implikasi melanggar peraturan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

melanggar peraturan

Citation preview

TAJUK :BINCANGKAN IMPLIKASI KE ATAS SESEBUAH ORGANISASI SEKIRANYA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002) TIDAK DIPATUHI OLEH PENJAWAT-PENJAWAT AWAM.

1. PENGENALANSetiap penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan pegawai awam hendaklah pada setiap masa didalam perkhidmatannya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung didalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awan (Kelakuan Dan Tatatertib). Ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan tugas-tugas didalam sesebuah jabatan atau organisasi.Sebarang pelanggaran mana-mana peraturan oleh penjawat awam atau seseorang pegawai akan boleh menyebabkan seseorang pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu setiap pegawai atau penjawat awam hendaklah sentiasa mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan kepada penjawat awam adalah kelakuan dan tatatertib. Ia merupakan perkara yang diperuntukkan secara nyata didalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Pindaan 2002.Tatakelakuan membawa maksud disiplin atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh kakitangan awam atau penjawat-penjawat awam sepanjang berkhidmat di dalam jabatan kerajaan. Agensi awam bermaksud Kementerian atau Jabatan Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) dan Pehak Berkuasa Tempatan. Ketua Jabatan pula bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi samada diperingkat ibu pejabat,bahagian,seksyen atau unit didalam sebuah agensi awam. Ini termasuk Ketua Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan diperingkat ibupejabat. Pegawai atau pegawai awam bermaksud seseorang yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesebuah pihak berkuasa untuk berkhidmat dengan sesebuah agensi awam.Mengikut Perintah Am Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) seseorang Penjawat Awam tidak boleh melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi seseorang pegawai juga tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah merbahaya seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius dan lain-lain lagi yang boleh menyebabkan seseorang penjawat awam itu boleh dikenakan tindakan tatatertibOleh yang demikian adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini. Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan keatas pegawai bawahannya,atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini,hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab,dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.Maka adalah menjadi tugas Pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan Ketua Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap seseorang pegawai dan juga keputusan tindakan tersebut setelah ianya selesai.

2. JENIS TINDAKAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP PENJAWAT AWAM YANG MELAKUKAN KESALAHAN TATATERTIBDalam Perintah Am 36, Bab D, ada menyatakan jenis tindakan tatatertib seperti amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib. Salah satu hukuman yang berkenaan atau kombinasi dua atau lebih hukuman yang berkenaan boleh dikenakan oleh pihak berkuasa tatatertib.Terdapat dua perintah yang menyenaraikan jenis hukuman iaitu Perintah Am 36, Bab D 1980 dan Perintah Am 42, Bab D 1968. Namun begitu, kedua-dua perintah ini mempunyai sedikit perbezaan. Ia dapat dilihat bagi hukuman turun gaji tidak disenaraikan dalam Perintah Am 42, Bab D 1968, manakala bagi tindakan tahan kenaikan gaji dan menamatkan perkhidmatan tidak disenaraikan dalam Perintah Am 36, Bab D 1980.Setiap jenis tindakan tatatertib yang digariskan dalam Perintah Am 36, Bab D 1980 mempunyai huraian dan intipatinya tersendiri. Tindakan yang pertama ialah amaran (warning). Dalam Perintah Am Bab D tiada bahagian lain yang menghuraikan berkenaan amaran sama ada berkaitan dengan cara tindakan amaran atau setakat mana hukuman tersebut dikenakan. Meskipun begitu, dalam Perintah Am 43, Bab D 1968 ada dinyata dan dihuraikan berkenaan hukuman amaran tersebut. Dalam Perintah Am 43, Bab D 1968 ada diperuntukkan berkenaan sekiranya seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib berkaitan dengan kerja atau kelakuan yang tidak memuaskan di bawah Perintah Am 36 dan dia tidak mampu membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah, maka hukuman amaran atau celaan boleh dijatuhkan oleh pihak berkuasa tatatertib ke atas tertuduh mengikut aspek yang sewajarnya. Seterusnya, hukuman berkenaan mestilah direkodkan secara bertulis dan simpanan rekod rasmi berkaitan kejadian juga perlu disediakan.Denda (fine) adalah sebarang hukuman dalam bentuk wang yang dikenakan kerana sesuatu kesalahan yang dilakukan (Mozley and Whiteleys Law Dictionary dalam Abdul Aziz Hussin, 2002). Denda juga boleh didefinisikan sebagai hukuman dalam bentuk wang yang dikenakan atas kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh seseorang penjawat awam. Oleh itu, denda tidak boleh dikenakan dengan cara menyuruh berlari mengelilingi pejabat, melarang keluar makan tengahari dan menghalang bercakap dengan sesiapa sepanjang waktu kerja.Penjawat awam yang bersalah boleh menyelesaikan denda dengan menyerahkan wang tunai atau melalui potongan gaji atau melalui ganjaran pencen bagi yang hampir bersara. Jumlah wang denda yang dikenakan adalah tidak melebihi jumlah tiga hari gaji pokok penjawat awam berkenaan bagi setiap kali hukuman kesalahan sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am 37 (a) Bab D. Manakala bagi penjawat awam yang telah didenda melebihi sekali dalam sebulan kalendar, maka jumlah denda mestilah tidak melebihi daripada 15 % gaji pokok. Menurut Abdul Aziz Hussin (2002), emolumen ialah segala sasaran kewangan penjawat awam yang berkenaan, tidak termasuk sebarang elaun (seperti elaun khidmat awam, elaun memangku, elaun tanggung kerja, elaun pemandu, dan lain-lain).Tindakan tatatertib seterusnya ialah lucut hak emolumen (forfeiture of emoluments). Kebiasaannya, lucuthak emolumen dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Tidak bekerja maka gaji tidak dibayar atau tiada kerja tiada gaji, itulah konsep asas lucuthak gaji. Hukuman lucuthak gaji boleh berlaku dalam dua jenis keadaan, iaitu terhadap penjawat awam yang tidak hadir bertugas tanpa cuti, atau tanpa kebenaran, atau tanpa sebab yang munasabah dan terhadap penjawat awam yang digantung kerja kerana kes jenayah dan akhirnya dia dibuang kerja mengikut Perintah Am 37 (b), Bab D. Perbezaan antara denda dan lucuthak emolumen ialah hukuman lucuthak gaji tidak mempunyai atau tertakluk kepada sebarang had maksimum seperti yang ditentukan dalam hukuman denda. Ada kemungkinan, hukuman lucuthak gaji hanya setengah gaji hari penjawat awam.Tempoh hari penjawat awam tidak hadir bekerja sama ada tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa kebenaran yang sah atau tanpa sebarang sebab yang munasabah perlu diambilkira dalam jumlah gaji yang dilucuthak. Contohnya, sekiranya seseorang penjawat awam tidak hadir bekerja selama setengah hari, maka gajinya dipotong separuh hari dan jika tidak hadir bekerja selama enam hari, maka gaji yang dipotong ialah bagi jumlah enam hari gajinya. Namun begitu, langkah lain boleh diputuskan oleh pihak berkuasa tatatertib selain daripada langkah yang dinyatakan.Seseorang penjawat awam yang tidak hadir bekerja tanpa sebarang alasan yang kukuh tidak layak mendapat sebarang gaji atau emolumen bagi tempoh tersebut seperti mana prinsip tiada kerja tiada gaji yang juga dinyatakan dalam Perintah Am 14 (A), Bab C 1974. Suatu perakuan mengenai ketidakhadiran penjawat awam tersebut kepada pihak berkuasa yang membayar gaji dan emolumen mestilah dibuat oleh Ketua Jabatan bagi melancarkan pemotongan gaji dan emolumen bagi tempoh tersebut dilakukan dan tindakan ini hanya satu syarat yang perlu dipatuhi, tidak termasuk dalam tindakan tatatertib.Seterusnya ialah tangguh pergerakan gaji (deferment of salary movement). Menunda atau memindahkan tarikh kenaikan gaji penjawat awam yang berkenaan ke suatu tarikh yang lain pada masa hadapan merupakan definisi bagi hukuman tatatertib tangguh pergerakan gaji. Ia boleh dilaksanakan bagi tempoh 3, 6, 9, 12 bulan atau lebih mengikut budi bicara yang diberikan dan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji penjawat awam berkenaan. Justeru itu, dalam tempoh dan sepanjang hukuman berkuatkuasa, penjawat awam tersebut tidak layak menerima sebarang pergerakan gaji.Terdapat keadaan yang menangguh pergerakan gaji kerana tidak dapat disahkan dalam jawatan atau tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan. Namun begitu, dalam dua keadaan ini bukanlah termasuk dalam tindakan tatatertib, tetapi berlandaskan kepada pemenuhan syarat perkhidmatan sahaja seperti yang termaktub dalam Perintah Am 47, Bab A 1973.Hukuman turun gaji (reduction of salary) Perintah Am 42, Bab D bererti gaji penjawat awam yang terlibat dikurangkan tidak melebihi tiga pergerakan gaji berdasarkan segmen gaji dan kadar peningkatan gaji. Tempoh hukuman yang dikenakan mestilah tidak melebihi 3 tahun dan tidak kurang daripada setahun pada tarikh hukuman dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. Dalam tempoh hukuman juga, penjawat awam yang bersalah tidak layak menerima sebarang pergerakan gaji dan pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman ditamatkan.Jenis tindakan tatatertib yang keenam ialah turun pangkat (reduction in rank). Turun pangkat bererti gred penjawat awam diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pengawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman (Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993). Lazimnya, penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib yang pada awalnya wajar dibuang kerja, akan tetapi atas faktor hukuman di ringankan, maka hukuman tatatertib turun pangkat hanya dikenakan. Selain itu, penjawat awam yang difikirkan tidak sesuai dan tidak berkelayakan lagi untuk terus menyandang jawatan sekarang atas faktor-faktor tertentu seperti kualiti kerja merosot, sifat peribadi, tahap kesihatan yang kritikal kerana kesalahan sendiri (contohnya menghidap AIDS) dan lain-lain boleh disyorkan hukuman turun pangkat.Hukuman tatatertib buang kerja (dismissal) merupakan hukuman dan langkah terakhir bagi penjawat awam yang melakukan sebarang kesalahan tatatertib yang tidak boleh dibicarakan dengan hukuman lain. Ia bererti penjawat awam tersebut akan ditamatkan perkhidmatannya.

3. IMPLIKASIAkibat perlanggaran peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib di kalangan penjawat awam pelbagai implikasi dapat dirumuskan apabila pegawai yang terbabit didapati bersalah dan dikenakan tindakan tatatertib. Ia turut memberi kesan kepada negara, jabatan, individu dan sebagainya. Pelanggaran peraturan-peraturan di kalangan penjawat awam akan juga memberi kesan dari segi produktiviti anggota tersebut dalam menghasilkan tugas hariannya. Pegawai terbabit tidak akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik dan berkesan. Ini akan membawa kepada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang yang sepatutnya tidak berlaku seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya kerana tekanan tekanan hidup dan untuk bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk didalam kehidupan seharian pegawai terbabit.Seterusnya, pelanggaran peraturan turut mencemarkan imej Negara dimata dunia dan Negara akan terjejas kestabilannya, terutama sektor awam. Jabatan akan secara langsung menerima akibatnya apabila ada kakitangan yang diambil tindakan kerana melanggar peraturan. Jikalau seseorang kakitangan didapati terlibat dan bersalah dalam pelanggaran peraturan yang member kesan mendalam kepada jabatan dan Negara maka pegawai terbabit hendaklah dibuang kerja kerana akibatnya adalah sangat besar.Apabila staf kerap melanggar peraturan penjawat awam, ia boleh juga menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya.

4. CADANGAN PENYELESAIANMasalah pelanggaran peraturan dan tatatertib dikalangan penjawat awam merupakan masalah yang perlu diselesaikan dengan segera dan secara berkesan. Menangani masalah terbabit adalah mustahak untuk memenuhi hasrat pemimpin bagi melahirkan pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ada juga saranan yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya negara ini mencuba untuk melaksanakan undang-undang Al-Quran bagi memberi pengajaran dan peringatan supaya aktiviti pelanggaran peraturan dan tatatertib tidak terus menjadi budaya di dalam masyarakat dan pentadbiran awam.Penjawat Awam hendaklah terus belajar untuk membendung tekanan hidup harian dengan tidak melakukan apa juga bentuk pelanggaran peraturan sebagai jalan penyelesaian. Mereka juga perlu menangani pengaruh dan pujuk rayu untuk melakukan apa yang mereka tahu adalah salah, melanggar tatatertib dan yang boleh membawa kepada kehancuran dan kebinasaan didalam sesebuah organisasi.Ini boleh dipelajari dengan mendalami pelajaran agama dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat.Kalangan penjawat awam juga semestinya diberi pendidikan dan penerangan mengenai bahaya pelanggaran peraturan dan tatatertib secara berterusan melalui seminar, pembacaan buku dan media cetak. Mereka perlu memastikan maklumat bahaya gejala pelanggaran peraturan dan tatatertib yang mereka perolehi disampaikan kepada rakan dan sahabat. Seterusnya mereka hendaklah menyemat rasa berani, disiplin, tanggungjawab dan jatidiri untuk membena masa hadapan yang cerah untuk mereka sendiri, jabatan dan Negara.5. PENUTUPJika diteliti dengan berhati-hati adalah amat jelas dan nyata untuk menjadikan sesebuah organisasi atau jabatan di dalam sesebuah Negara, kerjasama banyak pihak perlu diterapkan bersama. Ini adalah melibatkan komitmen,sokongan serta kerjasama terutamanya dari individu itu sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat keseluruhannya untuk mencapai tujuan murni tersebut.Dalam mencapai negara yang makmur dengan pembangunan yang semakin maju, setiap nilai dan dasar yang telah kerajaan perkenalkan hendaklah diambil berat oleh kakitangan perkhidmatan awam. Nilai-nilai yang diperkenal bukanlah hanya untuk kepentingan sebelah pihak sahaja tetapi untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak. Walaupun terdapat kelemahan, pihak kerajaan tidak pernah berputus asa untuk memperbaik prestasi negara dari pelbagai segi demi menjulang nama Malaysia di mata dunia.Sehubungan dengan itu, setiap kakitangan awam hendaklah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya dan mengamalkan nilai-nilai positif di samping mengikut etika yang telah ditetapkan. Keadaan ini menunjukkan sokongan kakitangan kepada pihak pemerintah dalam usaha memartabatkan Malaysia di mana tanpa sokongan daripada kakitangan awam, adalah mustahil bagi kerajaan untuk mencapai kegemilangan dan Wawasan 2020 yang menjadi dasar bagi setiap visi jabatan kerajaan. Maka terapkan nilai dan etika dalam diri agar Malaysia menjadi yang terbilang dalam kalangan yang terbaik di seluruh pelosok dunia.

RUJUKAN

Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1992

Perintah-Perintah Am, Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib), 1993

Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran, International Law Book Services (ILBS), 2007

Malaysia Kita, International Law Book Services (ILBS), 2007.

7