Isi Esaimen Genre Kesusasteraan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kerja kursus

Citation preview

1.0 PENDAHULUANKesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya". Dalam erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak. Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Penggunaan peribahasa dan perumpamaan dalam kehidupan seharian juga merupakan salah satu sastera.

Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.

Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial (JERIS). Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti pantun, syair, perambahan, drama, cerpen dan hikayat. Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Sastera juga adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

2.0 TUGASAN 1 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN TEKS SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH2.1Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Teks SasteraMenurut Mengater Simanjuntak (1982), kaedah lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan. (Asmah Hj Omar,1984) Selain itu, kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Dalam pengajaran kesusateraan Melayu, terdapat empat kaedah yang boleh diguna pakai iaitu kaedah struktural, kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus dan kaedah global.

2.1.1Kaedah Mengalami MenghayatiKaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. (Maslan Salleh, 2013). Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan murid untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian. Berikut merupakan konsep-konsep kaedah mengalami dan menghayati:1) Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang teratur.2) Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada murid.3) Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan, cara, susunan, proses dan prosedur yang mengandungi langkah-langkah pengajaran.4) Hendaklah mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi pandangan atau penilaiannya sendiri.5) Kaedah mengalami dan menghayati menekankan penikmatan.6) Pendapat Goodman (1962) mengesyorkan supaya sesuatu pengalaman dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca sendiri. (Maslan Salleh, 2013)7) Tiap-tiap individu mempunyai pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil daripada himpunan pengalaman yang dilaluinya dan nilai-nilai pengalaman itu sendiri.

Ciri-Ciri Kaedah Mengalami dan MenghayatiKaedah ini memerlukan setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Dalam kaedah ini, pengalaman dan penghayatan murid diutamakan. Selain itu juga, guru perlu membimbing murid dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.

Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan. Analisis pengalaman murid sangat penting. Penggunaan BBB amat digalakkan dalam mengaplikasikan kaedah ini. BBB dan teknik menyoal akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran. BBB amat penting dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, murid perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung dalam perbincangan tentang keindahan karya.

Kaedah ini juga melatih murid menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Keadaan ini boleh dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik Dalam situasi ini, soalan bertujuan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian murid. Jawapan yang diberi berdasarkan daya kreatif dan imaginasi masing-masing. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan, murid perlu menjalankan aktiviti bersama bimbingan guru dan amat dipentingkan. Murid digalakkan melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing-masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Keadaan ini akan menentukan penglibatan murid secara menyeluruh. Selain itu, pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Murid juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.1.2Kaedah BerfokusPendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984. Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera. Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran. Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran. Kaedah ini mengandungi dua tumpuan iaitu fokus utama dan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan. Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Kaedah BerfokusDalam kaedah ini, fokus pengajaran berdasarkan isi utama manakala isi sampingan menjadi perkara kedua penting. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu. Selain itu, kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan. Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu pengajaran.

Pengajaran menggunakan kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam sesebuah karya untuk dijadikan fokus utama. Penggunaan BBB amat penting dalam mengaplikasikan kaedah ini, Guru boleh menggunakan BBB seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta dan bahan-bahan bertulis. Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diberi keutamaan. Justeru, aktiviti seperti teknik perbengkelan sangat sesuai dijalankan. Di samping itu, guru dan murid perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak disampaikan. Hal ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara keseluruhan. Teknik penyoalan juga perlu digunakan. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat pelajar.

Kaedah global ini membantu guru dan murid menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu membincangkan semua aspek dalam semua karya. Selain itu kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata-mata untuk memahami sesebuah karya.

Kaedah ini boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam memahami gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa. Guru perlu membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat dalam sebuah sajak, kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya bahasa tersebut terhadap sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam beberapa sajak yang lain. Oleh demikian, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan sendiri tanpa bantuan guru lagi. Pendekatan berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang lain.

2.1.3 Kaedah GlobalKaedah ini ialah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan. Global merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Kaedah global pula adalah meneliti sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang menyeluruh. Kaedah ini tidak melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah dan perlu dikaji secara berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988). Kaedah global berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini tidak mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagai pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya.

Kamarudin (1988) menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutama apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan. Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan iaitu:1) Separuh Global - Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci. 2) Menyeluruh global - Melalui cara ini, karya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut dibincangkan secara berasingan.

Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.

Peringkat AwalABCBABBCC

Peringkat Perkembangan

Peringkat Akhir

Rajah 1: Aplikasi Mengkaji Karya Secara Separuh Global

A = Alam luas luar sekitar MelakaB = Daerah-daerah di luar MelakaC = Melaka sepenuhnya

Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global). Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema, persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain. Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan kelemahannya.

Ciri-ciri Kaedah Global Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu:i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan membentuk kesatuan karya. ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu, penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya. Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen.

2.1.4Kaedah StrukturalKaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu tema, persoalan, latar, plot, sudut pandangan, watak perwatakan, gaya bahasa, simbol/lambang dan bentuk.

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi murid, karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas. Kaedah ini dianggap memudahkan murid mengkaji unsur estetika, artistik dan keunikan sastera dengan mengambil kira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:1) Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.2) Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.Falsafah di sebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah StrukturalKaedah ini merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam pengajaran dan pembelajaran sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberikan perhatian. Selain itu juga, kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Murid dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu elemen struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun murid dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan Bantu Belajar (BBB) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja.

2.2Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Teks SasteraGuru boleh menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada kebijaksanaan guru menyesuaikan teknik dengan kebolehan murid. Tanpa usaha penggerak dan perangsang daripada guru-guru , murid yang pemalu mungkin merasakan aktiviti drama suatu beban yang amat berat dan menyusahkan mereka. Guru-guru haruslah memilih bentuk aktiviti yang mudah dilakukan oleh pelajar-pelajar dan menanamkan sikap ingin mencuba melakonkan sesuatu watak yang biasa kepada mereka.Sepatutnya murid terlebih dahulu difahamkan dengan jelas bahawa mereka bukannya melakukan lakonan yang bersungguh-sungguh kerana audiens yang formal tidak ada di depan mereka. Tanamkan sifat ingin mencuba menggayakan sesuatu watak yang biasa kepada mereka. Untuk itu guru harus memilih aktiviti yang mudah dilaksanakan. Teknik-teknik yang disarankan ialah teknik pantomin, mestamu, deklamasi, khat, pemaduan seni, adaptasi, kerusi panas, boneka, teater pembaca, teater bercerita, improvisasi dan kemahiran berfikir. Teknik-teknik ini boleh merangsang dan menggalakkan murid meminati sastera Melayu dan dapat mengaplikasikan penguasaan aspek sastera. Selain itu penggunaan bahan alat bantu mengajar dan teknologi terkini dapat memantapkan pelbagai teknik yang dicadangkan.

2.2.1MestamuMestamu bermaksud melagukan puisi tanpa muzik. Teknik ini boleh dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya teknik ini dilakukan secara berpasangan aau berkumpulan, seorang murid akan mendeklamsikan puisi manakala pasangan atau ahli kumpulan yang lain pula akan melagukan puisi tersebut. Manakala, sekiranya tekni ini dilakukan secara bersendirian, individu yang sama akan mendeklamiskan puisi sekaligus melagukan bait demi bait puisi yang dibacanya. Nyanyian lagu puisi boleh diadaptasi daripada mana-mana lagu yang telah ada di pasaran atau lagu ciptaan sendiri.

Cara Pelaksanaan MestamuMestamu boleh dilaksanakan di dalam kelas mengikut langkah-langkah berikut:1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan (Ikut kesesuaian bilangan murid).2. Murid diminta memilih melodi lagu kegemaran masing-masing untuk disesuaikan dengan puisi.3. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja (lagu puisi) di hadapan kelas.4. Guru memberikan komen dan pujian.

2.2.2PantominPantomin ialah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh murid lain, mengiringi lakonan tersebut. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang kepada murid berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog. Melalui aktiviti pantomin , Nellie Mc. Caslin (1984) menyatakan bahawa murid dapat melatih diri dalam menguasai kemahiran mendengar misalnya meneliti dan mendengar skrip yang dibaca agar dapat melakonkan watak itu seperti yang diperlukan oleh skrip. Melalui aktiviti pantomin ini juga, murid diberi peluang untuk melahirkan perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Keadaan ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi kepada murid yang lemah dalam kemahiran lisan.

Guru harus memperkenalkan pantomin tentang sesuatu cerita dengan langkah-langkah yang mudah. Di samping itu, guru perlu menerangkan apakah pantomin yang perlu dilakukan oleh seseorang pelakon sebelum murid mula berlakon. Misalnya guru boleh berpantomin bagaimana membuak hadiah hari jadi, memotong rumput di padang, menangkap ikan dan sebagainya. Permainan teka teki atau tajuk nyanyian boleh dijadikan aktiviti permulaan pada pantomin. Murid perlu melakonkan pantomin secara individu untuk memahirkan teknik-teknik tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkan pantomin dengan dua orang rakan apabila sudah mahir dalam teknik ini. Murid boleh mencuba pantomin itu dalam kumpulan yang memerlukan penyelarasan dengan beberapa orang pelakon yang lain. Untuk pantomin kumpulan, seorang murid boleh membaca cerita dengan suara yang kuat sambil melakonkan pantomin tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai.

Ciri-ciri PantominSebelum melaksanakan pengajaran dengan menggunakan teknik drama dengan aktiviti pantomin di bilik darjah, guru sewajarnya mengetahui ciri-ciri pantomin. Antara ciri-ciri pantomin adalah seperti berikut:-1. Tanpa Dialog - Pengendalian aktiviti pantomin adalah mudah. Semasa beraksi pelakon tidak perlu berdialog. Situasi ini memberi peluang kepada murid berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog. Arahannya dapat difahami melalui suara.2. Apresiasi terhadap watak Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati skrip bersama-sama dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Hal ini supaya lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar lain. Tumpuan perhatian hanya kepada latihan aksi dan teknik persembahan sahaja.3. Tanpa Prop ketika melaksanakan aktiviti ini, prop tidak dipentingkan. Pelakon hanya melakonkan aksi sahaja. Contohnya, perbuatan mengasap kemenyan tanpa menggunakan kemenyan dan bara api, doktor merawat pesakit tanpa menggunakan alat dan sebagainya.4. Menggunakan kostum yang sederhana Pelakon tidak perlu bersolek atau berhias dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pantomin. Sudah mencukupi sekiranya pelakon hanya memakai sebuah topeng atau memberikan gambaran yang sederhana. Dengan kata lain, pantomin dapat menjimatkan kos dan tidak perlu berbelanja banyak.5. Pemilihan bahan guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan bahan yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dengan aktiviti pantomin ini. Antara yang boleh dan difikirkan sesuai digunakan oleh guru ialah cerita dan skrip dan puisi seperti sajak, nyanyian, syair, mentera dan sebagainya.

Cara Pelaksanaan Pantomin1. Guru memilih bahan yang sesuai sama ada cerita dan skrip atau puisi. Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid.2. Guru meminta murid membaca dan menghayati skrip yang diberikan.3. Mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut.4. Beberapa orang murid dipilih untuk melakonkan cerita dan seorang murid dipilih untuk membaca skrip cerita manakala murid lain menjadi penonton.5. Aktiviti ini dijalankan dengan iringan muzik latar. Guru harus memilih muzik yang sesuai bagi mewujudkan suasana yang menarik.6. Guru dan murid yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan lain yang perlu dan diletakkan di tengah-tengah ruang lakonan.7. Murid yang tidak mengambil bahagian diberi arahan oleh guru mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan selepas tamat lakonan.8. Guru memberi penerangan dan arahan kepada murid yang mengambil bahagian.9. Guru memberi peneguhan terhadap persembahan lakonan murid agar mereka merasa diperlukan dan dihargai.

2.2.3KhatKetamadunan Islam terserlah dengan perkembangan tulisan khat ke seluruh dunia. Sehingga kini, terdapat enam jenis tulisan khat yang popular dan sering digunakan dalam dunia percetakan serta hiasan. Berikut merupakan jenis-jenis tulisan khat yang dikagumi di Malaysia dan penerangannya.i) Khat KhufiTulisan terawal dan dimasyhurkan di Kufah dan diperluas di seluruh Tanah Arab. Ia digunakan untuk menulis al-Quran dan hiasan seni pada tenunan kain, tembikar, wang syiling, batu nisan dan bangunan. Seni Khat Khufi bercirikan: Kaku dan bersegi. Nisbah huruf jawi yang melintang melebihi huruf yang menegak. Tulisan kelihatan lebih lebar ke kanan dan kiri tetapi berketinggian tetap.

Rajah 2: Khat Khufiii) Khat NasakhTulisan yang mengalami proses pengindahan sehingga ia digunakan sebagai tulisan utama dalam dunia penulisan Islam kini. Nasakh berperanan dalam pembukuan atau menaskhahkan al-Quran dan pelbagai naskhah ilmiah. Ia merupakan tulisan yang paling asas digunakan bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia Islam selain Riqah. Seni Nasakh digunakan secara meluas dalam bahan ilmiah dan percetakan serta media elektronik.

Rajah 3: Khat Nasakhiii) Khat ThuluthTulisan yang digelar Raja Segala Khat kerana dianggap seni yang paling indah tetapi sukar untuk dikuasai. Kaedah yang mendalam dan terperinci membuatkan seni Khat Thuluth menjadi pilihan utama dalam dunia perhiasan. Seni ini terbahagi kepada dua: Thuluth Biasa : Digunakan untuk penulisan pada permukaan yang bersaiz kecil seperti buku, majalah dan sebagainya. Thuluth Jali :Digunakan untuk penulisan pada permukaan yang besar seperti hiasan di dalam masjid, bangunan, papan kenyataan, batu jalan dan sebagainya.

Rajah 4: Khat ThuluthSelain itu, tiga jenis khat lain yang mula diperkembangkan di Malaysia adalah Riq'ah, Diwani, dan Farisi.

Rajah 5: Khat Riqah Rajah 6: Khat Diwani Rajah 7:Khat Farisi

2.2.4DeklamasiDeklamasi berasal daripada bahasa Latin yang maksudnya declamare atau declaim yang membawa maksud membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak badan sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan. Umumnya deklamasi berkait rapat dengan puisi, akan tetapi membaca sebuah cerpen dengan lagu atau gerak tubuh juga boleh dikatakan mendeklamasi. Mendeklamasikan puisi atau cerpen bermakna membaca, tetapi membaca tidak sama dengan maksud mendeklamasi. Apakah perbezaan atara deklamasi dan nyanyian? Nyanyian ialah melagukan suatu nyanyian dengan menggunakan not-not do-re-mi atau not balok, manakala deklamasi ialah membawakan pantun-pantun, syair, puisi atau sajak dengan menggunakan irama dan gaya yang baik. Secara ringkasnya, deklamasi ialah penyampaian puisi secara pengucapan (lisan). Bukan semua puisi sesuai dideklamasikan. Puisi yang sesuai dideklamasi dikatakan bersifat 'deklamatori'. Pada hari ini, kadangkala muzik digunakan untuk mengiringi deklamasi, sama ada secara permainan muzik "minus one" atau secara permainan "live" alat-alat muzik tradisional dan/atau moden. Kadangkala persembahan juga diiringi tayangan multimedia. Deklamasi puisi memerlukan kebolehan dan latihan serius. Menghafaz puisi yang akan dideklamasi ialah amalan yang baik. Pada hari ini, deklamasi puisi kadang-kadang dibuat secara persembahan teater misalnya silat dan wayang kulit yang dipelopori oleh Hashim Yaacob.

Berikut merupakan sepuluh pemikiran Rahman Shaari (1996) tentang deklamasi yang baik dan berkesan:(a) Deklamasi janganlah dipenuhi tempikan yang tidak beralasan. Mendeklamasi sajak bukan perlawanan untuk mencari juara tempikan.(b) Gerakan yang berlebih-lebih di atas pentas bukanlah cara deklamasi yang elok.(c) Penggunaan suara tinggi hendaklah sesuai dengan tema. Pendeklamasi hendaklah pandai menerbitkan suara dalam perut, dan membina suara serak yang bertolak dari dalam perut. Suara dalam perut amat berharga, dan suara dalam dada hanya berupaya menerbitkan kesan permukaan.(d) Perlakuan aneh yang ditonjolkan semasa mendeklamasi bukanlah sesuatu yang dikehendaki.(e) Pendeklamasi mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun deklamasi bukan untuk sayembara. Kebanyakan orang memerlukan latihan sekurang-kurangnya seminggu.(f) Pendeklamasi perlu mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap bidang ini.(g) Deklamasi perlu berpusat kepada teknik, gaya, nada, dan suara.(h) Pendeklamasi perlu mempunyai sikap menghormati penonton demi mengakrabkan pendeklamasi dengan penonton.(i) Pendeklamasi perlu mempunyai keyakinan diri demi menghasilkan persembahan yang bergaya. Pendeklamasi yang berbuat perkara yang pelik-pelik semata-mata untuk menimbulkan gimik murahan di atas pentas, bukanlah orang yang yakin terhadap keupayaannya.(j) Persembahan mesti menepati makna sajak yang dideklamasi demi mengemukakan persembahan deklamasi yang baik dan berkesan.

2.2.5Kerusi PanasKerusi panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan.

Contoh Langkah Pelaksanaan Teknik Kerusi Panas1. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak si penjaga panggung dalam cerpen idola.2. Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas, menghadap pelajar lain.3. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan si penjaga panggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.4. Guru merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.

Sebagai kesimpulannya teknik kerusi panas digunakan bagi mengajar aspek watak dan perwatakan. Oleh itu, teknik ini dapat menarik minat pelajar pada bidang sastera yang semakin dilupai. Dengan mempelajari teknik ini, murid berpeluang merasai situasi sebenar yang berlaku dalam cerita. Teknik kerusi panas ini membantu ingatan dan minat murid serta menimbulkan keseronokan semasa belajar. Guru dapat menerapkan ilmu dan nilai-nilai murni di samping mencungkil bakat pelajar dalam lakonan. Muzik tradisional yang digunakan juga menimbulkan semangat pelajar menjiwai watak iaitu sesuai dengan konsep prosa tradisional. Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional, novel, cerpen atau drama. Ini kerana teknik ini mudah dan menarik minat pelajar mengikuti aktiviti belajar dan mengajar. Oleh itu guru perlu menguasai pelbagai teknik mengajar bagi mencapai matlamat tersebut.

2.2.6Pemaduan SeniPemaduan seni ialah aktiviti yang menggunakan beberapa unsur seni untuk menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa unsur seni dipilih dan digunakan secara serentak pada masa yang sama. Pemaduan seni boleh dilakukan sebagai aktiviti lanjutan daripada aktiviti bercerita. Sebagai contohnya, pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan melakonkan aksi watak tersebut, dalam masa yang sama murid lain akan melukis gambaran watak manakala sekumpulan murid lain akan menyanyikanlagu tentang watak berkenaan.

2.2.7AdaptasiAdaptasi ialah mengubah atau mereka bentuk sastera kepada bentuk laik yang dikirkan lebih menarik. Tujuan adaptasi bertujaan memudahkan murid memahami isi sesebuah karya. Contohnya, bagi memudahkan murid memahami karya sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajat tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian. Terdapat tiga teknik dalam adptasi iaitu transposisi. Komentari dan analogi.

Tranposition- in which a novel is directly given on screen, with the minimum of apparent interference. This has been the most dominant and most pervasive method. it has also been tje least satisfactory. and typically puerile. The film was envisaged as a book ilustartion, an effect frequently heightened by an opening in which the pages of the original are turned over.Commentary- this is where an original is taken and either purposely or inadvertently altered in some respect. It could also be called a re-emphasis or re-srtucture. This seems to represent more of an infringment on the work of another than an analogy which may simply take a fiction as a point of departure. Yet film can make authentic reconstructions in the spirit of so many cinenatic footnotes to the original.Analogy- to judge whether or not a film is a successful adaptation of a novel is to evalute the skill of its makers in striking analogous attitudes an in finding analogous rhetorical techniques. analogy must represent a fairly considerable departure for the purpose of making another work of art. an analogy cannot be indicated as a isolation of a literary original since has not attemted (or has only minimally attempted) to reproduced the original.(Wagne & Geoffrey, 1975)

2.2.8BonekaBoneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak, dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Jenis- Jenis BonekaTerdapat beberapa jenis boneka seperti berikut. 1. Boneka Sarung Tangan / Jari.Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dan sebagainya.

Rajah 8: Contoh Gambar Boneka Sarung Tangan/Jari

2. Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal.

3. Boneka Wayang KulitBiasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkannya, boneka ini ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Rajah 9: Contoh Boneka Wayang Kulit

4. Boneka TongkatBoneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-rama dan bunga.

Rajah 10: Contoh Boneka Tongkat

5. Boneka BertaliBoneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota angoota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Rajah 11: Contoh Boneka Bertali

6. Boneka Beg KertasBoneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Rajah 12: Contoh Boneka Beg Kertas

7. Boneka pinggan kertasBoneka ini diperbuat daripada pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Rajah 13: Contoh Boneka Kertas

8. Boneka penuhSejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Rajah 14: Contoh Boneka Penuh

9. Boneka tanganBoneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah memasukkan tangan ke dalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing.

Rajah 15: Contoh Boneka Tangan2.2.9Teater BerceritaTeater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang.2. Menambah perbendaharaan kata murid.3. Memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa4. Mengasah bakat lakonan murid5. Memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)

2.2.10 Teater PembacaTeater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiarkan untuk membayangkan babak-babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif dan puisi. Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar hentian dan tekanan. Ketika murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca juga, murid dapat membaca dengan lebih lancar. Murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerak yang sesuai dengan isi dan tema cerita.

Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah ceri yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan sehingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing.

Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca iaitu pencerita berada dalam kelompok cerita dan pencerita berada di luar kelompok cerita. Pencerita yang berada dalam kelompok cerita akan membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut juga akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Manakala pembaca yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

2.2.11 ImprovisasiMenurut Kamus Dewan (2007), improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Improvisasi juga membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

3.0 TUGASAN 2 : PANTUNPantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa minangkabau yang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa sunda dikenal sebagai PAPARIKAN dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian, iaitu:a. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya.b. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. c. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu dalam memberi pengertian pantun, beberapa pengertian telah dikemukakan oleh Zaba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs. Ghaali Dunia. Menurut Zaba, pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.

Mohd Taib Osman (dalam Wan Abd. Kadir Wan Yusuf, 1996:1) menyatakan pantun sebagai satu artifak bukan-benda (non-material) yang bukan sahaja digunakan dalam kehidupan orang Melayu, tetapi mempunyai berbagai-bagai makna dan fungsi dalam budayanya. Pantun sebenarnya mencerminkan peradaban Melayu dalam mana minda sebagai terjemahan perkataan Inggeris mind adalah sebahagian daripadanya.

Kesimpulannya, pantun boleh dianggap sebagai pernyataan tradisi budaya Melayu yang menerangkan kemantapan daya kreativiti dan pemikiran orang-orang Melayu. Pantun Melayu sebagai cara berkomunikasi tidak berterus terang dalam masyarakat Melayu tetapi berkias. Menurut Asmah Haji Omar (1991:21), dalam budaya Melayu suatu pujian biasanya ditolak untuk mengelakkan sifat riak dan takbur.3.1 Bahan Sastera Pantun Dua Kerat

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Marilah dengar kata nasihat,Supaya badan menjadi sihat.

Bersihkan rumah setiap hari,Agar penyakit kita hindari.

Kurangkan makan gulai bersantan,Amalan baik untuk kesihatan.

Kurangkan manis dalam minuman,Banyakkan aktiviti seperti senaman.

(Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3, 2012)

3.2Analisis Pantun Dua Kerat Menggunakan Analisis Pantun Dua Kerat Tahun 3 KSSR Menggunakan Pendekatan StrukturalKamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan pantun sebagai sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya), atau berbalas-balas mengucapkan pantun bersambut-sambutan; sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran dan sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain. Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal khususnya di Nusantara. Pantun merupakan hasil karangan orang Melayu yang wujud sejak zaman dahulu tetapi yang bezanya ialah, pantun pada zaman dahulu dilahirkan sebagai sastera lisan tetapi pada masa kini pantun telah pun dibukukan dan dijadikan bahan bacaan umum.Pantun dikelaskan kepada dua belas, iaitu pantun kanak-kanak, pantun budi, pantun dagang, pantun orang muda, pantun nasihat, pantun teka-teki, pantun jenaka, pantun sejarah, pantun agama, pantun peribahasa, pantun berkait dan pantun lapan kerat. Pantun Dua Kerat Kebersihan dan Kesihatan yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 merupakan salah satu contoh pantun nasihat. Pantun yang digunakan sebagai pemberi nasihat lebih banyak memberi kesan berbanding nasihat yang disampaikan secara terus-terang. Pantun nasihat juga lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Terdapat beberapa ciri pantun iaitu rangkap, jumlah suku kata, rima, mempunyai sampiran atau pembayang dan sebagainya. Terdapat pantun yang mempunyai beberapa jumlah baris dalam satu rangkap seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas kerat, pantun empat belas kerat, dan pantun enam belas kerat. Selain itu, jumlah suku kata dalam setiap baris pantun adalah dalam lingkungan lapan hingga dua belas suku kata. Sesebuah pantun yang baik perlulah mengandungi empat perkataan dan antara lapan hingga dua belas suku kata. Skema rima pantun ialah a-b-a-b serta a-a-a-a dan bukannya a-a-b-b atau a-b-b-a. Persamaan rima di awal, akhir dan tengah akan menyerlahkan lagi nilai estetika dalam sesebuah binaan pantun tersebut.

Selain itu, dalam binaan sesebuah pantun perlu mempunyai dua bahagian iaitu sampiran atau pembayang dan maksud. Pembayang merupakan baris pertama dalam pantun dua kerat dan seringkali berkaitan dengan unsur alam bagi memperlihatkan budaya masyarakat pendukungnya. Kedua-dua bahagian ini haruslah mempunyai hubungan antara satu sama lain. Penghasilan sesebuah pantun sebenarnya mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan oleh penghasilnya seperti mempunyai maksud untuk memberi pengajaran, nilai, nasihat dan sebagainya.

Penghasilan sesebuah pantun itu bukanlah sekadar mengisi masa lapang atau sekadar untuk meningkatkan jumlah bilangan karya. Tetapi apa yang perlu kita ketahui ialah, pantun dicipta untuk memenuhi pelbagai fungsi dan keadaan dalam kehidupan seharian kita. Antara kegunaan pantun adalah sebagai alat mengeratkan hubungan dalam kalangan anggota masyarakat. Dalam Puisi Melayu, pantun berguna sebagai proses sosialisasi (mendidik) seperti untuk tujuan menasihat atau membentuk moral yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak atau orang muda, misalnya melalui pantun nasihat.

3.2.1Maksud PantunSetiap rangkap pantun yang dihasilkan oleh pengarang mempunyai maksud yang tersirat meskipun perkataan yang ringkas digunakan. Begitu juga yang terdapat dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat) Kebersihan dan Kesihatan yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3. Jika diteliti, penggunaan bahasa dalam pantun ini lebih bersifat terus dan tidak terlalu berkias seperti pantun-pantun dua kerat lain. Hal ini kerana, bahasa berkias tidak sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak. Bahasa yang bersifat terus memudahkan kanak-kanak untuk memhami pantun yang disampaikan.

Marilah dengar kata nasihat,Supaya badan menjadi sihat.Rangkap pertama pantun ini mengajak murid untuk mendengar nasihat yang ingin disampaikan di dalam pantun ini. Tujuan nasihat disampaikan adalah sebagai panduan kepada murid supaya mempunyai badan yang sihat. Kesimpulannya, rangkap pantun ini menjelaskan sekiranya murid ingin mempunyai badan yang sihat, mereka perlulah mengikut panduan dan nasihat yang disampaikan di dalam pantun ini.

Bersihkan rumah setiap hari,Agar penyakit kita hindari.Rangka kedua dalam pantun dua kerat ini juga berbentuk nasihat yang ditujukan kepada pembaca. Jika dilihat dalam rangkap ini, pengarang cuba untuk menasihati pembaca supaya membersihkan rumah setiap hari. Rangkap kedua ini juga menjelaskan tujuan membersihkan rumah adalah untuk mengelakkan daripasa sebarang penyakit. Dapatkah kita bayangkan sekirannya kita tinggal dalam rumah yang kotor? Justeru, pengarang menasihati pembaca berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Hal ini pembaca terdiri daripada golongan kanak-kanak yang lebih mudah belajar sekiranya mereka mempunyai pengalaman mengenai perkara yang dipelajari.

Kurangkan makan gulai bersantan,Amalan baik untuk kesihatan.Dalam rangkap ketiga ini juga, pengarang masih menyampaikan pantun berupa nasihat. Pengarang menasihati pembaca supaya tidak terlalu banyak makan makanan bersantan. Pengarang menggunakan perkataan gulai bersantan kerana kebiasaannya makanan yang digulai kebanyakkan dicampurkan santan. Seperti kita sedia maklum, santan merupakan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya terlalu banayak makan makanan yang berlemak, kolestrol dalam badan akan meningkat dan akan mengundang peyakit yang berbahaya seperti diabetes. Dalam rangkap ini juga, pengarang menggunakan bahan yangberkaitan dengan kehidupan seharian murid iaitu santan. Hal ini suapaya murid lebih mudah untuk memahami nasihat yang ingi disampaikan.

Kurangkan manis dalam minuman,Banyakkan aktiviti seperti senaman.Rangakap keempat ini juga seperti rangkap ketiga. Pengarang masih menggunakkan elemen makanan kerana kanak-kanak lebih mudah faham tambahan lagi jika makanan yang sifatnya manis. Justeru, mudahla untuk pengarang menasihati pembaca untuk mengurangkan pengambilan manisan. Penulis menggunakan perkataan minuman kerana kanak-kanak tahu bahawa air selain air kosong ialah air manis yang dimasukkan gula. Semu elemen tersebut masih berkisar dengan pengalaman seharian kanak-kanak. Selain itu juga, menggalakkan pembaca untuk melakukan aktivii senaman. Kanaka-kanak ada mengikuti kelas Pendidikan Jasmani di sekolah dan telah ditekankan oleh guru mereka kepentingan bersenam semenjak tahun 1 lagi. Justeru, pengalaman sedia ada kanak-kanak membantu proses mereka untuk memahami pantun yang disampaikan.

3.2.2Analisis Struktural1.TemaTema dapat juga dikatakan sebagai gagasan penyatuan yang telah digarap oleh penulis atau pengarang di dalam teks mereka. Tema juga adalah gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair. Bagi genre puisi, tema membawa maksud persoalan pokok yang menjadi sesuatu maksud atau perkara yang hendak disampaikan dalam sesebuah puisi. Tema juga merupakan persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang iaitu dengan kata lainnya, struktur ini ialah isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang.

Tema bagi Pantun Dua Kerat (Nasihat) Kebersihan dan Kesihatan dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 adalah tentang nasihat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan seharian. Maknanya, seseorang itu haruslah sentiasa mengamalkan hidup yang sihat agar dapat membentuk tubuh yang cergas dan sihati. Pembaca juga dinasihati menjaga kebersihan kerana penyakit mudah tersebar dalam persekitaran yang kotor.

Jika diperhatikan, keseluruhan pantun ini menasihati pembaca dalam mengharungi kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, pengarang menyelitkan pelbagai nasihat dalam setiap rangkap. Sebagai contohnya, dalam rangkap kedua, pantun tersebut:

Bersihkan rumah setiap hari,Agar penyakit kita hindariRangkap di atas menjelaskan bahawa kebersihan rumah perlulah dijaga. Rumah merupakan tempat untuk kita diami. Bayangkan sekiranya kita tinggal dalam persekitaran yang kotor. Pastilah mengundang pelbagai haiwan-haiwan yang membawa penyakit seperti lipas, tikus dan sebagainya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengarang menasihati pembaca supaya sentiasa membersihkan rumah supaya terhindar daripada sebarang penyakit.

2.PersoalanPersoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh pengkarya atau pengarang bagi memantapkan tema dalam sebuah karya atau isi-isi sampingan yang membentuk idea puisi. Persoalan lahir dari tema yang digarap oleh pengarang. Namun begitu, tema berbeza daripada persoalan kerana tema merupakan teks idea bagi sesebuah binaan teks, manakala persoalan merupakan aspek berulang yang melambangkan idea tersebut. Oleh itu, persoalan ialah idea di sebalik tema cerita dan mempunyai kaitan langsung dengan tema. Persoalan yang terdapat dalam pantun dua kerat kebersihan dan kesihatan ialah:

Kesihatan perlu diutamakanKesihatan diri perlu diutamakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya dapat membentuk tubuh yang sihat. Kesihatan yang baik akan menjadi imbuhan terhadap kesempurnaan kerja yang akan dilakukan namun kesihatan diri yang tidak dijaga akan mecacatkan kualiti pekerjaan yang dihasilkan. Utamakan kebersihanKebersihan perlu diutamakan dan haruslan dijadikan amalan. Persekitaran yang bersih dapat menjauhkan diri daripada sebarang penyakit3.Gaya BahasaGaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atapun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan. Terdapat lima jenis gaya bahasa iaitu gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Melalui gaya bahasa, pembaca dapat merasai tema dan tujuan yang cuba disampaikan oleh pengarang berdasarkan pemilihan diksi dan susunan kata yang digunakan.

Secara keseluruhannya, kesemua aspek ini mencakupi gaya bahasa atau ragam bahasa yang menjadi perhatian dalam setiap karya. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa yang digunakan dalam menghasilkan suatu karya antaranya seperti personafikasi, anafora, simile, perlambangan, sinkof, hiperbola, metafora dan sebagainya. AsonansiAsonansi Asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu baris yang sama. Pengulangan bunyi vokal iaitu a, e, i, o dan u sangat banyak untuk disenaraikan dalam pantun ini. Contoh gaya bahasa asonansi iaitu pengulangan vokal a dapat dilihat pada rangkap pertama seperti yang berikut:Marilah dengar kata nasihat,Supaya badan menjadi sihat.

4.BentukBentuk Pantun mempunyai beberapa bentuk yang khususnya dari aspek rangkap, baris/kerat, suku kata, rima, dan nada.i. RangkapBentuk asal pantun pada awalnya hanya terdiri daripada empat baris serangkap. Namun kini, rangkap dalam sesebuah binaan pantun diisi dengan beberapa kerat atau baris. Terdapat pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas kerat, pantun empat belas kerat, dan pantun enam belas kerat. Kesemua bilangan kerat/baris dalam pantun ini digelar sebagai jenis pantun tersebut. Sebagai contohnya, Pantun Kebersihan dan Kesiahatan dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 ini dikenali dengan pantun dua kerat kerana jumlah kerat/baris dalam satu rangkap tersebut berjumlah dua kerat/baris. Contohnya adalah seperti berikut:Bersihkan rumah setiap hari,Supaya penyakit kita hindari.

ii. Suku KataJumlah suku kata dalam pantun secara tidak langsung telah memberi tarikan terhadap sesebuah pantun tersebut. Hal ini demikian kerana, jumlah suku kata yang seuai dengan bilangan perkataan dalam pantun akan menyebabkan pantun tersebut sedap didengar dan dilafazkan. pantun yang baik terdiri daripada empat hingga lima suku kata dan lapan hingga dua belas suku kata dalam sebaris. Pantun Kebersihan dan Kesihatan ini mempunyai antara sepuluh hingga dua belas suku kata. Contohnya:Kurangkan makan gulai bersantan,Amalan baik untuk kesihatan.

Namun begitu, terdapat satu baris dalam satu rangkap yang mempunyai tiga belas suku kata iaitu:Kurangkan manis dalam minuman,Banyakkan aktiviti seperti senaman.

iii. RimaRima ialah penghasilan bunyi yang sama atau persamaan pada pemilihan vokal atau konsonan yang dihasilkan pada awal, tengah dan hujung baris dalam sesebuah puisi. Rima memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah puisi. Pengulangan bunyi vokal atau konsonan dalam struktur perkataan dalam sebaris bagi sesebuah puisi dikenali sebagai rima tengah atau rima dalaman. Manakala, pengulangan bunyi vokal atau konsonan dalam struktur perkataan akhir dalam sesuatu baris bagi sesebuah puisi dikenali sebagai rima akhir atau rima luaran ayat.

Terdapat beberapa jenis rima yang digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Antaranya ialah rima akhir atau rima luaran ayat iaitu aa;aa, ab;ab, abc;abc, aabb, abba dan sebagainya. Bagi pantun dua kerat, rimanya a-a-, iaitu baris pertama merupakan pembayang manakala baris kedua merupakan maksud. Pembayang juga dikenali sebagai sampiran.

iv. NadaNada ialah sudut pandangan pengarang atau perasaan serta emosi penyair atau sikap penyajak apabila berhadapan dengan subjek yang dijadikan fokus karyanya. terdapat pelbagai jenis nada yang sering digunakan dalam penghasilan sesebuah puisi. Antaranya adalah seperti nada melankolik, patriotisme, sinis, romantis/romantik, protes, ironi dan ode/oda. Melankolik ialah nada yang menggambarkan rasa hati yang murung, merayu-rayu atau hiba. Penggunaan gaya bahasa atau pemilihan kata-katanya lebih banyak menekankan perasaan. Patriotisme pula menggambarkan cinta terhadap negara manakala sinis pula seakan menyindir dan nada protes merupakan nada yang menggambarkan perasaan membangkang oleh pengarang. Nada yang terdapat dalam pantun ini ialah nada nasihat yang mengajak pembaca untuk mendengar nasihat yang diberi oleh pengarang.

5. Nilai dan pengajaranNilai ialah ketinggian sifat dari segi pemikiran, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Nilai juga dikaitkan dengan perasaan dan emosi. Nilai ialah elemen penting dalam penghasilan sesebuah karya sastera, khususnya pantun. Hal ini kerana, nilai yang terdapat dalam karya berkait rapat dengan nilai-nilai murni yang akan diterap oleh pembaca dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran pula ialah perkara-perkara yang dapat dijadikan panduan, pedoman ataupun teladan dan elemen pengajaran dalam karya tidak ditunjukkan secara harafiah tetapi secara tersurat. Nilai yang terdapat dalam pantun dua kerat ini ialah menjaga kesihatan dan menjaga kebersihan. Contoh rangkan yang menunjukkan nilai menjaga kesihatan ialah:Kurangkan manis dalam minuman,Banyakkan aktiviti seperti senanam

Manakala rangkap pantun yang menunjukkan nilai menjaga kebersihan ialah:Bersihkan rumah setiap hari,Agar penyakit kita hindari.

4.0 TUGASAN 3 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh / Masa: 23 Julai 2014Tahun: 3 MawarBilangan murid: 35 / 35 orangMasa: 8.45 9.45 pagiMata pelajaran: Bahasa MelayuTema: Kebersihan dan KesihatanTajuk: Jaga Kesihatan Diri

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :i. Melafazkan pantun dua kerat dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; danii. Menjawab sekurang-kurangnya dua soalan dengan betul dalam lembaran pantun berdasarkan pantun.

Sistem BahasaKosa kata: senaman, bersantan

Pengisian KurikulumIlmu: Pendidikan KesihatanNilai: bekerjasama, kebersihan fizikal dan mental, menjaga kesihatan

Elemen Nilai TambahKB: menjana idea, mengenal pasti, menghubung kaitKP: verbal linguistik, kecerdasan muzik, Kecerdasan audio visualBCB: memproses maklumatEMK: kreativif dan inovatif

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar ujaran pantun di televisyenBahan Bantu Mengajar

BilJenisKuantiti

1.Video Pantun1

2.Kad-kad pantun4 set

3.Lembaran pantun20 helai

4. Lembaran pemulihan5 helai

5.Lembaran pengayaan20 helai

Langkah / Masa

Isi pelajaranLangkah dan AktivitiCatatan

Set induksi(5 minit) a) Makanan berkhasiat

1. Guru membawa bahan maujud (buah-buahan dan sayur-sayuran).2. Murid bersoaljawab dengan guru tentang khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran.3. Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran.BBM Buah-buahan dan sayur-sayuran

KB Menjana idea

Langkah 1(1o minit)a) Menonton video pantun

Marilah dengar kata nasihat, supaya badan menjadi sihat

Bersihkan rumah setiap hari, agar penyakit tidak hampiri.

Kurangkan makan gulai bersantan, amalan baik untuk kesihatan

Kurangkan manis dalam minuman, banyakkan aktiviti seperti senaman1. Murid menonton video pantun dan mendengar cara melafazkan pantun.2. Murid dibimbing oleh guru melafazkan pantun.3. Murid dipilih secara rawak untuk melafazkan pantun.4. Murid melafazkan pantun secara kumpulan. BBM Video pantun

KB Mengaplikasi

BCB Memproses maklumat

Nilai Bekerjasama

Langkah 2(10 minit)(11 minit)b. m

a) Makna pantun

1. Murid diberikan lembaran pantun.2. Murid dibimbing guru untuk memahami maksud pantun.3. Murid perlu menulis maksud setiap rangkap pantun dalam peta buih yang telah dinomborkan mengikut rangkap pantun. KB Menghubung-kaitkan

KP Verbal linguistik

Langkah 3(10 minit)a) Menjawab soalan pemahaman menggunakan teknik pasar malam

1. Guru membimbing murid untuk menjawab soalan dengan betul.2. Murid menjawab soalan tersebut.3. Murid bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan menggunakan teknik pasar malam untuk mendapatkan jawapan soalan pemahaman bagi membanding beza jawapan antara kumpulan.BBM Lembaran pantun

KB Menghubung-kaitkan

BCB Memproses maklumat

Langkah 4(10 minit)a) Mencungkil bakat murid1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.2. Murid memilih melodi lagu masing-masing untuk disesuaikan dengan pantun yang dipelajari.3. Murid diberi penerangan oleh guru cara memilih melodi yang betul.4. Murid membuat persembahan hasil kerja murid mengikut murid.BBM Lembaran pemulihan Lembaran pengayaan

Langkah 5(10 minit)Pemulihan dan pengayaanPemulihan1. Murid mengisi tempat kosong pantun berdasarkan gambar.

Pengayaan1. Murid mencipta pantun dengan bimbingan guru.BBM Lembaran Pemulihan Lembaran pengayaan

Penutup(5 minit)Penutup sosial : Melagukan pantun dua kerat mengikut irama lagu Gambus Jodoh Penutup Sosial:1. Murid menonton rakaman pantun dua kerat mengikut irama lagu Gambus Jodoh.2. Murid melagukan pantun.

Penutup Kognitif:1. Murid dan guru bersoal jawab mengenai pantun2. Guru memberi ingatan kepada murid supaya menjaga kebersihan fizikal dan mental serta sentiasa menjaga kesihatanBBM Rakaman video

KB Menghubung-kaitkan

Nilai Kebersihan Fizikal dan mental Menjaga Kesihatan

KP Kecerdasan muzik

5.0 TUGASAN 4 : RAKAMAN PERSEMBAHAN PANTUN DUA KERAT

6.0 PENUTUPBerdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan bahawa penggunaan unsur sastera terutama genre pantun dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Kesan ini tidak hanya mampu kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor pelajar tetapi mampu juga meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan kognitif pelajar tersebut.

Di samping itu, pantun juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh yang demikian, hal ini akan mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani, rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Aziz Deraman (1999), terdapat tiga rasional pengajaran kesusasteraan di sekolah. Pertama, kepentingan tradisi yang berasaskan kurikulum yang menganggap bahawa sastera berfungsi untuk membentuk suatu warisan. Melalui pembacaan, penghayatan dan peniruan warisan itu, nilai-nilai budaya masyarakat dapat disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi seterusnya. Kedua, kurikulum pendidikan sastera analitik menekankan aspek perkembangan daya kritis pelajar, iaitu keupayaan untuk memahami, menganalisis dan memberi reaksi terhadap bahan sastera yang dipelajari. Ketiga, kurikulum sastera yang menggunakan pendekatan psikologikal atau generatif dan menekankan perkembangan individu melalui pembacaan. Oleh sebab itu, kesusasteraan sebagai sebahagian komponen daripada Bahasa Melayu (KOMSAS).

Keseluruhannya, dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan sastera seperti pantun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.42