hobi saya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

karangan

Citation preview

Hobi Saya

Setiap orang di dalam dunia ini mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi adalah sesuatu perkara yang sangat bermaanfatkan dan mempunyai banyak faedah. Kita dapat menghabiskan masa lapang kita dengan berguna jika kita mempunyai hobi. Contoh-contoh hobi adalah mengumpul setem, membaca buku, memancing, melukis dan sebagainya.

Hobi saya membaca. Saya berjinak-jinak dengan hobi ini sejak saya berumur lima tahun. Semasa saya berumur lima tahun, ibu saya selalu membacakan buku cerita untuk saya dan adik saya setiap hari.Ibu juga akan membawa saya dan adik ke perpustakaan awam yang berdekataan dengan rumah saya.Sejak itu, saya menjadikan budaya membaca itu sebagai hobi saya. Boleh dikatakan saya mengikut jejak ibu dan bapa saya yang rajin membaca buku.

Ibu bapa saya mengalakkan saya supaya membaca setiap hari. Mereka juga juga membeli pelbagai bahan bacaan untuk saya seperti novel,komik,buku cerita,surat khabar dan lain-lain. Saya berminat membaca buku cerita misteri.Saya juga suka membaca bahan bacaan yang mengandungi unsur-unsur lawak jenaka. Membaca juga dapat menghiburkan hati dan juga merehatkan minda selepas penat belajar.

Saya juga dapat bertukar-tukar buku cerita dengan kawan-kawan saya. Ini juga dapat mengeratkan hubungan kami dan saya tidak perlu menyusahkan ibu bapa saya untuk membeli buku-buku cerita untuk saya.Ibu bapa saya juga membelikan buku cerita sebagai hadiah semasa hari jadi saya. Saya juga sering membaca dan meminjam buku cerita di perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.

Seseorang yang rajin membaca tidak akan menjadi seperti 'katak di bawah tempurung'. Dengan membaca saya dapat memperoleh banyak ilmu , memperbaiki mutubahasa saya dan memperluasan perbendaharan kata. Ibu saya juga selalu memberitahu saya bahawa seseorang yang rajin membaca akan berjaya dalam pelajaran.

Hobi sangat berfaedah dalam hidup kita. Oleh sebab itu, kita harus memupuk tabiat suka membaca, bak kata orang bijak pandai, ' Membaca Jambatan Ilmu'.