Upload
nguyenmien
View
227
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “PERJALANAN SERIBU RAHMAT”
23 MEI 2014M / 23 REJAB 1435H
____________________________________________________
.
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan
sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang
kepada tali Allah SWT yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai
hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah
dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh
barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan
amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha
Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita
sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Ali-
‘Imran ayat 103:
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,
dan janganlah berpecah belah”.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“PERJALANAN SERIBU RAHMAT.”
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Hari ini kita masih lagi berada pada bulan Rejab yang mana di dalamnya
terdapat satu tarikh yang merupakan tarikh penting dan bersejarah dalam
taqwim Islam. Umat Islam rata-rata mengetahui pada tarikh ini berlaku
satu peristiwa besar terhadap Nabi Muhammad SAW di sepanjang hayat
Baginda yang telah menerima jemputan istimewa daripada Allah SWT
setahun sebelum Baginda SAW berhijrah ke Madinah. Pada malam 27
Rejab itu, Rasulullah SAW telah di Isra’ dan di Mikraj melalui perjalanan
yang jauh hingga kepada satu alam yang tinggi di Sidratul Muntaha. Umat
Islam yang beriman wajib mempercayai dan meyakini bahawa peristiwa
Isra’ ini telah benar benar terjadi kepada Rasulullah SAW dan perkara ini
telah dinyatakan dalam al-Quran melalui ayat pertama surah al-Israa’ :
Maksudnya : “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya
Muhammad pada suatu malam hari dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil
Aqsa di Palestin, yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan dan
kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.”
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Sebagai seorang muslim beriman, meletakkan kepercayaan dan keyakinan
sahaja tidak mencukupi. Namun apa yang perlu kita lakukan adalah
bermuhasabah dan menyingkap lebih jauh hikmah di sebalik kejadian
tersebut. Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu melainkan ada
hikmah dan kebaikan di dalamnya. Melalui Isra’ Mikraj, Allah SWT ingin
membuktikan bahawa agama di sisi-Nya adalah Islam dan mereka yang
tidak berpegang kepada agama-Nya adalah orang-orang yang rugi
sebagaimana yang dijelaskan dalam firman-Nya ayat 85 surah Ali-‘Imran:
Yang bermaksud : “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia
tidak akan diterima, dan di akhirat nanti dia termasuk dalam kalangan
orang-orang yang rugi.”
Menurut Saiyed Qutub dalam kitabnya yang terkenal ‘Fi Zhilalil Quran’,
beliau menyatakan : “Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa
adalah perjalanan murni pilihan daripada Allah Yang Maha Kasih dan
Maha Berlemah Lembut, yang menghubungkan akar umbi sejarah
agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim AS dan Ismail hingga
zaman Nabi Muhammad SAW. Demikian pula, perjalanan agung ini
menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid
(agama-agama monotiesme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
ini juga adalah untuk memberitahu seluruh manusia bahawa
Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir yang menjadi pewaris
agama-agama tauhid terdahulu. Isra’ Mikraj menjadikan Muhammad
sebagai penutup sekalian nabi dan rasul-Nya dan Isra’ Mikraj adalah
perjalanan yang menembusi dimensi ruang dan waktu serta memiliki
makna yang luas dan mendalam.”
Nabi Muhammad SAW telah melalui saat getir ketika menyampaikan
peristiwa ini kepada penduduk Makkah. Keyakinan dan kepercayaan
mereka terhadap Baginda Rasulullah SAW tergugat. Ada yang
mempercayai sepenuh hati dan tidak kurang pula yang mendustakannya.
Peristiwa ini sebenarnya telah membuka petunjuk, pedoman, panduan dan
pengajaran untuk kita umat Islam pada akhir zaman ini. Ada beberapa
hikmah yang boleh dibahagikan melalui peristiwa tersebut, iaitu yang
pertama hikmah kepada Nabi Muhammad SAW sendiri dan yang kedua
kepada umat Baginda keseluruhannya.
Perjuangan bagi melakukan pembaharuan di dalam segenap hal ehwal
kehidupan manusia menerusi petunjuk agama tidak lari daripada melalui
pelbagai rintangan dan tentangan. Malah ada ketikanya cabaran yang
harus ditempuh itu terlalu berat di mata dan di bahu orang yang
memikulnya. Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam telah melalui
jalan yang penuh dengan onak dan duri. Rasulullah SAW telah menerima
pelbagai ancaman, sekatan, hinaan dan pemulauan yang berat. Dalam
keadaan menerima tekanan perasaan akibat kehilangan isteri tercinta
Saidatina Khadijah dan bapa saudara Abu Talib, di tambah lagi dengan
hinaan dan cercaan masyarakat Taif, ternyata ia amat memeritkan hati dan
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
nurani Baginda. Bagaimanapun Rasulullah SAW tetap menunjukkan
kesabaran dan berusaha menyampaikan risalah Islam dengan bersungguh
sungguh sekalipun terpaksa berhadapan dengan tentangan golongan
Musyrikin.
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Peristiwa Isra’ Mikraj sedikit sebanyak telah memberi penawar kedukaan
dan penghibur untuk memberi ketenangan kepada Baginda SAW dan
seluruh umat Islam. Atas jemputan daripada Allah SWT, Nabi Muhammad
SAW dengan rasa rendah diri menerimanya. Kisah yang penuh keajaiban
ini dianggap sebagai petunjuk sinar kejayaan yang bakal menanti umat
Islam. Ia ternyata memberi keyakinan dan berjaya meningkatkan
keazaman umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam untuk
terus memperjuangkan Islam sehingga diterima oleh manusia sebagai satu
cara hidup yang lengkap. Atas perjuangan Rasulullah SAW yang tidak
pernah mengenal erti penat dan jemu, Allah SWT Yang Maha Pengasih
dan Penyayang telah mengurniakan satu nikmat yang paling besar
kepadanya, iaitu dengan bertemu Allah SWT pada malam Isra’ dan Mikraj.
Melihat dan bertemu dengan Rabbul Jalil atau rukyah Allah adalah nikmat
kurniaan Allah SWT yang sangat besar . Bahkan nikmat yang paling tinggi
di akhirat kelak bagi orang-orang yang beriman adalah melihat Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qiamah, ayat 22 hingga 23 :
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya : “Wajah orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri.
Memandang Tuhannya.”
Inilah ganjaran Allah SWT terhadap golongan beriman yang berjuang
bersungguh-sungguh dalam menyampaikan risalah-Nya di muka bumi ini
kepada seluruh umat manusia. Sepanjang perjalanan pada malam
tersebut, Baginda turut diperlihatkan dengan pelbagai pandangan dan
kejadian aneh yang mempesonakan dan tidak kurang juga yang
mengerikan sebagai membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
Hal ini juga adalah antara hikmah yang dikurniakan Allah SWT kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj, kita diceritakan mengenai persiapan Nabi
Muhammad SAW sebelum Baginda bertemu dengan Allah SWT.
Pembedahan ke atas dada Nabi Muhammad SAW oleh malaikat Jibril
untuk membersihkan jantungnya daripada ketulan darah hitam dan
digantikan dengan keimanan dan ketaqwaan. Kebersihan dan kesucian
hati nurani seseorang amat penting dalam membentuk keperibadian
manusia. Inilah hikmah simbolik kuasa Allah SWT terhadap umat-Nya dan
turut menggambarkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan insan
terpilih yang melalui proses penyucian hati bagi menggambarkan
keperibadian Baginda SAW sebagai seorang Rasul pilihan dan yang
terakhir.
Umat manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah tanpa mengira kedudukan
pangkat dan keturunan. Walau bagaimanapun sempurnanya kejadian
manusia itu, mereka tetap mempunyai kelemahan dan sering melakukan
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
kesilapan dan dosa yang menyebabkan hati menjadi kotor. Semakin
banyak kesalahan dan dosa, semakin hitam dan gelap hati mereka.
Sebagai hamba Allah SWT, bukan sahaja Rasulullah SAW perlu
menyucikan hatinya untuk bertemu Allah SWT, tetapi kita juga harus
membersihkan hati daripada segala dosa kecil dan dosa besar melalui
proses memohon keampunan dan bertaubat. Taubat adalah asas dalam
melakukan ibadah kepada Allah.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Melalui peristiwa Isra’ Mikraj juga, Allah SWT telah memberi hikmah
kepada umat Nabi Muhammad SAW. Dalam perjalanan istimewa ini,
Rasulullah SAW mendapati bahawa manusia seharusnya memelihara
hubungannya dengan Allah SWT, menilai kembali dan berusaha
memperbaiki hubungan tersebut. Hubungan ini sewajarnya wujud bukan
sahaja ketika ditimpa dugaan dan kesusahan. Namun pada setiap ketika
kita berasa senang dan gembira, hubungan itu tetap kukuh. Di dalam
peristiwa ini, Allah SWT telah menetapkan fardu solat ke atas umat
Muhammad sebagai cara menjaga hubungan dengan-Nya. Peristiwa
Mikraj menceritakan kejadian yang membawa Baginda Rasulullah SAW
melalui tujuh lapisan langit untuk bertemu Allah SWT.
Apa yang menarik dan terlalu agung untuk dilihat menerusi peristiwa ini,
Rasulullah SAW telah menerima perintah solat secara terus daripada Allah
SWT berbanding dengan perintah-perintah lain yang disampaikan kepada
Baginda menerusi Malaikat Jibril AS. Solat adalah ibadah yang paling
mulia di sisi Allah SWT dan kerana itu kita yakin dan percaya bahawa Allah
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SWT ingin memberi perintah itu terus kepada Rasulullah SAW. Pada
peringkat awal, Baginda SAW menerima perintah menunaikan solat
sebanyak 50 waktu sehari sehingga akhirnya ia menjadi 5 kali sehari
semalam. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya berasa syukur atas
perintah ini kerana dalam peristiwa Isra’ Mikraj, kita telah digambarkan
bagaimana dengan rasa rendah diri dan atas dasar kasih sayang kepada
umatnya, Baginda berulangkali merayu kepada Allah SWT meringankan
waktu solat bagi umat Islam. Oleh itu sebagai umat Islam apakah kita tidak
mahu menghargai peranan Rasulullah SAW? Adakah wajar kita
mengingkari perintah Allah SWT yang telah meringankan bebanan waktu
solat daripada 50 kali sehari kepada 5 kali sehari?. Rasulullah SAW
bersabda dalam hadisnya yang bermaksud : “Selain daripada apa yang
aku saksikan ketika dibawa Isra’ dan Mikraj pada malam itu, Allah
fardukan ke atas aku dan umatku 50 waktu solat, lalu aku memohon
kepada-Nya (supaya dikurangkan bilangan waktu solat itu hingga
kepada 5 sahaja), maka Allah berfirman : Solat fardu (sehari semalam)
itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia tetap juga 50 (dari segi
pahalanya). Keputusan Aku tidak dapat diubah atau ditukar ganti.”
(HR Bukhari).
Jika Allah SWT memperlihatkan tingginya jaminan ganjaran ibadah solat
kepada umat Muhammad SAW, maka kita sebagai hamba-Nya harus
melaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin sehingga
ia benar-benar berkualiti. Inilah hikmah tertinggi, paling besar dan agung
yang telah diberikan kepada umat Muhammad SAW melalui peristiwa Isra’
Mikraj. Sempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang akan jatuh
pada 27 Mei 2014 ini bersamaan 27 Rejab 1435H, mimbar menyeru sidang
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
jumaat sekalian agar bersama-sama melaksanakan ibadah solat dengan
perasaan khusyu’ serta mengikut tatacara sempurna dan peraturan
tertentu. Solat yang baik dan berkualiti, akan diterima oleh Allah SWT dan
mampu melindungi daripada perbuatan dosa kerana solat itu akan
membezakan yang syirik dengan yang benar seperti hadis riwayat Muslim,
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Perbezaan antara manusia
dan perbezaan antara syirik dan kufur adalah meninggalkan solat.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Peristiwa Isra’ Mikraj merupakan satu ‘perjalanan agung’ yang
mengandungi makna tersirat yang perlu digali dan dihayati sepenuhnya
bagi melahirkan rasa keinsafan, ketaqwaan dan keimanan kepada Allah
SWT menerusi tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya yang telah
diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW. Adalah lebih penting untuk
kita meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Pentingnya sejarah dan peristiwa yang berlaku pada masa lalu wajar
menjadi panduan untuk masa hadapan.
Amat penting bagi umat Islam pada hari ini berusaha melakukan
perubahan dalaman dan memperbaiki kelemahan daripada pelbagai sudut.
Langkah permuafakatan dan kesepakatan bagi mengenalpasti punca
kelemahan umat serta persediaan yang mantap perlu dilakukan dalam
berdepan dengan segala cabaran ummah masa kini. Salah faham
terhadap agama dan umat Islam ketika ini, boleh di atasi menerusi
penjelasan rasional dan berterusan serta menerusi sikap tauladan dan
kecemerlangan. Umat Islam perlu memberi keutamaan kepada usaha-
11
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
usaha perpaduan dan inisiatif meningkatkan ilmu dan kemahiran.
Keutamaan ini dapat dilakukan jika umat Islam sanggup melakukan
pembaharuan berfikir dan perubahan budaya ke arah cara hidup yang lebih
berdaya maju. Isra’ dan Mikraj harus menjadi panduan dan pengajaran
untuk umat Islam bertindak dengan lebih berhikmah. Tiada jalan singkat
bagi mengatasi sebarang bentuk cabaran dan rintangan melainkan
menerusi usaha gigih sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda
Rasulullah SAW dan umat Islam terdahulu.
Peristiwa Isra’ Mikraj telah meningkatkan semangat Baginda Rasulullah
SAW supaya tidak takut dan gentar di dalam perjuangan Islam kerana
Islam yang dibawa itu adalah agama Allah SWT. Umat Muhammad SAW
dimuliakan dengan Islam dan kehinaan yang menimpa umat Islam adalah
apabila mereka meninggalkan agama mereka. Saidina Umar RA pernah
berkata: “Kita (bangsa Arab) adalah kaum yang hina. Lalu Allah
memuliakan kita dengan Islam. Jika kita memilih ajaran lain selain
Islam, nescaya kita akan dihina semula oleh Allah.” Segala kejadian
yang ditunjukkan sepanjang perjalanan Baginda SAW menuju Sidratul
Muntaha adalah bukti-bukti nyata balasan dan ganjaran daripada Allah
SWT sekiranya kita menjauhi atau meninggalkan agama Islam.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama sama mengambil
iktibar dan pengajaran yang baik daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj untuk
kebaikan kita sendiri sebagai hamba Allah. Firman Allah SWT dalam surah
Ali-‘Imran, ayat 102 :
12
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan
dalam keadaan Islam.”