Upload
others
View
31
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK
BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI BAHAGIAN KEDUA
SRI AMAN, SARAWAK
LIEW LEE LEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOCI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS+
JUDUL: HUBlJNCAN TAHAP STRES DENCAN KECENDERUNCAN HENDAK
BERHENTI KERJA D l KALANCAN GURU-ClIRU Dl BAHACIAN
KEDUA SRI AMAN, SARAWAK
Saya LlEW LEE LEE (HIIRUF BESAR)
rnengaku rnernbenarkan tesis (PSMiSar.jana1 Iloktor falsafah)* ini disirnpan di Perpustakaan [Jnivcrsiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:
1 . 'I'esis adalah hakrnilik llniversiti Teknologi rnalaysia. 2. I'erpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibcnarkan rncmbuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan rnernbuat salinan tesis ini scbagai bahan pertukaran antara institusi
penga,jian tinggi. 4. ** Sila tanda (4)
(Mengandungi rnaklurnat yang berdarjah keselarnatan atau SU LIT kepentingan Malaysia seperti yang terrnaktub dalarn
AKTA KAHSIA KASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi rnaklurnat TERHAD jang telah ditentukan olch organisasil badan di rnana penyelidikon di.jalankan)
TlDAK TERHAD
(I'ANDAIANGAN PENCILIS) ( , I ' A ~ ~ I ~ A T A N G A N E'ENY E1,IA)
Alarnat Tetap:
No. 429, L ~ P 1, Jln Wan Abdul Hahman. Kenyalang Park
PHOF.ICIADYA SYED M O t I D SIiAVEO BIN SYEI) MANSOH A1,HABSHI
93300 Kuching, Sarawak. (Narna Penyelia)
'l'arikh : 2 1 April 2006 Tarikh : I@ -04- - 06 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** .lika tesis ini SULI'I'atau TEKkiAI). sila larnpirkan surat daripoda pihak berkuasa Iorganisasi berkenaan dengan rnenyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau l'F.KtIAI). 'l'esis dirnaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor FalsaPah dan Sarjana secara penyelidikan, atou disertasi bagi pengajian sccara kcrja kursus dan penyelidikan. atau 1,aporan Pro-jek Sarjana Muda (I'SM)
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)".
Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nama Penyelia : ~ ) g C I ~ a d ~ a Syed hohd Shafeq B Syed Mansor Alhabshi
Tarikh : 2 1 April 2006
HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK
BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI BAHAGIAN KEDUA SRI
AMAN, SARAWAK
LIEW LEE LEE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.
(Kejuruteraan Elektrik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Nama Penulis : . . Liew . . . . . . . . . . , . . . . . . . Lee . . . . . . . . . . . . . . Lee . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Tar i kh : 21 April 2006 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu yang tersayang…
Liew Chaw Min
Voon Jun Nah
… terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan sepanjang saya
menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia
Buat kakak-kakak dan adik yang dikasihi…
Liew Suk Fang
Liew Suk Huang
Liew Suk Ngo
Liew Suk Lan
Liew Thau Kuan
doa dan sokongan yang anda berikan sentiasa dalam ingatan.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia
tesis Prof. Madya Syed Mohd. Shafeq Bin Syed Mansor Alhabshi atas bimbingan,
tunjuk ajar dan dorongan beliau dalam menyiapkan tesis saya ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu
sekolah menengah kebangsaan Sri Aman, sekolah menengah kebangsaan Simanggang
dan sekolah menengah kebangsaan St. Luke di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.
Kerjasama dari mereka amatlah dihargai.
Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang
sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya menyiapkan tesis ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan tahap stres dengan
kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di bahagian kedua Sri
Aman, Sarawak. Tiga buah sekolah menengah iaitu sekolah menengah kebangsaan Sri
Aman, sekolah menengah kebangsaan Simanggang dan sekolah menengah kebangsaan
St. Luke terlibat dalam kajian ini dengan 177 orang guru diambil secara rawak
bersistematik sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah dalam
bentuk soal selidik. Soal selidik ini mengandungi “Job Related Tension” untuk
mengukur tahap stres, manakala untuk mengukur kecenderungan hendak berhenti kerja
pengkaji menggunakan “Propensity To Leave Index”. Perisian Statistical Packages For
Social Science (SPSS) version 11.5 telah digunakan untuk memproses data. Sementara
itu, data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.
Secara keseluruhannya kekuatan hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak
berhenti kerja adalah berada pada tahap rendah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the relationship stress and the intention
to leave the job among teachers in second distinct Sri Aman, Sarawak. There are three
secondary school involve in this research such as sekolah menengah kebangsaan Sri
Aman, sekolah menengah kebangsaan Simanggang dan sekolah menengah kebangsaan
St. Luke and 177 teachers have been taken randomly as systematic. The questionnaires
have been chosen as research instrument. The questionnaire contents Job Related
Tension for stress measurement, while Propensity To Leave Index is used by researcher
to measure the intention to leave the job among teachers. Statistical Packages For Social
Science (SPSS) version 11.5 software been used for analyzed data. Meanwhile, the
descriptive and inference statistic are used to analyze collection of data. As a conclusion,
analysis shows that low relationship of stress and the intention to leave the job among
teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN DIRI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Model Kajian 12
1.8 Definisi Konsep 13
viii
1.8.1 Guru 13
1.8.2 Stres 13
1.8.3 Sekolah 13
1.8.4 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 14
1.9 Kepentingan Kajian 14
1.10 Skop Kajian 15
1.11 Kesimpulan 15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teori Stres 16
2.3 Tahap Stres Guru 17
2.4 Punca Stres 19
2.4.1 Peraturan Sekolah 19
2.4.2 Beban Tugas 20
2.4.3 Hubungan Interpersonal 20
2.4.4 Masalah Pelajar 21
2.5 Tahap Stres Dari Segi Demografi 21
2.5.1 Jantina 21
2.5.2 Status Perkahwinan 22
2.5.3 Pengalaman Mengajar 23
2.6 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 24
2.7 Kesimpulan 26
3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Prosedur Kajian 28
ix
3.4 Tempat Kajian 29
3.5 Pembolehubah Kajian 29
3.6 Persampelan 31
3.7 Instrumen Kajian 32
3.7.1 Bahagian A – Demografi 33
3.7.2 Bahagian B – Alat Ukur Bahagian B – Tahap Stres 33
3.7.2.1 Kebolehpercayaan Alat Ukur Tahap
Stres 34
3.7.2.2 Permarkatan Indeks Tahap Stres 34
3.7.3 Bahagian C – Punca Stres 35
3.7.3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan 36
Alat Ukur Punca Stres
3.7.3.2 Cara Permarkatan “ Indeks Punca Stres ” 37
3.7.4 Bahagian D – Kecenderungan Hendak Berhenti
Kerja (Propensity To Leave Index) 39
3.8 Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja 41
3.9 Analisis Data 41
3.10 Kesimpulan 42
4 ANALISIS DATA 43
4.1 Pengenalan 43
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 45
4.3 Analisis Deskriptif 47
4.3.1 Keputusan Analisis Deskriptif Tahap Stres 47
4.3.2 Keputusan Analisis Deskriptif Punca Stres 48
4.3.3 Keputusan Analisis Deskriptif Kecenderungan
Hendak Berhenti Kerja 54
4.4 Bahagian B : Laporan Analisis Inferensi 55
4.5 Kesimpulan 79
x
5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 80
5.1 Pengenalan 80
5.2 Perbincangan Analisis Deskriptif Tahap Stres, Punca
Stres Dan Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 81
5.2.1 Tahap Stres 81
5.2.2 Punca Stres 82
5.2.3 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 83
5.3 Perbincangan Analisis Inferensi Tahap Stres, Punca
Stres Dan Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 84
5.3.1 Tahap Stres Dari Segi Demografi 84
5.3.2 Punca Stres Dari Segi Demografi 86
5.3.3 Kecenderungan Hendak berhenti Kerja Dari
Segi Demografi 87
5.4 Perbincangan Hubungan Tahap Stres Dengan
Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 87
5.5 Cadangan Tindakan 88
5.6 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 89
5.7 Kesimpulan 90
BIBLIOGRAFI 91-96
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan item setiap bahagian dalam soal selidik 28
3.2.1 Pembolehubah bebas 30
3.2.2 Pembolehubah bersandar 30
3.3 Bilangan guru dalam sekolah yang terpilih 31
3.4 Senarai bilangan guru dalam sekolah di bahagian
kedua Sri Aman, Sarawak 32
3.5 Nilai alpha alat ukur tahap stres oleh pengkaji yang
lepas 34
3.6 Markat skor bagi menentukan stres 35
3.7 Alat ukur bahagian C – Punca stres 36
3.8 Nilai alpha alat ukur punca stres oleh pengkaji yang
lepas 37
3.9 Pembahagian skor punca stres 37
3.10 Nilai skor bagi item-item positif dan negatif bagi punca
stres 38
3.11 Jadual pemberian markat bagi indeks kecenderungan
hendak berhenti kerja 39
3.12 Skor permarkatan tahap kecenderungan hendak berhenti
kerja 40
3.13 Tahap Hubungan Korelasi 41
xii
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut jantina 45
4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
status perkahwinan 46
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
pengalaman mengajar 46
4.4 Keputusan analisis tahap stres dalam bilangan dan
peratusan di kalangan responden 47
4.5 Keputusan analisis deskriptif punca stres di kalangan
guru-guru 48
4.6 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Peraturan Sekolah) 49
4.7 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Beban Tugas) 50
4.8 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Hubungan Interpersonal) 51
4.9 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Masalah Pelajar) 53
4.10 Keputusan analisis kecenderungan hendak berhenti
kerja dalam bilangan dan peratusan di kalangan
responden 54
4.11 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru
lelaki dan guru perempuan 55
4.12 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru
sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 56
4.13 Analisis skor min tahap stres mengikut kumpulan
pengalaman mengajar 57
4.14 Analisis anova satu hala tahap stres mengikut
pengalaman mengajar 58
xiii
4.15 Keputusan analisis ujian-t punca stres (peraturan
sekolah) antara guru lelaki dan guru perempuan 59
4.16 Keputusan analisis ujian-t punca stres (beban tugas)
antara guru lelaki dan guru perempuan 60
4.17 Keputusan analisis ujian-t punca stres (hubungan
interpersonal) antara guru lelaki dan guru perempuan 61
4.18 Keputusan analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar)
antara guru lelaki dan guru perempuan 62
4.19 Analisis ujian-t punca stres (peraturan sekolah) antara
guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 63
4.20 Analisis ujian-t punca stres (beban tugas) antara guru
sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 64
4.21 Analisis ujian-t punca stres (hubungan interpersonal)
antara guru sudah berkahwin dan guru belum
berkahwin 65
4.22 Analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar) antara
guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 66
4.23 Analisis skor min punca stres (peraturan sekolah)
mengikut pengalaman mengajar 67
4.24 Analisis anova satu hala punca stres (peraturan sekolah)
mengikut pengalaman mengajar 68
4.25 Analisis skor min punca stres (beban tugas) mengikut
pengalaman mengajar 69
4.26 Analisis anova satu hala punca stres (beban tugas)
mengikut pengalaman mengajar 70
4.27 Analisis skor min punca stres (hubungan interpersonal)
mengikut pengalaman mengajar 71
4.28 Analisis anova satu hala punca stres (hubungan
interpersonal) mengikut pengalaman mengajar 72
4.29 Analisis skor min punca ptres (masalah pelajar)
mengikut pengalaman mengajar 73
xiv
4.30 Analisis anova satu hala punca stres (masalah pelajar)
mengikut pengalaman mengajar 74
4.31 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja
(PLI) antara guru lelaki dan guru perempuan 75
4.32 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja
(PLI) antara guru sudah berkahwin dan guru belum
berkahwin 76
4.33 Analisis skor min kecenderungan hendak berhenti kerja
(PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 77
4.34 Analisis anova satu hala kecenderungan hendak berhenti
kerja (PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 78
4.35 Analisis hubungan tahap stres dengan kecenderungan
hendak berhenti kerja (PLI) 79
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik
B Surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia
C Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
D Jadual penentuan saiz sample
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang perguruan merupakan profesion yang penting di dalam melahirkan
generasi muda ke arah membangunkan kemajuan sesebuah Negara. Sehubungan dengan
ini, peranan pendidik amatlah diperlukan dan dihargai dalam merealisasikan wawasan
2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dan seimbang dari
segi jasmani, emosi, intelek dan rohani.
Kita tahu bahawa peranan utama guru ialah mengajar dan mendidik para pelajar
di sekolah. Tetapi, tanggungjawab guru bukan sekadar itu sahaja, guru-guru juga perlu
menjalankan aktiviti lain seperti Kokurikulum, kelas tambahan, menghadiri kursus,
menyediakan alat bantu mengajar dan lain-lain. Di samping itu, mereka perlu sentiasa
mengikuti perubahan pendidikan yang semakin menuju ke alam teknologi. Ini dapat
dilihat bahawa Negara kita telahpun melaksanakan Pembelajaran Berbantukan
Komputer. Maka guru-guru perlu menyesuaikan reformasi pendidikan serta sentiasa
melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan teknologi.
2
Dengan tanggungjawab serta beban kerja yang berat perlu dipikul oleh seseorang
guru, maka secara langsung akan tercetusnya dilema antara penekanan peribadi dengan
penekanan profesionalisme dan akhirnya boleh menyebabkan seseorang guru itu
mengalami masalah stres. Stres atau ketegangan bukanlah satu penyakit, tetapi jika
tidak dikawal boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Stres adalah satu ciri hidup yang
kontemporari. Pada kelazimannya, istilah stres digunakan apabila hendak memberikan
penjelasan ketika berlaku ketegangan. Walaupun tahap ketegangan adalah bergantung
kepada jumlah stres atau seriusnya stres itu ke atas seseorang individu oleh persekitaran
fizikal dan sosial (Head dan Hill, 1996).
Umumnya, kebanyakan orang akan mengalami stres disebabkan oleh kegagalan
mereka untuk menyesuaikan diri dengan tekanan yang dihadapi. Maka tidak hairan juga
jika seseorang guru akan mengalami stres akibat daripada beban tugas serta tekanan
yang dihadapi. Sebagai contoh dalam perlaksanaan matapelajaran sains dan matematik
yang perlu diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah yang
bermula pada tahun 2003 oleh cabinet (Berita minggu, 21 Julai 2002). Ini sedikit
sebanyak akan menimbulkan tekanan kepada guru berkenaan. Stres perlu dipandang
serius kerana ia boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif sekiranya tidak
diurus atau ditangani dengan betul.
Stres boleh mendatangkan kesan yang positif sekiranya kita dapat menerima dan
mengurusnya dengan betul. Ini kerana stres akan menjadikan kita biasa dengan tekanan
yang dihadapi dan ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri dalam sesuatu profesion.
Sebaliknya jika stres yang dihadapi tidak dapat diuruskan dengan betul, maka akan
timbul kesan-kesan yang negatif seperti tiada keyakinan, tidak bersemangat, tidak
bermotivasi, hilang kesabaran dan akhirnya mungkin akan memilih meninggalkan
profesionnya. Memandangkan stres sangat mempengaruhi profesion perguruan, maka
guru-guru perlu berupaya mengatasi masalah stres demi mencapai kejayaan bersama
untuk diri sendiri, Negara dan masyarakat.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah stres telah melanda profesion perguruan sejak dahulu lagi, perkara ini
perlu dipandang serius kerana ia boleh mengugat profesion perguruan serta menjejaskan
prestasi guru dalam melaksanakan tugas sehariannya. Tambahan pula dengan pelbagai
perubahan dan reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tugas
guru semakin berat dan mencabar (Utusan Malaysia, 15 Mac 2003). Guru-guru perlu
mengubahsuai kaedah pengajarannya yang berunsurkan kepada pembelajaran berbantu
komputer. Ini justeru menambahkan lagi tekanan kepada guru terutamanya bagi mereka
yang kurang mahir dalam penggunaan komputer. Stres akan berlaku sekiranya guru
tidak dapat menyesuaikan diri dengan masalah atau tekanan yang dihadapi.
Pada masa kini, pencapaian akademik telah menjadi fokus utama pihak ibubapa
atau masyarakat terhadap anak-anak mereka, sekiranya berlaku kemerosotan pencapaian
akademik pelajar, maka hanya pihak guru sahaja yang akan dipersalahkan. Menurut Soh
(1997), jangkaan masyarakat terhadap guru adalah tinggi dan ini akan menyebabkan
guru terasa tertekan sekiranya tidak dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar
seperti yang diharapkan oleh masyarakat. keadaan begini turut menjadikan guru tiada
keyakinan dalam melaksanakan kaedah pengajarannya dan akhirnya mengalami masalah
stres yang serius sekiranya tidak diuruskan dengan betul.
Beban kerja guru yang terlalu banyak menyebabkan guru terasa tertekan dan
menimbulkan masalah stres terhadap pekerjaannya. Guru yang mengalami tahap stres
yang tinggi akan lebih cepat hilang kesabaran dan keyakinan terhadap kerjanya.
Menurut Timbalan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
P.Ramanathan (Utusan Malaysia, 13 Februali 1995) beban kerja guru yang semakin
meningkat perlu dikaji semula untuk menyelesaikan masalah stres guru. Sehubungan
dengan kenyataan ini, suatu ketika dahulu bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk
4
Fong Chan Onn pernah melaungkan cadangan memperkenalkan kursus pengurusan stres
kepada guru-guru. Menurut beliau, pihak kementerian mengakui bahawa guru-guru
menghadapi keadaan stres setiap hari berikutan dengan beban tugas yang mereka perlu
laksanakan (Berita Harian, 9 Sep1995).
Selain itu masalah displin pelajar juga menjadi punca kepada tercetusnya
penyakit stres terhadap guru, mereka perlu sentiasa berhadapan dengan kerenah pelajar
yang mempunyai pelbagai masalah displin seperti tidak membuat kerja rumah, ponteng
kelas, merokok, tidak sopan dan sebagainya. Kesabaran guru akan terjejas sekiranya
guru berkenaan telah mengalami tahap stres yang tinggi. Ini dapat dikaitkan dengan
tindakan guru dalam menghukum pelajar seperti merotan, menampar dan menumbuk
telah menggambarkan bahawa guru berkenaan sudah hilang kesabaran akibat daripada
masalah stres yang wujud dalam dirinya yang tidak diselesaikan. Kes Megat Mohd Asri
Megat Wahab, seorang pelajar yang berumur 14 tahun dirotan oleh gurunya sebanyak 18
kali sehingga punggungnya cedera (Utusan Malaysia, 19 Jan 2005), telah menunjukkan
bahawa guru berkenaan sudah mengalami tahap stres yang tinggi.
Masalah stres guru sering dikaitkan dengan kecenderungan hendak berhenti kerja
di kalangan guru-guru. Ini dapat dilihat bahawa terdapat segelintir guru yang memilih
bersara awal akibat tidak dapat menerima beban kerja yang terlampau banyak, (laporan
New Straits Times, 1 Jun 1993). Kemungkinan tindakan ini akan mempengaruhi lebih
ramai guru pada masa yang akan datang sekiranya pihak kementerian pendidikan tidak
berusaha mencari penyelesaian. Walaubagaimanapun, kerajaan telah menghalang guru-
guru bersara awal, (Berita Harian, 21 Oktober 1994). Memandangkan stres boleh
mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada guru sehingga boleh menyebabkan
kemungkinan guru hendak berhenti kerja dalam profesion perguruan. Maka pihak
kementerian pelajaran perlu berusaha mencari penyelesaian dengan mengkaji semula
program pendidikan seperti mengurangkan tugas guru atau meningkatkan lagi kebajikan
guru dan sebagainya.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Guru akan merasa seronok, berpuas hati dan berkeyakinan dalam profesion
perguruannya sekiranya mereka dapat menghindarkan diri daripada stres. Akan tetapi,
masalah stres tetap akan wujud disebabkan oleh beban tugas yang perlu dipikul oleh
guru adalah banyak. Menurut kajian Dunham dan Varma (1998), bidang perguruan
merupakan salah satu profesion yang berisiko tinggi dalam mengalami stres. Tambahan
pula masalah stres guru dipercayai sering dikaitkan dengan kecenderungan hendak
berhenti kerja di kalangan guru-guru. Dengan ini, pengkaji ingin mengenalpasti
hubungan di antara tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan
guru-guru di tiga buah sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman di
Sarawak.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan tahap stres dengan kecenderungan
hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman di Sarawak serta punca yang menyebabkan
stres tersebut. Berikut merupakan beberapa objektif kajian yang hendak dicapai.:
1.4.1 Mengenalpasti tahap stres di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.
1.4.2 Mengenalpasti perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status
perkahwinan dan pengalaman mengajar).
6
1.4.3 Mengenalpasti punca stres (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar) di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah
Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan punca stres (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar) dari segi demografi (jantina, status
perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan guru-guru di tiga buah
Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.
1.4.5 Mengenalpasti tahap kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-
guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman,
Sarawak.
1.4.6 Mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan hendak berhenti kerja dari segi
demografi (jantina, status perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan
guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri
Aman, Sarawak.
1.4.7 Mengenalpasti hubungan antara tahap stres dengan kecenderungan hendak
berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap stres di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?
7
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status
perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan guru-guru di tiga buah
Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?
1.5.3 Apakah punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal
atau masalah pelajar) yang menyebabkan berlakunya stres di kalangan guru-guru
di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman,
Sarawak?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas,
hubungan interpersonal atau masalah pelajar) dari segi demografi (jantina, status
perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan guru-guru di tiga buah
Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?
1.5.5 Apakah tahap kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di
tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman,
Sarawak?
1.5.6 Adakah terdapat perbezaan tahap kecenderungan hendak berhenti kerja dari segi
demografi (jantina, status perkahwinan dan pengalaman mengajar) di kalangan
guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan di bahagian kedua Sri
Aman, Sarawak?
1.5.7 Adakah terdapat hubungan antara tahap stres dengan kecenderungan hendak
berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan di bahagian kedua Sri Aman, Sarawak?