6
Jenis Watak dalam Karya Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita. 1. Watak Utama Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis. Watak Protagonis Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak antagonis Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya, watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas. Watak bulat/bundar Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat- sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah. Misalnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak Dinamik Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang

Jenis Watak Dalam Karya

Embed Size (px)

Citation preview

Jenis Watak dalam KaryaDalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita. 1. Watak Utama Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis. Watak Protagonis Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak antagonis Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya, watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas. Watak bulat/bundar Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah. Misalnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak Dinamik Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga. Watak Pipih Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita. Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita, iaitu: a. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis. Contohnya, Watak Jemilah, Pudin, Mat Yassin dan Uda Puat dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Lebai Pa. b. Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watak-watak ini cenderung berpihak kepada antagonis. Contohnya, Watak Khatijah dan Kidam dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Pak Soh. Watak Statik Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita. Contohnya, Watak Mat Yassin dalam Mereka Yang Tertewas. 2. Watak Sampingan Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwinhttp://sasterasmkj.blogspot.com/search/label/Watak

Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan tentang persoalan karya. Misalnya, persoalan dalam novel, cerpen atau drama. Salah satu kesilapan utama calon ialah menjawab persoalan sebagai nilai murni atau nilai kemanusiaan. Bagaimanakah contoh kesilapan yang lazim? Kita lihat contoh di bawah. Terdapat persoalan kasih sayang dalam novel ini. (Diikuti contoh) Persoalan ketabahan dipaparkan dalam cerpen. (Diikuti contoh) Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin dalam drama ini. (Diikuti contoh) Ada juga, persoalan kebijaksanaan dalam cerita ini. (Diikuti contoh) Kesemua jawaban di atas adalah salah. Sebabnya, nilai kasih sayang, nilai kerajinan, nilai prihatin dan nilai kebijaksanaan yang dinyatakan. Nilai bukannya persoalan. Sepatutnya, persoalan lebih jelas dan berbentuk frasa. Contohnya: Terdapat persoalan kasih sayang antara anak dan ibu bapa dalam novel ini. (Diikuti contoh) Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup dipaparkan dalam cerpen. (Diikuti contoh) Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin guru terhadap muridnya. (Diikuti contoh) Ada juga, persoalan kebijaksaaan mengalahkan musuh dalam cerita ini. (Diikuti contoh) Selain itu, contoh-contoh persoalan berikut juga adalah salah walaupun ungkapan itu bukan nilai. Sebabnya, ungkapan itu hanya satu perkataan sahaja. Persoalan haruslah menyatakan isu dalam karya secara tepat sebagaimana yang ingin disampaikan melalui karya tersebut. Lihat contoh : Persoalan fitnah terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh) Ada juga persoalan kemiskinan. (Diikuti contoh) Terdapat persoalan geran tanah dalam novel. (Diikuti contoh) Persoalan adat turut dipaparkan. (Diikuti contoh) Turut dipaparkan persoalan kedamaian. (Diikuti contoh) Sewajarnya, begini yang diujarkan oleh pelajar : Persoalan fitnah terhadap janda terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh) Ada juga persoalan kemiskinan masyarakat luar bandar. (Diikuti contoh) Terdapat persoalan penipuan mendapatkan geran tanah dalam novel. (Diikuti contoh) Persoalan sikap generasi tua yang mementingkan adat turut dipaparkan. (Diikuti contoh) Turut dipaparkan persoalan inisiatif bagi mewujudkan kedamaian. (Diikuti contoh)

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwinCerpen Zaharah Nawawi ini mengundang rasa terkejut dalam kalangan pelajar apabila didapati bahawa Suria sebenarnya ialah kucing peliharaan Amanani dan Hakim. Pada permulaan cerpen, pembaca menyangka bahawa Suria ialah anak kandung Amanani dan Hakim kerana cara mereka menjaga dan melayan Suria serta respons Suria yang sangat manja. Kejutan juga apabila mendapati Ayu, pembantu rumah mereka yang sangat prihatin dan penyayang, rupa-rupanya membunuh anak-anak Suria iaitu Manja, Bayu, Didi. Soalan yang tidak terjawab hingga ke akhir ialah motif Ayu berbuat demikian. 1. Jelaskan tema cerpen. 2. Huraikan persoalan-persoalan cerpen. 3. Jelaskan nilai murni dalam cerpen. 4. Berikan teknik suspens dan teknik kejutan dalam cerpen. Perbincangan jawapan Sebelum membincangkan jawapan, wajar dilihat isi cerpen ini yang menjurus kepada penekanan kasih sayang yang amat tinggi kepada haiwan sejak mula ke akhir cerpen. Watak antagonis cerpen iaitu Ayu ditonjolkan sebagai manusia yang kejam, sanggup membunuh kucing-kucing jagaannya padahal di hadapan Amanani dan Hakim, dia amat penyayang terhadap haiwan. Aspek undang-undang haiwan turut dinyatakan tentang hukuman terhadap sesiapa yang berlaku kejam terhadap haiwan. Maka, jelas isu utama ialah kasih sayang manakala sikap manusia yang suka berpura-pura, kekejaman manusia terhadap haiwan dan hak haiwan di sudut undang-undang ialahisu sampingan 1.Tema cerpen ialah kasih sayang manusia terhadap haiwan. Amanani dan Hakim amat menyayangi Suria, kucing peliharaan mereka bagaikan anak sendiri. 2. Persoalan kekejaman manusia terhadap haiwan. Ayu sanggup membunuh anak-anak kucing majikannya dengan cara melemaskannya dalam plastik dan membuangnya ke tong sampah. Juga, persoalan sikap manusia yang suka berpura-pura iaitu Ayu yang tidak jujur menjaga kucing-kucing tuannya. Ia berpura-pura penyayang terhadap kucing di hadapan majikannya sahaja. Persoalan kekejaman manusia terhadap haiwan. Ayu berlaku kejam dengan membunuh anak-anak kucing seperti Manja dan Bayu. 3. Nilai kasih sayang. Nilai prihatin. Nilai kejujuran. (Contoh huraian boleh diambil seperti dalam soalan 2) 4. Teknik suspens dapat dilihat pada peristiwa Amanani mendengar bunyi kucing dari tong sampah. Pembaca tertanya-tanya akan perkara sebenar yang sedang berlaku. Teknik kejutan pula pada peristiwa pengakuan Ayu bahawa ia yang membuang anak kucing ke tong sampah. pembaca berasa terkejut kerana tidak menyangka bahawa Ayu yang penyayang sanggup berbuat demikian.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin