5
NABILAH SUHAIPIN 7PISMP PJK ISL 3 (HANTAR 02.02.2015) Haliza merupakan seorang pemain bola baling dari Sekolah A. Beliau berpindah ke sekolah B. 1) Nyatakan 4 pendekatan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti personaliti Haliza. Atlet didapati lebih berkemampuan untuk berdikari, mempunyai objektif tertentu dan ekstrovert yang menonjolkan ciri-ciri seperti ’rileks’, suka bercampur, aktif dan ligat, cepat bertindak balas, dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Beberapa aspek membezakan personaliti seorang atlet dan bukan atlet adalah: a) Tubuh Fizikal Seseorang atlet yang menjalani aktiviti fizikal sudah tentu mempunyai bentuk badan yang lebih menarik dan membantu mereka untuk lebih yakin, berani, aktif dan ligat serta cepat bertindak balas. b) Sosial Seseorang atlet kebiasaannya mempunyai pergaulan yang lebih luas dan pengalaman menyertai pertandingan menyebabkan merkea gemar menerima cabaran dan mudah menyesuaikan diri walau di mana jua mereka berada. c) Mental/ Kognitif

ISL 3 (3.2.2015)

Embed Size (px)

Citation preview

NABILAH SUHAIPIN7PISMP PJKISL 3 (HANTAR 02.02.2015)Haliza merupakan seorang pemain bola baling dari Sekolah A. Beliau berpindah ke sekolah B.1) Nyatakan 4 pendekatan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti personaliti Haliza.Atlet didapati lebih berkemampuan untuk berdikari, mempunyai objektif tertentu dan ekstrovert yang menonjolkan ciri-ciri seperti rileks, suka bercampur, aktif dan ligat, cepat bertindak balas, dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Beberapa aspek membezakan personaliti seorang atlet dan bukan atlet adalah:

a) Tubuh FizikalSeseorang atlet yang menjalani aktiviti fizikal sudah tentu mempunyai bentuk badan yang lebih menarik dan membantu mereka untuk lebih yakin, berani, aktif dan ligat serta cepat bertindak balas.

b) SosialSeseorang atlet kebiasaannya mempunyai pergaulan yang lebih luas dan pengalaman menyertai pertandingan menyebabkan merkea gemar menerima cabaran dan mudah menyesuaikan diri walau di mana jua mereka berada.

c) Mental/ KognitifKajian terkini membuktikan wujudnya sedikit perkaitan antara senaman dan kecerdasan (Chodzko-Zajko & Moore,1994: Etnier, Salazar, Lensers, Petruzzello, Han & Nowell,1997). Mereka mendapati senaman yang berterusan dalam jangka masa panjang berkait rapat dengan peningkatan prestasi kognitif. Atlet mempunyai pemikiran yang cerdas, luas, kreatif, inovatif dan berfikiran positif apabila berhadapan dengan masalah. Naluri untuk menang dalam segala apa yang diceburi menyebabkan atlet berusaha untuk menghadapi segala masalah yang datang.

2) McCleland (teori) model motivasi pencapaian. Nyatakan 2 konstruk dan tindakan yang boleh Haliza guna. Menurut model ini, motivasi terbentuk berdasarkan motif mencapai kejayaan dan takut akan kegagalan. Keinginan seseorang atlet melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti bergantung kepada motif untuk mencapai kejayaan atau takut kepada kegagalan. sekiranya atlet tersebut yakin akan berjaya, maka dia akan melibatkan diri. Sebaliknya, sekiranya dia merasa tidak yakin, dia tidak akan menyertai aktiviti berkenaan. Dengan kata lain, penyertaan seseorang atlet dalam sebarang aktiviti boleh dilihat berdasarkan formula berikut:

Tindakan yang perlu dilakukan oleh Haliza ialah: Bersikap positif dan yakin kepada dirinya bahawa beliau boleh mencuba nasib dalam pemilihan pemain bola baling. Tidak perlu takut pada kegagalan. Yakin bahawa dirinya mempunyai kebolehan yang setara dengan pemain lain.

3) Goal setting untuk pasukan hoki. Juara 3 tahun berturut-turut tetapi kalah dalam pertandingan kali ini. Nyatakan proses goal setting yang perlu dilakukan oleh jurulatih.

4) Dalam fasa perancangan membuat goal setting, apakah masalah yang mungkin boleh dihadapi oleh jurulatih.Masalah-masalah yang sering berlaku dalam penetapan matlamat ialah: Gagal tetapkan matlamat spesifik Terlalu banyak penetapan matlamat dalam satu masa Gagal ubahsuai matlamat Gagal menetapkan matlamat prestasi dan proses Tidak melakukan tindakan susulan dan penilaian. Kekangan masa Hubungan sosial antara ahli pasukan Stres - atlet mnghadapi masalah untuk mempertingkatkan diri dalam mencapai matlamat Lesu- intensiti latihan yg tidak sesuai dengan kebolehan atlet Tekanan akademik