Upload
vuonganh
View
295
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN INTELEK, KECERDASAN EMOSI DAN
STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ILFI BIN NORMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN INTELEK, KECERDASAN EMOSI
DAN STRES DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN
ILFI BIN NORMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda
Sains Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang
yang memberi taufik dan hidayah, ketabahan serta kesabaran dalam menyempurnakan
kajian ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda yang sangat dihormati, P.M. Dr.
Othman Bin Md. Johan. Di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan, beliau telah
memberi bimbingan dan perbincangan dengan penuh tanggungjawab, sabar, dedikasi
serta kesungguhan sehingga projek dan laporan ini berjaya disiapkan.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada
guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji kerana telah sanggup
mengorbankan masa bagi menjawab soal selidik yang diedarkan.
Begitu juga penghargaan diberikan kepada sesiapa yang terlibat sama secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Budi baik anda semua hanya Allah SWT jua yang akan membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan
emosi dan tahap stres guru-guru di 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan terpilih di
daerah Johor Bahru. Ia juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan intelek,
tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan
seterusnya mengenal pasti hubungan di antara tahap kecerdasan intelek dan kecerdasan
emosi dengan tahap stres. Data kajian dikumpul dari 120 sampel yang dipilih secara
rawak berstrata yang melibatkan 5 buah sekolah di daerah Johor Bahru. Data yang
dikumpul dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, min dan peratusan
bagi tujuan mengetahui tahap setiap pembolehubah. Pekali Korelasi Pearson digunakan
untuk melihat hubungan di antara kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi dengan stres.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan 55% guru mempunyai tahap kecerdasan intelek
sederhana dan 45% guru mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi. Dapatan
kajian menunjukkan kesemua guru yang dikaji mempunyai tahap kecerdasan emosi yang
tinggi. Dapatan kajian mengenai tahap stres pula menunjukkan 72.5% guru mempunyai
tahap stres yang sederhana dan 27.5% guru mempunyai tahap stres yang tinggi. Pada
masa yang sama, peratusan guru lelaki yang berada pada tahap kecerdasan intelek tinggi
adalah lebih besar berbanding guru perempuan. Guru lelaki dan guru perempuan
mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Manakala keputusan tahap stres pula
sebaliknya. Ujian korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan di
antara kecerdasan intelek dengan stres guru manakala hubungan di antara kecerdasan
emosi dengan stres adalah signifikan, iaitu r = -0.281.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine teacher’s emotional intelligence,
intellectual intelligence and stress level in selected 5 secondary schools in the district of
Johor Bahru. It is also aimed at distinguishing the difference between male and female
teachers’ level of intellectual, emotional and stress and to identify the correlation
between intellectual intelligence and emotional intelligence with stress. Research data
was collected from 120 samples chosen by using a stratified random sampling method
from 5 secondary schools in the district of Johor Bahru. The data collected was analyzed
to get the frequencies, means and percentages. Pearson Correlation was used to
determine the correlation between intellectual and emotional intelligence with stress. A
total of 55% of the teachers have medium intellectual intelligence and 45% of them have
high intellectual intelligence. The findings indicated that the teachers in the study have
high emotional intelligence. In terms of stress, it was found that 72.5% of the teachers
have medium stress level and 27.5% of them have high stress level. The percentage of
male teachers having high intellectual intelligence is higher than female teachers. All of
teachers under study having high emotional intelligence. However, male teachers were
found to have low stress level than their counterpart. Intellectual intelligence was found
to correlate insignificantly with stress where as the correlation between emotional
intelligence and stress was significant, (r = -0.281).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.6.1 Hipotesis Kajian 1.5.4 11
1.6.2 Hipotesis Kajian 1.5.5 11
1.6.3 Hipotesis Kajian 1.5.6 11
1.7 Definisi Konsep 12
viii
1.7.1 Kecerdasan Intelek 12
1.7.2 Kecerdasan Emosi 13
1.7.3 Stres 16
1.8 Kepentingan Kajian 17
1.9 Batasan Kajian 18
2 SOROTAN PENULISAN 19
2.1 Pendahuluan 19
2.2 Kecerdasan Intelek 19
2.2.1 Tahap Kecerdasan Intelek 20
2.2.2 Jenis Kecerdasan Intelek 23
2.2.3 Punca Wujudnya Perbezaan
Tahap Kecerdasan Intelek
Pada Individu 25
2.3 Kecerdasan Emosi 28
2.3.1 Sejarah 30
2.3.2 Perbezaan Kecerdasan Emosi 31
2.4 Stres 32
2.4.1 Model Stres 33
2.4.2 Sumber Stres 34
2.4.3 Kesan Stres 37
2.4.4 Stres Dan Kecerdasan Intelek 39
2.4.5 Stres Dan Kecerdasan Emosi 43
2.4.6 Stres Dalam Pekerjaan 46
2.4.7 Stresor Dalam Pekerjaan 46
2.4.8 Lelaki Dan Stres 47
2.4.9 Perempuan Dan Stres 47
ix
3 METODOLOGI KAJIAN 49
3.1 Pendahuluan 49
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 50
3.4 Populasi Dan Sampel 50
3.5 Tempat Penyelidikan 51
3.6 Instrumen Kajian 51
3.7 Kajian Rintis 52
3.8 Penganalisisan Data 53
3.9 Kesimpulan 53
4 DAPATAN KAJIAN 54
4.1 Pendahuluan 54
4.2 Dapatan Kajian 54
4.2.1 Tahap Kecerdasan Intelek 55
4.2.2 Tahap Kecerdasan Emosi 56
4.2.3 Tahap Stres 57
4.2.4 Tahap Kecerdasan Dan Tahap
Stres Mengikut Jantina 57
4.2.4.1 Tahap Kecerdasan
Intelek Mengikut
Jantina 58
4.2.4.2 Tahap Kecerdasan
Emosi Mengikut
Jantina 59
4.2.4.3 Tahap Stres
Mengikut Jantina 60
x
4.2.5 Hubungan Kecerdasan Intelek
Dengan Stres 61
4.2.6 Hubungan Kecerdasan Emosi
Dengan Stres 61
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN,
IMPLIKASI DAN CADANGAN 62
5.1 Pendahuluan 62
5.2 Rumusan Kajian 62
5.3 Perbincangan Mengenai Dapatan
Kajian 64
5.3.1 Tahap Kecerdasan Intelek 64
5.3.2 Tahap Kecerdasan Emosi 65
5.3.3 Tahap Stres 66
5.3.4 Tahap Kecerdasan Dan Tahap
Stres Mengikut Jantina 67
5.3.4.1 Tahap Kecerdasan
Intelek Mengikut
Jantina 69
5.3.4.2 Tahap Kecerdasan
Emosi Mengikut
Jantina 68
5.3.4.3 Tahap Stres
Mengikut Jantina 70
5.3.5 Hubungan Kecerdasan Intelek
Dengan Stres 70
5.3.6 Hubungan Kecerdasan Emosi
Dengan Stres 71
5.4 Implikasi Kajian 71
xi
5.4.1 Kecerdasan Intelek 71
5.4.2 Kecerdasan Emosi 72
5.4.3 Stres 74
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 76
5.6 Penutup 78
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN 85
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jalinan Pekerjaan Dan Pencapaian IQ 22
2.2 Rangka Kecekapan Emosi 29
2.3 Perbandingan Ciri Kecerdasan Emosi
Dengan Ciri-ciri yang dikaitkan Dengan
Stres 45
4.1 Analisis Tahap Kecerdasan Intelek Guru 55
4.2 Analisis Tahap Kecerdasan Emosi Guru 56
4.3 Analisis Tahap Stres Guru 57
4.4 Analisis Tahap Kecerdasan Intelek Guru
Mengikut Jantina 59
4.5 Analisis Tahap Kecerdasan Emosi Guru
Mengikut Jantina 60
4.6 Analisis Tahap Stres Guru Mengikut Jantina 61
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Gambaran keputusan mengenai IQ dan
pewarisan 26
2.2 Hubungan Di Antara Stres Dengan
Pencapaian 32
2.3 Multimodal-Model Stres 33
2.4 Kecerdasan Kontekstual Dan Proses Stres 41
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Tentang Maklumat Diri 86
B Soal Selidik Tentang tahap Stres 87
C Soal Selidik Tentang Kecerdasan Emosi 89
D Soal Selidik Tentang Kecerdasan Intelek 91
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang pendidikan merupakan bidang yang bersifat dinamik di mana ia berubah
mengikut keperluan dan tuntutan semasa. Guru dan pendidik merupakan individu yang
penting dalam bidang ini. Bagi membolehkan guru dan pendidik melaksanakan tugas
yang diamanahkan dengan baik, maka guru dan pendidik perlulah merupakan individu
yang seimbang dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sahsiah di
samping mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran yang
wujud dalam sistem pendidikan.
Cabaran dalam sistem pendidikan kini memerlukan guru dan pendidik yang
mempunyai kemahiran yang tinggi, bersemangat kental, mempunyai tahap kecerdasan
intelek yang tinggi dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ini kerana guru bukan
sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah guru
juga berperanan untuk membolehkan perubahan tingkah laku berlaku kepada individu
pelajar iaitu berubah daripada menjadi seorang yang tidak berilmu kepada seorang yang
berilmu. Menurut Falsafah Pendidikan Negara, peranan guru adalah untuk melahirkan
pelajar sebagai insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah.
2
Dengan ini, tugas seseorang guru sebenarnya tidak semudah seperti yang
disangka oleh masyarakat. Ini kerana guru merupakan individu yang
dipertanggungjawab untuk memikul tugas yang pelbagai dalam sistem pendidikan di
mana guru perlu bertindak sebagai pengajar dan pendidik, kaunselor, kawan dan ibu
bapa kepada pelajar pada satu masa yang sama. Peranan yang dimainkan oleh setiap
individu guru ini adalah bagi membolehkan guru dapat merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara seperti yang diharapkan. Selain itu, guru juga tidak terlepas daripada
tekanan ibu bapa dan masyarakat yang sering mempertikaikan tindakan guru dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka, akibatnya lebih separuh daripada guru
mengalami stres yang melampau yang mana sudah tentu ianya akan memberi kesan
negatif kepada tahap kesihatan mereka dari segi fizikal dan mental. Keadaan ini secara
tidak langsung akan menyebabkan kemerosotan kepada mutu perkhidmatan mereka.
Sebenarnya setiap individu sentiasa terdedah kepada stres. Selagi mereka hidup
mereka tidak boleh lari daripada masalah ini. Seperti yang diketahui, setiap perubahan
yang berlaku kepada diri individu akan menyebabkan berlakunya stres tanpa mengira
sama ada perubahan yang berlaku adalah bersifat positif atau negatif. Tetapi perkataan
stres yang dimaksudkan dalam kajian yang akan dijalankan ini adalah merujuk kepada
stres yang melampau. Menurut Palmer dan Dryden (1995) sama ada stres yang dialami
itu bersifat positif atau negatif adalah bergantung kepada persepsi seseorang individu
terhadap keupayaannya untuk mengendalikan stres tersebut. Ini bermakna individu yang
mempunyai keupayaan untuk mengendalikan stres dengan baik akan dapat mengelakkan
dirinya daripada mengalami stres yang melampau.
Hubungan dan sokongan yang baik dari rakan sekerja adalah penting untuk
mengurangkan stres yang dialami di kalangan pekerja walaupun mereka mendapat stres
yang melampau daripada majikannya (Caleste, 2001). Ini bermakna hubungan sosial
yang baik dengan rakan sejawat dan persekitaran penting untuk mengurangkan risiko
mengalami stres yang melampau. Kedua-dua perkara ini bolehlah dikelaskan sebagai
sebahagian daripada kecerdasan emosi.
3
Pengambilan pelajar ke maktab perguruan dan universiti hanya mengambil kira
tahap kecerdasan intelek pelajar semata-mata dengan meminggirkan tahap kecerdasan
emosi pelajar. Dengan itu, kita hanya dapat mengetahui tahap kecerdasan intelek guru
sahaja tetapi kita tidak mengetahui tahap kecerdasan emosi guru. Sepatutnya tahap
kecerdasan emosi guru patut diambil kira juga selain daripada mengambil kira tahap
kecerdasan intelek guru dalam pengambilan pelajar ke maktab perguruan dan universiti.
Ini kerana hanya guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi sahaja dapat
mengendalikan stres melampau yang dialami dengan berkesan. Namun, ini tidak
bermakna yang kecerdasan emosi merupakan saingan kepada kecerdasan intelek. Ini
kerana kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi adalah sama penting.
Oleh itu, guru haruslah sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kecerdasan
intelek dan tahap kecerdasan emosinya dari masa ke semasa bagi menjamin setiap
individu guru dapat mengendalikan stres melampau yang dialami dengan berkesan.
Kajian ini akan meninjau tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan
tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji. Kemudian, kajian ini
juga akan meninjau hubungan di antara tahap kecerdasan intelek dengan tahap stres dan
tahap kecerdasan emosi dengan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan.
1.2 Latar Belakang Masalah
IQ digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan intelek seseorang individu. IQ
merujuk kepada skor yang diperoleh oleh seseorang individu dalam sesuatu ujian
kecerdasan intelek yang diduduki olehnya. Ujian ini juga ditentukan berdasarkan
peringkat umur seseorang individu.
Ahli psikologi Perancis, Binet dan Simon (1905) telah menyediakan Ujian
Binet-Simon bagi mengukur IQ. Menjelang abad ke-20, semakin ramai penyelidik yang
4
menggunakan Ujian Binet-Simon dalam menjalankan kajian psikologi ke atas tahap
kecerdasan intelek. Ujian ketenteraan iaitu Ujian Alpha dan Beta Binet yang digunakan
untuk menaksir personel ketenteraan semakin popular digunakan dalam kajian psikologi
ke atas IQ.
Baru-baru ini, Ujian “Wechsler Scale” telah menjadi instrumen yang semakin
popular digunakan oleh penyelidik bagi mengukur tahap IQ dalam bidang psikologi.
Ujian “Wechsler Scale” adalah ujian yang dibina oleh penyelidik yang bernama
Wechsler (1930). Wechsler (1930) telah menggunakan material daripada Ujian Alpha
dan Beta Binet dalam menerbitkan Ujian “Wechsler Scale”. Ciri penting yang terdapat
pada Ujian “Wechsler Scale” adalah ia mengambil kira peringkat umur seseorang
individu dalam menentukan tahap kecerdasan intelek mereka. Dengan perkataan lain,
dalam melakukan pengiraan terhadap IQ, peringkat umur seseorang individu akan
diambil kira terlebih dahulu. Atas sebab inilah, Ujian “Wechsler Scale” masih digunakan
oleh penyelidik sehingga kini.
Gardner (1999) telah mengklasifikasikan tujuh jenis kecerdasan intelek yang
mungkin terdapat pada seseorang individu. Tujuh jenis kecerdasan intelek ini juga lebih
dikenali sebagai “Multiple Intelligence ” atau MI. MI terdiri daripada kecerdasan verbal
atau linguistik, matematik atau logik, spatial atau ruang, jasmani atau kinestetik, muzik
atau irama, interpersonal dan intrapersonal. Disebabkan oleh faktor inilah yang
menyebabkan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu itu adalah berbeza antara
satu sama lain.
Sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui tentang EQ atau kecerdasan
emosi. Ia adalah satu konsep baru jika dibandingkan dengan IQ. Istilah Emotional
Intelligence (EI) atau EQ telah buat pertama kali dikemukakan oleh Salovey dan Mayer
(1990). Goleman (1995) telah menerbitkan buku yang bertajuk “Emotional Intelligence:
Why It Can Matter More Than IQ?’. Mengikut kajian yang dibuat oleh Goleman (1995),
IQ hanya menyumbangkan 20% kepada kejayaan seseorang individu, sedangkan 80%
lagi adalah bergantung kepada faktor luar termasuk EQ. Oleh itu, EQ menjadi terkenal
5
dan mula dilihat sebagai unsur yang penting dalam menentukan kejayaan dan
kebahagiaan hidup seseorang individu. Individu yang mempunyai tahap kecerdasan
emosi yang tinggi mampu membuat jaringan kerja serta bekerjasama dengan baik.
Sebaliknya individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah umumnya
gagal dalam mengurus emosinya dengan efisien bahkan individu tersebut lebih
cenderung menggunakan kuasa yang dimiliki sepenuhnya. IQ tidaklah bernilai sekiranya
emosi yang menguasai diri seseorang itu. Sebaliknya EQ menambahkan lebih banyak
sifat-sifat yang membuatkan kita menjadi lebih manusiawi (Verina, 1999). Ini kerana
orang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi mampu mengendali dan
mengelola emosi, memberi dorongan dan memotivasikan diri dan juga orang lain.
Salovey dan Mayer (1990) pula menyatakan bahawa EQ merupakan keupayaan untuk
menilai dan membezakan perasaan sendiri mahupun orang lain serta mampu
menggunakan maklumat yang diperoleh untuk membimbing pemikiran dan tindakan
seseorang. Ini bermakna dengan adanya tahap kecerdasan emosi yang tinggi pada diri
seseorang individu akan membolehkannya membuat sesuatu keputusan dengan wajar
dan baik. Manakala menurut Cooper dan Sawaf (1997), EQ adalah kebolehan untuk
menghayati, memahami dan keupayaan untuk mengaplikasikan kecerdasan emosi
sebagai satu sumber tenaga, maklumat, perhubungan dan pengaruh kepada manusia.
EQ atau juga dikenali sebagai EI merujuk kepada kebolehan atau kecerdasan
yang dimiliki oleh seseorang individu dalam memotivasikan diri, menjadikannya tabah
dalam menghadapi kekecewaan, boleh mengawal desakan hati, berupaya melakukan
penundaan ganjaran, mengurus perasaan, menghalang kesengsaraan daripada menguasai
kebolehan berfikir serta mempunyai sifat empati (Goleman, 1995). Ini bermaksud EQ
mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan untuk
memotivasikan diri sendiri dan dapat bertahan apabila menghadapi kekecewaan dalam
hidup, kesanggupan untuk mengendalikan dorongan hati, emosi tidak melebih-lebihkan
kesenangan, mengurus perasaan dan mengawal beban stres agar tidak melumpuhkan
kemampuan berfikir, menjaga perasaan orang lain, memelihara hubungan sosial dengan
baik, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta kemampuan untuk memimpin.
6
Secara umumnya masyarakat beranggapan bahawa hanya orang yang
mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi sahaja yang akan mendapat pekerjaan
yang baik dalam hidupnya. Pernyataan ini benar secara realiti di mana untuk
membolehkan seseorang individu mendapatkan pekerjaan yang baik, sijil, diploma dan
ijazah yang mewakili kebolehan intelek individu tersebut diperlukan. Tanpa dokumen
ini, seseorang individu itu tidak berpeluang untuk mendapat jawatan yang baik dalam
sesuatu pekerjaan yang dimohon. Oleh itu, ramai yang tidak menyedari akan
kepentingan kecerdasan emosi kepada kehidupan. Buktinya tiada sebarang pekerjaan di
Malaysia yang meletakkan tahap kecerdasan emosi yang tinggi sebagai syarat untuk
mendapatkan pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut sebenarnya memerlukan individu
yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi.
Untuk mencapai tahap kecerdasan emosi yang tinggi, seseorang individu itu
tidak semestinya perlu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya.
Sebaliknya, tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dicapai melalui perhubungan
mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain serta menyedari
bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing (Ismail Zain,
2001).
Jika diperhatikan tidak semua individu yang mempunyai tahap kecerdasan
intelek yang tinggi akan dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Dalam realiti,
kebanyakan guru mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi. Ini kerana dalam
setiap temuduga pengambilan ke maktab perguruan dan universiti yang dijalankan, sijil,
diploma atau ijazah yang baik diperlukan. Tiada sebarang ujian kecerdasan emosi yang
dikehendaki. Oleh itu, golongan guru merupakan individu yang mempunyai tahap
kecerdasan intelek yang tinggi tetapi kecerdasan emosi yang tidak diketahui tahapnya.
Kebanyakan orang beranggapan bahawa perkataan “stres” adalah sinonim
dengan perasaan bimbang. Ini bermakna jika berlakunya sesuatu situasi yang
menyebabkan seseorang itu mempunyai rasa bimbang, maka itulah stres.
7
Sebenarnya sistem badan kita mempunyai definisi yang lebih meluas berkenaan
dengan perkataan “stres”. Menurut sistem badan kita, perkataan stres adalah sinonim
dengan perubahan. Segala perkara atau aktiviti yang menyebabkan berlakunya
perubahan kepada diri seseorang individu itu dikenali sebagai stres. Oleh itu, stres
adalah segala perubahan yang berlaku kepada sistem badan manusia sama ada
perubahan yang berlaku bersifat positif atau negatif. Tetapi maksud “stres” dalam kajian
ini adalah merujuk kepada stres yang melampau.
Di antara kajian yang menunjukkan bahawa guru menghadapi tekanan dalam
pekerjaan ialah kajian yang dijalankan oleh Aloysia Aeria (1995). Dapatan kajian ini
menunjukkan guru di daerah Petaling mengalami tahap burnout yang sangat
membimbangkan. Begitu juga dapatan Suseela (1994) mendapati guru di Lembah Klang
mengalami tekanan yang sangat tinggi. Mokhtar Ahmad (1998) dalam kajiannya ke atas
tekanan guru di daerah Kulim mendapati 16.5% responden berada pada aras tekanan
kerja rendah, 66% berada pada aras tekanan kerja sederhana dan 17.5% pada aras
tekanan kerja yang tinggi.
Adams (1999) mendapati sifat dalaman guru merupakan satu daripada punca
utama berlakunya stres di kalangan mereka. Menurut kajian antarabangsa, stres guru
yang melampau mempunyai kaitan yang rapat dengan sifat dalaman guru. (Jarvis, 2002).
Individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tetapi tahap
kecerdasan emosi yang rendah akan menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti
sosialnya apabila masuk ke alam dewasanya. Ini kerana individu tersebut mempunyai
penghargaan kendiri yang rendah. Menyendiri atau menyisihkan diri merupakan ciri
biasa yang dimiliki oleh individu yang tidak sukakan hubungan emosi dan sosial (Ruf,
2000).
Sebaliknya individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi
dijangka kurang menghadapi risiko stres kerana mereka mampu mengelola perasaan
dengan baik iaitu dengan memiliki toleransi terhadap kekecewaan, mampu
8
mengendalikan kemarahan dengan baik, tidak menjadi agresif, memiliki perasaan positif
tentang diri sendiri, keluarga dan sekolah serta mengurangkan ekspresi verbal yang
menjatuhkan orang lain. Individu ini juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
kerana individu ini berupaya menjadi pendengar yang baik, sanggup melakukan
pendedahan kendiri serta mengekspresi perasaan. Secara tidak langsung, individu ini
akan dapat mengelakkan atau mengurangkan kemungkinan berlakunya stres yang
melampau kepada dirinya.
Daripada penjelasan yang diberikan, didapati bahawa seseorang yang
mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tidak terlepas daripada mengalami
stres. Namun begitu, kita tidak dapat mengaitkan apakah hubungan di antara tahap
kecerdasan intelek dan tahap stres guru. Begitu juga hubungan di antara tahap
kecerdasan emosi dan tahap stres guru. Persoalan ini hanya akan terjawab selepas kajian
empirikal dilakukan ke atasnya.
1.3 Pernyataan Masalah
Kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi merupakan unsur yang penting dalam
menentukan kejayaan dan kebahagiaan seseorang individu. Ini kerana ia dapat
menentukan kejayaan seseorang guru sebagai pendidik. Di samping itu, ia juga dapat
digunakan untuk menentukan tahap kesihatan seseorang guru dari segi fizikal dan
mental.
Pada masa kini, guru merupakan individu yang tidak terlepas daripada
mengalami stres. Ini kerana tugas seorang guru bukan sekadar mendidik dan membentuk
akhlak pelajar, namun guru juga berperanan untuk memenuhi kehendak masyarakat. Ini
kerana guru bukan sahaja berperanan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara
bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah tetapi guru juga perlu berhadapan dengan tekanan ibu bapa dan masyarakat
9
yang mempertikaikan tindakan guru terhadap pelajar. Oleh itu, faktor-faktor seperti
inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya stres di kalangan guru.
Pengambilan pelajar ke maktab perguruan dan universiti melalui sesi temuduga
hanya menitikberatkan tahap kecerdasan intelek seseorang individu semata-mata tanpa
mempertimbangkan tahap kecerdasan emosi seseorang individu yang bakal menjadi
guru pada masa depan. Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa guru adalah terdiri
daripada individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi tetapi
kecerdasan emosi yang tidak diketahui tahapnya. Persoalan ini akan terjawab selepas
kajian ini dilakukan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama yang ingin dicapai dari kajian ini ialah untuk mengetahui
hubungan di antara tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di
kalangan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji.
Kajian ini juga akan meninjau adakah terdapat perbezaan antara tahap
kecerdasan intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di antara guru lelaki dan
guru perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji.
1.5 Persoalan Kajian
10
1.5.1 Apakah tahap kecerdasan intelek guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan
yang dikaji?
1.5.2 Apakah tahap kecerdasan emosi guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang
dikaji?
1.5.3 Apakah tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan dalam tahap kecerdasan intelek, tahap kecerdasan
emosi dan tahap stres di antara guru lelaki dan guru perempuan Sekolah
Menengah Kebangsaan yang dikaji?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan intelek
dengan tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi
dengan tahap stres guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji?
1.6 Hipotesis Kajian
Sebagai tambahan kepada persoalan-persoalan yang dinyatakan di atas, beberapa
hipotesis telah dibentuk khususnya untuk menguji perbezaan terhadap tahap kecerdasan
intelek, tahap kecerdasan emosi dan tahap stres di kalangan guru lelaki dan perempuan
Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji. Selain daripada itu, hipotesis juga dibentuk
untuk menguji sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan
intelek dengan tahap stres dan tahap kecerdasan emosi dengan tahap stres guru-guru
Sekolah Menengah Kebangsaan yang dikaji. Hipotesis-hipotesis berikut dinyatakan
seperti berikut.
1.6.1 Hipotesis Kajian untuk Persoalan 1.5.4