Upload
others
View
50
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Inovasi Sosial Kategori Penambahbaikan
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan
menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan Peraturan Am
Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Semasa Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PERKESO, YB Menteri Sumber Manusia
telah melancarkan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin. Skuad PERKESO Prihatin
ditubuhkan bagi mengambil tindakan proaktif ke atas kes-kes kemalangan atau kematian yang
dilaporkan di media. Dengan adanya Skuad PERKESO Prihatin ini, faedah PERKESO atau
pembekalan peralatan pemulihan dapat diberikan kepada mereka yang layak dalam tempoh
yang segera sekaligus menggambarkan keperihatinan kerajaan dalam memastikan
kesejahteraan rakyat.
Projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin (SSPP) telah dilaksanakan bagi memperkasakan
lagi pengoperasian Skuad PERKESO Prihatin. SSPP adalah individu, NGO atau agensi yang
berpotensi untuk menyalurkan apa-apa maklumat kemalangan atau kematian kepada Skuad
PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan, Skuad PERKESO Prihatin hanya akan
mengambil tindakan ke atas kes-kes yang dilaporkan melalui media sahaja. Dengan SSPP,
jaringan penerimaan maklumat kemalangan dan kematian dapat diperluaskan. SSPP juga
mampu mewujudkan rangkaian hubungan yang baik antara PERKESO dengan pemimpin
masyarakat seperti wakil rakyat, Ketua Kampung, Kesatuan Sekerja, pihak media dan lain-lain
agensi kerajaan yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Malaysia,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital dan orang awam bagi memastikan maklumat
berhubung kemalangan,keuzuran dan kematian boleh disalurkan dengan kadar segera.
SSPP boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui panggilan ke talian Pusat Khidmat
Pelanggan PERKESO, Whatapps, Twitter dan Facebook. Di samping itu, Cawangan
Pengurusan Perhubungan (CRM) Pelanggan juga akan menyemak laporan akhbar setiap hari
bagi mengenalpasti kes kemalangan atau kematian yang berpotensi layak menerima Faedah
PERKESO. Maklumat yang diterima akan disalurkan kepada Skuad di Pejabat PERKESO
yang berkenaan melalui Sistem eCabs atau whatapps group PERKESO Prihatin yang
dikendalikan melalui CRM .
Dengan adanya SSPP, kes yang berkenaan dapat diambil tindakan segera bagi membantu
orang berinsuran yang ditimpa bencana dan waris orang berinsurans jika ianya melibatkan
kematian tanpa menunggu mereka mengemukakan tuntutan. SSPP akan membantu
menguruskan tuntutan berkaitan sehingga selesai dengan bayaran yang boleh dibuat dan juga
membekalkan peralatan pemulihan yang diperlukan.
.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
1. 1 Latar Belakang Kumpulan
Nama Kumpulan B-FIT
Nama Organisasi
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Alamat
Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur
No. telefon & faks
03- 42645000 / 03- 42564857
www.perkeso.gov.my
Tarikh kumpulan
ditubuhkan 06 September 2016
Bilangan ahli
9 orang
Nama projek
Sahabat Skuad PERKESO Prihatin ( SSPP )
Bidang inovasi
Inovasi Sosial
Kategori inovasi
Penambahbaikan
Tarikh siap projek
Mei 2017
3
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
1
1. 2 Sokongan & kelulusan pihak pengurusan tertinggi
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
2
2. 1 Projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin (SSPP) yang dilaksanakan mempunyai
kaitan dengan fungsi jabatan dan Teras Strategik PERKESO seperti di bawah;
i. Fungsi Utama Jabatan
Mentadbir dan membuat bayaran faedah-faedah yang layak diterima oleh
pekerja di bawah skim-skim perlindungan PERKESO
Mentadbir dan menguruskan dua skim perlindungan keselamatan sosial
iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan kepada pekerja dan
tanggungannya
Mengurus dan menyediakan rawatan perubatan, kemudahan pemulihan
fizikal dan vokasional untuk pekerja yang ditimpa bencana
ii. Teras Strategik PERKESO
TERAS : 2 MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN MENERUSI
PENJENAMAAN
Usaha untuk melaksanakan Business Process Improvement ke atas
beberapa jenis penyampaian perkhidmatan akan menampakkan
penambahbaikan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.
TERAS : 4 MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN SOSIAL
PELANGGAN
Kesejahteraan sosial pelanggan adalah penting bagi meningkatkan
produktiviti, untuk memastikan social safety net kukuh, kesihatan fizikal,
psikologi dan kualiti hidup amat penting diberikan keutamaan. PERKESO
akan menyumbang kepada usaha Kerajaan untuk meningkatkan
kesejahteraan rakyat Malaysia.
iii. Misi dan Visi PERKESO
Visi
Peneraju Keselamatan Sosial yang Dinamik, Unggul dan Cemerlang.
Misi
Memberikan Perlindungan Keselamatan Sosial Kepada Orang Berinsurans
Dan Tanggungan Mereka Menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial Serta
Memupuk Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Demi
Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Orang Berinsurans.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
3
2. 2 Projek SSPP yang dihasilkan adalah selaras dengan kehendak pelanggan dan
pemegang taruh (stakeholder).
i. Merealisasikan Pelan Strategik PERKESO 2016-2020 dengan didukung oleh
nilai teras bersama dalam mencapai visi dan misi yang dikotakan seperti berikut
:
Fokus Kepada Pelanggan
Fokus kepada pelanggan dengan memberi perhatian dan tumpuan utama
dalam memberi perkhidmatan yang terbaik bertaraf dunia.
Prihatin
Keperibadian mulia dan keperihatinan kepada semua stakeholders dan
pelanggan menjadi amalan bagi membawa perkhidmatan yang cemerlang
dan memenuhi aspirasi rakyat.
Kompeten
Mewujudkan semangat daya saing, berkebolehan , keupayaan sebagai
pengamal keselamatan sosial (Social Security Practioner) berpotensi ,
berkomunikasi secara efektif, bekerjasama antara satu sama lain
memberikan makna dan implikasi besar kepada pencapaian yang positif dan
peningkatan kualiti perkhidmatan.
Inovatif
Sentiasa bersedia, berketerampilan dan kaya dengan idea yang kreatif
mengilhamkan idea yang bernas, baharu dan bijaksana dalam mengusahan
penambahbaikan, pembaharuan dan perubahan sesuai dengan persekitaran
dan tuntutan masa.
Ketepatan
Sentiasa meningkatkan nilai kompetensi serta bertindak dengan penuh
komitmen, tepat dengan memfaatkan kepakaran khusus apabila
melaksanakan cadangan penyelesaian menerusi proses penambahbaikan
setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan bagi menghasilkan output dan
outcome yang disasarkan.
ii. Pihak berkepentingan.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
4
2. 3 Projek SSPP ini juga dihasilkan sejajar dengan agenda nasional iaitu :
i. Rancangan Malaysia Ke-11
Teras ke 2 - Meningkatkan kesejahteraan rakyat
ii. Tranformasi Nasional 2050 ( TN50 )
TN50 mensasarkan untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam
ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
iii. Saranan Ketua Setiausaha Negara agar penjawat awam sentiasa turun
padang bagi menyelesaikan masalah rakyat. Sumber : The Star 14 Disember
2015
2. 4 Kaitan dengan keadaan & ekosistem semasa
i. Penambahbaikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dengan fungsi dan
perkhidmatan PERKESO melalui Kajian Kepuasan Pelanggan PERKESO
Skuad PERKESO Prihatin yang dibuat bagi tempoh 2016.
ii. Peningkatan teknologi dapat mempelbagaikan kaedah jaringan hubungan
memandangkan laporan kemalangan/ kematian melalui Media Massa adalah
terhad dan tidak merangkumi pelbagai jenis kemalangan dan kawasan liputan.
iii. Melihat kepada keadaan ekonomi semasa, kos sara hidup yang semakin
meningkat telah menyebabkan tekanan kepada kehidupan masyarakat. Secara
tidak langsung mewujudkan kekangan pencarum PERKESO atau waris untuk
berurusan di Pejabat PERKESO.
iv. Kadar yang tinggi bagi kompaun majikan lewat melapor kemalangan dalam
tempoh 48 jam. – Peraturan 71 (1) & (2) Peraturan-Peraturan AM Keselamatan
Sosial 1971 dan Seksyen 94(e) Akta Keselamatan Sosial Pekerja ( AKSP ) 1969.
2. 5 Pembuktian melalui analisis & ujicuba
i. Penilaian data analisis bagi tempoh Januari hingga Mac 2017, sebanyak 433 kes telah
diproses melalui SSPP berbanding 118 kes bagi tempoh yang sama bagi tahun 2016
(peningkatan sebanyak 72.74%)
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
5
0
50
100
150
200
250
Januari Februari March
JUMLAH KES DITERIMA
2016 2017
ii. Kompaun dan Pendakwaan bagi kes kemalangan lewat dilapor
Seiring dengan peruntukan AKSP 1969, memerlukan majikan untuk melapor
kemalangan dalam tempoh 48 jam kepada PERKESO selepas menerima makluman
daripada pekerja atau waris. Kelewatan melaporkan kemalangan ini akan memberi
kesan program pemulihan lewat dilaksanakan dan menyebabkan kecederaan semakin
teruk serta mempengaruhi pembayaran pampasan oleh pihak PERKESO
Menurut Laporan Tahunan Kompaun dan Pendakwaan 2016, Bahagian
Penguatkuasaan Ibu Pejabat berikut menunjukkan jumlah kes majikan dikompaun
sebanyak 792 kes manakala sebanyak 228 kes majikan didakwa bagi kesalahan
lewat lapor kemalangan.
iii. Hilang Sumber Pendapatan
Pengantian sumber pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup Sumber : Sinar Harian 17 Jun 2016
LAPORAN PROJEK SKUAD PERKESO PRIHATIN
6
3. 1 Cadangan penyelesaian
Dalam menentukan cadangan penyelesaian, projek ini telah mengambil kira
beberapa faktor iaitu :
i. Hasil penilaian dari Soal Selidik yang diterima daripada orang berinsurans
dan waris melalui tindakan Skuad PERKESO Prihatin yang menyarankan
liputan diperluaskan terutama kawasan pedalaman.
ii. Laporan kemalangan/ kematian melalui Media Massa adalah terhad dan
tidak merangkumi pelbagai jenis kemalangan dan kawasan liputan .
iii. Meningkatkan jumlah kes yang diterima bagi tempoh pemprosesan yang
pendek
iv. Susulan laporan media massa berhubung Orang Berinsurans atau Waris
lewat melaporkan kemalangan / tidak mengetahui kelayakan mengenai
tuntutan PERKESO
Bagi mengukuhkan lagi kaedah penyelesaian tersebut, kaedah Design Thinking
dan New Blue Ocean Strategy ( NBOS ) berdasarkan kepada canvasing strategic
seperti dibawah.
Hasil daripada penilaian berdasarkan kaedah tersebut kumpulan bersetuju untuk
melaksanakan projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin.
3. 2 Pelan tindakan penyelesaian
Pelan tindakan dalam pelaksanaan skuad prihatin adalah mengikut carta perbatuan
seperti berikut :
LAPORAN PROJEK SKUAD PERKESO PRIHATIN
7
3. 3 Pelaksanaan tindakan penyelesaian
Projek Sahabat Skuad PERKESO Prihatin (SSPP) telah dilaksanakan bagi
memperkasakan lagi pengoperasian Skuad PERKESO Prihatin. SSPP adalah individu,
NGO atau agensi yang berpotensi untuk menyalurkan apa-apa maklumat kemalangan
atau kematian kepada Skuad PERKESO Prihatin (SPP). Sebelum projek dijalankan,
Skuad PERKESO Prihatin hanya akan mengambil tindakan ke atas kes-kes yang
dilaporkan melalui media sahaja. Dengan adanya SSPP, jaringan penerimaan
maklumat kemalangan dan kematian dapat diperluaskan. SSPP juga mampu
mewujudkan rangkaian hubungan yang baik antara PERKESO dengan pemimpin
masyarakat seperti wakil rakyat, Ketua Kampung, Kesatuan Sekerja, pihak media dan
lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba
Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital dan orang awam bagi
memastikan maklumat berhubung kemalangan,keuzuran dan kematian boleh
disalurkan dengan kadar segera.
SSPP boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui panggilan ke talian Pusat
Khidmat Pelanggan PERKESO, Whatapps, Twitter dan Facebook. Di samping itu,
Cawangan Pengurusan Perhubungan (CRM) Pelanggan juga akan menyemak laporan
akhbar setiap hari bagi mengenalpasti kes kemalangan atau kematian yang berpotensi
layak menerima Faedah PERKESO. Maklumat yang diterima akan disalurkan kepada
Skuad di Pejabat PERKESO yang berkenaan melalui Sistem eCabs atau whatapps
group PERKESO Prihatin yang dikendalikan melalui CRM .
Dengan adanya SSPP, kes yang berkenaan dapat diambil tindakan segera bagi
membantu orang berinsuran yang ditimpa bencana dan waris orang berinsurans jika
ianya melibatkan kematian tanpa menunggu mereka mengemukakan tuntutan. SSPP
akan membantu menguruskan tuntutan berkaitan sehingga selesai dengan bayaran
yang boleh dibuat dan juga membekalkan peralatan pemulihan yang diperlukan.
Aliran kerja Skuad PERKESO Prihatin bertindak berdasarkan makluman
kemalangan/ kematian yang diterima.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
8
Bilangan Kes Diproses Oleh SSPP
Bagi tempoh Januari hingga September 2017, sebanyak 1,812 kes telah diproses oleh
SSPP berbanding 1332 kes bagi tempoh yang sama tahun 2016 (peningkatan sebanyak
36%)
Peningkatan Jaringan Penyaluran melalui SSPP
Selepas cadangan penyelesaian dibuat bagi tempoh Januari hingga September 2017, jumlah SSPP adalah sebanyak 38,463 orang berbanding 1332 orang pada September 2016
Kelulusan Pengurusan
Projek disokong oleh pihak pengurusan bagi kelancaran proses tindakan Skuad
PERKESO Prihatin merujuk kepada memo Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) seperti
berikut :
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
9
Kolaberasi Agensi luar Tindakan kolaberasi dengan angensi luar telah dilaksanakan secara rasmi. i. Polis Diraja Malaysia ( PDRM) ii. Jabatan Bomba Malaysia iii. Media Cetak
Ruang Rasmi Sahabat Skuad PERKESO Prihatin Penerimaan pengguna “Facebook” terhadap Sahabat PERKESO Prihatin amat
memberangsangkan sehingga mencecah 2963 like.
Bagi tujuan hebahan mengenai Skuad PERKESO prihatin, risalah dan poster bersaiz
A4 diedarkan secara media sosial dan emel.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
10
Penyeragaman Kepada Anggota PERKESO
Hasil pemantauan yang telah dilaksanakan, perancangan jadual taklimat SSPP
disediakan bagi tujuan penjelasan dan penyeragaman kepada semua anggota yang
terlibat secara berperingkat seperti di jadual di bawah :
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
11
4. 1 Outcome projek (dijangka) & pembuktian analisa berasaskan
i. Kesan jangka pendek
a) Produktiviti
Peningkatan tahap pemprosesan Faedah
Bantuan segera kepada mereka yang memerlukan sebaik
sahaja maklumat berkenaan diperolehi
Peningkatan kecekapan kemahiran dan sumber manusia
b) Moral
Peningkatan kepuasan pelanggan ( Majikan / Orang
Berinsurans / Waris ) kerana menerima pampasan dalam
tempoh kadar yang singkat.
Dapat menyelami perasaan dan masalah pelanggan secara
berdepan
Orang berinsurans atau waris merasai jaminan bagi
meneruskan kelangsungan hidup
c) Kualiti dan Perkhidmatan Memperlihatkan kesedaran orang ramai untuk berkongsi
maklumat mereka yang memerlukan bantuan.
Kefahaman orang ramai dapat dipertingkatkan mengenai skim perlindungan yang disediakan oleh PERKESO.
Mendapat hebahan/ promosi secara berkala dan berterusan
apabila penyampaian faedah dan peralatan pemulihan disiarkan oleh pihak media.
Mempertingkatkan jaringan keselamatan sosial yang lebih
mantap antara PERKESO dengan pelbagai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat yang membawa kepada perkhidmatan kepada rakyat sentiasa diberi keutamaan.
d) Keselamatan
Tindakan awal SSPP boleh mengelakkan kegiatan orang
tengah yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka
yang ditimpa bencana.
ii. Nilai tambah
Dapat dekati orang berinsurans dengan lebih mesra ( Turun padang dan
menyelami nasib orang masyarakat setempat )
Memberikan sokongan dan motivasi kepada orang berinsurans /
keluarga / waris
Sentuhan prihatin.
Berkongsi kegembiraan
Aspek peningkatan imej PERKESO melaui pengurusan yang efektif dan
efisien.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
12
iii. Pembuktian melalui data & sumber rasmi
a) Penjimatan Kos Perjalanan
Melalui pendekatan Skuad PERKESO prihatin membantu
menyelesaikan tuntutan secara proaktif telah membantu menjimatkan
kos kepada pelanggan sekiranya mereka hadir ke pejabat PERKESO
seperti jadual dibawah :
Catitan : Pemilihan jenis pengangkutan mengambilkira keadaan kesihatan Orang Berinsurans dan
memudahkan waris.
b) Penjimatan Kos Publisiti
Kos publisiti dapat dijimatkan dengan adanya penyiaran Skuad
PERKESO Prihatin melalui media seperti jadual di bawah :
c) Pencapaian Produktiviti
I. Bilangan Kes Diproses Oleh SSPP
Bagi tempoh Januari hingga September 2017, sebanyak 1,813 kes telah
diproses oleh SSPP berbanding 1,332 kes bagi tempoh yang sama
tahun 2016 (peningkatan sebanyak 36 %)
JADUAL 1 - Penjimatan Kos Perjalanan Kepada Pelanggan
Teksi 3110.00 62.20
Perkhidmatan Uber 1500.56 30.01
Perkhidmatab Grab 3145.38 62.91
Purata
Kos
(RM)
Jumlah
Kes
(Bil)
Jenis Pengangkutan
50 46.85
Purata
Jarak-
Pergi &
Balik
(KM)
Jumlah
Kos
(RM)
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
13
Perkhidmatan Grab
II. Jumlah Kes FPM Dibayar
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017, sebanyak 11,748 kes FPM telah
dibayar berbanding 11,213 kes pada tempoh yang sama tahun 2016
(peningkatan sebanyak 4.77%)
Iii . Jumlah Kes Tuntutan Faedah Didaftar
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017, sebanyak 101,375 kes telah
didaftar berbanding 93,834 kes pada tempoh yang sama tahun 2016
(peningkatan sebanyak 7.96%)
d) Kepuasan Pelanggan
Kajian Kepuasan Pelanggan
Kajian kepuasan pelanggan dilaksanakan bagi tempoh 3 bulan merangkumi
borang kaji selidik dan juga temuduga dengan pelanggan.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
14
Hasil maklum balas yang diterima ke atas 4 soalan utama adalah seperti Jadual
1 dan Graf 1- 4 di bawah:
JADUAL 1
Perkara Maklumbalas Peratus
Faedah Penubuhan SP
Sangat Bersetuju 80.56%
Bersetuju 19.44%
Tidak Setuju 0%
Sangat Tidak Bersetuju 0%
Kecekapan Perkhidmatan SP Ya 100%
Tidak 0%
Penerangan Tuntutan Faedah Oleh SP
Sangat Jelas 72.48%
Jelas 27.52%
Tidak Jelas 0%
Sangat Tidak Jelas 0%
Kualiti Anggota SP
Sangat Berpuashati 81.65%
Berpuashati 18.35%
Tidak Berpuashati 0%
Sangat Tidak Berpuashati 0%
100%
0%
Ya
Tidak
Ya Tidak
Peratus 100% 0%
Kecekapan Perkhidmatan Anggota Skuad PERKESO Prihatin
75.00%25.00%
0.00%
0.00%
Sangat Jelas
Jelas
Tidak Jelas
Sangat Tidak Jelas
Sangat Jelas Jelas Tidak JelasSangat
Tidak Jelas
Peratus 75.00% 25.00% 0.00% 0.00%
Penerangan Tuntutan Faedah Oleh Skuad PERKESO Prihatin
82.64%17.30%
0.00%0.00%
Sangat Berpuashati
Tidak Berpuashati
SangatBerpuash
ati
Berpuashati
TidakBerpuash
ati
SangatTidak
Berpuashati
Peratus 82.64% 17.30% 0.00% 0.00%
Kualiti Anggota Skuad PERKESO Prihatin
80.56%
19.44%
0.00%
0.00%
Sangat Bersetuju
Bersetuju
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
SangatBersetuju
BersetujuTidakSetuju
SangatTidakSetuju
Peratus 80.56% 19.44% 0.00% 0.00%
Faedah Penubuhan Skuad PERKESO Prihatin
1 2
3 4
12
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
15
4. 2 Impak projek (luar jangka) & pembuktian
i. Kesan jangka panjang – Kesan kepada pembangunan serta kemajuan negara
Membentuk hubungan baik antara PERKESO, agensi berkaitan, pekerja,
majikan, media, NGO dan pemimpin masyarakat.
Meningkatkan produktiviti negara secara keseluruhannya dari segi penjimatan
kos, pengemasan sistem & prosedur kerja dan juga penjimatan tenaga kerja.
Mempertingkatkan jaringan keselamatan sosial yang lebih mantap antara
PERKESO dengan pelbagai agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat yang
membawa kepada perkhidmatan kepada rakyat sentiasa diberi keutamaan.
ii. Impak projek (hasil luar jangka)
a. Impak kepada Masyarakat
Proses pembelajaran anak orang berinsurans tidak tertangguh disebabkan
faedah segera yang diterima hasil tindkan Skuad PERKESO Prihatin.
Faedah PERKESO yang diterima dapat membantu orang berinsurans dan
tanggungan mereka meneruskan kelangsungan hidup dari segi ekonomi
dan emosi.
Membentuk hubungan baik antara PERKESO dengan masyarakat dalam
memberikan perkhidmatan
Mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan daripada
kecederaan yang lebih teruk.
Perkhidmatan Skuad PERKESO Prihatin melangkaui ekspektasi
pelanggan.
b. Impak kepada Organisasi
Meningkatkan imej PERKESO
Mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan daripada
kecederaan yang lebih teruk secara tidak langsung mengurangkan kos
pampasan bayaran Faedah.
Menjimatkan kos publisiti terhadap perkhidmatan PERKESO.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
16
iii. Pembuktian melalui data rasmi
Maklumbalas yang diterima daripada orang tanggungan mengenai tindakan segera
Skuad PERKESO Prihatin :
Sumber : Sinar Harian - 14 Julai 2017
Sumber : Sinar Harian – 16 Ogos 2017
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
17
5. 1 Tahap ketersediaan teknologi/ sistem/ proses
- Proses kerja yang sistematik
5. 2 Tahap replikasi/ pengkomersialan (ROI)
Penyeragaman & pemantauan
Standard Operating Procedure bagi Pengurusan Skim Bencana Kerja dan
Pengendalian Faedah Pengurusan Mayat di bawah Skuad PERKESO
Prihatin telah disediakan untuk diedarkan kepada semua pejabat.
Kesimpulan
Skuad PERKESO Prihatin (SPP) berjaya meletakkan perkhidmatan PERKESO ke satu
tahap yang menepati hasrat dan melangkaui ekspektasi pelanggan.
Dengan adanya Sahabat Skuad PERKESO Prihatin, dapat merealisasikan matlamat
organisasi untuk menjadi sebuah agensi yang prihatin dan seterusnya berjaya
membentuk satu jaringan keselamatan sosial yang mantap dikalangan anggota
PERKESO, agensi kerajaan yang berkaitan, pihak media, pemimpin masyarakat dan juga
masyarakat awam.
LAPORAN PROJEK SAHABAT SKUAD PERKESO PRIHATIN
18