16
IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG MOBILm PENDUDUK DI PUSAT BANDARAYA KOTA KINABALU Ubong lmang ABSTRACT The country's rapid economic growth especially between the years 1991 to 1997 has contributed significantly towards changes in the social and economi structures. The changes have resulted in the rapid growth of industrial development and urbanization in Malaysia. With the growth. more economic opportunities have been created in urban areas and these opportunities in turn have continuously drawn migrants to these urban centres. Over the years the concentration of people in many urban areas has increased quite remarkably. Among the urban centres faced with this situation is the city of Kota Kinabalu. Kota Kinabalu has a high urban population growth and immigrants have to a large extent been associated with this. This article discusses two main aspects that are inter-related.' i) the impact of the immigrant presence on the spatial pattern of population mobility in Kota Kinabalu urban areas and ii) the challenges the local authority faces in managing the urban space effectively. PENGENALAN Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun banci 1991 terdiri daripada imigran yang majoritinya adalah orang Indonesia (53.0 peratus) dan Filipina (45.2 peratus), berbanding dengan negeri Sarawak hanya 1.0 peratus dan Semenanjung Malaysia 2.1 peratus. Pada tahun banci yang sarna juga, Sabah mencatat kadar migrasi masuk dari luar negara bagi tempoh tahun 1986 ke tahun 1991 dan peratusan jumlah penduduk yang lahir di luar negara yang paling tinggi di Malaysia iaitu masing-masing 7.0 peratus dan 22.1 peratus berbanding dengan purata keseluruhan negara bagi kedua-dua aspek tersebut iaitu masing-masing 1.7 peratus dan 5.7 peratus (Laporan Band Penduduk,1991). Kadar pertumbuhan penduduk yang kedua tinggi dicatat oleh Sabah selepas negeri Selangor bagi tempoh tahun 1991 ke tahun 2000 iaitu 3.83 peratus berbanding dengan purata keseluruhan negara 2.6 peratus. Tidak dinafikan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi ini turut disokong bleh pertumbuhan semulajadi penduduk imigran dan kemasukan imigran baru bagi tempoh tersebut (Jabatan Perangkaan. 2001). Ini jelas dibuktikan dengan peratusan penduduk yang diwakili oleh imigran di Sabah pada tahun 2000 yang tidak jauh bezanya

IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG MOBILm PENDUDUK DI PUSAT BANDARAYA KOTA KINABALU

Ubong lmang

ABSTRACT

The country's rapid economic growth especially between the years 1991 to 1997 has contributed significantly towards changes in the social and economi structures. The changes have resulted in the rapid growth of industrial development and urbanization in Malaysia. With the growth. more economic opportunities have been created in urban areas and these opportunities in turn have continuously drawn migrants to these urban centres. Over the years the concentration of people in many urban areas has increased quite remarkably. Among the urban centres faced with this situation is the city of Kota Kinabalu. Kota Kinabalu has a high urban population growth and immigrants have to a large extent been associated with this. This article discusses two main aspects that are inter-related.' i) the impact of the immigrant presence on the spatial pattern of population mobility in Kota Kinabalu urban areas and ii) the challenges the local authority faces in managing the urban space effectively.

PENGENALAN

Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun banci 1991 terdiri daripada imigran yang majoritinya adalah orang Indonesia (53.0 peratus) dan Filipina (45.2 peratus), berbanding dengan negeri Sarawak hanya 1.0 peratus dan Semenanjung Malaysia 2.1 peratus. Pada tahun banci yang sarna juga, Sabah mencatat kadar migrasi masuk dari luar negara bagi tempoh tahun 1986 ke tahun 1991 dan peratusan jumlah penduduk yang lahir di luar negara yang paling tinggi di Malaysia iaitu masing-masing 7.0 peratus dan 22.1 peratus berbanding dengan purata keseluruhan negara bagi kedua-dua aspek tersebut iaitu masing-masing 1.7 peratus dan 5.7 peratus (Laporan Band Penduduk,1991).

Kadar pertumbuhan penduduk yang kedua tinggi dicatat oleh Sabah selepas negeri Selangor bagi tempoh tahun 1991 ke tahun 2000 iaitu 3.83 peratus berbanding dengan purata keseluruhan negara 2.6 peratus. Tidak dinafikan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi ini turut disokong bleh pertumbuhan semulajadi penduduk imigran dan kemasukan imigran baru bagi tempoh tersebut (Jabatan Perangkaan. 2001). Ini jelas dibuktikan dengan peratusan penduduk yang diwakili oleh imigran di Sabah pada tahun 2000 yang tidak jauh bezanya

Page 2: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang Imang

dengan 10 tahun yang lepas iaitu 23.61 peratus sedangkan di sepanjang tempoh tersebut banyak operasi yang telah dilakukan bennula awal tabun 1990-an untuk menghantar atau membolehkan mereka pulang ke negara asal mereka.

Kewujudan bilangan imigran yang ramai biasanya dikaitkan dengan pelbagaj implikasi yang positif dan negatif kepada pembangunan ekonomi. sosial dan politik tempatan (Dayang Suria. 2000; Azizah Kasim. 1998; K1eniewski. 1997)_ Walau bagaimanapun. kajian ke atas hubungan kehadiran imigran dengan mang dalarnan bandar raya kurang mendapat perhatian dari para penyelidik. Sehubungan itu. penulisan ini akan cuba membuat tinjauan awal melalui kaedah pemerhatian di lapangan dan pengumpulan data sekunder tentang pengaruh kehadiran imiV'an ke atas pola ruang mobiliti penduduk di pusat Bandaraya Kota Kinabalu dan cabarannya kepada pihak berkuasa dalam pengurusan ruang dalaman bandar_ Bagi tujuan perbincangan ini kedua-dua kumpulan imigran iaitu imigran Yang tinggal di Sabah seeara sah dan tidak sah akan diambilkira sebagai subjek kajian dengan memberi tumpuan khusus kepada imigran Indonesia dan Filipina.

IMIGRANDANPEMBANDARAN

Umumnya migrasi dibahagikan kepada dua jenis iaitu migrasi dalaman dan mi&rasi antarabangsa. Migrasi dalaman melibatkan perubahan tempat tinggal yang tetap dalarn sempadan negara yang sarna. Manakala, migrasi antarabangsa pula dirujuk kepada perpindahan penduduk yang melibatkan sempadan negara. Forbes (1996) membahagikan teori migrasi kepada dua jenis iaitu, tingkah laku dan struktural. Se1a.in ciri-ciri budayadan faktordemografi. sesetengah teori tingkah lakujuga menjadikan faktor ekonomi sebagai penjelasan kepada faktor yang rnenarik seseorang mi~ membuat keputusan untuk meninggalkan tempat asalnya. Aspek ekonomi dalarn konteks ini lebih condong kepada pertimbangan memaksimakan peluang di . migran itu sendiri. Sebagai contoh. isu yang penting ialah sarna ada akan berl~ peningkatan dari segi pendapatan yang diperolehinya sekiranya migran tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan tempat asalnya. Manakala teori jell.' struktural pula kurang memberi penekanan kepada individu sebagai pemb\l~S keputusan malah ia bergantung kepada keadaan sekelilingnya dari semasa It. t semasa. Misalnya, selepas kemerdekaan corak pelaburan asing telah membentu: ruang ekonomi yang baru di sesetengah wilayah dan ini telah menarik mi&ras' mas uk ke wilayah tersebut untuk mere but peluang ekonomi yang diwujudkCltt_ I

Sehubungan dengan itu. dalam memperkatakan aspek migrasi dan pemban~ memang wujud perkaitan yang signifikan di antara kedua-dua aspek tersebu • Peluang ekonomi dan situasi hidup di bandar ban yak mempengaruhi kePUt, seseorang untuk berpindah dari tempat asalnya yang serba kekurangan. Misa1n» Forbes (1996) berpendapat. bandar-bandar besar di Asia Tenggara yang sedCln. ' tumbuh dengan pesat pada masa ini adalah hasil dari proses migrasi khusUS1\ g migrasi luar bandar ke bandar. Dalarn konteks migrasi antarabangsa pula, men~~

46

Page 3: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Imigran dan Pembandaran

Kleniewski (1997) kawasan bandar jugalah yang menjadi destinasi utama imigran untuk mencari rezeki hidup. Melalui pemerhatian beberapa pengkaji seperti Knapp et al. (1996) dan Hartshorn (1992) imigran ban yak mempengaruhi proses pembandaran khususnya dari segi pertumbuhan penduduk, identiti kawasan, kejiranan, aktiviti ekonomi bandar dan perkembangan gunatanah bandar.

SAIZ. TABURAN DAN KEWARGANEGARAAN IMIGRAN DJ SARAH

lumlah sebenar imigran di Sabah keseluruhannya dan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu khususnya, sukar untuk ditentukan. lni kerana sebahagian daripada imigran ini memasuki Sabah tanpa dokumen yang sah. Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada umumnya membahagikan imigran di Sabah kepada tiga kategori iaitu:

i. Golongan pelarian yang datang dari Selatan Filipina dan masuk ke Sabah bermula tahun 1972 hingga tahun 1984 ekoran kekacauan politik yang berlaku di wilayah tersebut. Mereka ini dibenarkan tinggal di Sabah tanpa had mas a tetapi digalakkan kembali ke negara asal apabila keadaan mengizinkan mereka berbuat begitu. Status pelarian ini dinyatakan di bawah perintah pasport (pengecualian) (2) (pindaan) 1972 yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri pada 12.9.1972.

ii. Buruh asing yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina yang mas uk dan bekerja dengan menggunakan dokumen perjalanan dan pas lawatan (kerja sementara) yang sah dan bekerja di sektor-sektor yang dibenarkan seperti sektor perJadangan, pembuatan, pembinaan, perikanan dan pembantu rumah untuk tempoh masa tertentu sehingga lima dan tujuh tahun.

iii. Imigran yang mas uk tanpa menggunakan dokumen yang sah atau dokumen perjalanan yang telah luput tempoh sah laku.

Dari segi taburan imigran di Sabah, ladual 1 jelas memperlihatkan dua pertiga daripada jumlah imigran tersebut mendiami bahagian Tawau dan bahagian Sandakan, selebihnya tinggal di bahagian Pantai Barat, Kudat dan Pedalaman negeri Sabah. Pola taburan yang sarna masih dapat dilihat pada tahun 2000. Kemajuan pembangunan pertanian secara ladang khususnya kelapa sawit di kedua-dua bahagian tersebut terutamanya bahagian Kudat dan bahagian Pedalaman Sabah adalah antara sebab berlakunya penumpuan imigran yang jelas di kedua-dua bahagian tersebut. Keadaan sebegini tidak terdapat di bahagian Sabah yang lain. Andaian ini adalah berdasarkan data taburan imigran mengikut sektor pekerjaan di Sabah. Pada tahun 1997 misalnya, labatan Buruh Sabah mencatat lebih separuh daripada pekerja imigran Indonesia dan imigran Filipina bekerja di sektor perladangan (rujuk ladual2). Sebab yang lain ialah kedua-dua bahagian ini berhampiran dengan perairan antarabangsa Filipina dan Indonesia. Ini memudahkan kemasukan imigran dari kedua-dua buah negara terse but baik secara sah atau secara haram.

47

Page 4: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang Imang

Dalam kajian ini andaian yang digunakan ialah sesuatu kumpulan imigran akan bertumpu ke kawasan yang sudah didiami oleh para imigran dari negara mereka sendiri. Fenomena ini dapat dikesan di beberapa kawasan. Jadual 3 jelas menunjukkan bahawa kumpulan imigran Indonesia kebanyakan tinggaI di daerah Tawau dan daerah Sandakan. Manakala kumpulan imigran Filipina pula lebih banyak tertumpu di daerah Kota Kinabalu berbanding dengan daerah Tawau atau Sandakan. Dominasi sesuatu kumpulan imigran di sesuatu tempat tidaJe dinafikan akan mempengamhi pembangunan mang aktiviti ban dar khususnya dari segi aktiviti ekonomi informal dan mang sosial bandar.

JaduaI 1. Taburan Imigran Mengikut Bahagian di Negeri Sabah, 1991

Bahagian 1991 % 2000 %

Bahagian Tawau (Tawau, Lahad Datu, Kunak, Sempoma) n.l28 48.5 ZIl,983 37.1

Bahagian Sandakan (Sandakan, Kinabatangan, Beluran) 116,783 'D.5 215.683 35.1

Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tharan, Penampang, Papar) 00.819 143 98.630 16.0

Bahagian Kudat (Kudat, Kola Marudu) 5.00 1.2 6373 1.0

Bahagian Pedalaman (Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan,Keningau, Tambunan) 36m 8.5 66,155 10.8

JurnJah 425.175 100 614.824 100

Sumber : Laporan Banci dan Peru mahan. 1991 -Jadual2. Taburan Pekerja Imigran Yang Mendaftar Mengikut SeIctor Pekedaan, 19C:r,

Sektor Ekonomi Bilangan Peratusan --Pertanianlladang 117,353 --51.8 IndustrilPerkiIangan 43.198 19.1 Perkhidmatan 24,494 10.8 Pembinaan 17.553 7.7 Perkhidmatan pribadi 7.786 3.4 Lain-lain 16,181 7.2

Jurnlah 226,565 100 Sumber : Jabatan Buruh Sabah. 1997 ---

48

Page 5: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

imigran dan Pembandaran

Jadual3. Taburan Kumpulan Kumpulan Imigran Mengikut Daerah Yang Mempunyai Bandar Utama di Sabah, 1991.

Daerah Imigran Indonesia Nisbah Filipina Nisbah Bubo Warganegara Warganegara Warganegara

Kota Kinabalu37(1)5 7n 1 :0.2 8215 1 :0.2 Sandakan 67433 24445 1 :0.4 6235 1 :0.09 Tawau 92033 55057 1 :0.6 3m 1 :0.04

Catatan : Andaian : Para imigran baru akan bertumpu ke kawasan yang memunyai majoriti hum imigran dari negara yang sama.

Sumber: Diubahsuai daripada banci 1991.

Taburan penduduk Sabah mengikut strata pada tahun banci 1991, menunjukkan lebih dari satu pertiga imigran di Sabah tinggal di kawasan bandar. Ini bermakna selain kawasan perladangan di luar bandar, imigran di Sabah mempunyai kecenderungan memilih kawasan bandar sebagai destinasi pilihan mereka.

IMIGRAN DI DAERAH KOTA KINABALU

Pada tahun banci 2000, daerah Kota Kinabalu merupakan daerah yang mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan yang paling tinggi di Malaysia bagi tempoh tahun 1991 ke tahun 2001, iaitu 5.85 peratus berbanding dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan kese1uruhan negara yang hanya 2.6 peratus. Dari segi peratusan, kadar penduduk yang mendiami daerah Kota Kinabalujuga meningkat pada tahun banci 2000, iaitu kepada kadar 14.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri Sabah atau 345,153 orang penduduk berbanding 12.0 peratus pada tahun banci 1991 dan 11.7 peratus pada tahun banci 1980. Dianggarkan lebih 70 peratus daripadajumlah tersebut tinggal di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Peningkatan ini adalah lebih positifberbanding dengan daerah yang mempunyai penduduk asas yang besar di Sabah iaitu seperti daerah Tawau dan daerah Sandakan (rujuk Jadual 4). Semasa kajian ini dibuat jumlah imigran bukan warganegara di daerah Kota Kjnabalu bagi tahun band 2000 tidak dapat ditentukan lagi, namun tidak dinafikan peningkatan yang positif tersebut sebahagian besamya diakibatkan oleh imigran sarna ada melalui pertumbuhan semulajadi penduduk imjgran, kedatangan imigran bam mahupun imjgran yang berpindah dari daerah lain di Sabah ke daerah Kota Kinabalu untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

49

Page 6: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubo/lg Imo/lg

Jadual4. Peratusan Penduduk Mendiami Daerah Yang Mempunyai Bandar Utama Di Sabah Bagi Tahun 1980, 1991 dan 200 1

-Daerah 1980 1991 2001

Kota Kinabalu 11.7 120 14.2 Tawau 121 14.1 12.2 Sandakan 121 129 13.9

Sumber : Laporan Banci 1980, 1991 dan 2000 -Bagi kawasan bandaraya Kota Kinabalu, Pulau Gaya adalah kawasan tumpuan petempatan imigran yang terbesar khususnya bagi imigran Filipina. Dianggarkan lebih dari 1000 buah rumah setinggan Filipina di Pulau Gaya diduduki oleh lebih dari 7000 orang (Berita Harlan, 1 Disember 2000). Darl segi taburan petempatan imigran yang lain, kawasan setinggan di sekitar bandaraya adalah kawasan tumpuan petempatan mereka yang utama. ladual 5 jelas menunjukkan hampir seratus peratus petempatan imigran yang dibanci oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada pertengahan tabun 2000 terletak di kawasan yangjarakn~a kurang dari 3.5 kilometer dari pusat ban dar. Sebaliknya, hanya kira-kira 56 peratus sahaja dari jumlah petempatan setinggan penduduk tempatan terletak dalarn lingkungan kawasan tersebut. Jumlah dan peratusan ini tidak merangkumi jUrnJah imigran atau penduduk tempatan yang menyewa bilik di bahagian atas bangunan kedai yang terdapat di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Sehubungan dengan i~ tidak din.afikan penumpuan sebahagian besar imigra~ di kawasan yang berhamplran dengan pusat ban dar mampu member! pengaruh kepada' pembangunan ruang aktiviti ban dar.

JadualS. Taburan petempatan setinggan yang didiami imigran berbanding dengan yang didiami penduduk tempatan berdasarkanjarak dari pusal bandar

Jarak Imigran % Penduduk --Tempatan %

<3.5km --(Likas, Sembulan, Luyang) 6131 92.0 8756 56.0

3.6km-5JX>km (Inanam, Tanjung Aru, Sepangar) 500 7.7 5534 35.5

>5km (Petagas, Menggatal) 22 03 1339 8.6

JumIah «RJ. 100 15629 100 Sumber : Diubahsuai daripada Dewan Bandaraya KOla Kinabalu. 2000 ---

~o

Page 7: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Imigran dan Pembandaratr

POLA RUANG MOBILITI PENDUDUK DI PUSAT BANDARAYA KOTA KINABAW

Kehadiran sejumlah besar imigran di sesuatu ruang yang terhad seperti ruang ban dar akan mempengaruhi pembangunan ruang aktiviti bandar terse but secara langsung dan tidak langsung. Misalnya, Ho Ting Seng (1989) berpendapat, umumnya imigran Filipina di Sabah mempengaruhi pembangunan bandar Sabah melalui lima aspek iaitu gunatanah, pengurusan alam sekitar, struktur pekerjaan, kemudahan asas dan perkhidmatan. Masalah proses penyesuaian diri imigran dengan alam persekitaran yang baru demi meneruskan penghidupan adalah antara tekanan yang membentuk cara bagaimana imigran mempengaruhi pembangunan sesuatu ruang aktiviti bandar. Perbincangan yang seterusnya akan cuba mengupas beberapa implikasi pengaruh secara langsung imigran terhadap pembangunan ruang aktiviti pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Pusat bandaraya Kota Kinabalu pada masa ini umumnya dibahagikan kepada lapan bahagian mengikut nama yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu KOla Kinabalu Lama, Segama, Sinsuran, Kampung Air, Bandaran Berjaya, Centre Point, Api-Api Centre dan Asia City (rujuk Rajah 1). Kawasan Kota Kinabalu

RoI,ah 1 Pembah .. glMl Kawasatl Pusa1 e .. ndaraya Kola KIOab5u

:., .. ,~ I • c."",

"'. .' ~':""""--==1 r­o.!_ ' •• _

~ . -- , ('.;;;. / ..

~ , ; , - , ,

SI

Page 8: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang imang

Lama yang merangkumi kawasan lalan Gaya dan lalan Pantai adalah kawasan yang tertua di pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Kedua-dua kawasan tersebut dibangunkan kira-kira 100 tabun dahulu (DBKK. 2(00). Sepertijuga bandar lain di Asia amnya dan di Malaysia khususnya, perkembangan roang bandaraya Kota Kinabalu semakin pesat selepas kemerdekaan. Oleh kerana bandaraya Kota Kinabalu menghadapi halangan pembangunan roang di daratan seperti halangan bentuk muka bumi di sebelah timur dan terletak di dalam zon had ketinggian lapangan terbang, maka usaha perluasan kawasan pembangunan roang pUSat bandaraya Kota Kinabalu selepas kemerdekaan telah mengarah ke laut dan berbentuk linear. Ruang pembangunan pusat bandar di sepanjang tepi laut pada masa ini seperti di Segama, Sinsuran, Centre Point dan Api-Api Centre adalah hasil dari perkembangan ruang bandar melalui penambakan laut

Daripada pemerhatian yang dibuat di lapangan, imigran mempunyai roang mobiliti yang tersendiri di kawasan pusat bandaraya Kota Kinabalu untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosial mereka. Ini dapat dilihat melalui kecenderongan penumpuan irnigran di sesuatu kawasan dalam satu-satu masa khususnya apabila tidak ada pegawai penguatkuasaan membuat pemeriksaan. Sehubungan itu, lUang mobiliti penduduk di pusat bandaraya Kota Kinabalu boleh dibahagikan kepada empat iaitu, roang mobiliti utama imigran Filipina, roang mobiliti utama imigran Indonesia, roang mobiliti utama penduduk tempatan dan roang mobiliti utama 'bercampur' (rujuk Rajah 2).

~ :. :. :. :. i I'f<C>lClUl I~ ...

I"'" I j ·.·.·.·.·.·.IIER~ .....

52

I: ... ·.·.:-·:j UGIO ... .."... ...

I ·1-.. -

Page 9: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Imigran dan Pembandaran

Ruang mobiliti utama imigran Filipina lebih tertumpu di sepanjang pembangunan mang bandar yang berhampiran dengan laut. Kawasan pembangunan mang bandar yang terlibat ialah kawasan pasar basah, pasar kering dan Sinsuran. Sebahagian besar kawasan ini, khususnya kawasan di sekitar pasar kering yang menjual pelbagai jenis kraftangan dinamakan Pasar Filipina. Oi sepanjang laut di kawasan tersebut terdapatjeti persinggahan yang digunakan oleh imigran Filipina untuk berulang-alik dari temp at tinggal mereka di Pulau Gaya ke pusat bandaraya Kota Kinabalu yang mengambil masa hanya kira-kira 10 minit dengan bot. Jaraknya hanya tiga kilometer.

Ruang mobiliti utama imigran Indonesia pula lebih tertumpu di kawasan Bandaran Berjaya dan Kawasan Kampung Air. Kebanyakan mereka tinggal di tingkat atas bangunan kedai di kawasan ini. Manakala ruang mobiliti utama penduduk tempatan adalah di kawasan Kota Kinabalu Lama, Asia City dan Api-Api Centre. Ruang­ruang pejabat dan tempat kediaman orang tempatan ban yak terdapat di kawasan ini. Kawasan pasar basah, Segama dan Centre Point adalah roang mobiliti 'bereampur' iaitu tiada penumpuan mobiliti sesuatu kumpulan penduduk di kawasan tersebut. Ini disebabkan aktiviti yang berlaku di ketiga-tiga kawasan tersebut adalah aktiviti yang memenuhi keperluan harian semua pihak. Misalnya di kawasan pasar basah terdapat aktiviti menjual makanan harian termasuklah ikan dan sayur-sayuran. Kawasan Centre Point pula selain menjadi pusat membeli belah, juga meropakan kawasan perhentian bas jarak dekat (kini perhentian bas ini telah dipindahkan ke kawasan lain). Walau bagaimanapun, bagi kawasan sekitar pasar basah, sebahagian besar dari kawasan terse but lebih dipengaruhi oleh atau mempamerkan imej imigran Filipina. Ini dapat dilihat melalui aktiviti informal di sekitar kawasan tersebut. Selain penjaja rokok dari kalangan imigran Filipina yang dewasa, kanak-kanak imigran Filipina juga turot berkeliaran di kawasan tersebut untuk membantu ibu bapa mereka meneari duit tambahan dengan menjual beg plastik, rokok atau menawarkan perkhidmatan mengangkat barang.

U mumnya, boleh dikatakan bahawa ruang mobiliti utama penduduk di pusat Kota Kinabalu adalah berdasarkan penggunaan roang di bahagian atas bangunan kedai sesuatu ruang di pusat bandaraya. Misalnya, di roang mobiliti utama imigran Indonesia dan Filipina, dan ruang mobiliti 'bereampur' seperti Bandaran Berjaya, Kampung Air, Sinsuran dan Segama kebanyakan penggunaan ruang di bahagian atas bangunan kedai adalah untuk tujuan tempat kediaman yang disewakan. Biasanya, sebuah lot akan dibahagikan kepada en am hingga lapan bilik sewa dan kadar sewaannya disesuaikan dengan kemampuan kumpulan penyewa sasaran, iaitu yang rata-ratanya berpendapatan rendah (OBKK, 2(01). Manakala di ruang mobiliti utama penduduk tempatan seperti di Jalan Gaya, Asia City dan Api-Api Centre, kebanyakan penggunaan ruang di bahagian atas bangunan kedai disewakan untuk kegunaan pejabat-pejabat swasta, restoran, hotel dan bank.

S3

Page 10: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang 1mang

Pola RuangAktiviti Ekonomi Pusat Bandaraya Kota Kinabalu

Perbincangan dalam bahagian ini adalah berdasarkan pemerhatian yang dibuat ke atasjenis aktiviti ekonomi bagi setiap unit kedai di dua kawasan yang terpilih. iaitu eli Sinsuran yang mewakili ruang mobiliti imigran dan Jalan Gaya yang mewakiu ruang mobiliti penduduk tempatan. Bagi memudahkan pemahaman dan perbincangan,jenis aktiviti ekonomi yang diambil kira hanyalah bagi unit kedai bahagian bawah atau di paras jalan sahaja. Ini bermaksud jenis aktiviti yang dijalankan di tingkat satu, tingkat dua dan tingkat tiga kedai yang terlibat tidak diambil kira bagi tujuan perbincangan dalam bahagian ini.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, penumpuan mobiliti sesuatu kumpulan penduduk bandar di sesuatu ruang pusat bandaraya Kota Kinabalu berkait rapat dengan struktur roang aktiviti ekonomi ban dar. Jadual6 menunjukkan perbezaan jenis aktiviti ekonomi formal yang dijalankan di antara roang mobiliti utama penduduk tempatan di Jalan Gaya dan ruang mobiliti utama golongan imigran Filipina di Sinsuran (rujuk pel an 3). Oi dalam roang mobiliti utama penduduk tempatan, jenis aktiviti ekonomi formal yang dijalankan lebih tertumpu kepada kegiatan memberi perkhidmatan seperti perusahaan restoran, bank. sal un kecantikan, farmasi dan kedai ubat-ubatan Cina. Manakala roang mobiliti utama imigran Filipina lebih melibatkan jenis aktiviti ekonomi yang bersifat retail sepertj perosahaan kedai baju. kedai roncit tetapi terdapatjuga kedai borong.

Roll"" J Lrn..nl Jal.'11l G"ya d;)n SHl:lU'an

54

Page 11: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

imigran dan Pembandaran

Jadual6 •. Jenis Aktiviti Ekonomi Fonnal Bandar Mengikut Ruang Mobiliti Penduduk Bandaraya Yang sudah Dikenal pasti

Ruang Mobiliti Jenis Aktiviti Bilangan Peratusan

Penduduk Retail 32 36.4 Tempatan Perkhidmatan 56 83.6 (Jalan Gaya)

Jumlah 88 100

Imigran Filipina Retail 21 70.0 (Sinsuran) Perkhidmatan 9 30.0

Jumlah 30 100 Antara sebab mengapa peratusan aktiviti ekonomi yang bersifat retail kurang terdapat di roang mobiliti utama penduduk tempatan adalah kerana kebanyakan penduduk tempatan, berbeza dari gologan imigran, membeli keperluan harian dan keperluan peribadi mereka di pasaraya dan pusat membeli belah. Sebagai bandingan yang lebih jelas, aktiviti retail di roang mobiliti penduduk tempatan lebih tertumpu kepada kehendak untuk memenuhi keperluan perkakasan romah, keperluan kesihatan dan makanan. Oleh itu ia melibatkan kedai elektrik dan elektronik, kedai tekstil, kedai perabot, kedai yang menjual bahan kering (daging saIai, ubat tradisional) dan kedai bunga. Manakala aktiviti retail di roang mobiliti utama imigran Filipina pula lebih tertumpu kepada kehendak untuk memenuhi keperJuan peribadi. Oleh itu premis yang terdapat ialah kedai pakaian, kedai roneit, kedai roti dan kedai yang menjual barangan kosmetik.

Dari perspektif yang lain, walaupun mungkin wujud persamaan dari segi jenis aktiviti ekonomi formal yang dijalankan di antara roang mobiliti yang telah dikenalpasti, namun tidak dinafikan terdapat juga perbezaan dari aspek-aspek tertentu. Misalnya, wujud perbezaan dari segi pemilikan pemiagaan, saiz pemiagaan dan mutu barangan yang dijual. Sebagai eontoh yang jelas, kedai barangan kemas boleh didapati di ketiga-tiga roang mobiliti, yakni di ruang mobiliti utama penduduk tempatan, ruang mobiliti utama imigran Filipina dan roang mobiIiti utama 'bercampur' . Di kawasan ruang mobiliti utama penduduk tempatan, misalnya di Jalan Gaya, terdapat tiga buah kedai barangan kemas. Kedai tersebut dijalankan oleh para peniaga kaum Cina dengan saiz pemiagaan yang besar (satu lot kedai).

Di roang mobiliti 'bereampur' pula, terdapat 12 buah kedai barangan kemas dan lebih dari 80 peratus pemiliknya adalah peniaga Cina. Daripadajumlah tersebut hanya sebuah kedai barangan kemas sahaja yang berskala besar, empat buah kedai barangan kemas berskala sederhana (satu perdua lot kedai) dan selebihnya berskala keeil (satu pertiga lot kedai). Kedai barangan kemas yang berskala kecil di roang ~obilti ini d~j~l.ankan d~ d~retan ~I?~ kedai yang paling hampir dengan laut. Bagl ruang moblhtl utama Imlgran Flhpma pula, kedai barangan kemas di

55

Page 12: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang Imang

kawasan tersebut dimiliki hampir 90 peratus oleh kaum Bumiputra dcngan saiz pcmiagaan yang kccil (satu pertiga dan satu perempat lot kedai) dan lebih berbentuk kedai pajak gadai. Kebanyakan kedai barangan kemas di kawasan ini menjual emas yang terpakai.

Aktiviti informal pula. terutamanya yang mclibatkan penjaja haram di sckitar pus at bandaraya Kota Kinabalu. Icbih dikaitkan dengan golongan imigran khususnya kumpulan imigran Filipina (DBKK, 2(01). Taraf pendidikan, kemahiran dan aset ekonomi yang rendah ditambah lagi dengan tckanan hidup bandar yang tinggi telah menyebabkan sebahagian besar dari imigran terlibat aktif berjaja secara haram. lumlah sebenar penjaja haram di kawasan pusat bandaraya sukar ditentukan kerana lokasi mercka tidak tetap. Mcreka sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam ruang mobiliti mereka kerana ingin melarikan diri dari pemeriksaan pihak penguatkuasaan.

Walau bagaimanapun, umumnya penjaja haram ini kebanyakannya berkeliaran di ruang mobiliti utama imigran dan ruang mobiliti utama 'bercampur'. Di ruang mobiliti utama imigran Filipina dan kawasan sekitar pasar basah. pcnjaja imigran yang terlibat kebanyakannya menjual barangan yang discludup masuk ke Sabah seperti rokok, mancis, kosmetik dan barangan kepcrluan diri yang lain seperti ccrmin mata, jam tangan, tali pinggang dan topi. Sclain itu mcreka juga tcrlibat aktif rnenjalankan perniagaan rnenjual rnakanan secara kecil-kecilan khususnya di pasar malam di kawasan tcrsebut.

Di ruang mobiliti utama imigran Indonesia pula, selain barangan keperluan diri. merekajuga menjual ubat-ubatan sepertijamu dan mcnjadijurugambar di tarnan_ taman awam di pusat bandar. Di samping itu, peniaga imigran Indonesia ini juga kerap mcnyewa sebahagian kecil ruang kedai makan khususnya di kawasan Kampung Air dan di kawasan lalan Pantai untuk dijadikan premis bagi mcnjual makanan seperti soto dan sate. Ruang mobiliti utama 'bercampur' lebih dimonopoli olch pcnjaja imigran Filipina khususnya oleh mcreka yang menjual rokok dan barangan kepcrluan diri. Manakala di ruang mobiliti utama penduduk tempatan. aktiviti penjaja haram ini jarang ditcmui kccuali di kawasan sekitar stcsen bas Cathay Lama. Penjaja haram di ruang mobiliti ini tcrdiri dari penjaja kaum Kadazan_ Dusun yang menjual kraftangan, manik dan rokok tradisional.

Cabaran Terhadap Pengurusan Ruang Bandar

Pandangan orang tempatan penting diambilkira untuk mcmahami pengaruh kehadiran imigran ke atas ruang bandar. Seramai 80 orang tempatan yang dipilih sccara rawak telah ditemubual di cmpat ruang mobiliti utama yang telah dikcnalpasti. Hasil temubual tcrsebut mcnunjukkan, hampir seratus peratus (97.2 peratus) pcnduduk tempatan yang ditemui di ruang rnobiliti utarna penduduk tempatan berpendapat ruang mobiliti utama imigran adalah kurang selarnat.

56

Page 13: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

imigran dan Pembandaran

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah sekiranya sebahagian dari merekajuga berpendapat merekajarang menjejak kaki di ruang mobiliti utama imigran dan, seboJeh-bolehnya cuba mengelak untuk pergi ke ruang mobiliti tersebut kecuali jika terdapat keperluan yang mendesak seperti urusan rasmi di pejabat-pejabat kerajaan, yakni seperti di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran yang terletak di ruang mobiliti utama imigran Indonesia dan pejabat-pejabat swasta di Sinsuran. Persepsi mereka ini adalah selari dengan imej ruang tersebut sebagai kawasan tempat kes-kes jenayah ringan mahupun jenayah berat seperti kes ragut barang kemas dan beg tangan, pergaduhan dan lain-lain sering berlaku (Jabatan Polis Bandaraya, 2(01).

Persepsi penduduk ban dar di ruang mobiliti utama penduduk tempatan ini juga turut memberi gambaran bahawa pihak berkuasa tempatan bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhadapan dengan beberapa cabaran untuk mencapai pengurusan perancangan pembangunan ruang bandar yang berkesan. Berdasarkan pemerhatian, persepsi penduduk tersebut dan temubual dengan pihak berkuasa tempatan, antara cabaran pengurusan ruang bandar yang berkaitan dengan imigran yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut :

i. Mewujudkan suasana pembangunan bandar yang selamat. bersih dan indah. Kewujudan ruang mobiliti utama imigran di kawasan pusat bandaraya Kota Kinabalu membuktikan bahawa kumpulan imigran berjaya mewujudkan identiti kawasan mereka yang tersendiri dengan memonopoli sebahagian dari aktiviti ekonomi dan sosial yang terdapat di dalam ruang tersebut. Masalah sosial dan jenayah yang se1alu ditimbulkan oleh imigran, aktiviti ekonomi imigran seperti menjaja secara haram yang sukar dibanteras serta tindakan penduduk tempatan membenarkan irnigran menyewa ruang kediaman mereka di bahagian tertentu bangunan kedai semuanya memberikan implikasi yang negatif kepada imej pengurusan bandar yang cekap dan berkesan oleh DBKK dalam konteks usaha ke arah pencapaian matlamat pembangunannya.

Berdasarkan pengalaman DBKK, penjaja haram sukar untuk dibanteras kerana mereka (penjaja haram) perlu berusaha untuk mencari nafkah walau dengan cara apa sekalipun dan dalam masa yang sarna mereka mempunyai pelanggan yang tersendiri kerana harga barang yang ditawarkan oleh mereka adalah lebih murah berbanding dengan harga barang yang dijual di kedai-kedai biasa (Suhaimi, 2(00). Selain itu, hubungan sosial di kalangan ahli masyarakat imigran ini cukup rapat dan mereka saling bekerjasama ketika menghadapi tekanan dari pihak berkuasa. Ini menyukarkan pihak penguatkuasa DBKK mengesan dan membanteras kegiatan haram dan masalah sosial yang ditimbulkan oleh golongan imigran.

ii. Usaha untuk mendapatkan kerjasama dari kaum imigran agar turut terlibat sarna dalam menjayakan sesuatu rancangan pembangunan bandar juga

S7

Page 14: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang Imang

merupakan an tara cabaran yang dihadapi oleh pihak DBKK derni menguruskan bandar dengan cekap dan berkesan. Tanpa adanya ketjasarna dari kaum imigran yang sebahagian besarnya mendiami kawasan bandar. perasaan tanggungjawab terhadap kebersihan. keindahan dan kemudahan awam ban dar sukar untuk dipupuk. Ini memberi implikasi kepada prograrn atau agenda untuk menggalakkan kepatuhan mereka temadap undang-undang khususnya undang-undang kecil yang dikuatkuasakan oleh dewan bandaraya dan, seterusnya akan meletakkan beban tugas yang berat di pihak berkuasa tempatan khususnya beban tugas yang berkaitan dengan tugas rnernberi perkhidrnatan kebersihan dan pengindahan bandar. Reaksi agresif seperti ancaman dan ugutan imigran kepada pihak penguatkuasa DBKI< sernasa pegawai dan kakitangan DBKK menguatkuasakan undang-undang kecil terutarnanya yang berkaitan dengan penjaja hararn dan perobohan rumah setinggan adalah an tara contoh implikasi kepada ketidakpatuhan imigran kepada undang-undang.

iii. Cabaran yang seterusnya berkaitan pula dengan irnej dan kualiti persekitaran bandar. Peniaga hararn di ruang mobiliti utarna imigran khususnya. tidak menghiraukan hal kebersihan ban dar. Mereka kerap membuang sampah sarap di tempatjajaan dan ini memberi kesan negatifkepada usaha pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan kualiti persekitaran ban dar yang bersih. Longgokan sarnpah di dalam parit di sekitar kawasan ruang rnobiliti utarna irnigran Filipina rnenyebabkan kawasan roang tersebut berbau bus Uk terutamanya di bahagian belakang sekitar kawasan pasar Filipina. Keadaan yang sarna juga dapat dilihat di kawasan mobiliti utama imigran Indonesia di Bandaran Berjaya. Se\ain itu, pencemaran khususnya sampah-sarap di sekitar kawasan peternpatan setinggan di kawasan Likas dan Pulau Gaya yang rnajoritinya didiarni oleh irnigran juga rnernbawa akibat yang negatif kepada kualiti persekitaran bandaraya Kota IGnabalu.

iv. Cabaran yang lain adalah bersabit dengan usaha untuk memastikan terdapatnya pengagihan kernudahan dan perkhidmatan bandar yang seirnbang dan berkualiti di kalangan penduduk bandar. Sebahagian besar dari peruntukan yang digunakan untuk memberi perkhidmatan bandar sepert' kerja-kerja pembersihan bandar, pengindahan bandar dan pengangkuta~ sampah adalah berpunca dari hasil kutipan cukai pintu tahunan penduduk bandar. Oleh kerana sebahagian besar imigran tinggal di kawasan setinggan rnenyewa bilik di bahagian atas bangunan kedai dan tidak mernpunYa ~ hartanah. rnaka adalah sukar bagi pihak berkuasa tempatan mendapatka 1

sumbangan mereka untuk tujuan penyediaan perkhidmatan bandar. Dala~ konteks ini, rnahu tidak mahu pihak berkuasa tempatan terpaksajuga memberi perkhidrnatan kepada irnigran secara 'percurna'. Keadaan ini sudah tentu rnenimbulkan rungutan dari penduduk tempatan yang terpaksa rnernbaYar cukai pintu untuk mernpastikan perkhidrnatan yang bermutu diberikan oleh pihak berkuasa ternpatan.

58

Page 15: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Imigran dan Pembandaran

RUMUSAN

Huraian di atas menunjukkan kehadiran imigran di bandaraya Kota Kinabalu memberi pengaruh secara langsung kepada ruang mobiliti penduduk dan aktiviti ekonomi di pusat bandar. Umumnya. dalam konteks pusat bandaraya Kota Kinabalu kepelbagaian ruang mobilti yang terbentuk secara tidak dirancang memberi implikasi yang negatif kepada pembangunan sesetengah ruang khususnya di ruang mobiliti utama imigran. Kehadiran imigran yang mungkin bertambah pad a masa depan. cara penghidupan imigran yang mendesak dan selalu dikaitkan dengan aktiviti yang melanggar undang-undang serta tiadanya perasaan bertanggungjawab terhadap keharmonian tempat yang didiami akan terus menyukarkan usaha DBKK mencapai matlamat pembangunan ban dar yang selamat. indah dan bersih. Sekiranya masalah ini ditangani dengan berkesan melalui pengawasan dan perancangan yang cekap oleh pihak berkuasa tempatan dan mendapat kerjasama dari semua pihak pelaksana golongan pengguna dan imigran, sesuatu mobiJiti ruang yang telah terbentuk tersebut boleh dimanfaatkan, dibentuk dan dirancang untuk tujuan mempertingkatkan kualiti persekitaran bandar dan keunikan ruang bandaraya pad a masa depan.

RUJUKAN

Azizah Kassim. 1998. International Migration and Alien Labour Employment: The Malaysian Experience. Toh Thian Ser (pnyt.). Megacities Labour and Communications. Singapore: ISEAS

Burnley. I. 1999. Levels of Immigrant Residential Concentration in Sydney and Their Relationship with Disadvantage. Urban Studies. 36 (8) : 1295 1316

Dayang Suria. 2000. Pekerja Asing di Sabah : Isu dan Perspektif. DIm. Dzurizah Ibrahim, Balakrishnan Parasuraman & Rosazman Hussin (pnyt.) Hubungan Industri dan Sumber Manusia : Isu dan Perspektif. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah.

Forbes, D. 1996. Asian Metropolis: Urbanisation and the Southeast Asian City. Melbourne: Oxford University Press.

Harthsorn, T. A .• Dent. B. D & Heck. 1. I. 1992.lnterpre!ing The City: An Urban Geography. New York: John Wiley & Sons.

Ho Ting Seng. 1989. International Migration and Urban Development: The Case of the Filipino Immigrants in Sabah. Mohd. Yaakub lohari & Baldev S. Sidhu (pnyt.). Urbanisation and Development: Prospects and Policies/or Sabah Beyond 1990. Kota Kinabalu: IDS

Page 16: IMIGRAN DAN PEMBANDARAN: KESAN KEATAS POLA RUANG … · Sabah adalah negeri di Malaysia yang paling banyak diduduki oleh imigran. Kira-kira 24.5 peratus penduduk di Sabah pada tahun

Ubang imang

Kleniewski, N. 1997. Cities. Change and Conflict: A Political Economy of Urba" Life. Belmont: Wadsworth.

Knapp, B. 1., Ross, S & McCare, D. 1989. Challenges of the Human Environme,". Singapore: Longman. .

Murphy, P. A. 1993. Immigration and the Management of Australian Cities: 'Ibe Case of Sydney. Urban Studies. 30 (9): 1501 1520

Malaysia. 1980. Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan.

Malaysia. 1991. Laporan Band Penduduk dan Perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: labatan Perangkaan.

Malaysia. 2001. LaporanAwal Band Penduduk dan Perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Per'dngkaan.

Suhaimi Sainan. 2000. Peranan dan Pennasalahan Dewan Bandaraya Kola Kinabalu dalam Menangani Isu Pendatang Tanpa IzinIPendatang Asing di Sabah. Kertas kerja yang dibentangkan di Bengkel Tertutup Pendatang Tanpa IzinIPendatang Asing: Isu dan Pennasalahan. 8 Ogos 2000. Universiti Malaysia Sabah.

Weeks, J. R. 1996. Population: An Introduction to Concepts and ISSUes. Belmont: Wadsworth.

60