Isl 15

Embed Size (px)

Citation preview

Isl 15 Tarikh: Masa: 2-4pm Tempat: Blok E Tajuk: mencari sumber dan menghasilkan PMI (plus, minus, interest) tentang pendekatan bertema. Menyediakan sebuah puisi (sajak, pantun, gurindam) tentang salah satu tema aktiviti harian dan luahkan puisi tersebut dengan pergerakan dan nyanyian. mencari sumber dan menghasilkan PMI (plus, minus, interest) tentang pendekatan bertema.

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

Menyediakan sebuah puisi (sajak, pantun, gurindam) tentang salah satu tema aktiviti harian dan luahkan puisi tersebut dengan pergerakan dan nyanyian.Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resam padi Semakin berisi semakin tunduk

Buah berangan di rumpun pinang Limau kasturi berdaun muda Sopan santun tidak dihilang Tanda diri beradat budaya

Tingkap papan kayu persegi Sampan sakat di pulau angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa