3
MINGGU 13 - STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STRATEGI Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan- pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan. Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 1. Pembelajaran masteri 2. Kajian masa depan 3. Konstruktivisme 4. Belajar cara belajar 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran akses kendiri 7. Kemahiran berfikir 8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 9. Pembelajaran konseptual 10. Pembelajaran Kontekstual PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran

Isl- Rbt Sem 3 Minggu 13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

isl rbt

Citation preview

Page 1: Isl- Rbt Sem 3 Minggu 13

MINGGU 13 - STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :

1. Pembelajaran masteri

2. Kajian masa depan

3. Konstruktivisme

4. Belajar cara belajar

5. Kecerdasan pelbagai

6. Pembelajaran akses kendiri

7. Kemahiran berfikir

8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

9. Pembelajaran konseptual

10. Pembelajaran Kontekstual

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya

(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru

(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar

(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan

(iv) Pendekatan induktif

Page 2: Isl- Rbt Sem 3 Minggu 13

(v) Pendekatan deduktif

(vi) Pendekatan inkuiri

(vii) Pendekatan masteri

KAEDAH DAN TEKNIK

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya merangkumi:

• Kaedah terus

• Kaedah semulajadi

• Kaedah askar atau tentera

• Kaedah ajuk-hafaz

• Kaedah linguistik

• Kaedah oral-aural

• Kaedah terjemahan

• Kaedah psikologi

• Kaedah kod-kognitif

• Kaedah khusus

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah:

• Teknik main peranan • Teknik permainan bahasa • Teknik latih tubi • Teknik bercerita • Teknik inkuiri • Teknik perbahasan • Teknik kuiz • Teknik sumbangsaran • Teknik soal jawab • Teknik simulasi • Teknik drama • Teknik perbincangan