50

imd releases its 2016 world competitiveness ranking

  • Upload
    hangoc

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: imd releases its 2016 world competitiveness ranking
Page 2: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

2

IMD World Competitiveness Yearbook 3

World Competitiveness Yearbook 2016: Sorotan Prestasi Malaysia 4

Prestasi Daya Saing Dunia 9

Prestasi Daya Saing Negara-negara Asia-Pasifik 10

Prestasi Daya Saing Negara-negara ASEAN 11

Prestasi Ekonomi 12

Kecekapan Kerajaan 18

Kecekapan Perniagaan 24

Infrastruktur 30

Cabaran Utama 35

Hala Tuju 36

Kaedah Pengiraan Indeks Daya Saing WCY 2016 37

Learning from others 38

IMD World Competitiveness Yearbook 2016 Press Release 40

The Competitiveness Marathon 42

Senarai Rajah

Rajah 1 : Prestasi Malaysia Sepanjang 10 Tahun 5

Rajah 2 : Prestasi Daya Saing Malaysia Mengikut Kategori 6

Rajah 3 : Prestasi Malaysia mengikut Faktor dan Sub-Faktor 8

Lampiran

i) Kedudukan Keseluruhan Daya Saing 2016 43

ii) Kedudukan Keseluruhan Daya Saing Mengikut Saiz Penduduk Melebihi 20 juta

45

iii) Kedudukan Keseluruhan Daya Saing Mengikut KDNK Per Capita Kurang daripada USD20,000

46

iv)Kedudukan Daya Saing Bagi Rantau Asia Pasifik 2016 47

v) Kedudukan Daya Saing Bagi Rantau ASEAN 2016 47

vi)Kumpulan Perancangan Antara Agensi (IAPG) bagi Data Daya Saing 48

Page 3: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

3

Page 4: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

4

WORLD COMPETITIVENESS YEARBOOK 2016:

SOROTAN PRESTASI MALAYSIA

1. Prestasi Malaysia dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) 2016 yang dikeluarkan oleh Institute for

Management Development (IMD), Lausanne, Switzerland menurun ke kedudukan ke-19 berbanding kedudukan

ke-14 daripada 61 negara pada tahun lepas. Meskipun menurun, Malaysia kekal dalam kalangan 20 negara

paling berdaya saing. Secara keseluruhannya, selain Hong Kong dan Singapura, kedudukan daya saing Asia telah

menurun dengan ketara sejak penerbitan tahun lepas. “Penurunan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan

harga komoditi, pengukuhan nilai dolar Amerika dan kemerosotan kedudukan kewangan bagi kedua-dua sektor

awam dan swasta,” kata Profesor Arturo, Pengarah IMD World Competitiveness Center.

2. Hong Kong berada pada kedudukan teratas diikuti dengan Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura, Sweden,

Denmark, Ireland, Belanda, Norway dan Kanada yang merupakan sepuluh negara paling berdaya saing. Profesor

Arturo Bris menyatakan komitmen yang berterusan terhadap persekitaran perniagaan yang menggalakkan

adalah tunjang kebangkitan Hong Kong dan saiz Switzerland yang kecil serta penekanan komitmen terhadap

kualiti membolehkan negara tersebut bertindak balas dengan cepat untuk mengekalkan ekonominya pada

kedudukan teratas. Fokus terhadap peraturan mesra perniagaan, infrastruktur fizikal dan tak ketara serta

institusi yang inklusif merupakan pola yang sama dalam kalangan negara yang berada di 20 kedudukan teratas.

3. Malaysia, pada kedudukan ke-19, dipintas oleh Ireland (2016: ke-7, 2015: ke-16), Belanda (2016: ke-8, 2015: ke-

5), New Zealand (2016: ke-16, 2015: ke-17), Australia (2016: ke-17, 2015: ke-18), dan United Kingdom (2016: ke

-18, 2015: ke-19).

4. WCY 2016 mengukur daya saing sesebuah negara berdasarkan indeks daya saing berikut:

4 faktor input;

20 sub-faktor (5 sub-faktor bagi setiap faktor input);

342 kriteria (Kriteria diukur: 255 = 137 data kuantitatif + 118 data persepsi; 87 maklumat latar belakang);

dan

61 negara/ekonomi.

5. WCY 2016 juga melaporkan kedudukan daya saing berdasarkan empat kategori:

global (keseluruhan);

mengikut saiz (penduduk melebihi 20 juta orang; dan penduduk kurang daripada 20 juta orang);

mengikut kekayaan (KDNK per kapita melebihi USD20,000 dan KDNK per kapita kurang daripada

USD20,000); dan

mengikut rantau (Eropah-Timur Tengah-Afrika, Asia Pasifik, dan The Americas).

Page 5: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

5

6. Sejak 2008, Malaysia kekal berada dalam kalangan 20 kedudukan teratas dan telah merekodkan pencapaian

terbaik pada 2010 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Prestasi Malaysia Sepanjang 10 Tahun

Page 6: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

6

Rajah 2 : Prestasi Daya Saing Malaysia Mengikut Kategori

7. Dalam kalangan 31 negara dengan KDNK per kapita kurang daripada USD20,000, Malaysia kekal pada

kedudukan pertama manakala bagi kategori penduduk melebihi 20 juta orang, Malaysia berada pada

kedudukan ke-7 (2015: ke-5) dalam kalangan 28 negara. Dalam rantau Asia Pasifik, Malaysia berada pada

kedudukan ke-6 (2015: ke-4) dan kekal pada kedudukan ke-2 dalam rantau ASEAN (Rajah 2).

Page 7: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

7

8. Faktor Prestasi Ekonomi, yang memberikan penilaian ekonomi negara secara makro, menurun di kedudukan

ke-11 daripada kedudukan ke-6 dengan penurunan dalam kesemua sub-faktor iaitu Ekonomi Domestik, ke-22

(2015: ke-15), Perdagangan Antarabangsa, ke-21 (2015: ke-11), Pelaburan Antarabangsa, ke-16 (2015: ke-8),

Guna Tenaga, ke-9 (2015: ke-7) dan Harga. Ke-7 (2015: ke-3).

9. Kecekapan Kerajaan yang mengukur kesesuaian dasar-dasar kerajaan menurun sebanyak dua tempat di

kedudukan ke-18 (2015: ke-16). Tiga sub-faktor yang memberi impak kepada prestasi faktor tersebut ialah

Kewangan Awam di kedudukan ke-25 (2015: ke-19), Dasar Fiskal di kedudukan ke-10 (2015: ke-8) dan Rangka

Kerja Institusi di kedudukan ke-23 (2015: ke-22). Walau bagaimanapun, 2 sub-faktor telah menunjukkan

peningkatan iaitu Perundangan Perniagaan di kedudukan ke-20 (2015: ke-24) dan Rangka Kerja

Kemasyarakatan di kedudukan ke-32 (2015: ke-35).

10. Kecekapan Perniagaan yang mengukur sejauh mana persekitaran negara menggalakkan enterpris untuk

menjalankan perniagaan secara inovatif, menguntungkan dan bertanggungjawab, menurun ke kedudukan ke-

14 daripada kedudukan ke-10. Hal ini disebabkan oleh penurunan dalam Pasaran Buruh di kedudukan ke-6

(2015: ke-4), Kewangan di kedudukan ke-20 (2015: ke-15), Amalan Pengurusan di kedudukan ke-9 (2015: ke-

6), serta Sikap & Nilai di kedudukan ke-11 (2015: ke-8). Hanya satu sub-faktor yang telah menunjukkan

peningkatan kedudukan iaitu Produktiviti dan Kecekapan di kedudukan ke-21 (2015: ke-24).

11. Faktor Infrastruktur yang mengukur sejauh mana infrastruktur asas, teknologi, saintifik dan sumber manusia

memenuhi keperluan perniagaan menurun sebanyak 4 tempat di kedudukan ke-31 daripada kedudukan ke-

27. Empat daripada lima sub-faktor mencatatkan penurunan iaitu Infrastruktur Asas, ke-15 (2015: ke-12),

Infrastruktur Teknologikal di kedudukan ke-23 (2015: ke-5), Kesihatan & Persekitaran di kedudukan ke-40

(2015: ke-36), dan Pendidikan di kedudukan ke-38 (2015: ke-35) manakala Infrastruktur Saintifik kekal di

kedudukan ke-29. Perhatian juga perlu diberikan kepada beberapa indikator yang baharu diperkenalkan serta

indikator yang ditafsir semula telah menyebabkan penurunan yang ketara dalam Infrastruktur Teknologikal

(Rajah 3).

Page 8: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

8

Rajah 3: Prestasi Malaysia mengikut Faktor dan Sub-Faktor

Page 9: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

9

Page 10: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

10

Page 11: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

11

Page 12: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

12

Page 13: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

13

Page 14: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

14

Pengukuhan Dolar Amerika Syarikat telah menjejaskan prestasi Ringgit

Malaysia dan menyebabkan penurunan yang ketara dari segi Indeks

Terma Perdagangan (nilai unit eksport ke atas nilai unit import) ke

kedudukan ke-31 daripada ke-16 pada 2015 dengan nilai 99.70

berbanding 105.00 pada 2015. Walau bagaimanapun, jumlah

perdagangan Malaysia telah melebihi RM1 trilion sejak 9 tahun lalu,

meningkat sebanyak 1.2% kepada RM1.466 trilion pada 2015,

berbanding RM1.448 trilion pada tahun sebelumnya.

Dalam WCY 2016, penurunan dalam faktor Pelaburan Antarabangsa

dipengaruhi oleh aliran keluar dan masuk pelaburan dan liabiliti

pelaburan portfolio. Pada masa sekarang, kedudukan pelaburan

antarabangsa bersih Malaysia jatuh di akhir suku pertama 2016 dengan

kedudukan aset bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM10.9 bilion

daripada RM110.3 bilion pada akhir tahun lepas. Aset milikan asing di

Malaysia pula menurun dengan jumlah yang lebih kecil iaitu sebanyak

RM11.6 bilion kepada RM1,544.7 bilion.

Dari segi prestasi Ekonomi Domestik, Malaysia mencatatkan

pertumbuhan KDNK sebanyak 5% pada tahun 2015 dan

menduduki tempat ke-5 dalam WCY 2016. Pertumbuhan ini

disumbangkan terutamanya oleh pengembangan berterusan

dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan

manakala perbelanjaan penggunaan swasta dan kerajaan telah

mengimbangi prestasi lemah dalam permintaan luar negara.

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang

antara 4.0% hingga 4.5% pada 2016.

Page 15: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

15

Disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa akibat daripada

penurunan harga tenaga dan komoditi, bajet 2016 telah

diubahsuai untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan

peningkatan dalam kos sara hidup. Langkah positif ini dapat

memastikan ekonomi kekal pada landasan pertumbuhan yang

kukuh dan untuk melindungi serta menjaga kebajikan dan

kesejahteraan rakyat. Kelembapan dalam ekonomi ini tidak

terhad hanya kepada Malaysia sahaja tetapi turut melibatkan

ekonomi seperti Amerika Syarikat, Brazil dan China yang

dijangkakan akan berkembang pada kadar yang lebih perlahan.

Inflasi harga pengguna yang diselaraskan (nilai mutlak)

(adjusted consumer inflation (absolute value)) meningkat dari

0% hingga 1.1% yang membawa kepada penurunan kepada

kedudukan ke-37 dari kedudukan ke-3 tahun sebelumnya. Ini

mempengaruhi kedudukan keseluruhan indikator Harga ke

kedudukan ke-7 dari ke-3 pada tahun 2015. Secara

keseluruhannya, kadar inflasi Malaysia bagi 2015 adalah pada

2.1% tetapi meningkat kepada 2.6% pada bulan Mac 2016.

Page 16: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

16

Page 17: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

17

- NOTA -

Page 18: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

18

Page 19: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

19

Page 20: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

20

Dalam sub-faktor Kewangan Awam, dari segi Jumlah Hutang Awam

Kerajaan – pertumbuhan sebenar (% perubahan berdasarkan mata

wang negara pada harga tetap), kedudukan Malaysia menurun

sebanyak 12 tempat ke kedudukan ke-43 daripada kedudukan ke-31

pada tahun 2015. Pada kadar 5.76%, hutang negara masih terkawal

dan langkah-langkah telah diambil untuk mengawal perbelanjaan di

mana tahun 2020 ditetapkan untuk negara menyaksikan

penambahbaikan kredit. Perbelanjaan Kerajaan Umum (% kepada

KDNK) meningkat 3 tempat ke kedudukan ke-13, berkurang kepada

22.3 % daripada 24.2% pada 2015.

Dari segi dasar fiskal, Malaysia berada di kedudukan ke-10

berbanding ke-8 pada tahun 2015, mengekalkan kedudukan

sepuluh teratas. Di sebalik ketidaktentuan domestik dan luaran

yang mencabar, inisiatif dasar fiskal pada tahun 2016 akan terus

memberi tumpuan kepada pengukuhan fiskal. Bajet 2016 telah

diubahsuai semula pada Januari 2016 dengan mengambilkira

jangkaan penurunan harga minyak dunia yang akan memberi

kesan kepada hasil kerajaan. Langkah-langkah meluaskan

sumber hasil juga telah diperkenal untuk meningkatkan kutipan

hasil bagi mengurangkan defisit fiskal Kerajaan.

Page 21: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

21

Perundangan Perniagaan adalah penting untuk memastikan perniagaan,

pelanggan dan pembekal dilindungi secara sah oleh undang-undang

yang berkesan. Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) bagi Saingan,

Standard, dan Liberalisasi (CSL) bertujuan untuk membangunkan

persekitaran perniagaan yang cekap dan berdaya saing. Usaha-usaha SRI

tertumpu kepada pelaksanaan undang-undang persaingan,

meningkatkan penerimaan dan penggunaan piawaian serta amalan

terbaik. Kerajaan berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan

meningkatkan kecekapan dan daya saing perniagaan melalui

perundingan sektor awam-swasta dalam menyemak semula peraturan

sedia ada. Amalan Baik Peraturan (GRP) adalah salah satu kaedah yang

terbukti dalam memastikan semua peraturan adalah berkesan dalam

menangani objektif dasar awam secara telus. Proses menggubal

peraturan akan diperbaiki dengan memastikan peraturan tidak

membebankan, tidak menghalang persaingan dan inovasi, dan tidak

mengenepikan hak pemegang taruh.

Kriteria penting bagi Rangka Kerja Masyarakat ialah untuk

memastikan kesaksasamaan masyarakat di mana semua rakyat

Malaysia akan mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi,

sokongan persekitaran untuk golongan dewasa dan warga tua,

keadilan, kesamarataan jantina dan memperkasakan wanita. Dalam

laporan WCY 2016, kedudukan bagi Wanita Dalam Lembaga

bertambah baik kepada 13.8% dan mencapai kedudukan ke-22

daripada kedudukan ke-28 pada tahun 2015

Kecekapan Kerajaan juga merangkumi elemen keselamatan yang akan

mewujudkan persekitaran hidup yang selamat. Pelbagai strategi telah

dibangunkan untuk meningkatkan pencegahan jenayah, meningkatkan

persepsi rasa selamat dan menggalakkan kesedaran keburukan jenayah.

Kesemua inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan indeks jenayah

sebanyak 5% setiap tahun dan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam

keselamatan persendirian dan harta peribadi telah dilindungi

secukupnya.

Page 22: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

22

Page 23: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

23

- NOTA -

Page 24: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

24

Page 25: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

25

Page 26: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

26

Peningkatan Produktiviti dan Kecekapan adalah penting untuk

meningkatkan kecekapan perniagaan. Walaupun indikator ini menunjukkan

aliran menaik, lebih banyak usaha diperlukan untuk memastikannya

terus meningkat. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Pelan Tindakan

Produktiviti Malaysia lima tahun sedang digubal untuk meletakkan

peningkatan produktiviti di barisan hadapan dalam agenda

pembangunan negara yang merangkumi penetapan sasaran produktiviti

bagi industri masing-masing. Pada masa yang sama, Jaguh Produktiviti

akan terus menerajui inisiatif produktiviti di peringkat industri.

Antara indikator yang telah memberi kesan kepada prestasi keseluruhan

bagi faktor Kecekapan Perniagaan adalah :

Indeks Pasaran Saham (% perubahan pada indeks dalam mata

wang negara) (10 tempat ke kedudukan ke-50);

Saham terbitan awam (purata 2013-2015), USD juta (15 tempat

ke kedudukan ke-21);

Sistem Nilai dalam masyarakat yang menyokong daya saing (11

tempat ke kedudukan ke-20); dan

Aktiviti penggabungan dan pengambil alihan (M&A) (bilangan

tawaran bagi setiap syarikat yang disenaraikan, purata 2013-

2015) (ke-39)(indikator yang ditakrifkan semula).

Page 27: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

27

Walaupun sub-faktor Kewangan menurun, inisiatif berterusan telah

dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi prestasinya. Ini termasuk

transformasi sektor kewangan yang telah menghasilkan sistem

kewangan yang pelbagai, berdaya saing dan berdaya tahan. Ini

membolehkan sektor ini bertahan dalam episod ketidakstabilan

dengan peningkatan ketidaktentuan dan tekanan. Tambahan pula,

transformasi sektor kewangan juga telah mendorong kepada

infrastruktur pasaran kewangan yang lebih mantap terutamanya

pasaran sekuriti hutang domestik serta sistem pembayaran dan

penyelesaian yang teguh. Pembangunan pasaran sekuriti hutang telah

menyumbang ke arah kestabilan kewangan dengan menyebarkan

tumpuan risiko dalam sistem kewangan.

Amalan Pengurusan, dan Sikap dan Nilai masing-masing

mencatatkan kedudukan ke-9 dan ke-11. Bagi mengatasi had

inovasi dan pengkomersialan, enterpris perlu lebih terbuka dan

kreatif dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang , yang

melangkaui keperluan pelanggan. Hal ini penting bagi enterpris

untuk menyemai minda kecemerlangan perkhidmatan bagi

memenuhi keperluan pelanggan serta mengukur kepuasan

pelanggan demi kemampanan jangka panjang dan pembangunan

produktiviti.

Page 28: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

28

Page 29: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

29

- NOTA -

Page 30: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

30

Semua

Page 31: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

31

Page 32: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

32

Analisis tahun ini juga memasukkan beberapa indikator yang telah

ditakrifkan semula serta memperkenal indikator baru di mana Malaysia

menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Indikator-indikator

tersebut adalah:

Pelaburan dalam Telekomunikasi (perbelanjaan tahunan agregat

perbelanjaan modal) ke-54;

Pelanggan Jalur Lebar Mudah Alih (pasaran 3G & 4G,% daripada

pasaran mudah alih) ke-37;

Kos Telefon Mudah Alih (purata hasil campuran bulanan setiap

pengguna) ke-29;

Para Penyelidik dalam R&D per kapita (kerja sepenuh masa setara

(FTE) bagi setiap 1000 orang) ke-38;

Kelajuan Internet jalur lebar (kelajuan purata) ke-49;

Intensiti Tenaga (Jumlah tenaga yang digunakan untuk setiap

USD1000 daripada KDNK dalam juta tan metrik minyak (MTOE)) ke-

51; dan

Nilai ditambah bagi Pengetahuan dan Teknologi Industri Intensif

(peratusan KDNK) ke-44.

Data berasaskan persepsi seperti Masalah Pencemaran tidak memberi kesan

serius kepada syarikat (10 tempat ke kedudukan ke-39), undang-undang alam

sekitar dan pematuhannya tidak menyekat daya saing sesebuah perniagaan

(11 tempat ke kedudukan ke-16), dan pendidikan bidang pengurusan

memenuhi keperluan komuniti perniagaan (13 tempat ke kedudukan ke-27)

adalah beberapa indikator yang memberi kesan kepada penurunan

keseluruhan dalam Faktor Infrastruktur.

Kerajaan terus mempergiat usaha untuk meningkatkan infrastruktur di

Malaysia. Ini termasuk Inisiatif Jalur Lebar Negara bagi meningkatkan kadar

penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah di Malaysia kepada 70.2% dan

memperluas capaian infrastruktur jalur lebar kepada 95% di kawasan

berpenduduk.

Page 33: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

33

Bagi Infrastruktur Saintifik, lebih penekanan akan diberi untuk

meningkatkan akses kepada teknologi dan R&D bagi

mengurangkan kebergantungan kepada pekerja berkemahiran

rendah lantas meningkatkan produktiviti. Di samping itu,

mekanisme pembiayaan untuk R&D dan pengkomersilan

(R&D&C) yang banyak didorong oleh penawaran akan

digantikan dengan mekanisme yang didorong oleh permintaan

dan diterajui oleh sektor swasta.

Dari segi Kesihatan & Persekitaran, kecemerlangan perubatan

Malaysia dalam kardiologi, ortopedik, onkologi, neurologi dan

pergigian, dan keunggulan dalam rawatan ketidaksuburan telah

mendorong kepada peningkatan permintaan. Sehubungan itu, lebih

ramai pelancong kesihatan dijangka mendapatkan rawatan di negara

ini, terutamanya dengan pengenalan e-visa pada pertengahan 2016.

Pada masa yang sama, inisiatif untuk mencapai pertumbuhan hijau

demi kemampanan dan daya tahan seperti amalan perolehan hijau

bagi produk dan perkhidmatan hijau, budaya pemuliharaan untuk

melindungi biodiversiti dan mengukuhkan pengurusan risiko bencana

akan dipergiat.

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan graduan, Pelan

Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-

2020 telah dilancarkan. Pelan ini bertujuan untuk menyemai

minda keusahawanan bagi graduan.

Page 34: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

34

Page 35: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

35

Memperhebat kerjasama awam dan swasta ke arah produktiviti, inovasi dan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Pengukuhan tadbir urus dan mekanisme institusi bagi pelaksanaan strategi produktiviti dan daya saing.

Mengurangkan halangan kawal selia ke arah memodenkan peraturan perniagaan.

Mengukuhkan keupayaan teknologi untuk meningkatkan nilai cipta.

Penggunaan tenaga kerja mahir tempatan yang berkesan untuk mengekalkan inovasi dan pertumbuhan.

Prestasi Malaysia dalam World Competitiveness Yearbook 2016

CABARAN UTAMA

Evolusi

Kedudukan

Malaysia

PR

ESTA

SI

KESELU

RU

HA

N

PR

ESTA

SI

EK

ON

OM

I

EK

ON

OM

I

DO

MESTI

K

PER

DA

GA

NG

AN

AN

TAR

AB

AN

GSA

PELA

BU

RA

N

AN

TAR

AB

AN

GSA

GU

NA

TEN

AG

A

HA

RG

A

KEC

EK

APA

N

KER

AJA

AN

KEW

AN

GA

N A

WA

M

DA

SA

R F

ISK

AL

RA

NG

KA

KER

JA

INSTI

TUSI

PER

UN

DA

NG

AN

PER

NIA

GA

AN

RA

NG

KA

KER

JA

KEM

ASY

AR

AK

ATA

N

KEC

EK

APA

N

PER

NIA

GA

AN

PR

OD

UK

TIV

ITI &

KEC

EK

AP

AN

PA

SA

RA

N B

UR

UH

KEW

AN

GA

N

AM

ALA

N

PEN

GU

RU

SA

N

SIK

AP

DA

N N

ILA

I

INFR

ASTR

UK

TUR

INFR

ASTR

UK

TUR

ASA

S

INFR

ASTR

UK

TUR

TEK

NO

LOG

IKA

L

INFR

ASTR

UK

TUR

SA

INTI

FIK

KESIH

ATA

N D

AN

PER

SEK

ITA

RA

N

PEN

DID

IKA

N

2016

(n=61) 19 11 22 21 16 9 7 18 25 10 23 20 32 14 21 6 20 9 11 31 15 23 29 40 38

2015

(n=61) 14 6 15 11 8 7 3 16 19 8 22 24 35 10 24 4 15 6 8 27 12 5 29 36 35

2014

(n=60) 12 9 19 11 7 12 3 15 20 11 13 19 32 5 21 3 12 2 4 25 13 5 28 36 32

2013

(n=60) 15 7 18 5 14 11 10 15 20 11 15 24 29 4 22 6 9 4 4 25 12 13 28 42 34

2012

(n=59) 14 10 29 6 11 25 10 13 21 12 13 21 25 6 23 6 10 4 5 26 8 16 28 36 33

2011

(n=59) 16 7 28 3 13 19 6 17 19 9 17 30 29 14 27 8 17 6 7 27 13 18 29 36 35

Page 36: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

36

Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah penting bagi memastikan aspirasi Malaysia untuk

menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing tercapai. Dalam konteks ini, inisiatif Malaysia di

bawah Program Transformasi Nasional seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memudahkan menjalankan perniagaan,

menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta

menjana pekerjaan yang berkemahiran dan berkualiti tinggi diteruskan.

Strategi pembangunan oleh Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 telah menggariskan

produktiviti sebagai pemacu perubahan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan

inklusif. Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia yang mengandungi pendekatan yang bersepadu

dan menyeluruh akan meningkatkan daya saing industri dengan menawarkan peluang

perniagaan yang akan menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Dari segi sistem penyampaian kerajaan, pelbagai inisiatif yang inklusif diperlukan untuk

memudahkan peraturan, menjadikan institusi-institusi lebih menyokong perniagaan,

mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Pada masa ini,

PEMUDAH merupakan platform bagi memastikan kelancaran dan kecekapan penyampaian

inisiatif awam-swasta. Kolaborasi sektor awam-swasta ini

Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi telah meningkatkan cabaran dalam penyampaian

perkhidmatan awam. Bagi menangani cabaran-cabaran ini, model baru penyampaian

perkhidmatan yang lebih sesuai dengan teknologi, norma dan rakyat pada hari ini perlu digubal

sebagai asas untuk pembangunan Malaysia melangkaui 2020.

Selain itu, bagi menunjukkan kedudukan sebenar daya saing negara, kerjasama dan kolaborasi

dalam kalangan pembekal data daripada pelbagai agensi dengan organisasi antarabangsa dalam

membekalkan data yang berkualiti perlu dipertingkat bagi memastikan ketepatan data. Justeru,

komitmen dan kolaborasi semua pemegang taruh diperlukan bagi melaksana dan memantau

semua program penambahbaikan dengan berkesan yang begitu penting bagi Malaysia untuk

mengekalkan kelebihan daya saing Malaysia secara global.

Page 37: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

37

KAEDAH PENGIRAAN INDEKS DAYA SAING WCY 2016

The method of computing the rankings for World Competitiveness is as follows:

Langkah-langkah pengiraan kedudukan daya saing adalah seperti berikut:

Persekitaran ekonomi sesebuah negara dibahagikan kepada 4 faktor utama iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Seterusnya, setiap faktor dibahagikan kepada 5 sub-faktor yang memberi fokus kepada sesuatu bidang yang dianalisis. Keseluruhannya terdapat 20 sub-faktor di dalam WCY.

Kesemua 20 sub-faktor yang mengandungi 342 kriteria (255 kriteria dinilai dan 87 kriteria adalah

maklumat latar belakang), namun bilangan kriteria di dalam sesuatu faktor tidak semestinya sama. (contohnya, lebih banyak kriteria diperlukan untuk menilai sub-faktor Pendidikan berbanding sub-faktor Harga). Setiap sub-faktor tanpa mengambil kira bilangan kriteria yang ada di dalamnya, diberi wajaran yang sama dalam menghasilkan kedudukan keseluruhan iaitu 5%(20x5 = 100);

Kriteria boleh terdiri daripada data statistik yang boleh diukur (cth: KDNK) atau data persepsi (cth:

kesediaan pengurus yang berkelayakan). Data statistik mewakili 2/3 daripada kedudukan keseluruhan manakala data persepsi mewakili 1/3 daripada kedudukan keseluruhan. Maklumat latar belakang tidak diambil kira dalam menentukan kedudukan daya saing (cth: penduduk berumur kurang dari 15 tahun).

Akhir sekali, nilai agregat bagi 20 sub-faktor di atas digunakan bagi menghasilkan kedudukan

keseluruhan dalam WCY.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI www.imd.org/wcy15

Page 38: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

38

Page 39: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

39

Page 40: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

40

IMD RELEASES ITS 2016 WORLD COMPETITIVENESS RANKING

The USA toppled as world’s most competitive economy

Lausanne - May 30, 2016 - The USA has surrendered its status as the world’s most competitive economy after

being overtaken by China Hong Kong and Switzerland, according to the IMD World Competitiveness Center.

The sheer power of the economy of the USA is no longer sufficient to keep it at the top of the prestigious World

Competitiveness Ranking, which it has led for the past three years.

The IMD World Competitiveness Center, a research group within IMD business school, has published the ranking

each year since 1989 and it is widely regarded as the foremost annual assessment of the competitiveness of

countries.

The 2016 edition ranks China Hong Kong first, Switzerland second and the USA third, with Singapore, Sweden,

Denmark, Ireland, the Netherlands, Norway and Canada completing the top 10.

Professor Arturo Bris, Director of the IMD World Competitiveness Center, said a consistent commitment to a

favourable business environment was central to China Hong Kong’s rise and that Switzerland’s small size and its

emphasis on a commitment to quality have allowed it to react quickly to keep its economy on top.

“The USA still boasts the best economic performance in the world, but there are many other factors that we take

into account when assessing competitiveness,” he said.

“The common pattern among all of the countries in the top 20 is their focus on business-friendly regulation,

physical and intangible infrastructure and inclusive institutions.”

A leading banking and financial center, China Hong Kong encourages innovation through low and simple taxation

and imposes no restrictions on capital flows into or out of the territory.

It also offers a gateway for foreign direct investment in China Mainland, the world’s newest economic superpower,

and enables businesses there to access global capital markets.

China Hong Kong and Singapore aside, however, the research suggests Asia’s competitiveness has declined

markedly overall since the publication of last year’s ranking.

The study reveals some of the most impressive strides in Europe have been made by countries in the East, chief

among them Latvia, the Slovak Republic and Slovenia.

Taiwan, Malaysia, Korea Republic, and Indonesia have all suffered significant falls from their 2015 positions, while

China Mainland declined only narrowly retaining its place in the top 25.

Page 41: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

41

Western European economies have also continued to improve, with researchers highlighting the ongoing post-

financial-crisis recovery of the public sector as a key driver.

Meanwhile, 36th-placed Chile is the sole Latin American nation outside the bottom 20, while Argentina, in 55th,

is the only country in the region to have improved on its 2015 position.

Each ranking is based on analysis of over 340 criteria derived from four principal factors: economic performance,

government efficiency, business efficiency and infrastructure.

Responses from an in-depth survey of more than 5,400 business executives, who are asked to assess the

situation in their own countries, are also taken into consideration.

Professor Bris said: “One important fact that the ranking makes clear year after year is that current economic

growth is by no means a guarantee of future competitiveness.

“Nations as different as China Mainland and Qatar fare very well in terms of economic performance, but they

remain weak in other pillars such as government efficiency and infrastructure.”

Data gathered since the first ranking was published more than 25 years ago also lend weight to fears that the

rich are getting richer and the poor poorer, said Professor Bris.

“Since 1995 the world has become increasingly unequal in terms of income differences among countries,

although the rate of increase is now slowing,” he said.

“The wealth of the richest countries has grown every year except for the past two, while the poorer countries

have seen some improvement in living conditions since the millennium.

“Unfortunately, the problem for many countries is that wealth accumulation by the rich doesn’t yield any

benefits for the poor in the absence of proper social safety nets.

“Innovation-driven economic growth in poorer countries improves competitiveness, but it also increases

inequality. This is obviously an issue that demands long-term attention.”

Page 42: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

42

Page 43: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

43

KEDUDUKAN KESELURUHAN DAYA SAING DUNIA 2016

LAMPIRAN 1

NEGARA 2016 2015

KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI

Hong Kong 1 100.00 2 96.04

Switzerland 2 98.02 4 91.92

Amerika Syarikat 3 97.88 1 100.00

Singapura 4 97.65 3 94.95

Sweden 5 92.35 9 85.92

Denmark 6 91.76 8 87.08

Ireland 7 91.54 16 82.97

Belanda 8 91.32 15 83.62

Norway 9 90.05 7 87.92

Kanada 10 90.05 5 90.41

Luxembourg 11 90.02 6 89.41

Jerman 12 88.57 10 85.64

Qatar 13 86.72 13 84.63

Taiwan 14 86.37 11 85.41

Emiriyah Arab Bersatu 15 86.07 12 84.75

New Zealand 16 85.61 17 81.81

Australia 17 84.27 18 80.45

United Kingdom 18 83.34 19 79.93

Malaysia 19 83.05 14 84.11

Finland 20 82.04 20 78.45

Israel 21 80.83 21 77.45

Belgium 22 80.69 23 75.44

Iceland 23 80.58 24 74.12

Austria 24 80.16 26 72.88

Republik Rakyat China 25 79.35 22 76.99

Jepun 26 78.72 27 72.83

Republik Czech 27 76.15 29 70.83

Thailand 28 74.68 30 69.79

Korea 29 74.20 25 73.92

Lithuania 30 74.04 28 71.74

Estonia 31 73.55 31 69.21

Perancis 32 73.46 32 69.04

Page 44: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

44

KEDUDUKAN KESELURUHAN DAYA SAING DUNIA 2016 (SAMB.)

NEGARA 2016 2015

KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI

Poland 33 71.30 33 68.76

Sepanyol 34 69.35 37 63.54

Itali 35 68.71 38 60.96

Chile 36 67.44 35 64.81

Latvia 37 66.55 43 59.78

Turki 38 66.55 40 60.50

Portugal 39 66.41 36 64.18

Republik Slovak 40 65.89 46 57.18

India 41 65.83 44 59.49

Filipina 42 65.54 41 60.15

Slovenia 43 64.87 49 56.76

Rusia 44 63.94 45 58.51

Mexico 45 63.24 39 60.93

Hungary 46 62.65 48 57.00

Kazakhstan 47 62.64 34 68.11

Indonesia 48 62.38 42 59.91

Romania 49 62.27 47 57.13

Bulgaria 50 61.74 55 50.32

Colombia 51 58.29 51 53.86

Afrika Selatan 52 57.80 53 52.70

Jordan 53 56.88 52 53.60

Peru 54 56.20 54 52.64

Argentina 55 53.75 59 42.74

Greece 56 52.13 50 54.19

Brazil 57 51.68 56 47.39

Croatia 58 51.59 58 44.76

Ukraine 59 46.51 60 41.99

Mongolia 60 45.79 57 47.13

Venezuela 61 32.60 61 34.26

Page 45: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

45

NEGARA 2016 2015

KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI

Amerika Syarikat 1 97.88 1 100.00

Kanada 2 90.05 2 90.41

Jerman 3 88.57 3 85.64

Taiwan 4 86.37 4 85.41

Australia 5 84.27 6 80.45

United Kingdom 6 83.34 7 79.93

Malaysia 7 83.05 5 84.11

Republik Rakyat China 8 79.35 8 76.99

Jepun 9 78.72 10 72.83

Thailand 10 74.68 11 69.79

Korea 11 74.20 9 73.92

Perancis 12 73.46 12 69.04

Poland 13 71.30 13 68.76

Sepanyol 14 69.35 14 63.54

Itali 15 68.71 15 60.96

Turki 16 66.55 17 60.50

India 17 65.38 20 59.49

Filipina 18 65.54 18 60.15

Rusia 19 63.94 21 58.51

Mexico 20 63.24 16 60.93

Indonesia 21 62.38 19 59.91

Colombia 22 58.29 22 53.86

Afrika Selatan 23 57.80 23 52.70

Peru 24 56.20 24 52.64

Argentina 25 53.75 26 42.74

Brazil 26 51.68 25 47.39

Ukraine 27 46.51 27 41.99

Venezuela 28 32.60 28 34.26

KEDUDUKAN KESELURUHAN DAYA SAING

MENGIKUT SAIZ PENDUDUK MELEBIHI 20 JUTA

LAMPIRAN 2

Page 46: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

46

LAMPIRAN 3

NEGARA 2016 2015

KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI

Malaysia 1 83.05 1 84.11

Republik Rakyat China 2 79.35 2 76.99

Republik Czech 3 76.15 4 70.83

Thailand 4 74.68 5 69.79

Lithuania 5 74.04 3 71.74

Estonia 6 73.55 6 69.21

Poland 7 71.30 7 68.76

Chile 8 67.44 9 64.81

Latvia 9 66.55 14 59.78

Turki 10 66.55 11 60.50

Portugal 11 66.41 * 64.18

Republik Slovak 12 65.89 17 57.18

India 13 65.83 15 59.49

Filipina 14 65.54 12 60.15

Rusia 15 63.94 16 58.51

Mexico 16 63.24 10 60.93

Hungary 17 62.65 19 57.00

Kazakhstan 18 62.64 8 68.11

Indonesia 19 62.38 13 59.91

Romania 20 62.27 18 57.13

Bulgaria 21 61.74 24 50.32

Colombia 22 58.29 20 53.86

Afrika Selatan 23 57.80 22 52.70

Jordan 24 56.88 21 53.60

Peru 25 56.20 23 52.64

Argentina 26 53.75 28 42.74

Greece 27 52.13 * 54.19

Brazil 28 51.68 25 47.39

Croatia 29 51.59 27 44.76

Ukraine 30 46.51 29 41.99

Venezuela 31 45.79 30 34.26

KEDUDUKAN KESELURUHAN DAYA SAING

MENGIKUT KDNK PER KAPITA KURANG DARIPADA USD20,000

Page 47: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

47

KEDUDUKAN DAYA SAING BAGI RANTAU ASIA PASIFIK 2016

LAMPIRAN 4

NEGARA 2016 2015

KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI

Singapura 1 97.65 1 94.95

Malaysia 2 83.05 2 84.11

Thailand 3 74.68 3 69.79

Filipina 4 65.54 4 60.15

Indonesia 5 62.38 5 59.91

KEDUDUKAN DAYA SAING BAGI RANTAU ASEAN 2016

NEGARA 2016 2015

KEDUDUKAN NILAI KEDUDUKAN NILAI

Hong Kong 1 100.00 1 96.04

Singapura 2 97.65 2 94.95

Taiwan 3 86.37 3 85.41

New Zealand 4 85.61 5 81.81

Australia 5 84.27 6 80.45

Malaysia 6 83.05 4 84.11

Republik Rakyat China 7 79.35 7 76.99

Jepun 8 78.72 9 72.83

Thailand 9 74.68 10 69.79

Korea 10 74.20 8 73.92

India 11 65.83 13 59.49

Filipina 12 65.54 11 60.15

Indonesia 13 62.38 12 59.91

Mongolia 14 45.79 57 47.13

LAMPIRAN 5

Page 48: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

48

KUMPULAN PERANCANGAN ANTARA AGENSI (IAPG)

BAGI DATA DAYA SAING

Kumpulan Perancangan Antara Agensi (IAPG) bagi Data Daya Saing yang diketuai oleh MPC untuk:

(i) Menyelaras dan bekerjasama untuk memastikan data daya saing adalah terkini dan mencerminkan

situasi sebenar di Malaysia;

(ii) Menyediakan dan mengesahkan data yang diperlukan oleh IMD; dan

(iii) Untuk bekerjasama dengan pembekal data antarabangsa bagi memastikan data daya saing Malaysia

dilaporkan dengan betul.

Ahli-ahli IAPG terdiri daripada:

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Bank Negara Malaysia (BNM)

Kementerian Kewangan (MOF)

Bursa Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE)

Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Suruhanjaya Tenaga (ST)

Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

Jabatan Imigresen Malaysia (DOI)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

MPC mengucapkan terima kasih kepada semua Kementerian dan Agensi yang memberi kerjasama membekalkan data untuk laporan WCY 2016.

Page 49: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

49

- NOTA -

Page 50: imd releases its 2016 world competitiveness ranking

50

Pautan untuk World Competitiveness Yearbook 2016 (WCY 2016) :

www.imd.org/wcy16

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

(Bahagian Daya Saing Global (GCD))

Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan,

46200 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.

Tel: 603-7960 0173

Fax: 603-7960 0206

E-mel: [email protected]

www.mpc.gov.my

www.facebook.com\MPCHQ

@MPC_HQ

@MPC_HQ