Upload
others
View
51
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
41
INTERPRETASI AYĀT AL-TASLIYAH: PENELITIAN MEKANISME ALTERNATIF
RAWATAN PSIKOTERAPI PESAKIT NEUROSIS BERTERASKAN AL-QURAN
Rahim KZ
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
011-26017148
Khairulnazrin Nasir
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Email: [email protected]
Telefon: +60133242865
Saifullah Mamat
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Email: [email protected]
Telefon: +60134632293
ABSTRAK
Sebagai model refleksi dan qudwah kepada sekalian manusia, Rasulullah saw telah melalui
pelbagai bentuk ujian, cabaran dan tekanan. Al-Quran merakamkan Rasulullah saw pernah
mengalami gangguan keresahan dan bersusah hati yang diklasifikasi dalam kategori
gangguan mental neurosis. Kondisi berkenaan merupakan implikasi persekitaran sejarah
dakwah Baginda saw yang sangat mencabar. Gangguan mental Neurosis berlaku apabila
individu berhadapan samada gangguan interaksi dalaman atau persekitaran sosial. Gangguan
tersebut mendatangkan implikasi terhadap kelakuan dan pemikiran sehingga mengakibatkan
penderitaan pada pesakit. Dalam hal ini, al-Quran turut memaparkan beberapa ayāt al-
tasliyah sebagai gambaran terdapatnya mekanisme rawatan psikoterapi rabbānī kepada
Rasulullah saw. Sehubungan itu, kajian ini dikemukakan bagi meneliti interpretasi koleksi
ayāt al-tasliyah bagi memberikan panduan alternatif rawatan psikoterapi pesakit neurosis
berteraskan al-Quran. Kajian ini adalah berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan
diskriptif semula. Hasil kajian ini mendapati al-Quran sarat dengan khazanah metode
psikoterapi komplimentari yang sesuai digunakan ke atas pesakit gangguan mental neurosis.
Penemuan ini menggambarkan bahawa umat Islam mempunyai pelbagai mekanisme
alternatif bagi rawatan psikoterapi yang boleh diaplikasi bersumberkan al-Quran dan al-
Sunnah.
Kata kunci: Psikoterapi, alternatif, pesakit neurosis, interpretasi, ayāt al-tasliyah
42
PENGENALAN
Inovasi metode psikoterapi komplimentari dilihat telah berkembang pesat sebagai
variasi mekanisme rawatan masalah gangguan mental kategori neurosis. Perkembangan ini
adalah selari dengan peningkatan kadar masyarakat dunia yang mengalami masalah kesihatan
mental. World Health Organization (2017) mencatatkan pada tahun 2015 masalah Gangguan
Kemurungan (Depressive Disorders) telah dialami seramai 322 juta orang, dengan
peningkatan sebanyak 18.4 % berbanding tahun 2005. Manakala Gangguan Kebimbangan
(Anxiety Disorders) pula mencatatkan sejumlah 264 juta orang yang mengalaminya, dengan
peningkatan sebanyak 14.9 % berbanding tahun 2005. Kedua-duanya jenis gangguan tersebut
dicatatkan sebagai dua penyumbang terbesar kepada masalah kesihatan mental di seluruh
dunia.
Berdasarkan laporan WHO, Subramaniam (2016)i di dalam kenyataan akhbar
Kementeri Kesihatan Malaysia menyebut dianggarkan satu daripada empat individu didapati
mengalami masalah gangguan mental dalam satu ketika. Manakala, hanya dua pertiga
daripada jumlah tersebut yang berusaha untuk mendapatkan rawatan daripada pakar
kesihatan.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2015) pula mendapati prevalen masalah
kesihatan mental dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah
29.2% (anggaran 4.2 juta). Jumlah tersebut menunjukkan satu daripada tiga orang masyarakat
Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Dalam pada itu, kaum wanita pula adalah
golongan paling berisiko tinggi yang berkemungkinan mengalami masalah berkenaan.
Laporan-laporan diatas merumuskan bahawa masalah gangguan Neurosis atau
Psikoneurosis merupakan gejala yang sering dihadapi manusia apabila berhadapan dengan
tekanan perasaan secara berterusan. Masalah gangguan kesihatan mental ini juga akan
sentiasa berlaku dalam ruang lingkup persekitaran interaksi sosial yang bertentangan dengan
keselesaan jiwa seseorang individu. Mekanisme bagi menghadapi fenomena psikologi ini
perlulah sentiasa dikembangkan dan dibina secara sistematik. Dalam hal ini, kaedah
psikoterapi berasaskan interpretasi āyāt al-Tasliyah dilihat masih kurang diterokai para
terapis bidang psikoterapi komplimentari. Justeru itu, adalah menjadi satu keperluan
dilakukan suatu kajian yang mengadaptasi interpretasi āyāt al-Tasliyah untuk dijadikan
sebagai mekanisme alternatif rawatan penyakit neurosis. Di samping, ia juga dapat memenuhi
keperluan umat Islam yang memerlukan rawatan komplimentari masalah neurosis secara
Islam.
METODOLOGI
Metode pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan metode perpustakaan, iaitu rujukan
tertumpu kepada artikel jurnal, tesis, buku, prosiding, akhbar dan seumpamanya. Data dan
maklumat tentang pemahaman konsep āyāt al-Tasliyah diperolehi menerusi penelitian
terhadap kitab-kitab al-tafāsīr dan shurūh al-ḥadīth. Manakala data berkaitan penyakit
neurosis dan konsep rawatan psikoterapi komplimentari adalah berdasarkan sumber-sumber
ilmiah yang berkaitan.
43
Kajian ini hanya menumpukan kepada kefahaman tentang interpretasi āyāt al-Tasliyah
dalam al-Quran yang dilihat boleh diaplikasi dalam rawatan psikoterapi pesakit neurosis
berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Untuk tujuan ini, analisis dijalankan berasaskan metode
kualitatif melalui pendekatan diskriptif semula dan komparatif. Pada akhir kajian, pengkaji
memaparkan beberapa bentuk pendekatan psikoterapi alternatif yang dibina daripada
pemahaman interpretasi āyāt al-Tasliyah. Kajian mendapati, setiap āyāt al-Tasliyah yang
mengandungi elemen rawatan psikoterapi rabbānī kepada Rasulullah saw adalah berpotensi
dijadikan mekanisme rawatan psikoterapi alternatif kepada pesakit neurosis.
LANDASAN TEORI
Konsep Pemahaman Āyāt al-Tasliyah
Istilah Āyāt al-Tasliyah, menurut Aḥmad Mukhtār (2008) secara konsepnya dapat difahami
adalah merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan bagi menghibur dan
menenangkan Rasulullah saw. Secara etimologi, istilah al-Tasliyah berasal daripada
perkataan تسلية ، ي، سل ى يسل سل yang membawa maksud hiburan. Penggunaan perkataan al-
Tasliyah juga boleh diertikan sebagai memasukkan kegembiraan ke dalam jiwa dan
menjauhkan atau menghilangkan kesedihan dan tekanan perasaan. Merujuk kepada kondisi
perjuangan dakwah Rasulullah saw, āyāt al-Tasliyah diwahyukan apabila baginda saw
menghadapi cabaran dan penentangan yang dahsyat sehingga mendatangkan tekanan ke atas
jiwa. Berdasarkan kepada pemahaman asas ini, dapat difahami para Rasul dan Anbiyā’ adalah
tidak terkecuali daripada mengalami gangguan dan tekanan perasaan. Bahkan al-Quran telah
menyatakan secara khusus kategori Rasul Ulu al-ʿAzmi sebagai kumpulan rasul yang paling
kuat menghadapi ujian dan tekanan., namun Nikmah (2018) menyatakan mereka tetap teguh
dan kuat dalam memperjuangkan risalah Islam. Firman Allah swt:
ل لهم كأنهم يوم يرون ما يوعدون ل سل وال تستعج ن الر ن نهار بالغ فهل فاصبر كما صبر أولو العزم م م يلبثوا إال ساعة م
قون يهلك إال القوم الفاس
“(Jika demikian akibat orang-orang kafir Yang menentangmu wahai Muhammad) maka
bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai
keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan
janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka,
merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari
siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang
yang mahu insaf). maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.”
(al-Aḥqāf: 35)
44
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir (1419H) menjelaskan para ulama’ berselisih
dalam menentukan jumlah Rasul Uli al-ʿĀzmi. Namun, pandangan yang masyhur menyatakan
mereka terdiri daripada Nabi Nūḥ, Ibrāhīm, Mūsā, ʿĪsā alayhim al-salām dan Khātamu al-
Anbiyā’ Muḥammad saw. Senarai nama ini juga telah dinyatakan di dalam Surah al-Aḥzāb
dan al-Shūrā, yang merujuk kepada kumpulan rasul Uli al-ʿĀzmi.
Sebagai individu muslim, model refleksi dan qudwah terbaik kepada sekalian manusia
adalah Rasulullah saw. Baginda saw juga diiktiraf sebagai Rasul Uli al-ʿAzmi paling utama
disebabkan telah melalui pelbagai bentuk ujian, cabaran dan tekanan yang paling hebat
berbanding para rasul Uli al-ʿAzmi yang lain. Sesuai dengan fitrah sebagai manusia, Al-
Quran merakamkan Rasulullah saw pernah mengalami gangguan keresahan dan bersusah hati
yang diklasifikasi dalam kategori gangguan mental neurosis. Kondisi berkenaan merupakan
implikasi persekitaran sejarah dakwah Baginda saw yang sangat mencabar. Firman Allah swt:
ن ي يقولون فإنهم ال يكذ بونك ولك يجحدون قد نعلم إنه ليحزنك الذ ين بآيات للا الم ن قبلك فصبروا .الظ ولقد كذ بت رسل م
ن نبإ الم ولقد جاءك م رسلين على ما كذ بوا وأوذوا حتى أتاهم نصرنا وال مبد ل لكلمات للا
“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan
Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah Engkau berdukacita) kerana
sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari
ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). Dan demi
sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap
perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga
datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang
dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah
datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.”
(Al-Anʿām: 33-34)
Berdasarkan ayat tersebut, situasi yang dihadapi Rasulullah saw adalah bertepatan
dengan definisi konsep masalah gangguan mental kategori Neurosis. Ia berlaku apabila
seseorang individu berhadapan samada gangguan interaksi dalaman atau persekitaran sosial.
Gangguan tersebut mendatangkan implikasi terhadap kelakuan dan pemikiran sehingga
mengakibatkan penderitaan pada pesakit. Dalam hal ini, ayat tersebut juga mengandungi
elemen rawatan psikoterapi rabbānī kepada Rasulullah saw. Selain itu, al-Quran turut
memaparkan beberapa ayāt al-tasliyah yang lain sebagai gambaran terdapatnya mekanisme
rawatan psikoterapi rabbānī kepada Rasulullah saw. Antara lain, firman Allah swt;
ين . واعبد ربك حتى يأتيك اليقين يق صدرك بما يقولون .ولقد نعلم أنك يض د ن الساج فسب ح بحمد رب ك وكن م
“Dan demi sesungguhnya Kami Mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab
apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta
45
Jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu
(perkara yang tetap) yakin”
(al-Ḥijr: 97-99)
Berdasarkan ayat di atas, Ibnu Kathīr menafsirkan cara Allah swt menghiburkan
Rasulullah saw, dengan memerintahkan Rasulullah saw memperbanyakkan berzikir bertasbih
dan bertahmid di samping beribadah menunaikan solat kepadaNya. Merujuk kepada perihal
solat yang dimaksudkan, Ibnu Kathīr mendatangkan satu hadith qudsī yang diriwayatkan
daripada Nuʿaym al-Ghaṭafānīy, bahawa beliau telah mendengar Rasulullah saw bersabda;
ره ل النهار أكفك آخ ن أو ز عن أربع ركعات م عز وجل يا ابن آدم ال تعج قال للا
“Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat raka’at
salat di dinihari (di waktu Duha). Maka itu akan mencukupimu (sehingga) senja”2
Menurut al-Arnawūt (2001) hadith ini menjelaskan Allah swt menyeru baginda saw
menunaikan empat rakaat solat sunat pada waktu Duha dengan jaminan akan terpelihara
sehingga ke penghujung hari. Jaminan ini bermaksud baginda saw akan bebas daripada
belenggu perasaan bersusah hati akibat penentangan kaum musyrikin terhadap seruan Islam.
Ibnu Kathīr (1419H) turut menyatakan, berasaskan hadith qudsi ini, Rasulullah saw akan
menunaikan solat apabila baginda ditimpa sesuatu perkara yang memberikan tekanan kepada
jiwa dan perasaan baginda. Secara tuntasnya, Abū Ḥayyān al-Andalūsī (1420H) di dalam
tafsirannya berkenaan Surah al-Isrā’: 1 turut membahaskan interpretasi Surah al-Ḥijr: 97-99.
Selain cabaran persekitaran dakwah, Rasulullah saw juga dicatatkan pernah
mengalami tekanan perasaan kerana wahyu tidak diturunkan dalam tempoh yang lama
selepas turunnya wahyu pertama. Al-Bukhari meriwayatkan hadith daripada Jābir bin
ʿAbdillah berkenaan hal ini. Beliau telah mendengar Rasulullah saw bersabda;
ي قبل ا ، فرفعت بصر ن السماء عت صوت ا م ي، سم ، فإذا المل ثم فتر عن ي الوحي فترة ، فبينا أنا أمش ي جاءني لسماء ك الذ
ئت ، فج نه، حتى هويت إلى األرض ، فجئثت م بين السماء واألرض ي د على كرس راء، قاع لوني، بح لوني زم أهلي فقلت: زم
تعالى }يا أيها المدث ر قم فأنذ جز{ ]المدثر: 2ر{ ]المدثر: فأنزل للا [ فاهجر 5[ إلى قوله }والر
“Ketika sedang berjalan, tiba-tiba aku mendengar suara dari langit. Aku pun mengangkat
pandanganku, ternyata malaikat yang mendatangiku di Gua Hira sedang duduk di atas kursī
di antara langit dan bumi. Maka kerana perasaan ketakutan terhadapnya, aku segera
kembali pulang dan menyeru kepada keluargaku, “Selimutilah aku, selimutilah aku.”, Maka
Allah swt. berfirman, “Wahai orang yang berselimut!, Bangunlah serta berilah peringatan
dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-
Nya!. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka
hendaklah engkau jauhi.”3
Hadith di atas menggambarkan sebab diwahyukan Surah al-Muddaththir: 1-5. Dalam
menghuraikan hadith ini Ibnu Ḥajar (1379H) meriwayatkan bahawa al-Bayḥaqī menyatakan
46
bahawa tempoh terputusnya penurunan wahyu hanyalah sekitar enam bulan sahaja. Namun
beliau berpegang bahawa tempoh terputusnya wahyu adalah sekitar tiga tahun selepas
turunnya wahyu yang pertama.4 Secara keseluruhan, para ulama’ berselisih tentang tempoh
terputusnya penurunan wahyu berkenaan. Setelah berlalunya peristiwa ini, al-Nawawī
menyatakan wahyu telah turun dalam selang waktu yang agak dekat. Di samping perselisihan
pandangan tersebut, kajian ini mendapati ketika berlangsung tempoh terputusnya penurunan
wahyu, Ibnu ʿAshūr (1984) menyatakan Rasulullah saw telah mengalami rasa sedih dan
ketakutan, kerana bimbang wahyu tidak lagi diturunkan kepada baginda saw. Bahkan Ibnu
Hishām (1955) menyatakan situasi tersebut adalah tidak bercanggah daripada fitrah sebagai
manusia. Rasulullah saw juga telah melalui fasa panik seketika seawal waktu baginda
menyedari wahyu seakan-seakan telah terhenti turun kepada baginda saw.
Justeru itu, berdasarkan interpretasi contoh-contoh āyāt al-Tasliyah di atas, setiap satu
daripadanya dilihat mengandungi elemen rawatan psikoterapi rabbānī kepada Rasulullah
saw. Ia juga dilihat berpotensi dijadikan mekanisme rawatan psikoterapi alternatif kepada
pesakit neurosis, selari dengan tujuan penurunan ayat-ayat berkenaan bagi merawat,
memotivasi dan memelihara ketahanan jiwa para rasul alaihimussalam. Hal demikian
memberikan gambaran bahawa faedah ayat-ayat berkenaan juga sesuai diaplikasi oleh umat
Islam yang mengalami masalah kesihatan mental kategori neurosis.
Definisi Penyakit Neurosis
Penyakit Neurosis menurut Gaol Niko (2012) juga sering diistilahkan sebagai Psikoneurosis
lazimnya adalah mereka yang mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran,
perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Individu yang mengalami
penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka
mungkin terganggu sedikit. Sigmund Freud (1961) menyatakan masalah Neurosis adalah
lebih ringan berbanding penyakit-penyakit kategori psikosis yang memiliki gejala berlawanan
dengan neurosis. Kaedah rawatan masalah psikosis juga lebih kompleks berbanding neurosis.
Kajian ini menumpukan rawatan masalah neurosis yang dilihat lebih mudah untuk dirawat.
Antara contoh penyakit neurosis menurut Mohd Nasir (2012) adalah seperti
Kemurungan dan Kebimbangan. Kemurungan (Depressive Disorders) adalah perasaan sedih
yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami. Akan tetapi
jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh dua
minggu serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi
penyakit kemurungan. Manakala Kebimbangan (Anxiety Disorders) pula adalah perasaan
bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebar-
debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya.
Zakiah Daradjat (1983) dan Ramli Hassan (1990) menjelaskan masalah kebimbangan
adalah merujuk kepada reaksi emosi yang pada kebiasaannya dialami oleh individu dalam
keadaan apabila seseorang itu merasakan dirinya terancam. Azizan, Ahmad Hisham, dan Che
Zarrina Sa'ari (2009) pula menyatakan dalam kondisi yang lebih buruk, kebimbangan atau
kegelisahan akan dianggap sebagai kecelaruan emosi dan penyakit sekiranya reaksi emosi
sebegini muncul tanpa sebab-sebab yang munasabah sebagai pencetusnya. Fenomena dan
47
kondisi psikologi manusia yang bermasalah sebegini adalah merupakan perkara yang
memerlukan penyelesaian sebelum ia merosakkan kesihatan mental seseorang individu.
Justeru, kemunculan psikoterapi, khususnya psikoterapi secara Islam adalah implikasi
daripada fenomena psikologi sebegini yang dilaporkan semakin meningkat pada kadar
membimbangkan.
Konsep Psikoterapi Menurut Islam
Secara konsepnya, Ahmad Warson (1997) menyatakan perkataan psikoterapi berasal dari
perkataan psyche yang bererti jiwa dan hati. Dan perkataan therapy membawa maksud
penyembuhan. Manakala perkataan psyche pula bersamaan dengan perkataan nafs yang
bermaksud jiwa, ruh, jasad atau diri seseorang. Psikoterapi secara definisinya dapat difahami
sebagai rawatan masalah gangguan jiwa atau mental melalui kaedah psikologi.
Secara teknikalnya, menurut Singgih Gunarsa (2004) psikoterapi adalah metode
rawatan yang dibentuk secara khusus melalui interaksi antara ahli terapi dan juga pesakit.
Prawitasari (2002) pula merumuskan psikoterapi adalah proses interaksi secara formal di
antara dua pihak atau lebih, dimana satu pihak adalah golongan profesional yang
menghulurkan pertolongan dan satu pihak lagi adalah golongan yang inginkan pertolongan.
Prawitasari juga berpendapat bahawa tujuan interaksi ini adalah untuk menuju pada
perubahan atau penyembuhan dan memperbaiki keadaan yang tidak menyenangkan pada
pihak yang memerlukan pertolongan iaitu pesakit atau klien.
Nilai-nilai agama pula menurut Khairunnas Rajab (2006) dilihat mampu mempengaruhi
perkembangan psikoterapi di era moden. Bahkan akhir-akhir ini nilai-nilai agama menjadi isu
yang paling banyak dibincangkan dalam bidang psikologi. Dalam hal ini, Islam dilihat
sebagai agama yang lengkap dan sempurna dengan pelbagai nilai panduan kehidupan, dilihat
berupaya menyelesaikan masalah-masalah berkait gangguan kesihatan mental seperti
penyakit neurosis. Kandungan ajaran Islam seperti iman,ibadah, dan tasawuf didapati
memiliki metodologi yang sistematik bagi mewujudkan kesihatan mental. Apabila kandungan
ajaran Islam boleh membantu mewujudkan kesihatan mental, maka ia adalah sebagai langkah
awal yang semulajadi dalam usaha membentuk metode psikoterapi. Menurut Norhafizah et.al
(2018) apabila metode pemulihan yang akan digunakan bersumberkan syariat Islam, maka
metodenya boleh disebut sebagai psikoterapi Islam. Dalam ajaran Islam, selain psikoterapi
duniawi juga terdapat psikoterapi ukhrawi.
Tuntasnya, wahyu al-Quran dilihat sarat dengan pelbagai elemen rawatan psikoterapi
yang boleh memelihara kesihatan mental. Menurut Fuad Anshori (2002) psikoterapi Islam
adalah upaya penyembuhan jiwa (nafs) manusia secara rohaniyah yang didasarkan pada
tuntutan al-Quran dan al-hadis, dengan kaedah analisa berdasarkan pemerhatian serta ma’rifat
terhadap manusia. Merujuk kepada definisi-definisi psikoterapi Āyāt al-Tasliyah adalah
merupakan salah satu bentuk kandungan al-Quran yang sesuai diadaptasi sebagai metode
psikoterapi pesakit neurosis berteraskan al-Quran.
PERBINCANGAN
48
Psikoterapi merupakan topik paling mendasar dalam bidang Psikologi. Menurut
Khairunnas Rajab (2006) pendekatan agama dalam psikologi, dengan psikoterapi sebagai
titik kajian merupakan kajian empirikal manusia dalam hubungannya dengan spiritual. Dari
aspek ini, sesuai dengan perkembangannya psikoterapi turut diserap oleh nilai magik, sihir,
perdukunan, pengkultusan, dan kesan-kesan emosional. Psikologi melalui pendekatan agama
ini masih belum mempunyai karya yang banyak, kerana tidak ramai cendekiawan yang
menceburinya.
Menurut Subandi (2002), lapangan-lapangan utama yang membentuk mainstream
dalam Psikologi terbukti tidak dapat dipisahkan daripada teori dan amali psikoterapi.
Bermula daripada psikoanalisis, (Kognitif) behaviourisme, Humanistik dan Transpersonal,
kesemuanya didapati mempunyai suatu bentuk pendekatan dalam bidang psikoterapi. Tujuan
psikoterapi dipraktikkan pula adalah bagi merawat masalah Gangguan Kemurungan
(Depressive Disorders) dan Gangguan Kebimbangan (Anxiety Disorders).
Kedua-dua masalah kesihatan mental tersebut boleh berlaku apabila stress yang
dialami manusia tidak berjaya diurus dan diselesaikan dengan baik. Menurut Hatta Sidi dan
Mohamed Hatta Shaharom (2003), terdapat banyak punca stress, samada secara langsung
atau tidak, yang mungkin berpunca daripada dalaman individu itu sendiri atau melibatkan
kelompok manusia yang berada di sekelilingnya. Dalam perpspektif Islam, menurut Syed
Muhammad Alwi (2010), seseorang individu akan mudah tertekan dan mengalami
kebimbangan dan kekecewaan dalam hidup apabila hatinya lalai dari mengingati Allah swt.
Kelemahan hati pula menurut Noorshafenas (2016) akan menyebabkan rapuhnya hubungan
individu muslim dengan Allah swt sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sempit.
Berdasarkan keseluruhan kajian literatur yang telah dilakukan, pengkaji mendapati
terdapat banyak kajian mengenai metode-metode psikoterapi mengikut garis panduan bidang
psikologi atau kaedah sains. Namun, metode psikoterapi berpandukan āyāṭ al-Tasliyah
sebagai mekanisme alternatif rawatan psikoterapi pesakit neurosis didapati masih kurang
dibahaskan oleh pelbagai pihak. Dalam hal ini, pengkaji mendapati āyāṭ al-Tasliyah yang
dikemukakan kajian ini berupaya membentuk model-model panduan rawatan berteraskan al-
Quran. Ia juga mampu memberikan sedikit dimensi dan perspektif baharu berkenaan
keupayaan khazanah Al-Quran dalam bidang psikoterapi dan psikologi amnya.
Kefahaman lengkap bagi memahami metode pelaksanaan psikoterapi berpandukan
interpretasi contoh-contoh āyāt al-Tasliyah yang telah dinyatakan dapat dirangkumkan
sebagaimana Jadual 1.
Jadual 1: Taburan Contoh-contoh Āyāt Al-Tasliyah
Bil Surah dan
Ayat Peristiwa Elemen Psikoterapi
1 al-Aḥqāf: 35
Ayat ini merujuk kepada
cabaran, ujian, rintangan,
dan penentangan yang
dihadapi oleh Rasul
Ulil-Azmi
1. Jaminan Allah swt, para penentang
yang derhaka akan diazab.
2. Allah swt mengingatkan
Rasulullah saw, selain baginda
terdapat Rasul Ulil-Azmi yang
49
turut hadapi ujian, cabaran dan
penentangan yang dahsyat.
2 Al-Anʿām: 33-
34
Rasulullah saw
berdukacita akibat
pendustaan kaum
musyrikin terhadap
dakwah baginda saw.
1. Jaminan Allah swt, para penentang
yang derhaka akan diazab
2. Jaminan Allah swt, syariatNya
tidak akan dapat diubah oleh para
penentangnya.
3 al-Ḥijr: 97-99
Rasulullah saw bersusah
hati akibat kata-kata
penentangan kaum
musyrikin terhadap
dakwah baginda saw.
1. Perintah Allah swt supaya
ditunaikan solat (sunat Duha)
2. Perintah Allah swt supaya
perbanyakkan berzikir, bertasbih
dan bertahmid.
4 Al-Isrā’: 1
Allah swt menghibur dan
memuliakan Rasulullah
saw melalui mukjizat
Isrā’ dan Mʿirāj.
1. Allah swt perjalankan Rasulullah
saw dari Masjid al-Ḥarām
(Makkah) ke Masjid al-Aqsa
(Palestin)
2. Diperlihatkan tanda-tanda
kekuasaan dan kebesaran Allah
swt melalui proses pengamatan
atau al-Tafakkur.
Merujuk jadual di atas, elemen pensejarahan kisah hidup Rasulullah, Rasul Ulil-Azmi
dan para anbiyā’, dilihat memainkan peranan penting dalam merawat dan mengimbangi
gejala neurosis yang yang dihadapi oleh umat Islam. Sebagai individu muslim, model refleksi
dan qudwah terbaik kepada sekalian manusia adalah Rasulullah saw. Cara kehidupan baginda
saw dilihat amat sesuai dijadikan tauladan kepada sekalian umat Islam dalam mengurus
sebarang masalah tekanan perasaan di sepanjang hayat.
Selain contoh-contoh āyāt al-Tasliyah yang telah dibincangkan, Al-Quran turut
memaparkan beberapa ayat lain yang mengandungi elemen psikoterapi melalui proses al-
tafakkur atau pengamatan mendalam terhadap sesuatu perkara sebagaimana yang telah
dinyatakan Maya, Abu Aisyah Rahendra (2017). Sebagai contoh, Surah Ālī-ʿImrān: 190-191
sesuai dijadikan panduan dalam proses psikoterapi berteraskan metode al-tafakkur.
Sebagaimana āyāt al-Tasliyah, metode al-tafakkur di dalam ayat ini juga dilihat sebagai
teknikal asas dan pelengkap dalam memahami panduan rawatan masalah psikologi
berteraskan al-Quran. Gangguan Kemurungan (Depressive Disorders) dan Gangguan
50
Kebimbangan (Anxiety Disorders) diyakini mampu diatasi melalui proses rawatan secara
terpimpin. Ketika menafsirkan Surah Ālī-ʿImrān: 190-191, Ibnu Kathīr telah merujuk kepada
hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ʿAbbās r.a. Menurut al-Ḥarārī (2009), Ibnu ʿAbbās
r.a telah meriwayatkan hadith ini ketika beliau bermalam bersama Rasulullah saw di rumah
Maimūnah bintu al-Ḥārith r.a.
Berkata Ibnu ʿAbbas r.a:
صلى هللا عليه وسلم ذات ليلة " فقام نبي هللا صلى هللا عليه ند النبي ، أنه بات ع ر الليل ن آخ وسلم م
ه الية في آل ع ، ثم تال هذ مران }إن في خلق السماوات واألرض واختالف فخرج فنظر في السماء
{ ]آل عمران: { حتى بلغ }فقنا عذاب النار أ، 191الليل والنهار ك وتوض [ ثم رجع إلى البيت فتسو
أ، ثم ثم قام فصلى ثم اضطجع ثم قام، فخر ك فتوض ه الية، ثم رجع فتسو ج فنظر إلى السماء فتال هذ
قام فصلى "
Terjemahan: “Sesungguhnya beliau telah bermalam di sisi Nabi saw pada
suatu malam, maka Rasulullah saw bangun di akhir malam dan keluar, lalu
baginda telah menatap ke langit sambil membaca ayat ini pada surah Ali
Imrān: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang
berakal..” sehingga sampai kepada ayat “...maka peliharalah kami dari
siksaan neraka” [Āli Imrān: 191]. Kemudian baginda kembali ke rumah,
lalu baginda bersiwak, berwuduk, lalu berdiri menunaikan solat. Setelah
itu, baginda berbaring, kemudian berdiri keluar menatap ke langit lalu
membaca ayat ini lagi. Kemudian baginda bersiwak dan berwuduk, lalu
berdiri menunaikan solat”5
Berdasarkan hadith ini, disunatkan membaca ayat ini ketika terjaga daripada tidur
sambil memerhati ke langit, adalah melambangkan keagungan amalan tadabbur (berfikir dan
mengamati) atau tafakkur. Al-Nawawī (t.t) menyatakan, jika seseorang itu kembali tidur
sesudah itu dan sekali lagi terjaga dari tidurnya maka disunatkan ke atasnya untuk
mengulangi amalan ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith berkenaan. Menurut
Ibnu Kathīr (1419H), Al-Auzaʿī pernah ditanya tentang tujuan tafakkur berdasarkan hadith
ini, maka jawab beliau “Dia membacanya (ayat 190, āli Imrān) dan memikirkan tentangnya
(cakerawala yang berada di bawah kekuasaan Allah swt)”. Adapun Mūsā Shahīn (2002)
menjelaskan maksud langit di dalam hadith tersebut adalah pertukaran siang dan malam yang
datang dan pergi dengan kekuasaan Allah swt, bintang-bintang dan seluruh alam semesta.
Jadual 2. 3 Metode Pelaksanaan bagi model Psikoterapi Pesakit Neurosis
Berteraskan Āyāt Al-Tasliyah
Bi Metode Pemahaman Konsep
51
l
1 Iman Sebagai
Teras
i) Iman atau percaya bahawa hanya Allah swt sahaja yang berkuasa
untuk memberikan ketenangan adalah merupakan syarat asas bagi
menjamin seseorang manusia berjaya mencari ketenangan jiwa.
ii) Beriman bahawa ketenangan akan semakin meningkat selari
dengan peningkatan iman dan taqwa.
iii) Beriman bahawa Allah swt sentiasa mengawasi keadaan psikologi
diri manusia dalam menguruskan kehidupan mereka (Nurbakh
Javad: 1991). Bahkan Allah swt tidak akan membebankan
manusia dengan sesuatu di luar daripada kemampuan mereka.
2
Solat dan
Ibadah Sebagai
Medium
i) Empat rakaat solat Sunat Duha yang ditunaikan berupaya menjadi
pelindung diri seorang muslim setiap kali berhadapan dengan
masalah (Azizan: 2009).
ii) Keberadaan di masjid atau rumah-rumah Allah swt memberikan
kesan positif dalam pembangunan rohani dan berupaya
memberikan ketenangan jiwa (Kadir: 2007). (pengajaran daripada
peristiwa Isrā’ di mana Rasulullah saw diperjalankan dari Masjid
al-Ḥarām di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dalam satu
malam sebagai tanda kekuasaan Allah swt (Rusdiana: 2014).
iii) Berzikir mengingati Allah, bertasbih dan bertahmid adalah
memberikan kesan ketenangan ke atas jiwa muslim yang gelisah,
bimbang, sedih dan murung (Shihab: 2006).
iv) Solat sunat taḥajjud dan witir dilakukan sebagai ibadah penutup
selepas proses pengamatan cakerawala yang diiringi dengan
bacaan ayat suci Al-Quran.
v) Kandungan dan maksud setiap ayat al-Quran berupaya memandu
akal fikiran manusia menjadi lebih fokus, tenang dan terkawal.
vi) Membaca ayat 190-191 surah āli-ʿImrān sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memerhati ke arah
cakerawala.
vii) Menjaga kebersihan diri seperti bersiwak, berwuduk dan
berpakaian bersih berupaya memelihara jasmani dan rohani
manusia. Kebersihan jasmani dan rohani merupakan elemen
pelengkap yang membawa kepada ketenangan jiwa.
3
Penghayatan
Sirah
Rasulullah saw
i) Rasulullah merupakan manusia yang paling banyak diuji dengan
pelbagai ujian sehingga diiktiraf sebagai Rasul Uli al-ʿAzmi yang
paling utama.
52
ii) Setiap muslim perlu sentiasa mengenang segala kesusahan,
cabaran dan ujian yang dilalui oleh Rasulullah saw.
iii) Allah swt menyeru supaya sentiasa mengenang kesusahan orang
lain sebagaimana Rasulullah saw diingatkan supaya mengenang
kesusahan para Rasul Uli al-ʿAzmi yang terdahulu.
iv) Lumrah kehidupan secara Islam pasti akan menghadapi pelbagai
ujian.
Merujuk kepada jadual di atas, setiap jiwa muslim akan menjadi tenang dan tenteram
apabila dirinya sentiasa berhubungan dengan Allah swt melalui solat. Manakala jiwa dan
hatinya akan bertambanh tenang apabila sentiasa dihidupkan dengan zikrullah, bertasbih dan
bertahmid. Firman Allah swt;
تطمئن القلوب كر للا أال بذ كر للا ين آمنوا وتطمئن قلوبهم بذ الذ
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah".
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Al-Rʿadu: 28)
Selain itu, menurut Mohd Razali (2010) Islam telah membuktikan ibadah yang
dilakukan di masjid memberi kesan ketenangan fikiran dan jiwa yang lebih berbanding lokasi
dan persekitaran yang lain. Kesimpulannya, fungsi dan keupayaan model Psikoterapi Pesakit
Neurosis berteraskan Āyāt Al-Tasliyah dalam merawat masalah kesihatan mental kategori
neurosis adalah signifikan dengan keperluan cara hidup seorang muslim.
KESIMPULAN
Setiap individu terdedah kepada risiko menghadapi masalah kesihatan mental kategori
neurosis. Masalah gangguan kesihatan mental sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Walaupun risiko tersebut merupakan
fenomena biasa yang terhasil melalui tindak balas fizikal, emosi dan mental yang normal, ia
tetap memerlukan mekanisme rawatan psikoterapi tertentu. Dalam hal ini, Al-Quran dan al-
Sunnah merupakan pilihan utama mekanisme rawatan psikoterapi alternatif bagi umat Islam.
Interpretasi Āyāt Al-Tasliyah memberikan gambaran ketenangan jiwa manusia lebih mudah
dicapai melalui sentuhan nilai ketuhanan.
Khazanah Al-Quran dan Sunnah kehidupan Rasulullah saw terbukti kaya dengan
pelbagai solusi psikoterapi yang komprehensif. Namun, wacana perbahasan yang
memberikan pendedahan kepada khazanah ilmu psikoterapi berteraskan Āyāt Al-Tasliyah
dalam merawat masalah kesihatan mental kategori neurosis dilihat masih belum
53
dikembangkan secara sistematik. Kajian ini diharap mampu menyumbang kepada para terapis
dalam membimbing dan memulihkan pesakit neurosis melalui proses rawatan berteraskan al-
Quran
Selain itu, kajian ini mendapati imej kesempurnaan Islam selaras dengan penemuan
kajian sains semasa dilihat masih banyak belum diterokai oleh para pengkaji. Justeru itu,
adalah dicadangkan supaya diadakan kajian seterusnya bagi mengembangkan metode
psikoterapi ini. Di samping itu, kajian lanjutan tentang kaedah terbaik pelaksanaan model
psikoterapi berteraskan Āyāt Al-Tasliyah juga perlu dilakukan. Buat masa ini, kerangka teori
bagi model psikoterapi berteraskan Āyāt Al-Tasliyah ini dilihat sesuai untuk dilaksanakan
oleh semua lapisan masyarakat Islam.
RUJUKAN
Abū Ḥayyān al-Andalūsī. (1420H) Al-Baḥru al-Muḥīṭ Fī al-Tafsīr, Bāb Sūrah al-Isrā’ (17):
al-Āyāt 1-22. Beirut: Dār al-Fikr. 7: 7
Aḥmad bin Muḥammad bin Ḥanbal al-Shaybānī. Ed. Shuʿayb al-Arnawūṭ. (2001) Musnad al-
Imām Aḥmad bin Ḥanbal. Bāb Hadīth Nuʿaym al-Ghaṭafānīy, no. Ḥadīth: 22469.
Beirut: Muassasah al-Risālah, 37: 137.
Ahmad Mukhtār. (2008). Mʿujam al-Lughah al-ʿArabiyyah al-Muʿāsirah, Bab س ل و .
Kaherah: ʿĀlam al-Kutub, 2: 1102.
Al-Ḥarārī, Muhammad al-Amin. Hashim Muhammad et al. (2009). Al-Kawkab al-Wahhāj wa
al-Rauḍ al-Bahhāj Fi Syarḥi Ṣaḥīḥ Muslim Bin Hajjāj, Bāb al-Siwāk, Jil. 5, hlm. 296.
Makkah: Dār al-Minhāj.
Al-Nawawī, Muhyiddīn. (t.t) Syarh al-Nawawi ʿAla Muslim, Bāb al-Siwāk Beirut: Dār Ihyā’
al-Turāth al-ʿArabi, 3: 145.
Alwi, S. M. (2010). Keistimewaan-keistimewaan al-Qur’ān. Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise.
Azizan, A. H., & Sa'Ari, C. Z. (2009). Terapi solat dalam menangani penyakit gelisah
(anxiety) menurut perspektif psikoterapi Islam. Jurnal Usuluddin, 29, 1-43.
Daradjat, Z. (1983). Kesehatan mental. Jakarta: Gunung Agung.
Freud, S. (1961). Neurosis and psychosis. In The Standard Edition of the Complete
Psychological Works of Sigmund Freud, Volume XIX (1923-1925): The Ego and the
Id and Other Works (pp. 147-154).
Fuad Anshori. (2002). Agenda Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Gaol, N. J. L. (2012). Pusat Penyembuhan Penyakit Jiwa Dan Gangguan Kejiwaan Di
Yogyakarta. (Doctoral dissertation, UAJY).
Gunarsa, S. D. (2004). Konseling dan psikoterapi. Jakarta: Gunung Mulia.
Hassan, R. (1990). Pengantar psikiatri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 11.
Ibnu ʿAshūr. (1984) Al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Bāb, Sūrah al-Ḍuḥā, al-Āyāt 1 ilā 3. Tūnis: al-
Dār al-Tūnisiyah, 30: 396.
54
Ibnu Ḥajar al-ʿĀsqalāni. (1379H) Fatḥu al-Bārī Syarḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Beirut: Dār al-
Mʿarifah, 1: 27.
Ibnu Hishām. Ed. Al-Saqā, Muṣṭafā. (1955) Al-Sīrah al-Nabawiyyah Li Ibni Hishām. Cet. 2
(Mesir: Maktabah wa Maṭbaʿah Muṣṭafā al-Bābī al-Ḥalabī, 1: 241.
Ibnu Kathīr, Abū al-Fidā’. (1419H). Tafsir al-Qurān al-ʿAẓīm, Bab Sūrah al-Aḥqāf, al-āyāt
33-35. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
Ibnu Kathir. Ed. Shamsuddin. (1419 H) Tafsīr al-Qur’ān al-ʿAẓīm. Beirut: Dār al-Kutub al-
ʿIlmiyyah, 2: 167.
Kadir, F. A. A. (2007). Keberkesanan Kelas Agama di Masjid Daerah Hulu Langat
Selangor. Jurnal Usuluddin, 25, 73-88.
Maya, A. A. R. (2017). Perspektif Al-Qur ‘an Tentang konsep Al-Tadabbur. Al-Tadabbur:
Jurnal Ilmu Al-Qur'an dan Tafsir, 1(01).
Mohd Nasir. (2012) Penyakit Mental. [online]: http://www.myhealth.gov.my/penyakit-
mental/. (akses pada 20 April, 2012)
Mohd Razali Salleh. (2010). Pengendalian Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kognitif dan
Tingkah Laku. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Mʿujam al-Maʿāniy al-Jʿāmʿi. Tʿarīf wa Mʿanā Tasliyah. [online]:
https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/تسلية/ (akses pada 23 Mac 2019).
Munawwir, Ahmad Warson. (1997). Kamus al-Munawwir. Surabaya: Pustaka Progressif.
Musa Shahin. (2002). Fatḥu al-Munʿim Syarḥ Sahīh Muslim, Bāb al-Siwāk. t.tp: Dār al-
Shurūq, 2: 158.
Musa, N., Yaakub, A., Ihwani, S. S., Muhtar, A., Mustafa, Z., & Rashid, M. H. (2018).
Psikoterapi Islam Menurut Al-Qur’an Dan Al-Sunnah Dalam Mengurus Tekanan
Pesakit Kanser Payudara (Islamic psychotherapy according to Qur’an & Sunnah in
managing stress among breast cancer patients). e-Bangi, 15(2).
Nikmah, A. (2018). Peningkatan Pembelajaran Rasul Ulul Azmi Dengan Menggunakan
Teknik Jigsaw Dan Media Gambar Ilustrasi Pada Siswa Kelas V Sd N Tegalombo 04
Pati. Elementary: Islamic Teacher Journal, 6 (1), 22-42.
Nurbakh, J. (1991). Tasawuf dan Psikoanalisa: Konsep Iradah dan Transferensi dalam
Psikologi Sufi. Jurnal Ilmu dan Kebudayaan Ulumul Qur’an, (8).
Prawitasari, J. E., Noor Rochan Hadjam, M., Atamimi, N., Retnowati, S., Sofiati Utami, M.,
Ramdhani, N., & Ul Hasanat, N. (2002). Psikoterapi, Pendekatan Konvensional dan
Kontemporer. M.A. Subandi. (Eds), Latihan Medtitasi Untuk Psikoterapi. (pp. 181-
206). Yogyakarta: Unit Publikasi Fakultas Psikologi UGM.
Rajab, K. (2006). Islam dan Psikoterapi Moden. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 7(1), 133-
156.
Rusdiana, A. (2014). Integrasi Pendidikan Agama Islam dengan Sains dan Teknologi. Jurnal
Istek, 8(2).
Safe, S. N., & Nor, A. Y. M. (2016). Pengurusan Stress Menurut Al-Quran Dan Hadith. Al-
Hikmah, 8(1), 3-18.
Shihab, M. Q. (2006). Wawasan al-Qur'an tentang Zikir dan Doa. Lentera Hati Group.
Sidi, H., ZamZam, R., & Shaharom, M. H. (2003). Menjaga Kesihatan Jiwa: Teknik
Mengurus Stres. Pahang: Pts Publication & Distribution Sdn. Bhd.
55
World Health Organization. (2017). Depression and Other Common Mental Disorders:
Global Health Estimates. No. WHO/MSD/MER/2017.2. Geneva: WHO Document
Production Service.
i Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bertarikh 28 September 2016.
(Masalah Kesihatan Mental Di Malaysia, hlm. 1). Kementerian Kesihatan Malaysia.
2 Hadith riwayat Ahmad. Musnad al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal. Bāb Hadīth Nuʿaym al-Ghaṭafānīy, no.
Ḥadīth: 22469. Beirut: Muassasah al-Risālah, 37: 137.
3 Hadith riwayat al-Bukhari. Ṣahīh al-Bukhārī, Bāb idzā Qāla Aḥadukum: Āmīn wa al-Malāikah Fi al-Samā’,
no. Hadith: 3238. (t.tp: Dār Tūq al-Najāh, 1422H), 4: 116. Lihat juga Muslim bin al-Hajjāj (Ṣahīh Muslim, no.
hadith: 161).
4 Merujuk kepada penurunan ayat 1-5, Surah al-ʿAlaq, yang diwahyukan di gua Ḥirā’ sebagaimana hadith yang
diriwayatkan daripada ʿĀishah ra.
5 Hadith riwayat Muslim. Lihat Muslim bin al-Hajjāj (Ṣahīh Muslim, Kitāb al-Tohārah, Bāb al-Siwāk, no.
Hadith: 256). Lihat juga al-Bukhārī (Sahīh al-Bukhārī, no. hadith: 117), Abū Dāwūd (Sunan Abī Dāwūd, no.
hadith: 58), Aḥmad (Musnad Aḥmad, Jil. 1, no. hadith: 220 dan 354) dan al-Nasa`I (Sunan al-Nasa`i, Jil. 2, no.
hadith: 30).