13
istilah Kata kunci yang mesti digunakan 1. Pembolehubah : berdasarkan pada soalan yang kita lihat / perhatikan atau pada gambar rajah/ pernyataan / jadual yang diberi dalam soalan. - a) Pembolehubah DiManipulasi (PDM) / Manipulated Variables (MV) berbeza’, diubah’, berlainan’ ,‘tidak sama’ ) b) Pembolehubah Bergerak balas (PBB)/ Responding Variables (RV) 'selepas’, ‘keputusan’, ‘hasil’/pemerhatian / ekperimen c) Pembolehubah Dimalarkarkan(PMR)/ Contants Variables (CV) ‘sama’

Istilah Sains Tahun 4 Kssr

  • Upload
    aku

  • View
    116

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tahun 4 sains kssr

Citation preview

istilahKata kunci yang mesti digunakan

1. Pembolehubah :

berdasarkan pada soalan yang kita lihat / perhatikan atau pada gambar rajah/ pernyataan / jadual yang diberi dalam soalan. -

a) Pembolehubah DiManipulasi (PDM) / Manipulated Variables (MV)

berbeza, diubah, berlainan ,tidak sama

) b) Pembolehubah Bergerak balas (PBB)/ Responding Variables (RV)'selepas, keputusan, hasil/pemerhatian / ekperimen

c) Pembolehubah Dimalarkarkan(PMR)/ Contants Variables (CV)sama

PEMBOLEHUBAH (Variables)Penerangan (Explaination)Pemboleh ubah merupakan perkara perkara yang perlu ada dalam menjalankan eksperimen. Analoginya atau diibaratkan seperti gambar rajah di bawah:(Variables are things that we need to do the experiment. It can be said that (analogy) as in the diagram)

Menamakan pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan semua pemboleh ubah yang perlu sama atau tetap dalam penyiasatan.(Naming the manipulated variable, the responding variable and all variables to be held constantly)Menyatakan pemboleh ubah dengan cirinya (kata sifat).(State the variables with its characteristics (adjectives))Contoh (Examples): Bilangan anak ayam (The number of chicks)Saiz bekas (The size of container)Jumlah air (The amount of water)

Bagaimana hendak menjawab (How to answer)

Tiga jenis pemboleh ubah (Three type of variables):1. Perkara yang tidak sama dan berubah pemboleh ubah dimanipulasi (pm).(Thing that is changed what is changed (wtc))Semasa ujikaji/eksperimen : bahan/faktor yang berbeza (tidak sama) dikawal, ditentukan oleh kita sebagai orang yang melakukan ujikaji pada awal eksperimen.(During the fair test : materials/factors that is different, controlled, determined by us as the investigator at the beginning of the experiment)2. Perkara yang diperhatikan/diukur/direkod pemboleh ubah bergerak balas (pb) dan,(Thing that is observed/measured/recorded) what is observed/measured (wto) and,)Selepas suatu ujian/eksperimen : adanya hasil ujian/eksperimen atau penyiasatan, perkara yang bertindak balas apabila kita mengubah pembolehubah dimanipulasikan.(After the fair test : the products of the fair test or investigation, things that react when we change the what is changed.)3. Perkara yang perlu sama/tidak berubah pemboleh ubah dimalarkan (pd). (Things that are kept the same what is kept the same (wks))Bahan/faktor yang sentiasa sama atau dikekalkan sepanjang ujian/eksperimen tetapi jika diubah akan mempengaruhi keputusan eksperimen.(Materials/factors that remain the same or constants throughout the fair test, but can change the last result when it is changed)

Lihat contoh Mee Goreng tadi.(Look at the noodles previously)

BilKemahiran Proses SainsPanduan Menulis Jawapan

1PemerhatianPemerhatian dilakukan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan

2Inferens1. Inferens Tunggal2. Inferen berbanding(pemerhatian) kerana (sebab)Contoh:(Inferens Tunggal)Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup.(Inferens Berbanding)Pokok A layu kerana tidak mendapat baja yang cukup berbanding Pokok B .*letakkan perkataan berbanding..

3Meramal1. Meramal dalam bentuk situasi.Haiwan di kawasan A akan pupus.

2. Mera mal dalam bentuk angka.Kurang dari 10 saat.

4Mentafsir Maklumat1. Tajuk / Tujuan mengaitkan Pembolehubah Manipulasi (PUM) dengan Pembolehubah Bergerakbalas (PUB). satu pernyataan umum.1. Untuk mengkaji hubungan di antara ________PUM_____ dengan _______PUB____Contoh; Untuk mengkaji hubungan di antara panjang tali dengan jumlah hayunan bandul dalam masa 5 minit.

2. Hubungan mengaitkan PUM dan PUB menyatakan PUM memberi kesan kepada PUB menyatakan pola pada PUM dan PUB2. Jika_______(pola)PUM____maka______(pola)_PUB____Contoh;Jika banyak baja maka pokok subur.

3. Pola melihat perubahan pada data dalam bentuk nombor. membaca kedudukan nombor dari kanan ke kiri tahu nilai nombor. menggantikan nilai nombor dengan perkataan tertentu.3. Nombor yang makin besar nilainya dinyatakan Bertambah, Meningkat, Menaik. Nombor yang makin kecil nilainya Berkurang, Menurun Nombor yang kekal nilainya Sama, Kekal, Mendatar, Tidak berubah, TetapContoh;Semakin meningkat

4. Rumusan Membuat kesimpulan dengan menyatakan secara keseluruhan maklumat yang terdapat dalam data. Menulis ayat ringkas tetapi lengkap.5. Pada______PUM_______(pola) PUB manakala pada______PUM_______(pola)PUBContoh:Pada suhu antara 20 C 30 C bilangan biji benih yangbercambah meningkat, manakala suhu 35 C 40 C bilangan biji benih yang bercambah tidak berubah dan pada suhu 45 C ke atas bilangan biji benih bercambah berkurang

BilKemahiran Proses SainsPanduan Menulis Jawapan

5Pembolehubah1. Pembolehubah yang dimalarkan Perkara / faktor yang ditetapkan atau diselaraskan. Mesti dikawal supaya tidak mempengaruhi hasil ujikaji.Pastikan setiap kali menulis pembolehubah mestilah ada parameter.Contoh Menulis Jawapan:Berdasarkan penyiasatan di atas, nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut.Pembolehubah malar : Isipadu airPembolehubah dimanipulasi : Suhu airPembolehubah bergerakbalas: Kuantiti garam yang dilarutkan (g)

2. Pembolehubah dimanipulasi Perkara / faktor yang sengaja diubah-ubah. Memberi kesan /mempengaruhi hasil ujikaji.

3. Pembolehubah bergerakbalas Hasil ujikaji / apa yang berlaku di akhir eksperimen

6Hipotesis

Semakin ........, semakin / Jika ,....... maka / Lebih , ...... lebihContoh;Semakin berat besi, semakin panjang spring.Jika berat besi bertambah, maka semakin panjang spring.

Tips SPS

PEMBOLEHUBAH

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Sesuatu BAHAN atau OBJEK yang terlibat dalam sesuatu eksperimen. Ia melibatkan kuantiti fizik seperti isipadu, suhu, jarak, jisim, masa dan sebagainya.

Terdiri daripada 3 Pembolehubah

PM: Pembolehubah Manupulasi (Manipulated Variable) PB: Pembolehubah Bergerakbalas(Responding Variable) PML:Pembolehubah dimalarkan (Controlled Variable)

Setiap Pembolehubah mestilah dinyatakan UKURAN (Ciri) dan BENDA yang digunakan dalam eksperimen sepertimana contoh dalam jadual berikut: UKURAN (CIRI)OBJEK/ BENDA (BAHAN)

JumlahAir

BentukBekas

SuhuKandang

BilanganBunga

JenisPermukaan

MasaSuis dihidupkan

TinggiBayang-bayang

LuasPermukaan air yang terdedah

IsipaduAir yang disukat

BeratKotak

HIPOTESIS

MEMBUAT HIPOTESISPernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa berdasarkan pemerhatian yang berupa penerangan yang mungkin betul atau tidak.

Hipotesis dibina berdasarkan inferens yang dibuat.

Hipotesis juga boleh merupakan pernyataan hubungan antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.

Untuk membina Hipotesis Murid perlu :Kenal pasti Pemboleh Ubah Manipulasi dan Pemboleh Ubah Bergerak Balas.

Lihat CORAK/POLA/BENTUK dari PM dan CORAK/POLA/BENTUK PB

Hubungkan kedua-dua Pemboleh Ubah dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

Contoh

Semakin bertambah isipadu air = PM

semakin berkurang suhu air. = PB

Semakin bertambah masa air dipanaskan PM

semakin bertambah suhu air PB

Jika panjang tali bertambah PM

maka nada bunyi gitar berkurang PB

Jika jumlah daun berkurang PM

maka tempoh hayat siput berkurang PBPEMERHATIAN & INFERENS

MEMBUAT PEMERHATIAN

Apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat

Pemerhatian:1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

MEMBUAT INFERENS

Suatu penerangan / sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena / peristiwa.

Inferens terbahagi kepada 2 :-

i. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan / Sebab / Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.

Contoh:

Pemerhatian:1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B

ii) Inferens Terkawal/Jitu Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).

Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang diternak oleh Ahmad dalam tempoh lapan minggu

PemerhatianLembu Ahmad lebih besar berbanding minggu pertama

Inferans1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya

PM(Inferens) merupakan penerangan / punca /sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).

MERAMAL

Meramalkan atau menjangkakan apa yang akan berlaku dengan mengektrapolasikan data yang diberi. Murid perlu kenalpasti pola / corak data dan menggunakan kemahiran matematik untuk tujuan pengiraan

Contoh Soalan

Ahmad telah menanam dua pokok cili ke dalam 2 pasu yang berasingan. Pokok Cili di dalam Pasu A telah diletakan di bawah sinaran matahari manakala Pokok Cili dalam Pasu B ditutup dengan sebuah kotak hitam.

Ramalkan apa yang akan berlaku pada Pokok Cili dalam Pasu B selepas satu minggu? Mati / layu

Bil Ketulan AisSuhu Air (C)

0

2

4

6

860

55

50

45

40

Ramalkan suhu air jika 12 ketulan ais dimasukan kedalam bekas tersebut? Jawapan = 30 C (Setiap 2 ketulan ais suhu air akan berkurang sebanyak 5C)

MENTAFSIR DATA MENTAFSIR MAKLUMAT / DATAAdalah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.

Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir DataKemahiranContoh Jawapan

Pola / Corak Menyatakan Pola / Corak yang dikumpulMenaik , menurun atau mendatar

Tujuan

Menyatakan tujuan penyiasatMenyiasat hubungan antara .....pm.... dengan .....pb........

Hubungan / KesimpulanHasil/bukti kebenaran hipotesis setelah diuji melalui ekperimenSemakin ..... pola.... ...pm......Semakin .... pola ..... ... pb ....

RumusanUlasan / penerangan lengkap yang melibatkan PM dan PB semasa ujikajiBoleh menggunakan ayat yang sama sepertimana menjawab soalan hipotesis. Hubungan, kesimpulan

Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir data:Suhu (C)151821242730

Bil Strawberi141722222219

Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)Menaik, mendatar dan menurun

TujuanMenyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberiHubungan/KesimpulanSemakin bertambah suhu Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27Rumusan Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 C hingga 27 C.