetamu Jemputan beredar ke Jamuan VVIP
10.35 malam Acara tidak formal
Persembahan Artis-artis Jemputan
Vince AF1, Suki, Awi Rafael, Altimet, Azri
AF9
12.00 malam Majlis Bersurai
7.0 Laporan Bergambar Sepanjang Program
SEBAHAGIAN POSTER PROGRAM DAN AKTIVITI
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
SAYA SEBAGAI MAJLIS TERTINGGI KESELAMATAN
MENJAGA LALU LINTAS
AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG
FLASH MOB
CUCI-CUCI KAPREZA
LAWATAN KE NCSM
LE TOUR DE UKM
CANCER CHARITY CYCLING
MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH
TEMPIN BOWLING
FUTSAL
SIAPA HEBAT?
FOOD HUNTER
KIDZ TALENT
MALAM PENUTUPAN
ARTIS JEMPUTAN
LOGO PROGRAM
TEMA: EXPRESS YOURSELF
DISEDIAKAN OLEH,
FATIN NURNADIAH BINTI BUJANG
MAJLIS TERTINGGI KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN,
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014.