Upload
duongdiep
View
266
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1
PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI1
Siti Intan Dahlia Mohammad Harun Jabatan Tahfiz Wal Qiraat
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
ABSTRAK
Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu Al-Quran yang amat penting selain dari bidang
penafsiran dan penterjemahan Al-Quran.Melalui disiplin ilmu Qiraat, para sarjana dalam
bidang ini telah membahaskan isu-isu utama seperti pembahagian jenis Qiraat, tokoh-tokoh
utama dalam ilmu ini dan pelbagai kaedah sebutan dan bacaan Al-Quran.Berdasarkan kepada
kepentingan mempelajari bidang ini, ilmu Qiraat telah mendapat perhatian di kalangan
masyarakat Islam dari seluruh dunia, tidak terkecuali di Asia Tenggara khususnya di
Malaysia.Penubuhan pusat dan institusi pengajian Tahfiz dan Qiraat serta permintaan yang
berterusan oleh masyarakat di negara ini untuk mempelajarinya merupakan salah satu usaha
yang perlu dihargai.Walaubagaimanpun, dari satu sudut yang lain, ilmu ini masih lagi
dianggap satu bidang yang ekslusif dan ditawarkan kepada mereka yang mempunyai
kecenderungan untuk mempelajari bidang Qiraat. Kertas kerja ini akan memberikan
gambaran umum mengenai perkembangan pengajian Qiraat di Malaysia dengan
menghubungkan beberapa institusi pendidikan Qiraat dari pelbagai peringkat bagi
mengenalpasti realiti, keperluan dan cabaran pengajian Qiraat di institusi pengajian tinggi di
Malaysia. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah keperluan menawarkan subjek
Qiraat Al-Quran kepada semua pelajar pengajian Islam tanpa mengira bidang
pengkhususan.Ilmu Qiraat kadangkala dapat membantu penyelidik dalam permasalahan fiqh
dan hukum.Bidang Qiraat juga perlu digabungjalinkan dengan bidang bahasa dan linguistik
kerana terdapat banyak faedah yang boleh dimanfaatkan. Bagi mempersadakan ilmu Qiraat
pada skop yang lebih luas lagi sekumpulan penyelidik dari bidang Qiraat, Bahasa Arab,
Sejarah dan Reka Bentuk di institusi pengajian tinggi perlu bekerjasama bagi menghasilkan
ensiklopedia atau mushaf Qiraat dalam Bahasa Melayu khususnya.
1Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011, “Al-Quran, Qiraat dan Masyarakat: Pendedahan, Pemahaman dan Penyelesaian” pada 19-20 November 2011 di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombakyang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2
KATA KUNCI:
Perkembangan Ilmu Qiraat, Keperluan, Institusi Pengajian Tinggi
PENGENALAN
Ilmu Qiraat merupakan salah satu cabang ilmu Al-Quran yang sangat penting kepada
masyarakat Islam. Di Malaysia, ilmu ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat yang
cenderung untuk mendalami Qiraat. Pusat-pusat dan ma’ahad-ma’ahad Tahfiz yang diasaskan
samada secara persendirian atau di bawah bantuan kerajaan seperti Darul Quran telah lama
melahirkan para graduan Tahfiz dan Qiraat yang mahir dan berketrampilan dalam bidang ini.
Kertas kerja ini ditulis dalam usaha untuk mempersadakan jurusan Qiraat ke arah peringkat
yang lebih tinggi dan berupaya menarik minat pelajar pengajian Islam yang lain di institusi
pengajian tinggi di Malaysia dan masyarakat Islam khususnya untuk mempelajari asas ilmu
Qiraat sebagai nilai tambah kepada bidang yang diceburi masing-masing.
Secara umum Qiraat boleh didefinisikan sebagai: “Mazhab atau kaedah menyebut
lafaz Al-Quran yang digunakan oleh beberapa imam atau guru Al-Quran yang berbeza antara
satu dengan yang lain” (Manna’ Khalil Al-Qattan: Mabahith Fi ‘Ulum Al-Quran ,Cetakan 53,
1998). Kepelbagaian menyebut lafaz-lafaz Al-Quran ini merangkumi pengetahuan terhadap
sifat huruf dan cara sebutan seperti takhfif (menipiskan sebutan), tathqil (menebalkan
sebutan) dan sebagainya (Al-Zarkasyi: Al-Burhan Fi ‘Ulum Al-Quran, Cetakan 1, 2001).
Pada pandangan penyelidik, bidang Qiraat perlu dilihat sebagai bidang yang inklusif kepada
pelajar pengajian Islam yang lain selain dari pelajar pengkhususan Tahfiz dan Qiraat.
Walaubagaimanapun, bidang Qiraat masih lagi dianggap masyarakat sebagai bidang yang
hanya tertumpu kepada bakal-bakal Qari atau Huffaz yang akan menjadi pakar rujukan
tarannum dan tajwid pada masa akan datang.
Justeru, kertas kerja ini ditulis untuk memberi sedikit maklumat ringkas tentang
perkembangan pengajaran Ilmu Qiraat di Malaysia. Beberapa institusi penting
3
akandiketengahkan dalam kertas kerja ini. Pada bahagian seterusnya, realiti dan keperluan
Ilmu Qiraat sebagai matapelajaran yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi
awam dan swasta atau negeri akandidedahkan dan dibincangkan. Dalam bahagian ini juga,
contoh-contoh Qiraat yang berbeza dari segi bahasa, fiqh dan tafsir akan dibincangkan secara
ringkas dan padat. Bahagian terakhir dalam kertas kerja ini akan menyarankan beberapa
cadangan membina untuk memperluaskan lagi bidang Qiraat pada peringkat yang lebih tinggi
lagi. Diharap kertas kerja yang diusahakan ini berupaya merealisasikansalah satu objektif
utama Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu
dan Warisan Islam dan beberapa badan yang lain di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), iaitu: “Memperkenalkan kepentingan ilmu Qiraat yang masih belum diketahui
masyarakat”.
1. PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA2
Ilmu Qiraat di awal kemunculannya di Malaysia kelihatan agak asing kerana
Masyarakat di Malaysia ketika itu hanya menganggap bacaan al-quran hanyalah terdiri dari
satu bacaan yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi di satu
sudut yang lain, ilmu qiraat pada hakikatnya telah lama diperkenalkan di Malaysia seiring
dengan dakwah yang disampaikan ketika Islam mula bertapak di tanah nusantara sekian lama
dahulu.
Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia
yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan
sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan beliau sewaktu
perasmian Masjid Negara dimana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Tilawah Al-
2 Untuk maklumat perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia dengan lebih lanjut lihat dalam: Ismail bin Muhammad, PERANAN JAKIM DALAM PEMBANGUNAN INSTITUSI QIRAAT DI MALAYSIA, Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ Universiti Sultan Zainal Abidin (softcopy), 29-30 Oktober 2010: 36-42.
4
Quran peringkat Antarabangsa yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor
Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.
Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit
di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan
penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan
Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac 1966 dimana pengetuanya ialah Syeikh Mohd Noor
dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perintis yang dipilih dan
dihantar oleh negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan
Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia, Pada tahun 1972 ianya diberi nama baru iaitu “Maahad Tahfiz Al-
Quran Wal-Qiraat”. Bermula pada awal tahun 1979 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat
diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam
(BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-
Quran Wal-Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam
(INDAH) Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun
1983.Sehinggalah pada tahun 1984, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah lahir sebagai
sebuah Cawangan di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri dengan
mempunyai organisasinya yang tersendiri.
Pada Tahun 1992, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat kemudiannya dipindahkan ke
satu bangunan yang disewa di Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki
manakala pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Sekali lagi pada tahun 1994,
pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar
lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkis Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997,
5
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran.
Akhirnya setelah beberapa kali berpindah tempat dan dengan persetujuan kerajaan
negeri Selangor pada masa tersebut maka pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan
ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kampus tetap ini mampu untuk menempatkan pelajar seramai 1000 orang pada satu-satu
masa dan mempunyai kemudahan serta infrastruktur yang lebih baik untuk kemudahan
pelajar dan kakitangan.
Pengiktirafan Diploma
Pada tahun 1983, Sijil Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai
Diploma, mata pelajaran telah bertambah dengan Matapelajaran Qiraat ditambah masa
pengajiannya kepada 2 jam seminggu dan ditambah lagi dengan subjek yang berkaitan
dengan hafazan Al-Quran dan Qiraat seperti Hifzul Mutun, Fawasil, Rasm, dan lain-lain.
Bermula tahun 1983 juga, BAHEIS terus meningkat peranannya sebagai pelopor kepada
perkembangan Qiraat di Malaysia, dengan pengambilan pelajar tahfiz diambil setiap tahun di
mana sebelum itu pengambilan pelajar diambil setiap 3 tahun sekali.
Perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia menggapai kecemerlangan apabila pada tahun
1999 Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat menukar sistem pengajiannya daripada
sistem penggal kepada sistem semester bagi mengikuti arus perkembangan pengajian yang
diamalkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Penyemakan semula kurikulum dilakukan
bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum Qiraat dipertingkatkan dengan penyusunan baru Subjek Qiraat Ilmi dan
Amali ditambah menjadi 4 jam seminggu, begitu juga bagi Subjek Pengajian Tahfiz Al-
6
Quran yang berkaitan ditambah mengikut pengajian yang ditawarkan di Maahad Qiraat
Syoubra. Antara Subjek yang ditambah dalam Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
ialah Subjek Tarikh Qurra’, Tarikh Mashaf dan Dhobt Quran dengan matapelajarn sedia ada
dikekalkan.
Perkembangan semasa Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat semakin berkembang apabila pada tahun 1983 Sijil Tahfiz diiktiraf menjadi
Diploma dan pengambilan pelajar diambil setiap tahun bermula tahun yang tersebut
(1983).Perkembangan Ilmu Qiraat semakin meningkat dan mula tersebar di negeri-negeri
apabila banyak kerajaan negeri menubuhkan Maa’had Tahfiz Al-Quran dan menggunapakai
kurikulum daripada JAKIM bermula tahun 1986 dengan M.T.Q.N Negeri Johor menjadi
negeri pertama mengikutinya.
Perkembangan Tahfiz Al-Quran dan Ilmu Qiraat menjadi semakin menarik apabila
Darul Quran mula mengambil pelajar perempuan bermula pada tahun 1990.Pada tahun 1996
kesemua negeri di Malaysia kecuali Sarawak menyertai program bersama Darul Quran di
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Dengan itu, Ilmu Qiraat dapat dikembangkan
secara lebih khusus oleh negeri-negeri di Malaysia.
Perkembangan Ilmu Qiraat ini semakin tahun semakin meningkat apabila Darul Quran
sentiasa meningkatkan pengambilan pelajar dari 20 orang pada tahun 1980-an kepada 40
orang lebih awal tahun 1990-an sehinggalah Kompleks tetap Darul Quran di Kuala kubu
Bharu, Selangor siap digunakan di awal tahun 1999, bilangan pengambilan pelajar ditambah
ke angka seratus lebih.
Apabila siap Fasa kedua pada tahun 2003, pelajar-pelajar diambil secara purata 200
hingga 230 orang setahun sehingga ke hari ini.Kerajaan telah membelanjakan lebih 50 juta
ringgit bagi menyiapkan Kompleks Darul Quran. Tiada sebarang yuran pengajian dan yuran
7
lain dikenakan. Setiap pelajar diberi elaun bulanan sebanyak RM 365.00 merangkumi elaun
makan dan sara hidup.
Perkembangan Terkini Program Diploma Darul Quran
Pada masa ini terdapat 5 Syukbah lagi yang dijalankan di Darul Quran iaitu :
i. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Dakwah.
ii. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Hadis.
iii. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Syariah
iv. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Muamalat.
v. Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Qiraat.
Kesemua Syukbah ini dimestikan mempelajari Asas Ilmu Qiraat secara teori pada
semester dan secara praktikal pada semester 2.
Pengajaran Ilmu Qiraat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Di Johor Bahru, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)menawarkan Program Diploma
Tahfiz Wal Qiraat. Melalui program ini, pelajar boleh memilih samada ingin meneruskan
pengajian di bawah Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) atau di bawah Darul Quran
JAKIM.
Berikut disebutkan maklumat ringkas mengenai falsafah, objektif, kemudahan yang
disediakan, kelayakan minimum, subjek-subjek kursus dan yuran pengajian bagi kursus
Tahfiz Wal Qiraat di MARSAH (http:www.marsah.edu.my/ver/tahfiz/html, diakses pada
29/10/2011).
8
Kursus Tahfiz Wal Qiraat di MARSAH bertujuan melahirkan generasi Islam yang
benar - benar faham dan mengetahui isi kandungan Al Quran.Ianya juga memenuhi tuntutan
semasa masyarakat yang memerlukan para Huffaz, Quraa’ dan Du’at yang berkebolehan dan
berketrampilan.
Visi
Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at berwibawa ke arah pembangunan negara dan ummah
Misi
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang tahfiz Al Quran dan Al Qiraat
Falsafah
Membentuk generasi Al Quran yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan
negara dan ummah.
Moto
Al Quran dan Al Sunnah Pegangan Kami.
Objektif
1. Mengeluarkan Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan
keperluan ummah dan Negara.
2. Menghidupkan kembali ilmu Al Quran serta menambahkan bilangan penghafaz Al Quran.
3. Menyerapkan tenaga penghafaz yang berkebolehan di Intitusi Pengajian Tinggi dan Imam
Masjid di seluruh negeri.
9
Tempoh pengajian
Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (6 semester) dan tempoh maksimum adalah 5
tahun (10 semester).
Yuran Pengajian
Bayaran pendaftaran (sekali sahaja):
1) PENDAFTARAN RM 100.00
2) WANG KEBAJIKAN RM 50.00
3) PERPUSTAKAAN RM 115.00
4) MAKMAL KOMPUTER RM 100.00
5) KAD PELAJAR RM 10.00
6) INSURANS TAKAFUL (3 tahun) RM 60.00
7) MINGGU SILATURRAHIM RM 100.00
JUMLAH RM 535.00
Setiap tahun: Ditaja oleh MAIJ
1) PENGAJIAN Ditaja oleh MAIJ
2) ASRAMA RM 500.00
3) PEPERIKSAAN RM 100.00
4) KHIDMAT KEBERSIHAN ASRAMA (SISWI) RM 10.00
JUMLAH (SISWA) RM600.00
(SISWI) RM610.00
10
Kemudahan yang disediakan
1. Perlindungan Insuran, Skim Perubatan Pelajar, Gelanggang Sukan dan Asrama.
2. Perpustakaan, Makmal Komputer, Dewan Kuliah, Bilik Kuliah dan Tutorial yang berhawa
dingin.
3. Pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi yang layak sahaja.
Antara Matapelajaran yang wajib dipelajari:
- Hifzul Quran
- Pengenalan Asas Komputer
- Bahasa Arab
- Ilmu Tajwid
- Ilmu Qiraat
- Fiqh
- Bahasa Kebangsaan
- Bahasa Inggeris
- Aqidah
- Taranum
- Pengajian Malaysia
- Teknologi Maklumat
Kelayakan minimum
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, Al-
Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah
11
ATAU
Memiliki sijil-sijil lain yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia
2. REALITI DAN KEPERLUAN SUBJEK QIRAAT DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI
Tidak dinafikan subjek-subjek berkaitan Ilmu Qiraat seperti Usul Al-Qiraat, Tarikh
Al-Qurra’ (Sejarah Tokoh dan Imam Qiraat), Tarikh Al-Rasm (Sejarah Renulisan), Qiraat
Amali, Al-Qiraat Al-Syazah, Asas Tarannum, Taujih Al-Qiraat, Dabt Al-Quran dan
sebagainya diajar secara khusus kepada pelajar-pelajar jurusan Tahfiz dan Qiraat.
Walaubagaimanapun, subjek-subjek tersebut masih lagi dianggap ekslusif kepada pelajar
yang bakal menjadi graduan Tahfiz dan Qiraat di institusi-institusi pengajian tiinggi awam
dan swasta.Berdasarkan kepada penelitian penyelidik secara umum, bidang tahfiz merupakan
satu bidang yang bersifat fleksibel dan mempengaruhi disiplin ilmu yang lain seperti Ilmu
Tafsir, Ilmu Fiqh dan tidak terkecuali Ilmu Bahasa Arab.Bahasa Arab ialah satu bidang yang
sangat jelas kaitannya dengan Ilmu Qiraat.
Memandang Ilmu Qiraat memberi kesan yang langsung atau tidak langsung kepada
jurusan atau bidang yang lain, biasanya seminar mengenai Qiraat terutama pada peringkat
antarabangsa khususnya boleh menarik ramai penyumbang kertas kerja dari pelbagai bidang
kerana seminar Qiraat bertaraf antarabangsa menawarkan sub tema dari pelbagai aspek.
Sebagai contoh, pada 29-30 Oktober 2010 satu seminar antarbangsa mengenai Qiraat dan
Qurra’ telah diadakan di Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA),
Kuala Terengganu bagi membahaskan isu dan cabaran utama dalam bidang Qiraat.Seminar
antarabangsa ini juga menjemput seorang pakar dan tokoh Ilmu Qiraat dari Universiti Al-
Azhar, Mesir iaitu Sheikh Ahmad ‘Isa Al-Ma’sarawi bagi menyampaikan satu ucap tama
12
penting dan gagasan utama bagi mempersadakan llmu Qiraat pada peringkat yang lebih
global dan menyeluruh. Sebanyak 62 kertas kerja telah dibentangkan pada sesi selari
berdasarkan kepada tema-tema yang dibahagikan (Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’
2010 (dalam bentuk softcopy), Universiti Sultan Zainal Abidin: 1-7).
Antara tema yang mempunyai hubungan silang yang kukuh Ilmu Qiraat dengan
bidang yang lain yang menjadi tumpuan utama dalam seminar ini boleh disebutkan seperti di
bawah:
- Sejarah Pengajian Ilmu Quran dan Qiraat
- Pengaruh Ilmu Qiraat kepada Bahasa Arab
- Sumbangan institusi Qiraat dan tokoh-tokoh Qiraat
- Qiraat dan penafsiran Al-Quran
- Qiraat dan Perundangan Islam (Fiqh)
- Perancangan sukatan dan kurikulum Al-Quran dan Qiraat
Setiap sub tema yang disebutkan ini menunjukkan hubungan Ilmu Qiraat yang sangat
kukuh dengan disiplin ilmu yang lain. Oleh itu, sesetengah institusi pengajian tinggi awam
dan swasta menawarkan subjek yang mempunyai kaitan dengan Ilmu Qiraat kepada pelajar
jurusan Bahasa Arab khususnya.Berdasarkan pengetahuan penyelidik, di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai contoh, pelajar peringkat kedoktoran (Ph.D)
ditawarkan subjek bertajuk: “Al-Dirasat Al-Nahwiyyah Li Al-Qiraat Al-Quraniyyah”(Analisis
Sintaksis dalam Qiraat Al-Quran). Manakala bagi pelajar bahasa Arab peringkat sarjana
(Master) bagi pengkhususan pengajian linguistik, satu subjek bertajuk: “Al-Qiraat Al-
Quraniyyah Wa Al-Lughawiyyat Al-Hadithah” (Qiraat Al-Quran dan Linguistik Moden)
ditawarkan bagi memenuhi syarat untuk melengkapkan pengajian peringkat
ini.(http://www.iium.edu.my/irkhs/programmes/postgraduate/doctoral/phd-arabic-linguistic-
studies, diakses pada 25/7/2010).Pelajar Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam
13
(Pengajian Quran dan Sunnah) di UIAM juga diberi pilihan untuk mengambil subjek Qiraat
Al-Quran. Hal ini mengukuhkan lagi hubungan antara bidang Qiraat, pengajian Al-
Quran/Tafsir dan Bahasa Arab
Di Kolej Islam Darul Ridzuan, pelajar dalam jurusan Diploma Bahasa dan
Kesusasteraan Arab perlu mengambil 27 subjek dalam struktur program pengajian dalam
bidang ini. Apa yang agak menarik ialah salah satu subjek yang ditawarkan merupakan
himpunan antara ilmu Qiraat dan bahasa Arab yang jarang didedahkan kepada pelajar
pengajian Islam. Subjek tersebut bertajuk: “Al-Lahajat Wa Al-Qiraat” (Dialek dan Qiraat Al-
Quran) (http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2011). Begitu juga
dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), aspek bahasa dan Qiraat tidak dapat dipisahkan.Di
kolej ini, pelajar untuk program Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Qiraat juga akan mengambil
subjek bertajuk: “Al-Lahajat Wa Al-Qiraat” (TQT3013). Antara subjek lain yang perlu
diambil oleh pelajar Sarjana Al-Quran dan Al-Qiraat di KUIN ialah subjek: “Ilm Al-Aswat”
(LLF 4010) dan “Ilm Al-Lughah Wa Al-Ma’ajim” (LLK 4012) (Rohaizan Baru, Keperluan
Penawaran Program Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Bidang Qiraat: Perancangan
UniSZA, Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ UniSZA, 2010: 58). Kedua-dua subjek ini
merupakan subjek yang menggabungjalinkan dua bidang yang berbeza. Hal ini menunjukkan
kepentingan dan keperluan subjek Qiraat ini digabungjalinkan dengan subjek selain dari
bahasa Arab seperti subjek Tafsir dan Fiqh bagi memperluaskan lagi ilmu Qiraat kepada
pelajar di menara gading seterusnya ilmu ini dapat disebarkan kepada masyarakat umum.
Perkara ini dapat membantu objektif seminar peringkat kebangsaan yang diadakan di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia anjuran Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu dan Warisan
Islam, Persatuan Pemuda Al-Quran (Quranic Youth Club) dan KUTTAQ pada 19-20
November 2011 (hari ini). Objektif tersebut ialah: “Memperkenalkan kepentingan ilmu
Qiraat masih belum diketahui masyarakat”.
14
Sementara di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), terdapat satu
subjek yang perlu diambil oleh pelajar iaitu: “Qiraat dalam Perundangan Islam”. Subjek ini
mendedahkan kepada pelajar kepelbagaian qiraat dan kesannya kepada kaedah ulama dalam
mengistinbat hukum syara’ dan sebab perselisihan mereka dalam mentafsirkan ayat-ayat
hukum yang banyak terdapat di dalam Al-Quran(http://www.kuis.edu.my/v2/index.php:
diakses pada 26/10/2010). Antara beberapa contoh pengaruh perbezaan Qiraat terhadap
istinbat hukum di kalangan para ulama dan ahli fiqh ialah: 1) Puasa Kifarah Sumpah. 2)Isu
bersentuhan kulit membatalkan wuduk. 3) Basuhan kaki ketika berwuduk (Nizaita Omar,
Qiraat: Kesannya terhadap perbezaan pengistinbatan hukum syarie, Satu Analisa,Prosiding
Seminar Qiraat dan Quraa’ UniSZA, 2011:643-651). Melalui subjek Qiraat dalam
Perundangan Islam, para pelajar didedahkan dengan contoh-contoh perselisihan Qiraat yang
mempengaruhi hukum fiqh dalam kitab-kitab tafsir yang terkenal dengan perbahasan seperti
kitab Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran karangan Al-Qurthubi, Ahkam Al-Quran karangan Al-
Jassas, Ruh Al-Ma’ani karya Al-Alusi. Karya-karya ulama Islam ini membuktikan bahawa
Ilmu berkaitan Qiraat ialah salah satu ilmu yang sangat penting bagi tujuan penafsiran Al-
Quran selain dari penguasaan ilmu bahasa, balaghah (retorik) dan ijtihad ahli tafsir dalam
menyesuaikan pengeluaran hukum selaras dengan konteks semasa dalam sesebuah
masyarakat.
Berbalik kepada subjek yang mempunyai gabungan antara Dialek dan Qiraat iaitu
“Al-Lahajat Wa Al-Qiraat” di beberapa IPTA dan IPTS di MAlaysia, subjek ini sebenarnya
mendedahkan kepada pelajar aspek-aspek sejarah dan asal-usul sebutan serta mempunyai
kaitan dengan geografi kerana ia melibatkan maklumattentang pengaruh kawasan-kawasan
tertentu terhadap ciri-ciri sebutan dialek samada ia cenderung kepada tahqiq atau tashil. Ia
juga melibatkan cara sebutan huruf yang berlainan antara suku kaum Arab dengan suku yang
lain. Sebagai satu contoh ringkas, menurut seorang pakar dan profesor linguistik Bahasa Arab
15
di Universiti Alexandaria dan Beirut, Dr. ‘Abduh Al-Rajihi, beliau menyatakan bahawa
penduduk Arab Badwi yang hidup di bahagian tengah dan timur Semenanjung Arab seperti
kabilah Tamim, Qais dan Bani Asad lebih cenderung untuk menekankan (tahqiq) huruf-
hurufbahasa Arab dengan lebih jelas berbanding dengan penduduk yang berada di kawasan
Hijaz. Mereka yang tinggal di Hijaz atau Mekah lebih cenderung untuk memudahkan sedikit
sebutan beberapa huruf dalam Bahasa Arab. Ini berlaku dalam Tahqiq Al-Hamz atau Tashil
Al-Hamz (Menetapkan sebutan hamzah atau memudahkannya) seperti perkataan
)����/����( dan )ن��ن/������( (‘Abduh Al-Rajihi: Al-Lahajat Al-’Arabiyyah Fi Al-Qiraat Al-
Quraniyyah, 1996: 104-106).
Fenomena perbezaan bahasa dan dialek bukan berlaku di dalam sesebuah masyarakat
sahaja, malah perbezaan membaca lafaz Al-Quran juga dirakamkan di dalam Al-Quran.Di
negara kita terdapat perbezaan dialek yang boleh kita bezakan sebutan dan penggunaannya
seperti di negeri Selangor, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Di negara arab
seperti Arab Saudi, Iraq, Sudan dan Mesir, fenomena yang sama berlaku. Setiap kabilah yang
menetap di bahagian pedalaman padang pasir dan yang menetap di kawasan yang lebih maju
sudah semestinya mempunyai cara sebutan dan penuturan yang berlainan.
Jelas kepada kita gabungan antara aspek Qiraat dan Dialek di dalam subjek di institusi
pengajian tinggi khususnyamerupakan usaha menyepadukan segenap ilmu pengetahuan yang
perlu dikuasai oleh masyarakat Islam.Ia melibatkan perspektif bahasa, hukum-hakam syarie,
kemasyarakatan, sejarah dan geografi.Namun, kesan Qiraat kepada aspek bahasa
menampakkan satu hubungan yang lebih jelas.Di dalam Al-Quran terdapat banyak contoh
perbezaan Qiraat samada yang mutawatir ataupun yang Syaz (janggal) yang boleh
dikemukakan bagi membuktikan perkara ini. Dalam kertas kerja ini, kita akan melihat
beberapa contoh perbahasan Qiraat yang digandingkan dengan perspektif linguistik dan
bahasa Arab. Dengan mengetahui beberapa contoh ini, kaitan yang kukuh antara Qiraat
16
dengan disiplin ilmu yang lain dapat menyokong keperluan menggalakkan penawaran subjek
Qiraat kepada semua pelajar pengajian Islam tanpa mengira bidang pengkhususan.
QIRAAT DAN LINGUISTIK:
Di dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat ayat 6, terdapat satu jenis bacaan untuk ayat fa
tabayyanu (ا� ����) iaitu Fa Tathabbatu (ا� ����).Ayat yang pertama tadi dibaca oleh jumhur
ulama Qiraat.Manakala bacaan kedua tadi dibaca oleh Imam Hamzah, Ali dan Khalaf
(Jamaluddin, Mushaf Al-Sahabah Fi Qiraat Al-‘Asyr Al-Mutawatirah, 2006: 93, 516).
Berdasarkan kepada dua jenis bacaan ini, ia menunjukkan perbezaan Qiraat dari segi lafaz
tanpa melibatkan perubahan maksud. Kedua-dua bacaaan tadi dibincangkan oleh para sarjana
Bahasa Arab dalam bab Al-Taraduf/Al-Mutaradifat (perkataan yang mempunyai maksud
yang seakan-akan sama tetapi berlainan bentuk dan lafaz. Perbahasan ulama mengenai Al-
Taraduf di dalam Al-Quran menjadi tajuk yang hangat diperbincangkan oleh sarjana Qiraat
dan Al-Quran, khususnya mereka yang cenderung unutk memahami balaghah (retorik) dan
I’jaz Al-Quran (Kemukjizatan Al-Quran) dengan lebih mendalam.Setiap perkataan yang yang
digunakan di dalam Al-Quran mengandungi maksud yang tertentu dan mengundang pelbagai
tafsiran yang boleh dimanfaatkan.
Di dalam Surah Yunus ayat 30 iaitu: ����ن�� �� أ ��-Imam Hamzah, Al,ه�#! ت��� آ
Kisa’ie dan Khalaf membaca perkataan ���ت dengan perkataan ���ت , manakala majoriti ulama
Qiraat membaca dengan perkataan yang pertama tadi (Al-Ma’sarawi, Al-Kamil Al-Mufassal
Fi Al-Qiraat Al-‘Arba’ata ‘Asyr, 2009: 212).Kedua-dua perkataan ini dapat menguatkan dan
membantu penafsiran ayat 30 Surah Yunus dan ayat 6 Surah Al-Hujurat. Dalam perbahasan
Al-Taraduf, penggunaan kalimah yang berbeza dari sudut lafaz dan seakan-akan sama dari
segi maksud membantu menjelaskan menguatkan konteks ayat. Ia juga salah satu unsur unutk
17
mendekatkan maksud ayat Al-Quran dan menghilangkan kesamaran (Nuruddin, Al-Taraduf
Fi Al-Quran Al-Karim, 2011: 120).
Selain dari itu, Qiraat yang mengandungi perkataan berstatus Syaz (janggal) dianggap
satu khazanah bahasa yang sangat bernilai bagi para pengkaji ilmu-ilmu Al-Quran.Qiraat
Syaz yang sahih sanadnya boleh dijadikan hujah yang kukuh dalam bidang bahasa
Arab.Majoriti ulama membolehkan mempelajari dan mengajarkan Qiraat Syaz dan
menjadikannya sebagai hujah (Al-Bili, Al-Ikhtilaf Baina Al-Qiraat, 1984: 112). Qiraat Syaz
juga ialah sumber pertama dalam pengajian bahasa di samping sumber-sumber yang lain
seperti puisi Arab dan memberikan kepada kita gambaran mengenai sejarah perkembangan
Bahasa Arab (Muhammad Al-Sayyid,Mauqif Al-Lughawiyyin min Al-Qiraat Al-Syazah,
2001: 36). Antara contoh bagi Qiraat Syaz boleh diperhatikan kepada ayat 213 dalam Surah
Al-Baqarah: ))�ر�&))آ�ن ا# �س أ� 2 وا01ة ��-, ا+ ا# ��(�� ��*()�� و� . Perkataan س� juga disebutا#
dalam Qiraat Syaz disebut sebagai (*�#ا berdasarkan Qiraat Ubay bin Ka’ab. Perkataan س� ا#
dan (*�#ا ialah dua perkataan yang berbeza dari segi dasar kata tetapa tidak berbeza tetapi
maksudnya tetap satu, namun ia tidak boleh dibaca dalam solat (Al-Bili, 1984: 130).
Contoh yang terakhir hubungan Qiraat dengan aspek bahasa ialah Perbezaan dialek
bukan sahaja boleh diperhatikan dari realiti yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat,
tetapi kita boleh mendapatinya dari Qiraat Syaz juga seterusnya kita boleh mengaitkannya
dengan fenomena yang berlaku pada hari ini. Terdapat suku kaum Arab yang menyebut
permulaan hrurf kata kerja Mudhari’ (sedang berlaku) dengan kasrah (baris bawah) seperti
yang disebut oleh kabilah Bahra’.Mereka menukar sebutan ت4-�ن/ت�-��ن dengan sebutan
ت4-�ن/ت�-��ن . Seorang perawi bernama Yahya bin Withab menyebut sebutan kata kerja
Mudhari’ dengan membariskan bawah di awal huruf kata kerja tersebut dengan bacaan ini
dalam Surah Hud ayat 113:
18
) )و9 ت)آ�ا إ#7 ا# &�� �5�6ا(( (Al-Rajihi, 1996 :115). Fenomena yang sama berlaku pada hari ini
di sesetengah negara Arab seperti masyarakat Arab di Saudi Arabia yang membariskan
bawah bagi huruf pertama kata kerja Mudhari’dalam pertuturan harian mereka seperti ayat:
“Apa yang awak nak minum? ((إ�> ت*)ب؟ dan ayat ini: “Apa yang awak nak? (إ�> ت�=7؟).
Sebutan yang dipraktikkan seperti ini sangat menarik jika dijadikan contoh secara meluas
kepada para pelajar agar pengetahuan mereka dikayakan dengan dialek-dialek Bahasa Arab
yang lain disamping pengetahuan mereka terhadap Bahasa Arab Fusha (Baku).
Dengan pendedahan yang luas tentang contoh-contoh Qiraat yang disebutkan ini,
secara tidak langsung ia menyepadukan antara bidang Qiraat dan Linguistik serta berupaya
memperkembangkan lagi teori dan perbahasan dalam bidang Linguistik Terapan (Applied
Linguistics) yang menjadi perhatian sarjana bahasa dari Barat pada hari ini (Muhammad
Hakim dan Mohammad Saih, Kesan dan Faedah Perselisihan Qiraat dalam Pengajaran
Bahasa Arab, Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ UniSZA, 2010: 262).
3. SARANAN DAN CADANGAN
A. Memperkenalkan kursus Qiraat kepada masyarakat awam yang berminat dan
penyusunan buku-buku pembelajaran Bahasa Arab dengan contoh-contoh
Qiraat.
Ilmu Qiraat ialah ilmu yang mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu, termasuklah
ilmu Tafsir, Fiqh dan Perbahasan Bahasa/Linguistik. Justeru itu, dengan mengetahui
kepentingannya, ilmu qiraat ini perlu diperluaskan penawarannya dalam kursus-kursus
pengajian Al-Quran.Umum mengetahui kelas-kelas tajwid dan fardhu ain tetap menjadi
kursus atau ilmu yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, maka kelas atau kursus Ilmu
Qiraat wajar diusahakan sebaik mungkin.
19
Dalam kursus Qiraat, ilmu ini boleh diketengahkan dengan menampilkan contoh-
contoh perbezaan yang terdapat di dalam ilmu qiraat itu dengan meletakkan di dalam
kandungan sukatan pelajaran mereka ayat-ayat al-quran yang terdiri daripada contoh-contoh
khilaf bacaan dan mempunyai perbezaan dari wajah nahu dan saraf.
Usaha ini boleh dilakukan dengan usaha dari penulis dan penyusun buku-buku Bahasa
Arab dan diterapkan ke dalam tajuk-tajuk nahu yang tertentu untuk diajarkan di dalam
kursus-kursus Qiraat kepada masyarakat awam yang berminat.Sebagai contoh di sini, di
dalam ilmu qiraat itu sendiri terdiri dari ilmu taujih qiraat, di mana para ilmuwan qiraat telah
menghasilkan penulisan-penulisan berkaitan ini.Ulama fiqh mengistinbat hukum dari ayat-
ayat al-quran dengan mengambil kira perbezaan qiraat itu sendiri.
Promosi melalui iklan bagi menarik masyarakat awam mempelajari Ilmu Qiraat perlu
dipergiatkan lagi.Buku-buku kecil dan ringkas mengenai Ilmu Qiraat perlu disusun dengan
lebih meluas dan lebih kreatif.
B. Keperluan Penawaran Subjek Qiraat Kepada Semua Pelajar Jurusan Pengajian
Islam (Fiqh, Bahasa Arab, Al-Quran&Al-Sunnah, Usuluddin dan Syariah).
Telah dibincangkan tadi bahawa ilmu-ilmu Islam sangat berkait rapat antara satu
dengan yanglain, antaranya ialah ilmu qiraat dan ilmu fiqh serta bidang-bidang lain yang
dibincangkan tadi. Dari sudut fiqh, di dalam kitab-kitab tafsir yang menjurus kepada
perbahasan fiqh sebagai contoh kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh Imam Qurthubi,
Ahkam al-Quran oleh Ibnu al-Arabi, kita akan dapati para imam akan mendatangkan
perbezaan qiraat yang pelbagai ke atas ayat-ayat yang ingin diterangkan hukum-hukumnya.
Oleh itu, khilaf dalam bacaan qiraat memberi kesan yang besar terhadap ilmu fiqh. Imam an-
Nuwauri dalam kitabnya Syarh Toyyibah al-Nasyr ada menyatakan bahwa seorang seorang
20
faqih berhajat kepada Qari untuk mentaujihkan bacaan qiraatnya, begitu juga seorang Qari
berhajat kepada seorang Faqih untuk mentaujihkan bacaan qiraatnya dan menerangkan
hukum yang dapat diambil hasil dari khilaf qiraat tersebut.
Sebagai contoh di sini, pada kalimah (آ� ، �����آ���������ه� ، ��) di dalam ayat 191 Surah
al-Baqarah terdapat dua bacaan qiraat yang mana hukumnya adalah sama tetapi wajah dilalah
nya berlainan. Wajah dilalah yang pertama menunjukkan secara jelas akan nas ayat,
manakala wajah dilalah yang kedua menunjukkan kepada isyarat atau peringatan.
1) Bacaan pertama yang diriwayatkan oleh Imam Hamzah, al-Kisaie, dan Khalaf al-Asyir,
dengan menghazaf huruf alif pada kalimah (آ� ، �����آ���������ه� ، ��) membawa maksud
larangan membunuh.
2) Bacaan kedua pula diriwayatkan oleh Imam Nafi’, Ibnu Kathir, Abu Amr, Ibnu
Amir’Asim, Abu Jaafar dan Ya’qub al-Hadrami : dengan mengithbatkan huruf alif pada
kalimah (ه����� membawa maksud isyarat atau peringatan agar menghindari ( �����آ� , �����آ� ,�
perkara-perkara yang boleh membawa kepada pembunuhan atas wazan al-mufa’alah yang
mengandungi Uslub Mubalaghah.
Kesimpulan: kedua-dia bacaan qiraat ini tetap membawa kepada hukum haram
membunuh tanpa hak melainkan wajah kedua hanya menunjukkan Uslub Mubalaghah di
mana jika unsur-unsur yang boleh membawa kepada membunuh (muqaddimah al-qatl)
hukumnya haram, apatah lagi hukum membunuh itu sendiri.
Oleh itu, keperluan menawarkan subjek Qiraat kepada semua pelajar Pengajian Islam
samada sebagai matapelajaran elektif atau wajib adalah sangat tinggi jika dilihat kepada
hubungan yang rapat antara setiap bidang pengajian Islam dengan Ilmu Qiraat.
21
C. Kerjasama beberapa pakar akademik untuk menyusun dan menghasilkan
Mushaf Qiraat atau Ensiklopedia dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya, bagi mempersadakan ilmu qiraat pada skop yang lebih luas, sekumpulan
pakar qiraat, pakar bahasa arab dan pakar reka bentuk grafik perlu bekerjasama bagi
menghasil Ensiklopedia atau Mushaf Qiraat untuk digunakan di Malaysia. Banyak mushaf-
mushaf Al-Quran dengan pelbagai versi dihasilkan seperti mushaf yang menekankan asbabun
nuzul, riwayat secara ma’thur, hukum tajwid dan kisah-kisah dalam Al-Quran seperti Mushaf
Syamail Al-Quran: The Miracle 15 in 1, terbitan syarikat Pt. Sygma Examedia Arkanleema,
Bandung yang dikeluarkan sekitar tahun 1407H/2009M. Akan tetapi mushaf yang menjurus
kepada pendedahan terhadap Qiraat dan perbezaannya dalam Bahasa Melayu kurang
dihasilkan atau tidak diberi perhatian secara khusus.Ini kerana Bahasa Melayu boleh
dianggap sebagai “bahasa perkasa” yang digunakan sekitar 300 juta penutur.
Justeru, sekumpulan pakar dari jurusan Qiraat, Sejarah, Bahasa Arab, Syariah dan
Reka Bentuk perlu bekerjasama bagi menghasil satu ensiklopedia yang mesra pengguna. Ini
kerana Ilmu Qiraat perlu didedahkan kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih menarik.
Mushaf atau Ensiklopedia yang mempunyai maklumat tentang sejarah imam-imam Qiraat,
jenis-jenis Qiraat, kawasan-kawasan yang mempunyai Qiraat tertentu, peta, jadual dan carta
yang dilengkapi dengan warna-warna yang menarik diharap dapat menarik minat masyarakat
awam secara tidak langsung. Mushaf Qiraat dalam Bahasa Melayu juga akan dapat memberi
anjakan paradigma kepada masyarakat Islam melayu khususnya kerana masyarakat kita
masih didominasi oleh perbahasan mengenai hukum-hakam tajwid dan tarannum.
Dengan adanya cadangan seperti ini, diharap pihak yang berwajib dapat mengambil
perhatian kepada perkara ini.Penulis berharap setiap pihak yang berkecimpung dalam bidang
Al-Quran dan Qiraat dapat merealisasikan hasrat ini.
22
PENUTUP:
Tidak dinafikan kepentingan dan keperluan Ilmu Qiraat kepada masyarakat Islam. Sabda
Nabi Muhammad: “Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf, maka
bacalah ia dengan bacaan yang mudah bagi kamu” (Riwayat Al-Bukhari: Kitab Kelebihan
Al-Quran). Memilih untuk membaca Al-Quran dengan bacaan yang mudah tidak bererti
memalingkan perhatian dari perbezaan Qiraat yang lain, malah kita sebenarnya dituntut untuk
terus mengkaji dan mempelajari keseluruhan kandungan Al-Quran termasuk Qiraat kerana ia
merupakan sebuah kitab yang mempunyai rahsia dan kemukjizatan yang agung kepada umat
Islam.
Adalah satu keperluan untuk menambah nilai ilmu dalam bidang Qiraat.Selama ini
kita dihidangkan dengan perselisihan mazhab-mazhab fiqh dan jurusan perbandingan agama.
Mempelajari dan membuat perbandingan antara bentuk-bentuk Qiraat akan menjadi medan
yang baru kepada umat Islam agar kita menjadi umat yang dapat melakukan transformasi
dalam menyuburkan budaya ilmu dan nilai kepada semua lapisan masyarakat.
Bagi merealisasikan hasrat ini, jawatakuasa khas yang terdiri dari kalangan ahli
akademik dan pakar dalam pelbagai bidang pengajian Islam terutama di peringkat universiti
dan kolej-kolej negeri perlu merangka dengan segera setiap aktiviti dan kursus pengajaran
dan pembelajaran Ilmu Qiraat dengan kaedah yang lebih efektif.
23
RUJUKAN:
RUJUKAN BAHASA MELAYU: Himpunan Kertas Kerja dalam Prosiding Seminar Qiraat dan Quraa’ Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, (International Seminar on Qiraat and Qurra SQ2010) (softcopy), 29-30 Oktober 2010.
RUJUKAN BAHASA ARAB:
دار ال!������� ، : ب��������وت)، اD�@@@@@@E9ف ب@@@@@@�� ا#(@@@@@@Aاءات .م1984/م1404. ال����������، أ�������� ).ط.د
م/.-�����, :ب�������وت. (����H I@@@@@� ,@@@@@1@@@@@�م ا#A@@@@@)Fن . م1998/ه�����ـ1418. ال*������ن، م'������ع ).35ال�.�ل,، ط
�����9��8 و�6�������7 . م2001/ه�����ـ1422. ال5رآ������4، ب����� ر ال����� �2 م������3 ب�����2 ������1 ا0 � :دار ال?<����= : ب������وت. (ا#�)ه@@@@�ن �@@@@�H I@@@@�م ا#F(@@@@Aن م>����*;: �����1 ال�����در 1*�����،
).1ال���7,، ط ��J@@@@@K ا#�=@@@@@���� �@@@@@� ا#A@@@@@)اءات .م2001/ه�����ـ1422. أ������� 5�����1ور، م������3 ال-������
).�11ل� ال?<=، ط: ب��وت(، ا#A)Fن�2 ا#*�ذة��JM@@@@4 دار ا�M@@@@4#بI@@@@� 2 ا#A@@@@)اءات .م2006/ه����ـ1426. ف، ج������ل ال���� �2م�����3 ش����
دار ال>�����3ب, ل�<�����اث، : E'*�����. (ا#-*@@@@) ا#�5@@@@�ات)ة �@@@@� P@@@@�(O ا#*@@@@�2��O وا#@@@@0رة ).2ط
:������-�1 � ا4�5#@@@@@@� �@@@@@@I ا#A@@@@@@)اءات .م2009/ه������ـ1430. ال�7>�������اوي، أ��������@@@@@@��Q#اIا#�@@@@�ن R��(�#�@@@@ب I@@@@5��-�#اءات ا(@@@@A#ا JM@@@@4� <��@@@@Sب (@@@@*H 2@@@@-ربTا ،)ه�����دار : �ةال
).1اOم�م ال��E�4، ط ا#�@@@@@)ادف �@@@@@I ا#F(@@@@@Aن ا#U�(@@@@@Q ب@@@@@�� . م2001/ه�����ـ1422. ن������ر ال����� �2 ال�'!����� ، م������3
P��V�#2 وا�(W ). ط.دار ال;?�، د: ب��وت. (ا#
Q دار : إ.����?' ر�,(، ا#�XS@@@@�ت ا#-)ب�@@@@I@@@@� 2 ا#A@@@@)اءات ا#F(Aن�@@@@2 .م1996. ال�اج�����1 ،�����3 ).ط.ال�7�T, ال!�م�7,، د
RUJUKAN INTERNET:
http:www.marsah.edu.my/ver/tahfiz/html, diakses pada 29/10/2011).
http://www.iium.edu.my/irkhs/programmes/postgraduate/doctoral/phd-arabic-linguistic-studies, diakses pada 25/7/2010.
http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2011.
http://www.kuis.edu.my/v2/index.php: diakses pada 26/10/2010.