21
Nama : ……………………………. Tingkatan : …………….. …………….. PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS) PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA 2215 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 KESUSASTERAAN MELAYU Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua. 2. Jawab semua soalan Bahagian Satu. 3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

  • Upload
    lykhanh

  • View
    227

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

Nama : ……………………………. Tingkatan : …………….. …………….. PERSID PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOL SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS) PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA 2215 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 KESUSASTERAAN MELAYU Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.

3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap

Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 2: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

2

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

Bahagian Satu

[40 markah]

Jawab semua soalan. 1. Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada mengkaji, Ada masa tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan…! Si Luncai tidak mungkin maju, (Dipetik daripada teks Hati Terkenang Mulut Menyebut) Nyatakan dua sebab Si Luncai tidak mungkin maju dalam petikan puisi di atas? [4 markah] 2. Telah sampai ke balai penghadapan, Sultan Muhammad Syah

pun menghadap kakanda baginda serta bertemu antara keduanya; sama berpeluk dan bercium dan bersama bertangis-tangisan. Setelah sudah, maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Apa pekerjaan adinda datang ini?”

(Dipetik daripada cerita Adat Istiadat Melayu Perak)

Nyatakan dua teknik penceritaan berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

3. Bermula apabila dilihat oleh keempat anakandanya bermuafakatlah

keempatnya hendak keluar pergi mencari bunga bakawali itu. Setelah putus mesyuarat mereka itu maka keempat-empatnya pun datanglah mendapatkan paduka ayahandanya memohonkan ijazah keluar mencari bunga ubatan itu.

(Dipetik daripada cerita Bunga Bakawali) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 3: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

3

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

4. selamat malam pohon-pohon hijau selimutilah malam-malam nanti dengan zikirmu, moga-moga di bawah rimbunanmu

akan ada insan yang ikhlas lalu mendoakan usiamu sebelum tua – menghijau alam pada.

(Dipetik daripada sajak Selamat Tidur Pohon-pohon Hijau oleh Marzuki Ali) (a) Apakah maksud inversi? [2 markah] (b) Berikan satu contoh inversi daripada petikan sajak di atas.

[2 markah] 5.

JAUHARI: Aku sudah bosan dengan undang-undang, lembaga, peraturan, adat yang kuno, yang mencengkam hidup orang. Mawar, Tuhan tidak melarang kita berkahwin, Mawar. Kita bukan keluarga. Yang memisahkan aku dan kau hanyalah adat. Adat perpatih ini, kerana kononnya kita sesuku.

(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata)

Kemukakan dua citra masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.

[4 markah] 6. Kira-kira 3 ½ abad yang lalu, Hilang gelap timbullah terang, Terang cemerlang,

Gilang-gemilang, Pasir Raja Johor Lama benderang, Merdeka, Di kala itu, Sultan Alauddin Riayat Syah menjadi ratu, Raja Abdullah jadi pembantu, Raja Seberang atau Raja Hilir juga disebut dikata, Raja Bongsu timangan baginda, Tun Seri Lanang Paduka Raja,

(Dipetik daripada drama Tun Seri Lanang oleh Shaharom Husain)

Nyatakan dua unsur sejarah berdasarkan petikan. [4 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 4: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

4

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

7. Kemudian, dia menapak keluar, membelok ke kanan dan terus ke

dalam suaka suci masjid. Dia berdiri menghadap kiblat dan merenung ke arah kubah. Dan dia pun melutut, tunduk sehingga kepalanya terkena lantai, sujud.

(Dipetik daripada cerpen Gajah Putih oleh Zakaria Ali)

(a) Siapakah ‘dia’ berdasarkan petikan di atas? [2 markah]

(b) Berikan maksud latar tempat dan nyatakan satu contoh latar tempat daripada petikan. [2 markah]

8. “Saya tahu ini daerah Bobolizan. Saya tahu bahawa Bobolizan

ialah orang yang sangat disegani di daerah ini. Tapi, saya pun mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap orang-orang Bobolizan. Tugas saya sebagai doktor tidak memilih warna kulit dan suku kaum.

(Dipetik daripada cerpen Binatang 14 Lalavang oleh A. Karim Kadir)

Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]

9. “Aku sudah tau sejak dulu lagi memang bukan Yazid yang

menikam Tok Leman. Cuma aku tak tau siapa orang yang sebenarnya bertanggungjawab melakukannya. Syukurlah, malam ini kiraan hutang kau dah selesai. Mari kita hantar mereka ke balai.”

(Dipetik daripada novel Restu oleh Ismail Kassan)

(a) Siapakah aku dan kau dalam petikan di atas? [2 markah] (b) Apakah yang berlaku kepada Yazid? [2 markah] 10. “Pak Usop, kalau minuman kita orang bubuh racun, kalau periuk

nasi kita dibubuh pasir, kita masih nak sabar jugak? Saya ada anak bini nak diberi makan. Kalau tanah kebun saya diambil balik oleh kerajaan, keluarga saya nak makan apa?”

(Dipetik daripada novel Restu oleh Ismail Kassan) Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh berdasarkan petikan di atas.

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 5: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

5

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

[4 markah] Bahagian Dua

[60 markah]

Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

yang berikutnya.

GURINDAM DUA BELAS Ini gurindam fasal yang kedua belas:

Raja muafakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja, Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu, Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai, Tiada mengenal kasa dan cindai.

Ingatkan dirinya mati, Itulah asal berbuat bakti.

Akhirnya itu terlalu nyata, Kepada hati yang tidak buta.

Raja Ali Haji

(a) Jelaskan maksud rangkap 1,2 dan 3. [6 markah]

(b) Huraikan tiga unsur gaya bahasa berserta contoh. [6 markah]

(c) Cipta dua rangkap gurindam yang bertemakan ketaatan kepada pemerintah. [8 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 6: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

6

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

2. Berdasarkan cerita Pahlawan Terbilang Kerajaan Gemilang:

(a) Huraikan lima keistimewaan yang terdapat pada watak Tun Tuah. [10 markah]

(b) Bincangkan lima nilai murni dalam cerita tersebut. [10 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 7: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

7

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

Bahagian B

(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4. 3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

IBADAT

Kuserahkan penuh kerelaan dengan wajah yang tenang

ibadatku – Tuhan dalam rangkulan duniawi yang aneh memutar haluan di mana manusia tersungkur membawa kesesatan.

Kurasakan diriku terlalu kecil kurasa ibadatku terlalu nipis betapa pun kuyakini di mana Kau satu-satunya yang menjadikan yang mematikan.

Kau terimalah ibadatku dari hati yang bersih doa dan salamku di subuh yang bening di mana aku sujud di bawah kudrat-mu.

Dalam kembaraanku ini kupohon kasih sayang limpah kurnia usia yang panjang rezeki yang murah iman yang kukuh.

Tuhanku kuserahkan ibadatku atas timbang terima-Mu.

SABAR BOHARI

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 8: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

8

[Lihat sebelah 2215 © Hak Cipta PKPSM Caw. Perlis SULIT

(a) Jelaskan tema sajak di atas. [4 markah]

(b) Huraikan empat aspek bentuk yang terdapat dalam sajak ini. [8 markah]

(c) Bincangkan empat harapan penyajak dalam sajak ini. [8 markah]

4. Berdasarkan drama Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd Talib

Mohd Hassan:

(a) Bincangkan enam persoalan yang terdapat dalam drama tersebut. [12 markah]

(b) Jelaskan empat latar masyarakat. [8 markah]

Bahagian C (Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.

5. Berdasarkan cerpen Sahabat karya Anwar Ridwan: (a) Huraikan lima ciri sahabat yang baik. [10 markah] (b) Bincangkan lima perwatakan “Aku”. [10 markah] 6. Novel Restu karya Ismail Kassan banyak memaparkan peristiwa imbas

kembali. (a) Nyatakan maksud imbas kembali. [2 markah] (b) Huraikan lima peristiwa imbas kembali. [10 markah] (c) Berikan empat mesej. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 9: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

PERATURAN PEMARKAHAN

Pemberian markah berdasarkan isi dan penyampaian.

(a) (i) Isi Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan. Fakta berserta huraian atau contoh 2 markah Fakta berserta huraian dan contoh 2 markah Fakta tanpa contoh 1 markah Fakta betul, contoh salah 1 markah Fakta salah, contoh salah 0 markah Huraian / contoh yang menggambarkan fakta 1 markah (ada salah satu dan betul) (ii) Gaya Bahasa Fakta betul, contoh betul 2 markah Fakta betul, contoh salah 1 markah

Fakta salah, contoh betul 0 markah Fakta salah, contoh salah 0 markah Fakta sahaja 0 markah

(b) Penyampaian

(i) [Bagi soalan Bahagian Satu] – Hendaklah dalam bentuk struktur/ jawapan ringkas/jawapan pendek. [Bagi soalan Bahagian Dua] – Hendaklah dalam bentuk esei.

(ii) Hendaklah menggunakan bahasa yang gramatis, jelas dan lengkap.

(iii) Hendaklah menggunakan ejaan yang lengkap dan betul. (iv) Bagi soalan perbandingan, hendaklah mengikut perbandingan terus,

bukannya dalam bentuk yang disenaraikan.

(v) Hendaklah dalam tulisan yang kemas, jelas dan mudah dibaca.

Nota : PENYAMPAIAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN (b) (i) – (v) DI ATAS AKAN DIPOTONG MAKSIMUM 2 MARKAH BAGI SETIAP SOALAN.

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 10: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

Bahagian Satu

[40 markah]

Jawapan Markah

1 (i) Tidak belajar bersungguh-sungguh. 2 (ii) Tidak mengulang kaji / mengkaji / menyelidik apa yang dipelajari. 2 (iii) Tidak memanfaatkan masa / membuang masa. 2 (iv) Pemalas / Tidak mahu berusaha walaupun berkemampuan. 2

[Maksimum : 4 markah]

2 (i) Dialog 1+1 Contoh : maka titah Sultan Muzaffar Syah, “ Apa pekerjaan adinda datang ini?”

(ii) Pemerian 1+1 Contoh : Telah sampai ke balai penghadapan, Sultan Muhammad Syah pun menghadap kakanda baginda serta bertemu antara keduanya; sama berpeluk dan bercium dan bersama bertangis-tangisan.

[Maksimum : 4 markah] 3 (i) Kita hendaklah bekerjasama ketika melaksanakan sesuatu 2 pekerjaan. (ii) Kita hendaklah berbincang sebelum bertindak. 2

(iii) Seorang anak hendaklah meminta keizinan ibu bapa sebelum 2 bertindak.

[Maksimum : 4 markah] 4 (a) Unsur pembalikan kata / kata yang tidak gramatis menurut 2 tatabahasa (b) menghijau alam pada 2 (sepatutnya pada alam menghijau)

[Maksimum : 4 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 11: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

5 (i) Masyarakat yang mengamalkan adat perpatih 2 (ii) Masyarakat yang menentang adat / tidak suka mengikut adat 2

[Maksimum : 4 markah]

6 (i) Zaman Kesultanan Johor Lama 2 (ii) Sultan Alauddin Riayat Syah / Raja Abdullah 2 (iii) Paduka Raja 2

[Maksimum : 4 markah]

7 (a) Gajah putih / Gajah 2 (b) Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa / kejadian. 2 Contoh : masjid

[Maksimum : 4 markah]

8 (i) Hormat-menghormati. 2 Contoh : Doktor menghormati Bobolizan sebagai ketua daerah tersebut. (ii) Bertanggungjawab. 2 Contoh : Doktor bertanggungjawab terhadap orang-orang Bobolizan tanpa mengira warna kulit dan suku kaum.

[Maksimum : 4 markah]

9 (a) Aku – Pak Usop 1 Kau – Ikram 1 (b) Yazid dituduh menikam Tok Leman 2

[Maksimum : 4 markah]

10 (i) Peribahasa 1+1 Contoh : periuk nasi (ii) Sinkof 1+1 Contoh : nak (iii) Pengulangan kata / Repitasi 1+1 Contoh : Kalau, kita

[Maksimum : 4 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 12: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

Bahagian Dua [60 markah]

Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Tradisional) Jawapan Markah 1 (a) Maksud

i. R1: Kerjasama antara pemerintah dan pembesar akan melindungi 2 / menjaga rakyat daripada sebarang bencana / ancaman.

ii. R2: Ketaatan rakyat kepada raja menyebabkan sebarang kerja 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya. iii. R3 : Raja yang memerintah / dengan adil dan saksama akan 2 mendapat rahmat daripada Tuhan.

[Maksimum : 6 markah] (b) Gaya Bahasa

i. Simile 1+1 Contoh : seperti kebun berpagarkan duri. ii. Sinkof 1+1 Contoh : mu iii. Asonansi 1+1 Contoh : Tanda jadi sebarang kerja iv. Aliterasi 1+1 Contoh : Tanda mengenal kasa dan cindai v. Pengulangan kata / perkataan 1+1 Contoh : Tanda vi. inversi 1+1 Contoh : Betul hati kepada raja.

[Maksimum : 6 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 13: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

(c) Cipta gurindam i. Tema 2 ii. Bentuk 2 iii. Kreativiti 2 iv. Gaya Bahasa 2

Ciplak = 0 markah Ubah suai diterima

[Maksimum : 8 markah] 2 (a) Keistimewaan Tun Tuah

i. Tun Tuah mahir / cekap dalam ilmu pelayaran. Akhirnya 2 rombongan mereka berjaya pulang ke Melaka dari Majapahit dengan

selamat. ii. Tun Tuah pandai menari. 2 iii. Tun Tuah pandai berbahasa Feringgi. 2 iv. Tun Tuah berjaya membunuh Taming Sari / pahlawan Jawa. 2 v. Tun Tuah menggunakan ilmu firasat / magis untuk mengetahui 2 rahsia kekebalan Taming Sari. vi. Tun Tuah memiliki ilmu penawar arak sehingga terasa seperti air 2 biasa walaupun banyak diminum tidak memabukkan. vii. Tun Tuah cekap bermain senjata seperti keris, pedang dan tombak. 2 viii. Tun Tuah pintar / panjang akal kerana berjaya merampas 2 keris Taming Sari. xi. Tun Tuah pandai memujuk sehingga Sang Persata Nala sanggup 2 menerima mereka berlima berguru dengannya.

[Maksimum : 10 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 14: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

(b) Nilai murni

i. Taat setia 1+1 Huraian: Tun Tuah dan rakan-rakannya menumpahkan taat setia kepada Raja negeri Melaka. ii. Keberanian 1+1 Huraian: Tun Tuah berani berhadapan debgan segala cubaan membunuh Raja Melaka ketika berada di Majapahit. iii. Bekerjasama / bantu-membantu 1+1 Huraian: Para pembesar dan rakyat jelata bekerjasama membina pengangkutan Raja Melaka untuk ke Majapahit. iv. Kasih sayang 1+1 Huraian: Raja Melaka sangat menyayangi Tun Tuah. v. Kerajinan / kegigihan 1+1 Huraian: Tun Tuah begitu rajin menuntut ilmu kepahlawanan. vi. Berhati-hati / waspada 1+1 Huraian:Tun Tuah berhati-hati terhadap ancaman musuh semasa berada di Majapahit. vii. Berbudi bahasa / bersopan santun 1+1 Huraian: Tun Tuah dan sahabat-sahabatnya menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan sopan ketika bertutur sehingga menawan Sang Persata Nala / gurunya. viii. Kejujuran / amanah 1+1 Huraian: Bendahara diberi kepercayaan memangku tugas Sultan Melaka sepanjang baginda berada di Majapahit. xi. Setiakawan 1+1 Huraian: Tun Tuah lima bersaudara sentiasa bersama-sama.

[Maksimum : 10 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 15: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

3 (a) i. Tema keagamaan 2 ii. Penyajak berdoa agar ibadatnya kepada Allah akan diterima / 2 kehidupannya di dunia diberkati.

[Maksimum : 4 markah]

(b) Bentuk i. Jumlah baris tidak sama dalam satu rangkap 2 Huraian: rangkap 1: 7 baris, rangkap 2, 3 dan 4 : 6 baris, Rangkap 5: 3 baris. ii. Jumlah perkataan tidak sama dalam setiap baris 2 Huraian: antara satu patah perkataan: Tuhanku (rangkap 5 baris 1) hingga lima patah perkataan : Dalam rangkulan duniawi yang aneh (rangkap 1 baris 4). iii. Jumlah suku kata tidak sama dalam setiap baris 2 Huraian: antara tiga suku kata : Tu/han/ku (rangkap 5 baris 1) hingga

12 suku kata : ku/ra/sa/ i/ba/dat/ku/ter/la/lu/ ni/pis (rangkap 2 baris 2). iv. Rima akhir tidak sama / bebas 2 Huraian: /abacada/abcdee/abacda/abcbdd/aaa/. v. Keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas / tidak terikat / moden. 2

[Maksimum : 8 markah]

(c) Harapan penyajak

i. Penyajak berharap agar ibadatnya diterima oleh Allah 2 Huraian: Kau terimalah ibadatku (rangkap 3 baris 1) ii. Penyajak mengharapkan kasih sayang daripada Allah 2 Huraian: kupohon kasih sayang (rangkap 4 baris 2) iii. Penyajak mengharapkan Allah memberi limpah kurnia kepadanya 2 Huraian: limpah kurnia (rangkap 4 baris 3) iv. Penyajak mengharapkan Allah memanjangkan usianya 2 Huraian: usia yang panjang (rangkap 4 baris 4)

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 16: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

v. Penyajak mengharapkan agar dimurahkan rezeki 2 Huraian: rezeki yang murah (rangkap 4 baris 5) vi. Penyajak mengharapkan agar ditetapkan iman 2 Huraian: iman yang kukuh (rangkap 4 baris 6)

[Maksimum : 8 markah] 4 (a) Persoalan i. Kepercayaan kepada bidan 1+1 Huraian: Rakyat biasa masih mempercayai bidan untuk mengurus kelahiran, ketika Siti Intan hendak melahirkan anak, bidan datang untuk mengendalikannya. ii. Kemiskinan hidup 1+1 Huraian: Rumah Pak Desa masih terdapat tikar mengkuang untuk jiran tetangga dan saudara-maranya duduk apabila datang ke rumahnya. iii. Penghinaan masyarakat 1+1 Huraian: Jurutera memandang rendah pada Pak Desa dengan

menyindirnya cuba belajar duduk di atas hamparan bulu. iv. Buta huruf 1+1 Huraian: Pak Desa tidak tahu menulis apabila diminta oleh jurutera untuk menandatangani surat tuntutan bayarannya. v. Sikap mementingkan keselesaan orang lain 1+1 Huraian: Pak Desa membenarkan rumahnya diubahsuai agar

rombongan Paduka Demang selesa apabila datang nanti. vi. Kepentingan maruah 1+1 Huraian: Para pegawai Paduka Demang sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga maruah dan kedudukan Paduka Demang vii. Kekayaan dan kekuasaan penentu kedudukan 1+1 Huraian: Datuk Pak Desa dihukum bunuh kerana tumpang

membuang air besar di jamban Datuk Maharaja Lela viii. Sikap tidak berperikemanusiaan 1+1 Huraian: Kematian Siti Intan tidak diadakan pengkebumian rasmi kerana Siti Intan berketurunan orang kebanyakan walaupun dia isteri Demang Putera.

[Maksimum : 12 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 17: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

(b) Latar masyarakat i. Masyarakat yang buta huruf 1+1 Huraian: Pak Desa tidak tahu membaca dan menulis semasa diminta menandatangani surat tuntutan bayaran oleh jurutera. ii. Masyarakat yang berfikiran sempit 1+1 Huraian: Akibat terlalu percaya pada pantang menderhaka, bidan dilarang mempertikaikan penangguhan kelahiran anak Siti Intan. iii. Masyarakat yang takbur 1+1 Huraian: Pak Desa terlalu bersikap takbur kerana berjaya berbesankan Paduka Demang Besar dan bermenantukan Orang Kaya Demang Putera. iv. Masyarakat yang tidak dapat menerima ketentuan Tuhan 1+1 Huraian: Pegawai telah meminta doktor menangguhkan kelahiran anak Siti Intan sehingga ketibaan anak Demang Besar. v. Masyarakat yang memandang keturunan / darjat 1+1 Huraian: Pak Desa sanggup menghina Jabur yang naik ke atas pentas yang disediakan untuk Tuan Besar Demang kerana dia tidak layak mendudukinya. vi. Masyarakat yang zalim / kejam 1+1 Huraian: Penduduk kampung diminta membiayai jamuan untuk

menyambut Tuan Besar. vii. Masyarakat yang mementingkan kelas sosial 1+1 Huraian: Paduka Demang yang mewakili golongan kaya lebih mementingkan diri dan keluarga walaupun bermenantukan Siti Intan daripada golongan rakyat biasa. viii. Masyarakat yang mementingkan upah / ganjaran 1+1 Huraian: Pekerja I dan Pekerja II sentiasa mahukan tandatangan sebagai bahan bukti untuk mereka menuntut upah atas kerja-kerja yang dilakukan.

[Maksimum : 8 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 18: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

5 (a) Ciri-ciri sahabat yang baik

i. Suka membantu 1+1 Huraian: “Aku” dan Ismail bekerjasama membuat kerja-kerja kontrak untuk membayar sewa bilik.

ii. Baik hati 1+1 Huraian: Nordin membenarkan “aku”, Ismail dan Nuriah tinggal di bilik

sewanya.

iii. Sentiasa bekerjasama 1+1 Huraian: “Aku” dan Ismail bekerjasama menyelesaikan kerja-kerja

kontrak yang diarahkan oleh Yaakob berdasarkan masa yang telah ditetapkannya.

iv. Sanggup berkorban 1+1 Huraian: “Aku” sanggup membantu menyelesaikan masalah Ismail ketika isterinya Nuriah terpaksa dibedah. v. Simpati 1+1 Huraian: “Aku” sanggup berdepan dengan Yaakob agar tidak

dipaksa mengosongkan rumah demi menyenangkan Nuriah, isteri Ismail yang sarat mengandung.

vi. Berkongsi kegembiraan 1+1 Huraian: Ismail memberitahu tentang Nuriah yang selamat melahirkan

anak kepada “Aku” untuk sama-sama merasai detik kegembiraan tersebut.

[Maksimum : 10 markah]

(b) Watak “Aku” i. Nama sebenar watak “Aku” ialah Anwar. 1 ii. Belajar di luar Negara / Universiti New York. 1 iii. Berasal dari Sungai Besar Selangor. 1 iv. Pernah bersekolah asrama di Sabak Bernam. 1

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 19: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

v. Berterus terang. 1+1 Huraian: Berjumpa Yaakob untuk mengadu masalah tidak dapat membayar sewa bilik. vi. Gigih. 1+1 Huraian: Menyelesaikan kerja kontrak seperti yang diarahkan oleh Yaakob. vii. Prihatin 1+1 Huraian: “Aku” prihatin terhadap kesulitan yang dialami oleh Ismail dan isterinya Nuriah apabila diarahkan keluar daripada bilik sewa

tersebut.

viii. Baik hati 1+1 Huraian: Sanggup mengorbankan tenaga dan wang demi menolong Ismail yang berdepan dengan masalah isterinya yang akan dibedah. ix. Sanggup berkorban 1+1 Huraian: “Aku” sanggup membantu menyelesaikan masalah Ismail ketika isterinya Nuriah terpaksa dibedah.

[Maksimum : 8 markah] 6 (a) Maksud imbas kembali Mengingat kembali peristiwa yang telah berlaku. 2

[Maksimum : 2 markah]

(b) Peristiwa imbas kembali i. Peristiwa keluarga Ikram berpindah dari Singapura ke Kampung 2 Penarik dan menerokai tanah di situ untuk dijadikan kebun dan tapak rumah kediaman. ii. Peristiwa ayah Ikram menyerahkan RM3000 kepada Tok Leman 2 untuk mendapatkan geran tanah dari Pejabat Tanah. iii. Peristiwa Pak Usop memberitahu keluarga Ikram bahawa 2 permohonan geran mereka tidak sampai ke Pejabat Tanah. iv. Peristiwa Yazid menjadi marah kerana menganggap Tok Leman 2 menipu keluarganya.

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 20: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

v. Peristiwa pergaduhan antara Yazid dengan Tok Leman dan anak 2 saudaranya, Ramli di warung Pak Salleh. vi. Peristiwa mesyuarat telah diadakan di balai raya tanpa kehadiran 2 Tok Leman. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk berurusan dengan Pejabat Daerah. vii. Peristiwa Yazid ke rumah Tok Leman untuk meminta maaf, tetapi 2 Ramli telah menuduhnya menikam Tok Leman. viii. Yazid melarikan diri dari kampungnya. 2 ix. Ikram membantu ibunya menoreh getah sebelum ke sekolah 2 pada waktu pagi. x. Ikram dan Kamal tinggal di kampung itu untuk mengerjakan 2 kebun setelah ibunya berkahwin lain dan berpindah ke Mersing. xi. Ikram bergaduh dengan Pak Nawi kerana menukar jadual lori 2

untuk mengangkut nanasnya. xii. Ibu Ikram telah melarang Ikram berhubung dengan keluarga 2 Tok Leman. xiii. Ikram berkawan dengan Hasnah yang menimbulkan konflik batin 2 dalam dirinya. xiv. Ikram berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan 2

menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. xv. Ikram berpindah ke Johor Bahru setelah tanah yang diterokai 2 keluarganya diperoleh Rozali melalui undian yang dibuat di balai raya. NOTA: Peristiwa imbas kembali lain yang berkaitan dan betul diterima.

[Maksimum : 10 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

Page 21: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA · PDF file(Dipetik daripada drama Bujur Lalu Melintang Patah oleh Kala Dewata) ... Markah bagi isi berdasarkan peraturan pemarkahan yang ditetapkan

SULIT 2215(PP)

2215(PP) [Lihat halaman sebelah SULIT

(c) Mesej i. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan 1+1 Huraian: Ikram gigih belajar hingga berjaya ke menara gading dan akhirnya menjadi seorang Penolong Pegawai Daerah. ii. Kita hendaklah menghormati orang tua atau orang yang lebih 1+1 dewasa. Huraian: Ikram amat menghormati Pak Usop yang dianggap sebagai mentornya. iii. Kita hendaklah sentiasa nasihat-menasihati untuk kebaikan. 1+1 Huraian: Pak Usop menasihati Yazid supaya bertemu Tok Leman untuk memohon maaf. iv. Kita hendaklah sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah 1+1 Huraian: Ikram berdoa dan bertawakal kepada Allah sewaktu

melalui jalan yang penduduk kampung tidak berani melaluinya. v. Kita janganlah menipu sesama manusia 1+1 Huraian: Tok Leman telah menipu keluarga Ikram dan penduduk kampung dalam hal mendapatkan geran tanah. vi. Kita hendaklah menginsafi kesalahan yang pernah kita lakukan. 1+1 Huraian: Ikram memohon ampun kepada Allah kerana telah menyentuh tangan Hasnah yang bukan muhrimnya. vii. Kita janganlah berdendam sesama manusia. 1+1 Huraian: Rozali amat iri hati dan dengki terhadap keluarga Ikram. NOTA: Mesej lain yang berkaitan dan betul diterima.

[Maksimum : 8 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/