10
HUKUM ROKOK Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu. Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.

Hukum

  • Upload
    mata

  • View
    216

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hukum

Citation preview

Page 1: Hukum

HUKUM  ROKOK

 

Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya,

diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan

bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau

adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu.

Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum,

dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau

dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal

pasti bisa memabukkan atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam

mengklasifikasikan hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama

fikah yang berpegang kepada syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat

menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda "Haram untuk dimakan atau

diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas

dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara sebagaimana yang

berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim.

Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang

memabukkan adalah dihukum haram. Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini

bererti "setiap" yang memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa

saja benda yang memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi

dengan hadith di bawah ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan

tersebut itu adalah haram". H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas

bahwa setiap apa saja yang bisa memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith

ini juga Nabi Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap

apa saja", sama ada berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.

Page 2: Hukum

Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau

menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok

tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung

candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga

dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan

langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan

berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya

memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud

dan Ibn Majah.

Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang

memabukkan, maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap

sama dengan segelas arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus

serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang

sedikit juga telah disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan

hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum,

dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu

yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan

dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok,

walaupun sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang

memaksa dan terpaksa.

Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi

Muhammad s.a.w telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai

sama hukumnya dengan hukum arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan

kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun

yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara dan

benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau telah diberi

kuasa untuk merubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan

Page 3: Hukum

RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik

tahrif, syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang

memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang

memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah

haram". H/R Muslim.

Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan

arak. Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan

arak itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah

rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan

yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan

arak) tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan

yang memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau

penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang

digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh

memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata

memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap

sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di

kalangan umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan

dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-

benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku,

meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya

dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.

Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya

tanpa banyak persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-

hadith yang nyata dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata

dengan suara hati yang ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan

Page 4: Hukum

sentiasa melaksanakan firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami

akan sentiasa dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi

sikap dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana

orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka

mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami

membantah".

Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang

mengisahkan seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada

padanya ke tanah tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah

pengharaman arak. Hanya iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin

sejati dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah yang menjanjikan

keselamatannya di dunia dan di akhirat.

Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith

baginda di atas bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum

atau digunakan (tanpa ada sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum

sebagai benda haram dan ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah

nikotin yang terdapat di dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa

dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-

sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau sebagainya.

Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka

yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani

kehendak nafsunya. Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit

dan menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah

melakukan kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran

yang amat ditegah oleh syara (haram).

Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak

oleh Nabi Muhammad s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan

Page 5: Hukum

mabuk dan ketagihan yang serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah).

Melalui kaedah (cara pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah

kita kategorikan jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya

dengan arak dan semua jenis dadah yang lain.

Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi

dadah nikotin adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah

sejenis dadah yang boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila

digunakan oleh manusia. Malah dadah ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah

mengganggu kesihatan seseorang penggunanya sehingga penderitaan akibat

penyakit yang berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan kematian. Rokok

pastinya menambahkan racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh badan

sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan,

mengganggunya daripada berfungsi dengan baik dan membuka kepada serangan

kuman dan barah.

Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan

dianggap haram kerana nyata ia digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh

Nabi Muhammad s.a.w maka di dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran

keras dari Allah dan RasulNya:

"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak

masuk syurga. Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus

silaturrahmi". H/R Ahmad dan ibn Hibban.

"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah

bahawa pada keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.

"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban

untuk) berhala dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan

syaitan, sebab itu hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh

kejayaan". Al Maidah:90.

Page 6: Hukum

Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih

arak tidak masuk dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak

(khamar) sejajar dengan berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang

wajib dijauhi oleh akal yang sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-

Quran kecuali terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek.

Perbuatan yang buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada

perbuatan syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran

Allah selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk

hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar

dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang.

Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al Maidah:91.

Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan

ungkapan yang tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?"

Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana

Umar r.a ketika mendengar ayat tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai

Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan kami".

Utsman bin 'Affan r.a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang

memabukkan yang telah diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana

wasiat beliau: "Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan),

sesungguhnya khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir

Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97.

Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya

dengan arak boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan

perasaan, kebosanan dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan

sebagai penawar atau dapat dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram

terutamanya apabila dibuktikan mengandungi bahan memabukkan tidak akan

menjadi ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Telah berkata Ibn

Page 7: Hukum

Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak akan

menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu".

H/R al-Bukhari.

"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya

kepada Nabi s.a.w tenang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda

bersabda : Penulis membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda :

Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi.

Allohu a’lam.