Jalan Pulang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ghfvnb

Citation preview

PrologAku mematian enjin kereta sebak sahaja sampai dipekarangan rumah. Kepenatan bekerja terasa menjalar di urat-urat tubuhku. Aku melangkah keluar dari kereta menuju ke bilik tidur. Aku melihat puteri dan putera aku sedang sibuk bermain di ruang tamu. Melihat mereka berdua, sudah cukup bagiku untuk terus tersenyum.Ayah, ayah. Jom main, Qalisha memanggil aku. Aku sekadar tersenyum. Azhari pula mula merangkak mendapatkan aku. Aku lantas mendapatkan Azhari dan mencium pipi mongelnya. Azhari ketawa manja lalu melentokkan kepalanya dibahu aku. Aku berjalan ke arah Qalisha dan memberikan ciuman di pipinya. Aku duduk sambil memangku Azhari. Qalisha pula sibuk bermain dengan permainannya. Melihat mereka berdua membesar sudah cukup buat aku tersenyum. Merekalah sumber kekuatan aku dikala aku kepenatan melongkah arus dunia.Ayah tadikan, cikgu ajar solat. Cikgu cakap solat tu wajib. Hari-hari kena buat. Tak boleh tinggal satu pun. , Qalisha diam sejenak. Tapi kenapa Qalisha tak pernah Nampak ayah dengan mama solat? soal Qalisha ingin tahu. Aku terpaku. Aku tidak menyangka Qalisha akan bertanya akan soal itu. Ayah? Qalisha tanya ni. Jawablah. , Qalisha sedikit mendesak.Aku diam seribu bahasa. Azan maghrib berkumandang. Qalisha berlari-lari anak menuju ke tandas. Qalisha nak ke mana tu? soal aku. Ambil wudhu, nak solat. , balas Qalisha. Kelu. Tidak ada sepatah ayat pun terlintas di benak fikiranku. Aku bangkit dan meletakkan Azhari dikatilnya. Lantas menuju ke kamar tidur. Aku memejam mata untuk seketika.

Bab 1Syarikat XXXAku menerima sepucuk surat dari CEO. Kandungannya sendiri aku tak pasti. Tanpa membuang masa, aku membuka sampul surat itu. Aku buka dan baca isi kandungannya. Berulang-ulang kali aku baca surat itu. Mimpikah aku?Aku dipecat..Kerana rasa kecewa lebih menguasai diri, aku terus mengemas barang-barang aku. Rakan sekerja aku yang lain agak terkejut dengan perlakuan aku.Ke..kenapa kau kemas-kemas ni, Lan? Mamat bertanya. Aku dipecat. Aku membalas acu tak acu.Eh, kau biar betul. Kau jangan main-main perkara serius ni. Iskandar bersuara.Aku menunjukkan notis yang dikeluarkan oleh CEO kepada Iskandar dan Mamat. Mereka terdiam. Aku.. aku minta maaf. Aku tak sengaja.Aku pun.Tak pe. Aku yang sepatutnya minta maaf dekat kamu berdua. Halalkan makan minum aku ye. Terima kasih semua. Aku tesenyum. Seikhlas mungkin. Aku menutup kotak terakhir yang dipenuhi dengan barang-barang aku. Assalamualaikum. Semoga kita berjumpa lagi. Itulah ucapanku buat yang terakhir kali. Aku melangkah keluar dengan hati yang berat. Kepalaku mulai berat. Aku gagahi jua langkahku yang semakin longlai. Aku terdengar sayup-sayup suara rakan sekerjaku memanggilku. Pandanganku kabur. Dan akhirnya, gelap. Terlalu gelap. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Persekitaran yang terasa asing buatku. Aku tidak berada di rumah. Tapi, aku berada di hospital. Di suatu sudut aku terlihat ibuku yang sudah uzur tertidur disofa. Ayahku khusyuk menunaikan solat. Aku lihat air matanya mengalir laju. Ah, apa yang terjadi sebenarnya ni? Aku berusaha mengingati mengapa aku berada disitu