Upload
darshini-dewi-ganesan
View
1.105
Download
16
Embed Size (px)
DESCRIPTION
edu
Citation preview
• Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid.
• Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar.
• Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.
Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran & sosial murid dalam situasi
bilik darjah
Penilaian portfolio
Penulisan jurnal
Projek
Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran
Penilaian kendiri murid
Penilaian kendiri guru
• Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk
membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang
tekal dan bermakna.
• Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara
mudah untuk merekodkan pemerhatian harian.
Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah.
• Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan
kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai.
• Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang
murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu
ditambah baik.
Penilaian Portfolio
• Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi
mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk
memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk.
• Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat
kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca.
Penulisan Jurnal
• Projek memberi peluang kepada murid untuk menyumbang idea mengikut kebolehan
mereka.
• Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana
mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka.
• Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya.
Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta
lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka.
• Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan
murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.
Projek
• Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid.
• Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai
pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra
budaya. • Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang
dominan.
• Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan
murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam
penilaian.
Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran
• Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai
pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid.
• Portfolio boleh digunakan semasa konferens.
• Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang
hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.
Penilaian kendiri murid
• Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru.
• Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-
strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka
serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik
darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian kendiri guru
• Perhatian harus diverikan dari segi gaya kognitif dan kemahiran akademik
• Ujian haruslah mesra budaya• Bahasa yang digunakan harus difahami• Tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan• Faktor linguistic dalam memberi arahan perlu diberi
penekanan
PENILAIAN KENDIRI MURID
• Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferensi guru/murid
• Portfolio boleh digunakan• Cth: murid menjalankan kerja/tugasan, membincang hasil
mereka dengan guru
PENILIAN KENDIRI GURU
• Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam penlajaran mereka serta reaksi dan tindak balsa mereka kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.