Upload
duongquynh
View
235
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Musim Sejuk 2018
småles
perihal småles
© I
nter
IKE
A Sy
stem
s B.
V. 2
018
P
P191
76/0
5/20
17(0
3473
5)
Iss
ue N
o. 0
4/20
18
Sejuknya cuaca, masa untukmasak seperiuk sup yang boleh
menghangatkan kita.
Boom!!!!!
Arggggh… apa yang terjadi? Apa ni?
Kita kat mana ni?
Aaaaaaahhhhhh...
Apa dah jadi?
Cubalah resipi rahsia ‘sup panaskan badan’
saya ni!
Yeyyy!
Dah berhenti ke?!?
Hati-hati.
Biar saya tengok.
Minta maaf banyak-banyak, saya dapat selsema dan
terbersin beberapa kali tadi…
02 03
03 Kata alu-aluan daripada Sara04 Barangan Småles05 Permainan06 Kek Lava Coklat Karamel 07
08 Fakta tentang emping salji10 Mari melukis
12 Cari perbezaan 14 Gunung-ganang16 Kesan persekitaran terhadap
gunung-ganang
18 Peti masuk @ smales20 Permainan21 Mari mewarna22 Permainan
Hej smales,Krismas akan menjelang lagi, dan kami
berasa sangat teruja untuk menyambut musim perayaan ini. Adik-adik ada sebarang rancangan pada musim perayaan ini?
Adakah adik-adik tahu yang gunung-ganang juga mempunyai impak terhadap persekitaran? Pelajari tentang apa yang kami ketahui pada muka surat 14-16! Kami harap adik-adik
akan menyambut musim perayaan ini dengan meriah sekali dan kami tidak sabar bertemu
adik-adik di gedung tidak lama lagi.
Dengan pelukan mesra,Sara
Penerbit: Ikano Handel Sdn Bhd No.2, Jalan PJU7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.Dicetak oleh: Percetakan Zanders Sdn Bhd No.16, Jalan BK 1/11, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor.
Kandungan
Jadikan minuman coklat panasadik-adik ekstra menarik
05
Bantu Sara, Bugbug dan rakan yang baru mereka kenali,Yeti untuk mencari laluan melalui terowong berais.
BaranganSmåles
Pada cuti sekolah ini, jangan lupa untuk mengunjungi Bug House di gedung IKEA untuk menebus semula beberapa barangan dengan dållars Smålish.
Botol air Småles$4 dållars Smålish
Apron Sara$4 dållars Smålish
Kemeja T$10 dållars Smålish
Payung Bugbug$7 dållars Smålish
se di geda barangan deng
ot4
g
Bo$4
gula
Kem$10$10K$
Lencana Småles$1 dållars Smålish/unit
Kek LavaCoklat
Karamel
06 07
Hiasi minumancoklat panasadik-adik
Sumber: http://www.homegrownfamilies.net/2013/11/25/cake-boss-baking-caramel-lava-cakes/ Source: https://www.somewhatsimple.com/dressing-up-your-instant-hot-chocolate-packets/
Nampaknya tiba masanya untuk menikmati sedikit pencuci mulut yang hangat! Cuba kek karamel melekit ini dengan Ibu atau Ayah adik-adik.
Bahan-bahan Sekotak campuran kek coklat 250gm karamel berbalut 6 sudu besar susu cair Acuan mufin
Langkah-langkah
1. Prapanas ketuhar mengikut arahan pada kotak campuran kek.
2. Sediakan kek coklat mengikut arahan yang tertera di kotak.
3. Isi sesuku hingga ke setengah acuan mufin dengan campuran kek.
4. Bakar selama kira-kira 8 minit.
Untuk inti karamel
1. Masukkan karamel dan susu cair ke dalam ketuhar gelombang mikro selama kira-kira 30 saat dan kemudian kacau.
2. Ulang sehingga karamel betul-betul cair.
Masukkan inti karamel
1. Keluarkan kek daripada ketuhar selepas 8 minit & tekankan dengan sudu di tengah-tengah kek yang separa masak.
2. Tuangkan 3-4 sudu besar karamel ke dalam tengah-tengah setiap kek itu.
3. Tuangkan lebihan campuran kek ke atas kek separa masak tadi dan masukkan kembali ke dalam ketuhar.4. Bakar selama masa yang dicadangkan pada kotak.
Tambahkannyadengan marshmallow
Oh, Krismas! Masa yang sangat sesuai untuk adik-adik menikmati secawan coklat panas.
Di sini terdapat beberapa cara untuk adik-adik menghias coklat panas biasa adik-adik untuk menjadikannya lebih istimewa.
Letakkan aiskrim Dapatkan minuman coklat panas adik-adik yang betul-betul hangat
dan tambahkan seskup perisa aiskrim kegemaran adik-adik untuk
membuatnya ekstra berkrim. Siapa nak biskut dan minuman
coklat panas berkrim?
Tambahkan batang kandi
Bukan sahaja ia sebagai hiasan dan pengacau, ia juga
menambah perisa pudina pada minuman coklat panas adik-adik.
Batang kayu manisMinuman coklat panas adik-adik kini serupa seperti yang dipesan
adik-adik daripada sebuah restoran yang hebat dan ada sedikt rasa
perisa rempah padanya!
SUSU
08 09Sumber-sumber:http://www.sciencekids.co.nz/sciencefacts/weather/snow.htmlhttps://www.kidsplayandcreate.com/what-is-snow-made-of-snowflake-facts-for-kids/http://mentalfloss.com/article/61089/15-incredibly-cool-facts-about-snow
5 fakta hebat tentang salji
Krismas menjelang lagi! Di bawahini terdapat beberapa fakta hebattentang Salji
Lebih daripada separuh air tawar Dunia terdapat dalam bentuk salji dan ais.
Salji yang ringan dan gebu ada kalanya di panggil ‘serbuk’.
Emping salji sentiasa ada 6 sisi – Emping salji yang dihasilkan daripada molekul air hanya boleh bercantum bersama-sama melalui cara yang menghasilkan kristal ais enam sisi.
Aktiviti paling popular untuk kanak-kanak lakukan dengan salji ialah membina orang-orang salji!
Ia suatu mitos mengatakan terdapat dua emping salji yang betul-betul sama – Pada 1988, Nancy Knight, seorang saintis menemui dua emping salji yang serupa. Ia terhasil daripada ribut yang berlaku di Amerika.
Marimelukis
Haiwan apa yang tidak terdapat di dalam lukisan di atas?
10 11
Cari perbezaanSara dan Bugbug menyertai parti rumah pokok dan terdapat ramai rakan mereka berada di sana! Bolehkan adik-adik kesan sebanyak 20 perbezaan? Bulatkan setiap perbezaan yang adik-adik boleh cari!
Hantarkan jawapan adik-adik berserta nama, nombor pasport Smalish dan butir-butir yang boleh dihubungi ke [email protected] atau smales, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling jaya, Selangor, selewat-lewatnya pada 15 Januari 2019. 30 pemenang bertuah setiap seorang akan memenangi pen mata felt MÅLA.
Gunung-ganang
14 15Sumber: http://www.mountainprofessor.com/mountain-environment.html
Pernahkah adik-adik melihat gunung? Ia besar, tinggi dan mengagumkan!
Kebanyakan gunung-ganang terbentuk apabila bungkah-bungkah besar batu yang menghasilkan kerak bumi berlaga antara satu sama lain. Lebih daripada berjuta-juta tahun dahulu, kepingan batu menolak antara satu sama lain, maka terbentuk gunung-ganang.
Kira-kira separuh daripada hidupan di dunia bergantung pada gunung-ganang untuk air minuman, kuasa hidro, pertanian dan logam berharga daripada lombong. Gunung-ganang merupakan tempat tinggal bagi banyak tumbuhan dan haiwan terancam.
Gunung-ganang memberi kesan ke atas angin di sekelilingnya kerana bentuknya yang besar dan dengan demikian memberi kesan ke atas suhu di sekelilingnya.
16 17Sumber:http://www.mountainprofessor.com/mountain-environment.htmlhttps://psmag.com/environment/mountains-warming-photo-essay
Sources:https://tailandfur.com/list-of-15-wild-mountain-animals-with-pictures/https://www.peakadventuretour.com/blog/top-10-magnificent-himalayan-animals/
Jika tidak dipelihara dengan betul, ekosistem pergunungan boleh terjejas oleh persekitaran yang
teruk boleh mengakibatkan tanah mengelongsor dari gunung-ganang. Ia membentuk sesuatu yang dipanggil tanah runtuh yang boleh membahayakan manusia dan haiwan serta menyebabkan kehilangan tempat tinggal di mana manusia dan juga haiwan yang bergantung
dan hidup dengannya.
Dengan bumi yang bertambah panas disebabkan pokok-pokok ditebang dan pencemaran, ais di
gunung-ganang cair dengan pantas dan ini menjejaskan bekalan air bersih yang kita terima dan meningkatkan
risiko berlakunya lebih banyak tanah rumah.
Mari kita mainkan peranan kita untuk mengitar semula kertas dan menjimatkan air demi persekitaran
dan gunung-ganang yang kita sayangi.
Haiwan yang tinggal di gunung-ganang
Beruang PerangDitemui merentasi Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika Utara. Ia gemarkan tempat-tempat tinggi.
MemerangHaiwan yang terkenal dengan bentuk gigi arnabnya, memerang seperti yang diketahui gemar membina empangan dan sarangnya menggunakan kayu. Ia boleh ditemui di Amerika Utara.
Harimau SaljiDitemui di Himalaya, haiwan hebat ini disenaraikan antara haiwan terancam. Terdapat anggaran 3,500 sehingga 7,000 ekor harimau salji tinggal di hutan belantara.
Kambing GurunKambing gurun ialah satu daripada haiwan yang boleh bergerak dengan mudah di sekitar kawasan berbatu di gunung. Boleh ditemui di sepanjang gunung-ganang di Amerika Utara dan Kanada.
Panda GergasiDitemui di kawasan gunung-ganang di Cina Tengah, haiwan berupa beruang ini sangat gemarkan pokok buluh. Ia juga termasuk dalam senarai haiwan terancam (bermakna tidak banyak daripadanya yang tinggal di hutan belantara).
Kelimpahan unsur semula jadi dan cuacanya menjadikannya sempurna untuk banyak haiwan tinggal di gunung-ganang. Di sini terdapat beberapa haiwan yang boleh adik-adik temui di gunung-ganang:
02
Chong Jua Zhe, 6 tahun
Khaliff Iman, 6 tahun
It was a beautiful, cold winter day, after Sara and Bugbug having paper porridge for their breakfast, they decided to ski in the highest mountain in Småland. Sara and Bugbug were skiing along the slopes of the mountain when Sara turned around and realized Bugbug was gone! Sara was very nervous, she thought something bad might happened to Bugbug, so she kept shouting loudly: “Bugbug! Bugbug! Where are you?” But there was no reply.
Suddenly, Sara saw something bright shined through her eyes, so she followed the shinning things to search for Bugbug. When she walked nearer and nearer to the shinning thing, Sara heard someone was having a party. Oh! There was a monster wearing a gold crown and he was surrounding by other monster. And to her surprise, Bugbug was there too! They were having party to celebrate their New Year.
After Bugbug introduced Sara to his monster friends, they invited Sara to join them. They were playing games, eating, singing and dancing together until night. Sara and Bugbug were very tired so they said goodbye to their monster friends and went home happily. They promised their friends they will come again next year. THE END.
Grover Chai Jin, 7 tahun
Tema isu lepasSara dan Bugbug sedang berski di lereng gunung apabila Sara berpaling dan menyedari Bugbug telah hilang! Apa yang adik-adik fikir telah berlaku?
Tema isu lepasSara dan Bugbug mencuba beberapa pengembaraan memanjat gunung di pergunungan alps dan telah mengalami sesuatu sepanjang pengembaraan tersebut. Apakah yang telah mereka lihat?
Terdapat satu keping kertas berbaki untuk Sara dan Bugbug bagi membuat bubur kertas mereka apabila datang seekor tupai merampasnya daripada Sara dan terus lari. Apa yang berlaku seterusnya?
Hantarkan kisah adik-adik dalam tidak lebih 150 perkataan, berserta nama, nombor pasport Smalish dan butiran hubungan adik-adik ke [email protected] atau smales, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-lewat pada 15 Januari 2019. Dua pemenang bertuah setiap seorang akan memenangi storan seni dan kraf LUSTIGT.
Sara dan Bugbug ingin mencuba sesuatu yang baru untuk bubur kertas mereka dan pergi ke hutan buluh untuk mencari kertas buluh. Apa yang mereka lihat?
Kongsikan lukisan berserta nama, nombor pasport Smalish dan butiran hubungan adik-adik ke sara @smales.com.my atau smales, No 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor selewat-lewat pada 15 Januari 2019. 2 pemenang bertuah setiap seorang akan memenangi tali manik LUSTIGT!
Lukisan
pemenang-
pemenang
Surat
pemenang
Mari mewarna
20 21
Bolehkah adik-adik mencari pakaian sepadan dengan Yeti di dalam kotak di bawah? Bulatkannya.
22 23
Mari mewarna
Cari dan kira!