Hijrah Rasulullah Saw Untuk Ohp

Embed Size (px)

Citation preview

HIJRAH RASULULLAH SAW MELALUI NEGARA MADINAH

Peristiwa HijrahStrategi Hijrah1. Ke rumah Abu Bakar

Rasulullah ke rumah Abu Bakar pada waktu paling sesuai, iaitu waktu tengah hari, ketika mana orang kota Mekah tidak keluar rumah. Dan ketika itu, Rasulullah berkelubung kerana memang ketika panas kepala ditutup (kelubung).2. Minta ahli keluarga Abu Bakar keluar

Apabila Rasulullah ingin mengkhabarkan berita kepada Abu Bakar di rumahnya, maka diminta ahli keluarga Abu Bakar keluar kerana tidak mahu didengari oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa kerahsiaan itu penting, walaupun kepada orang yang terdekat kerana telah menjadi taktik musuh untuk menggunakan orang ini untuk membocorkan rahsia (isteri, suami, ibu bapa).3. Ketika hendak berhijrah

Peristiwa Ali tidur di katil Rasulullah memang terkenal di kalangan masyarakat kita. Bagaimana tanggungjawab seorang pengikut untuk berkorban demi keselamatan ketuanya. Ini juga menunjukkan bahwa Rasulllah cuba lari dari membuat perkara yang biasa. Menyentuh kejadian pembunuhan Hassan Al Banna (Ikhwan Muslimin), kita mendapati bahawa satu kesilapan Hasan Al-Banna ialah beliau gemar meletak kereta di tempat yang sama apabila beliau ke satu tempat. Maka, musuh untuk memasang bom.4. Bantuan Allah

ketika Rasulullah s.a.w. keluar rumah pada ketika ramai orang kafir mengepung rumah baginda, beliau membacakan ayat 9 daripada Surah Yasin:"And We have put a bar in front of them and a bar behind them, and further, We have covered them up; so that they cannot see"

Dengan izin Allah, orang kafir tidak nampak dan mereka tertidur. Rasulullah menabur pasir di atas kepala mereka, menunjukkan betapa hinanya mereka dan bahawa perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan manusia.

5. Ikut jalan lain ke Madinah

Madinah berada di utara Mekah. Baginda bergerak ke selatan dan berhenti di Gua Thur untuk 3 hari lamanya. Malah selepas berteduh di dalam gua, baginda mengikut jalan tepi laut Merah untuk ke Madinah, berbanding jalan padang pasir biasa.6. Bantuan Allah di Gua Thur

Ketika di Gua Thur (muat untuk dua orang), Abu Bakar nampak kaki orang kafir di tepi gua. Pertolongan Allah, datang 2 ekor burung dan membuat sarang di depan pintu gua dan juga labah-labah membuat sarangnya di pintu gua. Ini membuatkan org kafir menyangka tiada siapa yang lalu di situ. Jika ada, tentunya telur burung akan pecah, dan tentunya sarang labah labah akan koyak.7. Peranan Asma, anak Abu Bakar di rumah.

Ayah kepada Abu Bakar adalah penentang ajaran Islam. Abu Bakar telah mengambil barang-barang dalam rumah untuk dijadikan bekalan ketika perjalanan. Untuk melindungi barangan yang hilang itu, Asma mengambil batu dan meletakkannya dalam jar. Selubung dengan kain dan letak tepi dinding. Bila ayah Abu Bakar nampak, maka dia ingat Abu Bakar tentu masih belum ke mana- mana sebab barang dia masih ada lagi.8. Mengupah bukan Islam

Ketika mengikut jalan laut, Rasulullah s.a.w. tidak tahu jalan mana yang patut dilalui. Jadi, baginda telah mengupah seorang bukan Islam untuk menjadi penunjuk jalan. Dengan ini menunjukkan kita boleh bekerjasama/minta tolong dari orang bukan Islam. 9. Bercakap benar, tapi bijak

Dalam perjalanan ke Madinah, jika mereka bertemu dengan orang asing yang bertanyakan Abu Bakar, Siapakah dia bersama kamu (rasulullah)?, maka Abu Bakar akan menjawab: Dia ni penunjuk jalan. Benarlah bahawa rasulullah itu penunjuk jalan yang benar.

10. Pertolongan Allah daripada Suraqah Malik

Di Mekah, dikeluarkan notis menangkap Rasulullah dan sesiapa yang dapat menangkap baginda akan diberikan 100 ekor unta. Suraqah b. Malik antara yang tertarik dengan tawaran tersebut. Dia dapat mengesan jejak rasulullah dan apabila menghampiri Rasulullah s.a.w., kudanya tiba-tiba terjatuh. Dia bangun lagi, terus mengejar dan kudanya terjatuh lagi. Hinggalah kali ketiga kudanya terjatuh, maka Suraqah mengalah. Tentu ada yang istimewa pada orang ni, cetusnya. Dia melaung supaya Rasulullah dan Abu Bakar berhenti kerana ada perkara yang ingin dicakapkannya. Rasulullah menyuruh Abu Bakar melihat situasi tersebut. Suraqah bertanya, Apakah yang kamu boleh bagi supaya aku jamin keselamatan kamu (tidak beritahu orang lain)? Maka Rasulullah s.a.w. menjawab yang Suraqah ini akan dipakaikan gelang maharaja Parsi satu hari nanti. Ternyata ini menjadi kenyataan apabila di zaman Umar Al-Khatab, Parsi jatuh ke tangan org Islam... dan gelang tersebut diberikan kepada Suraqah.