6
Assalamualaikum warahmaullahi wabarakatuh. Yang dihormati pengacara majlis,panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, seterusnya sidang hadirin serta rakan- rakan sekalian. Salam sejahtera pembuka bicara, Kalam mulia membuka kata, Hijrah rasulullah demikian tajuknya, Buat tauladan kita semua. Hijrah4, hijrah4.. Tika malam, datang menjelma, ku teringat kisah lama,rasulullah menyebarkan agama islam di tentang. Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang di utuskan untuk umat manusia namun telah mendapat banyak tentangan dari kaum quraisy sendiri dan pembesarnya. Namun dakwah itu tidak mengenal erti penat lelah dan tidak terhenti di sekitar mekah bahkan di luar kota mekah, termasuklah kepada orang yathrib. Hasil pertemuan rasulullah dengan orang yathrib, maka berlakulah perjanjian Aqabah yang pertama Dan kedua. Mereka mengajak rasulullah berhijrah di yathrib dan berjanji akan membantu dakwah nabi di sana. Di Malaysia, usaha yang di lakukan oleh NGO islam, untuk membantu saudara seakidah kita di Gaza, patut di berikan pujian. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3. Ertinya : dan tolong-menolonglah atas dasar kebaikan dan takwa, janganlah kamu tolong-menolong atas dasar dosa dan permusuhan.

Hijrah Rasulullah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hijrah Rasulullah

Citation preview

Assalamualaikum warahmaullahi wabarakatuh.Yang dihormati pengacara majlis,panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, seterusnya sidang hadirin serta rakan-rakan sekalian.Salam sejahtera pembuka bicara,Kalam mulia membuka kata,Hijrah rasulullah demikian tajuknya,Buat tauladan kita semua.

Hijrah4, hijrah4..Tika malam, datang menjelma, ku teringat kisah lama,rasulullah menyebarkan agama islam di tentang.Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang di utuskan untuk umat manusia namun telah mendapat banyak tentangan dari kaum quraisy sendiri dan pembesarnya. Namun dakwah itu tidak mengenal erti penat lelah dan tidak terhenti di sekitar mekah bahkan di luar kota mekah, termasuklah kepada orang yathrib. Hasil pertemuan rasulullah dengan orang yathrib, maka berlakulah perjanjian Aqabah yang pertama Dan kedua. Mereka mengajak rasulullah berhijrah di yathrib dan berjanji akan membantu dakwah nabi di sana.Di Malaysia, usaha yang di lakukan oleh NGO islam, untuk membantu saudara seakidah kita di Gaza, patut di berikan pujian. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3.

Ertinya : dan tolong-menolonglah atas dasar kebaikan dan takwa, janganlah kamu tolong-menolong atas dasar dosa dan permusuhan.Jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita. Sebaliknya jika kita menentang agama Allah, ketahuilah bahawa Allah Maha kuat dan sebaik-baik pemberi balasan.

Dalam usaha untuk menggagalkan dakwah Rasulullah, kaum musyrikin mekah sentiasa merancang dan mengatur strategi jahat untuk menentang Rasulullah. Mereka telah berpakat untuk membunuh rasulullah dan telah memilih pemuda dari setiap kabilah untuk menjalankan rancangan jahat mereka itu. Mereka telah mengepong di sekeliling rumah nabi untuk membunuh baginda. Namun perancangan Allah mengatasi perancangan mereka, rancangan mereka di sedari oleh rasulullah. Firman Allah dalam surah yasin ayat 9,yang bermaksud: dan kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka lalu kami tutup pandangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.Bersama abu bakar sebagai penemanMereka menuju kearah selatan,Jalan ke utara penuh sekatan,Gua thur tempat persembunyian.

Kawan-kawan, kita hendaklah bersabar menempuh rintangan dan ujian dari Allah, marilah berkasih sayang sesama kita serta yakin akan kekuasaan Allah.

Di dalam gua thur mereka bersembunyiMengatur langkah menyusun strategiMusuh durjana tak jemu terus mencariAllah selamatkan nabi di lindungi.Ada sarang labah-labah di pintu guaBurung bersarang dan mengeram telurnyaDemikian kuasa Allah maha esaSelamat dari musuh durjana

Dalam perjalanan hijrah itu, rasulullah telah merancang strategi bagi memastikan perjalanan mereka selamat.mereka telah menugaskan Asma Bt Abu Bakar untuk membawa makanan, sementara Amir bin Fuhaira mengintip perbualan dan percakapan, Abdullah bin Uraiqiz di tugaskan sebagai penunjuk jalan. Setelah tiga hari di tempat persembunyian, barulah mereka memulakan perjalanan.

Firman Allah dalam sural Al-Anfal ayat 30 yang bermaksud dan mereka menjalankan tipu daya dan Allah juga menjalankan tipu daya. Allah sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah perumpamaan yang sesuai di gunakan untuk menggambarkan keadaan Baginda Nabi Muhammad serta sahabat-sahabatnya dalam merencanakan perancangan yang cukup strategik demi memastikan rancangan mereka untuk membantu Nabi Muhammad menjalankan perintah berhijrah daripada Allah Taala berjaya.Warga pendidik, ibu bapa, dan para pelajar sekalian, antara pengajaran yang mesti kita ambil daripada hijrah Rasullulah ke Madinah ini ialah antaranya juga kita hendaklah saling bantu-membantu dan tolong menolong antara satu sama yang lain apabila hendak melakukan sesebuah pekerjaan yang besar. Kita juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ini telah dibuktikan melalui kisah ini, Para Sahabat saling bantu membantu dan membahagi-bahagikan tugas kepada setiap seorang daripada mereka untuk memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar.Kawan-kawan yang dirahmati Allah, Dengan bantuan Allah, Rasullulah dan Saidina Abu Bakar berjaya keluar dari Mekkah menuju ke Madinah. Setibanya di Quba, perkara pertama yang dibuat oleh Rasullullah adalah membina masjid. Rasullulah dan beberapa orang sahabat baginda telah membina sebuah masjid. Masjid ini merupakan masjid yang pertama dibina di dalam sejarah Islam. Walaupun masjid ini hanya dibina dengan menggunakan batang serta pelepah tamar, namun masjid inilah tapak bermulanya perkembangan syiar agama Islam di Madinah. Masjid Quba telah dibinaSyiar Islam semakin nyataLambang keteguhan Islam tercintaBerkat pengorbanan sabar dan usahaKisah pembinaan masjid Quba ini adalah hampir sama dengan pembinaan masjid Cina di Tasek Jaya, Ipoh, Perak. Masjid ini berjaya dibina dengan begitu cantik sekali sehingga bukan sahaja warga tempatan yang tertarik dengannya, bahkan warga asing sekalipun mengkagumi pembinaannya. Selain daripada faktor binaanya, Masjid ini berjaya menarik minat orang ramai khususnya warga tempatan untuk mengunjunginya serta beribadat di dalamnya. Ini sememangnya adalah satu kejayaan yang besar kepada Ummat Islam.Warga pendidik, ibu bapa, dan para pelajar sekalian, firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud, Sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar taqwa dan dari awalnya, sudah sepatutnya engkau sembahyang di dalamnya. Sehubungan dengan dalil yang disebutkan di atas, dapat di konklusikan bahawa institusi masjid adalah tempat yang sangat penting bagi ummat Islam. Di samping beribadah, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah di dalamnya seperti mengadakan majlis ilmu serta bermacam macam lagi. Kawan-kawan yang dirahmati Allah, sambungan kepada kisah penghijrahan Rasullullah yang amat kita cintai ini, iaitu setelah rombongan hijrah ini membina masjid di Quba, mereka akhirnya telah selamat sampai ke yathrib dengan selamat. Rombongan Baginda telah disambut dengan meriah sekali oleh para penduduk Yathrib yang seudah sekian lama menantikan kedatangan Rasulullah ke tanah mereka.Dengan ini maka bermulalah taqwim baru dalam sejarah islam, Baginda telah dilantik menjadi pemimpin besar di Yathib yang akhirnya bertukar nama kepada kota Madinah Al-Munawwarah. Sekian, Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.