Upload
trantruc
View
225
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
KANDUNGAN
Muka surat
1. PENGENALAN 1 - 4
a) Sejarah Penubuhan
b) Perkhidmatan Utama
c) Carta Organisasi
d) Personel
2. Sistem Pengurusan Latihan Atas Talian (eSPL) 5 - 11
a) Pendahuluan
b) Tujuan Projek Inovasi
c) Proses Pelaksanaan Inovasi
d) Proses Sebelum dan Selepas
e) Impak inovasi terhadap kumpulan sasaran
/perkhidmatan/jabatan/agensi/negara
f) Gambar-gambar berkaitan
1
SISTEM PENGURUSAN LATIHAN ATAS TALIAN (eSPL)
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
1. PENGENALAN
a) Sejarah Penubuhan
Jabatan Perangkaan (JP) Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah
peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik.
Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data
perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan
Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta
Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah
berkembang yang mana tugas pengumpulan data/maklumat diperluaskan
kepada bidang ekonomi dan juga sosial.
Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri.
Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan
Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri
telah diwujudkan.
b) Perkhidmatan Utama
Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di
bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab
untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan
masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga
pembangunan sosial negara.
Di bawah "Statistics Act 1965 (Revised - 1989)", fungsi utama Jabatan
Perangkaan Malaysia ialah:
2
Mengumpul dan mentafsir perangkaan bagi tujuan pembentukan
atau pelaksanaan dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang
diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan
perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain; dan
Menyebar perangkaan yang telah dikumpulkan atau mentafsir
perangkaan yang dikumpulkan itu, bukan sahaja kepada agensi
kerajaan, tetapi juga kepada pihak berkuasa atau awam yang mana
maklumat itu berguna untuk mereka.
3
c) Carta Organisasi
Rajah 1 menunjukkan carta organisasi pada 19 Oktober 2011.
Rajah 1: Carta Organisasi Jabatan Perangkaan Malaysia
4
d) Personel
Bilangan personel sehingga 19 Oktober 2011 di Jabatan Perangkaan
Malaysia mengikut skim perkhidmatan adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Bilangan Personel mengikut skim perkhidmatan sehingga 19 Oktober 2011
NO. SKIM PERKHIDMATAN GRED PERJAWATAN
1 Perangkawan E41 - Utama 349
2 Penolong Pegawai Perangkaan E27 - E38 284
3 Pembantu Perangkaan E17 - E26 1,916
4 Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 – Utama 10
5 Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Utama 34
6 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 - F38 48
7 Juruteknik Komputer FT17 - FT22 24
8 Penolong Akauntan W27 - W32 11
9 Pembantu Akauntan W22 15
10 Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 - W26 4
11 Pembantu Akauntan W17 4
12 Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 73
13 Pengawal Keselamatan KP 11 - KP14 9
14 Penolong Pegawai Tadbir N27 - N36 29
15 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 - N22 261
16 Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N17/N27/ N28 35
17 Pegawai Khidmat Pelanggan N17 17
18 Pembantu Tadbir Rendah (KUP N17) N11 5
19 Penjilid Buku N11 2
20 Penyelenggara Stor Rendah N11 1
21 Pembantu Am Pejabat N4 3
22 Pembantu Am Pejabat N1 66
23 Pegawai Penerangan S44 1
24 Pegawai Psikologi S41 1
25 Pustakawan S41 1
26 Penolong Pegawai Perpustakaan S27 1
27 Penolong Pegawai Psikologi S27 1
28 Pembantu Perpustakaan S17 1
29 Pemandu Kenderaan R3 47
30 Pekerja Awam R1 3
JUMLAH 3,256
5
2. SISTEM PENGURUSAN LATIHAN ATAS TALIAN (eSPL)
a) Pendahuluan
Sistem Pengurusan Latihan atas talian (eSPL), ialah sistem yang
dibangunkan untuk memohon kursus secara atas talian dan sistem ini
mengandungi maklumat terkini berkaitan kursus yang dihadiri sepanjang
perkhidmatan anggota Jabatan. Di antara ciri-ciri sistem eSPL ialah:
i. Sistem dibangunkan secara web based.
ii. Maklumat boleh dikemaskini secara real time.
iii. Maklumat boleh dilihat secara telus oleh anggota Jabatan.
iv. Data boleh diakses secara global.
v. Paparan butiran peribadi yang amat terperinci.
vi. Informasi di hujung jari.
b) Tujuan Projek Inovasi
Tujuan sistem ini adalah untuk memudahkan pengurusan bagi
perkara di bawah :
i. Maklumat kursus yang dirancang sepanjang tahun semasa.
ii. Bilangan anggota yang menghadiri kursus.
iii. Maklumat kursus yang telah dihadiri oleh anggota Jabatan.
iv. Pengemaskinian profil anggota Jabatan.
v. Nota-nota kursus yang telah dilaksanakan bagi rujukan anggota
Jabatan.
c) Proses Pelaksanaan Inovasi
Sistem ini dibangunkan sendiri secara dalaman oleh Bahagian
Pengurusan Maklumat (BPM), Jabatan Perangkaan Malaysia.
6
d) Proses Sebelum dan Selepas
Jadual di bawah menunjukkan proses Sebelum dan Selepas kewujudan
eSPL.
No. Modul Sebelum Selepas
1. Maklumat Peribadi
Tiada satu pangkalan data yang menyimpan maklumat peribadi lengkap.
Mengandungi profil lengkap anggota yang mudah dirujuk sepanjang dalam perkhidmatan.
2.
Senarai permohonan
Tiada maklumat mengenai status senarai permohonan kursus yang telah dibuat. Status hanya diketahui selepas mendapat surat tawaran kursus.
Status permohonan boleh diketahui melalui sistem dengan cepat dan mudah.
3.
Permohonan Kursus
Permohonan dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kursus (Borang PKD). Ini akan mengambil masa dan melibat kos percetakan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Dengan ini menjimatkan masa dan kos.
4.
Nota
Nota kursus hanya diperoleh semasa menghadiri kursus dan disimpan oleh individu yang menghadiri kursus tersebut sahaja.
Nota kursus boleh dimuat naik dan dimuat turun pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada peserta yang menghadiri kursus tertentu sahaja.
5.
Maklumat Kursus Dihadiri
Tiada satu sistem yang menyimpan maklumat kursus yang telah dihadiri sama ada dalam negeri atau luar negara.
Mengandungi maklumat lengkap mengenai kursus yang telah dihadiri dalam negeri dan luar negara.
7
e. Impak inovasi terhadap kumpulan sasaran/perkhidmatan/jabatan/agensi/ /negara
Antara impak yang telah dikenal pasti seperti berikut:
i. Elemen Inovatif/Kreativiti
Merupakan modul yang komprehensif dalam pengendalian latihan
seperti permohonan kursus dan memuat naik/turun nota kursus;
Membolehkan warga Jabatan merancang kursus yang akan dihadiri
dalam tahun semasa;
ii. Elemen Keberkesanan
Memudahkan pemantauan kehadiran kursus warga Jabatan; dan
Pemberitahuan peringatan mesra automatik kepada pegawai
pelulus.
iii. Elemen Signifikan
Menjimatkan masa proses permohonan kursus;
Menjimatkan kos ke arah ICT hijau melalui penjimatan penggunaan
kertas; dan
Mesra pengguna boleh dikendalikan oleh semua warga Jabatan
dengan pengetahuan ICT yang minimum.
iv. Elemen Relevan
Pada era ini ICT merupakan satu kaedah untuk mempercepatkan
proses dan kerja yang dilaksanakan. Oleh yang demikian kewujudan
eSPL ini amat relevan dengan kecanggihan dan pemodenan ICT.
Dengan adanya eSPL proses permohonan kursus, pengemaskinian
profil anggota, maklumat kursus yang dihadiri, perancangan kursus
tahunan dan memuat naik nota kursus menjadi lebih mudah dan
pantas serta bersistematik.
8
f. Gambar-gambar berkaitan
i. Sebelum penggunaan eSPL
ii. Selepas pelaksanaan eSPL
Pengisian borang kursus secara atas talian
manual
Pengisian borang kursus secara manual
9
i. Login eSPL Paparan 1: Antaramuka sistem eSPL
ii. Halaman utama eSPL
Paparan 2: Antaramuka menu di dalam sistem eSPL
10
iii. Skrin Profil Peribadi
Paparan 3: Antaramuka profil peribadi
iv. Skrin Permohonan Kursus
Paparan 4: Antaramuka menu di dalam sistem