Upload
phungthu
View
418
Download
18
Embed Size (px)
Citation preview
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
ISU WAKTU SOLAT LATITUD TINGGI: KAJIAN BERDASARKAN AYAT AL-
QURAN YANG BERKAITAN WAKTU SOLAT.
Noor Hidayah Mohd Zulkifli *, Saadan Man**, Mohd Zambri Zainuddin***
Abstrak
Bagi umat Islam, penentuan waktu solat lima waktu adalah piawai kerana waktu solat
ditetapkan mengikut peredaran matahari dan tidak mengikut selang masa yang tetap.
Putaran bumi sehari semalam serta pergerakan ketara matahari daripada terbit hingga
terbenam dan terbit semula merupakan faktor penting dalam penentuan waktu solat. Namun
demikian, bagi umat Islam yang menetap di negara-negara yang berlatitud tinggi, terdapat
beberapa masalah dalam menentukan waktu solat kerana kawasan tersebut dikategorikan
sebagai kawasan yang tidak normal. Ini disebabkan perubahan siang dan malam di
kawasan-kawasan ini berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat atau tidak akan berubah
langsung. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik masalah penentuan waktu solat di latitud
tinggi melalui ayat al-Quran. Kajian dilakukan dengan menganalisa ayat al-Quran dan juga
hadis yang berkaitan solat secara umum dan penentuan waktu solat secara khusus. Hasil
daripada penelitian yang dibuat, banyak dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi yang
menerangkan isu waktu solat di latitud tinggi.
Kata kunci: ayat al-Quran, hadis Nabi, waktu solat, latitud tinggi, peredaran matahari,
* Tutor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 03-79676011 (pej.), (603) 79676141 (fax),
** Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 03-79676027 (pej.),
*** Professor di Jabatan Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya, 03-79674100 (pej.), [email protected]
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Pendahuluan
Solat adalah ibadah utama bagi umat Islam dan kefarduan menunaikannya sebanyak lima
waktu sehari semalam tidak perlu dipersoalkan lagi. Solat adalah tiang agama yang wajib
dipelihara tidak kira di mana sahaja kita berada. Allah SWT telah menentukan setiap ibadat
wajib dan fardu itu tempat serta waktunya yang tertentu. Begitu juga dengan ibadah solat,
yang mana telah ditetapkan waktu untuk menunaikannya sebagai mana firman Allah SWT
dalam surah al-Nisa‟:
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,
maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu
berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila
kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka
dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan
atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Al-Nisa‟ (4): 103
Untuk itu, Allah SWT telah memberi panduan melalui firmanNya dan melalui utusanNya,
Nabi Muhammad SAW mengenai kaedah menentukan waktu solat.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Penentuan Waktu Solat
Mengetahui masuknya waktu solat merupakan salah satu daripada syarat sah ibadat
solat. Oleh itu, pengetahuan untuk mengenal pasti bilakah waktu solat bermula dan berakhir
adalah wajib bagi setiap muslim. Perkara ini bertepatan dengan prinsip “Setiap sesuatu yang
tidak sempurna perkara wajib tanpanya, maka ia adalah wajib”. Menurut Ibn Qayyim, jika
“waktu” itu tidak menjadi syarat menentukan sahnya solat seseorang, maka tidak ada beza
sama ada mengerjakan solat itu sebelum masuk waktu atau setelah habis waktunya.1
Penentuan waktu solat telah diterangkan dalam kitab fiqh yang mana setiap waktu
ditentukan dengan merujuk kepada pergerakan matahari sepanjang. Namun begitu, bagi
memudahkan umat Islam, ahli falak telah mengasaskan formula matematik untuk mengira
waktu solat sepanjang tahun. Dengan yang demikian, umat Islam tidak perlu memerhatikan
kedudukan matahari setiap hari untuk mengetahui waktu solat dan hanya perlu merujuk
taqwim solat. Di Malaysia, taqwim solat diterbitkan oleh jabatan-jabatan mufti setiap negeri
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Pembahagian lima waktu solat dalam sehari semalam adalah melibatkan pergerakan
matahari yang mana bagi menentukan setiap waktu solat, kedudukan matahari menjadi
rujukan utama. Perkara ini dapat dilihat daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang
menerangkan mengenai waktu solat.
Dalil al-Qur‟an
”Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap
malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh
itu disaksikan (oleh malaikat).”
1 Ibn Qayyim al-Jawziyah, Muhammad ibn Abi Bakr (1982), Kitab al-Salah wa Hukm Tarikuha. Beirut: Dar al-
Kutub al-`Ilmiyah, h. 38.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
al-Isra‟(17): 78
“Oleh itu, bersabarlah Engkau (Wahai Muhammad) akan apa yang
mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum
matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada
saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya
Engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan).”
Taha (20): 130
Dalil Hadis
Daripada Abdullah Bin Amru bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Waktu Zuhur bermula apabila gelincir matahari sehingga panjang
bayang sesuatu objek sama panjang dengan dengan objek tersebut.
Waktu Asar pula selagi mana matahari belum kekuningan. Waktu
maghrib pula selagi mana tidak hilang cahaya mega merah (syafaq
ahmar). Dan waktu Isyak (bermula apabila hilang syafak ahmar)
sehingga tiga perempat malam. Waktu Subuh bermula dari terbitnya
fajar dan berakhir apabila terbit matahari. Apabila telah terbit
matahari maka dilarang mendirikan solat kerana terbitnya di antara
dua tanduk syaitan.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Nabi SAW didatangi oleh
Jibril a.s katanya kepada Nabi: “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka
dirikan solat Zuhur ketika gelincir matahari (masuk waktu Zuhur).
Kemudian Jibril datang lagi kepadanya waktu pada waktu Asar
katanya : “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Asar
ketika panjang bayang sama dengan tinggi objek. Kemudian Jibril
datang lagi pada waktu Maghrib, katanya: “Bangun! Dirikanlah
solat”. Mereka dirikan solat maghrib ketika terbenam matahari.
Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Isyak, katanya: “Bangun!
Dirikanlah solat”. Mereka dirikan solat Isyak ketika hilang syafak
(Syafak Ahmar). Kemudian Jibril datang lagi pada waktu fajar
(Subuh) ketika fajar bercahaya (fajar sadiq) atau disebut berkilauan
(memancar) fajar. Kemudian Jibril datang keesokan hari bagi waktu
Zuhur, katanya “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka solat Zuhur
ketika sesuatu bayang tinggi menjadi tinggi sepertinya. Kemudian
Jibril datang pada waktu Asar, katanya “Bangun! Dirikanlah solat”.
Mereka solat Asar ketika panjang bayang menjadi dua kali objek.
2 Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no. Hadith 14129, j.4,
Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy, h. 281.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Kemudian Jibril datang lagi pada waktu Maghrib sama seperti waktu
sebelumnya. Kemudian Jibril datang pada waktu Isyak ketika selepas
separuh malam atau disebut sepertiga malam, mereka dirikan solat
Isyak. Kemudian Jibril datang ketika langit kekuningan yang amat
sangat (cahaya benar), katanya “Bangun! Dirikanlah solat”. Mereka
dirikan solat fajar, kemudian Jibril berkata “Saat diantara dua waktu
ini adalah waktu solat”.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam an-Nasaie, Imam at-Tirmidzi
dan kata Imam al-Bukhari, itulah waktu solat yang paling tepat iaitu
Jibril menjadi Imam.)
Fenomena Siang dan Malam serta Kaitannya dengan Waktu Solat
Siang dan malam terhasil dari putaran bumi sambil mengelilingi matahari. Dalam
tempoh satu hari, sebanyak lima waktu solat yang akan ditempuh iaitu bermula dari waktu
subuh hinggalah waktu isyak. Kedudukan matahari bagi setiap waktu solat ditunjukkan
melalui gambar rajah di bawah.
Rajah: Kedudukan matahari bagi setiap waktu solat
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Sebagaimana yang digambarkan, waktu-waktu solat setiap hari adalah bergantung
kepada gerakan matahari, iaitu dua pada waktu siang (matahari di atas ufuk) dan tiga pada
waktu malam (matahari di bawah ufuk).3 Waktu-waktu solat tersebut ialah:
1) Zuhur : siang
2) Asar : siang
3) Maghrib : malam
4) Isyak : malam
5) Subuh : malam
Kaedah menentukan waktu solat yang terdapat di dalam al-Qur‟an dan Hadis adalah
piawai bagi umat Islam seluruh dunia. Ini kerana waktu solat ditentukan berdasarkan
kedudukan matahari dan bukannya bergantung pada selang masa yang tetap. Oleh sebab itu
penentuan waktu solat tidak diterangkan berdasarkan berapa sudut ketinggian matahari, tetapi
hanya dijelaskan berdasarkan panjang bayang dan keadaan langit.
Bagi waktu Zuhur dan asar, ketinggian (altitud) matahari di langit tidak ditetapkan
tetapi hanya digambarkan melalui perubahan bayang.
4
“Kemudian Jibril datang keesokan hari bagi waktu Zuhur, katanya:
Bangun! Dirikanlah solat. Mereka solat Zuhur ketika sesuatu bayang
tinggi menjadi tinggi sepertinya.”
5
3 Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,h.132.
4 Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no. Hadith 14129, j.4,
Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy, h. 281.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
“Kemudian Jibril datang kepada Nabi di waktu Asar lalu berkata:
“Marilah solat”. Lalu ia solat Asar di waktu bayangan tiap-tiap
sesuatu jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya.”
Begitu juga bagi waktu isyak dan subuh, kedudukan matahari di bawah ufuk tidak ditetapkan
ukurannya (darjah) tetapi hanya dikenal pasti dengan melihat serakan cahaya di atas ufuk.
6
“Kemudian Jibril datang lagi pada waktu isyak, katanya: Bangun!
Dirikanlah solat. Mereka dirikan solat isyak ketika hilang syafaq
(syafaq ahmar).”
“Waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan berakhir apabila
terbit matahari”
Jika diperhatikan, altitud matahari untuk menentukan waktu solat (kecuali waktu
maghrib) tidak sama bagi semua tempat di muka bumi kerana ia mengikut latitud kawasan
yang berbeza. Semakin tinggi latitud sesebuah negara, semakin panjang bayang yang terhasil
ketika istiwa. Waktu solat juga sentiasa berubah kerana ianya bergantung kepada deklinasi
matahari yang ternyata berubah sepanjang tahun. Oleh yang demikian, penentuan waktu solat
menggunakan formula matematik digunakan untuk mengetahui waktu solat sepanjang tahun.
Terdapat hadis yang menunjukkan penentuan waktu solat di kawasan latitud tinggi
yang mana panjang bayang ketika masuk waktu asar lebih panjang (disebabkan altitud
matahari yang rendah) berbanding panjang bayang di kawasan latitud rendah. Berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah yang dipetik daripada Musnad Imam
Ahmad, ada dua situasi yang menunjukkan masuknya waktu Zuhur dan Asar iaitu:
5 Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no. Hadith 14129, j.4,
Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy, h. 281. 6 Ibid., h. 281.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
a) Waktu Zuhur bermula apabila ;
i. gelincir matahari
“Lalu ia melakukan solat Zuhur di waktu matahari telah condong
(tergelincir)....
ii. sama panjang dengan tiang
“Lalu ia solat zuhur, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu jadi
sama panjangnya dengan keadaan dirinya....
b) Waktu asar bermula apabila ;
i. bayang sama panjang dengan tiang
“Lalu ia solat Asar di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu jadi sama
panjangnya dengan keadaan dirinya....
ii. bayang dua kali panjang tiang
“Lalu ia solat di waktu Asar, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu
jadi dua kali panjang daripada dirinya....
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Menurut kaedah fiqh, waktu solat yang ditunaikan Rasulullah bagi kedua-dua hari
daripada hadith tersebut adalah merupakan waktu bagi bermula dan berakhirnya waktu solat
Zuhur dan Asar. Namun demikian, apabila kajian dilakukan hadith berdasarkan dua situasi
yang berbeza bagi masuknya waktu Zuhur dan Asar ini juga menunjukkan perbezaan ukuran
bayang bagi bermulanya waktu solat bagi kawasan khatulistiwa dan di kawasan latitud tinggi.
Waktu Solat Latitud Tinggi
Secara purata, tempoh malam dan siang di bumi ialah 24 jam. Bagi kawasan atau
negara-negara yang berada di garisan khatulistiwa dan yang berhampiran dengannya, tempoh
siang dan malam adalah masing-masing 12 jam. Namun begitu pembahagian siang dan
malam ini menjadi tidak seimbang apabila sesuatu kawasan menjauhi khatulistiwa. Menurut
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, solat itu walaupun singkat waktunya tetapi hendaklah lengkap
pelaksanaannya ( 7
Bagi kawasan berhampiran khatulistiwa, tanda-tanda bagi menunjukkan bermulanya
waktu solat sentiasa wujud setiap hari. Contohnya, bagi waktu Zuhur kita dapat mencerap
bayang setelah matahari melintasi meridian iaitu selepas waktu istiwa‟. Bagi waktu subuh
dan isyak, fajar sadiq dan mega merah (fajar senja) dapat dipastikan dengan jelas. Namun
demikian, bagi kawasan yang jauh daripada khatulistiwa, tanda-tanda yang menunjukkan
bermulanya waktu solat ini semakin sukar dikenal pasti dan ada kalanya memang tidak
wujud.8
Gerakan matahari dari arah timur ke barat setiap hari berpunca daripada pusingan
bumi di atas paksinya dari arah barat ke timur. Perubahan deklinasi matahari juga disebabkan
7 Ibn Qayyim al-Jawziyah, Muhammad ibn Abi Bakr (1982), Kitab al-Salah wa Hukm Tarikuha. Beirut: Dar al-
Kutub al-`Ilmiyah, h. 38. 8 Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf al-„Alamat al-
Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-Majma‟ Al-
Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles pada 21-22 Mei 2009), h. 99.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
oleh gerakan bumi dalam orbitnya.9 Bumi membuat satu orbit yang hampir bulat
mengelilingi matahari dalam tempoh setahun. Oleh sebab itu, semasa bumi beredar pada
orbitnya, setiap kutubnya akan berganti-ganti senget ke arah dan keluar dari matahari. 10
Ini
disebabkan kecondongan paksi bumi sebanyak 23.5° mengelilingi matahari yang menjadikan
sesetengah kawasan menerima cahaya matahari lebih lama dan malam akan menjadi singkat.
Pada keadaan ini kawasan tersebut mengalami musim panas.
Sebaliknya, jika berada pada musim sejuk kawasan tersebut akan menerima cahaya
matahari dalam tempoh yang singkat dan malam akan menjadi panjang. Perubahan musim
yang berlaku di muka bumi ini membuktikan kekuasaan Allah dan merangsang pemikiran
para ilmuan untuk mencari rahsia disebalik keajaiban ciptaanNya. Perkara ini diterangkan
dalam firman Allah:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
Ali-„Imran (3): 190
Menurut Ibn Katsir, pertukaran malam dan siang ini ialah pertukaran tempoh panjang
dan pendek bagi urutan malam dan siang.11
Imam Sha‟rawi berpendapat ayat ini merupakan
rahsia Allah yang memiliki banyak tafsiran. Pada dasarnya ia bermaksud mengurangkan
salah satu daripadanya (malam atau siang) iaitu sama ada siang lebih panjang daripada malam
9 A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran. Wan Ahmad Wan Omar & Zainal Ashirin Shahardin
(terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 224. 10
Ibid., h. 224. 11
Abi al-Fida‟ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-„Azim, j. 1. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, h.
438-442.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
atau malam lebih panjang daripada siang.12
Fenomena ini menunjukkan keluasan rahmat
Allah dan menjadi tanggungjawab kepada ulul albab (mereka yang berakal) untuk mengamati
kejadian ini dan kesannya terhadap ibadah umat Islam.
Tanda-tanda bagi waktu solat yang telah dijelaskan sebelum ini hanya wujud setiap
hari di zon biasa. Semakin jauh sesuatu kawasan daripada khatulistiwa sama ada Utara atau
Selatan, sebahagian daripada tanda-tanda tersebut akan terganggu dan sebahagiannya
mungkin akan hilang dalam tempoh beberapa hari.13
Di sinilah terjadinya masalah apabila
waktu subuh dan isyak sukar untuk ditentukan apabila matahari terbenam di bawah ufuk
tetapi terbit semula sebelum sampai kepada sudut yang menunjukkan masuknya waktu isyak
iaitu 18° dan subuh 20°.
Kesukaran menentukan waktu isyak dan subuh ini disebut secara umum di dalam al-
Quran yang mana Allah menjelaskan mengenai ”penyaksian keistimewaan” waktu subuh.
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga
waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh
Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan
(keistimewaannya)”
Al-Isra‟ (17): 78
Perkataan “disaksikan (keistimewaan)” dalam ayat di atas selain daripada
menganjurkan umat Islam supaya bangun di waktu malam dan beribadah, ia juga dapat
menerangkan mengenai penentuan waktu subuh di kawasan latitud tinggi. Penekanan harus
12
Sha`rawi, Muhammad Mutawalli (1991), Tafsir al-Sha`rawi:Khawatir Fadilat al-Shaykh Muhammad
Mutawalli al-Sha`rawi hawla al-Qur'an al-Karim, j.4. Kaherah: Akhbar al-Yawm, Idarat al-Kutub wa-al-
Maktabat, h. 1958-1963 13
Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf al-„Alamat al-
Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-Majma‟ Al-
Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles pada 21-22 Mei 2009), h. 99.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
diberikan kepada waktu bermulanya subuh kerana „fajar sadiq‟ agak sukar ditentukan apabila
berada di kawasan latitud tinggi.
Terdapat kawasan di muka bumi ini yang mana fenomena fajar sadiq sangat misteri
dan istimewa berikutan kesukaran untuk mengenal pasti bilakah waktu subuh akan tiba.
Dapat disimpulkan di sini bahawa pergerakan ketara matahari telah menyebabkan fenomena
ini terjadi kerana deklinasi terbit dan terbenamnya sentiasa berubah sepanjang tahun. Hal ini
dibuktikan dari firman Allah:
”Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan
yang memelihara kedua tempat terbenamnya.”
Al-Rahman (55): 17
Salah satu riwayat menerusi Tafsir al-Alusi yang mentafsirkan ayat 17 surah Al-Rahman :
“Apa yang dikeluarkan keseluruhan daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan daripada
Mujahid, Qatadah, dan Ikrimah ialah dua tempat terbit adalah merujuk kepada waktu musim
dingin dan waktu musim panas, begitu juga dengan dua tempat terbenam yang mana ia juga
merujuk kepada waktu musim dingin dan musim panas tanpa menyebut matahari semata-
mata. Dikatakan, dua tempat terbit adalah bagi matahari dan bulan dan tempat terbenam
juga untuk kedua-duanya.”
Menurut Tafsir al-Quran al-„Azim (Tafsir Ibn Kathir), dua tempat terbit dan dua tempat
terbenam matahari bergantung kepada pergerakan matahari menurut penglihatan penduduk
bumi.14
Perkara ini sangat berkait rapat dengan penentuan waktu solat kerana umat Islam di
seluruh dunia menentukan waktu solat berdasarkan pergerakan matahari.
Jika tempat terbit dan terbenam matahari pada musim panas berbeza dengan musim
sejuk, sudah pastilah kedudukan matahari bagi waktu solat juga berbeza pada musim-musim
tertentu.
14
Abi al-Fida‟ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-„Azim, j. 4. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, h.
272-273.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Kedua tempat terbit matahari ialah:
1. Dari titik timur dan semakin ke utara, atau azimuth antara 0° hingga 90°
2. Dari titik timur dan semakin ke selatan, atau azimuth antara 90° hingga 180°
Kedua tempat terbenam matahari ialah:
1. Dari titik barat dan semakin ke utara, atau azimuth antara 270° hingga 360°
2. Dari titik barat dan semakin ke selatan, atau azimuth antara 180° hingga 270°
Kejadian empat musim amat memberi kesan terhadap penentuan waktu solat. Perkara
ini ternyata berlaku di kawasan-kawasan yang berada jauh dari khatulistiwa. Kawasan ini
dikenali dengan kawasan latitud tinggi. Negara-negara latitud tinggi yang mengalami
kesukaran untuk menentukan waktu solat dikelaskan kepada negara terletak melebihi 48°
Utara dan 48° Selatan. Penentuan waktu solat di kawasan berlatitud tinggi ini merupakan
salah satu daripada ujian Allah kepada umatnya bagi melihat kesungguhan umatnya untuk
beribadat dan menunaikan suruhanNya. Menurut imam Syafie, walaupun waktu solat telah
lupus, kefarduan menunaikan solat itu tidak sama sekali hilang.15
Had Pembahagian Hilangnya Tanda-tanda Masuk Waktu Solat16
1) Dari garisan khatulistiwa, 0° hingga latitud 48.6° Utara dan Selatan. Di kawasan ini,
kebanyakan tanda masuk waktu solat jelas kelihatan. Namun begitu, bagi kawasan
yang berhampiran latitud 48.6°, waktu isyak akan berpanjangan dan waktu subuh
hanya sebentar iaitu semasa musim sejuk.
2) Dari latitud 48.6° hingga latitud 66.6° Utara dan Selatan. Di kawasan ini, tanda bagi
masuknya waktu subuh dan isyak tidak kelihatan untuk beberapa hari.
15 Ahmad Badruddin Khassun (2003), Mawsu‟ah al-Imam al-Shafii, j. 2, Damsyik: Dar Qutaibah, h. 45. 16 Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf al-
„Alamat al-Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-
Majma‟ Al-Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles pada 21-22 Mei 2009), h. 99.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
3) Kawasan melebihi latitud 66.6° Utara dan Selatan. Di kawasan ini, siang atau malam
berlarutan sepanjang hari untuk satu tempoh waktu yang lama. Oleh itu, tanda bagi
kebanyakan waktu solat akan hilang. Contohnya, jika siang berpanjangan maka
matahari tidak terbenam dan waktu maghrib, isyak, serta subuh tidak dapat dikenal
pasti.
Semakin jauh sebuah negara itu dari garisan khatulistiwa, semakin lama tempoh bagi
fajar subuh dan fajar senja sukar untuk dibezakan. Perkara ini dapat dijelaskan melalui jadual
di bawah:
Jadual: Fajar subuh dan fajar senja bertindih di Negara berlatitud tinggi17
Latitud (Utara) Tempoh masa fajar subuh dan fajar senja bertindih
(sukar dibezakan)
50 11 Jun - 1 Julai
51 25 Mei - 17 Julai
52 21 Mei - 24 Julai
53 15 Mei - 27 Julai
54 13 Mei - 31 Julai
55 9 Mei - 3 Ogos
56 5 Mei - 9 Ogos
57 1 Mei - 11 Ogos
58 29 April - 15 Ogos
59 25 April - 17 Ogos
60 21 April - 24 Ogos
Sumber: Artikel The Islamic Prayer Times – Computational Philosophy with
Particular Reference to the Lack ofTwilight Cessation at Higher Latitudes
17 Tariq Muneer ( )The Islamic Prayer Times – Computational Philosophy with Particular Reference to the Lack
of Twilight Cessation at Higher Latitudes, h. 5, lihat http://www.jas.org.jo/muneer/
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Terdapat banyak cadangan yang diutarakan untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Namun begitu, dalam Majlis Syariah Islam, Rabitah al-Islami yang diadakan pada tahun 1982,
terdapat empat resolusi yang telah dicapai mengenai penentuan waktu solat di negara-negara
berlatitud tinggi ini:
Jadual: Resolusi bagi masalah penentuan waktu solat latitud tinggi18
Kawasan Resolusi
1) Negara-negara di latitud
melebihi 45º Utara dan
Selatan
Menggunakan waktu-waktu yang ditentukan di
kedudukan latitud 45º sahaja, tetapi menggunakan
longitud tempatan
bandar Stockholm yang terletak di latitud 59.40º Utara
dan longitud 17.55º Timur, waktu solat dan imsak yang
boleh digunakan ialah waktu yang diberikan pada
kedudukan latitud 45º Utara dan longitud 17.55º Timur
2) Waktu siang ataupun
malamnya berpanjangan
selama 24 jam
Waktu solat dan imsak di kawasan-kawasan berhampiran
kutub di mana sepatutnya dihisab berdasarkan kawasan
yang siang dan malamnya dapat dibezakan dalam masa
24 jam.
3) Kawasan-kawasan di
mana masa senja
bercantum dengan fajar
(tidak mengalami
hilangnya mega merah)
Penentuan waktu isyak, imsak, dan subuh boleh
ditentukan mengikut waktu terakhir musim sebelumnya
dalam keadaan mega merah dan fajar sadiq dapat
dibezakan dengan jelas.
4) Kawasan-kawasan di
mana waktu siang atau
malamnya terlalu
panjang seperti kawasan
yang mengalami 21 jam
siang atau 22 jam malam
atau sebaliknya.
Waktu solat di perlulah dilakukan mengikut waktunya.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor, Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat
18
Jabatan Mufti Selangor (2005), Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat, Shah Alam: Jabatan Mufti
Selangor, h. 29-30.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Bagi penentuan waktu solat di daerah kutub, masalah ini boleh diqiyaskan dengan
orang yang tertidur atau pengsan iaitu tidak dapat menyedari perubahan waktu. Fenomena
fajar senja dan fajar pagi yang berlaku secara tiba-tiba boleh dianggap sebagai perubahan
yang tidak dapat disedari. Situasi ini diqiyaskan dengan keadaan seseorang yang tertidur pada
waktu Maghrib, sehingga tidak menyedari masuknya waktu Isyak dan hanya terjaga pada
waktu Subuh. Dalam keadaan yang demikian, individu yang telah terbangun itu wajib segera
melakukan solat Isyak dan seterusnya solat Subuh.19
Kesimpulan
Konsep pergerakan matahari bagi kawasan latitud tinggi telah diterangkan secara
umum di dalam al-Quran dan hadis. Dengan memahami pergerakan matahari sepanjang
tahun dan kesannya terhadap bumi, mudah bagi umat Islam untuk mengenal pasti bila
masuknya waktu solat. Namun demikian, perlaksanaan solat di kawasan latitud tinggi yang
menjadi persoalan telah menjadi cabaran kepada para ilmuan dan ahli falak. Di sinilah
kesatuan antara ahli sains dan ahli fiqh dapat dilihat dalam usaha mencari jalan penyelesaian
terbaik bagi kaedah penentuan waktu solat di latitud tinggi.
Kejadian empat musim yang berlaku ternyata memberi hikmah kepada penduduk di
latitud tinggi. Di sebalik kesukaran untuk menentukan waktu solat, Allah telah memberikan
keringanan kepada umatNya. Sekiranya penduduk bumi di sesuatu kawasan sama ada di
Utara atau Selatan berterusan dalam musim sejuk atau musim panas sepanjang tahun, sudah
tentulah akan memberatkan umat Islam dalam menunaikan ibadah solat disebabkan kesukaran
menentukan waktunya. Kaedah-kaedah penyelesaian yang dikemukakan juga memberikan
keringanan kepada umat Islam yang tinggal di kawasan latitud tinggi.
19
Susiknan Azahari (2004), Ilmu Falak, Perjumpaan Khazanah Islam dan Sains Moden, Yogyakarta: Suara
Muhammadiyah, h. 71.
Seminar Wahyu Asas Tamadun (Swat 2011) Universiti Sains Islam Malaysia
Bibliografi
A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran. Wan Ahmad Wan Omar & Zainal
Ashirin Shahardin (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Abi al-Fida‟ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-„Azim, j. 4. Beirut: Dar Ihya' al-
Turath al-`Arabi
Ahmad Badruddin Khassun (2003), Mawsu‟ah al-Imam al-Shafii, j. 2, Damsyik: Dar
Qutaibah
Ahmad Ibn Hanbal (1993), Musnad Imam Ahmad, ”Bab Musnad Jabir bin Abdillah”, no.
Hadith 14129, j.4, Beirut: Dar Ahya‟ Al-Turath Al-‟Arabiy
Audah, Muhammad Shawkat (2009), “Taqdir Mau‟idi Solah al-Fajr wa al-„Isya‟ „inda Ikhtilaf
al-„Alamat al-Falakiyyah fi al-Mintaqah ma bayn Khoti „Ardh 48.6° wa 66.6°,(Kertas
Kerja Ijtima‟ Lajnah Al-Majma‟ Al-Fiqhiy/Rabithah al-„Alam al-Islamiy di Bruxelles
pada 21-22 Mei 2009),
Ibn Qayyim al-Jawziyah, Muhammad ibn Abi Bakr (1982), Kitab al-Salah wa Hukm
Tarikuha. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah
Jabatan Mufti Selangor (2005), Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat, Shah Alam:
Jabatan Mufti Selangor
Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah, Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia
Sha`rawi, Muhammad Mutawalli (1991), Tafsir al-Sha`rawi:Khawatir Fadilat al-Shaykh
Muhammad Mutawalli al-Sha`rawi hawla al-Qur'an al-Karim, j.4. Kaherah: Akhbar al-
Yawm, Idarat al-Kutub wa-al-Maktabat
Susiknan Azahari (2004), Ilmu Falak, Perjumpaan Khazanah Islam dan Sains Moden,
Yogyakarta: Suara Muhammadiyah
Tariq Muneer ( )The Islamic Prayer Times – Computational Philosophy with Particular
Reference to the Lack of Twilight Cessation at Higher Latitudes