Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Bil. 49
INFOKUS UMTw w w . u m t . e d u . m y
SEPTEMBER 2014
Pulau Bidong Destinasi Penyelidikan Terpulihara
Kampus Bukit Kor Kaya Sumber Alam
Usaha IPK Realisasikan Kenyir Geopark
Kejayaan Let’s Talk & Let’s Go Global
Teknologi Nano UMT
Pembaca Pruf Nor Hafizah ArifinHassan Basri Sedek(Pelajar Praktikal UM)Muhammad Harif Nazrin(Pelajar Praktikal UM)
Pereka GrafikMohd Fadli AbdullahRozliana Mat Hussin
JurufotoMokhtar IshakMuhamad Adli HashimMohd Azlan Mohd PutraKrew Produksi
Hak Cipta Terpelihara © 2014. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
PenaungYBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
PenasihatYBhg. Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd. Wahid
Ketua Pengarang Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Editor Rabil Sitta Abdul RahmanMohd Izham Mohd A. WahidHarisom Anida Musa
SIDANG REDAKSIPenyumbang BahanCanseloriPejabat PendaftarPusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur ZahirahPusat Pengajian Sains dan Teknologi MakananPenerbit UMTPusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan CitraPusat Jaringan AntarabangsaPusat Jaringan Penyelidikan ECERPusat Pembangunan Alumni dan Keusahawanan (CADE)Pusat Sukan dan Rekreasi
2
KETUA PENGARANGDari Minda
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Syukur alhamdulillah kerana kita masih diizinkan-Nya untuk
bertemu dalam INFOKUS UMT edisi SEPTEMBER 2014. Tahun 2014 menghampiri penghujungnya, meninggalkan pelbagai peristiwa… adakala kepahitan, adakala kemanisan, adakala kegagalan, adakala kejayaan, adakala kesedihan, adakala kegembiraan dan yang paling sukar untuk didakapi adalah kehilangan…akhirnya semuanya milik Yang Maha Esa…
Meniti kehidupan sepanjang tahun 2014 dengan pelbagai dugaan dan cabaran…satu demi satu dipaparkan untuk menguji kekuatan hati dan
keimanan kita. Kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya jika dilimpahkan dengan nikmat kehidupan yang tiada bandingannya. Kesabaran dihulurkan jika kita sentiasa diuji dan terus diuji… hanya kesabaran yang mampu memujuk kehibaan. Sebagai insan yang sentiasa menaruh harapan menyusuri liku kehidupan menuju keredaan-Nya, hijablah hati kita jika diusik kekufuran demi menuju kedamaian jiwa…
PROFESOR MADYA DR. NORAIEN MANSOR
“Kita kadangkala alpa untuk menghargai jasa mereka yang dekat dengan kita…mereka yang menggerakkan nadi kejayaan kita… Kita kadangkala alpa untuk menjaga kebajikan mereka…menjaga naluri mereka yang menghidupkan suasana keceriaan kita… Kita lupa dan terus lupa sehingga ianya terpahat satu aniaya…” (Noraien Mansor, September 2014)
Anugerah Ikon Siswa 2014 Hargai Pelajar Cemerlang
Tawaran Kerjasama Penyelidikan dengan Universiti di Perancis
Kejayaan Let’s Talk and Let’s Go Global Melebarkan Penguasaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Kunjungan Naib Canselor ke Australia
UMT Anjur World Oceans Week 2014
Inovasi dan Keusahawanan Pengalaman di Innovation Academy
Teknologi Nano UMT Bangunkan Industri Stevia dan Kelulut
KANDUNGAN3INFOKUS September 2014
Majlis Penyerahan Bendera Sukan SUKUM 2014
UMT Rangkul 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa
Indoor Bowls Pelajar UMT Tempat Ketiga
Pulau Bidong Destinasi Penyelidikan yang Terpulihara
Kampus Bukit Kor Kaya Sumber Alam
Usaha IPK Realisasikan Kenyir Geopark
Serahan Tabung Sumbangan Kemanusiaan Gaza Isi Sambutan Hari Raya UMT
Perkongsian Ilmu Bersama Nelayan Jaya Kebangsaan
UCTC Membawa UMT Kepada Masyarakat
6
10
14
18
20
24
26
28
31
36
38
40
41
42
27
34
Fokus
Akademik& Pengantarabangsaan
Penyelidikan& Inovasi
Sorotan Peristiwa
USR
Gemilang Siswa
Sukan & Kesihatan
NAIB CANSELOR
Transformasi Penyelidikan dan Inovasi UMT telah bermula sejak tahun 2013 dan akan terus diperkasa pada tahun ini. Tumpuan
pada peringkat awal adalah memperbanyakkan geran penyelidikan supaya lebih ramai ahli akademik berupaya menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang masing-masing. Kami memperkenalkan Dana Penyelidikan Muda dan Dana Penyelidikan Tindakan untuk memenuhi hasrat ini.
Bagi membina budaya penyelidikan berkumpulan, kami telah memperkenalkan konsep ‘Special Interest Group’ (SIG) bagi membolehkan Pemimpin Penyelidik membawa ahli akademik muda untuk bersama menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang atau sektor tujahan universiti. Pada masa yang sama, aktiviti penyelidikan di semua institut penyelidik dijajar semula berasaskan Program Penyelidikan (PI) bagi memastikan pengurusan tujahan penyelidikan dimantapkan lagi.
Transformasi pemantapan yang sedang dilaksanakan kini ialah memperkenalkan gagasan Kluster Penyelidikan sebagai strategi pengurusan
penyelidikan bersepadu bagi membolehkan ekosistem penyelidikan multi-disiplin atau sektor-pembangunan diperkenalkan. Pada masa ini kami telah mengenalpasti enam kluster yang menjadi teras kepada tujahan ‘Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik: a) Sains Marin dan Oseanografi; b) Perikanan Tropika dan Akuakultur; c) Bioteknologi dan Biobahan Marin; d) KOmuniti Pesisiran dan Kepulauan; e) Teknologi dan Pengurusan Maritim; dan f) Ekosistem Tasik dan Kepelbagaian Biologi Tropika.
Untuk menjayakan gagasan kluster penyelidikan, dana Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS) 2014-2018 akan digunakan untuk memperkasa Penyelidikan Flagship bertemakan ‘Pembangunan Ekosistem Setiu: Pemuliharaan, Kelestarian Sumber dan Penghidupan Komuniti’ sebagai pendekatan holistik mewujudkan ekosistem penyelidikan tujahan universiti. Marilah kita bersama-sama menyokong gagasan penyelidikan berinovasi ini.
Coretan4
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
PROFESOR EMERItUS DAtO’ DR. IbRAhIM KOMOONaib Canselor UMT
6 Fokus
Destinasi Penyelidikan yang Terpulihara
Pulau Bidongoleh: Rabil Sitta Abdul Rahman | Penerbit UMT
Kunjungan kali kelima penulis di Pulau Bidong bersama Pengarah Penerbit UMT, Prof.
Madya Dr. Noraien Mansor dan juga semua staf Penerbit UMT amat mengujakan. Bukan penulis sahaja yang berasa teruja tetapi semua staf Penerbit UMT yang lain terutama pegawai-pegawai yang baru berkhidmat di UMT dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Bidong begitu teruja melalui pengalaman ini. Penerbit UMT telah menganjurkan Program Terokaan Pulau Bidong pada 3 hingga 5 Jun 2014. Kunjungan kami ke Pulau Bidong adalah bagi menyediakan artikel khas pembangunan di Pulau Bidong bagi pengisian majalah INFOKUS UMT ini. Kami diberikan peluang melalui pelbagai aktiviti kelautan di atas keizinan Ketua Bahagian Perikanan, Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, En. Baharim Mustapa. Kunjungan kami ke Pulau Bidong
diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan, En. Mohd Sharizan Azrul Aziz serta beberapa orang staf dari Bahagian Pengurusan Kapal dan Bot UMT. Terima kasih daun keladi atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh Program Terokaan Pulau Bidong oleh staf Penerbit UMT.
Pulau Bidong terletak kira-kira 40 km dari Kuala Terengganu. Kami bertolak dari Jeti Nelayan Pulau Duyong yang memakan masa hampir satu jam perjalanan dengan menaiki bot UMT Discovery VII.
Pengalaman bermalam di Pulau Bidong amat mendamaikan. Keindahan Pulau Bidong masih seperti beberapa kunjungan sebelumnya, kehijauan hutan masih sama. Apa yang membezakan kini adalah pertambahan bangunan di Pulau Bidong. Pulau Bidong kini umpama resort peranginan yang dilengkapi bangunan-bangunan kayu seperti asrama penginapan
pelajar lelaki dan perempuan, dua unit rumah tetamu, bangunan aktiviti pelajar, rumah kakitangan, rumah penginapan VVIP dan ruang dapur dan makan. Kunjungan kali ini jauh lebih selesa berbanding kunjungan sebelumnya apabila penulis menyertai Program Survival Laut Pusat Tanggungjawab Pejabat Naib Canselor pada tahun 2010, ketika itu, kami hanya bermalam dalam khemah, di mana bangunan asrama penginapan masih dalam proses pembinaan.
Perasmian
Stesen Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pulau Bidong ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Ahmad Zaharuddin bin Idrus pada 21 Oktober 2010.
Kawasan berkeluasan 2 hektar ini diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada UMT. Kawasan
7
Pulau Bidong mula dibangunkan sejak tahun 2003 melalui beberapa fasa pembangunan. Pembangunan di Pulau Bidong dijalankan dengan begitu teliti bagi mengekalkan ekosistem dan keindahan semula jadinya tidak terjejas. Pembangunan di Pulau Bidong hampir lengkap sepenuhnya, tinggal peralatan makmal sahaja yang masih belum disediakan.
Pulau Bidong akan menjadi makmal semula jadi kepada golongan penyelidik UMT bagi menjalankan aktiviti penyelidikan berasaskan sains, teknologi dan kejuruteraan. Pulau Bidong bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penyelidik UMT tetapi penyelidik luar dan dalam negara juga berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang ada bagi mendapatkan sampel di sekitar pulau ini. Perairan Pulau Bidong memang kaya dengan hidupan laut. Perairan ini adalah makmal semula jadi yang tersedia untuk dikaji dan diterokai serta menyimpan khazanah ilmunya yang tersendiri.
Menurut En. Mohd Sharizan Azrul Aziz, salah satu bangunan di Pulau Bidong ini akan dijadikan makmal penyelidikan. Pulau Bidong masih lagi menjadi tumpuan penyelidik-penyelidk UMT yang menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan sampel-sampel di sekitar pulau ini.
Program Survival Laut
Kunjungan ke Pulau Bidong memberi peluang kepada kami melalui sebahagian daripada aktiviti Program Survival Laut seperti water confident, snokling, berkayak, memancing dan juga jejak warisan.
Satu masa dahulu, program ini diwajibkan bagi semua pelajar yang baru mendaftar di UMT. Demi menjaga kelestarian ekosistem dan terumbu karang di persekitaran pulau, program ini kini dihadkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian berkaitan maritim sahaja.
Program Survival Laut dianjurkan bagi memupuk keyakinan diri, semangat setiakawan,
Bangunan Bidong yang dijadikan asrama penginapan pelajar.
Rumah Yu Kecil dan Yu Besar menjadi penginapan penyelidik.
Bangunan serba guna yang dijadikan ruang aktiviti pengunjung, ruang ini boleh dijadikan surau dan juga tempat perbincangan.
menyemai rasa perpaduan dalam kalangan pelajar. Kebiasaannya pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan, mereka akan bersaing antara satu sama lain secara sihat bagi menjayakan setiap aktiviti yang perlu mereka selesaikan melalui program ini. Antara aktiviti lain yang mencabar bagi peserta ialah aktiviti water confident, para peserta dikehendaki mengapungkan diri di atas permukaan air. Sebenarnya, kemahiran mengapungkan diri di atas permukaan air ini adalah kemahiran asas yang penting bagi mereka yang mahu belajar berenang. Para peserta kemudiannya diminta berenang ke arah bot yang berada di tengah lautan, bagi mereka yang tidak mahir berenang, tali yang direntang dari pantai ke arah bot menjadi penyelamat untuk mereka terus bergerak. Bagi mereka yang pandai berenang, inilah masa yang paling sesuai semua mengasah kembali kemahiran yang ada untuk berenang ke tengah lautan. Semasa menjalankan semua aktiviti kelautan ini, para peserta diwajibkan memakai jaket keselamatan dan
INFOKUS September 2014
8 Fokus
petugas khas sentiasa bersedia memastikan tiada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.
Ketika mengikuti program ini ketahanan mental dan fizikal peserta diuji, para peserta akan dibawa ke Pulau Bidong menaiki bot UMT dari Jeti Merang. Oleh kerana jumlah kami tidak ramai, kami memulakan perjalanan ke Pulau Bidong melalui Jeti Pulau Duyong. Bagi mereka yang mabuk laut, perjalanan selama hampir satu jam meredah lautan adalah pengalaman yang begitu mencabar. Mereka akan diuji dengan rasa pening ataupun muntah.
Para peserta program dan juga pengunjung di Pulau Bidong juga berpeluang menjalankan aktiviti snokling di permukaan lautan di sekitar pulau ini. Mereka pasti teruja melihat ikan pelbagai spesies yang bebas berenang di sekitar mereka. Ikan-ikan yang pelbagai spesies ini kelihatan jinak tetapi liar apabila cuba disentuh. Para peserta dan juga pengunjung yang ingin menjalankan aktiviti air di Pulau Bidong dinasihatkan supaya tidak memakai sebarang jenis krim pelindung matahari. Bahan kimia yang terkandung dalam krim pelindung ini akan memusnah dan merosakkan batu karang. Pendidikan dan kesedaran
untuk bersama-sama menjaga pemuliharaan batu karang amat penting didedahkan kepada semua pengunjung di Pulau Bidong agar terumbu karang tidak akan terjejas. Terumbu karang ini adalah penting bagi kehidupan semua spesies ikan di Pulau Bidong. Di Pulau Bidong terdapat spesies ikan kerapu tikus, antara spesies ikan yang telah pupus di tempat lain.
Bagi pengunjung yang bernasib baik, mereka juga berpeluang melihat penyu timbul secara langsung di permukaan lautan. Pengalaman di Pulau Bidong mengundang keterujaan tahap maksimum bagi para pencinta alam semula jadi.
Lesen Skuba
UMT telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2008 untuk menawarkan pakej lesen skuba di Pulau Bidong. UMT adalah IPTA pertama menganjurkan pakej lesen skuba terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA dan juga masyarakat umum dengan nilai harga yang amat berpatutan. Penyelam yang ingin mendapatkan lesen skuba ini akan dilatih oleh jurulatih berpengalaman dari kalangan staf UMT.
Aktiviti Jejak Warisan
Para pengunjung di Pulau Bidong juga berpeluang mengikuti aktiviti Jejak Warisan dengan menjelajah laluan berbukit dan hutan ke kawasan bekas penempatan pelarian Vietnam. Pada tahun 1978, Pulau Bidong menempatkan kem pelarian Vietnam oleh Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Kem Pelarian Vietnam Pulau Duyong ditutup pada tahun 1991 dan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan juga Perancis.
Pengunjung yang mengikuti aktiviti Jejak Warisan akan memulakan perjalanan dari Jeti Pulau Bidong ke kawasan bekas kem pelarian Vietnam ini. Para pengunjung akan dapat melihat bekas kuil, kubur, telaga, balai polis dan gereja yang hampir musnah dimakan anai-anai. Di sini juga kelihatan kubu tanda penempatan pelarian Vietnam yang dibina sebagai kenang-kenangan.
Pengalaman meredah hutan yang masih belum tercemar memberi peluang kepada pengunjung melihat pokok-pokok yang jarang ditemui. Pokok-pokok ini kebanyakannya telah diletakkan
Pengunjung memulakan perjalanan Jejak Warisan mendaki tangga batu ke bukit tapak peninggalan Vietnam.
Antara tugu peringatan pelarian Vietnam.
9
nama spesies sebagai pengenalan kepada para pengunjung. Kawasan ini tidak dibuka untuk kunjungan umum, hanya pelajar dan staf UMT yang terlibat dengan Program Survival Laut sahaja yang bertuah boleh melalui pengalaman unik ini. Pengunjung juga berpeluang melihat dari bukit, keindahan pantai Pengkalan Pasir yang memutih dan lautan yang membiru. Ketenangan tidak tergambar dengan kata-kata, melihat keindahan alam semula jadi Pulau Bidong yang masih belum terusik oleh pembangunan. Hanya kawasan yang diwartakan kepada UMT sahaja dibenarkan untuk dibangunkan bagi tujuan kemudahan kepada penyelidik. Kawasan lain di Pulau Bidong ini, masih dikekalkan ekosistemnya.
Kawasan perairan Pulau Bidong ini diletakkan replika batu bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu oleh Coral Malaysia atau Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu serta UMT bagi dijadikan tukun tiruan pada 17 Jun 2007. Menjadi hasrat Kerajaan Negeri Terengganu dan juga UMT, menjadikan kawasan perairan Pulau Bidong sebagai syurga kepada golongan penyelam skuba. Kerajaan Negeri Terengganu telah mewartakan Pulau Bidong sebagai kawasan yang dilindungi dan dilarang sebarang bentuk pembangunan bagi menjamin
kelestarian alam semula jadi dan dilindungi daripada sebarang bentuk pencemaran.
Jaga Kebersihan
Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Pengalaman menginap di Pulau Bidong ini mendisiplinkan kami untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran kerana di sini tiada petugas pembersihan. Pengunjung sendiri bertanggungwab ke atas sampah sarap masing-masing. Kami memastikan semua sisa makanan dan sampah sarap dibersihkan sebelum pulang ke darat. Di sini hanya terdapat seorang pekerja yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pulau ini dari sebarang bentuk pencerobohan.
Pengalaman Memancing
Jika anda tiada kemahiran memancing, campakkan tali pancing ke lubuk ikan belum tentu akan ada hasilnya. Itulah pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis. Penulis berasa amat malu dan tercabar melihat rezeki yang diperolehi oleh adik-adik nelayan yang memancing dalam sebuah bot lama berdekatan dengan bot kami. Tidak sampai beberapa minit mereka mencampakkan tali pancing ke dasar lautan, sudah ada ikan yang mereka dapat. Bukan seekor
dalam satu masa tetapi dua ekor sekali mengena pada tali pancing yang dipasang dengan dua mata kail. Pengalaman memancing betul-betul menguji tahap kesabaran dan kemahiran pemancing. Penulis terpaksa akur dengan kemahiran adik-adik nelayan itu memancing ikan serta berasa insaf kerana bukan mudah untuk menjadi seorang nelayan. Tiga jam kami mencuba nasib menjadi nelayan, tidak sampai 10 ekor anak ikan kerisi dan kerapu yang kami perolehi. Kami akur, kemahiran kami bukan di lautan. Kemahiran kami hanya bermain dengan buku, majalah dan jurnal dan bukannya memancing ikan di lautan!
Perairan Pulau Bidong turut menjadi tumpuan golongan nelayan. Stesen Penyelidikan UMT di Pulau Bidong menjadi destinasi kebanggaan warga UMT.
Bukan mudah bagi kami untuk mendapatkan seekor anak ikan kerisi, tabik hormat dengan
para nelayan.
INFOKUS September 2014
10 Fokus
Tapak Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Bukit Kor, Marang Terengganu yang
berkeluasan kira-kira 600 ekar akan menjadikan UMT salah sebuah IPTA yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung pada masa hadapan. Pada masa ini persekitaran Kampus UMT Bukit Kor secara keseluruhannya masih berada dalam suasana habitat semula jadi dengan terdapat beberapa kawasan kecil yang diusahakan oleh petani untuk aktiviti pertanian dengan menyewa tanah dengan pihak UMT.
Kaya Sumber Alam
Kampus Bukit Koroleh: Mohd Shahrul Zanudin Siti Aisyah Mohammad Taupik Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
11
Antara spesies pokok yang ditemui di Kampus UMT Bukit Kor, Marang Terengganu (A) Pokok Gelam Bukit (Melaleauca cajuputi) (B) Pokok Ara (Ficus sp.) dan (C) Pokok Kulai (Alstonia sp.) angustilova.
Pulau Kapas kelihatan jelas dari atas di salah sebuah Bukit di Tapak Kampus UMT Bukit Kor.
Selebihnya kawasan tersebut dipenuhi dengan ekosistem hutan sekunder yang menjadi habitat semula jadi kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang tersusun dalam bentuk muka bumi yang berbukit sederhana tinggi, berlembah serta mendatar. Ekosistem dengan kepelbagaian biotik dan abiotik yang wujud secara semula jadi di hutan Kampus UMT Bukit Kor ini adalah sangat sesuai
INFOKUS September 2014
A C
B
12 Fokus
untuk dijadikan lokasi pengajaran dan penyelidikan ekologi, taksonomi, geologi dan lain-lain yang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan hutan dan muka bumi semula jadi membuatkan Kampus UMT Bukit Kor ini juga sesuai
untuk lokasi aktiviti kokurikulum dan sukan lasak dijalankan di sini. Manakala kawasan di pinggir sungai pula sesuai dijadikan lokasi untuk beriadah atau menganjurkan hari keluarga.
Adalah penting bagi warga UMT menjadikan kawasan di Kampus UMT Bukit Kor sebagai salah satu kawasan kajian untuk dijadikan rujukan di masa hadapan sebelum kawasan Kampus UMT Bukit Kor ini dimajukan untuk pembangunan kampus. Bagi mencapai matlamat tersebut tinjauan awal telah dilakukan oleh beberapa staf daripada Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) di kawasan tersebut pada 4 dan 5 April 2014. Mereka telah menjelajah dan terokai beberapa lokasi tapak Kampus UMT Bukit Kor ini dengan mengutip beberapa sampel spesies flora dan fauna untuk direkodkan.
Di samping itu, tinjauan tersebut ialah untuk melihat secara kasar keseluruhan kawasan Bukit Kor, spesies flora dan fauna yang ada, mengumpul maklumat berkaitan persekitaran fizikal, ekosistem dan kepelbagaian biologi serta mengenal pasti ancaman yang dihadapi di kawasan terbabit dan cara-cara mengatasinya. Semasa tinjauan dilakukan, penekanan
Kebanyakan spesies cendawan dari genus Boletus sp. yang ditemui di Kampus UMT Bukit Kor.
Antara kakitangan PPSTM yang terlibat semasa melakukan tinjauan di Kampus UMT Bukit Kor.
13
tinjauan dilakukan pada tumbuhan hutan, spesies cendawan, dan spesies serangga. Pengecaman spesies-spesies pokok hutan, antaranya ialah pokok gelam, pokok akasia, pokok ara, jambu laut dan sebagainya. Spesies-spesies cendawan yang tumbuh di habitat semula jadi di Bukit Kor antaranya adalah seperti Microporous xanthopus dan Boletus sp. Pengecaman spesies serangga iaitu spesies lebah madu seperti lebah tualang (Apis dorsata) dan spesies-spesies kelulut (Geniotrigona sp.) turut ditemui spesies burung, ular, kera dan kesan tapak kaki khinzir hutan.
Daripada hasil tinjauan ini, kawasan Kampus UMT Bukit Kor mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna yang menjadi penanda aras keadaan habitat semula jadi yang masih terpelihara. Tinjauan ini diharap menjadi perintis kepada UMT bagi membuka peluang untuk perancangan strategik pembangunan berimpak tinggi dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan
Kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di Kampus UMT Bukit Kor.
Spesies Lebah Tualang (Apis dorsata) dan spesies kelulut turut dijumpai terdapat di kawasan Kampus UMT Bukit Kor.
pengajaran dan penyelidikan. Selain dari segi pengajaran dan penyelidikan, Kampus UMT Bukit Kor juga difikirkan sesuai untuk dijadikan kawasan bagi para pelajar mahupun kakitangan menjalankan aktiviti riadah seperti merentas hutan, berbasikal, berjoging dan berkhemah. Semoga keadaan semula jadi Kampus Bukit Kor ini
dapat diterokai dan dinikmati oleh warga UMT sebelum pembangunan kampus dilaksanakan. Diharap aktiviti tinjauan ini akan menjadi perintis untuk warga UMT melibatkan diri dalam bidang pengajaran dan penyelidikan di Kampus UMT Bukit Kor.
INFOKUS September 2014
14 Fokus
Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) ditubuhkan pada Disember 2013. Penubuhan Institut Penyelidikan
Kenyir (IPK) adalah cetusan idea Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo yang mahu mewujudkan IPK sebagai “School of Thought” UMT.
IPK akan bertindak menyelaras dan mengumpul data-data penyelidikan di kawasan tasik serta pesisir pantai bukan semata-mata di Tasik Kenyir sahaja. Hanya nama “Kenyir” diabadikan dalam kewujudan IPK ini.
IPK terdiri daripada tiga pusat dan stesen iaitu Pusat Pembangunan Sosial, Pusat Ekosistem Tasik Kenyir dan Stesen Penyelidikan Kenyir. IPK diterajui oleh YBhg. Profesor Emeritus Dr. Faizah Sharoum sebagai Pengarah. Kekuatan IPK disokong oleh Profesor Dr. Ibrahim Mamat
bertindak sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi dan Profesor Dr. Mohd Tajuddin Abdullah menerajui Pusat Ekosistem Tasik Kenyir.
IPK kini beroperasi dalam kampus UMT dan akan mempunyai sebuah stesen yang dinamakan Stesen Penyelidikan Kenyir. Stesen ini akan berperanan sebagai tempat pengumpulan data di kawasan yang diwartakan untuk UMT di Tasik Kenyir. Stesen ini akan menempatkan dua orang pegawai sains dan bakal dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal untuk penyelidik yang ingin menjalankan penyelidikan di sini. Menurut Profesor Emeritus Dr. Faizah, beliau juga berhasrat untuk meminta peruntukan membina sebuah rumah bot yang bakal dijadikan makmal bergerak di Tasik Kenyir. Makmal bergerak ini bakal dilengkapi
dengan peralatan-peralatan penyelidikan dan juga kelengkapan asas untuk penginapan penyelidik dan juga pelajar menjalankan aktiviti penyelidikan di Tasik Kenyir.
Selain itu, beliau juga berhasrat agar sebuah bangunan pintar dibina di stesen penyelidikan yang dilengkapi dengan sistem pengurusan data serta makmal serba guna. Segala maklumat yang dirakamkan di Tasik Kenyir akan dapat dihantar secara langsung ke ibu pejabat IPK yang akan terletak di dalam kampus UMT.
tasik buatan terbesar
Tasik Kenyir sangat penting kerana ia adalah tasik buatan terbesar di Asia Tenggara merangkumi keluasan 260,000 hektar. Kawasan sebesar saiz Singapura ini telah ditenggelami air semasa pembinaan
Usaha IPK realisasikan Kenyir Geoparkoleh: Rabil Sitta Abdul Rahman | Penerbit UMTsumber: Profesor Emeritus Dr. Faizah Sharoum
15
empangan Jenagor merangkumi 340 buah pulau, 14 air terjun, jeram, hutan simpan, gua dan sungai serta kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sejak ia dibina 20 tahun yang lalu, Tasik Kenyir yang sebenarnya sebuah tasik buatan kini sudah menjadi seperti tasik asli atau tasik semula jadi. Banyak khazanah yang terdapat di Tasik Kenyir ini.
Kepelbagaian biologi, sumber akuatik, ekopelancongan, sosioekonomi dan warisan budaya komuniti setempat memberi banyak peluang menjalankan penyelidikan untuk membantu IPK menjadi sebuah intitusi terunggul di negara kita.
Cukup Syarat
Tasik Kenyir tempat tumpuan pelancong yang terkenal. Menjadi hasrat UMT, menjadikan Tasik
Kenyir sebagai geopark di peringkat kebangsaan dan juga global. Bagi menjadikan Tasik Kenyir sebagai sebuah geopark, ia perlu mempunyai biodiversiti, geologi, warisan dan komuniti, Tasik Kenyir telah lengkap memiliki kesemua syarat tersebut.
Tasik Kenyir mempunyai komuniti Orang Asli Semoq Beri, mempunyai biodiversiti sumber akuatik, hutan, flora dan fauna.
Tasik Kenyir boleh diterokai, banyak kajian berkenaan Tasik Kenyir yang telah dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik dari dalam dan luar negara, namun begitu tiada satu pun pusat data yang mengumpulkan maklumat-
maklumat kajian tersebut. Di sinilah, IPK akan memainkan peranan, sebagai pusat pengurusan data berkaitan penyelidikan di Tasik Kenyir. Seperti sekarang, felo penyelidik IPK, Prof. Madya Dr. Gopalasami Reuben Clements atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Reuben sedang menjalankan penyelidikan berkaitan haiwan liar di Tasik Kenyir. Dr. Reuben mendapat dana USD1 juta daripada dana
INFOKUS September 2014
YBhg. Profesor Emeritus Dr. Faizah Sharoum sebagai Pengarah IPK.
16 Fokus
luar negara untuk melaksanakan penyelidikan tersebut. Dr. Reuben juga telah memasang 200 kamera di dalam kawasan hutan Tasik Kenyir bagi merekod aktiviti dan habitat haiwan besar di tasik tersebut. Pengarah IPK berhasrat untuk menyambung kamera tersebut ke Stesen Penyelidikan Kenyir supaya pelancong dapat melihat aktiviti haiwan secara langsung melalui skrin komputer. Hasrat ini jika direalisasikan bakal menjadi satu daya tarikan baharu bagi pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir.
Selain itu juga, IPK akan meletakkan boya di beberapa kawasan di Tasik Kenyir untuk memberi “online monitoring data” kepada golongan penyelidik yang menjalankan aktiviti penyelidikan di Tasik Kenyir ini.
IPK juga kini mempunyai Profesor Dr. Mohd Tajudin Abdullah, seorang zoologis terkenal negara juga kini menjalankan penyelidikan berkaitan haiwan liar di Tasik Kenyir. Beliau kini merupakan Pengarah Pusat Ekosistem Tasik Kenyir UMT.
Selain itu, IPK juga mempunyai Dr. Samuel Edward Walton, pakar
ekologi ikan yang kini menjalankan penyelidikan berkaitan ikan kelah di Tasik Kenyir. Dr. Samuel kini memantau habitat ikan kelah di Sg. Tembat ekoran pembinaan empangan yang baharu. Dr. Samuel bimbang jika pembinaan empangan tersebut akan mengganggu habitat ikan kelah di sungai tersebut. IPK juga mempunyai penyelidik seperti Dr. Roslina Ismail, Pengerusi Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik dan Dr. Sh. Marzety Adibah Al Sayed Mohamad, Pengerusi Program Penyelidikan Komuniti Pesisiran Pantai.
17
Usaha IPK
IPK juga merupakan aspirasi dari UMT dalam memenuhi iltizam kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai satu destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi yang terkenal di rantau ini. IPK sekarang sedang berusaha untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai sebuah Geopark.
Menurut Profesor Emeritus Dr. Faizah, UMT kini telah menganjurkan tiga bengkel dengan menjemput pihak KETENGAH, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perikanan, Jabatan Orang Asli dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu bagi merealisasikan hasrat
menjadikan Kenyir Geopark. Hasrat menjadikan Kenyir Geopark ini juga mendapat respons baik dalam kalangan penduduk kampung dan juga masyarakat Orang Asli di sekitar Tasik Kenyir. Mereka juga mahu lihat Tasik Kenyir membangun dan seterusnya mewujudkan peluang ekonomi yang lebih baik kepada mereka. Jika hasrat Kenyir Geopark direalisasikan, masyarakat Orang Asli akan berpeluang menjual produk kraftangan yang mereka hasilkan kepada para pelancong.
Sehingga kini, usaha merealisasikan hasrat ini berjalan lancar. Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah membentangkan kertas cadangan kepada Menteri Besar Terengganu, KETENGAH dan juga barisan Exco Negeri Terengganu.
Mereka ternyata menyambut baik hasrat ini dan kertas ini akan dibawa ke peringkat geopark kebangsaan dan dua tahun kemudian ke geopark peringkat global. Untuk membuat penyediaan dossier IPK memerlukan maklumat terkini dan IPK akan membuat satu ekspedisi penyelidikan pada bulan September tahun ini.
Penyelidikan di tasik Kenyir
Menurut Profesor Emeritus Dr. Faizah, sebenarnya ramai penyelidik dari seluruh negara dan juga dunia datang menjalankan aktiviti penyelidikan di Tasik Kenyir. Malangnya, tiada data yang merekodkan jumlah penyelidikan tersebut. Sebab inilah IPK akan memainkan fungsi utama di masa hadapan.
Selain mendapat tapak pembinaan stesen penyelidikan di Tasik Kenyir, UMT juga turut mendapat dana penyelidikan sebanyak RM500,000.00 oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk menjalankan kajian pembiakan ikan kelah dan RM500,000.00 lagi dana untuk projek ternakan mutiara air tawar.
Sehingga kini, penyelidik UMT telah menjalankan aktiviti penyelidikan mutiara air tawar di Tasik Kenyir dengan pembiayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Penyelidik muda UMT yang menjalankan aktiviti penyelidikan di Tasik Kenyir.
Profesor Emeritus Dr. Faizah bersama sebahagian daripada staf IPK.
INFOKUS September 2014
18
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan tradisi menyambut kehadiran
bulan Syawal dengan penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMT kali ini pada 17 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal 1435H bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT.
Penganjuran majlis sambutan ini memberi peluang kepada warga UMT untuk bersua muka dan saling bermaafan antara satu sama lain. Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo dan isteri, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Norzaini binti Azman. Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor UMT, Pegawai-pegawai Utama dan Pegawai-pegawai Kanan UMT. Majlis turut dihadiri oleh ahli Majlis Profesor Negara yang hadir ke UMT sempena Mesyuarat Pasukan Bertindak Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Di samping perasaan gembira dan kemeriahan menyambut Syawal, warga UMT tidak lupa meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Dalam majlis ini, UMT telah menjemput seramai 100 orang anak-anak yatim dari
oleh: Fauzayani Ibrahim | Pejabat Pendaftar
Isi Sambutan Hari Raya UMT
Serahan Tabung Sumbangan Kemanusiaan Gaza
YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo menyampaikan sumbangan warga UMT untuk Tabung Kemanusiaan Gaza kepada wakil Aqsa Syarif Kuala Terengganu, Tuan Hj. Sabri
bin Mohd Yazid.
Fokus
19
komuniti sekitar kampus UMT untuk menerima duit raya hasil sumbangan ikhlas daripada warga UMT.
Naib Canselor UMT dalam ucapannya turut melahirkan rasa simpati di atas peristiwa penindasan serta serangan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin yang berlaku sekarang ini sehingga mengakibatkan kehilangan banyak nyawa rakyat awam serta kemusnahan harta benda. Justeru itu, sebagai menzahirkan sokongan padu dalam mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini, UMT turut melancarkan Tabung
Kemanusiaan Gaza dengan melaksanakan kutipan sumbangan daripada semua kakitangan. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo kepada wakil Aqsa Syarif Kuala Terengganu, Tuan Hj. Sabri bin Mohd Yazid.
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UMT turut dimeriahkan dengan kehadiran warga UMT termasuk staf dan pelajar warga asing yang turut teruja merasai kelazatan ketupat, rendang dan juga lemang.
Salah seorang anak yatim gembira menerima sumbangan daripada warga UMT yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo sambil diperhatikan oleh Timbalan Pendaftar UMT, En. Wan Abdul Manan Wan Abdullah.
Kongsi kemeriahan hari raya bersama pelajar dari United Kingdorm. Antara wajah-wajah polos anak-anak yatim yang diraikan.
Sate dan nasi impit antara hidangan yang menjadi tumpuan.
INFOKUS September 2014
20 Akademik& Pengantarabangsaan
Kunjungan delegasi dari Malaysia France University Centre (MFUC) pada 31
Mac yang lalu membuahkan tawaran kerjasama penyelidikan. Delegasi yang terdiri daripada empat orang ini termasuk Pengarah MFUC (Malaysia), Datuk Seri Dr. Md. Zabid, Pengarah MFUC (Perancis), Penolong Pengarah MFUC (Perancis), Dr. Maxime Feraille, Morgane Iat, dan Penolong Pengarah MFUC (Malaysia), Cik Yananorfariza Yahya.
MFUC merupakan badan kerajaan yang beroperasi di Kuala Lumpur yang mempunyai hubungan yang erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Peranannya ialah sebagai penasihat yang menghubungkan universiti-universiti yang berada di Malaysia dan Perancis terutamanya yang melibatkan pelajar dan juga penyelidik.
MFUC berhasrat untuk membina hubungan kerjasama dalam bidang penyelidikan antara UMT dan institusi pendidikan tinggi di Perancis. Perancis yang merupakan ahli European Union (EU) mempunyai banyak geran penyelidikan yang juga boleh dimanfaatkan oleh para penyelidik Malaysia yang mempunyai hubungan kerjasama dengan penyelidik di Perancis. Antara geran yang ditawarkan ialah BIO-Asie, STIC-Asie, dan EU Program Horizon 2020.
Geran Bio-Asie dan Stic-Asie yang bakal ditawarkan pada semester kedua 2014 bernilai antara RM92,000.00 hingga RM160,000.00 untuk dua tahun. BIO-Asie ditawarkan untuk penyelidikan dalam bidang biologi, ekologi, perlindungan ekosistem, sumber asli, farmakologi, kosmetik, nutrisi, agronomi dan tenaga keterbaharuan. Manakala STIC-
Asie pula adalah untuk penyelidikan dalam bidang teknologi maklumat dan sains komunikasi dengan penekanan kepada impak sosial. Manakala geran EU Program Horizon 2020 pula menjangkau RM363 bilion untuk 7 tahun.
Selain itu mereka juga menawarkan program kerjasama PhD antara universiti di Perancis dan universiti di Malaysia. Permohonan projek ini adalah antara bulan September hingga Oktober. Geran yang ditawarkan bernilai RM2795.00 sebulan. Selain itu terdapat satu lagi program yang ditawarkan untuk kerjasama PhD yang dipanggil Program Eiffel yang mana program ini menjurus kepada kerjasama dalam bidang sains tulen, ekonomi dan pengurusan, undang-undang dan sains politik. Tarikh tamat permohonannya adalah pada bulan Januari 2015. Gerannya adalah sebanyak RM6,360.00 sebulan.
oleh: Munira Iskandar | Pejabat Jaringan AntarabangsaUniversiti di Perancis
Kerjasama PenyelidikanTawaran
dengan
21
Semasa kunjungan di UMT, delegasi dari MFUC telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili, yang mempengerusikan perbincangan mengenai hubungan kerjasama yang akan diadakan. Profesor Dr. Noor Azhar juga turut membentangkan sedikit pengenalan mengenai UMT terutamanya dari segi pusat pengajian, institut dan stesen penyelidikan luar kampus UMT. Perbincangan yang diadakan di Bilik e-Persidangan Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat ini telah dihadiri oleh dekan-dekan pusat pengajian dan juga pengarah-pengarah institut.
Delegasi juga turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor dan mengadakan perbincangan santai dengan Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Setelah itu delegasi turut dibawa untuk melawat makmal-makmal di tiga buah institut iaitu Institut Oseanografi dan Sains Sekitaran (INOS), Institut Bioteknologi Marin (IMB) dan Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP).
INFOKUS September 2014
25 Mei 2014- Pelajar-pelajar yang menang Anugerah Ikon Siswa 2014.
2 Jun 2014-Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo bersama wakil-wakil media yang menyertai Pelayaran Saintifik Laut China Selatan.
21 Ogos 2014-Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan staf UMT sempena pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan UMT di laluan masuk pintu utama ke kampus UMT.
22
20 Julai 2014- Tuan Pendaftar UMT, En. Mohd Nor Shokri Hj. Abd. Rahman menyampaikan sumbangan makanan asas kepada golongan tidak berkemampuan dalam kalangan komuniti setempat di sekitar kampus UMT
yang disumbangkan oleh kakitangan UMT sempena program Fastabiqul Khairat 2014.
18 Jun 2014-Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo mengiringi YBhg. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah semasa mengadakan sesi lawatan di Setiu wetland selepas menghadiri National Seminar On Heath Ecosystem
2014 di kampus UMT.
25 Mei 2014- Pelajar-pelajar yang menang Anugerah Ikon Siswa 2014. 2 Jun 2014- Ketua Program Penyelidikan Proses Persekitaran Marin (Mep), Prof. Madya Dr. Suhaimi Suratman menunjukkan hasil sampel laut kepada Dato’ Naib Canselor dan penyelidik
lain.
2 Jun 2014-Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo bersama wakil-wakil media yang menyertai Pelayaran Saintifik Laut China Selatan.
21 Ogos 2014-Tuan Pendaftar UMT, En. Mohd Nor Shokri Abd Rahman (paling kanan) dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Harta UMT, Tn. Ir. Hj. Mohd Zaideen Yusoff (dua dari kanan) bersama sebahagian pegawai-pegawai UMT sempena pelancaran
Sambutan Bulan Kemerdekaan UMT dan pengagihan bendera di hadapan pintu utama UMT.
23INFOKUS September 2014
20 Julai 2014- Tuan Pendaftar UMT, En. Mohd Nor Shokri Hj. Abd. Rahman menyampaikan sumbangan makanan asas kepada golongan tidak berkemampuan dalam kalangan komuniti setempat di sekitar kampus UMT
yang disumbangkan oleh kakitangan UMT sempena program Fastabiqul Khairat 2014.
24 Akademik& Pengantarabangsaan
Majlis Penutupan Program Perdana Let’s Talk and Let’s Go Global: Memperkasa
Komunikasi Bahasa Inggeris telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Mac 2014 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar dari sekolah di sekitar Kuala Terengganu yang terlibat dalam program transformasi ilmu Universiti Malaysia Terengganu.
Program ini merupakan cetusan idea Prof. Madya Dr. Noraien Mansor yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris merangkap Pengarah Penerbit UMT. Program ini dirancang bagi menyahut kelangsungan idea YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh yang mencadangkan agar program transformasi ilmu antara universiti dan sekolah direalisasikan bagi memperkasa kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. UMT amat berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi ruang dan kepercayaan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab universiti kepada komuniti.
Let’s Talk and Let’s Go Global adalah program anjuran UMT dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan RTM Terengganu. Pelaksanaan program ini telah menjadikan UMT sebagai universiti perintis kepada program tanggungjawab sosial komunikasi bahasa Inggeris kepada 260 orang pelajar daripada 13 buah sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Majlis penutupan program ini diserikan lagi dengan upacara pelancaran buku Let’s Talk & Let’s Go Global yang terhasil rentetan daripada Program Perdana Let’s Talk and Let’s Go Global: Memperkasa Komunikasi Bahasa Inggeris. Buku ini adalah hasil
oleh: Prof. Madya Dr. Noraien Mansor Hassan Basri Sedek Muhammad Harif Nazrin Mohd Hashimi
Melebarkan Penguasaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Let’s Talk & Let’s Go Global
Kejayaan
YB Menteri Pendidikan II, melancarkan buku Let’s Talk and Let’s Go Global.
Penerbit UMT
YB Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris bin Jusoh berucap di Majlis Penutup.
25
tulisan Prof. Madya Dr. Noraien Mansor bersama lima lagi penulis yang juga tenaga pengajar dalam program ini. Di samping itu, pengiktirafan juga diberikan kepada pelajar yang berjaya menempah tempat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan, iaitu: • Pemenang Pertandingan Drama • Pelajar Paling Aktif di Facebook • Pelajar Paling Aktif di Let’s Talk
Terengganu FM • Sekolah Paling Aktif di Let’s Talk
Terengganu FM • Pelajar Terbaik Keseluruhan • Sekolah Terbaik Keseluruhan
Kejayaan Program
Let’s Talk and Let’s Go Global adalah sebuah program yang menumpukan pelbagai medium pembelajaran dan pengajaran yang bermatlamat untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Keberkesanannya dapat dilihat berdasarkan penerimaan positif dalam kalangan pelajar yang telah memaparkan minat mendalam terhadap program ini. Medium yang digunakan berhasil menarik minat pelajar untuk terus mengikuti program bermanfaat ini. Melalui program ini, kaedah lisan digunakan untuk meningkatkan keupayaan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Media sosial juga digunakan dalam usaha menjayakan program ini seperti
pengenalan kepada portal Let’s Talk and Let’s Go Global, e-mel, Facebook dan video. Di samping itu, pelajar turut berpeluang berkomunikasi secara langsung ke udara bersama Prof. Madya Dr. Noraien Mansor menerusi program Let’s Talk Terengganu FM pada setiap hari Sabtu. Terbukti program sebegini mendapat sambutan berdasarkan jumlah panggilan yang diterima sebanyak 90% dan secara langsung berhasil membina keyakinan dalam diri pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Program Let’s Talk and Let’s Go Global bukan sekadar membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, bahkan turut menyemai nilai-nilai murni, perpaduan, dan patriotisme.
Malah, pelajar diberi galakan untuk mengamalkan sikap bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan setiap kali mengikuti sesi tutorial. Di samping itu, pelajar diberi galakan untuk berfikiran global melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Mereka turut berpeluang berkomunikasi dengan pelajar antarabangsa UMT menggunakan bahasa Inggeris. Jelas bahawa program ini bukan sekadar meningkatkan keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah turut menyentuh kemahiran insaniah pelajar.
Pada 21 Disember 2013, pelajar yang mengikuti program ini telah berjaya mempersembahkan sebuah drama bahasa Inggeris di hadapan pengetua, guru-guru dan ibu bapa. Persembahan drama ini menjadi
Naib Canselor UMT, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo menyerahkan cenderamata plak program kepada YB Menteri Pendidikan II sebagai tanda kenang-kenangan.
Prof. Madya Dr. Noraien Mansor pengasas Program Let’s Talk and Let’s Go Global.
INFOKUS September 2014
indikator dalam membuktikan berlaku peningkatan keyakinan pelajar berdialog dengan lancar dalam bahasa Inggeris di samping mengetengahkan daya kreativiti yang tinggi.
Bagi mengenal pasti tahap pencapaian pelajar, ujian pra dan pasca diadakan. Ujian ini telah memperincikan tahap kemampuan peserta dari segi pertuturan dan pembinaan ayat. Terdapat
26 Akademik& Pengantarabangsaan
beberapa aspek yang dititikberatkan termasuklah kandungan, kefasihan, penyampaian, ketepatan bahasa dan jumlah ayat yang dituturkan mereka. Keputusan yang diperoleh menunjukkan berlakunya peningkatan yang amat positif berdasarkan data ujian pra dan pasca sepanjang enam bulan program ini berlangsung.
Program Let’s Talk and Let’s Go Global memperlihatkan impak yang positif dalam diri pelajar. Pelajar-
Sebahagian tetamu dan pelajar yang terlibat sebagai peserta program Let’s Talk and Let’s Go Global.
pelajar yang mengikuti program ini didapati berjaya meningkatkan keupayaan diri dalam beberapa perkara iaitu: • Memiliki keberanian dan
kemampuan untuk bertutur. • Mempunyai daya kreativiti dan
daya mengkritik. • Sikap bekerjasama yang utuh. • Sikap positif ketika berinteraksi. • Mengeratkan dan melebarkan
jaringan kerjasama. • Pendedahan pendekatan proses
pembelajaran yang unik dan menarik.Kejayaan yang dilakar melalui
program Let’s Talk and Let’s Go Global berhasil meningkatkan prestij UMT sebagai perintis kepada program tanggungjawab sosial. Program ini mampu menjadi program perintis yang memberi peluang kepada pelajar mengasah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di samping mewujudkan jalinan mesra antara sekolah dan universiti. Oleh itu, Universiti Malaysia Terengganu menaruh harapan tinggi agar Kementerian Pendidikan Malaysia memberi ruang dan peluang agar penganjuran program transformasi ilmu dapat diteruskan hingga ke tahap nasional dan antarabangsa.
Muka hadapan buku Let’s Talk & Let’s Go Global
Sesi Bersama Nelayan Jaya Kebangsaan ialah program perkongsian kejayaan
bersama tokoh nelayan kebangsaan 2013. Melalui program ini peserta didedahkan dengan isu dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh seorang nelayan berjaya. Melalui perkongsian ini peserta dapat meningkatkan motivasi dan mengubah persepsi nelayan sebagai salah satu kerjaya yang menguntungkan. Selain itu juga, pendedahan berkaitan kepentingan pengurusan sumber marin mapan juga dititikberatkan bagi menjamin kelestarian biodiversiti untuk generasi pada masa akan datang.
Program Sesi Bersama Nelayan Jaya Kebangsaan telah dilaksanakan pada 10 Jun 2014 di Auditorium, Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu bersempena minggu World Ocean Week (WOW) 2014 yang telah disambut seluruh negara. Program ini telah disertai seramai 130 orang terdiri daripada nelayan di sekitar negeri Terengganu, kakitangan UMT dan kakitangan dari Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
Program anjuran Pusat Jaringan Penyelidikan ECER (PJP ECER) ini telah dihadiri oleh Yang Mulia Tengku Adenan Tengku Husin dan YBhg. Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhwanuddin Abdullah sebagai tetamu jemputan khas program. Yang Mulia Tengku Adenan Tengku Husin merupakan penerima anugerah Nelayan Jaya Kebangsaan pada tahun 2007 dan 2013. Beliau merupakan anak jati nelayan dari
Setiu dan kini menetap di Kuantan, Pahang sebagai seorang nelayan yang berjaya. Manakala YBhg. Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhwanuddin Abdullah merupakan pakar yang tidak asing lagi dari UMT.
Impak dari program ini adalah UMT menjadi medium pemindahan ilmu kepada komuniti melalui program perkongsian pengalaman dan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara lautan dan ekosistemnya demi mengekalkan kemapanan untuk generasi pada masa yang akan datang.
oleh: Roshahrul Affenddeey Mahadi Pusat Jaringan Penyelidikan ECER
Perkongsian Ilmu bersama Nelayan Jaya Kebangsaan
Sesi penggambaran sebagai tanda kenangan bersama tetamu jemputan.
YBhg. Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhwanuddin Abdullah menerangkan
berkenaan kepentingan pengurusan sumber mapan.
Tokoh Nelayan Kebangsaan 2007 dan 2013, Yang Mulia Tengku Adenan Tengku Husin sudi
berkongsi pengalaman bersama peserta.
Sesi soal jawab daripada peserta program.
27INFOKUS September 2014
28
Pada 13 hingga 19 April yang lalu, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
telah mengadakan lawatan rasmi ke Australia. Beliau diiringi oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, Profesor Dr. Zulfigar bin Yassin, Felo Penyelidik Utama, Profesor Dato’ Dr. Norzaini Azman dan Penolong Pendaftar Pusat Pengurusan Bakat Akademik, Puan Norizan Ismail.
Pada 13 April 2014, YBhg. Dato’ telah menghadiri perjumpaan bersama staf cuti belajar di Brisbane. Manakala pada 18 April pula perjumpaan Naib Canselor bersama staf cuti belajar turut diadakan di Perth. Antara amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ ialah permulaan kerjaya seorang pegawai cuti pelajar perlu bermula pada masa sekarang dan peluang cuti belajar perlu digunakan untuk memperluaskan jaringan kerjasama. Beliau turut menekankan nilai-nilai teras yang perlu ada dalam diri seorang ahli akademik.
Pada 14 April, satu mesyuarat diadakan antara UMT dengan James Cook University (JCU), Townsville untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dalam bidang penyelidikan. Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama
penyelidikan dalam bidang ekologi batu karang, perubahan iklim, keasidan lautan dan batu karang serta kemampanan perikanan. Selain itu turut dibincangkan berkenaan bidang akademik yang bersesuaian untuk program pertukaran pelajar, kunjungan profesor pelawat, kepakaran yang boleh dikongsi bersama untuk pembangunan universiti dan kepakaran untuk membina polisi yang lebih mantap dalam bidang kelautan. Mesyuarat ini dihadiri oleh enam orang wakil daripada James
Cook University.Pada 17 April 2014, UMT
telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan University of Western Australia (UWA), Perth. Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Dato’ Naib Canselor dan Winthrop Professor Peter Davies, Pro Naib Canselor (Penyelidikan) University of Western Australia. Tujuan MoU ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua universiti, mewujudkan kerjasama dalam bidang
Akademik& Pengantarabangsaan
oleh: Munira Iskandar | Canselori
Kunjungan Naib Canselor ke Australia
Pertukaran dokumen MoU.
29
penyelidikan yang berpotensi dan bertukar kepakaran dalam bidang berkaitan.
Antara aktiviti lain yang turut diadakan sepanjang kunjungan ini ialah Majlis Makan Malam bersama Wakil Konsul Jeneral Malaysia; lawatan ke Rock and Mineral Gallery, JCU; Great Barrier Reef Marine Park dan Hidden Valley Solar Cabin.
Perbincangan delegasi UMT dengan pihak James Cook University (JCU).
Delegasi UMT melawat Rock and Mineral Gallery. Delegasi UMT mendengar penerangan pekerja Great Barrier Reef Marine Park.
INFOKUS September 2014
Hasil daripada penganjuran lawatan ini, Pihak Pengurusan UMT telah dapat menyampaikan amanat dan meningkatkan komitmen staf cuti belajar untuk meneruskan pengajian dengan lebih lancar dan telah dapat berkongsi luahan hati, berkongsi pengalaman dan berkongsi pendapat dengan staf cuti belajar. Selain itu, pihak Pengurusan UMT dapat berbincang
dan berkongsi maklumat dengan pihak James Cook University (JCU) dan University of Western Australia (UWA) bagi mewujudkan kerjasama serta mengukuhkan hubungan terutamanya dalam bidang marin dan kelautan di samping mengukuhkan lagi hubungan persefahaman antara universiti melalui perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani.
30
Penulis berpeluang mengikuti program Postgraduate Training in Innovation and
Entrepreneurship selama tiga minggu bermula 18 Mac 2014 hingga 4 April 2014 bertempat di Innovation Academy, Trinity College Dublin, Ireland.
Pengalaman tiga minggu tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan baharu bagaimana TCD melaksanakan strategi mereka bagi menggalakkan inovasi, kreativiti dan keusahawanan dalam kalangan pelajar pasca ijazah mereka.
Sebagai sebuah universiti yang berada di tengah-tengah pusat bandar Dublin, mereka mempunyai desakan untuk menarik minat, memupuk minat bakat-bakat yang ada untuk bersama menjadikan idea sebagai suatu kerjaya yang lestari sifatnya. Inisiatif inovasi dan keusahawanan ini telah dijadikan agenda utama universiti tersebut yang mana melibatkan semua pusat pengajian dan institut penyelidikan mereka.
Pengisian program tiga minggu telah direka bentuk secara khusus kepada kami (20 Wakil IPTA yang terlibat dengan aktiviti keusahawanan pelajar di institusi masing-masing) yang meliputi beberapa modul iaitu; Creative Thinking & Innovation, Venture Planning dan Innovation Project.
Kolaborasi
Apa yang dapat diperhatikan, kebanyakan modul yang dibina mempunyai banyak kesamaan dengan perkara-perkara yang pernah dilaksanakan di institusi pengajian tinggi di negara kita. Mungkin keunikan yang ada pada Innovation Academy ini ialah
bagaimana mereka berkolaborasi dengan beberapa universiti di Ireland (Trinity College Dublin, University College Dublin dan Queen’s University Belfast) dan juga sumber kewangan yang diberikan oleh kerajaan Ireland untuk Innovation Academy ini. Asasnya, pelajar yang mendapat mendaftar pengajian PhD, mereka layak untuk memohon mengikut program persijilan tambahan ini, Postgraduate Certificate in Innovation & Entrepreneurship secara percuma. Kemahiran tambahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini amat memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar. Kami juga berkesempatan untuk ditemukan kepada wakil pelajar yang mengikuti program tersebut. Walaupun pertemuan diadakan dalam tempoh yang singkat, namun kami dapat rasakan pengalaman yang berbeza dan terkesan dengan cara pelajar-pelajar ini berkongsi pengalaman mereka.
Suatu yang menarik yang dikongsikan oleh mereka adalah bagaimana mereka dapat
menceritakan bidang kajian masing-masing dengan jelas dan mudah difahami dalam tempoh 2-3 minit. Mereka peroleh kemahiran ini dalam salah satu modul yang mewajibkan mereka menyediakan video kreatif yang menceritakan penyelidikan mereka. Keupayaan pelajar ini untuk berfikir menjangkaui bidang, berkomunikasi merentasi sempadan disiplin dan mampu mengeksploitasi kajian mereka untuk kebaikan komuniti adalah antara perkara boleh dibanggakan.
Menyentuh tentang bagaimana akademi ini beroperasi, ianya dibina dalam persekitaran yang berbeza. Mungkin terdapat beberapa persamaan dengan apa yang berlaku di Malaysia juga. Innovation Academy menggunakan strategi Pembelajaran dan Pengajaran seperti projects, facilitation by staff, reflection, guest speakers, video work, brainstorming, team work, individual work yang akhirnya berhasrat untuk mencapai beberapa penghasilan (Learning Outcomes) termasuklah; Creative Thinking, Crossi-disciplinary working,
Penyelidikan& Inovasi
Inovasi dan Keusahawanan Pengalaman di Innovation Academy
Peserta bersama Provost & President Trinity College Dublin-Dr. Patrick Prendergast. Majlis santai di rumah rasmi Provost & President dalam kampus TCD.
oleh: Dr. Mohd Shaari Abd Rahman | Pusat Pembangunan Alumni dan Keusahawanan (CADE)
31
Pitching research to funding bodies, Handling differences and conflict, Linking to practice, Confidence in application and Advice from industry experts.
Lawatan
Kami juga berpeluang untuk melawat beberapa institusi yang bekerjasama dengan Innovation Academy dalam penganjuran program mereka seperti Enterprise Ireland, SAP, Google, Citi Innovation Lab Dublin bagi mendapatkan sedikit pengalaman bagaimana program kerjasama mereka berlaku. Pelajar yang mengikuti program di Innovation Academy mempunyai tugasan-tugasan tertentu dengan penglibatan dari institusi berkaitan. Pegawai terlibat dari institusi akan memantau perkembangan pelajar sepanjang tempoh mereka berada di tempat mereka. Refleksi kepada lawatan tersebut, adalah penting untuk kita wujudkan suasana yang kondusif demi mewujudkan inovasi dan kreativiti dalam suatu kerja. Suasana kerja di beberapa
tempat yang kami lawati sangat berbeza berbanding dengan susun atur pejabat-pejabat di kebanyakan tempat yang pernah dilawati di Malaysia. Malah, universiti seharusnya mampu untuk mewujudkan suasana sebegitu sama ada di pusat pengajian, perpustakaan, makmal, pusat pembelajaran kendiri begitu juga pejabat pentadbiran. Misalnya, SAP mempunyai ruang kerja yang sangat luas tanpa disekat dengan bilik-bilik, hanya mempunyai papan atau dinding pelbagai guna yang boleh digerakkan. Dinding ini juga merupakan tempat segala idea kreatif dicatatkan dan dibincangkan oleh kumpulan-kumpulan kecil sesuatu projek. Dinding dalam bangunan dicat dengan cat khas yang boleh dipadamkan setelah diconteng bagi tujuan perbincangan. Lawatan ke Google juga memberikan gambaran bahawa kreativiti dan inovasi boleh berlaku dengan pesat dalam suasana pejabat yang tidak tradisional (Pembaca mungkin boleh menonton filem The Internship lakonan Vince
Vaughn dan Owen Wilson untuk merasai suasana tersebut).
Pengalaman tiga minggu mengikuti program tersebut di Innovation Academy, Dublin Ireland telah memberikan banyak panduan bagaimana pendekatan yang bakal diambil oleh semua peserta untuk dibawa kepada kebaikan sistem pendidikan di Malaysia khususnya dalam pendidikan keusahawanan. Pihak kementerian melalui usaha oleh pihak Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) UiTM, Profesor Dr. Haji Razmi Chik sememangnya meletakkan harapan kepada kumpulan 20 orang peserta ini untuk menggerakkan suatu usaha peringkat kebangsaan berkait dengan inovasi dan keusahawanan ini. Buat masa ini, gerakan penubuhan akademi inovasi telah dibincang dan dibentangkan di UiTM yang bakal mengetuai usaha ini supaya dapat direalisasikan. Namun, ia tidak menghalang pihak IPTA lain untuk turut berusaha menterjemah konsep yang digunakan di Innovation Academy Dublin supaya turut dapat dimanfaatkan di IPT masing-masing.
Wajah ceria selesai melawat Google HQ Dublin di luar pintu masuk. (Kamera tidak
dibenarkan dalam premis mereka).
Peserta bersama Penyelidik dari Market Research Centre, Enterprise Ireland.
INFOKUS September 2014
Penyelidikan& Inovasi
Kenaikan harga gula selalunya disambut dengan rungutan oleh orang ramai kerana
ianya merupakan sebahagian bahan keperluan utama dalam kehidupan harian. Seperti dijangkakan, masalah kekurangan bekalan gula di pasaran akan berlaku selain pembelian panik oleh pengguna. Berikutan itu, kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi kekalutan tersebut di samping menyarankan orang ramai mengurangkan jumlah pengambilan gula. Ini ditambah lagi dengan peningkatan jumlah pesakit diabetes dan darah tinggi setiap tahun terutamanya di Malaysia yang selalu dikaitkan dengan pengambilan gula yang tidak terkawal dan berlebihan.
Pada masa ini beberapa bahan pengganti gula seperti madu dan gula tiruan mula diperkenalkan dan berada di pasaran. Madu dan gula tiruan adalah yang paling popular sebagai pemanis gantian. Selain
daripada itu, ekstrak dari pokok stevia juga mula muncul di pasaran sebagai pemanis semula jadi.
Pemanis Semula Jadi
Stevia merupakan sejenis tumbuhan yang agak baharu di Malaysia walaupun ia sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis asli. Ekstrak pemanis stevia telah terbukti mempunyai pemanis semula jadi. Nama saintifik stevia ialah stevia rebaudiana dan ia berasal dari Paraguay di Amerika Selatan. Ekstrak ini telah lama digunakan oleh masyarakat Asli Red Indian Guarani sebagai pemanis dan juga sebagai ubat-ubatan.
Selain sebagai pemanis, stevia juga digunakan sebagai herba yang berperisa pahit untuk merawat pelbagai penyakit. Hal ini turut diakui oleh USFDA dan European Commision yang telah
mengelaskan stevia sebagai dietary supplement dan bahan tambah makanan (European Commision 2011). Kandungan mineral dan antioksidan yang tinggi iaitu polyphenol turut menyumbang kepada sifat stevia sebagai herba semula jadi. Tumbuhan ini mula terkenal di negara kita apabila ia mula digunakan sebagai pemanis gantian gula tanpa kalori yang sesuai diambil oleh pesakit yang menghidap kencing manis.Pemanis tiruan tanpa kalori seperti aspartam dan saccharin dilaporkan mempunyai sifat karsinogen jika digunakan berlebihan dalam masa jangka panjang. Di antara kebaikan dan khasiat stevia yang pernah dihebahkan sehingga kini ialah:
• Sebagai pemanis semula jadi • Menurunkan kadar gula dalam
darah • Melawaskan kencing
oleh: Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, Prof. Madya. Abdullah Md Zain, Prof. Dr. Joseph A. Resnick, Dr. Fauziah Tufail Ahmad dan Noor Zuliana Mohd Nor Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
UMT Bangunkan Industri Stevia dan Kelulut
Teknologi Nano
32
• Menurunkan tekanan darah • Membunuh bakteria • Membunuh kulat • Membunuh virus • Mengurangkan keradangan • Alat bantu untuk menurunkan
berat badan
Ada laporan mengatakan pokok Stevia sesuai ditanam di Malaysia dan berpotensi menjadi salah satu tanaman komersial yang boleh menguntungkan. Walaupun stevia telah agak lama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 70-an dan kajian mengenainya berterusan namun ia hanya mula mendapat perhatian sejak lima tahun kebelakangan ini. Yang menariknya, pada tahun 2008, Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula.
Sifat pokok stevia ialah berbentuk renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu. Stevia mengandungi lapan kumpulan pemanis glycoside. Dua komponen utama pemanis glycoside iaitu steviosid dan rebaudiosid mampu memberikan kemanisan sehingga 300 kali ganda lebih daripada gula biasa. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal atau jika ia mengeluarkan bunga. Di Malaysia, pokok stevia akan berbunga awal kerana ianya memerlukan lebih daripada 14 jam untuk menyekatnya daripada berbunga. Oleh itu, untuk mendapat hasil tuaian yang banyak dan kandungan gula yang tinggi, tambahan masa cahaya perlu dilakukan dengan cahaya lampu iaitu melebihi 14 jam. Di Malaysia, cahaya matahari seharian paling maksimum ialah 12 jam sahaja.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan
stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Potensi stevia
Di dalam senario sekarang, stevia masih tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana nilai ekonominya kurang berbanding tanaman lain. Ini adalah kerana harganya yang ditawarkan adalah masih rendah, selain kualitinya yang masih tidak setanding dengan stevia yang dikeluarkan di negara empat musim. Lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau pengisian sebagai bahan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh MARDI, hanya lima varieti iaitu MSR007, MSR012, MSR024, MSR028 dan MSR029 daripada 100 varieti stevia saja yang sesuai ditanam dengan keadaan cuaca dan persekitaran di negara ini. Justeru itu, beberapa penyelidik dari UMT telah memulakan projek penyelidikan dan pembangunan stevia dengan usaha sama dua NGO iaitu Konsortium STEVIANAS- SARDCom dan Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad – KUWAT bagi memberi lonjakan baharu kepada industri ini. Projek ini agak unik kerana ia akan dijalankan secara integrasi bersama lebah kelulut di samping menggunakan teknologi nano dengan bantuan saintis dari NASA bagi menghasilkan produk-produk hiliran dari stevia dan juga lebah kelulut.
Kumpulan penyelidik dari UMT bersama wakil-wakil NGO di tapak penyelidikan stevia di Setiu (kotak di tengah-tengah di antara stevia adalah salah satu sarang kelulut).
33INFOKUS September 2014
UCTC Membawa UMT kepada Masyarakat
34 USR
IPTA/S mempunyai peranan yang bukan kecil untuk membantu negara dalam proses
transformasi terhadap komuniti. Sewajarnya tanggungjawab ini adalah seiring dengan proses mengejar kecemerlangan pendidikan graduan-graduan. Sehubungan dengan itu, NBOS-Strategi Lautan Biru Kebangsaan telah mengilhamkan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) pada 21 November 2012 untuk membawa kemudahan, sumber dan tenaga universiti untuk sama dinikmati oleh masyarakat. Melalui UCTC yang dibentuk di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelbagai sumber universiti yang terdiri daripada para pelajar, tenaga pengajar, fasiliti di universiti dapat digerakkan bagi mentransformasikan masyarakat setempat.
Keberadaan UCTC ini di setiap IPTA/S juga membawa satu misi yang jelas iaitu untuk menyediakan maklumat kepada komuniti dan pelawat pelbagai peringkat umur untuk menyertai program dan menggunakan fasiliti serta kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup.
oleh: Pusat Jaringan Penyelidikan ECER
UCTC@UMT melalui Pusat Jaringan Penyelidikan ECER telah dilancarkan pada 2 Mac 2014 akan bertindak sebagai pusat sehenti dalam menyampaikan maklumat dan memberikan khidmat kepada masyarakat. Dan antara inisiatif yang diletakkan di bawah UCTC@UMT adalah; • Menggunakan infrastruktur
intelektual dan fizikal universiti
untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan
• Melibatkan pakar-pakar yang berkelayakan untuk mengajar kursus jangka pendek
• Membolehkan komuniti tempatan untuk mengakses kemudahan universiti
• Melibatkan pusat pengajian dan pelajar dalam aktiviti
Fakta UCtC
• UCTC ditubuhkan pada 21 November 2012
• Majlis Pelancaran UCTC@UMT diadakan pada 2 Mac 2014
• UMT adalah universiti yang ke-9 mewujudkan UCTC
• Laman web UCTC www.uctc.my• PJP ECER merupakan Focal
Point di UMT
Majlis Pelancaran UCTC@UMT pada 2 Mac 2014 yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMT,YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.
35
Majlis Pelancaran UCTC peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh.
Antara produk UMT yang dibawa ke salah satu program UCTC di peringkat kebangsaan iaitu, Market UCTC.
INFOKUS September 2014
transformasi komuniti di bandar dan luar bandar
• Menjadi Focal Point di UMTMelalui program ini juga,
pihak KPM telah memperuntukkan sejumlah dana bagi memastikan komuniti mendapat faedah dan kebaikan daripada penganjuran program-program kepada komuniti yang terlibat. Pada tahun 2014, UMT telah menerima dana berjumlah RM260,000.00
bagi tujuan tersebut. Program-program yang dirancangkan ini bakal memberikan pulangan yang positif kepada komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pihak KPM juga telah menggariskan prinsip yang jelas dalam memastikan program-program yang dirancangkan di bawah dana UCTC beroleh hasil yang memberangsangkan. Prinsip yang dinyatakan adalah;
• Low cost • Rapid execution • High impact • Sustainability Program
Maka diharapkan kewujudan pusat dan program-program ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam usaha semua pihak untuk membangun dan memajukan masyarakat setempat ke arah mencapai misi sebagai sebuah negara maju dan berilmu.
36 Sorotan Peristiwa
Hari Lautan Sedunia atau World Oceans Day (WOD) telah diiktiraf secara
rasminya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diraikan di seluruh dunia pada setiap 8 Jun bagi menyatakan serta menghargai sumbangan lautan dan kehidupan laut kepada manusia. Hari Lautan Sedunia merupakan peluang setiap tahun bagi menghormati lautan dan hasil yang didapati darinya.
Sempena sambutan WOD 2014, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan World Oceans Week 2014 (WOW 2014) pada 8 hingga 12 Jun 2014. Penganjuran WOW 2014 ini selaras dengan usaha untuk memperkasakan UMT sebagai universiti berfokus dengan tujahan “Sains Kelautan dan Sumber Akuatik”. Usaha ini juga merupakan antara usaha berterusan UMT untuk menyebarluaskan nama dan imej UMT di peringkat kebangsaan khususnya, dan global amnya.
WOW 2014 adalah program yang turut mendapat kerjasama Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD). Dengan tema; “Together We Have the Power to Protect the
Ocean”, penganjuran WOW 2014 ini dirancang dengan pengisian aktiviti berteraskan laut dan marin dengan penglibatan pelajar, staf, agensi dan komuniti di peringkat tempatan. Aktiviti diadakan dalam kampus UMT dan di lokasi setempat di luar kampus.
Objektif utama penganjuran WOW 2014 ialah bagi menyatakan sokongan UMT terhadap usaha-usaha mengekalkan kelestarian laut dan alam semula jadi di samping hebahan kepada komuniti dan agensi di peringkat kebangsaan dalam usaha memperkasakan kedudukan UMT sebagai penjana dalam bidang keilmuan. Penganjuran WOW 2014 ini juga dilihat sebagai medium pemindahan ilmu dengan menyampaikan
maklumat kepada para pelajar dan komuniti untuk memulihara dan melindungi biodiversiti marin serta memberikan pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara lautan dan ekosistemnya demi mengekalkan kemapanan untuk generasi akan datang.
World Oceans Week 2014 diadakan dalam tempoh dua minggu, dengan pengisian pelbagai aktiviti, antaranya Meet the Scientist, Beach Clean up, Amazing Ocean Race, Forum Oseanografi, Public Talk, Nelayan Jaya Kebangsaan, Inovasi@UMT, Kuiz Sains Kelautan dan National Geoscience Conference. Aktiviti yang dijalankan mensasarkan penyertaan dalam kalangan warga
UMT anjur World Oceans Week 2014oleh: Azida binti abdullahPusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra
Naib Canselor UMT, meninjau pameran sempena Geoscience Conference.
Komuniti setempat turut serta memberi sokongan dalam aktiviti membersih pantai.
37
UMT, para pelajar sekolah sekitar Kuala Terengganu, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan komuniti.
Majlis Pelancaran WOW 2014 telah diadakan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 8 Jun 2014, bersempena sambutan World Oceans Day oleh Direktorat Oseanografi Kebangsan (NOD). Majlis Pelancaran WOW 2014 ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Ewon Ebin.
Aktiviti WOW
Sempena WOW 2014 ini, turut dianjurkan ialah program Beach Clean Up merupakan aktiviti gotong-royong membersihkan pantai di sekitar kampus UMT,
yang melibatkan pelajar UMT, staf dan komuniti setempat. Selain itu, diadakan juga program Amazing Ocean Race. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, mencari harta karun dan berkayak.
Manakala Forum Oseanografi memfokuskan kepada tiga kategori, iaitu sains marin, kejuruteraan kelautan dan pengurusan maritim dan polisi yang disampaikan oleh ahli akademik UMT. Selain itu, aktiviti Public Talk pula memfokuskan kepada bidang perikanan dan akuakultur yang akan disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr. Mohd. Azmi bin Ambak. Peserta forum dan Public Talk terdiri daripada para pelajar pascasiswazah, staf dan agensi luar.
Seiring dengan usaha untuk menyemarakkan aktiviti penyelidikan dalam kalangan ahli akademik dan pelajar, Inovasi@UMT diadakan di mana program ini merupakan pertandingan penyelidikan dalam kalangan warga UMT. Dalam usaha memupuk minat dalam kalangan pelajar sekolah terhadap bidang sains marin, Kuiz Sains Kelautan Kuiz turut diadakan dengan penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kuala Terengganu. Program Nelayan Jaya Kebangsaan pula merupakan aktiviti yang mengumpulkan komuniti nelayan sekitar Kuala Terengganu untuk berkongsi pengalaman dan kaedah berkesan dalam memajukan sektor nelayan.
Masyarakat umumnya sedar bahawa lautan memainkan peranan yang sangat penting kepada kesinambungan dan kesejahteraan manusia dan semua hidupan, secara langsung atau tidak langsung. Lautan juga menjamin sumber makanan dan rezeki kepada penduduk dunia, mengawal suhu dan cuaca global, dan merupakan elemen biosfera yang sangat kritikal. Semoga penganjuran World Oceans Week dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dengan penglibatan lebih banyak agensi/ jabatan/ institusi berkaitan bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha memelihara dan memulihara persekitaran marin dan mengurangkan impak manusia terhadap ekosistem lautan.
Peserta Amazing Ocean Race.
Majlis Pelancaran WOW 2014 di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Dr. Ewon Ebin.
INFOKUS September 2014
38 Gemilang Siswa
Tanggal 25 Mei 2014, telah berlangsung majlis Malam Kemuncak Anugerah Ikon
Siswa (AIS) UMT 2014 yang julung-julung kali diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar UMT. Majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan ini merupakan kesinambungan dari Majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar
(MAKEP) yang dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi serta Majlis Perwakilan Pelajar, UMT. Majlis penyampaian anugerah Ikon Siswa 2014 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UMT dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan UMT.
Anugerah Ikon Siswa ini bertujuan untuk menghargai pelajar-pelajar UMT yang aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di bawah pembangunan pelajar selain memberi perangsang kepada pelajar UMT untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. AIS 2014 terbuka kepada semua pelajar UMT serta jemputan kepada Pegawai
Penerima-penerima Anugerah Ikon Siswa (AIS) UMT 2014.
Anugerah Ikon Siswa 2014 Hargai Pelajar Cemerlang
oleh: Harisom Anida Musa | Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
39
Utama dan Pegawai Kanan UMT.Anugerah ini melibatkan dua
kategori iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Utama. Anugerah Perdana merangkumi Anugerah Ikon Siswa, Anugerah Program Terbaik, Anugerah Kelab Terbaik dan Anugerah Jasa Bakti. Manakala untuk Anugerah Utama melibatkan penghargaan bagi kategori
sukan, kepimpinan, kerohanian, keusahawan, seni dan budaya, kesukarelawan dan lain-lain.
Anugerah Ikon Siswa UMT 2014 telah disandang oleh Saudara Muhammad Naili Jazli bin Mohd Jamsari yang telah membawa pulang hadiah berbentuk wang saguhati bernilai RM1,000.00. Beliau juga adalah penerima
Anugerah Sukarelawan (Unggul) bersama Saudara Muhammad Zulhelmi Muktar bagi kategori Harapan. Manakala Kapten Prof. Madya Haji Zainal Ashirin Shahardin selaku Timbalan Komandan PALAPES Laut UMT telah menerima Anugerah Jasa Bakti.
Saudara Muhammad Naili Jazli bin Mohd Jamsari turut mewakili penerima bagi Anugerah Kelab Terbaik yang membawa pulang wang saguhati bernilai RM500.00 dan Anugerah Program Terbaik diterima oleh Saudara Muhammad Alif bin Rosdi yang turut membawa pulang wang saguhati bernilai RM500.00.
Majlis kemuncak ini telah diserikan dengan kehadiran dua selebriti tanah air iaitu Lan Kristal dan Hafiz Hamidun yang mendendangkan lagu-lagu hits mereka. Semoga anugerah ini berjaya merangsang minat para pelajar untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti pembangunan pelajar yang telah dianjurkan di UMT.
Saudara Muhammad Naili Jazli Mohd Jamsari penerima Anugerah Ikon Siswa UMT 2014.
Penerima Anugerah bergambar bersama YBhg. Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UMT.
INFOKUS September 2014
40 Sukan & Kesihatan
Majlis Penyerahan BenderaSukan SUKUM 2014Kejohanan Sukan Staf antara
Universiti Malaysia (SUKUM) Kali Ke-39 telah berlangsung
pada 12 sehingga 23 Ogos 2014 di mana, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bertindak sebagai tuan rumah kejohanan.
Sebagai persediaan menyertai kejohanan tersebut, satu Majlis Penyerahan Bendera Kejohanan telah diadakan pada 10 Ogos 2014 bertempat di Auditorium INOS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis penyerahan bendera kepada kontinjen UMT telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy Abd Wahid yang mewakili Naib Canselor. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Universiti UMT, Tn. Hj. Mohamad Rafee Jusoh dan Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, Pn. Siti Noriam Yaakob.
Pada majlis ini, YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy turut menyaksikan para atlet UMT membaca ikrar penyertaan kejohanan. Beliau turut menyampaikan sasaran pingat kepada setiap pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy menyerahkan bendera UMT kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Universiti UMT, Tn. Hj. Mohamad Rafee Jusoh.
YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy bergambar bersama atlet-atlet UMT.
YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy menyerahkan sasaran pingat kepada pasukan
boling padang UMT.
YBhg. Profesor Dr. Mohd Effendy menyerahkan sasaran pingat kepada pasukan
badminton UMT.
Pasukan Badminton Campuran lelaki bawa pulang satu pingat gangsa.
41INFOKUS September 2014
Kontinjen Universiti Malaysia Terengganu yang menyertai Kejohanan Sukan Staf antara IPTA Malaysia (SUKUM) Kali Ke-39 Tahun 2014
ternyata tidak pulang dengan tangan kosong. Mereka telah membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa sebagai buah tangan buat warga UMT. Kejohanan SUKUM Ke-39 telah diadakan pada 13-23 Ogos 2014 (Fasa 1 13-19 Ogos 2014) (Fasa 2 19-23 Ogos 2014).
Pada kejohanan kali ini UMT telah menghantar enam acara sukan iaitu badminton, bola tampar, futsal lelaki, tenis campuran, boling padang dan berbasikal.
UMT Rangkul 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa
Berikut adalah keputusan kejohanan: Badminton Campuran - Pingat Gangsa
Bola Tampar Lelaki - Suku Akhir Futsal Lelaki - Suku Akhir Tenis Campuran - Suku Akhir Berbasikal - Tempat ke-9 terbaik Boling Padang - 1 Emas (Fours Wanita) 1 Perak (Single
Lelaki) 1 Gangsa (Single Wanita)
Pasukan Futsal Lelaki UMT akur dengan keputusan layak ke suku akhir.
Pasukan Berbasikal UMT mendapat tempat ke-9 Terbaik.Pasukan Tenis Campuran UMT hanya layak ke suku akhir.
Pasukan Boling Padang UMT beraksi cemerlang dengan membawa pulang 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.
oleh: Mohd Shafiq Aizat Abdul Aziz | Pusat Sukan dan Rekreasi
42
Tahniah diucapkan kepada pelajar Universiti Malaysia Terengganu, Saudara
Muhamad Syahril Hafiz dan Saudari Nur Shahiirah kerana telah berjaya menghabiskan kejohanan Mixed Pair USIM Terbuka IPTA 2014 dan mendapat tempat ketiga. Pada kejohanan tersebut, gelaran Johan telah disandang oleh pelajar Universiti Teknologi MARA Manakala Naib Johan dimenangi oleh pelajar Universiti Tun Hussien Onn. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada kejohanan MASUM 2014 Fasa 2 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu pada bulan November ini.
Indoor BowlsPelajar UMT tempat ketiga
Saudara Muhamad Syahril Hafiz dan Saudari Nur Shahiirah bersama piala dan replika cek kemenangan mereka.
Saudara Muhamad Syahril Hafiz dan Saudari Nur Shahiirah berpuas hati kerana berjaya menamatkan
pertandingan.
Sukan & Kesihatan
43INFOKUS September 2014
RenunganLebih Baik Diam
Setiap Muslim yang baik perlu melengkapkan dirinya dengan empat suruhan Nabi Muhammad SAW iaitu;
Yang pertama:
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Salah satu tanda baiknya keIslaman seseorang adalah apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat pada dirinya”
Yang kedua:
Sabda Nabi Muhammad SAW kepada sahabat yang inginkan nasihat dari baginda ialah,“Jangan marah”.
Yang ketiga:
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyukai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana dia menyukai kebaikan untuk
dirinya”.
Dan yang keempat:
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaknya dia berkata baik atau diam”.
Imam Syafie pernah berkata bahawa berfikir dahulu sebelum berkata-kata merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sekiranya perkataan kita itu tidak mengandungi perkara
yang menyakitkan hati orang lain, maka teruskanlah bercakap. Namun sekiranya perkataan itu memberi kesan negatif kepada orang lain maka adalah lebih baik pada
dirinya untuk diam.
Tn. Hj. Riswadi bin Azmi Ketua Pusat Islam
Universiti Malaysia Terengganu