6
Hubungan Brunei Dengan Pahang oleh PEHIN ORANG KAYA AMAR DIRAJA DATO SERI UTAMA (DR.) HAJI A WANG MOHD. JAMIL AL-SUFRI BIN BEGAWAN PEHIN UDANA KHATIB DATO SERI PADUKA HAJI A WANG UMAR PENGETUA, PUSAT SEJARAH BRUNEI SYNOPSIS The historical connection between Brunei and Pahfng can significantly be traced back to the late sixteenth century through the royal marriage between Puteri Lamturak binti Sultan saiful Rijal of Brunei and Sultan Abd. Ghafar ibni Sultan Abd. Kadir of Pahang in the 1570's. Another less prominent marriage linking the two states is that of Wan Ahmad bin Engku Khatib and Dang Khatijah a princess from Brunei. This marriage received the blessings of the Sultan of Brunei as ' his token of appreciation for Wan Ahmad's contribution towards setlling the internal troubles in Brunei in the 1890's. This article relates historical acounts between Brunei and Pahang up to the early twentienth century and the relationship clearlyallests the presence of Malay of Brunei decent in Vlu Tembeling , Pahang. Hubungan di antara Brunei dengan Pahang' bermula pada akhir abad ke-XVI iaitu setelah perkahwinan terjalin di antara Puteri Lamturak binti Sultan Saiful Rijal dengan Sultan Abdul Ghafor ibnu Sultan Abdul Kadir Pahang yang dijangkakan dalam T.M. I 570an. Menurut sumber sejarah yang didapati di Sarawak' nama Puteri Brunei yang disebutkan dikatakan "Puteri Zohra". Berkemungkinan nama keseluruhannya berasal dari "Fatimatuzohra" kerana ada di antara nama-nama cucu Sultan Abdul Ghafor bertiama Puteri Fatimah (keseluruhannya bemama Fatimatuzohara) yang berkahwin dengan Sultan Mudzafar Shah Perak. Selain daripada itu Raja Ahmad ibnu Sultan Abdul Kadir juga telah berkahwin dengan puteri Sultan Hasan (Linehan, 1977: 347). Perkahwinan ini dianggarkan berlaku kira-kira pada T.M. 1596 iaitu sebelum Sultan Hasan Iindung. Dari perkahwinan ini melahirkan seorang anak perempuan yang keritudiannya bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan Abdullah MU'ayat Shah) berputerakan Raja Bajau (Buyung Adil, 1984 : 64) yang terkenal dengan nama Yang DiPertuan Muda Pahang dan lohor (T.M. 1673-1689). Hubungan perkahwinan keluarga Diraja Pahang dengan Brunei ini pernah disebutkan dalam sejarah China I Saya tclah meillwal Pahang. khususnya ke Pekan dan Kampung Bantal . Ulu Tembclingpada 10-140ktober 1989. SaYIi ingin mengambil kcscmpatan ini uotuk mengucapkan lerima kasih kepada Dr. Osman Yatim (Muzium Negara) dan Encik Mohd . Mokhtar Abu Bakar(Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang) kerana ttlah mengadakan lawalan itu. Terima kasihjuga kepada Persatuan Sejarah Malaysia. Cawangan Pahangdi atasscgala kerjasama dalam menjayakan lawatan itu. 2 Abang Haji Juz. Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

  • Upload
    lamthuy

  • View
    280

  • Download
    17

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

Hubungan Brunei Dengan Pahang

oleh PEHIN ORANG KAYA AMAR DIRAJA DATO SERI UTAMA (DR.) HAJI

A WANG MOHD. JAMIL AL-SUFRI BIN BEGAWAN PEHIN UDANA KHATIB DATO SERI PADUKA HAJI A WANG UMAR

PENGETUA, PUSAT SEJARAH BRUNEI

SYNOPSIS The historical connection between Brunei and Pahfng can significantly be traced

back to the late sixteenth century through the royal marriage between Puteri Lamturak binti Sultan saiful Rijal of Brunei and Sultan Abd. Ghafar ibni Sultan Abd. Kadir of Pahang in the 1570's.

Another less prominent marriage linking the two states is that of Wan Ahmad bin Engku Khatib and Dang Khatijah a princess from Brunei. This marriage received the blessings of the Sultan of Brunei as ' his token of appreciation for Wan Ahmad's contribution towards setlling the internal troubles in Brunei in the 1890's.

This article relates historical acounts between Brunei and Pahang up to the early twentienth century and the relationship clearlyallests the presence of Malay of Brunei decent in Vlu Tembeling, Pahang.

Hubungan di antara Brunei dengan Pahang' bermula pada akhir abad ke-XVI iaitu setelah perkahwinan terjalin di antara Puteri Lamturak binti Sultan Saiful Rijal dengan Sultan Abdul Ghafor ibnu Sultan Abdul Kadir Pahang yang dijangkakan dalam T.M. I 570an. Menurut sumber sejarah yang didapati di Sarawak' nama Puteri Brunei yang disebutkan dikatakan "Puteri Zohra". Berkemungkinan nama keseluruhannya berasal dari "Fatimatuzohra" kerana ada di antara nama-nama cucu Sultan Abdul Ghafor bertiama Puteri Fatimah (keseluruhannya bemama Fatimatuzohara) yang berkahwin dengan Sultan Mudzafar Shah Perak.

Selain daripada itu Raja Ahmad ibnu Sultan Abdul Kadir juga telah berkahwin dengan puteri Sultan Hasan (Linehan, 1977: 347). Perkahwinan ini dianggarkan berlaku kira-kira pada T.M. 1596 iaitu sebelum Sultan Hasan Iindung. Dari perkahwinan ini melahirkan seorang anak perempuan yang keritudiannya bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan Abdullah MU'ayat Shah) berputerakan Raja Bajau (Buyung Adil, 1984 : 64) yang terkenal dengan nama Yang DiPertuan Muda Pahang dan lohor (T.M. 1673-1689). Hubungan perkahwinan keluarga Diraja Pahang dengan Brunei ini pernah disebutkan dalam sejarah China

I Saya tclah meillwal Pahang. khususnya ke Pekan dan Kampung Bantal. Ulu Tembclingpada 10-140ktober 1989. SaYIi ingin mengambil kcscmpatan ini uotuk mengucapkan lerima kasih kepada Dr. Osman Yatim (Muzium Negara) dan Encik Mohd . Mokhtar Abu Bakar(Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang) kerana ttlah mengadakan lawalan itu. Terima kasihjuga kepada Persatuan Sejarah Malaysia. Cawangan Pahangdi atasscgala kerjasama dalam menjayakan lawatan itu.

2 Abang Haji Juz.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

zaman pemerintahan Wan-Li (T.M. 1573-1619) yang menyatakan putera Raja Puni (Brunei) telah datang ke Pahang membantu Pahang yang sedang berperang dengan Johor dan angkatan Johor itu pun dapat dikalahkan Greoneveldt, 1876: 128). Kemudian Raja Brunei telah membawa adiknya isteri Sultan Pahang itu ke Brunei. Sultan Pahang ikut bersama-sama pergi ke Brunei dan meninggalkan putera sulung baginda Raja Muda Abdullah menjalankan pemerintahan Pahang. Tetapi tidak lama kemudian Sultan Pahang itu telah berangkat balik ke Pahang (Buyung Adil, 1984: 67-68).

Makam Puteri Lamturak isteri Sultan Abdul Ghafor yang disebutkan masih didapati di Makam Diraja Pekan, Pahang berhampiran dengan batu nisan kepunyaan Sultan Abdul Ghafor, tetapi pada batu nisan puteri Brunei itu tidak. terdapat tulisan yang menyebutkan namanya; hanya berdasarkan kebiasaan pengetahuan orang ramai dari semasa ke semasa yang mengatakan batu nisan itu adalah kepunyaan Puteri Brunei yang telah berkahwin dengan Sultan Abdul Ghafor ibnu Sultan Abdul Kadir.

Kira-kira pada awal abad ke-XIX, pada zaman Pahang di bawah pemerintahan Bendahara iaitu setelah Bendahara Tun Muhammad mangkat di Pahang pada T.M. 1803 diganti oleh adindanya Tun Koris, bergelar Bendahara Paduka Raja dan berkediaman di Endau. Diriwayatkan bahawa Bendahara Tun Koris ini seorang yang gagah dan keras pemerintahannya (Buyung Adil, 1984: 114); tetapi tidak lama memerintah, dan setelah mangkat dalam T.M. 1806 (Linehan, 1977 : 54) digantikan oleh anakandanya Tun Ali bergelar Bendahara Siwa Raja atau Seri Wak Raja. Memandang kepada Bendahara Tun Koris ini tidak lama memerintah berkemungkinan beliau mangkat di bunuh oleh lanau yang pada masa itu bermaharaja lela di Laut China Selatan, kerana kisah ini bersesuaian dengan cerita yang terdapat di Brunei iaitu kira-kira dalam awal abad ke-XIX, seorang putera Diraja Pahang bernama Engku Muhamad bin Tengku Koris telah ditangkap oleh Ian un dijual ke Brunei kepada Pehin Jawatan Munaf dan ayahandanya telah dibunuh oleh lanun itu, tetapi akhirnya setelah dikenali dari tingkah lakunya yang berbeza daripada orang biasa, maka Pehin Jawatan M unaf telah memberikan penghormatan pula kepadanya dan dihantarnya balik ke Pahang secara yang lazim dilakukan kepada keluarga Diraja. Pada masa ia balik ke Pahang ia telah meminta kepada Pehin Jawatan Munaf membawa bersama gundik Pehin Jawatan Munaf yang pernah memeliharanya pada masa di Brunei> dahulu untuk dijadikan isteri. Perempuan tersebut mempunyai anak keeil dan anak itu dibawanya bersama ke Pahang.

Menurut Pehin Jawatan Dalam Awang Haji Muhammad Husain lebih kurang T.M. 1910an pada masa beliau berada dalam kapal haji menuju ke Makkah AI­M ukarramah ia telah berjumpa keluarga Diraja Pahang yang bersama-sama menunaikan fardu haji.. Dalam masa berkenalan itu antara lain keluarga Diraja Pahang itu telah meriwayatkan bahawa mereka mempunyai hubungan keluarga dengan orang Berunei melalui anak keeil yangdibawa oleh isteri Tengku Muhamad ke Pahang. Anak keeil itu termasyhur dengan nama Tengku Char yang berkahwin dengan Sultan Ahmad ibnu Tun Ali Bendahara Seri Wak Raja dan beranakkan antara lain keluarga Diraja Pahang yang pergi menunaikan fardu haji bersama-sama dengannya itu. Maka ' daripada perkenalan itulah yang menjadikan hubungan keluarga yang telah lama putus itu bersambung semula dan sejak i\u ikatan kekeluargaan di antara keluarga Pehin Jawatan Dalam Awang Haji Muhammad Husain dengan keluarga Diraja Pahang ~ntiasa tetjalin terus sehingga kepada anaknya Pehin' Orang Kaya Digadong Seri Diraja!Dato Laila Utama Awang Haji Mohamad Yusuf. Tatkala Sultan Abu Bakar milngkat pada T.M. 1974, pihak keluarga Diraja Pahang pernah menghantar telegram kepada Setiausaha Kerajaan Brunei untuk disampaikan kepada Yang Berhormat Pehin Orang kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Awang Haji Muhammad Yusof untuk menyatakan

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

kemangkatan Sultan Abu Bakar itu. Perkahwinan Tengku Char dengan Sultan Ahmad ibnu Tun Ali Bendahara Seri

Wak Raja itu berputerikan antara lain Tengku Long yang berkahwin dengan Wan Ngah bin Temenggong Wan Mahmud bin Wan Ismail bin Wan Ismail bin Wan Ali ibnu Bendahara Tun Koris (T.M. 1803-1806) beranakkan Engku Khatijah yang berkahwin dengan Tengku Abdul Aziz Tengku Arif Temenggong ibnu Sultan Abdullah ibnu Sultan Ahmad beranakkan antara lain Tengku Rokiah, Tengku Rodhiah dan Tengku Badariah yang berkahwin dengan Tengku Koris bin Tengku Haji Jaafar bin Tengku Ali ibnu Sultan Ahmad; dan Tengku Nong tidak diketahui suaminya. Dengan isteri baginda yang lain (keluarga Diraja Pahang) Sultan Ahmad AI-Muaddzam Shah ini berputerakan Sultan Abdullah AI-Mustain Billahi Shah, Sultan Pahang ketiga berputerakan Sultan Abu Bakar Riatuddin Muaddzam Shah yang berputerakan Sultan Haji Ahmad Muaddzam Shah AI-Mustain Billahi Shah. (Buyung Adil, 1984: 189).

Selain daripada perkara yang disebutkan di Ulu Tembeling termasyhur pula seorang bemama Dang Katijah yang menjadi isteri kepada Wan Ahmad bin Engku Khatib Wan Daud bin Tun Abdullah bin Tun Abbas ibnu 'Sultan Abdul Jalil Riayat Shah AI-Muaddzam Shah dengan sebutan Puteri Brunei. Terdapat berbagai-bagai cerita mengenai Dang Katijah ini,.ada.mengatakan beliau Puteri Raja dan juga yang mengatakan Puteri Bendahara. Ke<!atangan Wan Ahmad ke Brunei pula dikatakan dipanggil oleh Sultan Brunei untuk mengamankan Brunei daripada gangguan lanun yang bemama Said dan Saad kerana. Wan Ahmad itu seorang yang termasyhur gagah di Pahang.

Setelah diselidiki kisah Wan Ahmad dan Dang Katijah ini daripada cucunya Engku Basri bin Engku Saleh yang didapati daripada catatan mengenainya temyata Dang Katijah yang menjadi isteri kepada Wan Ahmad bin Engku Khatib itu adalah anak kepada Encik Muhamad yang menjadi Konsul British di Brunei. Kedatangan Wan Ahmad ke Brunei itu adalah dibawa oleh Mr. H.M.S. McArthurpada bulan Mei 1904 (Nicholas Tarling, 1971 : 506) untuk menemaninya semasa hendak mengadap Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dengan maksud untuk memperlihatkan kegagahan Wan Ahmad itu kepada baginda supaya baginda dapat dipengaruhi dan memudahkan maksudnya hendak memujuk baginda mempersetujui maksudnya.

Menurut Engku Basri (cucu kepada Wan Ahmad) apabila kegagahan Wan Ahmad itu disembahkan kepada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, baginda telah menitahkan Wan Ahmad menangkap penjahat bersama Said dan Saad yang sudah lama melakukan kejahatan di Brunei. Wan Ahmad meminta tempoh selama tiga hari untuk membuat persediaan. Tindakan Wan Ahmad sedemikian nyata menunjukkan ia merasa takut kerana khuatir dirinya tidak boleh mengalahkan kedua­dua penjahat itu.

Dalam masa membuat persediaan itu dengan takdir Allah Subhanahu Wata'ala, teringatlah dia akan keistimewaanya mempunyai alak-alak berbulu berwama hitam, kerana keistimewaannya itu boleh digunakan untuk menghadapi seseorang yang hendak melakukan kejahatan dengan mengatakan kepada orang yang dimaksud supaya berjanji di hadapannya. Menurut lazimnya barang siapa membuat perjanjian berhadapannya, mestilah bercakap betul dan mematuhui perjanjian itu, jika diingkari akan menerima padah seperti mati atau lainnya. Setelah tiga hari maka Wan Ahmad pun menghadap dan terus dititahkan untuk menangkap kedua penjahat itu.

Pada masa ia menjumpai Saad dan Said itu Wan Ahmad telah memberitahu mereka itu bahawa ia (Wan Ahmad) datang ke Brunei dibuang negeri oleh Sultan Pahang kerana ia terlalujahat di sana. Mendengarpenerangan tersebut Said dan Saad pun memberitahunya yang mereka itu adalah sarna-sarna orang jahat dan mereka terus mengajaknya'melakukan perbuatanjahat itu. Kemudaian mereka memberitahu

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

Wan Ahmad bahawa kalau ia hendak memenggal kepala Sultan pun boleh mereka melakukannya. Wan Ahmad menasihatkan janganlah membuat perkara yang sedemikian itu lagi, dan ada baiknya mereka bertaubat dan menjadi orang baik-baik. Mendengar nasihat Wan Ahmad itu, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mereka berdua itu telah berjanji untuk bertaubat dan sarna-sarna mengadap Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin untuk menjunjung limpah kurnia keampunan daripada baginda.

Sebelum mengadap, Wan Ahmad memberitabu mereka supaya mereka membuat pengakuan di hadapannya (Wan Ahmad) dan berjanji tidak akan membuat kejahatan lagi. Setelab mereka membuat pengakuan itu maka Wap Ahmad pun mengadap Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin untuk menyerabkan mereka yang akan menjunjung ampun itu.

Apabila Saad dan Said dititahkan ditahan dalam penjara, maka keduanya pun ingkar. Sungguhpun begitu Saad sempat dimasukkan ke penjara kerana Wan Ahmad telah mengatakan kepadanya bahawa janji mereka yang telah diakad itu tidak boleh dilanggar; tetapi Said terus melarikan diri dan pulang ke rumahnya. Menurut Wan Ahmad apabila orang telah membuat pengakuan di hadapannya telah mungkir janji maka ia akan menerima padahnya. Oleh itu tidak berapa lama kemudian Saad yang dalam penjara itu pun meninggal dunia, begitujuga Said tetapi mengambil masa yang lama.

Said yang disebutkan ini memal1g ada di Brunei, tetapi bukan lanun seperti yang difahamkan oleh orang di Pahang. Ia termasyhur jahat dan mempunyai ilmu hitam sepeti ilmu pantak, ranggau, pugai dan sebagainya. Pada masa Said ini hendak meninggal dunia dikatakan ia tidak sedarkan diri selama tujuh hari dan keadaannya merayap-rayap seperti seekor binatang, badannya merah dan menggerunkan menyebabkan semua orang dalam rumah itu lari.

Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Datu Perdana Menteri Radin Haji Abdul Rahman bin Radin Haji Othman, maka beliau telah meminta orang kampung yang berhampiran dengan rumah Said ini supaya mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai di Bakut kepunyaan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Awang Muhamad Daud. Dengan takdir Allah Subhanahu wa ta'ala setelah selesai sembahyang hajat itu Said itu pun lemah dan menghembuskan nafas terakhir.

Tatkala hendak mencucikan mayatnya sukar pula untuk mendapatkan orang yang hendak menyucikannya, begitu juga ketika hendak mencari orang yang hendak menyembabyangkannya kerana apabila orang yang diarahkan menjemput itu sampai di rumah orang yang dijemput pada masa itu juga orang yang dimaksud dikatakan baru sahaja keluar rumah. Pada masa hendak mengebumikan jenazahnya pun menghadapi kesukaran kerana tanah yang digali untuk liang itu mempunyai batu. Akhirnya dimasukkan juga dalam liang yang kurang sempurna dan apabila mayatnya itu dimasukkan ke liang lahat, berkeliaranlah balipan di dalam liang itu, maka mayatnya pun serta-merta ditimbus.

Setelah kedua-dua penjahat itu meninggal dunia maka Sultan Brunei telah menitahkan Wan Ahmad supaya menetap dan beristeri di Brunei dengan menawarkan puteri baginda sendiri untuk menjadi isterinya, tetapi Wan Ahmad menolak dengan baik tawaran tinggal di Brunei itu kerana ia masih diperlukan di tanah airnya. Tawaran berkahwin dengan puteri baginda itu ditolaknya juga kerana puteri itu mempunyai lubang telinga (untuk subang) yang besar dan sebelum itu ia · pernah berpandangan mata dengan seorang anak Encik Mubamad Konsul British di Brunei bernama Dang Katijah yang bukan sahaja mempunyai paras yang cantik rupawan bahkan telinganyajuga berlubang kecil. Wan Ahmad melihat Dang Katijah itu pada masa ia berada di Kampung Ujung Tanjung seperti yang telah dibayangkan dalall) satu pantun yang masih terdapat dalam persuratan yang dipunyai oleh Engku Basri.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

Mendengar sembah Wan Ahmad itu maka baginda telah memperkenankan perkahwinannya dengan Dang katijah. Akhirnya Dang Katijah itu dibawa balik ke Pahang dan terusdiam di Kuala Sad, Ulu Tembelirig. Pada masa Wan Ahmad balik ke Pahang, Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin telah menitahkan 40 orang pengiring menghantarnya ke Pahang dengan sebuah garai.

Pada masa Dang Katijah ini mengandung dan hendak melahirkan anak pertama maka anak itu telah ghaib. Menurut cerita Engku Basri bin Engku Saleh, anak itu telah menjelma menjadi ulardan sesudah itu Dang Katijah itu pun meninggal dunia di Kuala Sad, dimakamkan di Bukit Angus, Ulu Tembeling berdekatan dengan makam ayah mertuanya Engku Khatib bin Engku Perang. Menurut tarikh yang dijumpai di batu nisannya itu, ia meninggal dunia pada T.H. 1237 bersamaan T.M. 1909. Setelah Dang Katijah meninggal dunia dikatakan juga ada di antara orang Brunei yang mengiringkannya ke Pahang itu balik ke Brunei. M ungkin ada juga yang masih berada di sana kerana semasa lawatan penulis ke Ulu Tembeling didapati ada juga di antara mereka itu yang mengatakan diri itu berasal dari Brunei sarna ada orang yang mengiringkan Dang Katijah itu atau orang Brunei lain tetapi di kalangan masyarakat di Ulu Tembeling itu banyak terdapat perkataan Brunei seperti awu, bah, bini, melimpang, bekamih, dugal, bisai, betapok , ngalih dan oi. Penduduk-penduduk di tempat itu pula ada yang menggunakan nama ' Awang' dipangkal nama mereka seperti Awang Mohd. Zain bin Dollah, Awang Chik bin Talib dan Awang Deris bin Akil.

Pada masa ditemuramah pada 140ktober 1989, Engku Basri bin Engku Saleh juga telah mengatakan bahawa Wan Ahmad ini telahdikurniakan tanah tulin di Kota Batu, Brunei sebagai membalas jasanya itu ·tetapi menurut Mr. A.V.M. Horton bahawa tanah tulin di Kota Batu yang disebutkan. itu adalah kurnia Sultan Abdul Momin kepada ~ncik Muhamad yang menjadi Konsul British di Brunei (A.W.M. Horton, 1987: 108); bukan dikurniakan kepada Wan Ahmad, dan akhirnya tanah itu pada T.M. 1906 telah menjadi milik negara. Selaip dari itu Engku Basri juga menceritakan bahawa Wan Ahmad itu telah diberikan oleh Sultan Brunei sebiji tawak-tawak dan tawak-tawak itu masih tersirripall di.rumah Engku Basri.

Pada masa penulis pergi menunaikan fardu haji.pada tahun 1961 di dalam kapal haji Kuala Lumpur penulis telah berjumpa seorang,y",ng ti.l'ggal di Kampung Rompin dan menyatakan dirinya berasal dari Brunei.· Sehubung dengan ini semasa Rombongan Persejarahan Brunei melawat Pahang yang diselajurkan menyelidik persejarahan orang Brunei yang bermastautiri di Rompin yang dikatakan oleh orang yang pernah dijumpai kapal haji yang disebutkan bahawa mereka (orang Brunei) yang pada masa itu di Rompin seramai 500 orang. Tatkala diselidik kebanyakan mereka pada masa itu generasi yang kurang memahami perkara yang dimaksudkan kerana perkara itu sudah terlalu I,ama tetapi mereka yang diselidik itu mengatakan bahawa mereka pernah juga mendengar perkhabaran dari datuk nenek mereka yang berasal dari Brunei, hanya ketentuan tempat mereka atau ketempatan mereka di Brunei itu tidak dapat dipastikan disebabkan milsanya sudah lama dan mereka tidak berhubung dengan keluarga mereka yang di Brunei; tambahan pula mereka itu selalu berpindah­randah.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Hubungan Brunei Dengan Pahang - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3536/1/MDSS_1990_Bil.18_7.pdf · bersuamikan seorang Raja Abdullah lohor (Sultan

Rujakan l. Greoneveldt, W.P., Notes On the Malay Archipelago and Malacca Compiled/rom

Chinese Sources, Batavia, 1876. 2. Linehan, W., A History 0/ Paliang, MBRAS, Kuala Lumpur 1973. 3. Buyung Adil, Haji, Sejarah Pahang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

1984 . . 4. Horton, A.V.M., Report on Brunei in 1904, M.S.H. McArthur, Ohio, 1987. 5. Tarling, Nicholas, Britain, The Brookes and Brunei, Kuala Lumpur, Oxford

University Press, 1971. 6. Othman Yatim, Dr., Orang-orang Brunei di Pahang, kertas kerja Seminar Sejarah

Brunei, 28-31 Qgos 1989.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia