23
ISRAILIYYAT DALAM ISRAILIYYAT DALAM PENTAFSIRAN PENTAFSIRAN AL-QURAN AL-QURAN ILMU-ILMU AL-QURAN ILMU-ILMU AL-QURAN

Israiliyyat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Israiliyyat

ISRAILIYYAT DALAM ISRAILIYYAT DALAM PENTAFSIRAN PENTAFSIRAN

AL-QURANAL-QURAN

ILMU-ILMU AL-QURANILMU-ILMU AL-QURAN

Page 2: Israiliyyat

MUQADDIMAH Al-Quran adalah kitab yang agung, bersih dari nilai-nilai cemar yang

mengoyak kejelasan risalah suci yang terkandung di dalamnya. Al-Quran bukannya buku atau majalah lucu, yang membawa watak khayal dan lucu. Al-Quran adalah risalah Allah untuk umat manusia.

Namun kesilapan dan kurang memahami manhaj ilmu dengan baik telah menjerumuskan sebahagian penulis, pengarang dan penceramah agama ke lembah kekarutan dalam menggambarkan watak-watak cerita di dalam al-Quran. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk membuat satu gerak kerja bertujuan membersihkan anasir-anasir cemar ini di dalam pemikiran umat Islam.

Hakikatnya, entah berapa ribu bentuk dan gaya bercerita yang membabitkan para anbiya’ dan solihin yang telah dicemarkan dengan kejahilan yang bercampur dengan riwayat Israiliyyat. Maka bergabunglah rekaan pengarang atau ustaz dengan rekaan Yahudi di dalam buku, karya atau kuliah agama. Watak-watak agung yang sebahagian besar mereka disebut di dalam al-Quran telah diolah dalam bentuk yang menghilangkan nilai perjuangan serta tujuan kebangkitan mereka.

Page 3: Israiliyyat

Watak-watak mereka dicemari dengan tokok tambah yang akhirnya melucukan sesiapa yang mendengar kisah mereka. Bahkan wajah cerita mereka kadang-kala diperlihatkan begitu ‘kartun’ sekali seperti mana sebahagian lidah para pendusta agama yang mereka-reka kisah Nabi Sulaiman a.s. dan sang kancil, lalu jadilah cerita ini memenuhi buku-buku jalanan yang mencemar Nabi yang agung itu.

Kisah-Kisah Al-Quran Hilang Fungsi

Kini, kita dapati kisah-kisah al-Quran menjadi sudah tidak indah lagi. Ianya dicemarkan oleh para penceramah atau penulis yang menghiasi kisah-kisah tersebut dengan watak-watak dan adegan-adegan tambahan yang kadang-kalanya memandulkan tujuan kisah-kisah al-Quran.

Nabi Sulaiman a.s umpamanya, telah dicemari kisahnya, hilang peranannya sebagai seorang nabi yang berjuang dan berdakwah seperti yang hendak ditonjolkan oleh al-Quran. Tinggallah hanya kisah-kisah ajaibnya semata-mata. Nabi Yusuf a.s. pula umpamanya, yang berdakwah dalam dan luar penjara kepada tauhid, yang menduduki kerusi kewangan negara dan mentadbir dengan keadilan dan kebijaksanaan, hilang ditelan kisah kekacakannya sahaja. Lebih malang lagi, ada yang membuat petua-petua untuk kacak atau cantik dan berseri dengan jampi-jampi yang menyebut nama Nabi Yusuf. Seolah-olah kisahnya di dalam al-Quran itu khas untuk mak andam

Page 4: Israiliyyat

Nabi Nuh a.s. pula, telah berdakwah dengan tidak putus asa kepada kepada tauhid dalam tempoh yang panjang, bersama dengan pengorbanan dan kesabaran, ini semua hilang dari pemikiran sebahagian umat. Bahkan ada yang hanya mengenang Nabi Nuh a.s. dengan menyedia bubur asyura, dengan dakwaan palsu bahawa demikianlah bubur Nabi Nuh a.s. ketika di dalam kapal.

Seakan-akan Nabi Nuh a.s. itu datang hanya sebagai pemberi resipi khayalan tersebut. Maka robohlah keagungan anbiya ditelan kedangkalan kita terhadap tujuan kedatangan dan pengutusan mereka. Ini semua kadang-kala menjadikan generasi moden yang kurang faham terhadap agama bertambah keliru dan akhirnya mungkin menganggap agama sebagai dongengan semata.

Sebenarnya, dalam al-Quran ada banyak kisah-kisah silam yang dimuatkan. Namun al-Quran bukanlah sebuah buku cerita yang semata-mata untuk bercerita tanpa arah tuju yang jelas.

Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mu’jizah al-Kubra, al-Quran :

Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah al-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan semata”.22

Page 5: Israiliyyat

Kata al-Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitabnya al-Mu’jizah al-Kubra, al-Quran : Sesungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah al-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan semata”.22

Kata Abu Syahbah : “Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul” (Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al- Tafasir. m.s 305)

Seorang tafsir yang terkenal Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi : “Telah berlaku kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah daripada kalangan Muslimin dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi yang betul dan lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka mempersembahkan kepada para pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai-bagai pendapat, kisah, riwayat dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih daripada kisah-kisah karut, batil, palsu yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah al-israiliyyat dan kisah-kisah ahli kitab”.( Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Ma‘a Qasas al-Sabiqin fi al-Quran 1/31)

Page 6: Israiliyyat

DEFINISI ISRAILIYYAT Hussin al-Dhahabi (al-Israilyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith): Cerita

yang diambil dari sumber Bani Israil. Ia adalah kata jamak dari Israiliyyah dan merupakan nisbah kepada keturunan Yaakub dan Ishak bin Ibrahim yang mempunyai 12 keturunan.

Hussin al-Dhahabi (Tafsir Mufassirun) : Perkataan Israiliyyat digunakan kerana berdasarkan kebiasaan dan dominannya penglibatan orang Yahudi dalam menyebarluas berita-berita palsu berbanding kaum lain.

Solah Khalidi (al-Israiliyyat Mu’asarah) : Istilah yang digunakan oleh orang Islam terhadap sebarang perkhabaran, kisah-kisah dan periwayatan yang tidak benar yang didapati, dicipta dan disebarluas oleh Bani Israel. Dalam konteks kontemporari : Ia merangkumi usaha-usaha tidak baik yang direkacipta seperti cerita karut-marut, khurafat, pendustaan, kesesatan dan shubhah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam di kalangan kaum Yahudi, Nasrani dan Parsi dan Rumawi dan sebagainya yang dicampuradukkan ke dalam Tafsir dan Hadith.

Abdul Wahab Fa’ied (al-Dakhil fi Tafsir al-Qur’an al-Karim) : Dinisbahkan pada Bani Israel yang dinasabkan pada anak-anak Nabi Yaakub a.s dan seluruh keturunannya sehingga zaman Nabi Musa a.s dan seterusnya sehingga zaman Nabi Isa a.s.

Dr. Muhamad bin Muhammad Abu Shahbah (al-Israiliyyat wa al-Mawdu’at fi Kurub al-Tafsir: (Tambahan) Beliau menyatakan bahawa unsur-unsur tidak baik yang dibawa oleh laum Nabi Isa (Masihi) dan kaum Nasrani sangat sedikit juka dibandingkan dengan kaum Bani Israil.

Page 7: Israiliyyat

FAKTOR KEMASUKAN ISRAILIYYAT

1. Sikap para sahabat dan Tabiian dalam membuat pendirian tentang Israiliyyat.

2. Kemasukan para penganut agama lain terutamanya golongan Yahudi dan Nasrani ke dalam agama Islam yang bermotif jahat.

3. Asimilasi dan perkongsian ilmu dalam masyarakat hasil dari pertembungan tamadun dan keilmuan.

Page 8: Israiliyyat

Pembahagian IsrailiyyatMerujuk kepada pembahagian ulamak iaitu Syeikh al-Islam Ibnu

Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.

Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat  dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh

Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya  (maskut anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.

Page 9: Israiliyyat

HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILIYYATTerdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.

Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi S.A.W:

وال تصد قوا  أهل  الكتا ب  و ال  تكذبوهم, وقو لوا  آمنا  بالله  وما  انزل  الينا    

Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...” (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

Hadis ini melarang orang –orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56).

Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis Nabi S.A.W:

بلغوا عنى ولو  آية,  وحدثوا  عن  بنى اسرائيل  ال حرج, ومن  كذب على  متعمدا  فليتبوأ .مقعده  من  النار

Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Page 10: Israiliyyat

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk  kepada Ahli Kitab.

2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor.

3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.

4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.    

Page 11: Israiliyyat

KAEDAH MENGECAM ISRAILIYYAATBukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Namun antara cara yang boleh dijadikan panduan ialah (lihat, Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66.Universiti Islam Madinah) :

Pertama: Pengamatan sanad 1. Rijaal / perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat

seperti Abdullah Bin ‘Amar Bin al-‘Ash, Abu Hurairah dan Abdullah Bin Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabi’in pula seperti Ka’ab Bin al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah, al-Hasan al-Basri dan Mujahid manakala dari kalangan golongan tabi’ tabi’in pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih.

2. Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyaat.

3. Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti “mauquf” kepada sahabat, bukan “marfu’” kepada Nabi S.A.W.

Page 12: Israiliyyat

Kedua: Pengamatan matan 1. Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal

usul kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi serta cerita “الجوت”

2. Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.

3. Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa.

4. Matan memperlihatkan “keterlampauan” ketara seperti cerita  salah seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya kesana kemari sehingga Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu.

5. Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat dari azab banjir besar.

Page 13: Israiliyyat

6. Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi  kesucian “`ashamah” para Nabi dan malaikat seperti dalam cerita keinginan nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat paling kritikal iaitu menangggalkan seluar.

7.  Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita gergasi “’Aaj bin ‘Unuq” dan puak “jabbaarin”.

8.  Matan menceritakan sesuatu yang pelik “gharib” seperti yang menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu.

9.  Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu bani Israil di mana ada yang mengatakan paha, lidah, ekor dan sebagainya.

10.Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari sumber Israiliyyaat samada dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil.

11.Disebut pada matan lafaz-lafaz “tadh’if” atau tamridh yang menjelaskan bahawa ia dianggap lemah.

Page 14: Israiliyyat

Ketiga: merujuk kepada ulamak

Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti:1. Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwa’i

Wan Nihal.

2. At-Thobari dalam kitab Jami’ul Bayan Fi Ta’wili Aayil Quran dan Tarikhul Umami Wal Muluk.

3. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-Jawabus Sahihu Li Man Baddala Diinul Masih.

4. Al Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan Nihayah.

5. Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam   Al-Israiliyyaat Fit Tafsir Wal Hadits   dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirun.

6. Al-‘Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhu’at Fi Kutubit. Tafsir.

7. Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya’.

Page 15: Israiliyyat

Keempat: Merujuk sumber-sumber Yahudi

Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan perbandingan dengan kitab-kitab warisannya ulamak mu’tabar kita dalam soal-soal yang berkaitan dengan Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.

Sumber-sumber Yahudi seperti berikut :1. Kitab Taurat.2. Talmud.3. Kitab-kitab Yahudi yang lain.

Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani yang termuat dalam Kitab Injil tetapi Israiliyyaat di dalam sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi sendiri.

Page 16: Israiliyyat

PENSEJARAHAN ISRAILIYYAT ZAMAN NABI SAWOrang Yahudi dan Nasrani banyak ilmu tentang

Agama kerana Kitab Taurat dan Injil yang ada pada mereka.

Kerajaan Islam Madinah terdapat beberapa penempatan Yahudi seperti Bani Qainuqa’, Quraizah, Nadhir, Khaibar, Tayma’ dan Fadak. Justeru, terdapat petukaran ilmu dan maklumat.

Yahudi telah lantik Nabi sebagai Hakim sebagai rujukan dengan pelbagai tujuan antaranya ialah permainkan, prdebatan, melemahkan atau menguji tentang kebenaran kenabiannya.

Page 17: Israiliyyat

ZAMAN SAHABAT

Sahabat mula mencari pemahaman sesuatu ayat secara mendalam tentang kisah-kisah dalam al-Quran.

Mereka telah banyak merujuk pada para sahabat dari orang-orang Yahudi yang telah masuk Islam seperti Ka’ab bin Akhbar, Wahab bin Munabbih dan Abdullah bin Salam.

Mereka telah menukilkan apa yang mereka telah perolehi dalam kitab Taurat dan tambahannya.

Ibn Abbas juga didapati banyak bersama Kaab dalam hal ini.

Page 18: Israiliyyat

ZAMAN TABI’IN

Tabi’in banyak merujuk kepada Ibn Juraij dalam menafsirkan ayat al-Quran dalam memahami kisah al-Quran.

Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa.

Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan  “ القّص�اص”(al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.

Tujuan asal para sahabat pada awalnya seperti Abdullah bin Umar meriwayatkan untuk menguatkan keterangan dalam menentang Yahudi dan Nasrani, bukan untuk menambah atau mengubah ayat al-Quran. Namun yang dikesali ialah unsur Israilyyat ini telah berpindah dari fungsi ijtihad kepada maksud ta’wil, takhrij dan tafsir dan memalingkan pemahaman ayat kepada makna lain.

Page 19: Israiliyyat

Maka dengan ini terbukalah pintu bagi pengkritik Islam merosakkan makna-makna al-Quran seperti Yuhanna al-Dimisyqi (Nasrani)

Beliau telah meriwayatkan tentang keinginan Nabi memperisterikan Zainab kerana melihat Zainab dalam keadaan yang menghairahkan.

Perkara ini telah meresap dalam Tafsir al-Quran seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari.

Tabi’in juga terlibat dalam mendalami unsur Israiliyyat dan Nasraniyyat. Kebanyakan mereka memasukkan kisah-kisah ini dalam riwayat mereka tanpa mengkajinya terkebih dahulu.

Sebenarnya ini berpunca daripada sikap para Mufassir yang terlalu berbaik sangka pada golongan ahli kitab yang telah masuk Islam.

Page 20: Israiliyyat

KISAH-KISAH ISRAILIYYAT1. Harut dan Marut2. Dawud bunuh Jalut/Talut3. Bina al-Ka’bah4. Al-Masukh5. Tabut6. Kejadian Nabi Adam a.s7. Golongan Jabbarin8. Hidangan dari langit utk Gol. Al-

Hawariyyun9. Musa melihat Tuhan10. Alwah al-Tawrat

Page 21: Israiliyyat

14. Kisah Nabi Idris a.s15. Kisah Nabi Zulkifli dan Yahya dibunuh.16. Nabi Sulaiman dengan Binatang dan Jin17. Lembu Samiri18. Asal kejadian alam19. Godaan pada Nabi Yusuf20. Dan sebagainya….

Page 22: Israiliyyat

KITAB TAFSIR YANG ADA UNSUR CERITA ISRAILIYYAT1. Tafsir al-Kabir : Maqatil bin Sulayman2. Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an : Ibn Jarir al-

Tabari3. Al-Kasysyaf wa al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an : al-

Tha’labi4. Ma’alim al-Tanzil : al-Baghawi5. Al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-Aziz :

Ibn ‘Atiyyah6. Al-Kasysyaf ‘An al-Haqaiq al-Tanzil wa Uyun

al-’Aqawil fi Wujuh al-Takwil : al-Zamakhsyari7. Lubab al-Ta’wil fi Ma’ani al-Tanzil : al-Khazin.8. Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an wa Sab’ al-

Mathani : al-Alusi9. Dan sebagainya ….

Page 23: Israiliyyat

KESIMPULAN Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan

warisan Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis.

Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat.

Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam.

Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak memberi faedah.

Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran.