Upload
wannoramirah
View
308
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM
PEMBAHAGIAN PUSAKA ORANG ISLAM
DI MALAYSIA.
DISEDIAKAN OLEH
SEH NILAMUDDIN BIN HASSAN
SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
JABATAN KETUA PENGARAH TANAH
DAN GALIAN (PERSEKUTUAN)
PENGENALAN
HARTA PUSAKA
Harta yang ditinggal oleh seseorang
yang mati untuk diwarisi oleh ahli
keluarganya serta yang lain.
Kamus Dewan Edisi Ketiga
Ilmu pembahagian harta pusaka ini
juga dikenali sebagai ilmu faraid atau
Ilmu Pewarisan atau Ilmu at-Tarikah.
FARAID UNTUK MENGHINDARKAN
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).
(Surah al-Nisa’ 4 : 29)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-
“Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh
lapisannya”.
ILMU FARAID
Salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:
“Pelajarilah Ilmu Faraid, dan ajarkanlah ia kepadaorang lain.. Sesungguhnya ia adalah setengah
daripada ilmu dan ia adalah ilmu akan dilupakan, dan ia merupakan ilmu yang mula-mula akan
dicabut daripada umatku”
Merangkumi Kaedah Fekah dan HisabSerta kombinasi 3 ilmu yang disatukan iaitu Ilmu Nasab, Ilmu Fatwa dan IImu
Hisab (Matematik).
Bersumberkan al-Quran,Sunnah dan ijmak.
Ayat 7 an nisaa’
Ayat 11 an nisaa’
Ayat 12 an nisaa’
Ayat 176 an nisaa’
7
KEPENTINGAN ILMU FARAID
• Mengenal pasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris.
• Mengenalpasti bahagian atau saham setiap waris berhak kepada harta pusaka.
• Pengiraan (hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian atau habuan setiap waris melalui kaedah pengiraan (matematik).
8
Senarai waris yang berhak menerimapusaka:
Waris lelaki 15 orang1. Anak lelaki2. Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah3. Bapa4. Datuk sebelah bapa dan keatas5. Saudara lelaki seibu sebapa6. Saudara lelaki sebapa7. Saudara lelaki seibu8. Anak saudara lelaki seibu sebapa9. Anak saudara lelaki sebapa dan ke bawah10. Bapa saudara seibu sebapa11. Bapa saudara sebapa12. Anak bapa saudara seibu sebapa13. Anak bapa saudara sebapa14. Suami15. Tuan
9
Senarai waris yang berhak menerimapusaka:
Waris perempuan 10 orang
1. Anak perempuan2. Cucu perempuan daripada anak lelaki3. Ibu4. Nenek sebelah ibu5. Nenek sebelah bapa6. Saudara perempuan seibu sebapa7. Saudara perempuan sebapa8. Saudara perempuan seibu9. Isteri10.Puan
10
AnakPerempuan
AnakLelaki
Suami/Isteri
Ibu
SIMATI
Bapa
WARIS UTAMA
11
KADAR BAHAGIAN WARIS
WARIS UTAMA
SIMATI
IBU 1/6 BAPA 1/6
ISTERI 1/8
AL AL AP AP
Mendapat baki
CARTA WARIS
BIDANG KUASA
Bidang kuasa Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia adalah bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1) Senarai 1, Jadual Kesembilan yang
memperuntukkan Undang-Undang berkaitan pewarisan harta berwasiat dan tidak
berwasiat adalah terletak di bawah senarai Persekutuan.
Agensi
Nilai dan Jenis Harta
Akta
1. Mahkamah Tinggi Harta Pusaka Besar Ciri-ciri
Nilaian harta >RM 2juta
Harta berwasiat
Akta Probate &
Pentadbiran 1960
2.unit Pembahagian
Pusaka Kecil,
Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan
Galian (Persekutuan)
Harta Pusaka Kecil Ciri-ciri:
Nilaian < RM 2 juta
Ada Tanah sahaja (Harta Tak Alih) atau Tanah dan Harta Alih
Tiada Wasiat Bagi Bukan Islam
Akta (Pembahagian)
Harta Pusaka Kecil
1955 dan Peraturan
HPK 1955
3. Amanah Raya Bhd Harta Pusaka Ringkas Ciri-ciri: Harta alih sahaja Nilaian < RM600,000.00
Akta Perbadanan
ARB
AGENSI TERLIBAT
DAFTAR PERMOHONAN(Borang B/ Kad Biru)
Rujukan kepada Pendaftar Pusat Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur
- setiap permohonan akan direkodkan
- tidak membenarkan permohonan bertindih (kecuali ARB).
- ada halangan – Kaveat (6 Bulan)
Borang C – Putih / Kuning – lesen pembahagian
Mahkamah Tinggi Syariah
Perkara 1, Senarai 2 Perlembagaan memperuntukkan Hukum Syarak dan Undang-Undang diri dan keluarga bagi orang Islam
termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah Senarai
Negeri. Peruntukkan ini sebenarnya terhad kepada penentuan dari segi
bahagian-bahagian waris mengikut faraid, kesahihan wasiat serta hibah, nasab, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang diri simati yang Islam
Kes rayuan Jumaaton & Raja Delila v. Raja Hizaruddin. PengerusiPanel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, telah mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tiada berbidang
kuasa mengenai probet dan pentadbiran pusaka kerana ia terletakdi bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. (1998) 6 MLJ 556.
HARTA PUSAKA KECILBidangkuasa berkenaan dengan harta pusaka kecil diperjelaskan
di bawah seksyen 4(1) Akta berkenaan:-“Kecuali sebagaimana Akta ini memperuntukkan
sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah diturunkan atau terletakhak dalam mana-mana
orang menurut kuasa mana-mana instrumen selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat di bawah Akta ini.”
Seksyen 3(3) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu Akta 98 mentakrifkan harta pusaka kecil seperti berikut:-“ Bagi maksud Akta ini suatu harta pusaka kecil diertinya
suatu harta pusaka simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian harta tak alih yang terletak dalam mana-mana negeri dan tidak melebihi dua juta ringgit dalam nilai total”
PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
Dibuat mengikut kehendak di bawah seksyen 8 (Akta 98)
Mereka yang layak membuat permohonan adalah waris kadim, pemiutang, pembeli, Penghulu atau Pegawai Petempatan mengikut kehendak seksyen
8 Akta 98, Amanah Raya Berhad dan Baitulmal (jika simati tiada meninggalkan waris).
19
HAK DAN KEPENTINGAN AHLI WARIS
19
PRINSIP DAN KAEDAH PEMBAHAGIAN
ISLAM BUKAN ISLAM
HARTA PUSAKA yang boleh dibahagi:
TOLAKBELANJA
KEBUMI
HUTANGWASIAT
SEBELUM HARTA DIFARAIDKAN
21
BELANJA KEMATIAN
• Menguruskan jenazah
Perbelanjaan menguruskan jenazah yang
diiktiraf oleh syarak meliputi yang wajib
sahaja boleh diambil dari harta simati
seperti pembelian peralatan kafan,
keranda, upah memandikan
jenazah,menggali kubur membawa
jenazah ke kubur sama ada diusung atau
dengan kereta jenazah.
22
1. Hutang kepada Allah
– Mengikut mazhab al-Syafie hutang Allah seperi zakat,kifarah,haji hendaklah
didahulukan
2. Hutang kepada manusia,sekiranya si piutang
halal terlepas hutang,jika tidak waris
hendaklah meyelesaikannya.
HUTANG SIMATI
23
WASIAT• Pemberian atau sumbangan harta oleh
seseorang kepada orang atau pihak lain yang mana pemberian tersebut hanya berkuatkuasa setelah pewasiat meninggal dunia.
• Boleh ditarik balik / dibuat wasiat lain.
• Berkuatkuasa setelah pewasiat m/dunia
• Penerima wasiat bersetuju menerima wasiat
HUKUM BERWASIATperingkat awal bagi seseorang Islam yang merasakan dirinya hampir akan mati
adalah wajib. Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud :
“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ada meninggalkan harta (yang banyak, hendaklah dia) membuat wasiat untuk
ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.”
Menurut para ulama ayat perintah di atas telah dimansuhkan dengan turunnya ayat tentang pembahagian harta warisan yang terdapat dalam surah An-Nisa
ayat 7, 11, 12 dan lain-lain. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ashabussunan) yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah telah memberikan haknya kepada setiap yang mempunyai hak, maka tidak ada wasiat bagi ahli waris”
Sabda Rasulullah S.A.W dari hadis yang diriwayatkan At Tarmizi yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan haknya, maka tidak ada wasiat bagi seorang perwaris kecuali jika
dikehendakki oleh para pewaris.”
HUKUM WASIAT KEPADA WARISWasiat kepada ahli waris tidak diharuskan bersandarkan
kepada dalil;Dari Ibnu Abbas; Rasulullah S.A.W telah bersabda: tidakharus wasiat bagi waris melainkan jika dikehendaki oleh
waris-waris. ( Diriwayatkan oleh Ad Daruqutni)
25
KADAR WASIAT – 1/3 BHGSabda Rasulullah S.A.W dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:Dari Saad b Abu Waqas r.a bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya: “ Ya
Rasulullah, sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan. Bolehkah aku wasiatkan
hartaku itu semuanya?”, Rasulullah S.A.W menjawab, “Jangan!” Dia bertanya lagi, “Jika dua pertiga bagaimana?” Baginda menjawad,”Jangan!” Aku
bertanya lagi, “Jika sepertiga?” Baginda menjawab, “Ya, boleh dan sepertiga itu telah banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau
itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kemiskinan, meminta-minta kepada manusia.”
26
RUKUN WASIAT
RUKUN
WASIATPENERIMA
WASIAT
HARTA
SIGHAH
PEMBERI
WASIAT
WASIAT BOLEH DIBATALKAN
•Pewasiat tidak sempurna akal semasa membuat wasiat. Mengikut pendapat jumhur, wasiat sah jika pewasiat itu waras semasa membuat wasiat walaupun ia menjadi gila
kemudiannya sehingga mati.•Pewasiat atau penerima wasiat murtad.
•Wasiat yang tergantung disebabkan bersyarat.•Penarikan atau pembatalan wasiat oleh pewasiat itu sendiri.•Wasiat ditolak oleh penerima selepas kematian pewasiat.•Penerima wasiat mati terlebih dahulu dari pewasiat atau
penerima wasiat belum sempat menerima wasiat walaupun dia mati kemudian dari pewasiat.
•Harta wasiat rosak sebelum berlaku penerimaanya.
HIBAH
28
Pemberian atau sumbangan harta oleh
seseorang kepada orang atau pihak lain
semasa hayatnya
Harta Hibah – bukan lagi milik simati dan
terkeluar dari senarai harta yang boleh
difaraidkan
HIBAH
29
Pemberian pemilik harta kepada orang lain semasa hayatnya - hibah
Menjadi hak pemilik harta untuk membuat hibah
Sunat memberi kepada anak-anak sama banyak
Makruh membahagikan harta kepada anak-anak berlebih kurang. Ada pendapat menyatakan haram sekiranya anak-anak bertelingkah dengan sebab tidak puas hati dengan pembahagian oleh ibu / bapa kepada anak-anak tidak seimbang semasa
HARTA SEPENCARIAN
30
• Hak isteri yang bercerai mati ¼ @ 1/8
• Hak lain – menuntut harta sepencarian
– Mana-mana harta yang diperolehi dalamtempoh perkahwinan – sumbangan isteriwalaupun si isteri tidak bekerja
• Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
– Mensabit dan menentukan kadar hartasepencarian
• Bakinya difaraidkan – si isteri masihmendapat hak faraid
No. Hubungan DenganSimati
Bahagian Mengikut Faraid
Nilai Bahagian Masing-masing
1. Bapa 28 6,666.66
2. Ibu 28 6,666.66
3. Isteri 21 5,000.00
4. Anak Lelaki 26 6,190.48
5. Anak Lelaki 26 6,190.48
6. Anak Perempuan 13 3,095.24
7. Anak Perempuan 13 3,095.24
8. Anak Perempuan 13 3,095.24
Jumlah bahagian/ Nilai
168 RM 40,000.0031
Pembahagian Mengikut Faraid, Simati Ada Bapa, Ibu, Isteri dan Anak-Anak
6/13/201232
No Hubungan Dengan Simati
Bahagian Mengikut Faraid/Sepencarian
Nilai Bahagian Masing-masing
1. Bapa 28 3,333.33
2. Ibu 28 3,333.33
3. Isteri (Faraid) 21 2,500.00
4. Isteri (Sepencarian) 168 20,000.00
5. Anak Lelaki 26 3,095.24
6. Anak Lelaki 26 3,095.24
7. Anak Perempuan 13 1,547.62
8. Anak Perempuan 13 1,547.62
9. Anak Perempuan 13 1,547.62
Jumlah bahagian / Nilai
336 RM 40,000.0032
Bahagian Isteri MengikutHarta Sepencarian dan Faraid
Cara Pembahagian Harta Pusaka Kecil Dibuat
Disamping Akta 98, ada lebih kurang 35 akta berkaitan yang menjadi rujukan PentadbirTanah dan di antaranya adalah:-
• Kanun Tanah Negara 1965 • Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. • Akta Hakmilik Strata. • Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri. • Akta Pengambilan Tanah 1960. • Akta Keterangan, 1950 (disemak 1971) • Akta Tafsiran 1948 & 1967• Age of Majority Act 1971 (Act 21) • Guardianship of Infants Act 1961 (Act 351) • Akta Kontrak 1950 • Trustee Act 1949 (Act 208) • Power of Attorney Ordinance 1949
– Serta mempunya ilmu pengetahuan tentang hukum syarak yang berkaitan iaitu mengenai Hukum faraid, wasiat, hibah, hartasepencarian serta kedudukan sah taraf anak atau anak angkat.
BENTUK-BENTUK PERINTAH PENTADBIR TANAH
• Pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir bagi kes-kes yang melibatkan hutang-hutang si mati, ada tuntutan hibah atauharta sepencarian, harta tak alih yang belum ada hakmilik, harta tak alih yang tidak boleh dipecahbahagi sepertiseperti tanah Felda, melibatkan waris yang bukanwarganegara dan sebagainya. Perintah ini dikeluarkandalam borang F.
• Pembahagian muktamad dalam borang E di mana harta-harta si mati diturunmilik terus kepada waris.
• Perintah muktamad (Borang E) dan Surat Kuasa Mentadbir– di mana ada harta yang boleh dibahagikan terus danharta harta yang hanya diberi Surat Kuasa Mentadbir.
PRINSIP PERBICARAAN BERDASARKAN FARAID
Secara umumnya proses pentadbiran dan pembahagian harta pusaka adalah konbinasi antara hukum syarak dan undang-undang sivil. Siasatan perbicaraan berlandaskan
hukum syarak Seksyen 12(7) Akta 98 menyatakan:-
"Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam carayang paling sesuai, undang-undang yang terpakai
kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklahmemutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalahbenefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan
masing-masing".
SIMATI
TERTIB SIASATAN WARIS (CONTOH)
Nenek nenek datukm/d m/d m/d
Ibum/d
Bapam/d
Isteri
Anak Lelakim/d
Anak Perempuanada
Cucu lelaki Cucu Perempuantiada tiada
SIL/Px
SBL SBP SIBL SIBP
CONTOH PENGIRAAN FARAID
ASABAH
ASABAH
ASABAH
ASABAH
1/8
1/6
1/6
AP - 1 bhg
AP - 1 bhg
AL - 2bhg
A L - 2 bhg
ISTERI
BAPA
IBU
}
}
} 13
}
3
4
4
24
13
13
26
26
18
24
24
144
PENENTUAN HUTANG SI MATISemasa perbicaraan juga, Pentadbir Tanah juga
perlu menyiasat dan memutuskan tentang hutang simati seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 98
Seksyen 13 (1):-
"Di akhir perbicaraan Pentadbir Tanah hendaklahmelalui perintahnya membuat peruntukkan bagi
pembayaran daripada harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan
hutang-hutang si mati sekiranya berbangkit ..."
RUJUKAN BAWAH SEKSYEN 19 AKTA 98
Pentadbir Tanah juga boleh membuat rujukan mengikut kehendak seksyen 19 Akta 98 sekiranya terdapat apa-apa
persoalan berkaitan dengan hukum syarak, termasukHukum Faraid atau apa-apa perkara yang berkaitan
dengannya seperti penentuan nasab, sah taraf anak, pengesahan wasiat, hibah dan sebagainya
"Jika soalan itu berkaitan dengan undang-undang Islam atau adat Melayu atau undang-undang anak watan atau
adat Sabah atau Sarawak, merujuk perkara itu untukmendapat keputusannya kepada pihak berkuasa negeri
(Ruler of the state) di mana daerahnya terletak ataukepada mana-mana orang lain atau kumpulan orang
sebagaimana yang diarahkan oleh Raja itu"
TAKHARUJPenarikan diri daripada menerima bahagian
harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya, dengan memberi bahagianya itu kepada seseorang atau beberapa orang atau kepada kesemua waris lain sama ada secara sukarela atau diberi balasan atau imbuhan
atau dibayar ganti rugi daripada harta waris-waris atau diberi sebahagian daripada harta
pusaka kepadanya.
TAKHARUJ DALAM AKTA 98Seksyen 15 Akta yang antara lain menyatakan:
"(1) Jika Pemungut berpuas hati bahawa semua benefisiari harta pusaka yang telah cukup umur danberkeupayaan telah bersetuju antara mereka kepada cara di mana harta pusaka patut dibahagikan, Pemungut boleh, selepas merekodkan dalam perintah pembahagian terma-terma persetujuan; dan
persetujuan pihak-pihaknya, membahagikan harta pusaka dalam cara yang diperuntukan olehpersetujuan melainkan ia adalah jelas kepada Pemungut adalah tidak adil dan tidak saksama untuk
berbuat demikian."
(2) ...
(3) Jika dua atau lebih benefisiari berhak kepada bahagian dalam mana- mana tanah yang terkandungdalam harta pusaka Pemungut boleh, atas budibicaranya, mengambil perhatian kepada kepentinganorang yang berkenaan dan kepentingan pembangunan tanah dengan baik- (a) menguntukkan lot-lot
berasingan kepada benefisiari-benefisiari individu; (b) ...
Takharuj boleh di bahagikan kepada tiga bentuk;
1. Penarikan diri dengan balasan yang diambil dari harta waris
2. Penarikan diri dengan balasan diambil dari harta pusaka
3. Penarikan diri tanpa balasan secara sukarela.
Penarikan diri ini boleh berlaku oleh seorang atau beberapa orang yang membuat persetujuan dengan;
1. Seorang waris
2. Beberapa waris
3. Kesemua waris
BAITULMALHarta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan-keadaan berikut:
1. Tiada ahli waris yang berhak menerimanya
2. Ahli waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masihterdapat baki harta pusaka
3. Harta si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa
4. Tiada ahli waris langsung.
Akta 98 ada peruntukan di bawah seksyen 13(1) yang menyatakan:-
“....Dengan syarat jika ada undang-undang bertulis yang berkuatkusa berhubungan dengan baitulmal, Pentadbir Tanah
hendaklah sebelum membahagikan apa-apa bahagian harta pusaka seorang simatiberagama Islam memuaskan dirinya bahawa apa-apa
bahagian harta pusaka yang kena dibayar kepada baitulmal telahdibayar sewajarnya atau peruntukan sesuai telah dibuat bagi
pembayarannya.”
ISU DAN MASALAH
1. Tiada Jabatan Khusus– Waris menjadi keliru
• Cadangan Wujud Jabatan. Mahkamah Tinggi Syariah tepatrayuan bagi kes orang Islam
2. Lewat Membuat Tuntutan– Kurang kesedaran
– Masalah waris berlapis
– Kesukaran mendapat dokumen penting
– Tiada kerjasama
– Mengambil hak orang lain• Langkah-Langkah Oleh Seksyen Pembahagian Pusaka - Program
Outreach
IbuAlawiyahm/k 1982
SimatiSidiq Sigaragar
1980
Isteri Chegu Murni
m/k 1985
SIBLEmbong
BAPAm/d
IBUm/d
BAPAAlawi
Osmanc/m
ZailaniSabariahSelamatKasim
SIBP
AzimahAzizah
Kematian Berlapis (Munasakhat)
Program Outreach
• Program ‘Sehari Bersama Waris’– berbentuktaklimat/memberi penerangan
• Seminar dan Dialog Harta Pusaka - seminar kepada ketua-ketua jabatan dan penduduksetempat mengikut daerah
• Projek Kg. Angkat – pemilihan kampung untukditempatkan kakitangan/pegawai dalam tempohtertentu dengan kerjasama JawatankuasaKampung untuk memberikan maklumat secaralangsung bagi menyelesaikan isu pusaka kecil dikampung terbabit.
Inisiatif Transformasi• Pelancaran Permohonan Online Pusaka Kecil oleh YB.Dato Sri Douglas Unggah Embas, Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 07.06.2012. satu alternatif di dalam membantu memberikeselesaan kepada pihak waris menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka. Tanpa perluke Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil semata-mata untuk mengambil borang permohonan dankembali semula untuk mengemukakannya, Sistem ini menyediakan platform pengemukaanpermohonan untuk pemprosesan di mana-mana sahaja tuan-tuan dan puan-puan berada, selagimana internet dapat dilayari.
• Pelaksanaan My SMS 15888 untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuatsemakan status permohonan mereka.
• Pelaksanaan SMS Blast iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang antara lain berfungsi untukmemaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan yang dikemukakan telahpun didaftarkan, meminta pemohon mengemukakan maklumat tambahan jika permohanan tidak lengkap, seterusnya memaklumkan tarikh perbicaraan dan perintah telah dikeluarkan. Perkhidmatan initidak dikenakan apa-apa bayaran.
• Penambahbaikan dalam pelaksanaan sistem perkomputeran iaitu sistem e-TaPP bagi memudahkanpemprosesan permohonan dan penjagaan rekod yang lebih sistematik, efisien dan selamat.
• Integrasi maklumat melalui sistem e-TaPP dengan jabatan kerajaan juga dalam proses pelaksanaan. Agensi berkaitan adalah
– Mahkamah Tinggi, – Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH),– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),– Amanah Raya Berhad– Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan:– Mahkamah Syariah.
3. Masalah Bidangkuasa Mahkamah SyariahKes yang diputuskan di Mahkamah Agung, iaitu Mohamed Habibullah bin
Mahmood lwn Faridah binti Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793, telah mengiktiraf mentadbir pusaka diletakkan di bawah Senarai Kuasa Perundangan
Persekutuan (Senarai 1 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Antara alasan penghakiman dalam kes
ini adalah sebagaimana berikut:“Sungguhpun Senarai 2, Jadual Kesembilan itu menyebut mengenai Hukum Syarak berhubung dengan mewaris harta berwasiat dan tak berwasiat’ dan
‘pembahagian harta’, apabila rujukan dibuat kepada Senarai 1, Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan itu, ini tidak termasuk probet dan surat
mentadbir pusaka. Perkara (e), Perenggan (i) dalam Senarai Persekutuan itu menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang antara lain mengenai ‘perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat mentadbir pusaka’. Kemudian dalam Bahagian (ii), Perkara (a) itu
disebut ‘Perkara yang tersebut dalam Perenggan (1) tidak termasuk undang-undang diri orang-orang Islam berhubung dengan ‘pemberian atau
perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat’. Ini bermakna undang-undang mengenai ‘probet dan surat mentadbir harta’ dimasukkan dalam
Senarai Persekutuan dan bukan ‘Senarai Negeri’ dan oleh kerana itu Badan Perundangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa dalam perkara ‘probet dan surat mentadbir harta’ itu. Inilah sebab undang-undang mengenai ‘probet dan surat mentadbir’ bagi semua
orang di Malaysia terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959.”
4. WASIAT KEPADA WARIS
1. Agen wasiat tumbuh bak cendawan2. Memanipulasikan ayat-ayat wasiat yang awal3. Tidak telus dalam mempromosikan produk4. Menggunakan institusi kewangan.5. Mempromosi wasiat kepada waris sebagai jalan
pintas menyelesaikan tuntutan pusaka.
Orang awam perlu faham bahawa dokumen wasiat adalah ‘raw material’ yang hanya boleh dilaksanakan setelah wasiat
tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dansetelah mendapat perintah perlaksanaan dari Pentadbir
Tanah (jika pusaka Kecil) atau Mahkamah Tinggi Sivil (jikaharta pusaka besar)
5. Masalah Bahagian Waris Tidak Boleh Didaftarkan
Ini adalah kerana adanya halangan dari aspek undang-undang:-1. Hakmilik yang didaftarkan di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960
yang hanya membenarkan dua orang pemilik bersama.2. Halangan memilikki tanah bagi bukan warganegara Malaysia – perlukan
kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.3. Tanah Rezab Melayu yang tidak membenarkan bukan Melayu didaftarkan
sebagai pemilik
Dalam keadaan seperti ini ada beberapa pendekatan diambil untuk menjaga hak-hak waris iaitu:-
Bagi kes pertama di atas, seoarang atau dua orang akan dilantik sebagai Pentadbir Harta simati dan Pentadbir Harta diperintah membahagikan segala bentuk hasil
keuntungan dari harta tersebut mengikut faraid atau mengikut persetujuan bersama ahli waris.
Bagi kes bukan warganegara, waris akan diberi Surat Kuasa Mentadbir untuk tujuan memohon kebenaran dari pihak berkuasa Negeri supaya nama waris yang terbabit boleh didaftarkan atau waris yang lain diberi peluang menebusbeli bahagian waris
berkenaan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui atau mengikut perintah Pentadbir Tanah.
Bagi kes tanah rezab Melayu, waris tiada pilihan untuk menebus bahagian waris berkenaan atau dalam kes tertentu jalan terakhir adalah dengan mendapatkan
perintah kebenaran menjual
6.Pentadbir Harta Yang Tidak AmanahDi dalam kes-kes tertentu seperti contoh di atas, lebih-lebih lagi yang
melibatkan rancangan tanah Felda atau Felcra, isu dan masalah yang sering dibangkitkan ialah Pentadbir Harta yang dilantik tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggongjawab membahagikan segala hasil keuntungan
seperti yang diarahkan. Sikap tamak, tidak menghiraukan hukum, meletak hukum ditangan sendiri dan bergaduh sesama waris, kesemuanya
menyumbang kepada masalah Pentadbir Harta yang tidak amanah. Untuk mengatasi masalah ini, waris yang tidak berpuashati boleh memohon
bicara (seksyen 17 Akta 98) supaya dilantik Pentadbir Harta yang baru mengantikan Pentadbir Harta yang tidak amanah. Isu ini tidak terhenti di sini, malah terdapat banyak permohonan dalam harta pusaka yang sama
untuk membatalkan dan melantik Pentadbir Harta yang baru. Ini seolah-olah tiada kesudahannya. Hendak membenarkan urusan tebus beli bahagian,
nilaian harta agak tinggi dan waris tiada kemampuan. Hendak dilelong atau diperitah jual pula melibat beberapa faktor undang-undang berkaitan. Oleh
itu dicadangkan agensi yang berkenaan terutamanya Felda mengambil tindakan yang lebih drastik termasuk meminda undang-undang berkaitan
agar pihak Felda sendiri boleh mengambil alih atau mentadbir atau membeli bahagian waris untuk diserahkan kepada peneroka yang baru dalam bentuk
pinjaman.
7. Meninggalkan Waris Dengan Sengaja
Isu memberi keterangan palsu atau menipu semasa memberi keterangan bukanlah perkara baru di dalam
mana-mana proses perbicaraan serta perudangan. Walaupun ada undang-undang dan hukuman yang berat akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memberi
keterangan palsu, kes-kes menipu tetap berlaku.
8 Anak Angkat
•Anak angkat dinasabkan kepada simati.•Enggan mengakui dirinya anak angkat•Ibu/bapa angkat mengakui ianya anak kandung•Waris yang sah enggan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk membetulkan keadaan.
9. Waris Hilang (Mafqud)
Waris yang hilang serta gagal dikesan dianggap masih hidup selagi tidak dibuktikan mati. Oleh itu hak waris berkenaan akan dipelihara. Sekiranya
tiada bukti kematiannya, maka hanya Mahkamah Tinggi sahaja yang boleh membuktikan ianya telah mati dan tarikh ia dianggap telah mati ialah pada
tarikh perintah angapan mati dikeluarkan.
Persoalannya:- Adakah Perintah Anggapan Mati Mahkamah Tinggi Syariah boleh digunapakai
untuk tujuan tuntutan harta pusaka?
10. Isu BaitumalTiada keseragaman di antara negeri-negeri dari segi kaedah menebusbeli bahagian baitulmal. Ada yang meminta bahagian baitulmal didaftarkan terlebih
dahulu dan urusan tebusbeli dibuat seperti jualbeli biasa. Ada pihak baitulmal negeri yang mengikut
jumlah nilaian harta yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah dan ada yang ingin membuat penilaian sendiri.
Ada pihak baitulmal negeri yang enggan membuat permohonan walaupun dimaklumkan simati tiada
meninggalkan waris dan ada juga yang enggan membuat bayaran perintah walaupun baitulmal
mendapat bahagian.
Isu dan Masalah Lain
Isu seperti penama dalam KWSP, LUTH dan polisi insuran. Isu dan masalah terpencil yang lain seperti isu kematian serentak, isu waris
khunza, bunuh dengan sengaja atau tidak sengaja, anak dalam kandungan dan lain-lain
isu yang memerlukan pengesahan serta perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah
PENUTUP
• Kesedaran tentang ilmu pembahagian pusaka kini makin meningkat.
• Telah banyak pihak menganjurkan seminar /bengkel dan sebagainya.
• Perkembangan ICT serta maklumat dihujung jari.
• Bidangkuasa perlu diperjelaskan.
• Wujudkan satu jabatan – Mahkamah Tinggi Syariah sebagai badan tempat kes rayuan